REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 28, 2011

Bukti Konspirasi LIWAT II oleh bUMNGOk

Prosiding kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Namun kamera di lif mencatatkan masa individu itu naik ke tingkat 5 pada jam 2.42 petang.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, peguambela mendapati masa yang direkodkan pada sistem CCTV di pintu utama dan lif tidak selari.

Justeru Sankara Nair menyoal sekiranya penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer di kondominium berkenaan dipantau Fauziah sendiri untuk mengesan perbezaan masa.

"Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara (kiri) kemudian mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

"Tidak menjadi kebiasaan saya pergi ke tempat kejadian. Saya cuma membuat analisa berdasarkan rakaman imej sahaja," kata Fauziah cuba mempertahankan dirinya.

Fauziah juga mengakui analisais yang dilakukannya itu adalah rakaman video yang telah diklonkan dan bukan cakera keras asal. Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan lewat 19 minit daripada masa sebenar.

Mohd Zabri menjelaskan waktu tersebut telah dibandingkan dengan masa standard Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Saya sudah semak dengan waktu Jabatan Meteorologi dan saya perlu menambah 19 minit untuk daripada waktu yang dicatatkan dalam komputer untuk mengetahui masa sebenar," katanya.

~MK~

Chan Tipu Pak Lah

Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari lalu selepas diminta oleh pihak berkuasa. Beliau yang juga bekas timbalan presiden MCA dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya.

Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang.

“Saya terkejut kerana didakwa tetapi saya yakin dengan sistem perundangan negara dan ini beri peluang bagi saya membersihkan nama,” kata Chan ketika ditemui wartawan selepas membayar wang ikat jaminnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Chan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.

~MK~

bUMNgOk Terlalu Rendah Moralnya

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.

~MK~

Pembangunan Perlu Tapi Agama Lagi Perlu

Walaupun ramai beranggapan kawasan luar bandar di Kerdau, terutamanya di tiga kawasan Felda dan sebuah Felcra di DUN itu memerlukan lebih pembangunan, perkara itu rupa-rupanya tidak mewakili semua hasrat penduduknya.

Masih terdapat penduduknya, terutama di kawasan 3+1 - gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – yang mahukan ilmu dan lebih bimbingan agama berbanding kemudahan material.

“Macam pembangunan itu rasanya tak perlu sangat. Kami peneroka, ilmu itu kurang,” kata Rokiah Lob – peneroka selama 14 tahun di Felda Jengka 22 – dalam nada mengeluh.

Rokiah, 47, yang pada mulanya malu diwawancara memberitahu Malaysiakini, beliau kecewa kerana sejak awal berpindah ke situ – 65 kilometer daripada Temerloh – tiada ustaz yang masuk dan menyentuh tentang masalah akidah umat Islam.

“Memanglah ada bab agama (diajar di masjid), tetapi bab fadhilat (kelebihan amalan) itu, fadhilat ini. Kita nak akidah. Itu yang penting,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Cik Kiah.

Antara pengalaman sedihnya, cerita Cik Kiah lagi, apabila hendak berangkat menunaikan haji ke Mekah sebelum ini, beliau mendapat berita yang menggambarkan betapa buruknya “masalah sosial” di kawasan itu.

“Ya Allah, masalah sosial ini, ingat lagi masa pergi haji baru-baru ini, ada budak datang, (beritahu) 'Cik Kiah, Cik Kiah tahu, ada tiga orang bersalin anak luar nikah...'

“Tak dan ambil SPM pun. Salah seorang itu memang cerdik budaknya,” kata Rokiah lagi.

Tolak pi, tolak mai

Ditanya sama ada beliau yakin calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad sesuai dipilih bagi menyelesaikan masalah itu kerana mempunyai latar pendidikan agama, Rokiah menjawab ringkas:

“Kalau ustaz pun, kalau dia tak nak didik bab agama dulu, tak pentingkan agama dulu, rasanya sama saja.”

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, Syed Ibrahim dicabar calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

Sementara itu, bagi tiga lagi peneroka Abd Hamid Mohd Zin, Abd Hamid Shafie dan Saifudin Ibrahim, isu sekitar kebajikan Felda nampaknya lebih penting kepada mereka berbanding siapa pun calon bertanding.

Abd Hamid Mohd Zin, 58, sepanjang wawancara ringkas dengan Malaysiakini asyik ketawa bila ditanyakan soal calon pilihan hatinya.

“Calon macam mana? Macam biasalah. (ketawa) Kita tengoklah yang mana yang baik,yang mana yang tak baik,” katanya di atas motosikal ketika sampai ke kedai runcit berdekatan rumahnya.

Tetapi, selepas 31 tahun berhijrah daripada Kedah untuk menjadi peneroka di Pahang, bayaran RM1,500 untuk penduduk Felda yang ladangnya diuruskan oleh lembaga itu tidak memuaskan hatinya.

“Bayar sikit sangat. Dia bayar RM1,500. Tolak pi, tolak mai, tak banyaklah,” katanya yang masih pekat dengan loghat negeri kelahirannya.

Akhirnya PM pun umum...

Rakan sebayanya Abd Hamid Shafie – yang kebetulan mempunyai nama dan umur sama- pula nampaknya gembira dengan perkembangan di Felda, khususnya selepas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi semalam.

“Dalam pilihan raya umum dulu, kita sudah minta CESS, Alhamdulillah Datuk Najib dah umum terus boleh. Daripada (zaman) arwah Datuk Zaharuddin (Abu Kassim) meninggal kami minta. Akhirnya PM pun umum,” katanya.

Berterus terang mahu terus mengundi calon BN kali ini, beliau berkata isu lain yang menjadi perbualan di kalangan peneroka meliputi soal bayaran bagi tanah yang diusahakan Felda dan isu pertukaran nama di geran apabila pemiliknya meninggal dunia.

“Saya ada tanya, katanya tengah dok proses geran. Dok ada 50 orang lagi (di sini) belum selesai masalah hak milik bila suami meningggal,” katanya.

Sementara bagi anak muda berumur 28 tahun, yang memilih bekerja sebagai peneroka, membuat pilihan antara kedua-dua calon bertanding nampaknya masih sukar.

Tetapi, bagi Saifudin Ibrahim, sebagai generasi kedua, beliau mahukan diberikan tanah kepada kira-kira 300 orang muda sepertinya di Felda tersebut.

“Bukan dapat pun tanah, janji nak buat,” kata lelaki pendiam itu yang sedang berehat di bawah teduh pokok tengah hari semalam.

Banyak tidak OK

Bagaimanapun, penilaiaan Saifudin jelas apabila beranggapan prestasi wakil rakyat daripada BN sebelum-sebelum ini tidak memuaskan.

“Banyak buat teruk, ambil tanah. Nak dapat bukan senang, payah,” katanya yang berkata menuggu sejak pilihan raya umum pada tahun 2008 dahulu.

Beliau juga berpendapat, walaupun banyak projek memasuki kawasan itu akhir-akhir ini, masih banyak yang “tidak OK”.

“Banyak tak OK. Kawasan ini banyak tak OK. (Gelanggang) futsal itu mana buat. Dekat pilihan raya saja buat. Baru-bari ini nak buat dewan serbaguna, (tapi) belum siap lagi,” katanya lagi.

Pertembungan di kawasan 3+1 itu amat penting kali ini bagi menilai sama ada undi orang Melayu masih kekal bersama BN.

Dengan pengundi seramai 3,721 orang di empat kawasan itu, ia amat penting untuk kedua-dua parti bertanding kerana mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi yang layak.

~MK~

Pentas DAP dibakar

Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini. Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.

"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol,” katanya kepada Malaysiakini.

Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli. Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.

Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

~MK~

Umno patut malu bercakap soal Melayu

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata sepatutnya pemimpin Umno kena merasa malu untuk bercakap soal Melayu yang tertinggal pada hari ini.

“Mereka kena ambil cermin menyuluh kembali muka mereka siapa yang menjadikan Melayu di negara ini merempat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Umno yang menjadi tulang belakang BN menjadikan isu Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu di negara ini kerana mereka sedar bahawa Melayu adalah tonggak kekuatan politik di negara ini.

Katanya, Umno memainkan gendang yang sama untuk meletakkan bahawa Melayu dalam keadaan bahaya sejak pilihan raya umum 2008.

Seluruh dunia, katanya maklum bahawa sememangnya pemimpin Umno suka Melayu mengemis dan jahil, kerana akan menjadi ulam untuk Umno.

Tambahnya, pemimpin Umno sedar pada hari ini yang menyokong mereka ialah Melayu subsidi dan Melayu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sedangkan Melayu bandar dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat sudah tidak menyokong Umno.

Menurutnya, satu lagi golongan orang Melayu yang menjadi ‘simpanan tetap’ Umno dan stok penimbal ialah peneroka Felda.

"Sebab itu apabila masalah Felda dibongkar dalam media mengenai susut aliran tunai dalam masa 5 tahun sejak Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai Felda telah menimbulkan kemurkaan pemimpin Umno," katanya.

Katanya, mereka marah kerana bangkai gajah sudah tidak dapat lagi disembunyikan, dengan kewangan yang ada pada Felda pada tahun 2004, RM4.08 bilion telah susut kepada RM1.35 bilion iaitu merosot sebanyak RM2.73 bilion.

Bagaimanapun, ujarnya tidak dinafikan bahawa Melayu adalah kaum pribumi di negara ini dan semua pihak mengakui hal itu.

Tambahnya, atas kesedaran ini semasa kemerdekaan negara semua kaum telah menerima hakikat tersebut.

"Sebab itu Pakatan Rakyat (PR) menggariskan akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," ujarnya.

Selain itu, ujarnya PR juga melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Menurutnya lagi, PR sebulat suara juga bersetuju untuk mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau berkata, atas asas itulah Pakatan Rakyat menerima ketetapan bersama, kerana ia merupakan perkara asas dalam pembentukan sebuah negara yang akan diperjuangkan Pakatan Rakyat.

~harakah~

Jangan pula berdoa supaya YB mati cepat

Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.

Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.

Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya.

Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu.

Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka.

"Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu.

"Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya.

"Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita.

"Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya.

Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang.

"Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan?

"Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya.

Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi.

"Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis.

~harakah~

Bukti bUMNgOk Khianati MELAYU

Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini. Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.

Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang. Beliau seterusnya berkata, sekiranya perkara ini berterusan ia langsung tiada beza dengan kerajaan Mesir yang digulingkan rakyat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.

Tambahnya, walaupun menang besar pada pilihan raya baru-baru ini, namun Hosni Mubarak direntap keluar oleh rakyat.

“Kiranya menang besar kerana pilihan raya, sudah tentu kebangkitan rakyat menentang kerajaan tidak akan berlaku,” ujarnya.

Beliau turut berpendapat, kebangkitan besar itu turut memberi kesan besar pada negara sekitar di Timur Tengah lain yang juga inginkan keadilan. Kata Husam lagi, lanskap politik di Asia Barat akan berubah sekurang-kurangnya setahun akan datang.

Program anjuran Alumni Keluarga Pelajar, Kelantan-Mesir itu dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Tiga orang pemimpin telah diundang untuk menjayakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala wacana serta perasmian penutupnya disampaikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seramai 1,082 orang pelajar Mesir Kelantan hadir pada majlis yang penuh bermakna buat mereka.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga Pelajar Mesir, Ustaz Zulkifli Yusof.

~harakah~

Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.

~MK~

Malu jadi meLAYU bUMNgOk yang mengkhianati MELAYU

Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian edisi Perak hari ini di muka hadapan sebagai berkata “DAP yang akan menggantikan PAS, bukan parti itu akan menggantikan Umno".

“Saya merasa sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan yang tidak berasas itu.

“Malah saya melihat bagaimana Zambry sudah kehabisan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang lucu dan pelik itu,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Zambry, ahli Umno tidak pernah malu untuk mengaku sebagai bangsa Melayu tetapi ada parti yang malu untuk mengaku mereka adalah bangsa Melayu.

“Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Tambahnya, tuduhan Zambry yang mengatakan PAS menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan sanggup untuk tidak mengaku bangsa sendiri adalah tuduhan yang memperbodohkan dirinya sendiri.

Menurutnya, mana ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu, dan apalah lebihnya mengaku sebagai Melayu kerana bangsa bukan merupakan penyelamat sehingga ke liang kubur.

Di sudut lain, tanya beliau adakah Zambry sedar sebagai seorang Islam bahawa tidak ada ajaran memperjuangkan bangsa, apa lagi mempertahankan Umno yang mempergunakan perjuangan bangsa demi untuk meraih sokongan orang Melayu.

Jelasnya, dakwaan Zambry yang berkata Pakatan seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan adalah dakwaan usang yang menggambarkan ketakutan BN kepada kesepakatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang lebih baik.

Malah, ujarnya yang juga Adun Titi Serong tawaran 100 hari yang dikemukakan dalam konvensyen itu merupakan hujah kuat bahawa PR sudah bersedia untuk menggantikan BN di Putrajaya.

Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri menyebut perkara itu semasa berucap kepada ahli Umno yang hadir pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam.

~harakah~

Astagfirullah Murujib Hina Ulama Dunia

Bila aku dengar PM 1Malaysia menghina seorang ulamak besar dunia tak lain tak bukan Dr Yusuf Al-Qardhawi rasa sebak hati aku ni. Aku ni bukannya alim sangat pun. Tapi kalau dah sampai bab hina ulamak ni aku akan fikir 8 juta kali.

Kalau di Malaysia ni, Murujib, menteri, pencacai dan barua UMNgOk nak kutuk TG Nik Aziz pun aku dah hangin satu badan inikan pula kalau ulamak dunia yang boleh mengeluarkan fatwa.

Tinggi sangatkan barua ni berbanding ilmu yang ada padanya dengan Dr Yusuf Qardhawi. Inilah segala pencacai dan barua-barua bUMNgOk yang beragama Islam perlu lihat dan buka mata sikit.

Kita ni orang Islam, janganlah sampai menghina dan menggelar ulamak besar macam tu. Nabi dah tak ada akhir zaman ini. Yang tinggal adalah ulamak pewaris nabi. Ulamak ini seperti bayangan nabi yang memimpin kita ke arah kebenaran.

Jika hati kita telah hitam seperti Murujib barua ni memang mudah untuk melabelkan seseorang ulamak macam ni. Kalau sekarang barua ni sedang berperang dengan Anwar, lantaklah nak kata apa pun tapi jangan sampai nak hina ulamak.

Dr Yusuf Qardhawi pernah dapat tokoh Maal Hijrah pada tahun 2009 dulu atas kurniaan DYMM. Kalau Dr Yusuf memimpin Ikhwan Muslimin di Mesir sekalipun kenapa Murujib nak menghinanya sebagai pengganas.

Kenapa hang baik sangatkah di Malaysia ni. Sesiapa yang buat demo hang suruh FRU belasah. Memang hang ni layak jadi rejim jahanam macam Hosni Baruak tu jugalah. Tunggulah sampai masa rakyat Malaysia akan gulingkan hang dalam PRU13 nanti.

Memang kami dah menyampah dengan lawak bangang hang Murujib. Baik la hang tarik balik fitnah ke atas Dr Yusuf Qardhawi dan Ikhwan Muslimin. Jangan sampai orang akan gelar Murujib Bapa AnTarTukya.

Jangan sampai membinasakan diri ke lembah munafik dan akhirnya murtad dengan perkara-perkara yang boleh menghancurkan iman kita sebagai seorang Islam.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.

BN Panas Bontot Nak Naikkan Harga Minyak

Pergolakan di negara-negara Arab yang menjadi negara pengeluar minyak dunia menyebabkan harga minyak dunia kini meningkat mendadak.

Sebenarnya masalah kenaikan harga minyak ini samada minyak dunia naik atau minyak dunia turun selagi Murujib dan bini dia mentadbir negara selagi itulah minyak di negara kita akan sentiasa naik.

KLCC Holdings baru-baru ini buat jejantas berharga RM70000 semeter. Punyalah mahal nak mampus. KLCC Holdings tu bukan Petronas punya. Mana nak cover duit yang dah habis kalau tak nak naikkan harga minyak.

Bila kita persoal siapa yang bayar harga jejantas tu, semua kata FREE. Kepala bapak dia FREE. Rakyat la yang kena bayar perkhidmatan tu. Mana ada FREE lagi dalam dunia ni. Nak kencing berak pun kena bayar tau mangkuk.

Opssss sori aku lupa masih ada lagi yang FREE. Korang kentut lah seberapa banyak yang mampu kerana masih FREE. Taktau lah lepas ni kalau KERAjaan Bini Najib nak kenakan cukai KENTUT.

Murujib dengan Bini Najib dah tak boleh tidur lena lagi. Malam jumaat pun tak lena juga. Rakyat tidur malam mimpi esok nak kerja cari duit sara keluarga. Murujib kalau tidur lena tentu mimpi ngeri ANTUTUYA mai dalam mimpi. Bini Najib pula kalau tidur mampus kalau tak Turki ada kat Dubai.

Rakyat buka mata saja nak cari duit isi minyak kereta dan motor nak pergi kerja. Murujib dan Bini Najib buka mata satu sen haram jadah tak payah keluar pergi kerja fikir macam mana nak naikkan harga minyak. Satu nak cover PRU13 yang bakal menjelang. Satu lagi tabiat tahap cipan Bini Najib yang suka perabih duit rakyat.

bUMNgOk dah panas bontot nak naikkan harga minyak tapi disebabkan ada PRK Kerdau dan Merlimau jadi terpaksa tunda dulu. Kalau KERAjaan Bini Najib barua naikkan pun memang ada harapan menang lagi walaupun kemungkinan undi majoriti turun sikit.

Sebab apa masih ada pengundi-pengundi dan pencacai-pencacai serta barua-barua bUMNgOk yang bangang nak undi Bini Najib. Jadi tunggulah selepas PRK ni memang harga minyak akan naik.

Sekarang boleh lah KERAjaan Bini Najib kata nak buat itu ini untuk tidak naikkan harga minyak. Lepas ni tahulah korang semua. Selagi rejim bUMNgOk ni menjajah Malaysia selagi itulah rejim MahaFiraun berkuasa.

Bersama tolak BN Bini Najib dalam pentadbiran negara. Kembalikan hak rakyat kepada rakyat.

Filem Porno LIWAT II Dapat Box Opis

Proses pembikinan filem porno box opis LIWAT II yang sedang ditayangkan seuruh negara kali ini dijangka meletup besar kerana nak buat filem kali ini menelan kos berjuta-juta ringgit.

Yelah dikatakan penerbitnya iaitu Murujib Production nak bayar pelakon utamanya saja SayFool Gaywatch berjuta ringgit.

Dulu filem porno ni dah ditayangkan pertama kali di Malaysia dengan nama LIWAT I. Masa tu penerbitnya MahaFiraun Production. Dulu bajet ciput maka tak adalah pula babak nak bersumpah di masjid. Yelah nak bayar orang itu orang ini lagi.

Jadi save bajet buat saja pelakon utama liwat driver dengan adik angkat. Nasib baik bukan adik kandung kalau tak dah jadi filem sumbang mahram la pulak.

Tapi bila buat roadshow fulamak dia punya sambutan babi pun tak gila macam geng-geng reformasi ini. Macam dah jadi filem hindustan bila time nyanyi je satu kampung datang menari. Ntah mai dari mana ntah. Tetiba saja ada kat belakang penyanyi tu.

Memang dasat gila hingga semua jalan tutup terutama di Dataran Merdeka lokasi bajet ciput. Alah polis tak payah bayar sebab suruh jer jaga jalan. Akur pada arahan.

FRU lagilah tak payah bayar. Upah minum oren segelas kira OKlah sembur air pada orang ramai. Pelakon-pelakon pun tak perlu mandi awal pagi sebab tunggu jer kena sembur.

Waktu tu kerja polis yang jadi pecacai watak sampingan ni usung tilam naik turun mahkamah. Macam tak ada kes lain nak buat. Ye lah barang bukti lah katakan.

Kalau filem porno barat mau sewa bot mewah, kapal terbang. Itulah Malaysia ni bajet ciput sewa tilam sajalah. TILAM LAMA TUKAR BARU TILAM TILAM SAPA MAU BELI TILAM.

Bila dah rasa filem LIWAT I meletup walaupun bajet ciput, Murujib Production dengan kerjasama MahaFiraun Production nak buat lagi. Sebabnya pelakon yang kena liwat dulu ntah kemana hilangnya.

Senyap terus. Dah dihantar pulang ke Pakistan dan Indonesia kot. Yelah dapat duit balik kampunglah. Kalau di Pakistan dan Indon ada dalam tangan RM100k kira dah banyak la tu. Kalau pelakon Malaysia dapat banyak tu sebulan boleh perabih.

Sebab tu kali ni bajet grand sikit. Dah guna masjid, mahkamah, demonstrasi, polis, FRU, hingga melibatkan banyak orang-orang kenamaan pula.

Dulu budak tadika yang tengok filem LIWAT I pun dah biasa dengar perkataan-perkataan 'tompok-tompok air mani', 'tilam', 'liwat'. Kali ini tambahan perkataan lagi seperti 'seluar dalam', DNA, 'pakar kimia', doktor HKL, banyak lagilah yang boleh digunakan untuk buat karangan UPSR, PMR dan SPM nanti.

Kalau para pelajar boleh guna perkataan-perkataan ini sehingga boleh buat filem LIWAT III gerenti dapat A+ punyalah.

Tapi sebab utama LIWAT II difilemkan semula ialah pelakon utamanya DSAI dah mula memberontak nak tawan Putrajaya. Yelah nak lawan bos. Dulu nak lawan MahaFiraun lagi besar kuasanya. Kalau Firaun tahap nabi Musa baru boleh lawan.

Jadi sekarang nak lawan Murujib senang saja sebab dia pun ada skandal mimpi ngeri dengan Antutuya. Sebab tulah diramalkan filem kali ni meletup bukan kerana DSAI didapati bersalah tetapi penerbitnya lingkup bankrap.

Nak jadi penerbit nak jadi ahli politik lagi. Satu-satulah Murujib. Biar berjaya dulu sebagai penerbit atau pengarah. Ini nak bantai dua-dua sekali.

Apapun yang dapat untung dari segala pergolakan dalam filem porno ini ialah BN Rosmah Sohor (bini Najib). Sebab barua ni tokey wayang. Segala pendapatan negara barua ni sapu bersih. Rakyat bayar nak tengok filem ni barua ni goyang kaki pergi makan angin kat Dubai.

Harap-harap adalah yang berani buat filem box opis macam pengarah filem SHIT PUKIMAK dulu sehingga UMNgOk syorkan tarik gelaran Datuk. Apa kata brader Bob yang berani buat lirik AKU MASUK PAS yang akan dinyanyian kumpulan rock terkenal Amy SEARCHING.

Try brader Bob buat skrip filem MIMPI NGERI ANTUTUYA gerenti Murujib Production dan ROSMAH SOHOR gulung tikar. Dan gerenti filem ini akan dapat berjuta-juta ringgit sampai pecah panggung tak muat penonton.

Apapun aku rasa filem ini boleh ditayangkan selepas PRU13 bila zaman kejatuhan rejim UMNgOk berakhir dan segala penganiayaan ke atas para pelakon LIWAT II dapat diungkai oleh para juri dan bijak pandai Hakim Mahkamah Tinggi.

Sama-sama kita saksikan kesudahannya.

Islam Lebih Mulia Dari meLAYU bUMNgOk

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.
~Bernama~

Murujib Beristigfarlah Selagi Berpeluang

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.

~MK~

Lawan Tetap Lawan

Bagi calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, amat penting bagi beliau berjaya dalam percubaan kali keduanya merampas kerusi itu kerana ia akan memberikan isyarat, kesan dan makna yang mendalam terhadap perjalanan politik di Pahang.

Katanya, kemenangan mereka di kerusi majoriti Melayu itu boleh memberi kesan langsung kepada kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"(Kalau) Kerdau ini (BN) kalah, Najib, get ready (bersedialah) untuk keluar daripada pejabatnya. Adnan Yaakob sekali," katanya ketika ditanya tentang kepentingan kerusi yang dianggap sebagai kubu kuat BN itu.

Ketika diwawancara Malaysiakini kelmarin - sehari sebelum penamaan calon - Hassanuddin menjelaskan perkara itu dijangkakan kerana berdasarkan peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu, kira-kira 19 daripada 42 kerusi di Pahang lebih berpotensi daripada Kerdau.

Pada 2008, PAS mendapat undi popular sebanyak 37 peratus di DUN itu.

"(Jadi) kalau (yang) 37 peratus ini jatuh (kepada PAS), kita akan memang majoriti di Pahang," katanya sambil memberitahu bahawa Kerdau dikelaskan sebagai kawasan "peringkat dua" yang mempunyai peratus sokongan antara 35 hingga 50 peratus.

Sambil mengakui tiada angka tepat buat masa itu, Hassanuddin berkata, kemenangannya di Kerdau akan membuka peluang Pakatan Rakyat mendapat 24 kerusi yang akan membolehkan mereka mendapat majoriti mudah dalam DUN Pahang.

"Ia penanda aras. Ini kepentingan Kerdau ini, ini signifikan Kerdau...," katanya bekas kontraktor untuk projek pembinaan berskala besar itu.

Aliran 'bukan agama'

Pakatan kini mempunyai empat kerusi dalam DUN Pahang. Dua daripadanya milik PAS dan dua lagi DAP. Satu kerusi dimenangi calon bebas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini, Hassanuddin menggalas tugas berat bagi menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dan bekerja sebagai penasihat agama kepada menteri besar Pahang.

Bagaimanapun, bagi Hassanudin - yang mengaku bersekolah dalam "aliran bukan agama" (aliran kebangsaan) dan bukan aliran agama seperti BN Syed Ibrahim - perkara itu bukanlah satu halangan kerana itu merupakan perkara konsepsual semata-mata.

Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu juga, Hassanuddin turut mengimbau kembali kenangannya mengenali Syed Azman sejak daripada zaman persekolahan lagi yang tinggal di kampung bersebelahan dengannya.

"Umur kami pun hampir sebaya. Dia sekolah agama, saya aliran yang 'tidak agama', aliran kebangsaan. Sekolah kami kebetulan berjiran. Daripada keluarga juga hampir sama, keluarga kampung yang biasa.

"Pergi sekolah masing-masing naik bas, Cuma dia dari Kuala Krau, saya Sangga. Ada kawan dia yang juga kawan saya," kata Hassanuddin yang kelihatan selesa menceritakan semula pengalaman lebih 30 tahun lalu.

Faktor 3+1

Bagaimanapun, bagi Hassanuddin, antara beliau dan Syed Azman beliau lebih banyak meluangkan masa di Kerdau ekoran Syed Azman berkhidmat dengan menteri besar di Kuantan.

Hassanudin juga mendedahkan tentang karektor uniknya - yang membentuk kefahaman politiknya - yang mana beliau merupakan anak seorang aktivis Parti Sosialis Rakyat Malaysia manakala ibunya pula anggota Umno.

Di peringkat pengajian tinggi pula, beliau pernah terlibat dalam NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih pemimpin Umno pada masa itu.

Ditanya tentang situasi di tiga gugusan Felda dan sebuah Felcra di Kerdau atau lebih dikenali sebagai "faktor 3+1", Hassanuddin mengakui menggalas tugas besar.

"Kekalahan kita dengan (majoriti) 1,600 undi. Tetapi 1,300 datangnya daripada Felda," kata lulusan diploma daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang ukur tanah itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, beliau hanya mendapat sokongan 26.5 peratus pengundi daripada Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur yang mempunyai pengundi berjumlah 3,721 orang.

Jumlah besar pengundi Felda itu mewakili hampir separuh daripada 8,999 pengundi yang layak di DUN itu.

~MK~

Politik kuno Umno semarak kebencian kaum

Sistem politik kuno yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersifat perkauman yang sempit dan menyemarakkan kebencian antara sesama kaum dalam negara ini.

Amalan yang dipraktikkan Umno dan BN ini bukan saja merbahaya untuk diamalkan dalam sebuah negara berbilang kaum, malah ia memberi implikasi negatif yang begitu buruk kepada perpaduan dan hubungan antara etnik dalam negara ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika berceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas malam tadi dalam program Penang Harmoni 2, anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

Menurut Mujahid lagi, Pakatan Rakyat (PR) yang bermati-matian untuk mendapatkan kuasa pemerintahan bukannya untuk menggantikan Umno dan BN dengan menjadikan amalan mereka sebagai ikutan.

Sebaliknya kerajaan PR meletakkan kepentingan semua golongan masyarakat berdasarkan kepada keadilan dan keharmonian kaum yang tidak pernah dilaksanakan oleh Umno dan BN semasa memerintah negara ini.

Katanya lagi, berlakunya perpecahan kaum dalam masyarakat negara ini adalah kerana amalan yang dipraktikkan oleh BN dan komponennya seperti Umno, MCA, MIC dan juga Gerakan yang mengamalkan sikap pecah dan perintah.

"Sikap ini jugalah yang menanamkan sifat kebencian yang boleh menggugat keharmonian dan kesepaduan kaum dalam negara. Apabila Umno bercakap mengenai Melayu, MCA pula bercakap mengenai orang Cina dan MIC bercakap mengenai bangsanya sahaja.

"Ini menimbulkan prejudis suku kaum masing-masing dengan menidakkan keperluan yang semestinya diberikan kepada kaum lain yang terpinggir dan memerlukan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang mahu rakyat menjadikan kebangkitan di Mesir dan Libya sebagai satu bukti nyata sistem pemerintahan diktator dan tidak adil mampu untuk menumbangkan kerajaan yang ada.

"Umno dan BN juga sudah tidak lama untuk bertahan dalam politik negara ini, setelah dengan jelas memperlihatkan kegagalan mereka untuk membawa reformasi dan keadilan dalam pentadbiran negara selama 53 tahun menjadi pemerintah," ujarnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Muslimat PAS Pusat dan negeri, Ustazah Noridah dan Ustazah Rahmah Mat Isa.

~harakah~

Agih biasiswa atau rasuah

Seorang penduduk kampung melahirkan rasa hairan bagaimana wang biasiswa yang sepatutnya dipohon mengikut prosedur tertentu, boleh diagihkan seperti angpau oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.

~harakah~

Sokong BN Dapat Jalan Sokong PAS Dapat Jamban

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.

"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.

"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.

Namun, beliau menjelaskan falsafah pegangannya itu tidak membabitkan golongan miskin dan yang memerlukan kerana mendakwa kerajaan negeri pimpinannya tidak mendiskriminasi berdasarkan kecondongan politik rakyat.

"Apabila memabbitkan rumah kos rendah atau agihan makanan, kita tidak diskriminasi... Umno ikhlas (memberi bantuan) dan Allah membantu mereka yang membantu orang lain.

"Rakyat akan sokong orang yang menolong mereka,” katanya hari ini.

Malam semalam, Mohd Ali pada ceramahnya di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau berkata beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Beliau juga mengingatkan penduduk bukan Islam bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengazetkan sebidang tanah untuk dibina sebuah kuil dan mereka seharusnya berterimakasih kepadanya.

Ditanya mengapa BN mengungkitkan soal itu, Mohd Ali berkata, apabila budi ditaburkan, mereka yang menerimanya wajar berterima kasih.

“Adalah menjadikan tanggung jawab kerajaan dan hak rakyat untuk dijaga dan apabila ibu bapa menolong kita, kita patut ucapkan terima kasih,” katanya.

~MK~

Kerdau masih dhaif

Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kerdau, Hassanuddin Salim membawa wakil media yang berkampung membuat liputan pilihan raya di sini meninjau sekitar Pekan Kerdau untuk melihat kedhaifan pembangunan di situ.

Kata penyelaras lawatan tersebut, Hashim Abdullah di kesempatan PRK ini, beliau mahu pihak media sendiri menjadi saksi bagaimana tahap pembangunan di kawasan Kerdau yang kononnya dikatakan maju dan tidak ada masalah.

"Saya harap media melaporkannya untuk membuka mata pihak terbabit. Selama ini sudah lama orang Kerdau menagih pembangunan, tetapi tidak langsung di hiraukan," katanya.

Pekan Kerdau merupakan Pekan lama yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Temerloh atau 6 kilometer dari susur keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Pekan yang terletak di antara laluan utama Temerloh-Jerantut ini pernah menjadi penting semenjak tahun 1930-an sehingga 1970-an.

Waktu itu keretapi merupakan perhubungan keperluan utama penduduk berurusan ketika itu. Bagaimanapun apabila menyaksikan sendiri, pekan ini tidak ubah seperti pekan zaman 40-an, walaupun sudah lebih 50 tahun negara merdeka.

Salah satu lokasi dilawati oleh wakil media bersama calon PAS ialah stesen keretapi Kerdau yang semakin tidak berfungsi dan dhaif. Sedangkan pernah satu ketika, stesen keretapi Kerdau merupakan antara yang penting kepada masyarakat setempat.

Kewujudan stesen keretapi yang terletak di laluan yang menghubungkan Singapura ke Gemas menuju ke Tumpat hingga ke Hatyai ini pada asalnya menjadi pemangkin kemajuan Pekan Kerdau kerana pekan ini menjadi salah satu tempat persinggahan keretapi untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Malah, sejarah juga mencatatkan apabila Jepun menyerang Malaya melalui Kota Bharu pada 8 Disember 1941, menuju ke Singapura, Kerdau menjadi laluan dan persinggahan mereka. Namun apa yang dilihat hari ini, stesen keretapi Kerdau sudah tidak lagi berfungsi sebagai perhentian utama.

Tiada kuanter jualan tiket di sini, yang ada hanyalah sebuah bangunan seperti pondok menunggu bas dan tandas awam yang tidak lagi boleh digunakan.

Manakala bangunan asal stesen keretapi ini hanya tinggal tapak yang dinaiki semak samun dan kelihatan sebuah rumah kayu terbiar yang dikatakan pernah menjadi kuarters para pekerja keretapi.

Menurut penduduk di situ, tidak ada usaha untuk memulihara stesen tersebut sama ada untuk tujuan memajukannya atau untuk mengekalkan kesan-kesan sejarah di situ. Wakil media juga dibawa menyelusuri Pekan Kerdau yang sebahagian besarnya deretan bangunan kayu dua tingkat yang amat usang.

Jelas pekan ini amat ketinggalan, malah melihat aktiviti ekonomi melibatkan penduduk sekitar dan peniaga di situ tidak keterlaluan mengatakan pekan Kerdau tersisih dari arus pembangunan yang diwar-warkan oleh kerajaan kononnya sedang rancak di laksanakan ketika ini.

Walaupun Kerdau hanyalah sebuah mukim dan Dewan Undangan Negeri (Dun), namun dari segi sejarahnya bandar ini pernah menjadi tumpuan utama dan penting kepada penduduk di sini dengan dihuni oleh pelbagai bangsa.

Buktinya di Kerdau pernah diadakan pilihan raya majlis tempatan pada tahun 1959 bagi pentadbiran perbandaran. Dari segi pendidikan pula, sekolah rendah yang sudah pun dibina oleh pemerintah Inggeris sejak 1906 di situ, menunjukkan masyarakat Kerdau sudah pun dianggap berpelajaran sejak dulu lagi.

Melengkapkan lagi pembelajaran warga tempatan, di situ juga ada pusat pengajian pondok Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd Arif (meninggal dunia pada 1978). Beliau merupakan anak murid dan juga menantu saudara Tok Kenali.

Menurut penduduk di situ, pekan Kerdau sebelum ini lebih hidup dan aktiviti ekonominya sangat berkembang.

Antaranya Pekan Kerdau dikatakan pernah menjadi tumpuan orang-orang Kampar yang datang dari Sumatera pada tahun-tahun 1920-an, mereka dikatakan telah membuka gedung-gedung perniagaan.

Selain itu, peniaga-peniaga Cina juga ramai datang menyewa tanah milik orang Melayu tempatan dengan mendirikan deretan kedai. Pekan Kerdau juga menjadi makin maju selepas Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945.

Di deretan kedai itu sudah menempatkan kedai barang keperluan, kedai kopi, tukang emas, tukang besi, tukang zink, tukang jahit mesin padi dan panggung wayang. Di situ juga terdapat pekan sehari setiap hari Isnin di mana penduduk tempatan dan sekitarnya datang berjual beli dan bertukar barangan.

Bagaimanapun realiti hari ini, Kerdau tidak menunjukkan pernah wujud sebagai sebuah lokasi tumpuan dan maju satu ketika dahulu. Kebanyakan penghuni di situ hanyalah orang-orang tua, yang banyak meluangkan masa di kedai-kedai kopi.

'Kerdau ini bandar orang pencen, budak-budak semua cari kerja di luar," kata seorang penduduk veteran yang ditemui di pekan itu. Wakil media juga di bawa meninjau satu-satunya pusat kesihatan yang ada Kerdau.

Bukan sahaja kecil dan usang, sukar bagi sesiapapun untuk memikirkan bagaimana sebuah bangunan kayu yang menjadi tempat operasi pusat kesihatan ini masih di kekalkan untuk menampung hampir lima ribu penduduk di Kerdau.

Selain itu, tiada sebuah pun klinik swasta beroperasi di sini dan juga di seluruh Kerdau. Kata Hashim, selain daripada pusat kesihatan ini, penduduk terpaksa pergi ke Temerloh untuk mendapatkan sama ada hospital ataupun pusat perubatan swasta di situ.

Di Pekan Kerdau juga, wakil media dibawa ke lokasi pembinaan kuarters anggota polis yang terletak bersebelahan dengan sekolah Cina. Kuarters polis ini sebenarnya sebuah projek gajah putih di Kerdau, projek untuk membina tiga blok bangunan setinggi empat tingkat itu sebenarnya telah terbengkalai sejak 10 tahun lalu.

Lebih ironis lagi, para penduduk di situ selama ini telah mempersoalkan pembinaan kuarters yang begitu besar di Pekan Kerdau sedangkan anggota polis yang bertugas di situ hanyalah sekitar 13 orang.

Mengulas perkembangan di Kerdau, Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata masih terlalu banyak masalah rakyat setempat yang perlu dibangkitkan kepada kerajaan.

Malah beliau turut membidas sikap sombong Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan tiada isu perlu dibangkitkan di negeri ini.

"Kami akan memberi maklumat ini (masalah-masalah rakyat) kepada Adnan untuk beliau jawab," tegasnya.

Tuan Ibrahim juga mengharapkan di kesempatan ini, rakyat Kerdau membuat pilihan bijak dengan memilih wakil PAS untuk mewakili mereka dalam Dun Pahang.

"Saya percaya Hassanuddin berkeupayaan untuk membawa suara rakyat Kerdau dalam Dun dan beliau akan menjadi suara pengimbang yang berkesan kepada kerajaan.

"Saya yakin beliau akan memikul tangungjawab untuk menegur serta membetulkan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negeri supaya kerajaan sentiasa berada dalam landasan yang betul," ujar Tuan Ibrahim.

~harakah~

Dah Lebih 50 Tahun Pun Tak Ada Air Bersih

Masalah ketiadaan bekalan air bersih sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun sudah cukup bagi penduduk Kampung Pulau Mandi Angin untuk menolak Umno BN.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, lebih malang lagi bagi penduduk di kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air sekalipun hanya berjarak empat kilometer dari loji air Batu Sawar.

Beliau yang meninjau masalah penduduk di kampung hari ini menambah, para penduduk di situ semacam dipinggirkan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemudahan asas walaupun dua orang Perdana Menteri adalah dari negeri Pahang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar melaungkan slogan ‘rakyat diutamakan’ tetapi nasib rakyat di negeri sendiri terabai untuk menikmati bekalan air bersih.

Baginya, masalah utama mendapatkan bekalan air itu tidak sewajarnya berlaku kepada penduduk berkenaan kerana kerajaan BN hari ini sering mendakwa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya difahamkan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk itu akan diatasi malam tadi kerana mungkin disebabkan berlaku pilihan raya kecil di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, rakyat seharusnya tidak termakan dengan janji Umno BN yang hanya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat apabila tiba pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

Katanya, jika benar Umno BN mahu menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti bekalan air, para penduduk di kampung berkenaan sudah lama memperolehinya, bukan sekadar dijanjikan pada kempen pilihan raya kecil ini sahaja.

~harakah~

Jangan Janji Di Mulut Saja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh. Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di Temerloh, hari ini.

Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti. Sementara itu, Najib juga mengajak rakyat untuk melihat apa yang didakwanya sebagi keretakan yang dialami Pakatan Rakyat.

Katanya, adalah tidak wajar untuk mempercayai Pakatan Rakyat kerana mereka ini bukan satu parti yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik.

"Parti pembangkang ini, dia main sandiwara politik. Dia tak ada satu ikatan ideologi yang konkrit sebenarnya. Tengok sahajalah mereka nak tubuh kabinet bayangan pun sampai sekarang pun tak boleh tubuh.

"Dia (Pakatan Rakyat) tak berani nak beri jawatan antara dia. Siapa nak jadi Menteri Kewangan, siapa nak jadi Menteri Pelajaran, (dan) dalam pembangkang pun tak ada kesepakatan. Mereka ini satu sahaja, nak jatuhkan BN," katanya.

~Bernama~

bUMNgOk Jangan Nak Kencing

Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman. Atau beliau sekadar mahu menutup 300 penyokong Umno yang kecewa dengannya sehingga bertindak meninggalkan Umno di Dun Selising baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Ketua Umno sekarang terpaksa mencipta gimik yang keterlaluan bagi mengatasi pencabarnya dalam Umno sendiri.

“Sebab itulah cerita yang tidak masuk pun hendak disumbat dalam media massa bagi menggambarkan Umno bahagian ketika di bawahnya sekarang kuat.

“Sedangkan Zawawi sedang berdepan dengan situasi agak mencabar apabila beberapa nama besar Umno di Pasir Puteh sedang berusaha menjatuhnya,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 1,800 penyokong PAS sertai Umno di Pasir Puteh dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini kononnya menyedari mereka ditipu.

Malah retorik itu beberapa kali diulang tayang sehingga seorang wanita yang memakai purdah dikenali sebagai Noriah Salleh disebut sebagai ketua muslimat PAS, sedangkan tiada ahli bernama seperti itu di Semerak.

Wan Hassan yang juga Adun Semerak berkata, Zawawi terpaksa mencipta pelbagai gimik yang tidak masuk akal untuk menggambarkan kekuatannya sekarang.

“Sepatutnya beliau menjawab mengapa 300 penyokong Umno di Dun Selising meninggalkan parti itu baru-baru ini. Ini realiti yang berlaku dan cuba disembunyikan Zawawi.

“Di Dun Semerak pula tiga bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan seorang ketua JKKKP Semerak hilang kepercayaan kepada Zawawi kerana sikap begitu ego,” katanya.

Malah kata beliau ketua Umno Pasir Puteh sekarang didakwa menghalang bukan penyokongnya mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.

Dakwa beliau mana-mana ahli Umno yang didapati menyokong kumpulan lain termasuk bekas ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan bekas ketua pemuda, Rujhan Salleh akan dipinggirkan.

~harakah~

Sunday, February 27, 2011

Kadapi Yahudi Laknatullah?

Majalah Israel Today melaporkan bahwa pemimpin Libya Muammar Gaddafi memiliki asal usul Yahudi, dengan bukti laporan secara rinci yang disampaikan oleh dua wanita Yahudi keturunan Libya kepada saluran kedua Israel tahun lalu bahwa mereka termasuk kerabat Gaddafi.

Gueta Brown dan cucu perempuannya Rachel Sa'da bahwa asal usul Gaddafi adalah Yahudi, mengisyaratkan bahwa nenek Brown dan nenek Gaddafi dua saudara perempuan kandung.

Sa'da menjelaskan bahwa cerita ini dimulai ketika nenek Gaddafi wanita Yahudi menikah dengan seorang lelaki sebangsanya, tapi tidak baik dalam bermuamalah dengannya, lalu dia melarikan diri dan menikah dengan seorang Muslim seorang kepala suku, melahirkan seorang putri yang menjadi ibu dari Gaddafi.

Meskipun nenek Gaddafi masuk Islam ketika ia menikah dengan kepala suku tersebut, namun wanita tersebut tetap menjadi Yahudi menurut hukum Israel .

Penyiar saluran tersebut kemudian berkomentar dengan mengatakan bahwa "Yang penting Gaddafi tidak hanya memiliki kerabat Yahudi saja, tetapi dirinya juga seorang Yahudi".

Majalah Israel ini mengatakan bahwa berita ini bukanlah hal baru, tetapi dalam suasana pemberontakan terbaru di Libya, yang mengancam menggulingkan rezim Gaddafi - Seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir - pemimpin Libya "mungkin mencari strategi keluar".

Dan apakah laporan tersebut benar - menurut ucapan majalah - merupakan hak Gaddafi untuk berimigrasi ke Israel menurut hukum khusus Israel mengenai "kembalinya orang Yahudi".

Ia menambahkan bahwa jika semua negara menolak menerima Gaddafi, maka Israel terpaksa harus menerimanya.

Lalu majalah tersebut menirukan ucapan narator di akhir pertemuan dengan dua wanita tersebut ketika ia berkata "Saya yakin bahwa beberapa pejabat pemerintah setempat di Israel akan senang untuk merangkul mantan presiden tersebut".

~anehsemua~


Inilah Para Pengikut Loyal Khadafi

Saif al-Islam, salah seorang putra andalan Muammar Khadafi

Sepekan belakangan, sejumlah pejabat tinggi, diplomat, dan tentara membelot dari pemimpin mereka, Muammar Khadafi. Namun pemimpin Libya berpangkat kolonel itu tidak gentar dan rajin mengumbar pernyataan-pernyataan yang terkesan brutal.

Menurut sejumlah media massa internasional, ada faktor yang membuat Khadafi tetap percaya diri meski ditekan dari dalam dan luar negeri. Dijuluki "Anjing Gila" oleh mendiang Presiden Ronald Reagan dari Amerika Serikat (AS) pada dekade 80-an, Khadafi mengandalkan sedikit orang untuk merawat kekuasaannya.

Diantara mereka, menurut harian The Washington Post, adalah empat putra Khadafi dan dua pejabat senior yang berpengalaman di dunia intelijen. Mereka disinyalir tetap setia dengan Khadafi dan tidak terpengaruh dengan kelompok pejabat yang membelot. Pengikut setia Khadafi itu juga dikenal melakukan pekerjaan kotor untuk bos mereka, seperti menangkap dan membunuh para oposan.

"Sudah terlambat bagi mereka untuk berbalik arah dari Khadafi. Mereka tidak bisa kemana-mana lagi," kata John Hamilton, seorang pengamat dari Cross Border International.

Khadafi sebenarnya memiliki delapan anak. Namun, hanya empat yang menonjol dan selama ini sangat setia mewakili kepentingan ayah mereka.

Sebagai putra kedua Khadafi, Saif al-Islam sering muncul di televisi sebagai juru bicara bagi rezim ayahnya. Dia sudah dua kali tampil di siaran televisi sejak Libya dilanda pergolakan.

Pada salah satu penampilan, Saif memperingatkan bahwa negaranya bisa dilanda Perang Saudara bila demonstrasi anti Khadafi terus berlangsung. Peringatan Saif itu tampak sudah terbukti.

Dibanding saudara-saudaranya yang lain, pria berusia 38 tahun itu tampak lebih menonjol dan berpendidikan. Sebelum menjadi politisi, Saif dikenal sebagi doktor lulusan salah satu universitas terkemuka di Inggris, London School of Economics (LSE) dan memimpin yayasan The Gaddafi International Foundation for Charity Associations.

Menurut harian The Guardian, Saif tampaknya menjadi penghubung andalan bagi negara-negara Barat untuk berbisnis dengan Libya, yang memiliki cadangan minyak mentah terbesar di Afrika. Bahasa Inggrisnya pun lancar dan suka memakai jas buatan Italia.

Saif masih memiliki hubungan erat dengan mantan almamaternya. Melalui yayasan yang dia pimpin, Saif memberi sumbangan kepada LSE sebesar 1,5 juta pound sterling sehingga dia tercatat sebagai salah satu donatur utama. Namun, sejak pergolakan di Libya, LSE dikabarkan langsung menarik hubungan dari alumninya itu.

Selain Saif, Khadafi juga menaruh kepercayaan kepada Saadi. Setahun lebih muda dari Saif, Saadi lebih dikenal sebagai pemain sepak bola. Dia pernah malang melintang di sejumlah klub Liga Italia, walau sangat jarang diturunkan ke lapangan hijau.

Pensiun sebagai pesepakbola, Saaid beralih ke dunia bisnis, yang investasinya berasal dari pengaruh dan dana ayahnya. Namun, sejak Libya bergolak, Saaid diserahi tanggungjawab untuk menanggulangi aksi para pemrotes di sebelah timur negara itu.

Putra Khadafi lainnya adalah Mutassim. Dia diserahi tugas sebagai penasihat keamanan bagi ayahnya. Menurut stasiun berita CBC, Mutassim pernah menjadi utusan Libya untuk bertemu dengan Menteri Luar Negeri AS, Hillary Clinton, di Washington pada 2009. Putra keempat Khadafi itu mendapat mandat untuk menormalkan kembali hubungan antara Libya dan AS.

Selain itu, juga ada putra Khadafi lainnya bernama Khamis. Dia merupakan perwira militer yang mengenyam pendidikan di Rusia. Tidak heran bila Khamis dipercaya memimpin suatu batalion elit pasukan khusus untuk melindungi Khadafi.

Selain keempat putranya itu, Khadafi juga menaruh kepercayaan kepada dua perwira senior yang sudah terbukti sangat loyal. Mereka adalah Abdullah al-Senussi, mantan kepala intelijen militer dan Menteri Luar Negeri Musa Kusa, yang dikenal sebagai intel andalan Khadafi di luar negeri.

Tuduhan Liar PM Terhadap Yusuf Al-Qardhaw​i

KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
MENDESAK NAJIB UNTUK MENARIK BALIK TUDUHAN LIAR TERHADAP
SYEIKH DR YUSUF AL-QARDHAWI DAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.

Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera. Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia

Suara PAS perlu untuk nasihati kerajaan Melaka

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata calon PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau mesti menang bagi membawa suara Islam dan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Melaka.

Menurutnya, calon PAS mesti menang bagi menjadi penasihat kepada kerajaan negeri dalam isu-isu melibatkan kedaulatan Islam dan Melayu.

"Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka menggunakan wang zakat RM13.8 juta bagi membina Kompleks MAIM, penjualan Tanah Milik MAIM di lot 105 dan lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.

"MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT83 kepada Regal Merger Sdn Bhd (RMSB) pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Kompleks MAIM mengikut perjanjian asal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Markaz Induk PAS di Taman Muhibbah, Merlimau.

Idris juga mempersoalkan mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB.

Soalnya, apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB.

Menurutnya, terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri, antaranya Litar Go-Kart (RM9.9 juta), Eye On Malaysia (RM8 juta), Monorel Melaka (RM16.5 juta), Lapangan Terbang Batu Berendam (RM190 juta) dan sebagainya.

"Isu-isu pembaziran ini mesti diketengah kepada masyarakat dan di dalam Dewan Undangan Negeri, Adun mesti menasihatkan kerajaan negeri dengan dalil dan hujah," ujarnya.

Selain itu, katanya isu-isu melibatkan diskriminasi campurtangan politik dalam institusi masjid, surau, JKKK dan lain-lain.

"Semua AJK dan pegawai masjid mesti ahli Umno walaupun ada di kalangan mereka yang tidak berkelayakan dan melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pegawai-pegawai masjid," tambahnya.

Idris berkata semua isu-isu di atas adalah melibatkan isu agama dan Melayu dan ianya mesti dibawa oleh Adun yang beragama Islam kerana isu-isu melibatkan kaum lain dan isu-isu lain boleh di bawa oleh Adun-Adun PR lain yang berjumlah 5 orang.

"Adun BN yang ada di dalam Dewan Undangan Negeri gagal memberikan nasihat kepada kerajaan negeri kerana mereka semuanya tidak berani mengkritik dan menyanggah pemimpin kerana takut kehilangan jawatan," ujarnya.

~harakah~

bUMNgOk Ingat Duit Rakyat Bapak Dia Punya Kot

Para pemimpin Umno BN kini semakin melampau, sehingga sanggup melakukan pembaziran terhadap wang rakyat dengan berleluasa, tanpa memikirkan kesan buruknya kepada rakyat dan negara.

Amat dikesali apabila tindakan tersebut tetap juga dilakukan oleh para pemimpin Umno BN, walaupun telah ditegur secara berterusan oleh pihak pembangkang dengan pelbagai cara.

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, malah lebih dikesali lagi apabila semakin ditegur, semakin menjadi-jadi pula pembaziran yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN, seolah-olah wang rakyat adalah milik peribadinya.

Menurut beliau, untuk menghadapi PRK Dun Merlimau, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Melaka turut melakukan pembaziran berleluasa termasuk melakukan pelbagai projek di luar keperluan rakyat dan dengan kos terlalu tinggi pula.

Katanya, antaranya termasuklah pembinaan jeti tercanggih di Merlimau yang melibatkan perbelanjaan amat besar yang sebahagian besar darpadanya masuk ke dalam poket para pemimpin Umno itu sendiri.

"Kita tidak nafikan, jeti perlu dibina untuk kepentingan rakyat terutama nelayan, tetapi tidak sepatutnya dibina jeti tercanggih yang menelan kos jutaan ringgit.

"Sepatutnya hanya dibina jeti yang hanya memenuhi keperluan rakyat sahaja, dengan kos yang berpatutan, kerana wang itu milik rakyat dan perlu dimanfaatkan dalam pelbagai aspek lain lagi untuk kepentingan rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya di Merlimau, di sini, malam tadi.

Selain itu, beliau turut kesal apablia Kerajaan Melaka turut melakukan pelbagai pembaziran lain lagi yang sebenarnya merupakan rasuah politik kepada para pengundi di Dun Merlimau yang akan membuang undi 6 Mac ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, kesemua itu dilakukan oleh para pemimpin Umno bagi membolehkan mereka kekal berkuasa, walaupun ia jelas merupakan penyelewengan kuasa dan salah guna wang rakyat.

Menyedari perkara itulah, katanya, tidak hairanlah jika para pemimpin Umno sanggup merampas kuasa dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang berada di bawah kepimpinannya di Perak, bagi membolehkan mereka terus mengaut kekayaan dengan cara salah untuk kepentingan diri mereka sendiri.

"Jadi kepada para pengundi pelbagai bangsa di Dun Merlimau, faham dan sedarilah perkara itu. Jika tidak, kita pasti akan terus tertipu dengan sikap hipokrit, tidak bertangungjawab dan sandiwara para pemimpin Umno dan BN," katanya yang pernah menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Ceramah tersebut merupakan yang pertama dari PAS dan Pakatan Rakyat selepas penamaan calon Dun Merlimau, semalam, dan dihadiri ribuan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat dan penduduk tempatan.

Turut berceramah malam tadi, Bob Lokman yang ternyata turut berbakat besar dalam mengetengahkan pelbagai mesej penting kepada orang ramai walaupun baru pertama kali muncul di pentas politik.

~harakah~

Murujib Hina Al-Qardhawi dan Ikhwan Muslimin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” kata Nasharudin.

Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, sempena Ma'al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.

Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.

Menyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.

Sementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.

Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

“Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

“Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out,” katanya.

Menurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

“Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.

“Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .

“Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

“Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

“Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi,” akhir azmin dalam kenyataannya itu.

~MK~

Barua Murujib Tuduh Qardhawi pengganas

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Najib supaya meminta maaf secara terbuka kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam.

DPPWP, katanya kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu, bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

“Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima.

“Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPWP, katanya percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau. Tambahnya, ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan. Tambahnya, tuduhan itu sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan.

Ikhwanul Muslimin, ujarnya telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak.

“Bagaimana Datuk Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?” soalnya.

DPPWP percaya, Najib tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat. DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau.

“Memang wajarlah Datuk Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin,” ujarnya.

~harakah~

Lu Tolong UMNgOk Wa Tolong Lu

Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Beliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

Seorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.

~MK~