REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, May 30, 2011

Rakyat Dicekik Sampai Mampus

Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang.

Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.

”Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata.

”Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum.

Azihan juga berkata, keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang. Oleh itu, AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik.

”Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat,” ujarnya.

Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik.

”AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat,” katanya.

Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan. Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13.

”Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah,” tambahnya.

~harakah~

Harga makanan akan naik

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.

~MK~

Rakyat Sedekah 7% Kenaikan Elektrik Kepada Kroni BumNgok

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang semalam. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

~MK~

Rakyat Bayar Mahal Elektrik Untuk Kroni MahaFiraun

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini. Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan. Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.
“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.
Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.

~MK~

Sunday, May 29, 2011

Murujib Terdesak "Ugut Belia"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.

Berkecai tulang

Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga menjaja tema yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno pada Oktober tahun lalu.

Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Najib berkata sambutan yang menggalakkan hari ini juga mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mendakwa mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan pembangkang.

"Satu hari di kalangan belia yang berhimpun hari ini akan duduk di kerusi di Putrajaya. Inilah niat kita. Pembangkang nak lelong Putrajaya... adakah anda benarkan? Tidak!

"Kita tidak akan biarkan mereka melelong Putrajaya kerana sejuta belia akan mempertahankannya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin .

Perdana Menteri mendakwa kerajaan sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan belia kerana mereka adalah pemangkin kepada transformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Walaupun tidak sampai ke peringkat membuat keputusan, memadailah anda (belia) mendukung dan menyokong pelan transformasi negara. Saya cukup hargai.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara," katanya.

Beberapa habuan

Pada perhimpunan ini, Najib juga mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia - antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.

Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini. Katanya, wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.

"Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun.

"Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu," kata Najib.

Mengenai perhimpunan Hari Belia itu, Najib berkata beliau berpuas hati dan yakin sasaran menghimpunkan sejuta belia akan tercapai. Sehubungan itu, perdana menteri menyasarkan kehadiran dua juta belia pada perhimpunan tahun depan.

Beliau berkata sambutan yang begitu menggalakkan itu berbanding tahun lalu menunjukkan bahawa belia di negara ini mahukan keamanan dan bukan berhimpun untuk menjatuhkan kerajaan. Himpunan belia yang bermula semalam dan berakhir esok, menampilkan lebih 200 acara dan program bagi golongan belia seperti sukan, kreativiti, seni dan sukan lasak.

~MK~

Saturday, May 28, 2011

Umno kembalikan ciri-ciri pemerintahan Firaun – Anwar

Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

“Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno,” kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, malam tadi.

Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

“Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

“Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty’,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.

“Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.

“Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno,” katanya.

~keadilandaily~

Rakyat Dah Muak Dengan Pembohong Ini

Tindakan kerajaan berulangkali menaikkan harga petrol dan diesel selepas mengumumkan harga bahan mentah berkenaan akan kekal tidak berubah, merupakan satu pembohongan dan penganiayaan kepada rakyat.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri, berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang mendakwa harga petrol dan diesel akan kekal walaupun harga minyak mentah dunia kini mencecah USD100 setong.

Mengulas hal ini Yahya berkata, kenyataan Ismail itu jelas merupakan satu sandiwara kerajaan Umno-BN kerana realitinya kenaikan harga minyak tetap berlaku meskipun kerajaan membuat penafian.

“Tahun lepas kerajaan juga melakukan perkara yang sama. Umum harga minyak kekal dan tidak lama kemudian menaikkan harganya. Perkara tersebut merupakan satu penganiayaan kepada rakyat dan ia menampakkan sikap kurang bertanggungjawab menteri berkenaan kepada rakyat,” kata Yahya.

Mengulas kenyataan Ismail Sabri kononnya kenaikan harga minyak yang tidak dapat dielakkan, Yahya Sahri berkata Malaysia sepatutnya menerima lebih banyak keuntungan memandangkan negara ini adalah pengeksport bersih minyak.

Malangnya, katanya rakyat bukan sahaja tidak menerima manfaat daripada kenaikan harga bahan mentah tersebut, malah dianiya kerajaan dua kali.

“Pertama, rakyat mengalami kenaikan harga petrol dan kos pengangkutan. Kedua, rakyat mengalami peningkatan harga barang akibat kenaikan kos pengangkutan yang merupakan sebahagian daripada kos barang,” kata Yahya.

Menurutnya, jika harga minyak berterusan meningkat, ia akan merencat perancangan negara untuk menjadi negara maju kerana peningkatan kos hidup yang tidak tidak selari dengan kadar pertumbuhan pendapatan rakyat.

~keadilandaily~

Murujib pilih kayakan kroni banding bela nasib rakyat

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen bertujuan mengkayakan kroni daripada membela nasib rakyat.

“Harga minyak dapat dikekalkan jika kerajaan memotong subsidi syarikat korporat dan kenaikan minyak sama sekali tidak berlaku.

“Tapi, Najib mementingkan kroni daripada mengurangkan beban rakyat,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily, mengulas tindakan kerajaan menaikkan harga petrol hingga menambahkan beban rakyat akibat pengurusan negara tidak berterusan.

Untuk rekod, harga petrol sejak Malaysia diterajui Najib naik sebanyak lima kali. Kata Rafizi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diberi mandat mentadbir negara, perkara seumpama itu tidak akan berlaku kerana nasib rakyat akan dibela terlebih dahulu.

“Walaupun subsidi elektrik naik, tapi jika PR berkuasa, kita akan potong subsidi korporat supaya tidak memberi kesan kepada rakyat. Tapi, nampaknya BN tidak pedulikan rakyat kerana mereka akan bela nasib kroni,” katanya.

Beliau juga tidak terkejut jika harga petrol RON 95 akan naik jika BN terus berkuasa akibat sifat tamak dan rakus mereka.

“Tidak mustahil RON 95 akan naik kepada RM2.40 jika BN terus memerintah negara memandangkan tahun ini sudah tiga kali harga minyak naik,” katanya.

Rafizi juga tidak menolak kemingkinan kenaikan petrol itu menjadi sebahagian dana kerajaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

“Kerajaan tidak mahu beri subsidi kepada rakyat, tetapi duit kenaikan itu turut dijadikan simpanan untuk PRN. Pendekatan ini yang dilakukan BN yang tidak langsung membantu rakyat,” katanya.

~keadilandaily~

Subsidi kroni lebih banyak daripada subsidi minya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional yang memberi subsidi kepada pembekal elektrik bebas (IPP) jauh lebih banyak berbanding subsidi minyak kepada rakyat.
Pada perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat pula, beliau berkata, sektor IPP mendapat subsidi RM15.1 bilion manakala rakyat cuma mendapat subsidi minyak RM11 bilion sahaja.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, dasar penswastaan perlu mengambil kira kebajikan rakyat, selain menjadikan pentadbiran sesebuah kerajaan lebih cekap.

“Kita tidak tentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas akibat keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP,” katanya.
Difahamkan, media kawalan Umno BN sudah diberi pengingatan supaya tidak mennggunakan perkataan ‘barang naik’ sebaliknya menggunakan ‘pelarasan harga’, selain dilarang membuat tinjauan orang ramai.

~Keadilandaily~

Berbilion subsidi IPP tapi kerajaan masih naikkan tarif elektrik

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata tidak ada sebab kerajaan menaikkan tarif elektrik di negara ini kerana peruntukan RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), bertujuan untuk mengurangkan tarif tersebut.

Menurut Rafizi, sekiranya dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah berbanding Malaysia walaupun mereka tidak memperuntukkan subsidi kepada syarikat seperti IPP.

“Selama ini, subsidi gas diberikan kepada syarikat besar IPP dengan tujuan untuk mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, tetapi tarif elektrik di negarakita lebih tinggi daripada jiran yang lain seperti Thailand.

“Ini bermaksud kerajaan sepatutnya boleh potong peruntukan subsidi kepada syarikat IPP dan pada masa yang sama mengurangkan tarif elektrik.

“Thailand tidak ada subsidi gas diberikan kepada syarikat seperti IPP tetapi tarif elektrik mereka jauh lebih rendah,” ujarnya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Katanya, sekiranya penjelasan kerajaan bahawa kenaikan tarif itu perlu berikutan subsidi IPP tidak dapat ditampung, ia tidak bertepatan dengan realiti sebenar.

“Apa pun, tindakan samada menaikkan harga minyak RON 95 atau tarif elektrik tidak boleh menutup mata rakyat kerana rakyat sudah celik. Mereka tahu hasil kekayaan negara ini diurus secara salah oleh kerajaan.

“Rakyat pertama sekali yang akan merasa terkesan. Sepantas kilat, harga barangan akan turut naik kerana peniaga akan mengalihkan beban itu kepada pengguna.

“Ini menunjukkan BN tidak boleh mengurus ekonomi dalam masa jangka pendek dan menyelesaikan masalah ekonomi secara holistik dalam jangka masa panjang.

Tambahnya, beliau juga menolak kemungkinan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan kerajaan berikutan peningkatan tarif berkenaan.

“Peningkatan tarif elektrik ini juga tidak dapat membendung kemarahan rakyat jika dikatakan RON95 tidak dinaikkan. Jelas RON95 akan dinaikkan kerana ini adalah janji BN kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan kerajaan bermuka-muka apabila membuat keputusan itu yang bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

“Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas menolong rakyat kerana sehingga hari ini kita tidak dapat lihat apa yang diberi kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkanbeban mereka,” kata Khairul Anuar ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Justeru beliau menyeru rakyat menilai semula kerajaan yang ada, apakah mereka mengutamakan kebajikan rakyat selari dengan slogan yang dilaungkan selama ini.

“Rakyat boleh lihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak punyai iltizam untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Mereka tidak pernah berniat baik untuk menolong rakyat, tetapi yang berlaku mereka yang menindas rakyat dengan kenaikan harga,” katanya.

Laporan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan kenaikan kadar tarif elektrik dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini.

Menurut laporan itu, kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif berkenaan yang sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikan harga gula juga dibuat pada masa yang sama.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata, kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat.

~Keadilandaily~

KERAjaan bela kroni IPP

Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

“Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

“Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

“Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif elektrik,” katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.

Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi membekalkan tenaga itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri. Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB yang hanya membekalkan 40 peratus.
“Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar.

“Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga.

“Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat yang tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan,” katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik. Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB. Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar.
~keadilandaily~

JPA perlu telus agih bantuan pendidikan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa bantuan pendidikan harus diagihkan dengan adil kepada setiap rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira keturunan. Sehubungan itu, beliau juga mahu bantuan seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi membantu mereka mengikuti kursus pilihan mereka.

Bantuan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan sebab itulah, kata Anwar, keputusan diambil untuk menyediakan pelbagai skim bagi meringankan beban pelajar terutama dari golongan miskin.

Malah, katanya, dalam kes pelajar cemerlang, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menukar pinjaman kepada biasiswa demi membantu mengurangkan beban ibu bapa.

"Siapa kata biasiswa tidak ada? Program kita PTPTN diganti anak miskin mesti dapat biasiswa, mana ada sistem di dunia ni anak miskin tak dapat biasiswa?" soalnya pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.

TV Selangor juga memetik Anwar berkata pelajar Cina dan India yang miskin juga tidak boleh dinafikan hak mereka mendapat bantuan pendidikan jika mencatat keputusan cemerlang kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan.
"Kenapa jadi begitu? Orang miskin cerdik bantulah, ada orang kata ada Cina, India tak dapat bagilah tetapi jangan ambil hak orang Melayu punya. Jangan pertikai hak orang Melayu yang pintar yang miskin dapat biasiswa. Saya tak peduli siapa pun jangan pertikai, yang prinsip kita kalau ada anak Cina, India pintar bagilah, orang Melayu takkan miskin." katanya.
Baru-baru ini, beberapa pihak mengadu bahawa anak-anak mereka tidak mendapat biasiswa JPA walaupun mencatat keputusan cemerlang dan syarat-syarat lain yang disenaraikan. Ada juga dikatakan pelajar cemerlang terbabit tidak mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi dalam kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan mereka.

Kedatangan Anwar ke Johor kali ini disambut dengan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba di Muar seawal jam 7 malam semalam lagi. Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama polis yang mensyaratkan program ini tidak menghalang lalu lintas. Pihak penganjur menyediakan skrin gergasi bagi penonton di luar bangunan ceramah.

Turut hadir pada ceramah ini ialah pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

~MK~

Umno bukan pembela Melayu

Umno kini tidak mampu mengekalkan prinsip-prinsip Melayu seperti yang ditonjolkan pada era Tun Sri Lanang dan juga Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pendeta Za'ba, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu tidak korup seperti pemimpin Umno hari ini yang hanya bersandarkan kepada amalan politik jijik yang menjengkelkan sehingga sanggup menjatuhkan martabat sesama umatnya.

"Pejuang-pejuang asal seperti Tun Sri Lanang yang hebat, apa hebatnya? Hebatnya kerana ilmu, prinsip, hebatnya kerana Melayunya tebal mengikut syarak maknanya ikut hukum, jangan rasuah, jangan rompak, jangan hina, jangan aib kaum sendiri, itu dia Tun Sri Lanang.

"Za'ba, pendeta Za'ba, pemikir Melayu, sasterawan ahli bahasa ulung, apa pandangan dia? Bila bicara soal Melayu, miskin apa Melayu?

“Miskin harta benda tapi dia bimbang yang miskin akhlak, miskin budi pekerti, miskin semangat tewas tak sanggup berjuang menolak sistem penjajah Inggeris," kata Anwar pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.

Beliau merujuk dirinya yang dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh Umno sejak 13 tahun lalu. Selepas meninggalkan Umno. Anwar mendakwa dirinya dihambat dengan kes liwat I dan II. Paling terbaru ketua pembangkang itu dikaitkan pula dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T.

Bukan itu sahaja, malah, katanya yang dipetik TV Selangor, isteri, anak dan cucu beliau juga terkena tempias gelora politik kotor Umno itu. Pada ceramahnya ini, Anwar turut menyeru supaya semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Seri Lanang dan Pendekta Za'ba diteladani oleh pemimpin hari ini.

Katanya, pemimpin Umno hari ini lebih mementingkan isteri dan juga anak-anak serta kroni semata-mata dan membiarkan rakyat terus dihimpit kesusahan akibat sikap tamak haloba mereka.

"Bukan perkayakan keluarga dia, ini orang pimpinan Umno bercakap soal Melayu tapi akhirnya mereka yang kaya-raya, bagi kontrak kat bini dia, bila bagi IPP bagi kat siapa? Kroni-kroni.”

Baru-baru ini kerajaan menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-suarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

~MK~

Ketegasan Ustaz Azizan Dipolitikkan Orang Ketiga

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan. Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Menjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.

~MK~

Usaha BumNgok Untuk Menang PRU13

Program MyDaftar anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah sekolah di sini agak kelam kabut apabila diserbu ramai penduduk terutamanya berasal dari negara jiran. Ketika kaunter pendaftaran yang juga melibatkan Jabatan Imigresen dibuka jam 8.30 pagi ruang dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur diserbu orang ramai.

Sebahagian besar mereka berasal dari Thailand yang mendakwa sudah lama menetap di Pengkalan Kubur. Ada juga kelihatan datang menggunakan kenderaan nombor berdaftar negara jiran. Malah malam tadi Umno dipercayai melancarkan kempen supaya warga asing yang belum memiliki kad pengenalan datang ke program berkenaan.

Hebahan mengenai program berkenaan juga dibuat sejak dua minggu lalu melalui mimbar-mimbar khutbah Jumaat.
Bagaimanapun program terbabit tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sehingga menimbulkan banyak persoalan ekoran terbongkar sindiket membuat kad pengenalan melibatkan warga asing untuk mendaftar sebagai pemilih di Selangor.

Ekoran itu PAS memantau program yang berlangsung hari ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur tidak sihat digunakan bagi tujuan politik.

Turut memantau dari dekat program tersebut anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim dan penghulu.

Kehadiran orang ramai pada program itu di luar jangkaan JPN apabila sambutan hangat sekali sehingga tidak terlayan pada sebelah pagi. Malah ada yang datang membawa surat pengesahan sebagai anak mukim hanya menggunakan surat ditandatangani Ketua Cawangan Umno Pengkalan Kubur.

Ada juga wanita dari Thailand yang datang memberitahu mereka diberitahu pihak tertentu supaya menuntut kad pengenalan di kaunter JPN pada program berkenaan. Bagaimanapun ramai pulang hampa memandangkan proses untuk memohon kad pengenalan tidak semudah disangka.

Pengarah Bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Mohd Azimin Hassan berkata, pihaknya tidak menerima pengesahan sebagai anak mukim hanya berdasar surat ditandatangani ketua cawangan Umno.
”JPN mempunyai prosedur yang ketat untuk melayakkan seseorang boleh memohon kad pengenalan,” katanya pada sidang media bersama Kamaruddin di sini.

Menurutnya program tersebut dimulakan sejak 2008 bagi memberi penjelasan mengenai proses pendaftaran kelahiran, kematian dan permohonan kad pengenalan. Kata beliau terdapat seramai 751 kes daftar lewat kelahiran di Kelantan sekarang melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.

Kamaruddin berkata, PAS mendapat maklumat program tersebut dikatakan memberi ruang lebih mudah kepada bukan warga negara mendapat kad pengenalan. Katanya, sebelum ini dikesan di Selangor di mana ada warga asing mendapat taraf pemastautin tetap bagi membolehkan mereka mengundi.
”Jadi berasaskan maklumat tersebut PAS dan pemimpin masyarakat di Tumpat memantau program hari ini kerana bimbang perkara yang berlaku di Selangor boleh berulang di sini.

”Bagaimanapun berdasar kepada penjelasan dibuat pegawai kanan JPN di sini kita agak berpuas hati terhadap perkembangan setakat ini.

”Kita tidak mahu program MyDaftar direbut peluang oleh pihak tertentu bagi mendaftarkan warga asing sebagai pemilih secara mudah,” katanya.

Beliau juga berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program terbabit sehingga ada ketua cawangan mengesahkan status anak mukim orang tertentu, sedangkan ia bukan di bawah bidang kuasanya. Mohd Zaki pula bimbang kerana ramai warga Thailand datang ke program berkenaan semata-mata untuk memohon mendapatkan kad pengenalan.

Katanya, ramai di kalangan mereka ketika ditemui menjelaskan datang ke sini kerana diberitahu pihak tertentu JPN membuka peluang bukan warga negara mendapatkan kad pengenalan.
”Kami juga berharap kerajaan negeri mendapatkan maklumat lebih lengkap daripada JPN mengenai program MyDaftar bagi mengetahui perkara sebenar,” ujarnya.

Wan Rusdi bimbang program MyDaftar dianjur JPN dan Jabatan Imigresen tersembunyi agenda lain, biar pun diakui tidak berlaku sebarang penyelewengan seperti disebut pegawai kanan JPN.

~harakah~

Beranikah KERAjaan BumNgok nyah-rahsiakan kontrak IPP

DAP hari ini mencabar kerajaan persekutuan pimpinan BN supaya menyah-rahsiakan perjanjian dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berhubung subsidi yang diberikan kepada mereka.

Setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua (kiri) berkata tindakan berkenaan perlu bagi menjelaskan mengapa kerajaan enggan menstrukturkan semula kontrak yang berat sebelah itu, sedangkan syarikat-syarikat tersebut membuat keuntungan lumayan sehingga membebankan rakyat.

Awal minggu ini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas pembangkang yang terus mendesak kerajaan menghentikan subsidi kepada IPP dan Tenaga Nasional Bhd sebelum menarik balik subsidi rakyat yang membabitkan bahan api dan gula.

Chua mendakwa perkara itu tidak dapat dilakukan kerana kerajaan telah memeterai perjanjian dengan pelbagai pengeluar tenanga sejak bertahun-tahun yang lalu dan ia hanya boleh dirundingkan semula apabila tempoh perjanjian tersebut berakhir.

"Oleh kerana kerajaan terikat dengan banyak perjanjian, subsidi kepada IPP tidak boleh dihentikan dengan segera (hanya kerana) ikut kata DAP atau kata Anwar (Ibrahim) ," katanya pada sebuah sidang akhbar.

Merujuk kenyataan itu, Pua berkata tidak ada guna bagi beliau berhujah dengan Chua kerana tidak ada sesiapa di luar daripada jemaah menteri mempunyai akses kepada Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

"Saya sebaliknya cabar Chua bagi buktikan dakwaannya bahawa kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa selepas memeterai PPA dan menuntut supaya semua perjanjian itu dinyah-rahsiakan supaya rakyat boleh mengetahuinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata kerjaan juga perlu menjejaki precedent yang dibuat pada tahun 2009 dengan menyah-rahsiakan perjanjian konsesi lebuhraya.

~MK~

Osama Rahimahullah di Mata Ulama Ahlus Sunnah

Berikut ini kami hadirkan pandangan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah (Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah, Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah, & Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafizhahullah) terhadap Syaikh Usamah bin Laden rahimahullah (pimpinan jaringan Al-Qaeda). Semoga bermanfaat.

Perkataan Syaikh Bin Baz tentang Usamah bin Laden

Benarlah ucapan Syaikh Ibnu Baz rahimahullah tentang dia:

“Usamah bin Laden termasuk orang-orang (mufsidin) yang membuat kerusakan di muka bumi. Dia memilih jalan-jalan kejelekan yang merusak dan tidak mau taat kepada ulil amri (pemerintah dan ulama).” (Surat Kabar Al-Muslimun 9-05-1417 H)

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah telah memperingatkan dari Usamah bin Laden dalam banyak kesempatan, di antaranya:

“Adapun yang sekarang dilakukan Muhammad Al-Mis’ari, Sa’ad Al-Faqih dan yang semisalnya dari para penyebar dakwah-dakwah perusak yang sesat, maka ini tidak diragukan lagi merupakan kejelekan yang besar. Mereka ini menyeru kepada kejelekan yang besar dan kerusakan yang besar. Wajib berhati-hati dari selebaran mereka, wajib memusnahkannya dan tidak bekerja sama bersama mereka dalam perkara apapun yang mengajak kepada kerusakan, kejelekan, kebathilan dan fitnah. Karena Allah memerintahkan untuk ta’awwun (bekerja sama) dalam kebaikan dan melarang dalam kerusakan, kejelekan, penyebaran kedustaan dan penyebaran seruan-seruan bathil yang menyebabkan perpecahan, terganggunya stabilitas keamanan, serta yang lainnya.

Selebaran-selebaran yang berasal dari Sa’ad Al-Faqih atau dari Al-Mis’ari atau para penyeru kebathilan, kejelekan dan perpecahan lainnya, wajib untuk diberangus dan dimusnahkan dan tidak diperhatikan. Wajib menasehati mereka dan membimbing mereka kepada kebenaran.

Wajib memperingatkan mereka dari kebathilan ini. Tidak boleh seseorang untuk bekerja sama dengan mereka dalam kejelekan ini. Wajib mereka dinasehati dan kembali kepada petunjuk dan meninggalkan kebathilan ini.

Nasehatku untuk Al-Mis’ari, Al-Faqih dan Usamah bin Laden serta semua orang yang menempuh jalan mereka untuk meninggalkan jalan yang berbahaya ini. Dan hendaknya mereka takut kepada Allah dan berhati-hati dari siksa dan kemurkaan-Nya. Hendaklah mereka kembali kepada petunjuk dan bertaubat kepada Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang dulu. Dan Allah telah menjanjikan para hamba-Nya yang bertaubat akan menerima taubat mereka dan akan berbuat baik kepada mereka…” (Majmu Al-Fatawa Karya Syaikh Bin Baz 9/100)

Ucapan Syaikh Muqbil tentang Usamah bin Laden

Sedangkan Ulama Negeri Yaman Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah berkata: “Aku berlepas diri kepada Allah dari Usamah bin Laden. Dia itu celaka dan musibah bagi ummat Islam. Perbuatan-perbuatannya sangat jelek.” (Surat Kabar Ar-Ra’yi Al-‘Am Al-Kuwaitiyyah tertanggal 19-12-1998 vol 11503.)

Syaikh Mukbil rahimahullah juga berkata:

“Dan termasuk contoh fitnah ini adalah fitnah yang hampir menimpa Negara Yaman dari arah Usamah bin Laden, ketika dikatakan kepadanya: ‘Kami ingin jumlah 20.000 real Saudi. Kami ingin membangun sebuah masjid di wilayah …..’ Kemudian dia menjawab: ‘Kami tidak punya kemampuan. Kami akan memberi -Insya Allah- sesuai dengan kemampuan kami.’ Tetapi jika dikatakan kepadanya: ‘Kami ingin cannon, senjata api dan lainnya.’ Dia akan menjawab: ‘Ambil 100.000 real ini atau lebih. Insya Allah akan datang lagi’.” (Tuhfatul Mujib hal 283 karya Syaikh Mukbil)

Perhatikan orang yang menyimpang ini. Bagaimana dia menimbulkan fitnah dengan sebutan jihad. Memang benar dia seorang pengaku jihad dan salah satu tokoh kesesatan dan pengrusakan.

Dia juga memprovokasi orang-orang untuk melakukan teror pengeboman di negeri-negeri kaum muslimin dan menyebut mereka sebagai orang yang mati syahid. Allah lah tempat meminta pertolongan dari orang seperti ini dan perbuatannya.

Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali tentang Usamah bin Laden

Beliau berkata:

“Termasuk tabiat manusia, khususnya para wartawan, sangat perhatian dengan berbagai peristiwa, banyaknya pembicaraan tentangnya, dan fenomena-fenomenanya. Dan sedikit di antara mereka yang memperhatikan faktor dan rahasia-rahasianya.

Banyak pembicaraan di media masa audio dan video, koran-koran, dan internet tentang kejadian Afganistan, Iraq dan peristiwa-peristiwa pengeboman di negeri-negeri kaum muslimin dan lainnya.

Banyak orang mengaitkan perbuatan ini dengan Jaringan Al-Qaedah yang dipimpin oleh Usamah bin Laden dan pengikutnya semata.

Dimana Usamah bin Laden telah menjadikan orang-orang bodoh dari mereka sebagai para pahlawan Islam mujahid, meskipun mereka adalah orang yang paling cepat larinya dari peperangan. Kebanyakan mereka bersembunyi di gua (dan tempat lainnya, admin), atau hidup di negeri kafir untuk mengatur siasat terhadap kaum muslimin dan berusaha untuk menumpahkan darah mereka.

Meskipun usaha mereka tidaklah mewujudkan kecuali merendahkan kaum muslimin dan meruntuhkan negara-negara mereka, dan tidak menciptakan kecuali kesempatan untuk musuh-musuh Islam dan mempermudah mereka menguasai kaum muslimin.

Kami tidak mengetahui apa analogi kepahlawanan menurut orang-orang ini. Apakah usaha untuk menyerahkan para pemuda Islam kepada musuh, dan mengorbankan mereka seperti ayam dan menjadikan mereka sebagai mangsa dan tawanan seperti burung dara.

Padahal para pemuda yang diprovokasi itu tidak bisa membela diri mereka, terlebih lagi menguasai sarana-prasarana untuk mengalahkan musuh. Betapa besar semangat musuh Islam atas perang yang gagal ini.

Kelompok yang aneh ini memprovokasi para pemuda untuk menyeret kaum muslimin kepada peristiwa-peristiwa berdarah seperti pengeboman dan pengrusakan …

Kaum muslimin tidak sempat bersikap kecuali terkejut dengan banyaknya pembicaraan antara pihak yang pro dan kontra. Sampai batas ini saja berakhir pandangan mereka. Dan sangat sedikit orang yang menunjukkan asal musibah ini.

Kenyataan yang pahit bahwa perbuatan Usamah bin Laden dan orang-orang yang mengikutinya, tidak lain adalah buah dari sebuah pemikiran dan prinsip yang dibawa oleh tulisan-tulisan yang disebarkan di semua media masa, percetakan, dan distribusi dalam berbagai bahasa.

Pemikiran ini telah mengisi perpustakaan-perpustakaan. Isinya telah menyusup ke sekolah-sekolah dan universitas-universitas. Pemikiran itu telah mengisi benak banyak pemuda, bahkan sampai ke pedalaman dan hutan belantara. Ketahuilah penyebab itu asalnya adalah kitab-kitab dan prinsip Sayyid Qutb.

Namun banjir pemikiran Sayyid Qutb yang deras ini, malah mendapati pujian dan promosi dari berbagai media masa, para pengajar dan pendidik. Barangsiapa yang berusaha menghentikannya, dia akan dimusuhi …

Kitab-kitab Sayyid Qutb itu merupakan sumber fitnah, terorisme, pengrusakan di negeri-negeri Islam dan lainnya, karena mengandung berbagai macam pengrusakan asas, aqidah (keyakinan) dan prinsip Islam.” (Yanbu’ Al-Fitan Wa Al-Ahdats dengan penyesuaian).

~udrus-assunnah~

Bob Lokmah Akan Bantu Pakatan Tawan Putrajaya

Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya.
"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," kata Bob Lokman ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " katanya.

Beliau berceramah di pentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Yang dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan.Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam.

Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah. Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " katanya.

Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.
~MK~

Utusan Meloya Khianat Staf Sendiri Dengan Rakyat Lagilah

Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 24 Mei, presiden mahkamah itu Susila Sithamparam berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan.

Kata beliau dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan Tahunan 2009nya, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121.

"Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan "keuntungan" atau "profit" dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009.

"Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya.

Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta.

"Oleh kerana responden telah memberi bayaran ex-gratia sebulan gaji kepada setiap petugasnya untuk 2009, maka ia boleh menolak jumlah yang telah dibayar itu daripada bayaran bonus dua bulan gaji yang perlu dibayar kepada mereka untuk 2009," katanya.

NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lalu apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Dis 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.

NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 Sept 2006 yang ditandatangani antara NUJ and Utusan Melayu (M) Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, setiausaha agung NUJ V Anbalagan melahirkan harapan agar pengurusan Utusan Melayu mengkaji dengan teliti award itu dan menjelaskan semua bayaran tertunggak yang wajar diterima petugasnya berasaskan semangat keharmonian perusahaan.

Katanya anggota kesatuan itu daripada Utusan Melayu adalah antara kumpulan yang menerima gaji paling rendah daripada lapan cawangan bersekutu NUJ.

~Bernama~

Panggil Pakar Seks Tambi Dan Eskay Siasat Kes Rogol Gadis Penan

Polis dan kerajaan negeri Sarawak  dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.

Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.

Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.

Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.

~MK~

Nampak Sangat Pak Brahim Bodoh Dan Bangang

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menepis pandangan bahawa beliau 'tidak boleh disentuh' walau sering mengeluarkan kenyataan 'menggemparkan'. Sebaliknya, Ibrahim percaya bahawa tiada tindakan dikenakan ke atasnya setakat ini kerana "tiada kes" yang didapati ke atas dirinya.

"Ibrahim Ali bukannya tidak boleh disentuh. Saya bukannya kalis undang-undang. Malah sultan sekalipun tidak kalis undang-undang," katanya lagi.

Ibrahim berkata demikian ketika ditanya berhubung pandangan berkenaan memandangkan menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz sendiri telah menyatakan bahawa Ibrahim tidak perlu dikenakan tindakan.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang pernah dua kali ditahan kerana bertindak sedemikian kerana akan hanya melahirkan 'hero'.

"Tengoklah seperti (ahli parlimen Batu) Tian Chua dan (MP Padang Serai) Gobalakrishnan," katanya lagi.

Tambahnya, golongan yang menyifatkan beliau sebagai 'tidak boleh disentuh' itu sebenarnya menghina undang-undang negara. Katanya lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan pemimpin yang 'tidak boleh disentuh' kerana masih mengulas mengenai kes yang dibicarakan di mahkamah.

Ibrahim mendakwa, tindakan Anwar dan pengikutnya dalam ceramah-ceramah yang diadakan itu "menghina mahkamah."

Anwar yang kehulu kehilir naik turun mahkamah dikatakan tidak boleh disentuh. Bangang betul YB Pasir Mas ni. Patutlah hanya layak jadi Presiden Katak Perkasa Yang Bangang.

~MK~

BumNgok Putar Belit Tentang Beli Undi

ADUN Tamin, Joseph Mauh Ikeh menafikan dakwaan berlakunya pembelian undi semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu. Jelas beliau, bayaran yang diberi kepada pengundi itu adalah sebagai 'elaun pengangkutan' dan sekiranya tidak diberi penduduk tidak akan keluar mengundi.

Selain elaun pengangkutan, sesetengah pengundi juga dibayar bagi kerja-kerja seperti pemasangan poster kata Joseph yang juga adalah naib presiden Parti Rakyat Sarawak.

"Ini perkara biasa. Ini bukan membeli undi. Kita bayar pengundi supaya mereka boleh membeli petrol kerana mereka keluar mengundi atas perbelanjaan sendiri, jika tidak mereka tidak akan keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Jika tidak bayar wang, tidak ada orang yang akan keluar mengundi, jadi siapa yang akan dipilih sebagai YB (ADUN)?" soal wakil BN itu.

Kenyataannya itu merujuk kepada kenyataan Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) semalam yang mendakwa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen. Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya berkata wang tunai RM50 dibayar pada 14 April, dua hari sebelum hari mengundi.

~MK~

Siapa pejuang mahasiswa sebenar

Sejarah gerakan mahasiswa terus ditekan dan dihimpit hebat terutama daripada kerajaan kerana kesuburan gerakan mahasiswa mula menampakkan pencerahan bukan sahaja kepada individu yang bergelar mahasiswa bahkan kepada anak muda dan masyarakat umumnya.

Gerakan mahasiswa seringkali dilabel dengan pelbagai nama dan gelaran. Tetapi semua itu tidak pernah sekali mematahkan hasrat dan imian mahasiswa bahawa mahasiswa bukan budak sekolah yang boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak dan mahasiswa adalah golongan bebas yang suatu masa nanti akan memimpin negara mengantikan para pemimpin yang ada sekarang.

Gerakan mahasiswa dihenyak-henyak bagi mengekang dan menutup jalan juang pemimpin dan ahli gerakan mahasiswa untuk terus menyatakan hak dan kepentingan mahasiswa dan mengepalai masalah atau isu yang membelenggu masyarakat di Malaysia.

Perjuangan mahasiswa bukan sahaja melingkari kampus semata-mata tetapi hingga ke peringkat memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Tetapi, gerakan mahasiswa terus dihalang dan disekat dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Bila menyebut sahaja AUKU, sudah tergambar bagaimana rakusnya akta ini mengikat dan merantai setiap inci pergerakan seorang yang bernama mahasiswa.

'Kunci' penutup

Nyata, dengan wujudnya AUKU ini, gerakan mahasiswa menjadi semakin hebat. Akta ini langsung tidak menjadi 'kunci' penutup kepada sebuah entiti yang bernama gerakan mahasiswa.

Ramai Mahasiswa yang dikenakan AUKU malahan ada yang pernah digantung semester. Semua ini sudah menjadi sinonim dengan gerakan mahasiswa tetapi tidak pernah mematahkan semangat dan daya juang mahasiswa.

Mahasiswa terus bangkit dan melawan Akta yang dikatakan zalim dan tidak adil ini. Melawan dengan pelbagai cara sehingga sanggup berdemo di atas jalan-jalan raya membawa suara protes keras kepada kerajaan terhadap AUKU ini.

Walaupun berlaku beberapa pindaan terhadap akta ini namun semua itu ibarat dogengan sahaja.

Ada yang mencabar AUKU sehingga ke Mahkamah Tinggi dan ada pula yang berani berhujah dalam prosiding AUKU di kampus menyatakan kebenaran sambil berdepan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Pembangkang dalam Pakatan Rakyat berhujah lunak di Parlimen menyatakan kesungguhan dan komitmen mereka untuk memansuhkan AUKU jika memerintah Malaysia. Namun, kerajaan masih dengan komitmen mereka mempertahankan AUKU sebagai peraturan Universiti.

Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa negeri itu bebas dari jajahan takluk AUKU dan kolej atau universiti di bawah kerajaan negeri bebas AUKU. Bunyinya rancak dan hebat tapi praktikalnya masih menjadi tanda tanya.

Retorik politik

Apakah ini sekadar retorik politik atau impian sebenar Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi dalam masa yang sama, 17 mahasiswa di Universiti Malaya dikenakan perbicaraan AUKU kerana dikatakan 'terlibat' dan 'merancang' perhimpunan sewaktu di dalam pilihan raya kampus.

Amat mencuit hati lagi, apabila pertuduhan yang dinyatakan mensabitkan mahasiswa yang melakukan sidang media.

Nun jauh di sana dalam dakapan emas kerajaan Kedah pimpinan Pakatan, barangkali seperti lubuk emas tetapi masih beriman dan berpegang dengan AUKU sedang dalam pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah bersetuju AUKU bukan untuk mahasiswa.

Tetapi apakan daya niat tidak sampai barangkali kerana jauh perjalanan, enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) 'kalah' dengan AUKU.

•Mohd Faiz Mohd Arshad: Digantung dua semester pengajian
•Mohd Aiman Che Ab Razab: Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
•Zukhilatif Marzukhi : Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
•Mohd Azlan Mat Zain : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
•Ahmad Remi Md Arof : Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
• Mohamad Farhan Mohamad Baharin: Surat amaran dan denda RM100

Yang terfikir di fikiran, siapa yang sebenarnya memperjuangkan AUKU agar dihapuskan kini?

Di mana silap?

Di mana silap enam mahasiswa KUIN ini sehingga dijatuhkan hukuman sebegitu rupa walaupun tekad menyatakan AUKU tidak releven untuk mahasiswa.

Kenapa perlu lagi di negeri Pakatan Rakyat menggunakan AUKU sebagai kiblat untuk menjatuhkan hukuman?

Aneh dan ajaib... tetapi realitinya berlaku di negeri tersebut.

Bukan kritikan yang diberikan tetapi penjelasan yang setimpal perlu dinyatakan agar mahasiswa dan masyarakat tidak hilang kepercayaan akan datang.

Jika kerajaan BN menggunakan AUKU sejak dulu, kini dan selamanya tetapi hari ini mahasiswa perlu melawan dua kerajaan yang berlainan untuk mempertahankan hak sendiri.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga... yang diharapkan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tetapi perjuangan harus diteruskan tidak kira siapa yang harus dilawan. Paling penting, AUKU harus dimansuhkan terus dalam diari hidup mahasiswa dan ditukar dengan peraturan baru yang mencerna bibit-bibit intektual yang bernas dan segala pandangan mahasiswa dibiarkan terus mekar sebagai 'check and balanc'e kepada kerajaan mahupun pembangkang.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. Penulis adalah mantan setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

PAS bela peneroka dari jadi hamba Felda

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetatpi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh pemerintah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

"Namun kesemua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," ujarnya sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

Tambahnya, hari ini peneroka Felda berhadapan dengan penindasan sama ada disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat. Menurutnya lagi, penubuhan Felda pada asalnya yang bertujuan untuk memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," ujarnya.

Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat dan mengembalikan kepada hasrat penubuhan asal Felda.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang turut melancarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sempena himpunan itu yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman.

Bercakap pada sidang media selepas majlis ceramah, beliau berkata PAS melalui Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah memberi perhatian khusus berhubung dengan tanah ang melibatkan peneroka Felda.

"PAS memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka untuk menyelamatkan mereka dari segi politik dan pengurusan. Dari segi politik, mereka hendaklah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

6,000 borang permohonan tanah habis

Sementara itu, Mazlan pula memberitahu sebanyak 6,000 borang permohonan tanah yang diedarkan pada malam tadi hampir habis diambil dan diisi oleh warga Felda yang hadir pada majlis itu.

"Borang 6,000 hampir habis pada malam ini, ini mencapai sasaran kita," ujarnya.

Jelasnya, PAS menerusi lajnah yang dipengerusikan beliau akan melancarkan borang itu di peringkat negeri-negeri dengan menawarkan kepada lebih 100,000 mereka yang layak memohonnya.

Beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan secara besar-besaran berhubung borang itu sebelum BN jatuh pada pilihan raya umum nanti.

~harakah~

BN akan naikkan harga minyak

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa percaya kerajaan BN masih berniat untuk menaikkan harga minyak dengan menggunakan alasan rasionalisasi subsidi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lalu bahawa kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti.

"Saya berpendapat dengan penangguhan kenaikan harga minyak bermaksud Kerajaan Persekutuan mempunyai niat untuk menaikkan harga minyak," kata beliau ketika ditemui di Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam.

Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa isu sebenar kerajaan ingin menaikkan harga minyak bukan kerana rasionalisasi subsidi yang diwarwarkan namun kerana negara kekurangan wang kerana gagal menguruskannya dengan baik.

Beliau memberi contoh negara pengeluar minyak Mesir dan Oman yang mempunyai harga minyak yang lebih rendah dari Malaysia meskipun negara mereka mempunyai lebih ramai penduduk.

"Dalam isu ini saya rasa bukan isu rasionalisasi subsidi tetapi isunya ialah negara kita kekurangan cash ataupun wang kerana sebab yang lain, bukan kerana subsidi.

"Kalau isu subsisi harga minyak, sebagai negara pengeluar minyak kenapa Mesir dan Oman boleh letakkan harga minyak yang lebih rendah sedangkan mereka mempunyai penduduk yang lebih besar.

"Saya nak buat perbandingan Malaysia dengan negara pengeluar minyak yang lain yang mana Malaysia di nombor 27 dan harga minyak kita ialah RM2.90 seliter.Kita lihat negara pengeluar minyak ke 28 dan 29 Oman dan Mesir, harga di Oman dan Mesir adalah lebih rendah," katanya.

Di Mesir, harga minyak ialah RM1.06 sen seliter dan Omar RM1 seliter.

Justeru katanya kerajaan harus melihat perbandingan harga ini dan memberikan hujah yang lebih kukuh mengenai rasionalisasi subsidi.

"Saya harap kerajaan Malaysia boleh menggunakan perbandingan ini untuk memberikan hujah kepada rakyat Malaysia kenapa mereka membesarkan isu rasionalisasi subsidi," katanya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

~harakah~

Rakyat Undi PEROMPAK Memerintah Negara

DAP membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu “melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai”.

“Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab,” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.

Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

Namun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.

Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.

~MK~

Tarif Elektrik Pun Naik Lagi

Majlis Ekonomi Negara (NEC) meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan. NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi. Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara. Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

~MK~

Berundur Jika Tak Mampu Tanggung Rakyat

Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembaharuan ekonomi yang dijanjikannya dipersoalkan apabila kerajaan gagal mengurangkan subsidi bahan api yang dikhuatiri menjejaskan kewangan negara dan menguji kesabaran pelabur yang mahukan perubahaan.
Keputusan Najib pada Rabu lalu untuk tidak mengurangkan subsidi adalah siri terbaru pusingan 'U' yang dibuat kerajaannya yang berusia dua tahun. Dalam usahanya menarik pelabur asing, sebelum ini, beliau berjanji akan memperbaharui ekonomi negara dan pada masa yang sama cuba menggembirakan pengundi.

Kerajaan juga memberi amaran bahawa harga minyak mentah yang terus melambung akan memaksa kerajaan menyemak semula subsidi tetapi gagal berbuat demikian dengan alasan mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim semalam dipetik berkata Malaysia akan menyemak harga bahan bakar jika harga minyak mencecah dalam lingkungan US$110-US$120 setong.

Berikut beberapa soalan dan jawapan mengenai implikasi politik dan ekonomi berhubung subsidi yang dijangka berganda kepada hampir RM21 bilion tahun ini kerana harga minyak yang tinggi.
Sejauh mana Najib serius mengurangkan subsidi?
Dalam ucapan terbaru, Najib menyifatkan subsidi bahan api sebagi 'candu' tetapi berhati-hati dalam tindakannya yang tidak mahu mengecewakan pengundi dengan harga yang tinggi. Pilihan raya umum mesti diadakan pada pertengahan 2013.

Sejak mengambil-alih tampuk kerajaan pada 2009, beliau telah menaikkan harga petrol RON95 secara berperingkat-peringkat daripada RM1.75 selitre kepada RM1.90. Namun ia masih di bawah paras RM2.10 yang dicadangan oleh sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawab mengkaji sunsidi.

Najib juga telah dua kali menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melembutkan pendiriannya berhubung dasar afirmatif yang mengutamakan penduduk majoriti Melayu.

Menurut penganalisis Najib bersedia melaksanakan perubahaan berkenaan tetapi hanya selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya umum akan datang.

Selama mana kerajaan boleh bertahan memberi subsidi?

Najib perlu memotong subsidi dan memperkenalkan cukai baru bagi mengurangkan defisit fiskal yang kini mencatatkan paras tertinggi dalam 20iaitu 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2009. Defisit pada 2010 adalah 5.6 peratusdan secara rasmi disasarkan pada 5.4 peratus tahun ini.

~Reuters~

Pengundi BumNgok Patut Dipersalahkan Jika Petrol Naik

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.
Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an. Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

“Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

“Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik,” ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

“Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang,” ujarnya lagi.
PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin. Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat. Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

“PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

“Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

~harakah~

Thursday, May 26, 2011

Menteri Penipu Kata Petrol Tak Naik Sebelum PRU13

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Tiada kaitan pilihan raya

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”

“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.

Ismail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.

"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.

Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.

Kerajaan sentiasa prihatin

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana “cerita bohong” yang dibawa oleh pembangkang ini lebih dipercayai.

“Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut."

“Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini.”

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu. Adalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC akan putuskan

Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga menganggotai majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

~MK~

Lapor Polis Jika Terima VCD Lucah

Pakatan Rakyat di Rawang menyelar tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang telah menghantar 3 keping salinan VCD seks bersiri dengan risalah lucah dalam bahasa Melayu.

“Kami telah membuat laporan polis di IPD Rawang dengan tujuan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kerja penyebaran risalah berunsurkan lucah dan fitnah ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.

Turut bersama beliau beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Dun Rawang.

Menurutnya, VCD seks tersebut telah diterima lima pengerusi JKKK Kampung Baru Cina dalam daerah Gombak, manakala bahan sama diterima di dua kampung kawasan Melayu.

Katanya, risalah itu adalah bertujuan untuk memburukkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan mereka ingin rakyat tahu kononnya watak dalam VCD itu adalah Ketua Pembangkang.

“Kita yakin rakyat tidak semudah itu mempercayai rakaman tersebut yang sudah pasti pelakunya bukan Anwar,” ujarnya.

Beliau sudah membuat semakan kiriman VCD tersebut di mana pengirimnya dari Shah Alam dan telah diberikan kepada JKKK Kampung Baru Daerah Gombak yang melibatkan 5 kawasan.

“Kiriman tersebut telah kami terima pada hari Isnin, 23 Mei 2011. Manakala bagi Kampung Melayu, Rawang pula kiriman tersebut daripada Melaka yang telah diterima 24 Mei,” katanya.

Beliau yakin kiriman yang diterima itu daripada orang yang sama yang merupakan konspirasi yang amat teruk dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat.

Katanya, perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat itu sudah pasti boleh merosakkan minda rakyat dan menjadi kebimbangan jika pelajar-pelajar sekolah melihat VCD lucah itu.

"Kita harap pihak polis memandang serius isu ini. Tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja penyebaran dan membuat VCD lucah ini.

“Saya harap rakyat yang telah menerima VCD lucah ini perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

~harakah~

UMporNO Galakkan Rakyat Tonton VCD Lucah

Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.

~MK~

Anwar Fail Pembelaan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap saman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadapnya berhubung video seks yang memaparkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang dan menuntut beberapa ganti rugi.

Beliau memfailkan kenyataan tuntutan dan tuntutan balas itu pada 16 Mei dan telah diserahkan kepada Hishammuddin dua hari kemudian. Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.

3 Jun - pengurusan kes

Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammudin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar "Trio" dalam memaparkan video itu walaupun beliau (Hishammuddin) tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan jenayah mereka (Trio) itu.

Perkara itu timbul bagi sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera. Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawap hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pula mewakli Anwar.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau (Anwar) adalah individu dalam video itu sepertimana ditegaskan oleh Trio itu.

"Walaupun plaintif (Hishammuddin) dan laporan berita itu, yang melaporkan komennya tidak menyebut nama defendan (Anwar), adalah jelas daripada komen beliau bahawa ia merujuk kepada defendan," katanya.

Tercemar teruk

Anwar berkata Hishammuddin telah memfitnah beliau bagi memperkecil-kecilkan kapasitinya sebagai ketua Pembangkang yang telah menyebabkan maruah beliau secara peribadi dan profesional tercemar teruk, menyebabkan beliau terjebak dalam skandal dan menjadi kebencian orang ramai.

Beliau memohon ganti rugi bagi fitnah, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

~MK~