REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 30, 2011

KERAjaan BumNgok Akan Tumbang Dengan "Sorakan

Himpunan BERSIH 2.0 dijadual akan diadakan pada 9hb. Julai, 2011 di Kuala Lumpur. sehingga ketika artikel ini ditaip, masih belum ada sebarang Himpunan BERSIH 2.0 secara kecil-kecilan atau "pra-BERSIH 2.0"diadakan oleh mana-mana pihak baik bawah anjuran BERSIH 2.0 atau pihak lain.

Yang pastinya 2 malam lepas Pemuda P'Turot dan mula berdemo. Pertama sekali diadakan Konvoi dari Kelang ke Damansara kemudian berkumpul depan Ibu-Pejabat Parti KeADILan Rakyat di Tropicana.

Tengahari tadi pulak lepas makan tengahari hampir 50 orang Pemuda P'turot berkumpul dan berdemo depan Ibu-Pejabat PAS Kota Bharu di Jalan Dato' Pati. Kumpul, Sorak, Jerit, Lompat kemudian tak sampai 5 minit, semuanya hilang tak tau kemana... Polis mana..?

Dalam hal ni aku nampak yang paling gila dan paling Ekstreme ialah Puak Pengacau Anti BERSIH 2.0, siap dapat sokongan dari MahaGaru Omardin yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak. Gila gedebe... Tapi Gedebe ni yang pakai gelaran "Mahaguru" tak jamin boleh kontrol diri dan anak buahnya. memang jenis tak boleh buat laki... Orang ini sangat bahaya.

BERSIH dilabel sebagai satu gerakan Ekstrimis yang mahu menggulingkan KERAjaan yang dipilih oleh Majoriti Rakyat Malaysia melalui proses Demokrasi. gila jahat geng BERSIH 2.0.

Gua ambik ikut lojik.

Lojiknya kalau mana-mana pertubuhan atau terancang nak ambik alih atau nak gulingkan mana-mana KERAjaan di dunia ni, tak kan buat kenyataan bila serangan akan berlaku. Pembunuh John F Kennedy tak pernah announce bila dia nak serang Presiden tersebut dan sampai hari ini pun tak siapa tau siapa pembunuh. yang pastinya, John F Kennedy terbunuh dan peralihan kuasa berlaku.
Sama jugak dengan kes di Indonesia dulu. Bekas Presiden Indonesia yang paling lama memegang Jawatan Presiden tak pernah kecoh-kecoh pada siapa-siapa rancangannya untuk gulingkan Presiden terdahulu... Tau-tau mampus kena bunuh.

Di Pakistan, Benazir Bhutto yang hampir-hampir jadi Perdana Menteri juga dibunuh dan pembunuhnya sebelum ini tak pernah membuat kenyataan bahawa mereka akan membunuh Benazir Bhutto. Yang pastinya jugak, rancangan untuk menyekat Wanita tersebut dari menjadi Perdana menteri Pakistan berjaya.
Filipina jugak punya nostalgia yang sama dan jika kita teliti pada sejarah dunia, semua perampas kuasa tak pernah buat kerja bodoh macam yang KERAjaan labelkan pada BERSIH 2.0.

Kalau ikut pada tuduhan-tuduhan yang KERAjaan berikan pada BERSIH 2.0, siapa yang tak terlibat dalam BERSIH 2.0..? CIA terlibat, Dana pulak dapat dari kuasa asing, gerakan Komunis terlibat... Boleh cakap, semua kuasa-kuasa ajaib dan dikenali di luar negara berada di belakang BERSIH 2.0.

Gua tak paham kenapa ajensi CIA yang super hebat dengan pelbagai kemudahan moden boleh join BERSIH 2.0. apa pulangannya..? kalau gua jadi Pengarah CIA, daripada gua buat kerja bodoh join Gerakan yang tak de kuasa, baik la gua berpakat dengan KERAjaan dan gulingkan Pakatan Rakyat yang tak kuat.

Ajensi CIA bukan ajensi Cap Ayam macam PERKASA atau P'turot. Ajensi ni banyak main peranan di sebalik perkembangan politik dunia. kejadah bodoh sangat Ajensi besar dan hebat macam ni nak berpakat dengan Ambiga..? Ambiga boleh bagi Negara India ke dekat CIA..? India ada apa..? Kari..? CIA tak kelapaq nak kedarah kari la gua ingat.

Gua ambik jugak sikit tuduhan KERAjaan kununnya Himpunan BERSIH 2.0 dirancang untuk menimbulkan suasana huru-hara dan dengan cara ini, rampasan kuasa akan berlaku dan KERAjaan yang ada sekarang akan digulingkan.

Ini hujah kelakar... Anak babi yang jalan menunduk pun terdongak kepala sampai kebelakang bila denga hujah tahap makan semut ni. Apa kejadahnya buat huru-hara dekat Kuala Lumpur lepas tu KERAjaan terguling..? Ni filem Hindustan Bobby RosMoh ke hape ni..?

Kalau betul nak buat huru-hara, gua fikir lokasi paling baik ialah Putrajaya beb... Berkumpul ramai-ramai dekat sana, lepas tu buat kecoh, pecah masuk Pejabat-Pejabat KERAjaan, musnahkan semua fail-fail yang ada, musnahkan semua data-data yang ada, serang Kediaman Perdana Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, Pertahanan Awam dan MCMC.

Tu cara yang paling praktikal untuk buat Huru-Hara dan jatuhkan sebuah KERAjaan.

BERSIH 2.0 dilancarkan dengan tujuan hendak menunjukkan sokongan rakyat terhadap 8 Tuntutan BERSIH 2.0 demi memulihkan sistem perjalanan Pilihanraya di Malaysia. Himpunan dibuat untuk menunjukkan betapa besarnya sokongan dari rakyat dalam menambah-baik sistem Pilihanraya yang cepak.

Tujuan Himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan dengan niat mahu menjatuhkan KERAjaan, 8 Tuntutan BERSIH 2.0 dibuat kerana kita mahu sebuah sistem yang BERSIH. Dengan penambah-baikkan sistem ini, Pilihanraya Negara Malaysia akan berlngsung dalam suasana yang adil, kita tak mahu lagi pihak Pembangkang menjadikan isu "Sistem Pilihanraya Malaysia yang Cepak" sebagai alasan kekalahan mereka.

KERAjaan mana-mana Negara tidak akan tumbang sekadar dengan sorakan. apa yang berlaku di Timur Tengah tidak sama dengan apa yang dirancang di Malaysia. di Timur Tengah, Peserta Demonstrasi menjadikan Pusat-Pusat Pentadbiran Kerajaan sebagai tumpuan serangan.

Di Malaysia, kita mahu berkumpul di tempat terbuka jauh dari Pusat Pentadbiran KERAjaan sekadar mahu menunjukkan sokongan rakyat dalam menuntut penambah-baikkan sistem Pilihanraya di Malaysia. Paling-paling pun orang akan berkumpul dan bersorak menyatakan sokongan dan sorakan rakyat tidak akan menjatuhkan sebuah KERAjaan.

Tapi dekat Malaysia ni gua tak tau pulak sebuah KERAjaan berdaulat boleh jatuh HANYA DENGAN SORAKAN.

Hehehehehehehehehe... Aper punya Lan Chow la KERAjaan Malaysia... Dengan sorakan pun boleh tumbang..? lemahnya... Alasan macam babi. Setakat tu je yang korang dapat belajar dari APCO..?

kalau macam ni caranya, PRU-13 nanti kita tak payah keluar mengundi... Kita pakat sorak je ramai-ramai sampai KERAjaan bertukar... Amacam..?
~TPU~

Pengerusi Si Penipu Rakyat (SPR) Mangkuk Hayun

Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata:

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian, katanya.

Ada beberapa perkara yang saya nak komen di sini:

1.0 Dato Wan Ahmad mendakwa penggunaan dakwat kekal adalah satu langkah mundur ke belakang. Soalnya sekarang, mengapa tiada negara yang menggunakan dakwat kekal menghadapi apa-apa masaalah? Walaupun ianya digunakan oleh negara dunia ke tiga, namun ianya kekal digunakan kerana ianya berkesan dan terjamin adil.

2.0 Sistem biometrik yang dicadangkan oleh Dato Wan Ahmad itu ada mempunyai sistem kawalannya sendiri. Soalnya, adakah SPR dan JPN akan mengizinkan parti2 yang bertanding menjalankan audit serta pemeriksaan bebas mereka sendiri termasuk dari Parti pembangkang. Sudah tentu tidak? Jadi, bagaimanakah sistem biometrik dapat menjamin keadilan?

3.0 IC Malaysia boleh ditiru dan dipalsukan> Telah ramai yang ditangkap kerana memalsukan IC MAlaysia. Masih ramai di sana yang masih terlepas. SPR tidak boleh menjamin seseorang yang ber IC palsu tidak akan mengundi dua kali. Tetapi, kalau ada dakwat kekal, hatta yang ber IC palsu pun tidak boleh mengundi dua kali.

4.0 Soal berlawanan dengan Perlembagaan Negara adalah alasan yang sangat dangkal. Ini adalah kerana apabila dakwat telah tercalit bererti seseorang itu TELAH PUN MENGUNDI. Jadi, di mana kah berlakunya perlanggaran dari segi Perlembagaan Malaysia?

Pengerusi SPR ni kaki belit dan kaki auta. Sememangnya Dato Wan Ahmad ni adalah agen UMNO dan agen Barisan Nasional.

~malaysiawaves~

Ahli UMporNO Hanya Gerak Jika Dibekalkan VCD Porno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, parti tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian.

"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya.

Perdana menteri menegaskan demikian semasa berucap kepada hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu hari ini.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, "itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini".

Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen.

"Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah," kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah.

"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib.

Perdana menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.

"Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi perdana menteri atas penipuan. Saya nak jadi perdana menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN," katanya.

Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat.

Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya.

"Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan perdana menteri, hendak menguasai Putrajaya?" katanya.

Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai.

Katanya jika ada pihak yang menjadi "tukang kipas, tukang bakar" emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga "rakan kita, keluarga kita".

Beliau berkata apabila berlaku "psikologi samseng", orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam.

Perdana menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia.

Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah.

Di majlis itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang.

Hadir sama ialah ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN.

~Bernama~

Tiada salah MP berpakaian kuning

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar, hari ini memutuskan tidak ada salah bagi ahli parlimen pembangkang untuk berpakian kuning ke parlimen.
"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain,” katanya.

Atas hujah itu, Wan Junaidi berkata tidak ada sekatan berpakaian akan dikenakan kepada ahli parlimen asalkan mereka tidak melanggar kod pakaian mengikut peraturan tetap dewan.

Beliau mengulas perkara itu yang dibawa oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangkit pada perbahasan rang undang-undang gaji minumum dan meminta penjelasan.

"Saya lihat semua MP pembangkang berpakaian kuning hari ini. Adakah mereka menyokong perhimpunan haram?” soalnya.

Beberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka. Bertindak bagi mengelakkan keadaan yang btidak terkawal, timbalan speaker menolak perkara itu dan berkata dewan adalah bebas daripada peraturan luar.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haramtetapi juga melarang penggunaan kemenja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

~MK~

'Gelombang kuning' MP Pakatan di Parlimen

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning - sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Kebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning - warna 'rasmi' BERSIH 2.0 - manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning. Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.

~MK~

Tentukan laluan ke Istana

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.
Menurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.
"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temu janji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan pada pertemuan berkenaan, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulang kali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman. Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.
Perarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka bagi berhimpun. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

~MK~

PAS Tetap Sertai BERSIH 2

Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.

“Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.

“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.

Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.

"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.

Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.

Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.

“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku),” katanya.

Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.

“Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu,” katanya.

~MK~

Rakyat Nak Pakai Baju Macam Ni Ke?

Terpanggil saya sebagai mahasiswa yang melihat perkembangan politik tanah air sekarang apabila melihat sendiri polis yang laungkan "kami berintigeriti" "kami adil telus dan amanah" sudah lari dari motifnya. maaf saya katakan sedemikian, sebagai anak muda yang melihat sendiri malah berfikir dengan perkembangan suasana Malaysia sekarang amatlah jauh berbeza dengan negara demokrasi yang lain. Malah boleh dikatakan polis Malaysia sama saja dengan pihak polis semasa pemerintahan Husni Mubarak di mesir sebelum terjadinya rusuhan.
Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan kemeja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

Dukacitanya, ramai dari pengikut Pakatan Rakyat yang memakai baju Kuning telah ditahan oleh pihak polis namun dalam akhbar hari ini yang dipetik dari Malaysikini atas tajuk "LOKMAN MAHU SAMAN SAIFUDDIN RM 500,000.99" terpampang gambar pemuda UMNO ini memasuki balai polis dengan pakaian rasmi perhimpunan 9 Julai akan datang yang tidak di kenakan sebarang tindakan atas pemaikaian mereka itu. adakah ini ADIL?

Sepekara lagi,mari kita rujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri dalam akhbar Malaysiakini bertarikh 29 Jun atas tajuk "HISYAM: HARAM PAKAI BAJU BERSIH, BOLEH DITANGKAP." Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Jadi amatlah tidak berakhlak boleh saya katakan kepada pihak yang hanya menyerang sebelah pihak tanpa melihat pihak yang lai,n dalam masa yang sama menghukum mereka dan membebaskan yang lain.Contohnya pengikut Pakatan hanya memasuki pasar dengan pakaian Kuning telah ditangkap, tapi satu lagi pihak masuk kedalam balai polis dengan pakaian Merah PATRIOT. Sedangkan kenyataan polis mana-mana perhimpunan 9 Julai adalah HARAM.

~Mohd Syuwari~

Pakai Baju BERSIH Salah Bogel Tak Salah

AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

“Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

“Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih.
Ini kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Kata Hanipa, bagi Umno dan Hishammuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Menurutnya, jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera PAS, kini warna kuning pula yang ditakuti.

“Sampai bila Umno nak takut dengan warna?” soalnya.

Mengenai hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti Bersih adalah haram, maka memakai baju kuning Bersih juga adalah haram, beliau bekata malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang.

“Saya mengesyorkan kepada Hishammuddin jika pun kamu benci sangat dengan Bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu.
“Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita,” ujarnya.

Beliau berkata, haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin, katanya Hishammuddin boleh tunjukkan kepada kita di bawah peruntukan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang Bersih adalah satu kesalahan.
“Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning Bersih adalah haram kerana aktiviti Bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yang beliau tunggang adalah kesemuanya haram,” katanya lagi.

~harakah~

Polis Bersikap Double Standard

Sikap double standard pihak polis dalam menangani perarakan dengan jelas memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Umno, tetapi bertindak sebaliknya pula ke atas Pakatan Rakyat, dikecam keras oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon ketika membuat kecaman itu berkata, pihak polis tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

Menurutnya, namun ketika Umno dan pihak polis sendiri telah melakukan pelbagai provokasi untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini, pihak polis juga turut bersikap sebaliknya pula terhadap perarakan yang diadakan oleh Umno.

Katanya, sikap double standard pihak polis itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai apabila mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada Pemuda Umno Malaysia yang mengadakan perarakan ke Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis.

"Walaupun tindakan Pemuda Umno itu sendiri jelas merupakan provokasi, tetapi pihak polis tetap juga memberikan kerjasama yang baik kepada mereka dari awal hingga akhir sehingga mereka bukan sahaja boleh melakukan perarakan dengan baik, tetapi juga boleh melaksanakan agenda mereka dengan sempurna," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sebelum itu, sekitar 40 orang Pemuda Umno Malaysia telah melaksanakan agenda provokasi mereka dengan membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, berhubung dakwaan yang dikatakan oleh mereka sebagai tidak berasas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution baru-baru ini.

Mereka yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Nizar Marican dan Exconya, Lokman Adam serta Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizal Man pada awalnya dijangka tiba di Balai Polis Tropicana sekitar jam 11.00 pagi tetapi terlewat sehingga jam 12.00 tengah hari.

Pada awalnya, mereka didakwa akan benar-benar bertindak di luar batas dengan membakar ibu pejabat PKR ekoran kenyataan mereka sendiri mengenai perkara itu, tetapi sebenarnya hanya sekadar hadir untuk membuat laporan polis.

Ekoran dakwaan itu, seramai tidak kurang 30 orang ahli AMK telah berkawal di ibu pejabat PKR sejak sekitar jam 11.00 pagi ini bagi menyelamatkan ibu pejabat parti mereka dari menjadi mangsa provokasi pemuda Umno.

Setelah sejam menunggu, Nizar, Lokman, Rizal dan rakan-rakannya akhirnya muncul juga dengan berpakaian baju merah bertulis Patriot dengan membentuk satu perarakan, sesetelah memberhentikan kereta mereka di tepi jalan raya sekitar 300 meter dari balai polis tersebut.

Perarakan mereka ternyata mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis sehingga mereka terselamat dari sebarang ancaman dari pihak AMK yang ternyata mampu mengawal perasaan dengan baik, walaupun tindakan pemuda Umno itu sendiri telah dirasakan sebagai tindakan provokasi yang jelas terhadap mereka.

Setelah laporan polis dibuat, Nizar dan Lokman pada sidang media mereka menegaskan, dakwaan pihak PKR bahawa mereka ingin membakar ibu pejabat PKR disifatkan sebagai satu tuduhan liar, malah mereka mendakwa tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian dan melakukan sebarang provokasi.

Sehubungan itu, mereka ingin mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin berhubung dakwaan itu.

Pada sidang media itu, mereka juga menegaskan, Pemuda Umno tetap akan turun untuk mengadakan perarakan pada 9 Julai ini sekiranya Bersih tetap meneruskan perancangannya untuk mengadakan perhimpunan pada hari itu.

Menurut Khai Loon, dakwaan Pemuda Umno yang mereka tidak mempunyai niat untuk melakukan provokasi ternyata tidak berasas kerana sebelum ini mereka sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk membakar ibu pejabat PKR.

Beliau mendakwa, kenyataan Lokman untuk membakar ibu pejabat PKR itu bukan sekadar didengar oleh pihak tertentu, tetapi juga turut dirakam oleh pihak tertentu dan rakaman itu juga turut berada dalam simpanan PKR.

"Begitu juga dengan dakwaan mereka yang mereka sekadar ingin membuat laporan polis dengan aman, ternyata tidak berasas kerana Balai Polis Tropicana terletak amat dekat dengan ibu pejabat PKR.

"Jadi, kalau tidak kerana hendak membuat provokasi, kenapa mereka memilih Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis, sedang masih banyak lagi balai-balai polis lain yang mereka boleh kunjungi untuk membuat laporan?

"Dalam masa yang sama, pihak polis pula memberikan kerjasama yang baik kepada mereka. Tindakan pihak polis itu amat berbeza ke atas pihak Pakatan Rakyat sehingga mereka menentang keras rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Jadi sekarang kepada pihak polis, kita minta mereka bertindak adil. Jika mereka boleh memberikan kerjasama dan layanan yang cukup baik kepada Pemuda Umno, pihak polis juga diharap turut bersikap sedemikian kepada pihak Pakatan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini," katanya.

Beliau turut lega apabila kunjungan Pemuda Umno ke kawasan itu hari ini tidak disambut dengan kekasaran oleh ahli AMK, walaupun mereka mendakwa cuba diprovokasikan dengan beberapa tindakan, termasuk menerusi cabaran agar mereka ditumbuk oleh AMK jika AMK berani.

Kunjungan Pemuda Umno ke kawasan itu dikawal dan diberikan kerjasama baik oleh kira-kira 20 anggota polis. Selain mengawal keadaan, pihak polis turut mengadakan dua sekatan jalan raya di kawasan itu bagi menghalang kedua-dua pihak mengadakan perhimpunan lebih besar.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) kesal dan kecewa di atas tindakan segerombolan Pemuda Umno yang diketuai oleh exco pergerakan pemudanya, Lokman Nor Adam kerana cuba untuk mencetuskan provokasi dan huru-hara di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana, di sini, semalam.

Tindakan tersebut dilakukan oleh mereka dengan mengadakan perhimpunan khas yang ternyata satu perhimpunan tidak sah serta disulami dengan pelbagai ugutan, ancaman dan kata-kata berbaur hasutan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, lebih dikesali oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor apabila himpunan tersebut berlaku berhampiran dengan Balai Polis Tropicana.

Menurut beliau, bagaimanapun, anggota polis di situ hanya menjadi penonton dengan tiada sebarang tindakan dan tangkapan dibuat ke atas mereka. Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan memantau dan mengharapkan penjelasan daripada pihak polis tentang tindakan mereka terhadap perkara itu.

"Ini kerana terdapat 2 versi yang berbeza berkenaan tindakan polis untuk menangani perhimpunan yang membabitkan orang ramai.

"Sekiranya pihak Umno/BN ataupun pihak yang pro kepada mereka, maka pihak polis akan memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang baik untuk mempastikan perhimpunan berjalan lancar," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun, menurut beliau, sikap pihak polis ternyata berbeza pula apabila pihak NGO dan parti pembangkang yang pro Bersih cuba untuk mengadakan himpunan aman.

"Pada hal, himpunan yang diadakan oleh NGO dan parti pembangkang yang pro Bersih itu tanpa ada sebarang unsur-unsur provokasi, kecaman, ugutan dan kata-kata berbaur hasutan, tetapi tidak pula mendapat kerjasama pihak polis, malahan ada yang ditangkap di atas sebab-sebab keselamatan.

Katanya, pihak polis sepatutnya tidak bersikap “double standard” di dalam menangani persoalan itu kerana ini akan menjatuhkan maruah dan integriti pihak polis sebagai pasukan yang dihormati pada pandangan masyarakat sekiranya terus dipergunakan sebagai alat untuk meneruskan kesinambungan penguasaan kuasa pihak tertentu.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan pihak polis agar berlaku adil, telus dan berwibawa di dalam menangani isu yang membabitkan hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," tegasnya.

~harakah~

Budaya Samseng UMporNO Menular Ke Pemuda

Ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengawal ketat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini, agar terselamat dari menjadi mangsa provokasi pihak tertentu khususnya pemuda Umno.
Mereka yang berjumlah sekitar 30 orang mula berkumpul di ibu pejabat parti mereka sejak sekitar jam 11.00 pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kejadian tidak diingini. Langkah tersebut diambil ekoran dakwaan ibu pejabat PKR akan dirosakkan atau dibakar oleh pemuda Umno hari ini kerana kemarahan mereka terhadap parti itu yang semakin melemahkan Umno.

Mereka juga didakwa begitu marah dengan pemimpin-pemimpin PKR yang dikatakan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh melemahkan Umno. Tindakan ahli-ahli AMK mengawal ibu pejabat parti mereka itu diambil ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution smail Iberhubung dakwaan itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Exco Pemuda Umno Malaysia, Lokman Adam dalam kenyataannya baru-baru ini menafikan dakwaan itu.
Lanjutan kejadian itu, sekitar 40 orang Pemuda Umno hari ini telah membuat laaporan polis di Balai Polis Tropicana berdekatan ibu pejabat PKR dengan diketuai Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Nizal Marican.

Turut serta, Lokman Adam dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizal Man. Mereka yang dijangka membuat laporan polis jam 11.00 pagi tadi, tetapi hadir jam 12.00 tengah hari.

~MK~

Demo BERSIH Aman Jika Polis Tidak Buat Kacau

PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia.

Bagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain.
"Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik.

"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai.

Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata.

"Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.
'Menteri Dalam Negeri tidak tahu?'

Sementara itu, Mohamad juga mengkritik polis yang didakwanya lebih "menjaga Umno" daripada "menjaga rakyat."

"Perhimpunan BERSIH ini, yang patut bimbang adalah Umno. Jadi kenapa yang polis pergi bimbang sama?" soalnya yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu.

Menjelang perhimpunan besar lagi dua minggu itu, pelbagai pihak disoalsiasat polis atas pelbagai alasan, termasuk menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan menjual baju BERSIH.

Polis juga bertindak menyerbu Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya semalam, merampas beberapa barang berkaitan dan menyoalsiasat kakitangan di pejabat itu. Mohamad berkata, jika dibandingkan dengan pengalaman di negara maju dan negara jiran sendiri, tindakan tindakan polis di negara ini amat berbeza.

Di Indonesia sebagai contoh, ketua polis sendiri memberikan taklimat di kaca televisyen memberikan panduan bagaimana berdemonstrasi pada hari berikutnya, tambah Mohamad.
"Di London pelacur pun diizin tunjuk perasaan," katanya yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah.
"Takkan Menteri Dalam Negeri tidak tahu. Dia dahulunya belajar di London?"

Turun demo wajib

Mohamad juga mengingatkan tentang "wajib" bagi semua pihak menyertai perhimpunan anjuran gabungan NGO itu, berdasarkan pendapat dua pemimpin tertinggi parti itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Turun (menyertai) adalah wajib. Kalau tidak puas hati, pergi demonstrasi di (kediaman Nik Aziz di) Pulau Melaka," selorohnya lagi.
Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang pentingnya sebuah pilihan raya yang adil supaya rakyat tidak memilih jalan lain menumbangkan kerajaan seperti berlaku di Mesir sebelum ini.

"Di Mesir, parti (presiden) Hosni Mubarak menang 98 peratus kerusi parlimen... sedangkan pilihan rayanya tidak adil.

"Akhirnya rakyat keluar ke jalan raya dan menumbangkan kerajaan. Inilah yang berlaku apabila pilihan raya tidak lagi dipercayai."

~harakah~

Fahami Perlembagaan Persekutuan

PAS menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.

“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.

“Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara,” tambah beliau.
Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.

Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.

“(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007,” tegas beliau.
Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=2202&Itemid=120

~harakaH~

Mampuih Pi Kalau Penasihat FOMCA Nak Jadi Barua UMporNO

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan aman Bersih 2.0. Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah kenyataan rasmi Fomca, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan, Fomca adalah sebuah badan yang berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu.
Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik.

Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-isu pengguna sahaja dan tanpa memihak kepada sebarang parti-parti politik.

"Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang seolah-oleh seperti Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.
"Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru yang menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa hidup di dalam kebimbangan.

Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan. Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk di dalam Parlimen.

Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung dengan kenyataan Chua yang disiarkan oleh Malaysiakini itu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan pendirian rasmi Fomca.

"Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik.

"Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh Suhakam sahaja kerana itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan dulu yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan.
"Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan oleh Bersih pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman.

"Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan pandangan, pendapat untuk kebaikan negara," tegas beliau.  
~harakah~

Tian Chua kekal ahli parlimen Batu

Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen Batu, kata speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini. Katanya, kelayakan Chua hanya lucut jika beliau didenda melebihi RM2,001. Minggu lalu, Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.

Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.

Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

~MK~

Lagi Ditekan Lagi Rakyat Nak

Walaupun ditekan dengan pelbagai asakan, PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis dan media BN kerana membuat promosi percuma untuk perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

"Apa pun kami berterima kasih kepada polis, pak menteri dalam negeri, Perkasa, pemuda Umno, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan bersih pada 9 julai ini.

"Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah," kata peguam Mohamed Hanipa Maidin AJK PAS Pusat.

Namun begitu, kredibiliti timbalan ketua polis negara dipertikaikan beliau dan disifatkan sebagai bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa.

Hanipa mempertikaikan "Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak?"

Hanipa membuat kenyataan itu ketika mengulas kenyataan Datuk Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, sebarang permohonan permit tidak akan dilayan untuk mengadakan perhimpunan Bersih. Bagi beliau, kerajaan BN merestu tindakan polis yang menyalah gunakan kuasa itu.

Bagi Hanipa yang menang dengan undi yang besar dalam pemilihan pimpinan PAS Pusat baru-baru ini, hasrat menganjurkan perhimpunan bersih secara aman pada 9 julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen Polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program bersih .
Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan, katanya.

"Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan.

"Apa gunanya permohonan permit dipohon jika Timbalan KPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan," kata Hanipa.

Sebenarnya, kata Hanipa, kenyataan Timbalan KPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) .

"Jika Timbalan KPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan Timbalan KPN? Adalah jelas Timbalan KPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?" soal beliau.

Tuduhan lain terhadap bersih adalah perhimpunan bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan.

"Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebagai pak nujum di sini?" katanya.

Penganjur Bersih, jelas beliau, telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini.

Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari bersih sebaliknya boleh dihujahkan datang dari mereka yang ada ajenda buruk ingin mengganggu perhimpunan aman bersih, tegasnya.
Selanjutnya adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih. Hanipa yang menang beberapa kes saman terhadap polis berkata, polis mesti jujur dan profesional.
"Adakah perhimpunan bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?" tambah Hanipa.

Katanya, Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula mempunyai rekod yang kotor mengganggu perhimpunan aman bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut.

Saksi-saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes bersih sendiri mengakui semasa di soal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan negara.

"Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin," katanya.
~harakah~

Tuesday, June 28, 2011

Anwar Pula Dipanggil Polis

Semakin ramai penyokong dan penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 disiasat polis.

Jika sebelum ini, pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Srenaavaasan dan Saterawan Negara, Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung himpunan aman rakyat pada 9 Julai depan, kali ini giliran ketua pembangkang pula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan dipercayai berhubung seruannya kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam semalam, Anwar diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi.
Orang kanan Anwar yang juga timbalan presiden PKR Azmin Ali juga dirakamkan kenyataannya oleh pihak polis di lobi parlimen hari ini.

~MK~

Utusan teruskan agenda burukkan BERSIH

Perhimpunan BERSIH 2.0 terus dimomok melalui laporan akhbar Utusan Malaysia yang antara lain mengaitkan badan pemantau pilihan raya itu dengan gerakan bersenjata komunis Filipina dan NGO prodemokrasi Amerika Syarikat.

Dengan memetik sumber, akhbar berkenaan mendakwa "ancaman terhadap keselamatan negara" kini "berada pada tahap membimbangkan" memandangkan perhimpunan BERSIH 2.0 " diresapi "gerakan komunis".

Utusan mengaitkan demikian dengan menamakan dua orang individu warga asing yang ditahan bersama sekumpulan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sabtu lalu.

PSM sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa program 'Udahlah tu... Bersaralah' pada 25 Jun itu tidak berkaitan dengan BERSIH 2.0

Laporan Utusan hari ini bagaimanapun terus mendakwa bahawa BERSIH yang dikepalai PSM "bersekongkol" dengan "ejen asing" berkenaan bagi "menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan."

Seorang daripada individu yang dinamakan dalam laporan bertajuk 'Keselamatan negara diancam' itu ialah seorang pemimpin kesatuan sekerja warga Filipina, Romeo Castillo, 59.

Utusan melaporkan, Castillo "mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas."
Lelaki berkenaan ditahan bersama seorang wanita warga Korea, Song Min-young, dalam satu kejadian di hadapan sebuah kolej di daerah Ledang, Johor.

Difahamkan, Castillo telahpun meninggalkan negara ini pada Ahad lalu.

Song, 24, didakwa Utusan sebagai seorang individu yang ditaja oleh NGO prodemokrasi Institut Demokratik Nasional – organisasi yang didakwa dinaungi "sekutu" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan berkenaan bagaimanapun dipertikaikan oleh setiausaha agung Pusat kajian pilihan raya National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI), Amin Iskandar.

Amin berkata, berkata, laporan berkenaan menunjukkan percanggahan kerana Utusan menimbulkan isu komunis dan tajaan Amerika Syarikat pada masa yang sama.

"Pertama, (Utusan) kaitkan dengan komunis, kedua dia kaitkan dengan Amerika Syarikat.

"Tapi Korea Selatan merupakan negara pro-kapitalis dan kenapa Amerika hendak taja komunis pula?

"NIEI langsung tidak ada kena mengena dengan Institut Demokrasi Nasional. Maklumat itu memang salah," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.
Song merupakan seorang pelatih NIEI yang kini masih ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil.

Dalam pada itu, jumlah individu yang ditahan berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 dilaporkan mencecah 81 orang apabila polis melancarkan gerakan di seluruh negara bermula Rabu lalu.

BERSIH setakat ini tegas dengan pendiriannya untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai walau berdepan tindakan berkenaan. BERSIH juga berdepan kemungkinan berlakunya pertembungan dengan dua lagi kumpulan yang akan turut berdemo pada hari berkenaan – PERKASA dan juga kumpulan PATRIOT dari Pemuda Umno.

~MK~

Polis rakam kenyataan MP Pakatan

Polis muncul dengan tidak disangka-sangka di parlimen bagi merakamkan kenyataan angota parlimen Pakatan Rakyat.
Asisten supretenden polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor dilihat mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lounge anggota parlimen.

"Saya diberitahu oleh polis lewat tengah hari semalam bahawa mereka mahu marakamkan kenyataan saya berdasarkan ceramah yang diberikan di Sabak Bernam pada 17 Jun bawah program Jelajah Selangor (JELAS)," kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen.

Menurut Azmin, mereka disiasatnya atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dalam ceramah dua minggu lalu.

~MK~

Rakyat Masih Anggap Polis Sahabat

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

“Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” soal beliau.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.

Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?” soal beliau.

Beliau turut menyarankan polis untuk mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan.
“Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

~harakah~

Suhakam digesa pantau polis cabuli hak rakyat

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengecam serta membantah sekeras-kerasnya tangkapan awam kepada rakyat biasa yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta melulu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang itu telah menimbulkan kecaman hebat daripada seluruh rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO, parti-parti politik, badan-badan swasta dan para cendekiawan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis itu adalah susulan daripada cadangan Himpunan Aman Bersih 2.0 yang dirancangkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, tangkapan awam yang dilakukan itu adalah jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang negara serta bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang secara nyata menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan secara sama rata untuk berhimpun secara aman, bersuara dan berpersatuan.

Katanya, pihak polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara dengan motto "Tegas, Adil dan Berhemah" telah menyalahgunakan kuasa dengan membuli rakyat bawahan secara membabi buta.

"Hanya kerana memakai baju kuning Bersih 2.0 dan mengadakan mesyuarat berkenaan sukan rakyat di Dewan JKKK, pihak polis telah menceroboh dan menangkap seorang pemuda di Padang Jawa, Shah Alam, 5 orang awam di Klang Parade.

"Selain itu, pihak polis juga telah menangkap Timbalan AMK Pusat, Khairul Anuar (Jonah) di Seksyen 24, seorang pemuda di Bangi serta 8 orang pemuda di Ampang tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam memorandum DPPNS yang diserahkan oleh beliau dengan ditemani 7 orang AJK DPPNS kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di pejabat Suhakam, di sini, hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan oleh beliau sekitar jam 11.15 pagi tadi dan diterima oleh Pegawai Suhakam, Amaer Izianif Hamzah bagi pihak Pesuruhjaya Suhakam untuk diambil tindakan lanjut.

Menurut Hasbullah, akibat tangkapan secara salah yang dilakukan oleh pihak polis itu, DPPNS melalui Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pusat dan Selangor bercadang untuk mengambil tindakan saman undang-undang terhadap pihak polis.

"DPPNS dengan ini memohon satu tindakan segera, semakan, siasatan serta pemantauan daripada pihak Suhakam atas tindakan tidak demokratik, melanggar hak asasi manusia, pencabulan undang-undang negara serta tidak beretika lagi tidak bertamadun ini," tegasnya.

Di samping itu, DPPNS juga, katanya, menyeru pihak Suhakam untuk bertindak secara sewajarnya bagi menjamin hak-hak kebebasan warganegara Malaysia dan Selangor daripada terus dicabul oleh pihak polis secara tidak bertamadun serta melanggar undang-undang negara daripada terus berlanjutan.

~harakah~

Srikandi PKR sasar 10,000 anggotanya sertai BERSIH

Sayap pemudi PKR - Srikandi akan menggerakkan tidak kurang 10,000 ahlinya bagi perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata keutamaan akan diberi kepada ahli parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan tetapi berharap setiap cawangan akan dapat menghantar 50 ahli.

Katanya, di sebalik ancaman oleh polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, PKR akan terus mengerahkan ahlinya supaya datang bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kita sedang kerjasama dengan Dewan Muslimat PAS dan juga Wanita DAP untuk menggerakkan tenaga wanita dari seluruh negara untuk menyokong perhimpunan ini.

"Kami berharap sekurang-kurangnya 50 peratus peserta perhimpunan BERSIH adalah wanita.
"Selain (gesaan untuk) pilihan raya bersih, wanita di seluruh negara juga dibebankan dengan kenaikkan harga barangan, yang menyebabkan bebanan kepada pengguna.

"Kami akan gunakan peluang ini untuk menuntut hak kami,” kata ahli parlimen Ampang itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Zuraida berkata telah sekian lama maruah dan peranan wanita di negara ini diketepikan dengan memberikan contoh jenayah yang dilakukan terhadap wanita dan kekurang peluang ekonomi.
"Wanita di Malaysia perlu buktikan kepada BN kita juga berupaya menekan pihak berkuasa untuk melakukan perubahaan,” katanya.

~MK~

SPRM Perlu Telus Siasat FELDA

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) tidak teragak- agak memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong jika isu pinjaman RM6 bilion oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Mazlan Aliman (duduk pertama dari kanan), berkata pihaknya akan berterusan mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memperincikan persoalan yang gagal dijawab dengan jelas berhubung pinjaman RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP), sehingga dibangkitkan semula oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Aktivis ANAK melalui 61 cawangan ANAK di seluruh negara akan membuat laporan polis di balai polis berdekatan tanah rancangan Felda mereka.
“Sekiranya dalam tempoh sebulan dari tarikh laporan, kerajaan dan Felda masih gagal menjelaskan secara terperinci berhubung pinjaman ini, kita akan buat satu lagi laporan terhadap SPRM supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan,” kata Mazlan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahad lalu, ANAK membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung perkara itu dan 13 lagi laporan polis seluruh negara bersabit isu yang sama turut dibuat. Beliau menegaskan, sekiranya SPRM juga gagal menyiasat, ANAK akan akan memohon perkenan campurtangan Yang di-Pertuan Agong.

“Felda adalah institusi milik orang Melayu yang telah wujud sejak 1956, jadi, banyak persoalan masih belum mendapat jawapan terperinci.
“Antara aduan dikemukakan dalam laporan itu, kita minta siasat ke mana pinjaman RM6 bilion itu disalurkan? Siapa yang arahkan pinjaman? Mengapa ia tidak pernah dibentangkan di Parlimen?” soalnya.
~MK~

Kita Bakor Kita Bakor Eh Salah Kita Beli Kita Beli

Pemuda Umno menafikan mengugut mahu membakar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya ketika berkumpul di perkarangannya malam tadi. Sebaliknya, menurut exco pergerakan itu Lokman Noor Adam beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka malam tadi.

"Ini tidak membawa maksud kita mahu membakar. Kalau mahu kita boleh beli sahaja bangunan itu," katanya sambil mendakwa PKR mempunyai masalah dengan pemilik bangunan itu yang tidak lagi percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kejadian semalam, Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menganggarkan kira-kira 300 orang bermotosikal berkumpul dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan kepada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Beliau juga mendakwa sempat merakam "ucapan berapi-api Lokman yang berbaur hasutan" Lokman yang kelihatan hadir bersama bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah.
Dakwanya lagi, Lokman ada mengeluarkan kenyataan mahu membakar ibu pejabat PKR dan pihaknya mempunyai rakaman bagi membuktikannya.

'Bedebu pun tidak'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Lokman menjelaskan, Pemuda Umno berhimpun di ibu pejabat lawan politiknya itu cuma bagi memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak genter dengan perhimpunan BERSIH dua minggu lagi.

"Kami tidak ada kata hendak jahanamkan pejabat PKR. Sebagai manusia bertamadun, kita tidak buat perkara itu.

"Berdebu pun tidak pejabat PKR," katanya sambil menafikan beliau mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.

Malah, tambahnya, pihaknya juga ada merakamkan perhimpunan mereka yang boleh membuktikan bahawa kenyataan Saifuddin hari ini tidak benar.

"Saya sedih, kalau orang seperti Saifuddin pun tidak ada integriti, bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang lain," katanya sambil menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai "lawak bodoh".

Lagi pun, tambahnya, perhimpunan mereka cuba berlangsung sebentar sahaja.

"Belum pun pihak polis sempat minta bersurai, kita sudah bersurai," kata Lokman yang juga bekas exco Pemuda PKR sewaktu dipimpin Ezam Mohd Noor sebelum ini.

~MK~

UMporNO Didik Anak Muda Jadi Samseng Taik Kucing

Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.
Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.
Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.
Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

~MK~

PAS mahu polis dan PAC siasat isu Judin

PAS mahu jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) menyiasat implikasi kewangan berhubung konflik kewujudan dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya (JKR). Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, laporan berhubung perkara itu sedang disiapkan untuk diserah kepada PAC secepat mungkin.

"Dari sudut implikasi kewangannya, kerajaan terpaksa bayar gaji kepada dua orang pengarah, sedangkan gaji pengarah diperuntukan kepada seorang,"katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau merujuk kepada jawatan itu yang kini disandang oleh Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dan Datuk Mohd. Noor Yaacob.

Akhir April lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin sekaligus menjadikan wujud dua ketua pengarah di jabatan itu. Menurut peraturan yang ada, pegawai Turus 3 seperti Judin berhak menolak sebarang pertukaran sebegitu jika beliau tidak bersetuju dengannya.

KSN bohongi Agong

Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan KSN membohongi Yang DiPertuan Agong dalam isu perlantikan itu. Ia kerana peroses perlantikan atau pertukaran pegawai kerajaan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, sepatutnya KSN mesti mendapat persetujuan tiga pihak iaitu pihak yang hendak mengeluarkan pegawai, pihak yang hendak menerima dan pegawai itu sendiri.
"KSN melanggari pekeliling perlantikan dan peminjaman pegawai.

"KSN terus menghadap Agong dalam keadaan proses itu tidak dipatuhi. Ini satu penipuan kepada Angong",jelasnya.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Laporan Harakahdaily

Sebelum ini Harakahdaily antara media yang awal melaporkan krisis ketua pengarah JKR ini apabila pihak-pihak tertentu cuba menukar Judin dari situ.

Harakahdaily difahamkan, antara isu panas adalah projek Istana Negara baru yang dikatakan menimbulkan masalah antara Judin dengan kontraktor utama projek ini yang dikatakan mendapat perlindungan pihak-pihak tertentu.

Judin pula sangat tegas dalam melaksanakan tugasnya dan enggan berkompromi dengan sebarang penyelewengan. Selain itu Judin juga dikatakan bermasalah dengan menteri kerjaraya ekoran keengganan beliau berkompromi dengan projek-projek politik.

~harakah~

Felda jangan jadi macam Sime Darby

PAS mengingatkan Felda agar mengambil iktibar daripada kerugian yang dialami Sime Darby akibat menceburi bidang yang bukan kepakaran mereka.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata demikian dengan merujuk kepada tindakan anak syarikat Felda, Proxcell Global Sdn. Bhd. dengan kerjasama Prodata System Sdn. Bhd dan Ennovation Associated yang menceburi bidang teknologi maklumat (IT).

Sedangkan katanya, Felda seharusnya memberi tumpuan kepada bidang utama mereka berkaitan komoditi kelapa sawit.
"Saya memberi peringatan mengenai Sime Darby yang rugi hampir RM2 bilion antara sebabnya kerana menceburi bidang yang salah.

"Felda fokus utamanya ialah komoditi kenapa ceburi bidang IT?

"Kenapa melantik seorang bangsa Jerman sebagai CEO dan dimeterai pada 7 Jun 2010 disaksikan Perdana Menteri sedangkan Malaysia ada ramai pakar IT.

"Kalau mahu cebur bidang baru harus bergerak dalam bidang berkaitan contohnya keselamatan makanan dan sebagainya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Justeru beliau yang juga naib presiden PAS menuntut menteri yang bertanggungjawab menjelaskan perkara berkenaan agar kerugian yang sama seperti Sime Darby tidak akan berulang.

Lapor SPRM

Sementara itu, pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi masa selama sebulan kepada timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat penjelasan mengenai wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion.

Sekiranya Ahmad gagal berbuat demikian, Anak akan membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

"Timbalan menteri sudah mengakui ada meminjam wang daripada KWSP tetapi tak nyatakan secara terperinci ke mana wang itu digunakan.

"Kalau dalam masa sebulan beliau gagak membuat penjelasan, kita akan bawa perkara ini kepada SPRM untuk disiasat kerana wang ini wang peneroka," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tegasnya juga, Anak tidak teragak-agak memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam isu peneroka kerana ia merupakan institusi milik orang Melayu.

"Jika SPRM gagal siasat dan maklumkan hasil siasatan kita bincang untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan kerana Felda institusi milik orang Melayu dan Felda harus diselamatkan," katanya.

Ahad lalu, sebanyak 13 laporan polis dilakukan warga Felda seluruh Malaysia di kawasan masing-masing berkenaan pinjaman Felda daripada KWSP itu.

Rakan srategik baru

Sementara itu, Mazlan dalam sidang media sama mengumumkan penyertaan bekas tentera yang menamakan diri mereka Kelab Bekas Perajurit (Kerabat) bersama-sama Anak memperjuangkan isu peneroka.

Pengerusinya, Nazari Mokhtar berkata, Kerabat sudah mempunyai kira-kira 100 anggota yang gagal mendapatkan tanah yang dijanjikan kerajaan sewaktu menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Pengagihan tanah kepada bekas tenteri memang termaktub dalam perintah Majlis Angkatan Tentera (MAT) tahun 1973, 20 iaitu 20 hektar tanah pertanian dan 2 hektar tanah perumahan tapi malangnya tak ada satu agensi pun mengurus tadbir hal ini menyebabkan 290 bekas tentera tak dapat peluang ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerabat amat menghargai urusan Anak dan Pakatan Rakyat untuk memberikan tanah kepada bekas tentera yang telah berkhidmat untuk negara.

"Kebajikan yang kerajaan beri bersifat sementara. Apa yang diperlukan ialah kebajikan yang berterusan.

"Saya selaku penaja kebajikan Anak berterima kasih kepada Pakatan Rakyat dan jika keutamaan ini diberi kepada tentera ini sangat membanggakan," katanya.

Kerabat akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Selangor Oktober depan membabitkan bekas tentera di seluruh negara. Menurut Mazlan juga, Anak telah memperuntukkan 15 ribu borang permohonan tanah kepada bekas tentera.

~harakah~

Bukti Pemimpin BumNgok Songlap Duit Rakyat

Lebih RM32 juta wang tunai dan empat plot tanah telah disita dalam kes berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang. Dengan menggunakan Akta Penggubahan Wang Haram, kerajaan berharap lebih banyak barangan akan dapat dirampas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menetapkan 27 September ini bagi semua pihak dalam kes itu menukar afidavit tambahan masing-masing. Kerajaan persekutuan diwakili oleh Anselm Fernandes, ketua Unit Anti-Wang Haram dan Pelucutan Hak Milik di Pejabat Peguam Negara.

Pada antara 31 Disember 2009 hingga 14 Mei tahun lalu, kerajaan berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi membekukan aset tersebut. Plot tanah itu terletak di Klang, Shah Alam dan Kota Kinabalu
Ia menamakan sembilan syarikat dan individu termasuk Kuala Dimensi Sdn Bhd dan ahli politik Sarawak Datuk Seri Tiong King Sing sebagai responden.
Responden lain adalah Transhipment Megahub Bhd, Coastal Skyline Sdn Bhd, Vijaya Baru Aviation Sdn Bhd, Vijaya Baru Sdn Bhd, Vijaya Baru Construction Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor and Law Ka Hing.

~MK~

KERAjaan BumNgok perdaya rakyat dengan subsidi 74 billion

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakap pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.
Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

~MK~

Mahfuz Kena Sound Dengan Speaker

Tindakan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membangkitkan isu pertukaran jawatan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam soalannya berkaitan kemajuan pengubahsuaian bangunan Parlimen mengundang kemarahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mahfuz sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini mempersoal kemungkinan yang terjadi kepada projek pengubahsuaian bangunan sementara Parlimen yang dijadual siap pada 5 September depan.

Ini kerana kata Mahfuz, JKR sedang menghadapi krisis dalam organisasi apabila terdapat dua orang pengarah iaitu Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dan Datuk Mohd. Noor Yaacob.

Judin yang merupakan pengarah yang asal ditukarkan kepada jawatan ketua eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan jawatannya diambil alih oleh Mohd Noor yang merupakan timbalan ketua pengarah kerja raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran jawatan itu tidak dipersetujui oleh Judin dan disokong oleh lima kesatuan pekerja yang berpendirian sebarang pertukaran jawatan mesti dengan persetujuan tiga pihak iaitu CIDB, JKR dan Judin sendiri.

"Apa jaminan bahawa projek ini boleh siap tepat pada masanya. Walaupun disebut tadi lebih satu hari kemajuan projeknya tapi apa jaminan untuk siap dalam keadaan kementerian (JKR) pun kucar kacir.

"Sekarang ada dua (ketua) pengarah...," katanya dan cuba dihentikan oleh Pandikar.

"Yang Berhormat....terus kepada soalan...Sudah berkali-kali Yang Berhormat bangkitkan soal ketua pengarah (JKR)," katanya.

Namun Mahfuz cuba meneruskan pertanyaannya sehingga Pandikar memberi amaran akan menggunakan peraturan mesyuarat 43 iaitu direhatkan daripada persidangan.

"Tan Sri tak mahu dengar hujah saya...implikasinya besar..." katanya sehingga speaker menyuruhnya duduk.

Sebelum itu Mahfuz mempersoal tindakan kerajaan meneruskan projek tersebut tanpa merujuk kepada Parlimen dan memberikan tender langsung kepada TRC Corporation. Katanya, projek itu melibatkan kos yang tinggi iaitu RM24 juta dan mungkin dinaikkan oleh kontraktor.

"Kontroversi timbul kerana membabitkan kita semua kerana projek ini tidak melalui rujukan terhadap Parlimen. Parlimen hanya dimaklumakn bukan dirujuk untuk membuat satu keputusan bersama di antara JKR dan kontraktor.

"Tapi harga sebenar bergantung kepada kontraktor. Jadi saya lihat kita tidak membuat penelitian yang serius. kita hanya akan menggunakan dewan itu untuk tempoh dua tahun atau empat tahun selepas itu dewan itu akan diubahsuai lagi.

"Ini bermaksud ia akan memakan kos yang lebih banyak. Apakah perancangan begitu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada satu jawatankuasa di peringkat Parlimen untuk memastikan penjimatan," katanya.

Mahfuz dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan kemajuan kerja projek ubahsuai Dewan Serbaguna Parlimen untuk dijadikan Dewan Rakyat/Dewan Negara sementara.

~harakah~

PM Dan TPM Malaysia Tidak Pernah Berjimat

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.
"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.
Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.
"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

~MK~

Rakyat Disuruh Berjimat Tapi PM Dan TPM Perabih Duit Rakyat

Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari. Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.
~harakah~

Monday, June 27, 2011

Selamatkan Malaysia Dari Tanggung Murujib Dan Cik Din

Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

~harakah~

Kos Lawatan Rosmah Dan Najib Boleh Bangkrapkan Negara

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58. Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).
Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

~harakah~