REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 28, 2011

Cara Mudah Manipulasi BioMetric FingerPrint

Apakah Fahaman Wahabi Ini?

Isu 'fahaman Wahabi mempunyai perkaitan dengan terorisme dan mengancam keselamatan negara', tercetus hasil peranan beberapa agamawan tertentu. Peranan yang mereka mainkan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, akhirnya menerima fahaman Wahabi boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Inilah susur galur kemunculan isu ini.

Ringkasnya, ia muncul bukan disebabkan percaturan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ia juga tidak membabitkan mana-mana parti politik, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Salah seorang individu yang dilabel sebagai pengikut Wahabi, yang juga seorang ahli sebuah parti politik, turut menafikan penglibatan partinya itu dalam isu ini.

Hakikat ini perlu dimaklumi bagi sesiapa juga yang berusaha menangani isu ini atau cuba memahaminya.

Isu utama berhubung perkara ini ialah punca fahaman Wahabi didakwa berpotensi mendorong pengikutnya berfikiran radikal, dan seterusnya menjurus mereka ke arah terorisme. Punca ini perlu dikenal pasti kerana jika tidak, perbuatan melabel orang lain sebagai Wahabi, akan terus berlaku.

Puncanya bukan disebabkan kemahuan sesetengah pihak mencantas individu tertentu dari terus menganggotai parti politik tertentu. Ini kerana, tidak semua individu yang dilabel sebagai Wahabi, adalah ahli parti politik terbabit.

Mencantas

Malahan, ramai dari kalangan yang dilabel Wahabi, dilabel sedemikian sebelum mereka menganggotai parti politik lagi. Lebih dari itu, individu yang menjadi rakyat sebuah negara di utara tanah air, turut dilabel sebagai Wahabi.

Soal mencatas disebabkan perkiraan politik, jelasnya tidak timbul.

Ia bukan juga disebabkan niat jahat agamawan-agamawan 'tertentu' tadi untuk mengenakan fahaman Wahabi dan pengikutnya. Ini adalah berdasarkan pengamatan penulis terhadap tulisan-tulisan dan aktiviti agamawan-agamawan 'tertentu' tadi. Di samping persahabatan penulis dengan agamawan yang lantang 'berjihad' menentang Wahabi.

Punca isu ini-secara asasnya-ialah kepincangan metodologi yang digunakan agamawan-agamawan 'tertentu' tadi dalam mengamati fahaman Wahabi.

Metododolgi yang pincang ini, menemukan mereka dengan satu rumusan yang tersasar, iaitu 'fahaman Wahabi boleh membawa pengamal dan pengikutnya ke arah pemikiran radikal, dan kemudian ke arah terorisme'.

Metodologi yang mereka gunakan ialah menjadikan 'sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi berhubung beberapa perkara', sebagai hujjah untuk mendakwa fahaman itu berpotensi membentuk pemikiran radikal, dan seterusnya terorisme.

Sikap keras dan tidak bertolak ansur Wahabi itu ialah tindakan mereka menghukumkan beberapa pengamalan majoriti umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, sebagai bid'ah, sesat dan syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.

Bid'ah

Sebagai contoh, amalan menyambut Maulud Nabi dan peristiwa Israk Mi'raj. Aliran Wahabi menghukumkannya sebagai bid'ah. Bid'ah pula adalah sesuatu yang sesat. Manakala setiap yang sesat, tempatnya di neraka.

Demikian juga amalan kenduri arwah dan tahlil. Juga dipandang bid'ah oleh aliran Wahabi.

Lebih daripada itu, mereka memutuskan, amalan bertawassul dengan orang yang telah mati, adalah perbuatan syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.

Masalah timbul apabila kesemua contoh pengamalan tadi (kecuali kenduri arwah) difatwakan harus oleh majoriti ulama sejak dahulu hingga sekarang. Ekoran itu, ia diamalkan oleh majoriti umat Islam, khususnya di Malaysia sejak zaman berzaman.

Satu lagi isu besar berkaitan Wahabi ialah penolakan mereka terhadap mazhab majoriti umat Islam, termasuk Malaysia dalam bidang akidah, iaitu mazhab Asya'irah. Sesetengah agamawan 'tertentu' tadi mendakwa, fahaman Wahabi menghukumkan mazhab Asya'irah ini sebagai sesat.

Pada titik ini, para agamawan 'tertentu' tadi akan membuat kesimpulan dan rumusan mereka sendiri. Rumusan mereka ialah 'fahaman Wahabi berpotensi membentuk pemikiran radikal dan seterusnya terorisme di kalangan pengikutnya'.

Asas kepada rumusan ini ialah pandangan aliran Wahabi-dalam konteks Malaysia- terhadap majoriti umat Islam di Malaysia. Iaitu mereka sesat, mengamalkan bid'ah dan kafir disebabkan mereka melakukan sambutan maulud Nabi, berpegang kepada akidah berasaskan mazhab Asya'irah dan bertawassul dengan orang yang telah mati.

Bertindak ganas

Sesuatu fahaman yang melihat umat Islam yang lain sebagai sesat, ahli bid'ah dan kafir, akan terdorong untuk bertindak ganas terhadap mereka yang dipandang sedemikian. Ia juga boleh mendorong pengikut fahaman sebegini, melakukan kekerasan dan keganasan bagi mencegah dan menghapuskan kesesatan, kekufuran dan bid'ah yang berlaku.

Demikianlah rumusan yang disimpulkan agamawan-agamawan 'tertentu' itu tadi.

'Sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi' inilah yang dimaksudkan sesetengah agamawan 'tertentu' tadi, sebagai bukti-bukti yang menunjukkan fahaman Wahabi boleh membawa kepada pemikiran radikal dan terorisme.

Pada titik ini, tercetus satu persoalan asas dan utama berhubung isu ini. Apakah pewartaan beberapa amalan yang dilakukan majoriti umat Islam sebagai bid'ah, sesat atau syirik oleh fahaman Wahabi, boleh mendorong mereka bertindak ganas?

Jika jawapannya 'ya', maka kita akan berhadapan dengan masalah besar. Sebab dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW sendiri, banyak pengisytiharan berkenaan status banyak perkara sebagai sesat, kafir, jahiliyyah dan lain-lain.

Seperti contoh, al-Quran menyifatkan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah selaku pencipta mereka, sebagai lebih sesat daripada binatang ternakan. Mereka juga disifatkan memiliki akidah yang najis. Manakala pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum Allah pula disifatkan sama ada zalim, fasik atau kafir.

Begitu juga dengan hadis-hadis Nabi. Ia melaknat peminum arak dan semua pihak yang terbabit dalam industri arak. Demikian juga pemberi dan penerima rasuah. Juga dilaknat oleh hadis Nabi. Hadis Nabi juga menghukumkan seseorang yang meninggalkan solat secara sengaja, menjadi murtad seperti pandangan mazhab Hambali.

Zalim, fasik, sesat?

Apakah boleh disimpulkan bahawa al-Quran dan Sunnah mengandungi pemikiran yang boleh membawa kepada terorisme, disebabkan ketegasannya memutuskan perkara-perkara ini sebagai zalim, fasik, sesat, kafir atau laknat?

Tentu sekali tidak. Ini kerana al-Quran dan Sunnah juga, dalam masa yang sama, menjelaskan pendekatan yang wajib digunakan dalam menyebarkan ajarannya.

Ringkasnya, sikap keras dan tidak bertolak ansur aliran Wahabi seperti yang dinyatakan, tidak boleh dijadikan hujjah bahawa fahaman itu boleh membawa pengikutnya kepada terorisme.
Ini kepincangan pertama metodologi agamawan-agamawan 'tertentu' tadi dalam menangani isu fahaman Wahabi ini.

Kepincangan kedua ialah mereka tidak melihat secara keseluruhan fahaman Wahabi. Mereka hanya melihat 'sikap keras dan tidak bertolak ansur Wahabi berhubung beberapa perkara' yang dinyatakan, kemudian terus membuat rumusan bahawa aliran ini boleh membawa pengikutnya kepada pemikiran radikal dan terorisme.

Malangnya, mereka 'terlupa' untuk turut melihat pendekatan yang dipegang oleh fahaman Wahabi dalam menyebarkan fahaman mereka. Meskipun fahaman ini bersikap tegas secara berlebihan dan tidak bertolak ansur dalam soal-soal yang dinyatakan, namun pendekatan mereka tidak sedemikian.

Sesiapa juga-termasuk agamawan-agamawan 'tertentu' tadi-mengetahui bahawa fahaman Wahabi ialah satu “manhaj (metod) yang memfokuskan kepada aspek tasfiah dan tarbiah”.

Definisi tentang fahaman Wahabi ini bersumberkan kenyataan Syaikh Albani, tokoh Salafi besar di zaman moden, yang memfokuskan gerak kerja beliau kepada aspek tasfiah dan tarbiah.

Pembersihan akidah

Tasfiah bermaksud pembersihan. Yang dimaksudkan di sini ialah pembersihan akidah dari segala khurafat dan ibadat dari segala bid'ah. Manakala 'tarbiah' bermaksud pendidikan. Iaitu mendidik umat Islam dengan didikan al-Quran dan Sunnah.

Bertitik tolak dari sini, fahaman Wahabi menolak pendekatan jihad atau pendekatan politik dalam menyebarkan fahaman mereka tentang Islam. Syaikh Albani secara terang-terangan menggesa umat Islam menjauhi politik.

Sebab itulah, dalam persekitaran fahaman Wahabi, masyhur kata-kata yang berbunyi “sebahagian daripada politik itu, ialah meninggalkan politik”.

Penolakan mereka terhadap pendekatan politik juga disebabkan oleh konsep ketaatan kepada pemerintah yang agak berlebihan yang menjadi pegangan mereka. Mereka menyeru masyarakat mentaati pemerintah biarpun “pemerintah menyebat belakang mereka dan mengambil harta mereka”, selama mana pemerintah itu mengizinkan rakyat mendirikan solat.

Pemikiran dan sikap aliran Wahabi secara umum, boleh dilihat melalui slogan mereka yang berbunyi “La Nukran Wala Hajran Wala Khuruj” (Tiada pengingkaran, pemulauan dan pemberontakan).

Rentetan daripada konsep ketaatan yang berlebihan ini juga, mereka mengharamkan penubuhan parti-parti politik dalam Negara Islam. Demikian juga demonstrasi membantah atau menuntut sesuatu dari pihak pemerintah. Ia juga haram.

Menurut fahaman Wahabi, satu-satunya aktiviti politik yang boleh dipraktikkan oleh rakyat ialah menasihati pemimpin. Itupun secara tertutup dengan cara menarik tangan pemimpin ke tempat tertutup untuk memberi nasihat.

Inilah pemikiran aliran Wahabi berhubung pendekatan dakwah.

Andainya para agamawan 'tertentu' tadi mengambil kira pendekatan aliran Wahabi yang lunak ini, tentu rumusan dan kesimpulan mereka tentang aliran ini tidak seperti yang ada sekarang.

Jadi pengganas

Justeru, adalah sesuatu yang tidak terlintas di fikiran bahawa aliran ini boleh dilabel sebagai berpotensi menjadikan pengikutnya pengganas. Dalam masa sama, ia suatu yang agak melucukan.

Tepat sekali catatan dalam satu portal, bahawa gerombolan ulama muda yang berpegang kepada semua pendekatan dakwah aliran Wahabi yang dinyatakan tadi, langsung tidak berpotensi dan berbakat untuk menjadi pengganas!

Malangnya, agamawan-agamawan 'tertentu' tadi tidak mengambil kira pendekatan dakwah aliran Wahabi yang dinyatakan ini dalam menentukan sikap mereka terhadap aliran ini. Yang mereka lihat dan jadikan asas ialah 'sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi' berhubung persoalan-persoalan yang dinyatakan sebelum ini, mengakibatkan rumusan mereka tentang Wahabi tersasar.

Ironinya, metodologi yang pincang akan menatijahkan rumusan dan dapatan yang 'tempang'.

Saya menyeru agar semua pihak berlaku adil terhadap kawan dan lawan, sesuai dengan semangat al-Quran yang menegah kita bersikap tidak adil disebabkan kebencian kita terhadap sesuatu pihak.

Adalah sesuatu yang sangat malang bagi umat Islam di Malaysia, jika kerana metodologi yang tempang ini, menyebabkan banyak pihak dilabel sebagai berpotensi menjadi pengganas.

Lebih malang lagi, jika disebabkan metodologi yang tempang ini, beberapa orang saudara seagama dari Tanah Arab dan Bumi Afrika, telah diusir keluar kerana menganut fahaman Wahabi yang dihukumkan sebagai boleh membawa kepada keganasan berdasarkan metodologi yang tempang tadi.

Kepada semua pihak, ikutilah metodologi yang betul dan bertaqwalah kepada Allah dalam membuat sesuatu keputusan.

Penulis adalah lepasan kuliah Syariah & Pengajian Islam dari Universiti Mu'tah, Jordan

Dr Uthman diundang bincang Wahabi dan terorisme

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi berdialog kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Menurut mufti negeri Dr Juanda Jaya, undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan dirantai.

Malaysiakinidifahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Dikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai imam daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalan mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

Usaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

~MK~

Ulamak bumNGOK Hanya Pencacai UMporNO

Walaupun dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Ulama muda Umno berkata mereka tidak menyalahkan pihak kerajaan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menganjurkan majlis itu.

Sebaliknya, tindakan itu disyaki diusahakan oleh beberapa 'ustaz-ustaz simpanan' yang didakwa berlegar di sekeliling MKN - badan bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri itu.

"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau bagaimanapun enggan menyebut secara khusus pihak yang didakwanya sebagai 'ustaz-ustaz simpanan' itu.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya Isnin lalu, 40 ulama muda Umno antara pihak yang disebut bersama bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun, semalam, bekas mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar".

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul mengambil pendekatan sama dengan pihak lain yang dituduh dan mahu menyelesaikan kekusutan itu melalui pendekatan dialog.

"Kita sedia berdialog dengan siapa pun mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan," katanya yang lebih selesa majlis itu diadakan secara tertutup.

Graduan Universiti Madinah yang menyertai Umno setahun lalu itu juga berkata partinya tidak harus dipersalahkan kerana
Umno tiada kena mengeja dengan penganjuran taklimat itu.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Dakwanya, usaha itu tidak langsung dihargai dan kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.

~MK~

KERAjaan BumNGOK Bakal Tumbang

Tidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang. Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

Kali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

Katanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim.

~MK~

Mana Video Sekitar Masjid Jamek Dan KL Sentral?

Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.

~harakah~

Wednesday, July 27, 2011

Polis Ada Video Rakyat Pun Ada Video Berwarna Lagi

"Sekiranya pihak berkuasa mendakwa mereka mempunyai video yang menunjukkan polis begitu baik kepada peserta himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, kita mempunyai bukan saja video tulen, tetapi begitu banyak 'kebaikan' polis sehingga kecederaan dan keganasan terhadap rakyat dapat dipertontonkan," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Ucapan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan hadirin yang membanjiri Pasti Kebun Sireh, Bukit Mertajam malam tadi, sebaik saja video yang memaparkan keganasana polis dipertontonkan kepada hadirin.

Menurut beliau lagi, sekiranya pihak polis ingin memaparkan kebaikan mereka dalam menangani peserta himpunan pada 9 Julai lalu, ia boleh didedahkan sebaik saja selepas himpunan tersebut, tanpa perlu mengambil masa begitu lama untuk didedahkan.

"Rakyat kini bukan bodoh. Zaman ini bukan zaman sebelum merdeka. Dengan sekelip mata saja maklumat mudah diakseskan ke seluruh dunia.

"Bukankah apa yang berlaku kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, YB Khalid Samad, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera, Fayyad pembantu Datuk Seri Anwar yang parah, dan kematian Baharudin Ahmad adalah 'kebaikan' pihak polis.

"Banyak lagi bukti video yang kita rakamkan untuk menunjukkan pihak berkuasa melayan rakyat dengan zalim dan tidak berperikamanusiaan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Machang.
Malah katanya, rakyat jangan terpedaya dengan video terpilih yang menjadi bahan siaran media arus perdana untuk menyembunyikan fakta keganasan yang telah mereka lakukan dalam menangani peserta himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar serta blogger Amizuddin Ahmat yang disaman oleh Datuk Seri Rais Yatim.

~harakah~

Jelaskan Siapa Wahabi Dan Terorisme

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.
Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.
"Berlengah dalam memberikan respons hanya mengundang keraguan dan kesangsian pada pihak yang dituduh tanpa sebab," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini.

Kenyataan Dr Juanda (kiri) itu dipercayai ekoran tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang mengelak mengulas berhubung taklimat MKN itu walaupun beberapa kali ditanya pemberita.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Taklimat yang diserta mufti dan wakil majlis agama Islam negeri turut mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu. Malah, negara teluk lain seperti Kuwait dan Bahrain turut dikaitkan sama.
Malaysiakini difahamkan, kecuali Dr Juanda, semua mufti negeri lain diundang menghadiri taklimat yang antaranya disampaikan penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Dr Juanda menegaskan bahawa keadilan kepada rakyat merupakan asas sebuah pemerintahan dan tidak wajar tidak diberikan sama rata, terutamanya kepada "pemimpin agama yang memandu kebaikan dunia dan akhirat".
Dr Juanda juga berkata, beliau, ulama dan anggota majlis fatwa negeri sedia berdialog dengan MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung perkara itu.

"Kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama," katanya lagi.

~MK~

Hinanya Ulama UMporNO

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Menulis dalam blognya malam tadi, Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.
~MK~

Murujib Nak Lindungi Rakyat Atau Bini Dia?

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melindungi kepentingan rakyat amat memualkan sekali.
Begitulah respons beliau ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan semalam yang bertajuk ‘Lindungi kepentingan rakyat’.

Najib yang juga Presiden Umno dipetik berkata: “Justeru, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya melindungi secara serta-merta kepentingan rakyat berbanding sesetengah kelompok’’.
Sehubungan itu, Nik Zawawi menyeru supaya Najib tidak berbohong dan ikhlas dalam mengungkapkan ucapan tersebut.

Ini, katanya kerana seluruh rakyat Malaysia amat sedar bahawa apa yang diungkapkan oleh presiden Umno itu adalah tidak benar dan bertentangan sama sekali dengan realiti yang berlaku.

“Bagaimana dengan projek-projek membazir yang dilakukan oleh kerajaan. Bagaimana dengan perjanjian pembelian senjata yang mengorbankan harta rakyat?

“Mengapa royalti di tarik sewaktu PAS memerintah Terengganu suatu ketika dahulu? Mengapa royalti tidak diberi kepada kerajaan negeri Kelantan?

“Adakah ini juga termasuk dalam slogan ‘Lindungi kepentingan rakyat? ” tanya beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Ini, ujarnya tidak termasuk lagi dengan indeks rasuah yang memalukan. Soalnya, adakah itu yang melambangkan kerajaan melindungi kepentingan rakyat. Begitu juga, katanya dengan perobohan rumah di Kampung Berembang, perobohan Masjid RTB Bujal di Terengganu.

“Kalau benar Najib ingin melindungi kepentingan rakyat, mengapa rakyat menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa sewaktu menyertai himpunan aman Bersih 2.0 baru-baru ini?” soalnya lagi.

Beliau turut menuntut kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kezaliman yang berlaku baru-baru ini dalam perhimpunan aman Bersih.

“Kita tak mahu peristiwa seperti Memali berulang kembali dalam sejarah Malaysia,” ujar beliau kesal dengan tindak tanduk kerajaan Umno BN.

~harakah~

Murujib Tak Paham Demokrasi

“Saya sarankan beliau (Najib) kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Ini, katanya kerana demokrasi merupakan pelajaran pertama dalam silibus KBSM tingkatan satu.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjelaskan perhimpunan Bersih di ibu kota baru-baru ini dengan alasan sekiranya dibenarkan, bagaimana rakyat yang lain yang bukan Bersih.

Baginua, itu adalah kenyataan yang keanak-anakan dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang punya hak untuk berhimpun.

“Saya ingin menjelaskan adalah tidak wajar dengan menafikan hak rakyat untuk berhimpun sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara apabila Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menggambarkan bahawa bukanlah demokrasi jika membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran tersebut kepada orang lain,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau jika benar Najib memahami nilai demokrasi, peserta demonstrasi Bersih 9 Julai lalu perlu diberi laluan khas untuk berjalan secara aman supaya memorandum lapan tuntutan Bersih selamat sampai kepada wakil DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Tindakan melakukan sekatan dan menabur fitnah terhadap Himpunan Aman Bersih menggambarkan kepada kita dan juga mata dunia bahawa pemerintahan BN tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana yang dilaungkannya,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi Malaysia, Najib perlu faham bahawa negara ini bukan seperti Zimbabwe dan lain-lain negara yang sangat rendah tahap amalan demokrasi.

“Rakyat Malaysia saya anggap telah maju dari aspek daya fikir, namun sayangnya pemikiran pemimpin Umno BN sahaja yang masih belum maju,” ujarnya.

Realitinya, kata beliau rakyat juga amat malu apabila indeks demokrasi di Malaysia berada di tangga yang tercorot iaitu di belakang Namibia dan Timor Leste.

“Apabila kita menyebut daya fikir yang maju, tidak dinafikan rakyat Malaysia memang berdaya saing, ini terbukti kerana sehingga kini rakyat Malaysia masih mampu bertahan dalam situasi inflasi dan terus bertahan walaupun menerima tekanan dari kerajaan BN yang tergamak menggunakan dana awam (rakyat) semata-mata untuk mengaut keuntungan dari khazanah negara yang juga hak milik rakyat,” ujarnya.

~harakah~

SPR Memang Barua UMporNO

Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.

SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.
Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya. Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".

Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.
Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.
Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.
Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.

"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.
Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan. Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.

"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka. Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.
"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.

Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.
"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.

~harakah~

Bongkar penyelewengan SPR

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS Pusat akan membongkar kecelaruan SPR khususnya berkaitan daftar pemilih secara besar-besaran dalam masa dua minggu ini.

"Mesyuarat khas PAS Pusat yang berlangsung semalam memutuskan untuk membongkar penyelewengan dan kecelaruan daftar pemilih dengan menugaskan beberapa orang pakar IT untuk menjalankan tugas tersebut.

"PAS telah mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi tetapi SPR tidak pernah mengakuinya, akhir-akhir ini barulah SPR mula mengaku," katanya.

Beliau berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.

"Bayangkan tuan-tuan 17,000 pengundi ini ianya jumlah yang besar dan kita sedang mengenalpastikan nama-nama pemilih yang lain sekarang ini.

"Semua ini adalah kelemahan dan penyelewengan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengedalian pilihanraya di negara kita," katanya pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di pejabat PAS kawasan di sini malam tadi.

Beliau juga, berkata PAS kemungkinan besar akan mengadakan seminar antarabangsa bagi membongkar segala penipuan dalam daftar pemilih ini setelah semua data-data berkenaan diperolehi dalam masa terdekat.

"Kita mempunyai ramai pakar-pakar IT dan kita mempunyai sistem yang canggih dan berkesan untuk mengenalpasti penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.

"SPR tidak boleh berdolak dalik lagi dalam hal ini, jika bukan mereka siapa yang lagi yang melakukan kemungkaran dan penipuan dalam daftar pemilih ini," tegasnya.

Menurutnya, PAS juga konsisten menolak sistem biometrik dalam pengendalian pilihan raya di negara kita.

"Kita tetap yakin bahawa sistem celupan dakwat kekal lebih praktikal dan terbukti berkesan untuk mengatasi seseorang pemilih mengundi lebih dari sekali.

"Kita minta teh dia bagi kopi, kita minta celupan jari dalam dakwat dia bagi sistem biometrik, memang mereka sengaja tidak mahu menggunakan dakwat kekal," katanya lagi.

Beliau berkata, sistem biometrik terbuka kepada penipuan kerana sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengenalan yang menggunakan biometriknya sendiri sudah pasti boleh mengundi.

"Jadi kalau seseorang itu mempunyai 2 kad pengenalan dan ada nama dalam daftar pemilih di saluran yang berlainan di Dun sama atau berlainan, maka dia boleh mengundi," jelasnya.

~harakah~

BERSIH cabar SPR dedah cadangan pindaan

Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.

Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

Lebih-lebih lagi apabila S Ambiga (kiri) mencabar Wan Ahmad secara terbuka untuk menyatakan cadangan pindaan yang telah dikemukakannya kepada pejabat peguam negara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya.

"Dedahkan pindaan itu, kita akan sokong SPR, apakah pindaan itu?" soal Ambiga yang disambut tepukan gamat daripada hadirin.
Wan Ahmad kemudiannya menjelaskan, situasi demokrasi di negara ini tidak boleh dilihat sama seperti demokrasi di negara Barat.

"Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi. Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan.

"Bila kita kata tak boleh, kena fahamlah," katanya lagi yang turut menggesa BERSIH supaya bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan undang-undang tersebut dipinda.

"Bukannya kita berpihak dengan pihak mana-mana," katanya lagi yang disambut dengan laungan "boo".
SPR: Dasar ikut kehendak kerajaan

Wan Ahmad yang tidak gembira dengan layanan yang diberikan oleh hadirin ke atasnya turut mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' hadirin tentang adab dalam menghadiri program ilmu seperti itu.

"Sebab itulah saya kata, anda hanya mahu percaya apa dalam fikiran anda," katanya lagi.

Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa dasar yang hendak ditetapkan itu masih perlu mengikut kehendak sesuatu kerajaan pada masa itu.

"Jika kerajaan rasa umur layak mengundi ialah 21 tahun dan bukan 18 tahun, tidak kiralah sebanyak mana cadangan dibuat, ia tidak akan (diterima," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang soalan daripada moderator, Wan Saiful Wan Jan yang bertanya sekiranya masalahnya bukan pada SPR tetapi di peringkat kerajaan.

Wan Ahmad bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkenaan dan berkata reformasi pilihan raya perlu dijalankan secara bersama.

"Anda tidak boleh lihat SPR sebagai musuh jika mahu reformasi," katanya lagi.

Jawatankuasa cadang pindaan
Dalam pada itu, Ambiga turut menjelaskan bahawa BERSIH telah menjemput kerajaan untuk menyertai gagasan itu bagi mencapai tujuannya.

"Kerajaan memilih untuk tidak sertai tapi pembangkang sertai dan kita hargai," katanya lagi ketika menjawab satu soalan berhubung dakwaan BERSIH didukung Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf itu, Ambiga berkata BERSIH turut disokong oleh rakyat biasa, "tetapi mengapa mereka melayan BERSIH seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia?"

Ambiga seterusnya mencabar Wan Ahmad supaya menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencadangkan pindaan berkenaan. Ambiga berkata, SPR berhak berbuat demikian mengikut kuasa yang diperuntuk ke atasnya.

Suasana turut gamat sehingga beberapa minit lamanya apabila seorang lelaki bertanya sekiranya Ambiga akan meneruskan "perhimpunan haram."
Soalan itu juga disahut dengan pekikan "boo" oleh sebahagian besar para hadirin berkenaan. Ambiga bagaimanapun tetap menjawab soalan berkenaan dengan menyatakan bahawa hak untuk berhimpun itu dinyatakan dalam perlembagaan.

Penganjur nafi tekanan politik

Namun wujud juga undang-undang lain yang digubal di parlimen bagi mengehadkan hak berkenaan.

"Masalahnya, polis tidak mengehadkannya tapi menariknya terus. Anda tidak boleh mengehadkan sesuatu hak itu hingga ia menjadi ilusi," katanya lagi.

Tambahnya, BERSIH juga telah bekerjasama dengan polis dengan meminta pasukan itu menamakan jalan yang boleh dilalui oleh peserta demonstrasi.

Wacana berkenaan yang berlarutan sehingga lebih dua jam kemudiannya dihentikan apabila hadirin terus bertindak memperlekehkan Wan Ahmad ketika timbalan pengerusi SPR itu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ke atasnya.

Ini termasuk soalan yang diadakan seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera.

"Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu," katanya lagi yang disambut dengan lebih banyak lagi laungan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Datuk Husamuddin Yaacob berkata program berkenaan terpaksa ditamatkan bagi menghormati waktu solat Asar.

"Kalau tengok di Karangkraf, kita memang kalau setiap waktu azan, seluruh bangunan ini akan dengar azan.

"Walaupun kita bisnes biasa, tapi kita patuhi budaya Islam," katanya yang menafikan wujud tekanan politik sehingga program berkenaan terpaksa ditamatkan.

"Malah, polis beri kerjasama dan timbalan menteri pun datang jadi saya fikir tak ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya lagi.

~MK~

Tuesday, July 26, 2011

Sambutan Kuning Untuk PM & Kabinet Di KL Sentral

Hari: Rabu
Tarikh: 27hb. Julai, 2011 (esok)
Waktu: 1:00petang - 4:00petang
Lokasi: KL Sentral
Info Program: Perdana Menteri & Kabinet Malaysia dijadual mengedarkan Jalur Gemilang di KL Sentral.

Ayuh kita sambut mereka dengan Sambutan Kuning. Pakai sebarang kuning...!!!

Warkah Dr.MAZA Buat PDRM

"Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya".

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis – sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.
Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.
Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: “Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: “Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata ‘Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Hang Boleh DIAMLAH Murujib

Pengguna internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu. Perkataan “diam lah” turut kelihatan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Pengguna internet yang prokerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdan menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru ditampal hanya kira-kira lima minit lalu.

~MK~

SPR Tiada Kuasa Sebab Jadi Barua UMporNO

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.
Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

~MK~

Murujib Dan Rosmah Kena Panggil Mahkamah

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.

Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, lapor KeadilanDaily.

Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.

“Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu,” kata Ram.
Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti. Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.

Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

“Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya,” kata Anwar dalam afidavitnya.

Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil. Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.
Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

~harakah~

Najib takut Bourdon

Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga.

"Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.
Mohamad juga mempersoalkan, jika tidak bersalah, tidak menipu, tidak berdusta dan tidak berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, mengapa amat ketara ketakutan Najib dan kelakuannya pula yang amat mencurigakan.

"Adakah Najib takut ada orang dalam di dalam Umno sendiri yang akan menggunakan kehadiran Bourdon untuk menamatkan segala peluang, kenikmatan dan faedah yang dikecapinya sebagai Perdana Menteri?
"Nasib baik Najib boleh menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Perdana Menteri ketika bencana besar mungkin menimpanya dengan kehadiran Bourdon," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindak-tanduk beberapa kerat konco Najib yang seolah-olah bersedia menghadapi pilihan raya untuk mewajarkan tindakannya yang pulang tergesa-gesa sebagai melucukan.

"Bagus juga kalau Najib bubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya. Kesan kemarahan sebahagian besar rakyat akibat pelbagai penipuan dan kekejaman Umno dan perkakasnya dalam menghadapi tuntutan rakyat yang sah melalui Bersih masih lagi membara.

"Lebih dari itu, Bourdon yang dihalau keluar dari negara ini akibat ketakutan Najib kini seperti harimau terluka dan akan bertindak balas.

"Kita yakin dia akan membongkar banyak perkara lagi mengenai skandal pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya," katanya.

Mohamad seterusnya berkata, "Seronok juga kita hendak melihat bagaimana Najib dan beberapa kerat penyokongnya di dalam Umno menghadapi semua itu dalam musim pilihan raya".

~harakah~

Biometrik boleh lahirkan kekecohan

Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati, orang ramai tidak berapa setuju dengan sistem biometrik untuk pilihan raya akan datang kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah berdasarkan pengalaman penggunaan sistem itu sekarang.
Oleh itu, bagi mereka, penggunaan dakwat pada jari adalah yang terbaik dan telus untuk mempastikan tidak ada pengundian berganda dalam pilihan raya umum nanti. Bagi mereka, sistem ini canggih tetapi siapakah yang boleh menjamin ketelusannya kerana ia tidak boleh disahkan oleh rakyat biasa dan menghasilkan keraguan.
"Bukan rakyat tidak tahu (Datuk Seri) Najib yang terkenal dengan sikap penipunya, hari ini cakap begitu esok lusa di pusingkan faktanya, rakyat di tipu hidup-hidup," kata Ketua Kampung Changkat, Gombak, Zainal Abidin Abu Bakar.
"Sudah pasti semua ada muslihat yang telah dirancang lama oleh Kerajaan dengan mendapat kerjasama SPR," katanya ketika di temui di Taman Gombak.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mengkaji sahaja permohonan Bersih 2.0 melalui tuntutan lapan perkara yang mereka kemukakan melalui memorandum.

“Salah satu dari lapan perkara yang dituntut oleh rakyat dalam himpunan Bersih 2.0 yang lalu adalah menggunakan dakwat kekal bukan sistem biometrik. Ini memberi maksud kerajaan memperlekehkan suara rakyat.

“Mengapa susah sangat kerajaan dan SPR untuk memenuhi permintaan himpunan Bersih 2.0 dengan menggunakan dakwat kekal?" tanya beliau.

Bagi beliau, pemimpin Umno bimbang akan kehilangan kuasa mentadbir negara, sebab itu mereka berdolak dalih dengan mengunakan sistem biometrik yang tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat tetapi sebaliknya membazir wang rakyat untuk menanggung kos yang tinggi untuk membeli peralatan tersebut.
"Meskipun sistem tersebut nampak canggih tetapi ianya tidak mendatangkan manfaat bahkan saya yakin berbagai masalah boleh berlaku," kata Zainal.

Beliau juga memberikan contoh kesukaran yang bakal berlaku jika ianya digunakan nanti.

"Contohnya semasa saya bekerja di sebuah syarikat swasta sistem ini digunakan untuk kedatangan pekerja. Semua kakitangan perlu cop jari dengan menggunakan sistem biometrik tetapi terdapat kesukaran untuk membaca data dengan menggunakan cop jari lebih-lebih lagi apabila terdapat kerosakan kepada jari mereka yang bekerja kasar.

"Bagi wanita pula yang sering menggunakan kosmetik jari-jari mereka juga mengalami kerosakan dan sukar untuk dibaca oleh sistem tersebut," katanya.

Beliau juga mengungkit sistem biometrik yang digunakan di bank selalu menghadapi masalah apabila bank tidak boleh membaca cop jari dan cip pada Mykad apatah lagi apabila elektrik terputus bekalan.

"Kita tidak mahu ketika PRU13 nanti keadaan menjadi kelam - kabut akibat pengunaan sistem biometrik ini yang sekaligus akan melambatkan proses pengundian nanti. PM dan SPR sepatutnya harus memikir kesan-kesan penggunaan biometrik, adakah ia sesuai atau tidak di gunakan dalam pilihanraya umum," katanya.

Ketua Kampung Tengah, Edrus Yusof  pula berkata, sistem biometrik tidak memberi jaminan tidak wujud pengundi hantu selagi sistem SPR tidak dibersihkan dengan betul dan tulus terlebih dahulu.

Beliau juga mengungkitkan pengumuman bahawa Mykad yang masih banyak tidak diambil oleh rakyat di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).

"Sudah pasti Mykad tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang dapat akses kepadanya dalam PRU akan datang untuk memberi kemenangan kepada pihaknya," kata beliau.

Tentang kos pula, beliau mempertikaikan kenapa biometrik dipilih.

Katanya, pengalaman negara luar termasuk Kanada menyatakan untuk menggunakan kaedah biometrik dalam mengesahkan identiti pengundi semasa pilihanraya akan memerlukan kos yang amat tinggi.

"Perlu ada talian internet yang stabil di tiap tempat mengundi, perlu ada jenerator pembantu, pengimbas dan sebagainya.

"Siapakah yang akan untung besar bila semua sistem biometrik ini dilaksanakan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Macamana nak pastikan ada talian internet yang stabil di pedalaman Sarawak yang peti undi pun perlu diangkut guna helikopter?" soal beliau lagi.

"Kita cabar PM dan SPR jika mereka benar-benar tulus maka gunakan dakwat kekal dalam PRU ke 13. Mereka seharusnya mengambil kira suara hati rakyat dengan menggunakan dakwat kekal yang merupakan lebih berkesan, tulus dan dipercayai bukannya biometrik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pucuk pimpinan parti politik dan semua badan NGO serta sekratariat himpunan Bersih 2.0 adakan himpunan Bersih 3.0 jika ia tidak diselesaikan. Sementara itu, Tan Choon Yong (Gambar kiri) pula melahirkan rasa ragunya kenapa Perdana Menteri Najib terlalu bersungguh mahu laksanakan biometrik.
“Saya nampak PM Najib dan SPR bersungguh betul ingin laksana kaedah biometrik yang lebih canggih dan lebih mahal berbanding dengan celup jari menggunakan dakwat kekal yang sepatutnya lebih mudah dan murah untuk mencegah pengundi hantu. Kalau Mykad rosak macamana? Adakah kita perlu batalkan penggunaan biometrik yang dirancang oleh mereka pada saat akhir?”

Dengan segala masalah yang dijangka ini, beliau yakin pru akan datang penuh dengan kekecohan jika biometrik digunakan.
“Sedangkan kita mahukan suasana pilihanraya yang tenang, aman dan tulus tanpa diragui oleh semua rakyat," katanya ketika di temui di sini.

Saweswathy a/p Suppiah pula mempunyai alasan tersendiri untuk membantah penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jari saya sukar untuk bergerak dan mengalami sakit kulit pada jari semenjak dua tahun yang lalu sehingga kini.

“Setiap kali saya ingin berurusan dengan bank yang menggunakan sistem biometrik memerlukan berbulang kali untuk dilakukan bacaan sistem tersebut. Jadi saya berharap pilihanraya nanti PM dan SPR dapat memikirkan masalah rakyat yang kategori OKU juga bagaimana mereka ingin buang undi jika sistem ini digunakan,” katanya ketika di temui di Hospital Kuala Lumpur yang sedang mendapatkan rawatan di sana.

~harakah~

1 Pengundi 2 MyKad?

Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.

Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.

"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.

Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.

Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.

Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.

Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.

Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.

"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Biometrik tak atasi undi lebih sekali

Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini. Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.

Ianya juga perlu kepada pengkala data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan. Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.

"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya.

~harakah~

Jangan Sampai Rakyat Kata Salleh Barua UMporNO

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid perlu merujuk kepada laporan polis, bukan hear say.

Katanya, salinan laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian kejadian pada 9 Julai yang sepatutnya dirujuk oleh Salleh, bukan merujuk kepada hear say atau laporan akhbar.

Beliau menyatakan demikian di dalam blognya, mohamadsabu.com. Berikut adalah salinan laporan polis berkenaan.

Pengundi Hantu Memang Wujud Sebab Hantu Wujud

PAS mendakwa parti itu memiliki senarai pengundi 'klon' dan ini melibatkan angka yang besar dan "mengejutkan". Naib presidennya Datuk Husam Musa (bawah, baju hijau) berkata pendedahan akan dibuat secara berperingkat selepas penyerahan senarai 500 orang pertama kepada SPR baru-baru ini.
"Kita akan buat (majlis seperti) persidangan. Kita pamer pada semua orang dan media boleh semak," katanya.

Diminta menjelaskan anggaran jumlah terbabit, Husam bagaimanapun enggan berbuat demikian buat masa ini. Bagaimanapun, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS selepas ini, pihak media akan dibekalkan dengan senarai berkenaan.

Sehubungan itu, Husam sekali lagi menegaskan bahawa PAS tetap menolak sistem biometrik yang mahu diperkenalkan kerajaan.
"Setakat biometrik, tekan (jari pada sistem), timbul (maklumat). Tekan di Bangi, timbul; tekan di Gombak, timbul. Itu saja," katanya sambil menegaskan sistem itu tidak mampu menangani pengundian bertindih.

"Kenapa hendak habiskan wang yang besar dan tidak gunakan dakwat kekal?" soalnya.

'Siapa di belakang?'

Husam juga berkata, masalah dalam sistem pilihan raya negara ini bukan sahaja pada pertindihan pengundi, tetapi persoalan yang perlu dijawab, bagaimana perkara itu boleh berlaku.
"Siapa di belakang semua ini?" soalnya lagi yang juga exco kanan kerajaan Kelantan dan wakil rakyat Salor.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pihaknya tidak menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih dan meminta parti politik bekerjasama untuk membersihkannya, Husam berkata:

"SPR yang patut siasat. Ini bukan atas parti politik, tetapi institusi dalam kerajaan."

Husam juga berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mempertimbangkan mengambil tindakan mahkamah kerana beliau tidak yakin bahawa keadilan dalam diberikan dalam kes sebegitu.

"(Sebab) ini usaha parti politik, masyarakat dan SPR," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat (kanan) dilaporkan berkata, beliau menyokong sebarang perubahan, termasuk sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dilakukan secara bersih dan telus.

Nik Aziz dilaporkan berkata, PAS sedia mendengar taklimat SPR berhubung sistem itu selain mengadakan perbincangan susulan dari cadangan perubahan yang dicadangkannya, lapor Sinar Harian.

"Apa saja sistem sekalipun mesti membawa kepada kebersihan... saya tak sebut satu cara tadi (merujuk kepada sistem biometrik)... apa saja sistem yang tidak membawa kepada kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan mesti ditentang," beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu semalam.
~MK~

Kenapa Susah Sangat SPR Nak Guna Dakwat Kekal?

Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.

"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.

"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.

Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.

"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.

~harakah~

UMporNO Dah Gila Babi

SUAMI NAJIB LUBUK PAKATAN

NAJIB GEMPUR LUBUK PAKATAN - mkini
Selepas lebih seminggu di luar negara, Najib Razak terus turun padang sekitar Subang - antara parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Mengelak menyentuh 'tekanan' yang dihadapi kerajaan - antaranya, kritikan terhadap layanan polis dalam perhimpunan BERSIH dan laporan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock - Najib sebaliknya mengambil peluang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…HANYA SATU BERITA SAJE…. kah kah kah..

woit…SSATU BERITA INI ... NAJIB ILANG TELOOO…kah kah kah

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

RAKYAT GEMPUR LUBUK ROSMAH

IMELDA ROSMAH MASIH BERDIAM

Sudah hampir dua minggu pendedahan mengenai wujud satu kemasukan belian bernilai RM24.45 j terkait nama Imelda Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab.

Mulanya pengampu Imelda mengatakan bunti tersebut palsu dan kini sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian tiu dibawa keluar 4 hari selepas itu.

Kononya belian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.

• Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu

• Tidak kuarng juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama tem,an-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html

• Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.

• Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html

• SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.

• Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri

• Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html

• Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran

klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran... tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.

http://chegubard.blogspot.com/2011/06/ketika-rakyat-susah-jom-tengok-beg.html

http://chegubard.blogspot.com/2011/01/najib-terus-dipersenda-kerana-rosmah.html

Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur.

klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 5:40:00 PM 2 ULASAN

LABEL: ANAK MUDA BERANI BANGUN MELAWAN

SEKARANG BARU JELAS

NOTA:

sekarang jelas kenapa minggu lepas
rosmah dan isterinya pergi melawat eropah
sekarang jelas bahawa kes beli kapal selam ini
hendak dibuka di psros pada bulan hadapan
sekarang jelas kenapa peguam william bourdon
di halau pulang ke paris malam tadi
sekarang jelas bahawa najib akan dipanggil untuk
menjadi saksi di mahkamah peranchis

nota:

apabila nama najib razak disebuat
di mahkamah pernchis maka bermakna
ini lah kali akhir najib boleh turun ke eropah

jika najib dipanggil mahkamah
dan najib tak datang
maka satu waran tangap najib akan dikeluarkan
ini samalah seperti waran tangap raja azmi yang gagal datang ke mahkamah
inilah nasib rakyat malaysia
apabila perdana menteri terlibat dalam kes bunuh

nota:

masa ini adalah terbaik
untuk muhyiddin mengambil alih
kerana negara yang pemimpin di dakwa oleh mahkamah asing
adalah sebuah pentabiran yang tempang
kah kah kah

nota:

bayangkan malikul sembab jadi pm
ada selera makan
kah kah kah

SIASATAN DI PERABCHIS TUMPU KIATAN ALTANTUYA –SCORPENE – mkini

Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

Bourdon yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

TERUSKAN LAGI

DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 2:26:00 PM 7 ULASAN

LABEL: ANAK MUDA BERANI BANGUN MELAWAN

BADAK DI KATIL TAK NAMPAK

MEMBADAK KE HULU KE HILIR

nota:

siapa boleh jawab soalan ini:

kenapa minggu dulu
muka bumi semenanjung tanah melayu
naik 3.657 cm dari paras laut?

kenapa smenjak kelmarin
muka bumi semenajung tanah melayu
mula tenggelam?
kah kah kah

3 PEGAWAI KASTAM DI DAKWA TERIMA RASUAH SEBANYAK RM500 - meloya

JOHOR BAHRU 22 Julai – Tiga pegawai kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah daripada seorang peniaga kedai runcit di Masai, dekat sini pada hujung tahun lalu.
Mohd. Yusof Idrus, 25; Abd. Karim Abd. Majid, 58; dan Md. Mokhtar Ismail, 55, didakwa melakukan perbuatan itu di Kedai Runcit Wang Wang, Taman Ria, Masai pada pukul 2.41 petang, 30 Oktober tahun lalu.
Ketiga-tiga tertuduh yang merupakan pegawai kastam cawangan marin kastam Tanjung Puteri didakwa menerima rasuah RM500 daripada Chan Jenn Kong sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki dan menjual rokok seludup.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) dan 28 (1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Di bawah seksyen tersebut, mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Abd. Karim turut menghadapi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 16(a) akta tersebut iaitu meminta rasuah sebanyak RM1,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Jenn Kong atas kesalahan yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noorfazlin Hamdan, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim Madihah Harullah menetapkan ikat jamin RM6,000 terhadap setiap tertuduh bagi semua pertuduhan sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 September ini. – TIEWNAMA

KAH KAH AKH
KAH KAH KAH
KAH AKH KAH

woit…INI CUKUP HEBAT… TERHEBAT…. HEBAT WAL HEBAT…kah kah kah..

kah kah akh…. SYABAS BADAN CEGAH RASUAH…. kah kah kajh..

kah kah kah… RASUAH 500 RINGGIT… BOLEH DIPENJARA 20 TAHUN…. kah kah kah..

woit…. KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH….. kah kah kah…

kah kah kah… BAGAIMANA DENGAN 144 JUTA EURO DUIT RASUAH DARI PERANCHIS…. kah kah akh..

woit… APA JADI DENGAN KES PELABUHAN KLANG… BERBILION BILION… klah kah kah..

kah kah kah… KALAU 500 RINGGIT KENA 20 TAHUN….kah kah kah..

kah kah kah…. BERAPA TAHUN MAT MONGOL AKAN DI TAHAN DALAM KES BELI KAPAL SELAM…..kah ka kah..

nota:
sprm ini samalah macam :
altantuya kurus dan slim jauh dimongolia nampak
rosmah mansor membadak disebalah katil tak nampak
kah kah kah

DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 10:49:00 AM 9 ULASAN

LABEL: ANAK MUDA BERANI BANGUN MELAWAN

SEPERTI KAU TELAH TAHU

KAU SEBENARNYA TELAH LAMA TAHU

nota:
seperti kau telah tahu
lalu kau memakai baju kuning itu
seperti kau telah tahu
lalu kau pun tidak akan dilupai

PENEMBAK SEBENAR AMINURASHID TAK DAPAT DIKENAL PASTI – meloya

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa individu yang menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, gagal dikenal pasti kerana terdapat dua anggota polis yang melepaskan tembakan pada hari kejadian.

Pakar forensik, Amidon Anan yang merupakan bekas Ketua Unit Siasatan Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, Jabatan Kimia juga gagal mengenal pasti senjata yang digunakan untuk menembak mangsa.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kimia yang membuat analisis ke atas dua senjata api yang menyatakan anak peluru itu tidak dapat digandingkan dari mana-mana senjata tersebut.

"Saya berpendapat apabila pemprosesan GSR (sisa tembakan) tidak dilakukan semasa di tempat kejadian, ia merupakan salah satu aspek yang telah menggagalkan siasatan CSI.

“Dalam kes ini, Mazli (Cif Ins Mazli Jusoh @ Che Kob yang mengetuai pasukan forensik) juga jelas tidak ikut SOP (prosedur operasi standard) kerana jika ikut SOP, saya percaya anak peluru dalam kepala (mangsa) dapat diganding dengan mana-mana senjata yang telah dikemuka pada pihak Jabatan Kimia dan akan menghasilkan keputusan yang sempurna,” katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi hari ini.

Jenain, 48, diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010. TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

I have nothing to say muder faker kah kah kah
j’ai dit rien de tak ada apa nak cakap

DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 2:15:00 AM 23 ULASAN

LABEL: ANAK MUDA BERANI BANGUN MELAWAN

INI BARU NUMBER 19

INI CONTOH NUMBER 19

MALAYSIA NEGARA KE 19 PALING SELAMAT :GPI – berita hairan
Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…INI BERITA AMAT PELIK…. kah kah kah..

kah kah kah…MALAYSIA NUMBER 19…. DIKATAKAN AMAT SELAMAT… kah kah kah..

kah kah kah…..AGAKNYA BAGAIMANA NEGARA NUMBER 20 , 21, 22. 23. 25… kah kah kah…

woit…DALAM NEGARA NUMBER 20 INI BERAPA RAMAI AGAKNYA MATI MACAM BENG HOCK … kah kah kah..

woit…DALAM NEGARA NUMBER 21…BERAPA RAMAI KENA TEMBAK MACAM AMINULRASHID … kah kah kah..

woit.. DALAM NEGARA NUMBER 23… BERAPA RAMAI AMAH KENA ROGOL… kah kah kah…

woit… DALAM NEGARA NUMBER 24.. BERAPA RAMAI PENUNJUK PERSAAN MATI KENA TEMBAK GAS… kah kah kah

woit… DALAM NEGARA 25.. BERAPA RAMAI MODEL KENA BOM…. kah kah kah

woit..KALAU NUMBER 19 .. KITA DaH DAPAT MALAPETAKA… kah kah kah..

kah klah kah…BAYANG KAN NUMBER 20 DAN SETERUSNYA…. kah kah kah..

kah kah kah...NUMBER 20 KEATAS MESTILAH NERAKA DUNIA... kah kah kah..

TERUSKAN PERJUANGAN KITA