REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, August 26, 2011

Plastik Atau Nawar Liwat SayFOOL UMporNO?

Saiful mengaku kepada doktor Muhammad Osman Abdul Hamid beliau masukkan plastik dlm jubor beliau. Soalnya adakah Saiful diliwat Anwar ataupun dia diliwat PLASTIK?

18SX: Plastik Apa Yang Liwat Juboq Saiful?

‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya’

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Makmal Jabatan Kimia Tiada Tauliah

Mengikut keterangan Pakar Genetik Dr Brian McDonald di mahkamah hari ini, Jabatan Kimia Malaysia masih belum mendapat tauliah antarabangsa untuk menjalankan ujikaji DNA dan forensik.

Jabatan Kimia yang sama juga telah mengeluarkan laporan kononnya air mani Anwar ada dalam jubor Saiful.

Pada waktu yang sama, sehingga hari ini, Jabatan Kimia masih belum mendapat tauliah untuk menjalankan ujikaji kimia berkaitan DNA dan forensik.

Ini bererti keputusan Jabatan Kimia tersebut boleh dipersoalkan ketepatan dan kebenarannya.

KESAN TIDAK DITAULIAH?

Kesannya, Jabatan Kimia bebas mengadakan peraturan sendiri dan mengeluarkan keputusan mengikut kehendak serta kemahuan sendiri.

Kalau mereka mengikut kaedah antarabangsa, setiap keputusan mereka akan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Malangnya pentauliahan tersebut belum berlaku dan terutamanya waktu kes ini mula2 berjalan yakni pada tahun 2008.

Maka, mereka bebas berbuat apa sahaja dan mengeluarkan apa-apa keputusan termasuk mengatakan adanya air mani Anwar dlm jubor Saiful.

JABATAN KIMIA MENIPU DALAM UJIKAJI SAMPEL SAIFUL?

Mengikut Dr Brian Mcdonalds, ahli kimia kerajaan, Nor Aidora, telah melanggar peraturan di dalam menjalankan ujikaji sampel yang dtg dari Saiful.

beliau dilaporkan berkata:

12.13am: McDonald says Nor Aidora did not follow guidelines... when there is mixture DNA.

"There are three loci which is more than 60 percent. What you have is evidence of mixture," he said. "She specifically ignored that and report as a single individual profile." (NOTA: Tulang Besi nak terjemah tapi Tulang Besi tiada kepakaran dalam ilmu genetik)



Jelas, kritikan yang cukup hebat diberikan kepada Aidora yang tidak menghormati peraturan sewaktu menjalankan ujikaji terhadap sampel dari SAiful itu.

Juga, tarikh sampel pun Jabatan Kimia serta Nor Aidora tidak betul. Sampel Saiful ini dilabelkan pada 26 June 2008 padahal Saiful pergi ke HUKM pada 28 Jun 2008. Sehingga hari ini kesilapan tersebut tidak dibetulkan.

Untuk pengetahuan pembaca, Nor Aidora inilah yang telah memberi keterangan menyatakan air mani Anwar dijumpai dlm jubor Saiful.

Sekian

~Tulang Besi~

Ketua Wanita Gelugor Masuk Islam

NOTA EDITOR: Benar kata Tok Guru Nik Aziz, apabila kita merapati bukan Islam dan menunjukkan akhlak yang mulia, mereka dgn rela tertarik dgn Islam. Itulah hikmah komitednya PAS dengan Pakatan Rakyat, supaya Islam dapat disebar pada kaum Cina dan India.

Tidak seperti UMNO yang guna Islam untuk politik murahan mereka semata-mata. Bertahun kawan dgn MCA dan MIC, berapa ramai yang masuk Islam? Seciput pun takda.

UMNO tu sendiri tolak ISlam, bagaimana nak harap mereka sebarkan Islam? Syukur, kehebatan ijtihad Tok Guru Nik Aziz sudah membuahkan hasil

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIEN.

Sekian

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam

Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.

Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.

Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah.

Sharpshooter difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah…Cahaya Ramadhan…Allahuakbar…

Dari blog milo suam – Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah.

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah. Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.

Dari Blog Milo Suam
Dipetik daripada blog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Awas Kepada PapaGOMOL

NOTA EDITOR: Khalid Samad, Elizabeth Wong, Nik Nazmi dan lain2 menghadapi masaalah untuk menyaman Papagomo dan rakan2. Ini kerana blogger2 UMNO ini adalah blogger2 pondan.

Sudahlah gambar diri tak berani nak tunjuk, nama sendiri pun tak berani pakai. Tak hairanlah mereka berani memalsukan dokumen kerajaan MBPJ untuk memfitnah Khalid Samad dan lain lain.

Maka, demi untuk memudahkan proses saman bermula, diminta Papagomo, Parpukari dan RBFonline berikan maklumat butiran diri kepada Khalid Samad i.e. Nama Penuh, Nombor IC dan lain2.

Kalau tak nak masukkan dalam blog, boleh email kepada Khalid Samad secara pribadi.

Barang diingat, papagomo dengan bongkak membuat kenyataan di bawah:

"Gomo tidak gentar mahupun takut dengan laporan polis yang dibuat oleh mereka ini kerana menjadi tugas Gomo sebagai seorang Umat Islam untuk mendedahkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia tahu kebenaran yang sewajarnya disampaikan," kata penulis itu yang dikenali sebagai Papa Gomo.

Maka, buktikan kata-kata kamu dengan memberi butiran yang diperlukan Khalid SAmad dan Adun2 PR yang lain.

Jumpa di mahkamah, papagomo, rbfonline dan parpukari.

Sekian

Berani Kerana Benar

Sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja DUMC, dakwaan Papa Gomo bahawa saya menghalang Gereja berkenaan disita oleh MBPJ adalah merupakan satu pembohongan. Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita Gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat-kuasa MBPJ dan Polis bersiap-sedia untuk melakukannya.

Walaubagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadhan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak UMNO dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap keMelayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan.

Laporan Polis bertarikh 16 Ogos oleh En. Mohd. Fauzi, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ jelas mendedahkan sifat pembohong golongan ini terutamanya Papa Gomo. Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian.

Oleh yang demikian, bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini. Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya.

Sekiranya tiada jawapan darinya, maka semakin jelas, ‘bravadonya’ juga merupakan satu pembohongan. Namun, ianya tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan dari sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas. Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Barua-barua UMporNO Menolak Hudud

Beberapa hari ini, dlm perdebatan di Alam Twitter, Tulang Besi telah menyuruh beberapa org juak UMNO untuk mengucap semula dan masuk Islam kembali.

Ini kerana sikap mereka mempermain2 serta merendah2kan hukum Qazaf menjadikan akidah serta syahdah mereka dalam bahaya.

Tulang Besi tidak pernah lihat orang Islam yang sanggup memperlekeh hukum agama sendiri seperti yang dibuat oleh juak2 UMNO ini. Mereka yang memperlekeh hukum agama sendiri tak layak memanggil diri mereka Islam.

Biasanya, apabila dinaikkan hukum Qazaf kepada mereka, jawapan yang biasa digunakan oleh juak2 UMNO adalah:

1.0 Kalau anak awak kena rogol, nak pakai 4 saksi jugak ke?

2.0 Kalau dlm handphone anak gadis awak ada gambar dia berzina, kena tunggu 4 saksi jugak ke?

3.0 Kalau kena tunggu 4 saksi ni, semua mangsa rogol boleh terlepas

4.0 Zaman moden takkan tak boleh pakai bukti CCTV dan video

5.0 Kenapa nak tunggu 4 saksi, suruh je Anwar bersumpah mcm Eskay bersumpah

6.0 Dah ada DNA Anwar dlm jubor Saiful. Apa bukti lagi nak?

7.0 Kalau saya ada video Babyrina berzina, bolehkah ia dijadikan sebagai bukti?




dan mcm macam lagi alasan2 yang bertujuan memperlekeh hukum Qazaf.


Biasanya, untuk alasan rogol tu, saya akan tanya balik:

Eskay/Saiful tuduh Anwar merogol atau berzina? Kalau berzina, kenapa isu rogol naik pulak?

Pasal isu penggunaan CCTV dan video, saya kata undang-undang sivil yg sekular pun tidak mengiktiraf bukti video dan audio melainkan ada pengesahan dari pakar:

Audio and video evidence must be authenticated by both parties in any litigation by a forensic expert who is also an expert witness who assists the court in understanding details about that electronic evidence.

TERJEMAHAN: Bukti Video dan Audioa dalam kasus "litigation" mestilah disahkan kesahihannya oleh kedua-dua belah pihak oleh seorang pakar forensic yang juga akan menjadi saksi pakar yang akan membantu mahkamah di dalam memahami butiran berkaitan bukti elektronik



Dengan kata lain, hanya rakaman video atau audio sahaja tidak cukup untuk mensabit kesalahan seseorang melainkan dengan pengesahan rakaman tersebut.

Apatah lagi terdapat banyak bukti yang menunjukkan Anwar bukan pelakon dalam video tersebut i.e. janggut, perut besar, bidang dada yg luas, saiz pelakonvideo Rahim Thamby Chik yang besar berbanding Anwar, Eskay berbohong berkaitan Jam Omega yang rupanya dibuat di Taiwan, adanya teknologi yang membolehkan seseorang disolek untuk mempunyai rupa orang lain seperti Ben Kingsley disolek untuk berupa Ghandi dsbnya.

Berkaitan sumpah/mubahalah pula, saya sering jawab sumpah mesti dimulakan oleh yang DITUDUH, bukan YANG MENUDUH. Tindakan Eskay bersumpah itu TIDAK PERNAH DIBUAT dalam sejarah ISlam kerana yang menuduh mesti bawa bukti 4 saksi, bukan bersumpah.

Anwar sendiri lebih selesa guna kaedah solat hajat berbanding sumpah kerana hukum asas kepada sumpah adalah makruh. Lagi pula sudah ada laporan Qazaf terhadap Eskay dan Rahim Thamby Chik, maka kita tunggulah perbicaraan mereka di Mahkamah Syariah.

Akhir kata, betapa hinanya juak2 UMNO ini memperlekeh agama sendiri demi menjayakan fitnah mereka terhadap Anwar Ibrahim. Lepas tu ada hati mereka ni nak memperjuangkan murtad. Mereka sendiri mempromosi serta menyebarkan budaya murtad, tiada hak memperjuangkan berlawan murtad.

~Tulang Besi~

Laporan HUKM Nyawa UMporNO

Asas kepada tuduhan UMNO kononnya Anwar meliwat Saiful adalah kononnya air mani Anwar dijumpai dalam jubor Saiful Al kazzab.

UMNO merujuk kepada laporan kesihatan HUKM, yang menyatakan terdapat beberapa DNA dalam jubor Saiful.(Laporan itu boleh dibaca di sini). Yang hairannya, laporan HUKM yang sama ini mengatakan jubor Saiful tidak ditembusi sewaktu pemeriksaan. Jadi, bagaimana agaknya HUKM boleh berjumpa air mani kalau jubor Saiful tidak ditembusi?

Laporan itu tidak menamakan siapa lelaki B5,B7, B8 dan 89. Sampel dari HUKM itu telah dibawa ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti siapa lelaki2 di atas. Sampel tersebut dibawa oleh DSP Jacob Prerira 43 jam selepas itu.

Jabatan Kimia tersebut mengatakan salah satu sampel tersebut mengandungi DNA Anwar Ibrahim.

Dari keterangan saksi pembela, Dr David Wells, terdapat banyak kesalahan dan kepincangan di dalam ujian serta analisis kimia yang mengarah kepada Anwar Ibrahim ini. Antara lain:

1.0 Laporan HUKM itu sendiri pincang. Lampiran (dipanggil proforma form) kelihatan bercanggan dengan rumusan laporan. Juga, "proforma form" tersebut banyak yang tidak lengkap

2.0 Jabatan Kimia menguji sampel DNA dari HUKM itu 90 jam selepas kejadian. Mengikut Dr Wells, sampel yang diuji selepas 36 jam pun sudah tidak tepat lagi, inikan pula selepas 90 jam. Bagaimana Jabatan Kimia membuat rumusan DNA tersebut milik Anwar, tiada siapa yang tahu.

3.0 Sampel yang diambil juga tampaknya terdedah kepada kontaminasi. Cara sampel itu diambil tidak menepati piawaian antarabangsa dan jelas sampel yg diambil itu tidak layak untuk diuji serta dibuat rumusan diatasnya.


jelas sekali kes ini adalah fitnah ke atas Anwar Ibrahim. Bukannya kes ini berjalan atas dasar keadilan tetapi ianya bertujuan untuk menghancurkan reputasi serta karier politik Anwar Ibrahim.

Tuduhan UMNO itu juga berasaskan kepada laporan yang pincang serta ujian atas sample yang rosak dan tidak bersih.

Inshaalah, balasan Allah SWT akan turun kepada mereka yang menjalankan fitnah2 ini.

~Tulang Besi~

Laporan Penuh JAIS Berhubung Serbuan Gereja

1. PENDAHALUAN

Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan "THanksgivng DInner" sepertimana alamat di atas.

2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.

2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.

2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.

3. PELAKSANAAN OPERASI

3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.

3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.

3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.

3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda namaDream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal
.
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.

3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya "Sofea" dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.

3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.

3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang "tetamunya" cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.

3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.

3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.

3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.

3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).

3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246
3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.
4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.

4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.

4.3 Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:

4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.

4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).

4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)

4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.

4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.
5. PENAFIAN

5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.

5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.

5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.
6. PENUTUP

Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.
Disediakan oleh:

Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor

Habis Madu Sepah Dibuang Oleh UMporNO

"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.

Itu luahan hati Mohamad Said bekas aktivis UMNO Pendang, bercakap mewakili beberapa rakannya yang dianiayai parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Melayu itu.

Kisahnya bermula lebih 30 tahun lalu, apabila lima aktivis UMNO yang diketuai oleh Allahyarham Safirol Hashim meminjamkan wang mereka sebanyak RM16 ribu kepada UMNO Bahagian Pendang bagi tujuan pembinaan pejabat UMNO bahagian.

Haji Safirol, Yahya Abu, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Bakar Ahmad melalui syarikat mereka bersama Kilang Kayu Sawa telah membuat pinjaman bank sebanyak RM16 ribu. Wang itulah yang digunakan untuk pembinaan pejabat UMNO.

Haji Safirol sempat membayar RM16 ribu semasa hayatnya, walaupun ketika itu faedah bank telah meningkat sehingga RM61 ribu. Isu yang membelit semua aktivis UMNO itu ialah pinjaman dibuat terhadap bank adalah dengan penyandarkan sepucuk geran tanah.

Sewaktu Datuk Afifuddin Omar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, mereka pernah meminta beliau menulis surat kepada pihak bank untuk melupuskan pinjaman tersebut. Bank adalah institusi perniagaan yang perniagaan mereka tidak pernah rugi. Apa mereka peduli dengan arahan menteri atau Perdana Menteri sekalipun. Hutang mesti dibayar.

Selepas 10 tahun baru ‘menjawab’ surat Afifuddin dengan menghantar pegawai menguruskan pelelongan tanah cagaran. Maka tanah pun terlelong, tapi hutang masih berbaki. Maklumlah bunganya tidak pernah putus. Makin bertambah-tambah.

Mereka membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib, Presiden UMNO yang sangat banyak duitnya itu. Najib boleh turun setiap pilihanraya umum peruntukan berjuta-juta, tetapi tidak sudi menolong UMNO Pendang yang hanya memerlukan duit berpuluh ribu sahaja.

Mereka diminta berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.

"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati.

Hari ini bekas aktivis UMNO itu bersama keluarga mereka benar-benar kecewa. Selepas tiga dekad beralu baru mereka kenal UMNO. Perjuangan UMNO adalah atas dasar asobiyah Melayu. Jarang mereka sebut Islam. Persoalan dunia lebih banyak dibincangkan dari akhirat. Jika dunia yang sedikit itu pun mereka tertipu dengan permainan UMNO, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO.

Bekas aktivis UMNO itu pun barangkali tahu segala pengorbanan mereka bukan sampai ke akhirat. Tak padan nak tanggung kesusahan di dunia, sedang akhirat tidak dapat apa-apa.

Bagi UMNO Bahagian Pendang sendiri, mereka tidak terhutang apa-apa dengan bank. Bangunan sudah mereka miliki atas nama UMNO. Pihak yang berhutang ialah mereka yang beriya-iya sangat hendak menolong UMNO dulu. Mereka yang gatal biarlah mereka yang garu. Itu perangai semulajadi UMNO.

UMNO Pendang pernah dipimpin oleh Datuk Othman Abdul, jutawan Kurnia Insuran. Jika dia mahu menyelesaikan hutang bangunan UMNO bahagian itu, ia cuma ibarat sisa makanan yang melekat di celah gigi. Tapi masakan pemimpin UMNO sudi mengorbankan harta untuk parti, melainkan parti dijadikan kuda tunggangan bagi mencipta kekayaan semata-mata.

Percayalah, walau bekas aktivis UMNO itu berkokok macam ayam jantan hingga ke pagi, masalah mereka tidak akan dipedulikan oleh UMNO bahagian, negeri mahupun Pusat. Duit yang diguna untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli yang pernah berkorban itu lebih baik digunakan untuk membeli anggota KeADILan yang bermasalah untuk melompat parti.

Hari ini hampir semua tokoh-tokoh KeADILan yang melompat menjadi kaya raya dalam sekelip mata, walaupun bertahun-tahun mereka pernah memaki hamun UMNO/BN. Tapi orang yang bekerja keras untuk parti, berpuluh tahun mempertahankan UMNO tidaklah sesenang mana.

Dalam PAS terdapat aktivis dan susah dan senang. Tapi pemimpin pun ada yang susah dan senang. Tiada yang kaya raya kerana parti. Ahli PAS tidak kisah dan tidak mengungkit dalam melakukan pengorbanan untuk parti lantaran mereka tahu ganjaran yang sebenarnya ialah di akhirat.

Kesimpulannya, jika anda adalah pejuang parti asobiyah UMNO tak perlulah berkorban apa-apa untuk parti. Jangan harap nak dapat pahala kerana yang pasti dapat ialah bala. Seelok-eloknya tinggalkan terus UMNO, pasti terhindar dari bala.

TPU: UMphorNO cuma akan bangkit membela kes-kes yang membabitkan JUBUR SAHAJA. Sila rujuk kes-kes berprofile tinggi sebelum ini. lain dari kes JUBUR - Bolayan..!

Muakhakhakha...!!!

PETRONAS Bakal Terima Nasib Seperti MAS

Dapat keluhan dari Kakitangan Petronas yang berbunyi:

Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut:

1. Dato' Wee YH (Executive Vise President)
2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there)
3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor)
4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China.
5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise President for International Exploration.
6. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager)

All these new appointment within last 6-8 months.

Market Talk.

1. Dr Ong See Hong has been Approached.
2. Dr Lim Min Teong has been approached.
3. Chen is being groomed to be next Managing Director.

Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur.

TPU: Bila dapat maklumat dekat atas ni, gua terfikir... Adakah selepas ini, Pteronas akan mengalami nasib yang sama sepertimana MAS.

Adakah lantikan-lantikan tersebut dibuat mengikut "Merit", kenapa "Board" mengenepikan ramai "orang-orang kanan"yang lebih berkelayakan..?

PM Najib perlu beri penjelasan. Jangan sampai Kakitangan Petronas "Menzahirkan" kekecewaan mereka dalam bentuk "Nyata".

Hebatnya Taktik Anwar Melawan Fitnah SayFOOL UMporNO

Kita semua maklum, kes yang beliau hadapi adalah kes fitnah liwat Saiful Bukhari Al Kazzab.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar mempunyai 3 pilihan:

1.0 Memberi keterangan dari sebagai saksi dan boleh disoal balas oleh Pendakwaraya

2.0 Memberi keterangan "from the docks" - tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya

3.0 Berdiam diri

Anwar Ibrahim memilih pilihan kedua. Yakni memberi keterangan tanpa boleh disoal balas oleh Pendakwaraya.

Bagi Tulang Besi, ini adalah tindakan yang terssngat bijak oleh Anwar Ibrahim.

Buat apa Anwar mahu membiarkan kenyataan beliau disoal balas oleh Pendakwaraya yang terbukti pro kepada UMNO?

Pendakwaraya dalam kes ini telah membuktikan kepada seluruh dunia mereka tidak berminat kepada keadilan. Mereka cuma menjalankan konspirasi UMNO untuk memfitnah, mengaibkan serta memenjarakan Anwar Ibrahim.

Kes yang sebegitu lemah dan daeef seperti ini sepatutnya telah ditarik balik sekiranya Pendakwaraya berminat menjalankan keadilan.

Begitu daeefnya nilai kes ini sehingga pendakwaraya menetapkan dakwaan yang bercanggah dengan kenyataan Saiful Bukhari Al Kazzab.

Saiful kata beliau dipaksa oleh Anwar namun Pendakwaraya menyatakan perlakuan liwat berlaku dgn sukarela. Sesama mereka pun tak boleh nak buat keputusan yang betul. hahahaha

Namun, masih diteruskan demi kepentingan politik Najib dan UMNO, khususnya. Mereka-mereka ini ingat dosa memfitnah Anwar ini tidak akan dibalas oleh Allah SWT samada di dunia mahupun di akhirat.

Jelas, mereka yang terlibat dalam fitnah ini adalah mereka yang tiada iman kepada ALlah mahupun hari Akhirat serta Alam Barzakh.

Jadi, apa perlu Anwar Ibrahim membiarkan diri beliau disoalbalas oleh pendakwaraya yang jelas mahu memfitnah serta mengaibkan beliau.

Lupakah kita perangai pendakwaraya yang tidak mahu menyerahkan segala bahan bukti berkaitan kes ini? Laporan polis Saiful yang asal pun sampai sekarang masih belum diserahkan kepada Anwar.

Tak hairanlah mengikut kajian Merdeka Center, tak sampai 20% rakyat Malaysia percaya tuduhan Anwar meliwat Saiful Bukhari Alkazzab.

Syabas Anwar Ibrahim atas kebijaksanaan kamu.

~Tulang Besi~

ps Sumpah Saiful adalah sumpah palsu. Mana mungkin Saiful diliwat kalau lubang jubor Saiful tak kena tembus? Hukum Allah SWT dihina sewenangnya akibat kes fitnah#2 ini.

Laknat Allah SWT ke atas kamu yang dibelakang fitnah#2 ini. AMINNN!!!!!!

EXCO Pemuda UMNO Penipu

Alam twitter ini banyak memberi maklumat yang berharga. Sepanjang beberapa minggu ini, Tulang Besi telah berinteraksi dengan beberapa orang UMNO yang aktif di alam maya.

Antaranya adalah seorang Exco Pemuda UMNO bernama Tun Faisal. Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau menuduh PAS pernah berjanji menutup kilang arak di Selangor apabila memerintah. Namun, beliau tiada bukti. Biasalah UMNO, apabila dah buat tuduhan takda bukti, dia cabar kita pula bersumpah. Bukti tak penting untuk UMNO. Itu sebab mereka tolak hukum Qazaf kerana mereka suka buat fitnah dan dusta. Cabaran Tun Faisal tu adalah seperti di bawah:

Maka, saya pun sambut seperti di bawah:

Hingga hari ini, Tun Faisal tak sambut sumpah saya. Beliau yg begitu berbangga dgn "AGAMA SUMPAH" dia, sendiri tak berani bersumpah.

Ertinya Exco Pemuda UMNO ni pembohong dan penipu.

Patutlah Anwar tak mau layan mereka apabila mereka cabar Anwar bersumpah. Kalau Anwar bersumpah dulu, pasti ada penipuan lain yang mereka telah rancang.

Saya sering berkata, UMNO ini agama mereka adalah AGAMA UMNO. Mereka bebas halalkan yang haram, haramkan yang halal, tambah syariat sendiri dan tolak syariat yang Allah SWT telah nyatakan dgn jelas dalam Al Quran.

Tun Faisal adalah salah satu contoh pengikut agama UMNO. Dalam isu video blue Rahim Thamby Chik, beliau beriye2 mempertahankan tindakan Eskay bersumpah.

Alasannya adalah Eskay bermubahalah. Qazaf tu untuk mahkamah. Mubahalah ini tak melibatkan mahkamah.

Masalahnya, mubahalah ni mesti ada dua belah pihak, dan mubahalah mesti dimulai oleh yang DITUDUH, bukan yang MENUDUH.

Dalam Islam, yang menuduh mesti bawa bukti. Tidak boleh menuduh semata-mata dengan sumpah. Kalau mcm tu, kita semua tak habis kerja menjawab tuduhan orang kerana cukup dgn bersumpah untuk mendakwa seseorang di mahkamah.

Inilah agama UMNO. Mereka ikut dan buang serta ganti hukum Islam ikut sesuka hati mereka.

Agama UMNO tidak mementingkan bukti atau hujjah. Mereka letak sumpah lebih tinggi dari bukti.

Mereka percaya sumpah Saiful Bukhari berbanding bukti klinikal bahawa jubor Saiful tidak pernah ditembusi.

Itulah agama UMNO, tuan2 dan puan2 sekelian.

Akhir kata, PAS mahu mengharamkan arak dan judi, tapi untuk orang Islam sahaja. Dalam isu menutup kilang arak di Selangor, Tulang Besi tidak baca mana2 manifesto, ucapan dasar mahupun kenyataan2 akhbar dari pimpinan PAS yang menyatakan` sedemikian. Tak payah sumpah pun, kerana tiada bukti.

Namun, agama UMNO tidak mementingkan bukti. Mereka mementingkan sumpah tak kira sumpah tu betul atau palsu. Mereka ingat manusia ni tak boleh palsukan sumpah. hahahahaha

~Tulang Besi~

Thursday, August 18, 2011

Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud dikesan

Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam.
Penemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud. Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada 'Pengundi PAS Kedah'.

Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai '00 '. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod '00 'tidak wujud. Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Semakan dengan portal JPN - yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka - menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit. Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kanan) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN. Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah.
~MK~

Cubaan Rampas Penang Semula

PAS Pulau Pinang mendakwa telah mengesan kira-kira 14,000 pengundi 'kelahiran luar negeri' dalam senarai daftar pemilih di negeri itu dan sedang menyiasatnya, untuk mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata mereka dikesan oleh jawatankuasa pilihan raya parti sewaktu hujung minggu. Katanya, parti itu mempunyai sistem komputernya sendiri, yang dapat mengesan bilangan orang asing atau penduduk tetap dengan angka status negeri kelahiaran '71 'dalam kad pengenalan mereka.

"Bilangan pengundi ini dalam daftar pemilih sangat tinggi dan muncul dengan tiba-tiba. Juga, kontroversi Mismah membuat kami lebih curiga," katanya kepada Malaysiakini.

Baru-baru ini, Malaysiakini mendedahkan kes seseorang individu yang bernama Mismah disenaraikan sebagai pemegang PR tetapi dimasukkan ke dalam senarai kemaskini pemilih di negara ini. Bagaimanapun, status beliau telah ditukar kepada kerakyatan sepenuhnya hanya beberapa jam selepas isu itu dilaporkan.

SPR menjelaskan kes Mismah sebagai "kesilapan teknikal" kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini data walaupun Mismah mendapat kewarganegaraan sejak Januari tahun ini. Mismah telah menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam pemberian kewarganegaraan Malaysia kepadanya.

~MK~

Musa Pun Takut Nak Naik Mahkamah

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.
Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.
“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.
Anwar mencelah dan berkata, “ Ia sudah dalam skrip.”

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang. Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.

“Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita,” katanya.
“Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian.”

Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.

Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar.
Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

~MK~

Bekas Tentera Berani Kata Kebenaran Pangkah Undi POS

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan. Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau  mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka. Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.

"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar. Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul." Risman pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor. Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya. Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

~MK~

Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi

Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

“Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?”

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.
"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.
Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

~harakah~

Pelik Betul Murujib PM Ke 6 Takut Bini

Meskipun terdapat konotasi negatif yang menyelubungi Datin Seri Rosmah Mansor, namun pusat bancian Merdeka Center percaya, 'Wanita Pertama' itu tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti anggapan ramai.

"Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Media arus perdana enggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,” kata pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.

"(Tetapi) media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif."

Sama ada imej negatif itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.

"Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.
Ibrahim bagaimanapun mengakui bahawa telatah atau gelagat orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang boleh membawa kepada kejatuhan individu berkenaan. Sebagai contoh, katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima reaksi yang amat positif daripada rakyat apabila beliau mengambil alih jawatan.

"Tetapi menjelang akhir, serangan politik kepada orang-orang yang di sekelilingnya, kakitangan 'tingkat empat' dan sebagainya, semakin mendapat menjadi-jadi.”

~MK~

Najib mesti umum terma penyelesaian Tajuddin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengumumkan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

"Najib diingatkan supaya jangan menyalahgunakan kuasanya dan mempermain-mainkan amanah rakyat kerana pertikaian antara Tajuddin dan GLC berkaitan melibatkan berbilion ringgit wang rakyat dan sudah lama berlanjutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan seluruh rakyat kini ditipu dan dipermain-mainkan jika benar laporan yang menyatakan bahawa hanya Tajuddin dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian tersebut.
"Belum habis lagi kita menghadapi bencana di mana MAS berpindah milik dari rakyat kepada individu timbul pula isu terma penyelesaian yang digelapkan sehingga GLC berkaitan pun tidak tahu.

"Lebih buruk lagi, dilaporkan juga bahawa GLC berkenaan dimaklumkan bahawa terma penyelesaian global itu akan didedahkan kepada mereka hanya jika mereka bersetuju melantik Hafarizam sebagai peguam mereka.
"Jika benar, ia seperti ugutan kepada GLC berkenaan yang sekaligus bermakna ugutan kepada rakyuat kerana GLC hakikatnya milik rakyat," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau boleh dituduh terlibat mengugut rakyat melalui terma berbau ugutan kepada GLC berkaitan jika beliau tidak menyatakan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara GLC tersebut dengan Tajuddin.

Beliau juga menuntut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memikul tanggungjawab utama atas apa yang berlaku itu.

"Selain apa yang dilihat sebagai pengambilalihan MAS oleh Air Asia, off-site solution dengan Tajuddin yang dilihat ditaja oleh Najib hakikatnya adalah menifestasi kegagalan program penswastaan Dr Mahathir," tegas Mahfuz.
Beliau menyifatkan kedua-duanya sebagai bencana yang diakibatkan oleh amalan kronisme dan rasuah paling hebat iaitu penswastaan atas dasar "siapa yang kamu kenal".

"Walaupun Dr Mahathir telah bersara selama kira-kira tujuh tahun, tetapi rakyat masih dipaksa menanggung beban kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," kata beliau.

Mahfuz kesal, MAS dari sebuah syarikat penerbangan nasional kepunyaan rakyat, yang dahulunya setaraf Singapore Airline, Cathay Pacific dan Etihad kini menanggung kerugian serta tidak dapat bersaing maju dan lebih menyedihkan, berpindah hak milik daripada rakyat kepada individu.

"Tajuddin yang dilihat umum sebagai pihak yang dikaitkan sebagai bertanggungjawab menyebabkan MAS rugi besar terlepas bebas begitu sahaja," kata beliau.

~harakah~

penyelewengan Felcra akan didedah

Kemenangan waris kepada peserta Felcra di Tapah dalam samannya terhadap Felcra Berhad baru-baru ini membuka jalan untuk lebih banyak penyelewengan didedahkan. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyelewengan yang berlaku di Felcra lebih teruk berbanding Felda.

"Ini satu lagi kemenangan manis kepada peneroka di Felcra, satu lagi institusi pembangunan tanah.

"Ini membuka jalan kepada pendedahan lebih banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di Felcra. Apa yang berlaku di Felcra lebih serius daripada Felda," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Mazlan berkata, Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sedang mengumpulkan bukti berkaitan kes-kes penyelewengan Felcra khususnya di Perak untuk didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berwajib.

"Bapa sudah buat keputusan untuk mendapatkan beberapa sample kes penyelewengan yang berlaku yang sebahagiannya di Perak seperti di Pasir Salak dan baling, Kedah.

"Peserta Felcra sudah buat laporan kepada Bapa dan kita akan teliti kes-kes ini untuk dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Baru-baru ini, seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya. Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah. Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.
Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.

Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Bapa, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra.

~harakah~

Felda berdepan deretan saman

Deretan saman yang dikemukakan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah boleh menjejaskan reputasi agensi tanah berkenaan, kata Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Sehubungan itu, presidennya, Mazlan Aliman berkata Felda sepatutnya membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan tuntutan peneroka.
"Ini saat (saya lihat) satu gelombang besar peneroka mengemukakan banyak saman (kepada Felda)

"Deretan saman akan menjadi satu perkara yang menjejaskan reputasi Felda, sebuah agensi pembangunan tanah terbesar di dunia.

"Felda seperti tidak bersedia, serius untuk berbincang... Untuk menyemak tuntutan peneroka... Saya fikir ia tidak terlalu sukar untuk dipenuhi," katanya dalam satu sidang media di ibu negara.

Menurut Mazlan, barisan peguam ANAK seramai 15 orang kini "tidak dapat menahan keghairahan peneroka untuk menyaman Felda".

Peguam-peguam NGO itu sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 15 kes tuntutan saman yang antaranya membabitkan rasa tidak puas hati mengenai mengenai kadar perahan minyak, wang tanaman semula dan kes penyingkiran peneroka.

"Jumlahnya (peneroka) lebih daripada 1,000 orang bagi setiap kes untuk ditangani," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Felda berdepan dengan pelbagai saman dari peneroka dari seluruh negara. Ia termasuk di Pahang, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Dengan nada kesal, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata kerajaan sepatutnya tidak "bermusuh dengan rakyat".
"Felda dan kerajaan tidak pro-rakyat, seolah-olah kerajaan mahu bermusuh dengan rakyat.

"Saya rasa ia tidak positif... Apa salahnya membuka pintu perundingan daripada kes ini berlarutan di mahkamah," katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang, dialog dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan turut gagal bagi membincangkan masalah Felda.
~MK~

UMporNO Atau Mufti Lebih arif Tentang Islam

Umno dilihat begitu terdesak apabila sanggup mempolitikkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum subuh demi kelangsungan mereka kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Lebih mendukacitakan menurut Mursyidul Am PAS itu, Umno juga sanggup "mencari balah" dengan mufti yang telah mengeluarkan fatwa tersebut, semata-mata kerana mahu menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

"Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

"Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" soal Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Beliau juga membidas tindakan Umno yang seolah-olah mahu menjadi juara memperjuangkan isu agama, padahal pada masa yang sama merekalah yang meruntuhkan agama.
"Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak.

"Apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno," ujarnya lagi.

Ianya juga termasuk isu judi yang benar-benar dilarang oleh Islam namun Umno katanya seperti tidak mengendahkan larangan itu.

"Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?," soalnya lagi.

Cara Umno persembahkan Islam salah

Mengulas lanjut, beliau berkata cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, salah sehingga menggerunkan masyarakat bukan Islam sedangkan Islam itu indah dan rahmat kepada seluruh manusia.

Ia termasuklah isu bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh yang bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam. Menurutnya, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

Berbeza di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim, perkara tersebut mungkin tidak timbul sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan dan ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

"Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi.

"Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana.

"Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam," katanya.

~harakah~

UMporNO Dalang Isu Gereja

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak terutama Umno yang memohon beliau memohon maaf kerana mengaitkan isu pemeriksaan itu dengan parti mereka.

"Saya tetap mempertahan apa yang saya kata sebelum ini. Tidak timbul soal mintak maaf ni," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed yang menuntut beliu memohon maaf secara terbuka kerana mengaitkan mereka sebagai dalang pemeriksaan terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu.

Mohd Zin semalam juga berkata, Umno bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian. Pada sidang media semalam, Mustafa menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jais dan gereja itu.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa Umno berperanan disebalik tindakan Jais itu.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu Selasa lalu.
Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

PAS sebelum ini meyatakan pendirian awal mereka berhubung perkara itu yang mahu Jais membuat pendakwaan di mahkamah jika benar terdapat bukti bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam.

~harakah~

Wednesday, August 17, 2011

Antara 2 Darjat

Berita 1:

BERSIH 2.0: SKMM panggil jurufoto Suara Keadilan

Seorang jurugambar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurugambar itu Yusriah Yusof, 50, mengesahkan perkara itu dan akan hadir memberi keterangan kepada SKMM pada Jumaat ini.

Dalam arahan kehadiran yang difakskan kepada Yusriah, dia diminta hadir bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ya... saya telah diminta hadir untuk memberikan keterangan mengenai gambar pada Himpunan Bersih 2.0 tapi saya tidak diberitahu gambar yang mana satu.

“Pegawai (SKMM) mengatakan gambar kecederaan tapi tidak nyatakan gambar yang mana satu, saya kata banyak gambar cedera tapi pegawai itu minta saya hadir ke pejabat SKMM,” katanya.

Kata Yusriah, dia tidak menolak kemungkinan gambar yang dimaksudkan itu adalah gambar kecederaan yang melibatkan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.

“Mungkin ia gambar pembantu peribadi Anwar semasa Himpunan Bersih 2.0,” katanya.

Pada Himpunan Bersih 2.0, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata.

Sebanyak lima plat besi dimasukkan di tulang pipi Fayyadh di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong di KL Sentral dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang cedera di kepala.

Dibawah ni gambar-gambar yang disyaki sedang "disiasat kesahihannya" oleh SKMM... Semuanya dari Lensa Jurugambar SK




Berita 2:

BERSIH: Razak 'tukang kasut' tuntut RM10j

Seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.
Menurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.
Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu.
Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.

Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.

Abdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.

"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.

Abdul Razak, 32, juga akan memulakan tindakan mahkamah tanpa sebarang makluman jika tuntutan itu tidak dipatuhi dan kos notis itu akan ditanggung oleh Berita Minggu.

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Dekat bawah ni pulak gambar-gambar yang disiarkan di Muka Depan Akhbar penjilat UMNO/BN iaitu Berita Harian:



Confirm SKMM tak kan siasat kesahihan gambar ni dan confirm editor gambar Berita Harian tengah kumpul dosa menipu dan tabur fitnah tiap-tiap saat selagi orang percaya penipuan dan fitnah ni...

Lu jawab la dekat padang Mahsyar nanti.

~TPU~

Ketuanan Melayu Membawa Kepada Bangkrapny​a Malaysia

Pendedahan WIKILEAKS yang terbaru mendedahkan kenyataan seorang ahli lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin. Kenyataan Azhar yang paling merisaukan adalah bahawa kerajaan Malaysia menampung 45% dari perbelanjaan kerajaan hanya dari hasil minyak.

Ini bermakna, kerajaan UMNO/BN telah gagal mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik. Seharusnya perbelanjaan negara mesti datang dari pelbagai sumber dan bukan hanya tertumpu pada hasil minyak.

Minyak di perut bumi Malaysia ini ada hadnya. Apabila minyak kering, maka tiada lagi hasil minyak yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia terutamanya anak cucu kita.

Sepatutnya seluruh keuntungan hasil minyak mesti ditabungkan dan tabung tersebut dilaburkan ke dalam perniagaan ataupun perusahaan yang mana ia mampu menjana keuntungan yang berlipat ganda lagi walaupun setelah minyak Malaysia telah kering.

Ini tidak. Hasil minyak kita digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan malaysia yang akhirnya habis dibelanjakan tanpa apa-apa hasil yang jelas. Jauh sekali untuk hasil itu digunakan untuk anak cucu kita kelak.

Ia juga bermakna, apabila minyak Malaysia kering nanti, maka kerajaan Malaysia akan bangkrap kerana 45% hasil kerajaan tiba-tiba akan hilang sekelip mata.

Jadilah Malaysia seperti Greece yang sekarang ini terkapai-kapai mencari pelindung kerana negara mereka telah bangkrap sama sekali.

Itulah bahananya rakyat Malaysia dan orang Melayu menyokong UMNO.

Ketuanan Melayu hanya membawa kepada bangkrapnya Malaysia.

~Tulang Besi~

Bersungguh​-sungguh UMporNO Pertahan PATI Jadi Pengundi

Hairan, sungguh hairan. Yang dipersoalkan oleh BERSIH dan parti2 Pakatan Rakyat adalah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi, mengapa UMNO yang beriye-iye sangat membela SPR dan JPN?

Sehingga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, turun ke rumah Mismah untuk menunjukkan Mismah wujud dan beliau tidak dibayar.

Namun, soalan yang ditanya masih belum dijawab oleh Mismah mahupun Noh Omar:
Bagaimana Mismah boleh menjadi pengundi sedangkan beliau masih memegang kad pengenalan merah?

Kenapa soalan ini susah sangat untuk dijawab, baik dari JPN mahupun dari UMNO sendiri.

Tindakan Noh Omar membuktikan UMNO betul-betul berharap kepada pengundi asing untuk merampas semula Selangor.
Perkara ini mudah untuk UMNO lakukan memandangkan JPN dan SPR adalah "Biro2" UMNO.

Jadi tak heranlah Noh Omar sanggup turun ke rumah si Mismah dan membela Mismah kononnya dia mengikut prosedur.

KAlau saya jadi Mismah, saya pun akan kata macam apa dia kata sebab kalau saya nyatakan yang sebenar, kerakyatan saya boleh ditarik dan saya bakal dihantar pulang.

Jadi, tak hairanlah Mismah sanggup bekerjasama dengan UMNO/BN.

Tapi sudah terlambat. Bukti sudah keluar. Bagaiamana dalam masa 4 jam sahaja kerakyatan Mismah boleh bertukar dari Penduduk Tetap kepada Warganegara.

Alasan JPN juga tidak logik. Kononnya, mereka tidak mengemaskini sistem mereka.

Sedangkan status kewarganegaraan ini berlaku secara OTOMATIK. Ertinya, di masa Mismah mengambil MyKad beliau, otomatik statusnya dikemas kini di dalam laman web JPN.

JPN dan SPR sama-sama penipu dan menipu rakyat Malaysia.
MISMAH JADI PENDUDUK TETAP UMUR 18 TAHUN?

Pelik juga kalau didengar cerita Mismah ni. Dia kata dia dah 29 tahun memohon untuk jadi warganegara Malaysia.
Dia kata dia dapat PR beberapa bulan selepas beliau masuk negara. Hairan. Mengikut undang-undang Malaysia, permastautin tetap (PR) hanya boleh diberi kepada warga asing selepas 5 tahun menetap di Malaysia tanpa keluar.

Bagaimana Mismah boleh dapat PR hanya beberapa bulan sahaja?

Sudah nampak cerita Mismah ni tak logik. Sudah nampak bibit2 penipuan terbit.

Sudahlah Noh Omar. Sudahlah Najib. Tiada siapa yang percaya penipuan kamu lagi.

~Tulang Besi~

Bagaimana Bahan Siasatan JAIS Boleh Terdedah kepada Blogger2

Hairan, sungguh hairan. Bahan siasatan JAIS ini adalah rahsia. Laporan JAIS juga rahsia. Malahan, JAIS tidak mahu bertemu PAS atas alasan siasatan masih belum selesai dan segala butir siasatan adalah rahsia.
Namun, bagaimanakah blogger2 UMNO yang bertaraf kaki fitnah dan pembohong boleh mendapat salinan rakaman video serbuan JAIS ke DUMC?

Bukankah salinan rakaman video itu bahan bukti yang sepatutnya dirahsiakan oleh JAIS?
Tidakkah ini menguatkan lagi teori bahawa JAIS bertindak di DUMC di bawah telunjuk UMNO.

Fakta menunjukkan, Pengarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu menahu berkaitan serbuan itu. Namun, pihak Polis Diraja Malaysia di bawah pimpinan Hishamuddin Tun Hussein tahu akan serbuan itu.

Tapi, Tulang Besi bersyukur juga rakaman ini dikeluarkan sekarang. Apa yang Tulang Besi nampak hanyalah beberapa orang Islam yang menghadiri makan malam di sebuah dewan yang bukan GEREJA.

Itu sahaja. Tidak bijak UMNO mendedahkan video tersebut kerana tidak nampak bukti permurtadan yang didakwa oleh UMNO dan JAIS selama ini.
~Tulang Besi~

Isu Gereja Bukti Kegagalan Pembangkan​g?

Utusan Malaysia Online lapor kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (yang pernah terlibat dengan kes rogol pelajar wanita bawah umur) dan jugak Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan dengan isu Gereja dan jugak gejala Murtad di Malaysia.

Isu gereja bukti kegagalan pembangkang

BERA 14 Ogos - Pas memperlihatkan wajah sebenar parti itu apabila berdolak-dalik berhubung kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja yang dipercayai mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu tidak menunjukkan keikhlasan dalam mempertahankan kesucian agama Islam seperti mana yang dilaungkan selama ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa di Felda Rentam di sini semalam.

Pada 3 Ogos lalu, pasukan penguat kuasa JAIS menjalankan pemeriksaan di Dream Centre milik Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Selangor berikutan terdapat aduan mengenai majlis berbuka puasa dianjurkan di rumah ibadat itu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menegaskan, Pas tidak layak mengakui bahawa parti itu memperjuangkan Islam kerana tiada keikhlasan ditunjukkan parti itu dalam menangani isu tersebut,

Sementara itu di ALOR GAJAH, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, sikap berdolak-dalik pembangkang di Selangor berhubung isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu membuktikan kegagalan pihak tersebut menangani masalah pemesongan akidah umat Islam.

Katanya, perkara itu jelas ditunjukkan oleh pembangkang sama ada Pas atau kerajaan PKR Selangor yang seolah-olah tidak mampu bertindak, semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan pihak lain dalam pembangkang.

Menurutnya, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS dalam isu tersebut amat dipuji namun, pada masa sama menunjukkan kepimpinan parti yang melaungkan kepentingan Islam itu tidak sepakat antara mereka.

Jadi gua pun bersetujulah dengan kenyataan ke 2-2 mangkuk hayun UMNO dekat atas dan gua cuba sertakan sekali dengan hujah gua sebab-sebab gua penyokong kenyataan ke 2-2 mangkuk hayun UMNO dekat atas tanpa prejudis.

Kita kena sedar, senario Politiknya amat-amat berbeza dengan senario Politik di Luar Negara. Semua masalah-masalah yang berbangkit dalam Negara adalah tanggung-jawab Pembangkang. Dengan kuasa Pembangkang yang terhad, Pembangkang WAJIB berusaha untuk menyelesaikan semua masalah tersebut tanpa alasan.

Sekiranya Pembangkang gagal menyelesaikan masalah-masalah tersebut, Pembangkang dikira tidak layak menjadi Pembangkang di Malaysia. Ini adalah Fatwa keluaran UMNO.

Oleh kerana selama ini Pembangkang sentiasa sahaja gagal menyelesaikan masalah-masalah dalam Negara Malaysia, maka seharusnya kita menolak Pembangkang yang ada sekarang iaitu Pakatan Rakyat dari kerusi Pembangkang.

PRU-13 nanti, kita serahkan kerusi Kerajaan kepada Pakatan Rakyat kemudian kita serahkan kerusi Pembangkang kepada parti yang menduduki kerusi Kerajaan sekarang kerana terbukti Pakatan Rakyat tak mampu untuk menjadi Pembangkang sebaliknya UMNO/BN lebih layak.

Ape la bodoh sangat 2 ekor mangkuk hayun dekat atas..? UMNO/BN dah lebih dari 50 tahun dok hayun telur teraju KERAjaan Malaysia, bila ada masalah tak selesai, lu lanyak Pakatan Rakyat yang hanya berkedudukan sebagai Pembangkang.
KERAjaan buat apa selama ni..? gilir-gilir gentel punai sesama jantan..? Ada Alim-Ulamak pakat-pakat terajang, ada Ilmuan agama pakata-pakat salotape mulut. Bila ada masalah pakat-pakat tuding tangan dekat Pembangkang.
Apa punya Lan Chow KERAjaan yang ada hari ni..?

Kalau hebat, buat la Sidang Tergempar lepas tu usulkan Undang-Undang Murtad, lepas tu pakat-pakat sokong. Jangan dok gebang macam Babi Tunggal.

~TPU~

Ummi HangPiDa Sumpah Tak Buat Seks Dengan Baginda Tapi Buat Seks Dengan Siapa?

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz. Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.
“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.
Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

~MK~

JK khas parlimen 'helah' alih tekanan atas SPR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu mengalih tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk mengkaji cadangan bagi mengadakan reformasi sistem pilihan raya negara ini.
Anwar berkata pada prinsipnya, Pakatan Rakyat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut, tetapi mendakwa kerajaan Anwar mempunyai lebih banyak 'sebab tidak elok' untuk mengambil langkah berkenaan.

Semalam, Najib mengumumkan rancangan kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan semua reformasi sistem pilihan raya yang diperlukan supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Anwar menegaskan bahawa pengumuman tersebut mencerminkan pengakuan bahawa Pakatan and BERSIH 2.0 adalah betul bahawa terdapat kecacatan yang serius dalam sistem pilihan raya negara.

“... (Najib) telah mengakui (BERSIH 2.0 betul), dan rakyat telah membayar harga untuk itu - dipukul dan semua itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya, isu sekarang ialah untuk kerajaan berusaha menjadikan SPR benar-benar bebas supaya suruhanjaya itu boleh mula memenuhi tanggungjawabnya.

~MK~

Tujuh syarat penubuhan jawatankuasa khas parlimen

Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.

Dalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.

2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.

Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.

4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat. Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen itu.

"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

"Bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya.
~MK~

Pakatan mahu sidang khas PR

Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.

Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu.
Katanya, surat itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu.

"Semalam, 15 Ogos, tempoh seminggu yang kami berikan itu dah berakhir. Perdana Menteri akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Fokusnya adalah mengenai perubahan pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu, menurut beliau, penuh dengan keraguan dan tanda tanya kerana ia tidak didahulukan dengan cadangan penubuhannya pada persidangan Parlimen oleh seorang menteri seperti yang lazim dilakukan, bagi membolehkan ia dibincangkan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

"Sepatutnya, untuk menubuhkan jawatankuasa itu, Perdana Menteri mestilah memanggil persidangan Parlimen untuk membincangkannya. Bukan ambil tindakan terus menubuhkannya seperti yang dilakukan sekarang.

"Saya tahu tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu pun setelah membaca lawam web Bernama. Esok Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa itu.

"Kita (Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) tak pun dihubungi, tak dipanggil untuk membincangkannya. Jadi, kami sendiri pun tak tahu apa maknanya penubuhan jawatankuasa itu? Apa bentuk jawatankuasa yang hendak ditubuhkan dan siapakah yang akan menjadi ketuanya?" katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan Perdana Menteri agar tidak lari dari perkara asas yang menjadi desakan Pakatan Rakyat yang jelas untuk membincangkan masalah penyelewengan dalam pentadbiran pendaftaran warganegara asing di negara ini.

"Akibat penyelewengan itu, ribuan warganegara asing yang menjadi penduduk tetap dengan pemilikan kad pengenalan merah telah menjadi warganegara ini dengan diberikan kad pengenalan biru dalam masa amat pendek sekitar beberapa jam sahaja.

"Ini merupakan satu pengkhianatan dan ancaman amat jelas terhadap negara. Perkara ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri. Sebab itulah kami mendesak kerajaan memanggil persidangan Parlimen khas bagi membincangkannya," katanya.
Penyelewengan tersebut, katanya dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ia amat perlu dijawab oleh Perdana Menteri demi kepentingan negara.

Selain terdapat warganegara asing yang berjaya menjadi warganegara ini hanya dalam masa beberapa jam sahaja, beliau turut kesal dengan tindakan SPR dan JPN apabila terdapat warganegara asing yang mempunyai kad pengenalan merah turut tersenarai nama-nama mereka dalam daftar pemilih.

Demi kepentingan negara, Pakatan Rakyat turut mendesak kerajaan agar membuat siasatan awam untuk membolehkan rakyat tampil memberi bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dan pemalsuan dalam isu pemberian taraf kerakyatan kepada warganegara asing.

Jika desakan tersebut tidak dipenuhi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Cheras (DAP), Tan Kok Wai.

~harakah~