REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, December 27, 2011

Anwar jelajah negara menjelang 9 Januari

Ketua Pembangkang (Parlimen) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini.

9 Januari adalah tarikh mahkamah tinggi membuat keputusan berhubung dengan dakwaan terhadap Anwar.

Program jelajah bermula 3 Januari 2012 itu dirangka bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Ketua Umum Keadilan itu mengetahui tentang isu-isu yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Beliau juga dijangka akan memberi penjelasan terhadap isu fitnah II yang telah dirancangkan oleh Umno sejak awal lagi bagi menghalang perjuangan politik Anwar.

Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.

Sebelum itu, program jelajah ini dirangka sepenuhnya bagi beliau menemui setiap lapisan rakyat di seluruh pelusuk negeri sebelum beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari bagi mengetahui keputusan terhadap isu Fitnah II yang telah dilemparkan kepadanya.

~harakah~

Tiada Demo Reformasi Pada 9 Januari 2011

PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

~harakah~

Anwar Liwat Saifuddin

Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar atas) meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur.

"Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini.

"Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker’s corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai “meludah ke langit” kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual.

~harakah~

Wednesday, December 21, 2011

200 Ribu Rakyat Jadi Mangsa Kerana Murujib Sokong Skim Cepat Kaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya.

Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis.

Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen.

Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini.

Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan.


Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.

Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.

Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia.

Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun.

"Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu

"Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.


Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai.

Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J".

Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu.

Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.

"Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara.

"Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya.

~harakah~

MahaFiraun Pinjam Duit Bank Dunia Melalui MTEN

PKR mendedahkan, pinjaman kepada Bank Dunia dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia dibuat melalui satu badan di bawah MTEN iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP).

Demikian didedahkan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategik PKR dalam satu kenyataannya hari ini bagi menjawab penafian Dr Mahathir beliau ada memohon pinjaman dari Bank Dunia.

Menurut Rafizi, perjalanan seharian MTEN diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu, katanya.

Berikut kenyataan penuh Rafizi:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia. Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat.

Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut. Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia.

Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project”

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998.

Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998

b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998

c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Akhirnya MahaFiraun Akui Pinjam Duit Bank Dunia

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.

Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

~MK~

Murujib Perabih Wang Rakyat Macam Bik Mama

Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbelanja sakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai merupakan langkah tidak bertanggungjawab di kala rakyat dihimpit dengan kesulitan hidup.

Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan itu juga membuktikan Najib terpengaruh dengan gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati.

“Perkara paling mustahak buat Najib adalah membelanjakan wang negara. Sama seperti Rosmah, wang negara dibelanjakan sesuka hati seperti wang sendiri,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kelmarin, kerajaan dilapor bersetuju meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pada Disember tahun lalu, kementerian pertahanan mengumumkan projek pembinaan kapal berkenaan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) melibatkan modal awal RM1.08 bilion untuk tempoh dua tahun pertama.

Penambahan enam buah kapal peronda itu dikatakan bagi menambahkan aset TLDM selepas menyerahkan 17 kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari tahun 2005 hingga 2006.




Mengulas lanjut, Azan berkata motif Najib membelanjakan wang sebanyak itu sewaktu tiada keperluan mendesak amat diragui.

Azan juga sangsi dengan tindakan TLDM menyerahkan kapalnya kepada APMM kerana ia mungkin hanya bertujuan membolehkan pembelian kenderaan TLDM baru menguntungkan orang tengah dengan bayaran komisen.

“Di kala rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barang dan petrol, Najib tergamak berbelanja RM 6 bilion untuk beli kapal laut.

“Kita tidak tolak kemungkinan perbelanjaan tersebut hanya untuk menyalurkan komisen kepada syarikat perantara dikenali sebagai ‘Special Purpose Vehicle’, seperti dijelaskan di Parlimen.

“Komisen tersebut kemudiannya mungkin akan diberikan semula kepada jentera Barisan Nasional untuk digunakan sewaktu pilihan raya umum ,” kata Azan.

Menurutnya, Najib juga tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .

Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

~keadilandaily~

Kerajaan beli 870 peratus lebih mahal dari negara lain

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut.

Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu.

“Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta)
setiap satu.

“Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004,” katanya.

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion.

Bagaimana, syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman.

Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

~keadilandaily~

Baki RM3 Bilion Masuk Poket Siapa?

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul mempersoal pembelian kapal peronda oleh Bousted Heavy Industries Bhd, yang melebihi RM3 bilion dari kos asal.

Beliau merujuk surat BHIC bertarikh 16 Disember 2011 kepada Bursa Malaysia yang menyatakan syarikat itu diberi kontrak berharga RM9 bilion bagi pembelian enam buah kapal peronda laut.

Angka itu berbeza dengan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari lalu bahawa kapal Peronda itu dibeli pada harga RM6 bilion sahaja.

“Kita desak Kementerian Pertahanan beri penjelasan segera kerana angka yang disebut Menteri dan Surat yang yang diberi kepada syarikat berkaitan jauh berbeza.

“RM3 bilion itu angka yang cukup besar dan ia bersamaan 3 ribu juta wang rakyat,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Mac lalu Zahid mendakwa enam kapal tersebut adalah kapal perang canggih dikenali sebagai “kapal tempur pesisir pantai” (LCS) yang “besar dan pantas”.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan peralatan perang tiga-dimensi seperti meriam, perlu berpandu dan torpedo.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua baru-baru ini berkata, jumlah 6 kapal peronda jenis LCS itu adalah melampau sedangkan Amerika Syarikat hanya mempunyai dua buah sahaja.

Mengulas lanjut, Johari berkata, penjelasan mengenai pembelian kapal peronda itu penting bagi memastikan ke mana arah aliran wang rakyat dibelanjakan.

“Menteri bertanggungjawab perlu jelaskan kepada umum kerana Parlimen sudah habis bersidang.

“Kalau tidak, kita selaku pemimpin Pakatan Rakyat boleh meminta beliau menjawab di Dewan Rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

~keadilandaily~

Penyata Akaun negara sahkan pinjaman Mahathir dari bank dunia

KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, meskipun Mahathir ‘meragui’ dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.

Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

“Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan “4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial” dari Bank Dunia,”.

“Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999,” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu itu baru dibangkitkan sekarang.
“Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya boleh search internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja,” kata beliau.

Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan.

“Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999,” tegasnya

~keadilandaily~

Dokumen bank dunia buktikan pinjaman

KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman berkenaan.

“Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

“Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

EPU terlibat

Dokumen kedua, katanya menunjukkan Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman tersebut.

Ia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri terlibat.

“Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.

Dokumen ketiga, katanya, adalah perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir.

“Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia,” kata Rafizi.

Rekod kewangan di bawah Anwar baik

Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

“Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

“Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya,” ujar Rafizi.

~keadilandaily~

Lembu Malaysia Duduk Kondo Di Singapura?

PKR membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

orchard scotts condominium 2Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

~MK~

Saturday, December 17, 2011

PR Menang Harga Minyak Dan Elektrik Turun

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

“Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

“Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

“Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

“Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

“Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

“Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

“Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno.

~harakah~

Thursday, December 15, 2011

Lawan Tetap Lawan Walau Dari Dalam Penjara

Tarikh 9 Januari 2012 merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia apabila akan menyaksikan sistem kehakiman negara di mana hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mungkin akan memenjarakan DS Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat sayFOLL pondan.

Sebenarnya rakyat dah tahu sangat perangai pemimpin UMporNO terutama Murujib dan bini dia Bik Mama yang nak kaya-raya dengan songlap wang rakyat untuk kesenangan peribadi bershopping ke sana sini. Rakyat pun dah tahu sangat tahap barua depa berdua yang memang tak puas nak tindas rakyat. Transformasi tu hanya untuk mengaburi mata rakyat saja. Kalau nak sangat jadi TRANSFORMER tu suruhlah Bik Mama tu jangan shopping di Dubai. Pergi je beli beg tangan kat Kedai Rakyat 1 Malaysia atau pun kat mamak Mydin tu. Ada berani transformasi????

Apapun kami pengundi di Parlimen Permatang Pauh tidak akan patah semangat walau Anwar dipenjara lagi dan mungkin Murujib hanya menunggu peluang ini untuk membubarkan Parlimen supaya pengaruh Anwar tidak kuat lagi. Sebenarnya Pakatan Rakyat akan tetap kukuh dan lagi kuat kalau Anwar dipenjarakan kerana rakyat akan lakukan reformasi seperti tahun 1997 dulu untuk menumbangkan pemerinhan lintah darat Murujib dan Bik Mama.

Sekurang-kurangnya rakyat teringin sangat nak pastikan Murujib 'disembelih' hidup-hidup oleh para pengundi di Pekan dan juga Shahrizat juga akan 'disembelih' hidup-hidup dengan lembu-lembunya di dalam kondo mewah. Hanya kuasa rakyat yang dapat membebaskan DS Anwar dari penjara seperti apa yang Pak Lah lepaskan Anwar dari penjara kerana Pak Lah tahu Anwar dianiaya.

Kami akan ingat pesanan Anwar untuk menumbangkan UMporNO dan Barisan Porno supaya Malaysia akan ditadbir oleh pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab dan kebetulan pula DYMM baru dilantik. Mungkin ini petanda yang baik bagi sebuah negara Malaysia yang berdaulat.

SBPA hanya aniaya kakitangan awam

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.

Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.

Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.

"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja.

Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan.

Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan.

"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah.

"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman.

Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.

"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau.

~harakah~

Utusan meLOYA dan UMporNO Rasis

Satu tamparan kepada Utusan meLOYA yang menjadi lidah barua UMporNO telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar ganti rugi RM200k kepada KM Pulau Pinang kerana memfitnah LGE dalam artikel "Kebiadapan Guan Eng". Ternyata mahkamah tidak mendapati bahawa Lim Guan Eng tidak anti Melayu atau anti Islam seperti yang difitnah Utusan meLOYA.

Kini rakyat 1Malaysia dah tahu mana satu pemimpin yang rasis dan mana satu pemimpin yang tidak rasis. Bonus lagi kepada rakyat untuk terus memboikot akhbar probarua UMporNO yang suka menyebar fitnah ke atas pemimpin Pakatan Rakyat. Semua ini semata-mata nak pastikan UMporNO terus berkuasa selepas PRU13 nanti.

Rakyat di Pulau Pinang lebih mengenali KM LGE daripada mangkuk hayun, barua-barua, balaci-balaci dan pencacai-pencacai UMporNO di Perak, Pahang, N9, Johor, Melaka dan mana-manalah negeri-negeri di bawah pemerintahan MahaFiraun UMporNO yang mempertahankan budaya fitnah dan skandal seks.

Aku pun orang Pulau Pinang. Mak pak aku pun orang Pulau Pinang. Sedara mara aku pun orang Pulau Pinang. Tapi kami semua taklah merempat di tepi jalan. Bebas nak buat apa kami suka. Sama sahaja Pulau Pinang sewaktu Gerakan parti Cina juga yang mentadbir Pulau Pinang. Mana ada UMporNO yang tadbir Pulau Pinang? Jangan nak perbodohkan rakyat lah bongok.

Cuma aku rasa LGE lebih islamik sikit dari Dr Koh kerana mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar. Sedangkan TKM dari UMporNO dulu pun tak pernah sebut kalimah ini dan tiada banner pun terpampang di jalan-jalan raya. Bila KM LGE sebut mulalah UMporNO nak tunjuk lagak supaya tidak dipermainkan ayat-ayat Quran. Orang bukan Islam nak kaji ayat Islam untuk kepentingan rakyat depa marah tapi yang Bible Melayu di Sabah boleh terlepas.

Nampak sangat lah sesiapa yang menyokong dan mengundi UMporNO dalam PRU13 nanti semuanya haprak...

Sunday, December 11, 2011

Blogger Barua UmporNO Tidak Diselamkan

Atas dasar apa sekor blogger barua dan bangsat UmporNO iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris dibolehkan untuk menyelam dalam kapal selam KT Tun Razak?

Blogger Papagomo adalah sekor penipu dan menjadi balaci sepenuh masa UmporNO dengan senang hati dibenarkan untuk menyertai selaman sedangkan kapal selam ini ialah lambang keselamatan dan pertahanan negara.

Takkan dengan mudah saja sekor blogger yang berikrar sampai mampus akan menyokong UMporNO dan merupakan tali barut UMporNO boleh melanggar undang-undang. Besar sangat ke blogger barua ni. Dari bentuk fizikal memanglah besar jangan sampai nafsu pun besar sudahlah. Kalau nafsu pun besar sesuai sangat ditukarkan nama PAPAGOMOL.

Sekor blogger yang memfitnah Anwar Ibrahim dan anak Lim Guan Eng dalam isu seks ternyata sanggup buat apa sahaja putar belit asalkan rakyat 1Malaysia akan tahu nanti bahawa UMNO di zaman Tunku telah ditukar nama kepada UMNO BARU di zaman MahaFiraun dan selepas PRU13 nanti akan sinonim dengan panggilan UMPORNO.

Friday, December 2, 2011

Janji Bangang SPR Nak Guna Dakwat Kekal

Dari Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sampailah kepada Setiausaha SPR, Kamaruddin Ahmad Baria menggunakan helah paling bangang untuk memenangkan UMporNO dengan tidak mahu menggunakan dakwat kekal dalam mana-mana PRU atau PRK.

Ingat lagi aku pada tahun 2008 yang SPR dah kata dakwat tu dah dibeli dengan harga RM2.4 juta dan rasanya aku dah pun dapat kelulusan daripada Majlis Fatwa tetapi akhirnya masih tak guna juga. Bila ditanya untuk apa membazir sampai RM2.4 juta? Dengan selamba mangkuk hayun SPR tu cakap boleh guna untuk benda lain.

Nak guna untuk apa lagi? Nak refill dalam pen ke? Nak cat muka askar-askar kita macam komando pergi berperang atau nak cat rumah PM warna hitam pekat?

Alasan SPR bukan saja pelik tapi memang SPR tak bersedia atau dengan kata lain memang tak ada niat langsung nak guna dakwat kekal kerana walaupun SPR dikatakan di bawah DYMM tapi cubalah tanya parti apa yang Tan Sri Abdul Aziz pangkah?

Dengan reformasi yang terus menerus berlaku di luar negara sehingga pemimpin-pemimpin dunia diguling, dibunuh dan dimalukan oleh rakyat yang marahkan pemimpin-pemimpin yang macam barua ini namun kita di Malaysia akan pastikan pemimpin-pemimpin lembu dari kalangan UMporNO akan tersungkur dengan kuasa rakyat walaupun lembu-lembu Shahrizat dijanjikan kondo mewah.

Apa Kelayakan Shahrizat & Keluarga untuk Bela Lembu?

Baik UMNO, Noh Omar, Khairy Jamaluddin dan seluruh mereka yang pro BN, mereka tidak dapat menjelaskan persoalan ini.

Apa kelayakan famili Shahrizat untuk mendapat bantuan NFC dalam projek NFC.

Perlu diingat, projek NFC diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri sekarang ini yang pada masa itu adalah Menteri Pertanian, YB Muhyiddin Yaasin.

Yang hairan juga, kenapa Khairy Jamaluddin yang bersuara lantang dalam isu ni?

Harus juga diingat, Shahrizat adalah juga Menteri Kabinet duduk dalam kabinet. Kabinet yang sama membuat keputusan untuk meluluskan permohonan pinjaman itu atau tidak.

Bagaimana pula dengan ribuan penternak lembu seluruh Malaysia yang jauh lebih berpengalaman dari Shahrizat. Mengapa mereka tidak diutamakan dalam projek ini.

Mengapa diberikan NFC kepada keluarga Syahrizat yang kemungkinan besar tidak pernah melihat lembu secara dekat sepanjang hayat mereka?

KEKAYAAN UMNO UNTUK ANAK BERANAK PEMIMPIN UMNO

Kita dah lupa ke? Bagaimana Maahthir guna duit Petronas sejumlah RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hampir bangkrap kerana anaknya tidak tahu meniaga? Padahal, kalau Petronas tunggu anak Mahathir itu bangkrap, Petronas cuma perlu berbelanja tidak sampai 1/8 dari jumlah itu untuk membeli semua aset yang bakal dilelong oleh bank?

Apa bezanya di sini. Anak2 pemimpin UMNO lebih tinggi dari semua ahli2 dan aktivis UMNO. Mereka lebih tinggi kastanya berbanding rakyat marhean seperti kita. Kalau kita berniaga, terpaksa berpulun2 minta hutang dan biasa ditolak oleh berbagai pihak.

Kalau anak2 pemimpin UMNO, tak payah mintak. Semuanya akan disediakan oleh kerajaan. Mirzan yang pemalas dan tak reti berniaga tu pun tak perlu risau pasal rugi kerana bila rugi, PETRONAS datang untuk selamatkan.

Inilah dia KETUANAN MELAYU. Ketuanan Melayu mengkayakan anak beranak dan kroni pemimpin.

~Tulang Besi~

Sharizat Bolehlah Perah Susu Lembu Dalam Kondo

Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang dimaksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubungkait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.

Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.

Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.

Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.

Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.

Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.

Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.
Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.

Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekaligus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu meletak jawatan.

Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salahlaku moral.

Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.

Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.

~Jasbant Singh adalah seorang wartawan dan editor yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat di TV3, stesen televisyen antrabangsa Al-Jazeera dan juga dengan TV Selangor~

Saman Murujib Kerana Tindas Rakyat

PAS hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua anggota parlimennya di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi, parti itu menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

PAS juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.

Manakala perintah mandamus dipohon supaya responden menarik balik rang undang-undang atau memindanya turut dipohon sebagai alternatif.

Tiada perintah kos dipohon kerana ia melibatkan kepentingan awam, kata peguam Hanipa Maidin yang mewakili ketiga-tiga pemohon.

"Anak guam saya membuat permohonan ini kerana walaupun responden memiliki hak eksekutif, ia bertindak tidak selaras dengan ketinggian perlembagaan," katanya yang juga peguam PAS.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai).

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Hanipa berkata, fasal 4 rang undang-undang itu yang melarang protes jalanan, bertentangan dengan perkara 10 perlembagaan persekutuan.

Perkara lain yang dibangkitkan berhubung larangan terhadap kanak-kanak bawah 15 tahun menyertai atau menganjurkan perhimpunan.

Permohohan itu dianggap percubaan pertama di Malaysia dan bakal menjadi kes rujukan di masa depan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah kehakiman negara ini.

Bagaimanapun, jelas Hanipa, kes yang hampir sama pernah difailkan di England.

Mahkamah belum menentukan tarikh permohonan itu akan disebut.

Sementara itu, Mohamad berkata, jaminan daripada ucapan menteri tidak boleh dijadikan asas untuk menerima rang undang-undang itu.

"Jaminan menteri tidak tercatat dalam rang undang-undang ini," katanya.

~MK~

Reputasi Murujib Menjunam Menjelang PRU13

Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Kerajaan Malaysia hari ini.

Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi.

Menurut Mohamad Sabu, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan turut ditemani peguam terbabit, Mohd Hanipa Maidin yang juga peguam PAS, dengan menamakan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.

Katanya, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan 3 perintah dari mahkamah.

"Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.

"Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Mohd Hanipa Maidin berkata, meskipun rang undang-undang tersebut telah dipinda pada persidangan Dewan Rakyat, hakikatnya, Perdana Menteri dan Kerajaan malaysia tetap telah bertindak melampaui kuasanya kerana memperkenalkan rang undang-undang itu yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

"Ini menjadikan rang undang-undang tersebut, sekiranya berjaya dijadikan Akta yang berkuatkuasa, adalah terbatal dan tidak saj di bawah Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Responden-responden, katanya, hanya mempunyai kuasa untuk membentang rang undang-undang yang selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi responden-responden telah bertindak melebihi kuasanya kerana membentangkan rang undang-undang tersebut yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

~harakah~