REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, January 23, 2012

Pencacai Tua Katak Boroi Mula Menyalak

Pak Brahim merangkap Katak Tua dan Pencacai Tua menuduh MB Selangor memecat Hassan Ali dari menjadi exco Selangor yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam Selangor kerana menyokong aktiviti tidak bermoral. Tuduhan pencacai tua katak boroi ni kerana benci dan dendamnya dia kepada Anwar Ibrahim.

Kalau Sultan pun sudah perkenan tentulah tuduhan Pak Brahim selaku pencacai tua katak boroi tu menghina Sultan Selangor dan seluruh rakyat Selangor. Memang barua dan celakalah mulut busuk si bangang ini. Si mangkuk ni kata PAS merelakan kekalahan Islam semata-mata memperttahankan liwat dan ini jelas PAS mengkhianati Islam.

Sedap je mulut si barua ni cakap yang PAS mengkhianati Islam. Habis yang hang dok fitnah Anwar Ibrahim tu hang ada ka bukti kukuh untuk menuduh Anwar liwat SayFOOL gay tu. Kalau ada mana-mana mamat nak buat lawak kata Pak Brahim si pencacai tua katak boroi telah meliwat dia tidakkah hang rasa malu... keluarga hang rasa malu...parti katak puru hang rasa malu...

Tetiba bila mahkamah bicara hang menang kerana tak munasabah sekor katak boroi nak meliwat manusia walaupun ada DVD dikeluarkan oleh puak-puak bangang tolol ni. Rakyat pun tahu dan boleh fikir mana yang betul atau langsung logik bangang.

Jadi kalu mahkamah dah bebaskan hang kalau rakyat masih kata hang liwat mamat tu hang takkan tak rasa apa-apa? Lainlah kalau hang tu memang kayu...!!!

Lu pikirlah katak boroi janganlah kata PKR tu salah atau PAS tu salah dan dua parti ini menggadai agama kerana bergabung dengan DAP. Agama tetap agama tapi perjuangan tetap diteruskan. Sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam hang lah bodoh.

Jadi calon dan menang undi rakyat atas tiket PAS tapi bila menang hantam PAS dan tok guru. Memang lu banyak cilaka la pencacai tua katak boroi. Lu mampus hidup balik pun memang mulut lu tahap sampah punya bau. Lancau la lu Pak Brahim Ali.

Sunday, January 22, 2012

Kerana Namanya Anwar Ibrahim...

Tindakan Jabatan Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan kes liwatnya bertujuan memenjara tokoh pembangkang itu, kata PKR dan Aliran.

"Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PKR N Surendran.

Beliau juga mendakwa rayuan itu menunjukkan slogan pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanyalah sekadar janji-janji penuh kemunafikan dan penipuan.

Mengulas pembebasan Anwar awal bulan ini, Najib dalam satu wawancara dengan harian perniagaan berpengaruh Wall Street Journal pernah mengatakan keputusan itu bolehkan memberikan tanggapan umum bahawa sistem kehakiman kita tidak dipengaruhi kerajaan.

Dalam kenyataan berasingan, badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Pulau Pinang itu juga mendakwa rayuan kes tersebut bertujuan menghalang kebebasan bergerak pemimpin PKR berkenaan demi "kelangsungan hidup BN."

"Satu-satunya individu yang boleh menggegarkan dan memusnahkan teras kuasa BN melalui Pakatan Rakyat hanyalah Anwar dan oleh itu beliau mesti disisihkan (dipenjarakan)," kata presiden Aliran P Ramakrishnan hari ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat".

"Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata.

~MK~

Beginilah Perangai Bini PM 1Malaysia

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.

~MK~

Monday, January 9, 2012

Kalau Bukan Anwar Siapa Yang Meliwat SayFOOL?

Negara melakar sejarah reformasi apabila Tokoh Reformasi yang pernah didakwa pada tahun 1997 dahulu dalam kes liwat pembantunya dan merengkok dalam penjara selama 6 tahun, dipukul oleh Ketua Polis Negara dan kemudian di era Murujib hendak disabitkan dengan perangkap yang sama akhirnya memakan diri sendiri.

Sejak dari awal lagi rakyat pun dah mula menyampah dengan politik dubur SayFOOL UMporNO ni. Takkan lah tak ada kes lain yang sesuai nak perangkap Anwar Ibrahim. Kes Liwat 1 dah habis takkanlah nak timbul kes Liwat 2 pula. Nanti lepas PRU13 takkan nak timbul kes Liwat 3 pula. Lapaq sangat kah Anwar Ibrahim dengan dubur berbulu SayFOOL tu mangkuk!!!

Rakyat dah mula membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta seawal jam 6.30 pagi semata-mata untuk memberi sokongan padu kepada Anwar. Aku pun ada di sana tapi tempat yang mula-mula aku pergi ialah perkarangan masjid Wilayah. Yang aku nampak adalah 9-10 ekor anak katak yang memegang sepanduk sedang tunggu bapak katak datang.

Kata nak pertahan keselamatan negara. Kalau setakat seciput yang datang itu tandanya kepala hotak kau berjambul. Inikan pula bila mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Mana PERKASA nak lari taruk muka malu dengan penyokong-penyokong Anwar?

Itu OK lah lagi. Tapi kalau barua-barua dan pencacai-pencacai hatta balaci-balaci Murujib UMporNO mana nak taruk muka malu? Ternyata apa yang dibuat oleh SayFOOL selama ini adalah dusta semata-mata. Mana dia laknat sumpah SayFOOL gay tu? Mana dia saksi SayFOOL gay tu? Mana dia bukti-bukti SayFOOL gay tu? Siapa yang jolok dubur si SayFOOL gay tu?

SayFOOL mati-mati sampai sanggup sumpah laknat dengan nama Allah yang ada orang meliwat barua ni. Tapi mahkamah kata bukan Anwar yang meliwat SayFOOL. Habis aku nak tanya siapa yang meliwat SayFOOL? Misteri DNA lelaki Y tu siapa pula? Alamak kena panggil FBI la siasat misteri GAY ni.

Apapun nama Anwar telah bersih dan sekarang nama barua SayFOOL pula yang busuk sebusuk duburnya yang diliwat lelaki Y. Mana nak taruk muka bro? Mana lu punya tunang mau taruk muka bro? Mana lu punya keluarga mau taruk muka bro? Lain kali sebelum buat benda yang bangang ni fikir lah dulu...

Lu lancau la.

Hidup Anwar Hidup Reformasi

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008 dan mendapati Anwar tidak bersalah kerana tidak cukup bukti.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

~MK~

Sunday, January 8, 2012

Ini Akan Terjadi Jika Anwar Dipenjarakan

Apa yg Melayu boleh banggakan dengan UMNO setakat ini. Kalau dilihat bangsa Melayu ketinggalan dari segi ekonomi dalam setiap kategori. Misalnya:


1.0 Dari 10 orang paling kaya di Malaysia, hanya seorang sahaja dari bangsa Melayu walaupun Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia (Syed Mokhtar).

2.0 Dari sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia, tiada satu pun milik bangsa Melayu

2.1 Mengapa ini berlaku? Edmund Terence GOmez menjawab:

"Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan


3.0 Pendapatan per kapita orang India masih lebih tinggi dari orang Melayu. Ertinya orang India lebih kaya dari orang Melayu di Malaysia.

4.0 Ekonomi di Malaysia masih bukan ditangan orang Melayu walaupun UMNO telah memerintah lebih 50 tahun

6.0 Korupsi dan salah guna kuasa semakin bertambah buruk di bawah UMNO, bukan bertambah baik.

7.0 Masaalah sosial juga semakin buruk di bawah UMNO. Dulu tiada buang bayi, skrg dah berlambak bayi dibuang.

8.0 Penghayatan Islam juga semakin buruk di bawah pemerintahan UMNO. UMNO bukan sahaja merosakkan orang Melayu, mereka juga aktif menolak hukum Islam dari dilaksanakan.

Maka, apa perlunya orang Melayu terus menyokong UMNO? Keadaan orang Melayu bukannya semakin baik tetapi semakin buruk. Harapan orang Melayu untuk mencari makan hanyalah dengan bekerja dengan kerajaan.

Namun, sampai bilakah kerajaan mampu menanggung bilangan orang Melayu yang mencari kerja ini? Apa akan jadi nanti bila minyak kita habis? Mampukan kerajaan membayar gaji orang2 Melayu ini?

UMNO hanya mengkayakan pemimpin2 mereka serta anak beranak mereka. Lepas itu, mereka mengkayakan kroni mereka. Majoriti orang Melayu hanya dibuai mimpi indah dengan pengunaan TV dan akhbar yang mereka kuasai. Orang Melayu sentiasa dibuai mimpi indah supaya terus menyokong UMNO mengkayakan anak beranak dan kroni mereka.

Jelasnya, UMNO terbukti tidak akan mampu lagi memimpin orang Melayu. Mereka hanya tahu merompak dan memiskinkan orang Melayu i.e FELDA. Zakat pun diorang nak rompak apatah lagi tabung-tabung lain.

Soalnya, apabila semua kekayaan orang Melayu telah dirompak UMNO, apa lagi yang tinggal pada orang Melayu?

~Tulang Besi~

Nasib Anwar Ibrahim Ditentukan 901

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telahpun bersedia untuk menghadapi kemungkinan paling buruk berhubung keputusan perbicaraan kes Liwat II di mahkamah esok. Beliau juga telah meneliti setiap kemungkinan itu dengan terperinci dan telah bersedia secara psikologi untuk kembali ke penjara, kata Anwar dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Ada orang yang menganggap beliau "gila" kerana sanggup berbuat demikian, kata Anwar yang kini sudahpun berusia 64 tahun. Anwar berkata beliau bagaimanapun tidak ingin menjadi hero dengan bersedia untuk dipenjarakan, seperti pendapat sesetengah orang.

Melihat kepada perjalanan perbicaraan kes berkenaan kali ini, Anwar bagaimanapun tetap menaruh harapan supaya keputusan memihak kepadanya. Ditanya sama ada rakyat masih percaya bahawa tuduhan ke atasnya merupakan satu rekaan, Anwar berkata beliau menerima sokongan yang baik sejak 2008 lagi.
 
Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).”

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.

~MK~

Tahniah Khaled Kerana Benarkan Mahasiswa Sertai Bebaskan Anwar 901

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menasihatkan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di negara ini berpendirian selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang membenarkan mahasiswa menyertai himpunan 901 esok.

Sambil menyambut baik kebenaran oleh menteri itu, Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan berkata, ianya sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971.

"Gamis menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti.

"Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT," katanya.

Semalam, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata mahasiswa IPT dibenarkan untuk menyertai himpunan 901 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.

Katanya, jika perhimpunan tersebut dibenarkan pihak polis dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah.

“Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.”, ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, pentadbiran Universiti Malaya telah mengeluarkan notis amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar mahupun kakitangan kampus itu yang menyertai himpunan tersebut.
.
"Di peringkat Gamis kami merasakan inilah ruang yang terbaik bagi mahasiswa untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara dalam masa yang sama, mereka turun ke perhimpunan tersebut bukan atas ‘tiket’ mahasiswa tetapi atas ‘tiket’ rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihanraya," tegas Akram.

~MK~

Pemimpin DAP Akan Ke Perhimpunan Bebas Anwar 901

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP akan berada bersama rakyat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok bagi memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat, lapor Roketkini.com.

“Kalau Anwar menang (kes mahkamah) tentu sudah tentu beliau ada peluang menjadi Perdana Menteri (bila Pakatan menang PRU13)” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Guan Eng menegaskan sekali lagi komitmen dan semangat kesetiakawanan DAP dengan Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang.

”Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif, walau apa pun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar, tetapi kepada PRU13 akan datang.

“Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita,” katanya. DAP hari ini mengemukakan Deklarasi Shah Alam bertemakan ‘Impian Bangsa Malaysia’ bagi mengukuhkan lagi iltizam menghadapi PRU13 akan datang.


Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, dan Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin.

~harakah~

Pengiring Anwar terkena suntikan beracun

Pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri yang mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0 tahun lalu menerima kecelakaan malam tadi.

Blog pulakdah menyebut, Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7 Januari di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.

Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata yang diarahkan ke mata Anwar Ibrahim. Malam semalam satu lagi kecelakaan menimpa Fayyad.

Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7/1/2012 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam. Dr Wan Azizah yang menghadiri pelancaran itu sebagai mewakili Anwar Ibrahim, Seniman Negara, A. Samad Said yang mewakili golongan seniman dan Hishamudin Rais mewakili Reformis & Blogger.

Kempen yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) ini menggabungkan beberapa NGO seperti SAMM, Jingga 13, SMM, A.B.U, Lantang juga para Bloggers, Dewan Pemuda PAS & DAPSY.

Tujuan LANG-GAR 901 dilancarkan adalah utk memberi peringatan kepada pihak kerajaan yg semenjak dari tahun 1998 telah terlalu banyak MELANGGAR peraturan dan norma perundangan dalam kes Liwat versi 1998.

Kini dalam kes Liwat 2, kerajaan dilihat cenderung MELANGGAR peraturan dan norma kebiasaan perundangan. LANG-GAR 901 akan menggembleng tenaga pelbagai khalayak masyarakat, khususnya anak muda yang beridealisme untuk juga MELANGGAR norma peraturan sebagaimana kebiasaan dilakukan kerajaan selama ini.

Namun LANG-GAR 901 adalah berorientasikan keamanan dalam perjuangan menegakkan KEADILAN.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.

Persoalannya sekarang kepada siapakah sasaran sebenar serangan itu?. Adakah ia ditujukan kepada Dr Wan Azizah. Kesan daripada serangan itu, Fayyad telah tidak sedarkan diri dan degupan jantungnya terhenti seketika.

Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, keadaan beliau semakin stabil dan telah sedarkan diri.

Namun bahagian tangan kirinya sehingga bahu masih kebas dan gagal digerakkan. Doktor juga sedang menjalankan ujian darah dan air kencing untuk mengenal pasti jenis racun tersebut.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Norul, pegawal peribadi Dr Wan Azizah di Balai Polis Seberang Jaya berkenaan serangan terhadap Fayyad.

Sama-sama kita berdoa semoga Fayyad pulih sepenuhnya dan dilindungi dari sebarang komplikasi serius akibat serangan tersebut.

~pulakdah~

Friday, January 6, 2012

Jom Pakat Pi Ramai-ramai

Apabila PKR ingin mengadakan perhimpunan aman semata-mata untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang Parlimen merangkap Tokoh Reformasi Politik Malaysia ramai barua-barua dan pencacai-pencacai pengampu Murujib menyalak supaya perhimpunan tersebut tidak diteruskan dan meminta PDRM mengambil tindakan terhadap rakyat yang inginkan keadilan bagi Anwar.

Kalau aku kata mangkuk-mangkuk tu bodoh dan bangang marah pula nanti. Bayangkan kalau ahli keluarga mangkuk-mangkuk ni dibicarakan di mahkamah rasa-rasa mau satu lori datang nak bagi sokongan sebab tahu yang ahli keluarga mereka tidak bersalah.

Samalah kes Anwar Ibrahim. Rakyat datang nak bagi sokongan kerana rakyat tahu Anwar Ibrahim tidak bersalah. Kalau mahkamah sabitkan Anwar Ibrahim salah sekalipun tak ada pula rakyat nak pecah kereta, bakar kedai, patahkan tiang lampu jalan dan macam-macam provokasi yang semua ini mungkin perancangan jahat UMporNO.

Dalam tv, radio mana-mana sajalah KERAjaan UMporNO kata rakyat yang bodoh sahaja yang akan hadir perhimpunan 901 Bebaskan Anwar. Kenapa mereka cakap macam tu? UMporNO dah tahu ka yang Anwar Ibrahim akan didapati bersalah meliwat SayFOOL? Rakyat sebenarnya dah nak muntah dengan lawak bodoh Murujib nak kaitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat ni. Dulu lagi Anwar Ibrahim dah didakwa kini dah keluar pun takkan masih nak buat kes yang sama juga. Gunalah kes yang realistik sikit. Akai ada ka!!!

Secara tidak langsung media massa pro UMporNO bagi promosi dan publisiti secara percuma kepada rakyat untuk hadir memberi simpati kepada Anwar Ibrahim. Sekarang bukan lagi zaman gua tak ada internet. Pak imam pun dah tahu main internet. Tok aku kat kampung pun tahu nak baca blog-blog dalam internet. Bukan susah sangat google je.

Semalam aku ada tulis yang Raja Katak PERKASA meLAYU nak pastikan pertembungan sengit dengan rakyat yang hadir Bebaskan Anwar. Katak gemuk ni kata lantaklah nak jadi apa sebab katak gemuk ni kata yang PERKASA pun tak dapat permit perhimpunan sedangkan nawaitu mereka nak selamatkan negara. Fuyooo cara sembang macam tak jatuh. Aku nak tanya katak gemuk ni kalaulah barua-barua PERKASA ni bertembung dengan rakyat yang menyokong Anwar Ibrahim apa barua-barua PERKASA ni nak buat? Nak bertumbuk ke?

Sekarang pihak polis telah bersetuju untuk membenarkan perhimpunan 901 Bebaskan Anwar pada Isnin ini di perkarangan letak kereta Mahkamah Jalan Duta. PERKASA juga dikatakan dibenarkan mengadakan perhimpunan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan. Elok sangatlah tu bersoraklah dalam kawasan pagar masjid Wilayah tu. Jangan pula para penyokong PERKASA nak melompat katak masuk ke perkarangan mahkamah.

Apa kata kalau polis jaga PERKASA lebih sikit daripada rakyat yang menyokong Anwar Ibrahim. Aku rasa barua-barua PERKASA nilah yang akan buat kacau dan provokasi. Memang geng-geng katak gemuk ni penyibuk 1Malaysia.

Apa-apapun jom kita pakat pi ramai-ramai tanda sokongan kita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh Reformasi Politik Malaysia. Anwar Ibrahim telah menyatukan parti-parti pembangkang membentuk Pakatan Rakyat yang satu ketika dulu PAS tidak terfikir langsung akan bergabung dengan DAP dan mentadbir beberapa negeri bersama gabungan Pakatan Rakyat.

Rakyat pun terbuka minda dari menjadi kerbau dicucuk hidung oleh Murujib UMporNO. UmporNO ingat dia saja boleh mentadbir negara setelah lebih 50 tahun ada rakyat masih miskin, ada tempat masih terbiar dan rakyat masih nak biarkan Bik Mama pergi shopping berjuta-juta dengan duit cukai yang kita bayar? Fikirlah sikit...

901 Adalah Hala Tuju Politik Malaysia

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan perbicaraan ini akan menentukan sama ada ahli parlimen Permatang Pauh itu bersalah atau tidak dalam pertuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya. Seluruh negara telah memberikan tumpuan kepada tarikh ini kerana ia dilihat sebagai satu titik penting dalam pendefinisian hala tuju politik negara.

PKR di bawah pimpinan mantan timbalan perdana menteri itu merupakan “pengikat” kepada PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Musuh-musuh politik beliau percaya, jika Anwar terpenjara, maka mudahlah mereka untuk memecah belahkan Pakatan.

Sebab itu kita boleh melihat bagaimana isu penganti Anwar sebagai calon perdana menteri dari Pakatan ditimbulkan dalam sehari dua ini walaupun Pakatan belum tentu lagi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memecah belahkan pakatan politik pembangkang itu. Jika parti-parti pembangkang terus bersatu, ianya mampu untuk menggugat kekuasaan Barisan Nasional (BN) – dahulu Perikatan yang telah memerintah Negara semenjak 1957.

Veteran politik Umno, Tengku Razaleigh Hamzah – juga ahli parlimen Gua Musang sendiri percaya keputusan mahkamah pada Isnin ini akan menyebabkan Anwar terpenjara. Menurut mantan menteri kewangan itu, jika Anwar terus berada di luar, Umno akan hancur.

Sejarah 'Black 14' berulang?

PKR telah melakukan penyusunan massa untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum mereka. Dengan bantuan rakan-rakan Pakatan dari PAS dan DAP, mereka mensasarkan 100,000 rakyat akan bersama pada tarikh keramat itu.

Berdasarkan rekod-rekod lepas, jika mobilasasi rakyat dilakukan dengan bantuan PAS, tidak mustahil untuk mencapai angka sasaran atau sekurang-kurangnya menghampiri angka sasaran. Dalam masa yang sama, roadshow Anwar mengelilingi seluruh negara dari Selatan ke Utara mendapat sambutan besar.

Ini mengingatkan kembali sejarah tahun 1998, sewaktu Anwar dipecat oleh Tun Dr Mahathir dari kabinet dan Umno sekaligus.

Selepas beberapa hari menjadi “rakyat biasa”, Anwar memulakan roadshow ke seluruh negara. Hasilnya, lebih 100,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada beliau dan mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada 20 September 1998.

Jika Anwar pada ketika itu “terlatih” dengan sedikit “politik kiri” sudah pasti beliau mampu menjadikan Dataran Merdeka ibarat “Dataran Tahrir” di Mesir awal 2011 - sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.

Hari ini roadshow Anwar ke seluruh negara masih mendapat sambutan. Tidak ada masalah untuk rakyat membanjiri Kuala Lumpur pada 9 Januari ini jika kita lihat dari pengalaman beberapa demonstrasi selepas PRU 12 seperti isu PPSMI, Anti ISA dan terbaru BERSIH 2.0.

Promosi percuma himpunan 901

Secara sedar atau tidak, pemerintah melalui media arus perdana memberikan promosi percuma kepada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' 901. Akhbar-akhbar dan televisyen memberikan liputan mengenai perhimpunan tersebut hampir setiap hari.

Amaran, ugutan dan tohmahan yang dilakukan melalui media arus perdana sampai kepada majoriti rakyat terutamanya – kawasan pendalaman. Secara tidak langsung, rakyat di seluruh negara tahu tentang akan berlakunya satu perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur.

Rapat dan ceramah umum dianjur oleh Pakatan tidak mampu untuk sampai ke seluruh negara. Apatah lagi rakyat di kawasan pendalaman masih ramai yang belum mempunyai kemudahan internet. Dari satu sisi lain, Umno dan BN tahu, amaran, ugutan dan tangkapan tidak akan mampu menghalang rakyat untuk membanjiri Kuala Lumpur sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.

Dalam perhimpunan BERSIH 2.0, walaupun seluruh pintu masuk “dikunci” dengan sekatan jalan raya dan mobilisasi anggota polis yang besar, ia tidak dapat menghalang rakyat untuk berkumpul.

Oleh kerana itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menukar nada mereka menjadi lebih lunak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, perhimpunan 'Bebas Anwar 901' dibenarkan, akan tetapi haruslah ditempat lain dan bukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Pengalaman ini berlaku sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 – Najib minta penganjur perhimpunan tersebut untuk berhimpun di stadium. Apabila penganjur bersetuju untuk memilih Stadium Merdeka untuk berhimpun, pemerintah belot dengan perjanjian.

Mungkin penganjur perhimpunan pada 9 Januari tidak termasuk ke dalam “lubang biawak” sekali lagi.

Signifikan 901

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh musuh politik Anwar yang mengatakan ketua pembangkang itu menjadikan agenda peribadinya sebagai isu nasional.

Ini turut dinyatakan oleh Exco Selangor, Datuk Hasan Ali yang turut menasihatkan rakyat agar tidak hadir dalam perhimpunan pada 901.
Sebenarnya, BN juga tahu, keputusan mahkamah pada 9 Januari ini bukanlah isu peribadi Anwar semata-mata.

Ia adalah simbol kepada runtuhnya kebebasan sistem kehakiman negara yang telah berlaku semenjak kes pemecatan Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara oleh Dr Mahathir.

Isu peribadi tidak akan mampu menghimpunkan ribuan rakyat untuk menyatakan solidariti. Anwar adalah tokoh yang mampu menyatukan rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk melawan ketidakadilan dalam negara.

Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan.

Tidak dapat dinafikan terdapat pengikut-pengikut setia Anwar yang digelar “Anwarista”. Mereka ini seperti juga peminat-peminat setia kepada penyanyi atau pelakon popular yang akan tetap setia kepada idola mereka. Mereka ini hidup dan mati akan bersama Anwar.

Terdapat juga yang bersama Anwar kerana mengharapkan imbuhan dan ganjaran. Terbayang jawatan yang bakal dilantik atau kontrak bakal diterima jika Anwar menjadi PM. Golongan jenis ini boleh dibeli apabila kena “harganya”.

Akan tetapi, majoriti berada di belakang Anwar pada ketika ini adalah golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan cuma “menggunakan” pengaruh Anwar untuk melawan segala ketidakadilan dan kezaliman dalam negara pada hari ini.

Mereka terus berada bersama Anwar kerana “api” perjuangan yang dibawanya. Golongan ini tidak mampu dibeli kerana mereka jelas mengapa mereka bersama Anwar.

Golongan ini akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan dengan niat untuk menjadi calon pilihanraya dalam PRU akan datang atau mengharapkan dilantik menjadi ahli majlis jika PKR menang.

Mereka berada di mahkamah untuk menunjukkan solidariti mereka kepada seorang pemimpin yang membawa api perjuangan untuk melawan ketidakadilan. BN tahu tentang ini dan sebab itu mereka takut dengan mimpi ngeri yang bakal berlaku pada 901 ini.

Seperti apa yang dikatakan oleh Ku Li, jika Anwar tidak dipenjarakan, Umno akan hancur. Jika Anwar dipenjarakan, simpati rakyat terhadap PKR dan PR akan semakin meningkat.

BN kini tersepit dalam keadaan “di kiri ada duri, di kanan ada racun, di depan ada lubang dan di bekalang ada gaung”. Mereka sudah di “check mate”. Apa sahaja keputusan pada 9 Januari nanti, tidak akan membantu memulihkan imej BN.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia

Presiden PAS Akan Hadir Beri Sokongan Kepada Anwar

"Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.

Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.

"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden

Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

~harakah~

Hanya Undi Rakyat Dapat Bebaskan Anwar

Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya. Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan BN.

Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.

Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu. Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.

Jika benar demikian persiapan Pakatan Rakyat, ini bermakna siapa sahaja yang akan dipilih kelak pasti akan mendapat sokongan tuntas dan mutlak daripada ketiga-tiga kerabat – DAP, PAS dan PKR.

Ini juga bermakna:

•Pakatan telah mencapai tahap bukan sahaja kerjasama tetapi asimilasi atau penghayatan politik yang total – satu matlamat, satu hati satu cara. Ini adalah sesuatu yang mengkagumkan mengambil kira Pakatan bukan sebuah pertubuhan politik berdaftar seperti BN.

•Memang sudah ada tokoh yang setanding atau sekurang-kurangnya menghampiri kaliber Anwar dalam Pakatan yang pasti boleh diterima oleh semua ahli kerabat pakatan politik itu.

•Ini juga bermakna soal siapa dan dari parti mana yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan menakluki Putrajaya bukan lagi isu. Malah, Anwar yakin sesiapa sahaja yang menggantinya memimpin Pakatan adalah untuk tempoh sementara. Apabila Pakatan menang, katanya, perdana menteri sementara itu akan menggunakan kuasa politik untuk memulihkan kedudukannya dan mengembalikan kerusi perdana menteri itu kepadanya. Nas yang digunakan oleh Anwar ialah, ini pernah berlaku di Turki apabila Ecep Erdogan yang disekat daripada memegang kuasa politik terbukti dapat menjadi pemimpin Negara itu apabila partinya menang dalam pilihanraya dan “memulihkan” haknya. Dan,

•Anwar mengukuh dan meramalkan betapa benarnya kempen Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau sudah tidak releven lagi dalam konteks politik Malaysia hari ini. Jika memang sudah ada pengganti, mengapa perlu pada Anwar lagi?

Soalnya, benarkah Pakatan kini sudah ada pengganti Anwar? Atau, kenyataan Anwar itu hanya untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan bahawa tidak akan berlaku pergeseran dan pertikaian dalam Pakatan apabila beliau tidak ada dalam gelanggang politik?

Ia menimbulkan lebih banyak persoalan lagi. Antaranya;

1. Benarkah pelbagai golongan dan fahaman politik dalam DAP, PAS dan PKR dapat dileburkan menjadi satu suara, satu hati dan satu cara perjuangan dalam setiap kerabat Pakatan berhubung isu pengganti Anwar ini?

2. Sudah langsaikah pertikaian fahaman politik – Islam dan Malaysian Malaysia – PAS dan DAP kini? Atau, adakah ia akan menjalar lebih ganas selepas ketiadaan Anwar?

3. Benarkah tidak kira tokoh dari parti mana sekalipun yang dipilih menjadi pengganti Anwar akan diterima baik oleh pelbagai regu politik dalam parti-parti kerabat Pakatan sendiri?

Andaikata dipilih dari kalangan tokoh PAS, apakah jaminannya ia akan jadi keputusan sebulat suara? Episod Hasan Ali dengan intepretasinya PAS telah tergelincir dari landasan politiknya baru-baru ini pasti berulang kerana kali ini, natijah persaingan ialah kerusi perdana menteri Malaysia!

Begitu juga jika calon yang dipilih dari PKR. Jika benar desas-desus mengatakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah puteri sulung Anwar dipilih sebagai pengganti beliau, bagaimana dengan Azmin Ali yang memegang jawatan timbalan presiden?

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pasti tidak boleh menjadi wakil rakyat pada tempoh terdekat menjelang pilihanraya ke 13 kerana telah bertindak mengosongkan kerusi Permatang Pauh yang dimenanginya dalam pilihanraya ke-12 bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Tidakkah keadaan ini akan mengusik kembali kenangan dan episod persaingan menjelang pemilihan pucuk pimpinan PKR pada penghujung 2010?

4. DAP mungkin menjarakkan diri daripada persaingan memilih pengganti Anwar ini kerana jatidirinya bukan sebuah parti Melayu-Islam. Hambatan perlembagaan dan protokol politik lazim negara dengan sendirinya menolak calon DAP daripada diangkat jadi ketua Pakatan Rakyat.

Namun bagaimana jika DAP sendiri memiliki kerusi terbanyak di kalangan anggota Pakatan pada pilihanraya umum ke 13?

Apakah ada kemungkinan DAP pula melaksanakan program “ala-16 September 2008 Anwar Ibrahim” dengan “memujuk, memancing dan menggertak” parti-parti bukan berasas Islam dan Melayu menyertainya menubuhkan kerajaan baru?

Ini semua mungkin. Selain banyak bergantung kepada butir keputusan perbicaraan kes Liwat II Anwar Ibrahim, ia juga banyak bergantung kepada faktor-faktor luar Pakatan yang lain.

Umpamanya, apakah jaminannya bahawa walaupun kurang bilangan ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan ke-13 negara, BN sendiri tidak akan berusaha untuk melaksanakan kempen “ala 16 September Anwar Ibrahim”?

Kali ini kedudukan Umno tentu kelihatan lebih jelas dan ikhlas untuk memperkukuh perpaduan Melayu dan Islam. Ini kerana dengan kekuatan yang jauh lebih merosot daripada sebelumnya, naluri untuk hidup “survive” Umno akan lebih tinggi. Maka jika keikhlasan yang dituntut, Umno akan terpaksa berpegang kepada prinsip itu.

Umno bersama komponen BN lain mungkin ketika itu kalah di segi bilangan kerusi. Namun jika ia dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusinya sekarang, ia masih boleh meyakinkan PAS dan ahli parlimen Melayu-Islam PKR untuk menyertainya menubuhkan kerajaan Melayu-Islam.

Anwar Ibrahim sudah tiada ketika itu untuk mempertahankan pembinaan sebuah kerajaaan Satu/Pan Malaysia yang diidamkan.

Apapun, percayalah, keyakinan Anwar bahawa ketiadaannya dalam arena politik Malaysia akan tidak menggerhanakan Pakatan, tidak semestinya tepat. Ia pasti goyah dan mungkin bergoncang dilanda real-politik pelbagai dimensi, persepsi, etnik dan agama.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Tinggalkan Negara Tindakan Pengecut

Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikkan.

“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang begitu rupa.

“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan.

Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.

Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik.

“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya.

Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia.

~harakah~

Thursday, January 5, 2012

Katak Nak Pertahankan Keamanan Negara?

Wow! Wow! Bukan main lantang mamat sekor ni yang juga pemimpin KATAK Perkasa akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini. Aku ingat lagi tapi tak taulah kalau korang pun ingat sama tahun lalu mamat Raja Katak ni turut mengeluarkan kenyataan mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih. Aisey brader. Tarikh dia lebih kurang sama lah angka 9 juga.

Huhuhu tapi bila tiba masanya bukan setakat muka Raja Katak ni tak nampak. Katak puru sekor pun tak ada atas jalan. Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu mungkin menjadi mimpi ngeri Raja Katak tu kot. Yang geli pundi kencing aku ada lagi sekor mamat yang bergelar MAHAGARU silat tersohor negara lah katakan.

Dengan semangat untuk mengampu PM Murujib MAHAGARU tu pun kata jangan sampai rakyat kena belasah dengan ahli-ahli silat taik kucing dia tu. Apa mangkuk tu ingat dia sorang saja yang pandai bersilat? Rakyat yang tak belajar bersilat silap-silap hari bulan boleh bagi penampar maut kat muka pengikut silat taik kucing dia tu.

Polis dah pun keluarkan macam-macam gambar dalam youtube kononnya jangan sampai rakyat Malaysia jadi macam rakyat di London dan negara-negara luar lain. Merosakkan harta benda awam, bakar kedai, itu ini dan segala macam benda bodoh untuk memperbodohkan rakyat. Sedangkan ada seorang peserta BESIH 2 yang meninggal disebabkan polis bukannya rakyat yang bunuh.

Aku tengok macam polis dah tahu pula keputusan mahkamah terhadap Anwar Ibrahim setidak-tidaknya  rakyat cuma nak beri sokongan moral kepada pemimpin tokoh Reformasi atau Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

~harakah~

Tuesday, January 3, 2012

Kerana Namanya Anwar Ibrahim

Siapa tidak kenal dengan nama Anwar Ibrahim? Boleh dikatakan takdir orang yang bernama Anwar Ibrahim akan disumbat ke dalam penjara walau macam mana sekalipun kerana apa kerana namanya Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Murujib rasanya mungkin istilah penjara tiada dalam kamus hidupnya.

9 Januari ini negara bakal menyaksikan seorang tokoh reformasi yang telah menyedarkan rakyat dari tidur lena dibuai puak-puak barua UMporNO diputuskan samada bersalah atau tidak kerana meliwat SayFOOL. Memang bodohlah kalau menuduh Anwar Ibrahim seorang gay kalau dilihat dari perwatakannya.

Mungkin UMporNO dah tersalah langkah dengan kes liwat ini lalu dibuat skandal video seks Anwar Ibrahim dengan perempuan Cina. Tapi pelakon porno UmporNO tu boroi sangat. Kot ye pun janganlah buat shooting macam tu. Malulah sikit dengan pengarah drama bodoh tv pun tahu yang tu bukan Anwar Ibrahim.

Skandal seks Anwar Ibrahim semata-mata nak mengaburi rakyat kononnya Anwar Ibrahim dari seorang straight sex dah jadi gay pula. Akhirnya dah bertukar jadi biseksual. Wow depan belakang pun boleh ke? Kalau Anwar Ibrahim suka depan belakang dah dia lanyak perempuan Cina tu ikut belakang. Bodoh punya UMporNO.

Rakyat 100 000 akan berkumpul di perkarangan Mahkamah Tinggi untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Tak kira samada Anwar Ibrahim disumbat atau dibebaskan rakyat Malaysia pasti akan menyokongnya. Kalau segala balaci-balaci UMporNO datang buat kacau, tangkap rakyat yang berdemo aman kita akan pastikan yang UMporNO nak suku sakat pencacai-pencacai akan menerima kuasa rakyat untuk disembelih hidup-hidup dalam PRU13 nanti.

Cukuplah 6 tahun Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara di atas kesalahan yang tidak dibuatnya. Kini UMporNO pimpinan Murujib dah kecut teloq untuk buat PRU13 selagi Anwar Ibrahim masih hidup dalam dunia luar ini. Apa yang Murujib, Bik Mama dan konco-konco baruanya fikir selagi Anwar Ibrahim ada selagi itulah UMporNO tidak boleh lagi menipu rakyat.

Takkanlah FRU dan PDRM masih lagi nak jadi barua UMporNO? Sampai bila? Polis di Mekah pun boleh mengawal jemaah haji yang berjuta-juta. Polis dan RELA yang jumlahnya hanya puluhan sahaja di Stadium Shah Alam pun boleh mengawal penonton yang berjumlah 80 ribu pada malam tahun baru. Takkanlah demo aman ni sampai nak cipta keganasan.

Akhirnya kata rakyat yang bertindak ganas. Kalau polis dan FRU tidak bertindak membabi buta atas arahan mangkuk hayun UMporNO maka semua demo akan jadi aman. UMporNO tidak boleh lari lagi apabila melihat seluruh rakyat dah mula memberontak. Di kampung-kampung, di bandar-bandar, di universiti-universiti sehingga di mana sahaja rakyat akan sebut pangkah ASAL BUKAN UMNO dalam PRU13 nanti.

Inilah mimpi ngeri UMporNO selagi Anwar Ibrahim masih bebas.

9 Januari himpunan aman

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini, adalah aman dan bukan untuk menimbulkan huru-hara.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perhimpunan tersebut diadakan untuk memberi sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyangkal kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mendakwa perhimpunan itu kononnya bertujuan menghasut orang ramai dan menggugat ketenteraman awam.

“Kita tegaskan 9 Januari ini merupakan himpunan secara aman bukannya untuk menimbulkan huru-hara. Mahkamah adalah terbuka, sesiapa saja boleh hadir. Dakwaan tersebut hanyalah strategi Umno dan BN yang ingin memberi persepsi kononnya kita (KEADILAN) parti yang suka melakukan huru hara,” kata beliau kepada keadilandaily.

Menurut Shamsul, pandangan itu merupakan ‘imaginasi’ Khalid yang terpengaruh dengan laporan yang dibuat Perkasa dan beberapa NGO lain.

“Tidak pernah terlintas untuk kita bikin huru-hara dan polis harus mengambil sikap yang adil, kenapa perlu menelan bulat dakwaan oleh Perkasa?,” soal Shamsul.

KEADILAN sebelum ini melancarkan kempen untuk mengumpul sokongan rakyat bagi menyokong pembebasan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahimyang menghadapi perbicaraan kes Fitnah II.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini, Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, KEADILAN dan Pakatan Rakyat akan menggerakan 100,000 anggotanya agar hadir dalam himpunan pada tarikh keputusan itu dibacakan.

Azmin berkata, apa sahaja keputusan perbicaraan itu tidak akan menggugat iltizam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, sekiranya memenangi pilihan raya umum kelak.

Sebaliknya, katanya, Pakatan tetap sepakat bahawa Anwar tetap menjadi Perdana Menteri ketujuh walaupun Umno BN gigih untuk menggagalkan usaha itu.

~keadilan~

Monday, January 2, 2012

Dakwa Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat

PAS mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.

"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris.

Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.

Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

"Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, " katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.

Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:

- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

~harakah~

Guna Duit Zakat Bayar Guaman Jamil Khir

PKR mendakwa Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jawapan Jamil Khir, antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:

- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Sehubungan itu, Nik Nazmi berkata, Jamil Khir seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul daripada hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

"Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlulah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!" katanya.

Jamil Khir semalam menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar kerana wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi berkata, oleh kerana jawapan Jamil Khir masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan, PKR akan tetap membuat laporan polis pada minggu hadapan berhubung isu itu.

~MK~