REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, March 31, 2012

BERSIH 3.0 Akan Dilancarkan

Ketua Umum KEADILAN, Datu Seri Anwar Ibrahim berkata demonstrasi Bersih 3 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan melaksanakan tuntutan reformasi pilihan raya.

Beliau membidas SPR yang dilihat kurang serius membersihkan daftar pengundi walaupun pemeriksaan Institut Sistem Mikroelektronik Berhad (MIMOS) menemui pelbagai kejanggalan di dalamnya.

“Terlalu banyak kes apabila lebih seratus pengundi berkongsi satu alamat sama, dan ia melibatkan seramai 78,000 nama pengundi.

“Bagaimana dengan kes yang melibatkan 80 dan 90 pengundi dengan alamat yang sama? Kita dimaklumkan kes paling kerap adalah 20 hingga 30 nama dalam satu alamat,” jelasnya.

Anwar membandingkan situasi ini dengan situasi di India, apabila tidak wujud pengundi hantu di sana kerana pegawai pilihan raya yang cekap dan komited menjalankan tugas.

“Saya bertemu bekas Pengarah Pilihan Raya India, dan beliau memaklumkan tiga bulan menjelang pilihan raya, kerja mereka hanya membersihkan daftar pengundi.

“Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada? Kecuali Bersih 3,” tegasnya.

Beliau berucap semalam dalam program di kediamannya, yang mengumpulkan beberapa bekas pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), antaranya ialah Profesor Dr Razali Nawawi, Dr Muhammad Nur Manuty dan Datuk Idris Jauzi.

Ia dianjurkan secara bersiri oleh rakan-rakan lama Anwar – bertujuan menerangkan peribadi dan perjuangan Anwar yang diserang hebat oleh Nallakarupan dan Zulkifli Nordin dengan bantuan media Umno BN.

~keadilandaily~

Anwar Bukan Penakut Macam Murujib Jadi Saksi Di Mahkamah

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah gentar dan mengelak untuk hadir ke mahkamah jika diperintahkan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau sudah lali dengan taktik Umno yang cuba menyekat kemaraan politiknya dengan membuatkan beliau turun naik ke mahkamah dan jugda ianiaya polis.

Namun, beliau enggan menerima satu perintah sapina yang diserahkan kepadanya di bangunan Parlimen semalam kerana tidak dimaklumkan dengan jelatentang kes itu.

“Saya disapina ke mahkamah. Saya tak terima sebab saya tidak tahu kes apa,” kata Anwar merujuk kepada agensi Bernama yang melaporkan berita itu.

Berita itu menyebut Anwar diminta hadir sebagai saksi pembela dalam satu prosiding sivil melibatkan kemudahan pinjaman bersindiket RM445 juta sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Defendan dalam kes itu adalah seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe. Pada tahun 1998, Low dikenakan perintah undang-undang oleh Hong Leong Finance Berhad untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM28 juta.

Low bagaimana pun mendakwa beliau diminta bertindak sebagai penama untuk urusniaga pinjaman bersindiket itu oleh dua orang, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah.

Low berkata Mohd Faiz Abdullah pada masa pinjaman itu dibuat mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Anwar selaku Menteri Kewangan.

Dalam ceramahnya di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bangi semalam, Anwar sempat menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang enggan menjadi saksi Fitnah II sehingga ke akhir perbicaraan.

“Saya tahu nama saya Anwar Ibrahim, pantang dicabar. Dipanggil ke mahkamah aku pergi ke mahkamah.

“Ingat aku macam pemimpin kamu? Ingat aku Najibkah?” soal Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

~keadilandaily~

Thursday, March 29, 2012

NallaKerapu KePundek Dah Mula Merapu

Kenapa Anwar difitnah sebegini rupa? Kenapa lelaki yang namanya juga Anwar tapi tak pula difitnah sebegini rupa? Aku pernah kata dulu selagi lelaki yang bernama Anwar Ibrahim tak mati selagi itulah akan dimusnahkan karier politiknya. Kalau lelaki tu nama Anwar Ismail ke Anwar Yusuf ke lantak pi lah sebab nama-nama ini bukan ditakdirkan untuk menjadi PM Malaysia selepas PRU13 nanti.

Kes Anwar Ibrahim yang telah selesai di mahkamah setelah SayFOOL yang memang FOOL habis dimalukan kerana mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah meliwat SayFOOL. Tetapi yang peliknya SayFOOL tu kata ada lelaki yang meliwatnya dan DNA X, Y tu milik siapa sebenarnya? Budak tadika pun tahu kalau mahkamah kata bukan Anwar Ibrahim yang liwat SayFOOL tu tapi budak gay tu mengaku ada orang meliwatnya tentulah ada lelaki lain tetapi semestinya bukan Anwar Ibrahim....

Ini kena check semula DNA ni. Mana lah tau dalam dunia politik sekarang ni macam-macam boleh terjadi. Yang merapu pun ada. Yang sedang merapu pun ada. Yang tengah merapu pun ada. Sekarang ni yang sedang merapu Nalla pundek.

Dia kata Anwar Ibrahim ni lelaki biseksual pula. Korang tau apa tu biseksual? Lelaki yang boleh beromen dengan perempuan dan lelaki sekaligus ataupun lelaki tu beromen dengan perempuan esoknya pula ada nafsu pula nak beromen dengan lelaki. Memang betullah sabda Nabi Muhammad s.a.w diakhir zaman ni fitnah tentang zina cukup banyak.

Nalla Pundek kata dia ada bukti macam Ezam Katak Nor kata lah ada 7 kotak hitam bukti penyelewengan Anwar Ibrahim tapi dah bertahun-tahun peti tu rasanya dah jadi tukun. Ummi HangPiDa pun kata ada bukti yang Anwar Ibrahim ada skandal seks. Datuk T pun ada bukti video seks yang melibatkan Anwar Boroi. Semuanya bertujuan nak jatuhkan Anwar Ibrahim yang semuanya kerja UMporNO yang dah mula kecut teloq menjelang PRU13 ini.

Nalla Pundek kata dulu dia bekalkan Anwar Ibrahim dengan perempuan-perempuan supaya Anwar Ibrahim boleh romen cukup-cukup. Kira Nalla Pundek ni bapa ayam lah kan. Mana polis takkan tak nak ambil tindakan terhadap Nalla Pundek ni. Dia berani cakap yang dia bekalkan perempuan untuk Anwar masa jadi kawan rapat Anwar.

Sekarang ni dia kawan rapat siapa pula??? Kalau betul dia bekalkan perempuan untuk Anwar Ibrahim masa jadi kawan rapat takkan Nalla Pundek ni taknak bekalkan perempuan kepada kawan rapatnya pula sekarang. Apatah lagi nak menghargai jawatan senator yang dia dapat. Korang boleh pikiaq tak?

Bukti apa yang dia nak tunjuk? Nak tunjuk bukti yang bertahun-tahun dulu tuduhan Anwar Ibrahim meliwat 2 pembantunya dan Shamsidar? Kes lama nak buka kembali buat rakyat meluat dan menyampah dengan UMporNO lebih-lebih lagi Murujib yang takut bini. Maaflah Datuk Nalla Tamby Pundek bukan aku nak kurang ajar dengan hang tapi jangan kerana jawatan hang jadi barua UMporNO macam Ezam badut sarkas UMporNO tu.

Mungkin rakyat boleh percaya satu sahaja kot kalau hang cakap yang hang tengok dan ada pengalaman sendiri yang Anwar Ibrahim tu meliwat hang sambil beromen dengan bini hang. Takkan sampai macam tu hang nak fitnah ANwar Ibrahim kot Datuk Nalla.

Fikirlah sama nasib Malaysia kerana kita nakkan keadilan dan keharmonian bukan kezaliman UMporNO dan BN lagi. Tapi kalu lu cakap macam tu jugak maknanya LU PERGI MAMPUS LAH...

Wednesday, March 21, 2012

Perangai Sebenar Hassan Al-Buaya Wal Taik

Beginilah kata orang berilmu ke mana tumpahnya taik kalau tidak ke muka Hassan Al-Buaya. Belajar tinggi-tinggi tapi kalau dah berasal dari parti tong taik UMporNO memang terpalit taik lah juga walaupun tak banyak sekurang-kurangnya busuk tetap terserlah.

Dulu masa mula jadi ahli PAS keluar dari UMporNO nak bangunkan Islam yang syumul. Kesilapan PAS tak nampak sifat dan sikap sebenar Hassan Al-Buaya ni. Maklumlah pelakon buaya terbaik. Buaya dah lah tak ada lidah. Main telah jer semua taik-taik UMporNO tu. Makan bangkai pulak tu. Mana bau kotor ke tak. Pandai berlakon untuk menjerat mangsa. Namun sepandai-pandai Hassan Al-Buaya berenang dalam sungai masuk juga dalam kolam taik.

Bila dah dipecat dari PAS mulalah gila meroyan kata PAS pecat dia sebab Anwar. PAS bela Anwar yang Hassan Al-Buaya tuduh seorang peliwat. Aku tengok SayFOOL tu pun geli. Nak liwat apa macam tu jubur berbulu. Kira kalau terjadilah liwat antara SayFOOL dengan lelaki X ke Y ke Z ke kira si SayFOOL ni biseksual lah jugak orangnya. Barua ni kan dah bertunang. Tentu keingginan nafsunya terhadap perempuan pun ada. Dengan lelaki X, Y atau Z pun ada jugak ke? Nasib baik tak ada nafsu dengan beruk...

Cukup terserlah Hassan Al-Buaya bertikam lidah dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani. Segala pertikaman lidah Hassan Al-Buaya dengan ADUN PAS mendapat reaksi positif dari ADUN UMporNO. Macam SenaTAK Ezam barua UMporNO lah. Bagi ceramah sana sini ada kotak hitam segala rahsia Anwar tapi haprak habuk pun tarak.

Mudah kerja UMporNO tak payah nak pening-pening kepala nak lawan PAS. Cukuplah hantar barua balaci merangkap kuli taik UMporNO iaitu Hassan Al-Buaya melawan PAS. Tapi rakyat Selangor khususnya dah tahu beginilah rupanya sikap seorang bekas Exco Agama Selangor ingin menjahanamkan parti Islam yang telah diterima rakyat 50 tahun dulu lagi. Alah ulamak bodoh UMporNO pun biar sahaja segala penyelewengan apatah lagi membabitkan akidah para pemimpin UMporNO macam tu sahaja. Takut duit tak masyukkkk.

Inikan pula Exco Agama Hassan Al-Buaya yang bukannya pandai sangat agama. Cuma tau cakap banyak boleh lah. Kalau betul nak jaga agama Islam suruhlah KERAjaan UMporNO buat undang-undang Islam. Kalau takut sangat dengan Hudud yang dikatakan Hudud PAS minta puak-puak ulamak UMporNO rangka Hudud UMporNO. Kita rakyat Malaysia yang beragama Islam terima sahaja. Tak ada masalah pun asalkan bertepatan dengan hukum Hudud Allah.

Tapi sampai sekarang mana dia Hudud ciptaan UMporNO kalau Malaysia ni negara Islam???

Sebelum nak perbetulkan PAS yang penuh dengan alim ulamak perbetulkan KERAjaan UMporNO dulu yang penuh dengan ular dalam semak. Atau hang pun dah jadi ular dalam semak dalam UMporNO kot. Buat menyemak jer tengok muka hang dalam DUN Selangor. Selepas ni rakyat akan sepak terajang hang sebagai pengkhianat parti Islam dalam sejarah Malaysia.

Lu boleh blah la Hassan Al-Buaya

Berani Ke Tukar Lokasi Lynas Di Pekan Parlimen Murujib?

Satu usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang.

Memetik bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang bercanggahan.

Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.

Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya.

Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi.

Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan.

~MK~

NallaKerapu Kena Saman 100 Juta Dengan Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Surendran juga berkata, laporan itu sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan.

"Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN," katanya.

~MK~

Tuesday, March 20, 2012

Bukan 2/3 Tak Dapat Tapi UMporNO Kalah Terus

Nak tergelak cipan aku bila Murujib dah mula bertukar jadi pelawak sarkas pula baru-baru ini bila Murujib kata yang jika parti Bini Najib atau lebih popular BN gagal mendapat 2/3 majoriti maka politik negara akan menjadi tidak menentu.

Korang boleh bayangkan tak apa maksud Murujib tu???

Maksudnya Murujib yang kini PM 1Malaysia kita dah mula kecut teloq dengan mood rakyat yang kini sedang marahkan pemimpin UMporNO apatah lagi barua-barua dan balaci-balacinya yang suka mengampu parti yang dah nak mampus selepa PRU13 nanti.

Murujib dah dapat membayangkan ketakutannya untuk mendapat 2/3 majoriti kerana walaupun parti pembangkang dihentak kuat dihempas pulas dan disekat kebebasan namun realitinya di dunia kini semua parti pembangkang sedang menguasai kerajaan yang baru.

Murujib juga tak dapat nak bayangkan mimpi ngerinya yang asyik meracau-racau di tengah-tengah malam itu belum Bik Mama lagi yang dah jadi gila meroyan takut BN kalah sebab mangkuk-mangkuk ni tahu kalau kalah saja pasti Pakatan Rakyat akan dakwa segala salah laku, penyelewengan, rasuah dan apa sahaja yang barua-barua ni buat di mahkamah.

Yang paling tak best tu Murujib juga akan mencipta rekod sejarah Malaysia yang memang tak boleh diubah menjadi PM paling sekejap itupun setelah merampas dan meminta Pak Lah turun. Memang cilakak punya orang macam ni. Hidup pun susah mampus lagi lah susah mau jawab sama itu malaikat.

Sekarang ni aku nak bagitau lah kat Murujib dan pemimpin UMporNO yang lain-lain tu tak payahlah nak takut atau nak kejar 2/3 majoriti sebab UMporNO dan BN akan kalah terus dan Pakatan Rakyat akan mentadbir negara dengan lebih adil dan harmoni.

Kenapa rakyat mesti takut nak berubah???

Dengan KERAjaan UMporNO kita dah kena kebas berbilion ringgit tak kan nak kata perlu bersyukur lagi kot. Murujib guna duit rakyat beratus ribu buat pertunangan anak dia, guna duit rakyat pergi shopping dengan bini dia, guna duit rakyat untuk penuhkan poket kroni dia patutnya Murujib dan barua-barua dia yang kena bersyukur.

Rakyat adalah kuasa terbesar sesebuah negara... Kita perlu ingat tanpa rakyat tiadalah pemimpin negara. Jadi kenapa rakyat perlu takut. Kita masih ada DYMM dan raja-raja yang kita sanjung daulatnya. Dari dulu kita bersama kesultanan Melayu dengan taat setia.

Murujib bukan raja. Pemimpin UMporNO bukan sultan. Tak setia pada mereka tak bermakna kita menderhaka kepada negara. Kalau pemimpin negara buat salah kita tukar dengan yang baru. Ini negara Malaysia yang kita sayang perlulah dipimpin dengan penuh tanggungjawab.

Jadi peluang kali ini biarlah kita memilih pemimpin dari Pakatan Rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat. Kalau kita lihat selepas kemenangan Pakatan Rakyat tetapi nasib rakyat masih tidak berubah kita tukar semula kepada kerajaan yang lain. Apa masalahnya????

Yang penting ABU - Asal Bukan UMNO dan aku nak tambah sikitlah. Kalau pun korang nak sayangkan UMporNO tu pangkahlah sebab YB pembangkang dari UMporNO pun penting dalam DUN atau Parlimen juga. Tapi yang pastinya jangan pangkah Murujib di Pekan. Kasih kuburkan terus dengan segala dosa penyelewengan dan salah lakunya kepada rakyat.

ASAL BUKAN UMporNO - ABU

Monday, March 19, 2012

KERAjaan Bagi Rakyat Ambil Tapi Pangkah PR

PAS mendakwa 'nasihat' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat tidak menggadai masa depan dengan mengundi pembangkang membuktikan BN bimbang dengan perubahan 'mood' rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak kenyataan Najib yang menggambarkan kerisauan BN.

"Pemikiran Perdana Menteri ini masih lagi pemikiran lama, belum berubah.

"Dulu Perdana Menteri merayu pengundi berilah peluang sekali lagi kepada BN. Kemudian beliau minta maaf di atas kesilapan BN dan kali ini beliau kata jangan gadai masa depan dengan undi Pakatan.

"Saya fikir ini menggambarkan BN berada dalam keadaan bimbang terhadap perubahan mood rakyat sekarang," kata beliau pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sempena konvoi penerangan Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Wilayah Persekutuan, semalam.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, tidak timbul soal menggadai masa depan rakyat kerana terbukti mereka menerima manfaat yang lebih baik di begeri-negeri Pakatan Rakyat berbanding di bawah kerajaan BN.

"Bila rakyat buat perubahan tidak timbul soal gadai maruah atau gadai masa depan sebab negeri-negeri yang rakyat buat perubahan, rakyat ternyata mendapat manfaat lebih baik daripada apa yang ditawar BN.

"Selain pendapatan negeri-negeri yang meningkat berkali ganda, jelas bahawa negeri-negeri yang dimenangi ini, kita berjaya membersihkan imej pemimpin-pemimpin korup dan tak ada isu-isu begitu berlaku di negeri kita menang termasuk di Kelantan selama 20 tahun," katanya.

Tambahnya lagi, negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran yang telus contohnya dalam pemberian projek, dilakukan secara tender terbuka.

"Tak timbul soal menggadai masa depan sebab sebarang elemen pembangunan sebagai contoh sumber negeri, kerajaan negeri yang kita menang semua projek melalui tender terbuka dan diadakan perbincangan direct dengan mereka yang terlibat dalam setiap pembangunan yang nak dibuat," katanya.

Kelmarin, Najib mendakwa BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.

Beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus tadbir negara.

~harakah~

Pulangkan RM976.7 juta kepada rakyat

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR

Bukti Kepimpinan Murujib Hampeh

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar Umno hari ini.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.

“Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

“Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat,” ujarnya.

Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu. Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.

~harakah~

Friday, March 16, 2012

Mampus Murujib Nak Sembunyi Gani CockTail Dan Musa Hassan Al-Buaya

Tekanan semakin meningkat terhadap perdana menteri supaya menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ini ekoran seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan jika tribunal itu ditubuhkan.

Katanya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa perdana menteri boleh dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan salahlaku jenayah seseorang (yang telahpun berada dalam pengetahuannya).

Bukti yang dirujuk oleh Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat I manakala Gani mengetuai pihak pendakwaan. Mat Zain merupakan pegawai penyiasat insiden mata lebam itu.

Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk menyiasat Gani dan Musa.

~MK~

UMporNO Kepala Bapak SPR Ke?

Sebelum-sebelum ni pun ramai pengundi yang merungut semasa mengundi. Punyalah panjang beratur tetapi pengundi tetap sabar menunggu sambil berborak-borak dengan pengundi-pengundi lain. Bila sampai sahaja di kaunter SPR kertas undi tak boleh nak bagi sebabnya namanya tiada dalam zon mengundi tersebut.

Sebelum-sebelum ni dia pangkah undi di kawasan itu. Tidak pula berbangkit perpindahan lokasi. Kalau yang muda-muda OK lah lagi. Sambil-sambil chatting dalam FB tu sempat lah semak kawasan mengundi. Tapi bagi pakcik makcik yang ulang alik pergi masjid yang buta IT mana nak tahu dia dah ditukarkan kawasan mengundi? Kenapa SPR tak hantar je telegram bagi tahu pakcik makcik tu yang dia dah dipindahkan kawasan mengundi?

Yang lagi best ada juga pengundi yang memang mengundi di kawasan tersebut. Tapi bila dah beratur panjang lama nak mampus tunggu giliran nak pangkah tapi pegawai SPR beritahu DIA dah mengundi pun. Mau tak merah padam muka pengundi macam ni. Ini yang dikatakan P.Ramlee boleh mendatangkan marah. Mau je nak sepak sekor-sekor pegawai SPR kalau diikutkan hati.

Ini semua SPR perlu main peranan supaya lebih meyakinkan rakyat. Selagi segala kelemahan ini menampakkan untuk kemenangan KERAjaan rejim UMporNO selagi itulah kreadibiliti SPR akan tergugat. Rakyat akan menganggap SPR adalan barua dan balaci UMporNO. Ada sahaja usul penambahbaikkan dari parti pembangkang akan dijawab dan ditolak tanpa kaji selidik.

Setidak-tidaknya terimalah dan bawa rundingan dulu barulah buat apa yang patut. Atas desakan pembangkang contohnya dakwat kekal akan digunakan dalam PRU13 ini. Tapi benda ni lambat lagi. Takut last minit pengerusi SPR kata dakwat tu tak ada pula. Macam pengerusi SPR yang dulu barua UMporNO kata dah beli dakwat tapi tak nak guna. Jadi dia nak rifil dakwat tu dalam pen kakitangan awam kot? Bodoh punya kenyataan...

Bila rakyat buat aduan ramai yang tak nampak. Tapi bila dah MB Selangor buat aduan mulalah SPR nak melalak. Kata persempadanan semuala kawasan mengundilah. Sebenarnya memang persempadanan semula tu boleh dibuat selepas beberapa tahun tapi inilah satu peluang UMporNO untuk memenangi PRU13. Murujib sendiri dah takut sampai turun jumpa rakyat kononnya baik sangat lah. Minta maaf pada rakyat Kelantan, Selangor, Perak, Kedah menagih simpati konon. Pooorahhhhh.

Kalau berani minta maaflah pada rakyat pasal dah guna banyak duit rakyat bayar shopping Bik Mama kat Dubai dan menginap di hotel mewah. Ada beraniiii??? Apapun alasan SPR seperti kata orang tua-tua tepuk dada tanyalah iman. Tanyalah pengerusi SPR dia pangkah parti apa dalam PRU13 nanti. Ada berani dia nak jawabbbbb??

Murujib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU13

Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.
Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. ..PahangDaily.

Sunday, March 11, 2012

Murujib Malukan MahaFiraun Isu Israel

Melihat kepada ketiga-tiga pucuk surat yag pernah ditulis oleh Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada 1993, Benjamin Netanyahu pada 1997 dan Ehud Barak pada 1999, jelas sekali bahawa ia tidak banyak membantu memulihkan persepsi rakyat terhadap bekas Perdana Menteri itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai perkara mengenai Israel.

Ia juga jauh dari sasaran untuk menghenyak Anwar yang dalam temubualnya dengan AWSJ mahu menjamin keselamatan negara Israel dengan syarat aspirasi perjuangan rakyat Palestin dipenuhi dulu. Temubual dengan Anwar yang hanya dikutip separuh dan ditinggalkan separuh lagi telah digunakan semahu-mahunya untuk menjejaskan reputasi Anwar dan PR menjelang pilihanraya akan datang.

Di sebalik pelbagai rentetan lainnya, Mahathir juga membuat dakwaan bahawa Amerika dan Israel memang menghendaki Anwar sebagai pemimpin Malaysia supaya boleh dijadikan boneka oleh mereka. Anwar juga dituduh akan mengiktiraf Israel dan menjalin hubungan diplomatik sekiranya menjadi Perdana Menteri.

Serangan balas kemudian bermula dan berterusan agak lama. Dan Najib yang melantik APCO, sebuah firma perhubungan awam antarabangsa yang dikaitkan dengan Yahudi serta dengan kos RM77 juta setahun, turut terpalit sama.

Mahathir, di sebalik wataknya yang keras terhadap Barat dan sokongan yang berterusan kepada Palestin, telah dikaitkan mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin Israel. Lebih dari itu Mahathir juga dituduh membenarkan hubungan dagang yang aktif dengan Israel serta memberi kebenaran kepada beberapa kunjungan pasukan dan ahli sukan Israel ke nagara ini.

Untuk menangkis secara tuduhan dan cakap-cakap itu dan juga disamping untuk membuktikan keada umum bahawa kononnya hanya Anwar Ibrahim yang cenderung ke arah menyokong Israel berikutan temubualnya dentan AWSJ baru-baru ini, Najib telah mengambil keputusan untuk mendedahkan surat-surat Mahathir itu kepada pengetahuan umum.

Tujuannya ialah untuk rakyat menilai dan juga membuktikan bahawa Mahathir tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak sesekali pernah mengiktiraf negara Israel.

Namun sebaik meneliti surat-surat Mahathir itu, walaupun ia memperlihatkan sokongan Mahathir kepada perjuangan rakyat Palestin, ia juga menyerlahkan watak sebenar Mahathir yang cuba berbaik dan menjalin hubungan dengan Israel.

Di sebalik sikap kerasnya kepada Barat dan kecaman yang lantang terhadap Israel serta penglibatannya dalam banyak program membantu rakyat Palestin, Mahathir nyata mempunyai pendirian berbeza melalui surat-suratnya itu.

Dalam surat kepada ketiga-tiga surat itu ternampak jelas niat dan keinginan Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel, suatu pendekatan yang nyata berbeza dengan pendirian Anwar sebagaimana temubualnya dengan AWSJ. Walaupun Anwar mahu menjamin keselamatan Israel setelah aspirasi perjuangan Palestin dipenuhi tetapi menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin, antara yang ditulis Mahathir ialah "Demi prinsip umum, Malaysia sedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai."

"Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel." (Bahagian ini ditulis tangan oleh Mahathir).

Dalam suratnya kepada Benjamin Netanyahu pula, Mahathir menulis "Kami bersedia mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi belum dapat berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik saja mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan menjadi hubungan yang tetap"

Sementara dalam suratnya kepada Ehud Barak, Mahathir menyatakan "Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel."

Ternyata amat jelas niat dan keinginan Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel itu diluahkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Kalau Anwar dikaitkan untuk menjamin keselamatan negara Israel setelah aspirasi perjuangan rakyat Palestin dipenuhi terlebih dahulu, maka apakah yang mahu ditafsirkan melalui surat-surat Mahathir ini. Nyata sekali Mahathir sudah pergi ke jauh ke depan dengan niat dan keinginan untuk membina hubungan diplomatik dengan Israel.

Yang pastinya surat-surat ini sama-sekali tidak menguntungkan Mahathir, sebaliknya mendedahkan tembelangnya yang sebenar kepada umum.

Apakah dengan pendedahan ini, ia sebenarnya merupakan muslihat halus Najib untuk memalukan Mahathir dan juga strategi supaya bekas Perdana Menteri itu perlu banyak berdiam diri sekarang ini?

Tersangat jelas bahawa kandungan surat-surat ini tidak membantu Mahathir langsung. Ia malahan berjaya meremehkan watak keras dan sokongan Mahathir kepada Palestin selama ini.

Dalam masa yang sama, tersebar pula berita bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Badawi atau Pak Lah akan terus dikekalkan bertanding di Kepala Batas dalam pilihanraya akan datang kerana dianggap memenuhi ciri-ciri "winnable" yang menjadi garis panduan Najib ketika ini.

Mahathir yang kini amat rapat dengan Najib tentunya tidak gembira dengan berita Pak Lah dicalonkan semula ini, malahan dirasakan dendam dan kebencian Mahathir terhadap Pak Lah hanya berakhir setelah nyawa terpisah dari badan.

Selain itu, Khairy Jamaluddin atau KJ pula dikhabarkan akan dilantik sebagai Pengerusi PUNB dalam waktu terdekat ini sebagai sebahagian usaha Najib memberinya kekuatan tambahan menghadapi PRU 13 ini. Sudah tentu KJ juga akan dicalonkan sekali lagi mempertahankan kerusi Rembaunya.

Kedua-dua perkhabaran mengenai Pak Lah dan KJ ini tentunya tidak menggembirakan Mahathir. Tekanan darahnya mungkin sedang memuncak tetapi dengan pendedahan surat-surat kepada Perdana Menteri Israel yang melondehkan watak dan niat Mahathir mengenai Israel itu, tiada apa yang boleh dilakukan Mahathir. Mulutnya bagaikan terkunci dan kebolehpercayaan umum terutama umat Islam kepadanya juga mulai berkurangan berikutan pendedahan surat-surat itu.

Beliau terpaksa berdiam diri dan menelan hakikat bahawa itulah dirinya yang sebenar. Dan Najib mungkin sedang tersenyum sendirian sambil mempunyai sedikit keselesaan untuk menentukan calon-calon dalam pilihanraya yang bakal tiba.

~SDR SHAHBUDIN BIN HUSIN~

Pemunggaha​n Wang Rakyat Sedang Berlaku

Oleh kerana Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional Najib, maka terdapat kekerapan yang tinggi dalam penjualan aset tunai milik golongan elit Umno, kerana jangkaan mereka benar-benar kehilangan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Penjualan syarikat tenaga Tanjung Energy Holding, milik bilionair Ananda Krishnan, dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki 100% Kerajaan Malaysia.

Ananda Krishnan telah mendapat RM2.5 bilion lebih keuntungan daripada nilai pasaran sebanyak RM6 bilion. 1MDB sangat bermurah hati untuk membayar RM8.5 bilion bagi pembelian aset tersebut. Adalah jelas Ananda Krishnan bertambah kaya, dan terima kasih kepada perjanjian ‘manja’ daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala rakyat Malaysia telah menjadi miskin dengan wang rakyat digunakan bagi pembelian Tanjung Energy Holding.

Demi menyelamatkan diri akibat kekalahan UmnoBn dalam PRU13, kerajaan UmnoBn sekarang ini sedang tergesa-gesa melakukan pengambilalihan aset-aset penting negara dan dalam masa yang sama mendapatkan dana pilihanraya.


Jutawan dan bilionaire yang terdiri daripada kroni-kroni Umno sudah mula melakukan pengeluaran ke atas aset yang dipercayai mewakili pihak pemimpin tertinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.

Pengambilalihan Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) firma yang dikaitkan dalam komisyen RM570 juta pembelian kapal selam Scorpene, sudah tentu akan membolehkan pihak pengurusan BHIC untuk menutup mengenai akaun dan hal ehwal syarikat. Manakala sebagai sebuah syarikat tersenarai, BHIC mendapat kelonggaran Suruhanjaya Sekuriti untuk mematuhi peraturan pengawal selia pasaran.

"Kerana ketakutan BHIC dirampas, maka mereka tergesa-gesa membuat penjualan. Tetapi apabila berlakunya perubahan kerajaan, rakyat boleh yakin Pakatan Rakyat akan mengadakan suatu siasatan awam tanpa rasa takut atau memihak kepada semua tawaran menjijikkan. Terdapat banyak kes yang kita tidak boleh melakukannya semua sekali gus, tetapi satu demi satu, semua kesalahannya yang akan diambil kira untuk rakyat, " kata Naib Presiden PKR Chua Jui Meng.


Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang lebih untuk menjadi kerajaan persekutuan daripada gabungan Najib di PRU13. Antara jutawan yang sedang sibuk melupuskan aset termasuklah Vincent Tan dan Ananda Krishnan, kedua-duanya dikenali sebagai perantara kepada elit Umno.

~reformisanakmuda~

Apa akan berlaku jika BN menang dua pertiga majoriti

Lupakan sentimen peribadi, undilah mana-mana calon BN untuk memastikan kemenangan- Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu mengingatkan kepada hadirin bahawa tanpa majoriti dua pertiga, negara akan gagal berfungsi. Hanya BN yang dapat melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat. Dukacitanya, mungkin juga dua pertiga daripada pengundi di negara ini akan terpengaruh dengan kata-katanya ini.

Ia sememangnya tragis jika BN kembali memenangi majoriti dua pertiga. Kita tidak boleh bayangkan implikasi besar dan menakutkan seperti itu... CAT akan menjadi perkataan yang kotor, Pakatan Rakyat akan musnah sama sekali

Mulanya, pentadbiran CAT akan berakhir (Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan) yang kini dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. CAT akan menjadi satu perkataan yang kotor. Lebih teruk lagi, BN akan memastikan pihak pembangkang benar-benar lumpuh, tidak mampu untuk menjadi kuat seperti dulu lagi. Yang pasti, ia akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat. Ya, jika BN mendapatkan dua pertiga lagi, inilah apa yang akan berlaku.

BN dengan serta-merta akan bergerak untuk mengukuhkan kedudukannya, membuat rombakan utama kepada semua yang jawatan tertinggi dalam Pentadbiran Negara ini - Kementerian, Angkatan Tentera, Kehakiman, SPRM, Perkhidmatan Awam dan Unit beruniform, untuk memastikan pentadbir tertinggi adalah-mesra BNdan bertanggungjawab hanya kepada elit pemerintah dan bukan rakyat. Kebanyakan yang cekap dan jujur (jika ada masih tinggal) akan dipaksa bersara.

Menapis Internet, pemerkosaan dan rompakan ke atas dana negara

Ini akan diikuti dengan penapisan ke atas Internet, menyekat weblog, blog yang mesra pembangkang mesra serta media elektronik manakala Akta Maklumat ketat akan dilaksanakan bagi memastikan aliran maklumat adalah terhad dan terkawal. Internet juga mungkin disetakat terus, pelayar internet akan menghadapi kesukaran untuk terus mengakses laman web.

Rompakan dengan tanpa belas kasihan ke atas semua tabung Kerajaan dan Negeri juga akan dilakukan dengan serta merta, diikuti oleh pemerkosaan yang tiada henti ke atas sumber asli dan penerokaan hutan yang meluas. Lebih banyak wang akan meninggalkan negara Malaysia yang akan diisi di Bank Swiss dan kawasan bebas cukai diluar negara. Rasuah akan mencapai rekod terbaru sehingga menjadikan skandal PKFZ kelihatan seperti mainan kanak-kanak.

MSM untuk skandal rasuah akan diberhentikan secara terus, manakala peniup wisel akan dijadikan sasaran, bukan diberi ganjaran. Ini sebenarnya sudah berlaku bukan? Seperti dalam kes Shamsubahrin Ismail dan Datuk Fix-it dalam skandal NFC.

Korupsi yang tinggi, pengaruh Umnoisma akan meluas

MCA dan MIC tidak akan ada kuasa untuk menghentikan UMNO, dan hanya akan mengundur ke sudut sahaja, untuk membenarkan UMNOisma untuk menyebarkan pengaruhnya dan meresap ke setiap sudut dan pelusuk negara.

Konflik perkauman tidak akan berakhir seperti telah diramalkan (kebanyakannya BN penyokong), tetapi akan lebih buruk lagi kerana kaum majoriti yang cemburu dan marah pada kejayaan kaum minoriti. Retorik bangsa dan agama akan terus dibakar oleh The Three Musketeers - Ibrahim Ali, Hasan Ali dan Harussani Zakaria - untuk mengapi sentimen perkaum majoriti terhadap minoriti supaya jurang antara kaum tidak mungkin diperbaiki lagi. Salah faham akan terus menjadi barah, menyebabkan perkelahian yang mungkin juga bertukar ganas.

Kaum yang lain akan terus menyepi, akibat ketakutan, kebencian, hasad dengki dan dendam terhadap satu sama lain, idea yang sentiasa dihasut oleh tiga orang gila yang disokong oleh Umno. Kebebasan beragama akan terhakis kerana fanatik agama tidak menggalakkan minoriti dari beribadat secara terbuka di khalayak ramai. Polemik seumpama ini akan diteruskan untuk menjauhkan rakyat antara satu sama lain seperti dua magnet gergasi yang terletak di hujung yang bertentangan antara satu sama lain.

Dekri agama akan diperketatkan untuk memastikan bahawa orang Melayu tidak melangkah keluar dari garisan lagi. Orang Cina dan India akan dimasukkan ke dalam tempat mereka dengan kemunculan ekstremisme agama. Imam Muslim akan terlebih sensitif, orang bukan Melayu akan terpaksa menjadi bisu, pekak dan buta hanya untuk mengelak daripada menyinggung perasaan umat Islam. Bukan Melayu akan disekat, tidak boleh bernafas kerana kebebasan individu dilucutkan atas nama agama dan keselamatan negara.

Pekerja asing, gaji yang statik dan hartanah merundum jatuh

Lebih ramai warga asing akan dibenarkan masuk ke negara ini kerana levi yang lumayan daripada buruh asing terus menggemukkan tabung kerajaan. Di samping itu ia dapat memastikan bank undi yang berkekalan pada masa yang sukar.

Pengambilan itu akan memberi kesan pada pekerja kolar biru Malaysia yang akan terpaksa bersaing dengan warga asing akibat kekurangan peluang pekerjaan dari hari ke hari. Gaji akan statik sahaja, dan rakyat Malaysia akan terpaksa menyesuaikan diri dengan gaji yang lebih rendah atau kekal menganggur.

Barisan Nasional yang agak terbatas disebabkan pihak pembangkang yang kuat sebelum itu, akan melepaskan kemarahan dengan kemerdekaan yang baru didapati untuk menjadikan kehidupan sengsara untuk semua. Polis dan lain-lain unit beruniform akan digalakkan untuk menggunakan kuasa mereka untuk menghalang orang ramai daripada cuba mengamalkan sesuatu yang demokratik seperti berhimpun secara aman. Rela akan diperkuatkan lagi dengan kempen keahlian untuk memastikan pertahanan ketiga yang boleh dipercayai untuk BN.

BTN, 3 Musketeers dan Anarki

BTN juga akan mempunyai kebebasan untuk terus mempengaruhi minda generasi muda dan Perkhidmatan Awam; menanamkan doktrin ketuanan Melayu yang mirip kepada doktrin Nazisma. BTN mungkin dinaik taraf dan diberikan Kementerian eksklusifnya tersendiri.

Kita mungkin melihat bermulanya anarki elit pemerintah yang bercorak pemerintahan diktator untuk memastikan rakyat patuh. Cukai seperti VAT akan dilaksanakan di seluruh lembaga pada peratusan yang lebih tinggi, disamping peningkatan dalam kadar cukai individu. Potongan KWSP juga boleh dinaikkan untuk membebankan pekerja dan majikan, oleh itu, lebih banyak wang boleh di ambil dari lembaga KWSP yang patuh pada Umno.

Kos sara hidup akan naik mendadak, dengan harga makanan naik dua kali ganda, manakala petrol akan kehilangan subsidi dan harganya naik lagi, tetapi harga hartanah akan jatuh menjunam kerana sebahagian besar ekonomi telah menjadi lembap dan kurangannya permintaan daripada rakyat kerana ramai yang mahu berhijrah. Kerajaan akan menutup mata akan fenomena itu, di samping menyibukkan diri mereka dengan tabung kerajaan yang diisi semula oleh pemotongan subsidi dan kenaikan cukai.

Rakyat Malaysia dari semua kaum yang terdesak tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meminta-minta kepada kerajaan untuk meringankan penderitaan mereka dan merayu kepada kerajaan untuk bantuan. Tetapi bukankah ini sudah berlaku?

Kebiadaban juga akan menjadi-jadi dan 'samseng' (yang suka bergaduh, membuli) akan menjadi kebiasaan.
Pendidikan akan terus diabaikan, Kerajaan memberi tumpuan kepada isu-isu lain yang tidak penting. Orang bukan Melayu akan terus berebut untuk tempat terhad yang disediakan universiti, manakala graduan baru akan mendapati ianya hampir mustahil untuk mendapatkan pekerjaan.

Pada tahap mikro

Pada tahap mikro, perkara-perkara berikut akan berlaku:
Pulau Pinang akan kehilangan Ketua Menteri bukan Melayunya
Polis moral akan wujud.
Polis berkuat kuasa di seluruh negara dengan sekatan jalan di seluruh negeri dan sempadan dengan pasukan gerakan henti dan periksa.
Pusat hiburan akan dikawal dan disekat di bawah tekanan ektrimis agama.
Loji Nadir Bumi Lynas akhirnya akan beroperasi
Meritokrasi akan dipersendakan sahaja.
Tender terbuka akan tertutup
Kedaulatan undang-undang akan hilang.
Perkhidmatan Awam akan terus menjadi barah, dana akan mengalir keluar dengan banyaknya daripada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.
Patriotisme pupus apabila impian Malaysia berakhir

Perasaan patriotik akan menurun dengan drastik, apabila rakyat Malaysia mula berhijrah ke negara lain untuk mencari rezeki yang lebih baik. Arus penghijrahan akan meningkat kerana kemerosotan hak asasi manusia yang terus berleluasa.

Perniagaan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama yang lain akan tutup satu persatu, akibat kuasa beli ringgit yang mengecil, dan satu demi satu lampu akan tertutup.

Ia akan menjadi penghujung bagi impian rakyat Malaysia dan mereka akan mula berhenti daripada berharap.
Tetapi dengan senario yang menyedihkan, mengapa rakyat Malaysia terus memberi undi ke dalam kotak yang salah? Senang sahaja - sistem pendidikan kita atau yang sebenarnya sistem propaganda telah berakar umbi sehinggakan kita tidak dapat berfikir dengan betul lagi.

Namun, kurang 5% daripada perkara berbangkit telah dibincangkan, dan terdapat banyak isu-isu utama lain yang boleh berlaku jika BN kembali memerintah - begitu banyak, sehinggakan hakikatnya, ia boleh mengisi sebuah buku. Buat masa sekarang, senario di atas adalah hanya satu hidangan pembuka selera, atau sesuatu permulaan untuk kita bayangkan.

Seperti amaran naib presiden PKR N Surendran, "Selagi parti politik BN tidak menghormati kedaulatan undang-undang, institusi perkhidmatan awam kita akan terus tidak berkesan, lemah semangat dan sentiasa tunduk pada karenah politik parti pemerintah."

Sebagai tambahan sahaja. Maka bertambahlah lagi pendatang asing ke negeri Sabah dan mungkin juga Sarawak.

Sejak tahun lepas hingga ke hari ini (3 mac 2012) sudah lebih 60 buah bas ekspres dengan diiringi kereta peronda dan 4x4 jabatan imigresen melalui jalan Beaifort - Kota Kinabalu, entah ke mana arah tujunya tidak diketahui, yang pasti penumpang dalam kesemua bas-bas itu adalah pendatang asing. Pada tahun 90 jumlah pengundi berdaftar di Sabah tiba-tiba sahaja bertambah hingga melebih 500 000 pengundi baru, ramai sangatkah rakyat negeri Sabah.

Dijangakan tahun ini akan bertambah lagi pengundi berdaftar di negeri ini. Apakah akan terjadi kepada rakyat Sabah nanti hanya pemimpin yang mengetahui tapi sayangnya mereka tidak pernah ambil tahu walaupun sudah berada diperingkat pusat.

Di Sabah pendatang asing memiliki kad pengenalan dan mereka layak mengundi. JKK kampung terlibat secara langsung untuk menguruskan pengangkutan pergi balik ke tempat mengundi. Tiada siapa dapat menafikan perkara ini kerana ianya memang berlaku setiap kali hari mengundi.

Terdapat beberapa tempat yang khusus untuk pendatang asing dan dijadikan penempatan atau perkempungan rakyat asing dari Indon dan Filipina, kesemuanya atas nama UNHCR (khemah perlindungan pelarian perang).

Sebab itulah juga mengapa Sabah menjadi kubu kuat bagi BN. Bukan kerana rakyat Sabah menyokong BN tapi jumlah pengundi import dan rakyat tempatan yang kini dalam sekala 5:3 dan dipercayai majoriti pendatang asing ini diarah mengundi lambang dacing atau dihalau keluar dari negeri ini.

Mereka bukan golongan yang bekerja sama ada dalam sektor pembinaan, perladangan, pertanian apatah lagi sebagai tenaga profesional, tapi rata-rata mereka bekerja sendiri sama ada berniaga atau mengambil upah sebagai pemotong rumput atau mengubahsuai rumah. Kepada rakan-rakan si Semenanjung, kami amat berharap agar situasi ini boleh diubah.

Wang Yayasan Selangor Dirompak RM500 Juta Waktu Bawah UMNO

Rupa-rupanya, selama ini orang Melayu ditipu untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasioonal. Ditipu kerana kononnya dengan menyokong UMNO, Melayu akan gagah perkasa.


Namun, menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru, Ilham Marzuki, wang Yayasan Selangor telah lesap lebih RM500 juta sewaktu ia dibawah penguasaan UMNO dan Barisan Nasional

Tidak diketahui kemana pergi wang yang sebegitu banyak itu.

Namun, yang rakyat tahu, bekas MB Selangor sendiri membelanjakan wang yang sebegitu banyak (RM1.5juta) untuk berjalan-jalan bersama keluarga ke Disneyland dan Perancis.

Kalau seorang belanja RM1.5 juta, agaknya dekat 350 orang2 besar UMNO yang telah keluar makan angin ke Disneyland dan Perancis?

Yang masih sengkek dan merempat hanyalah orang-orang Melayu yang lain seperti saya. Kais pagi makan pagi.

HIDUP UMNO!!!! HIDUP MELAYU!!!!!

~Tulang Besi~

UMNO Pernah Menzalimi Muslimah yang Berpakaian Purdah

Di sini adalah artikel dari The Star bertarikh 12 March 1985. Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, telah mengeluarkan arahan supaya semua wanita2 yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah.


Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.

Terdapat wanita2 Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan. Terdapat pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.

Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai Kerani Umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak. Pada 6 August 1986, Halimatusaadiah telah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

Halimatusaadiah kemudiannya telah menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah diwakili oleh peguam Karpal Singh. ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman UMNO kerana memakai purdah.

Yang hairannya, UMNO tidak pernah pula ambil tindakan pada pekerja2 Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh BN.

Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin UMNO juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.

Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam UMNO ini sejak zaman berzaman. Bermula dgn Loteri UMNO 1951, lepas tu pembukaan kilang2 arak dan pada tahun 80'an pengharaman purdah.

Ini adalah identiti sebenar UMNO. Mereka adalah puak2 yang anti kepada ISlam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.

Umno di ambang sakratulma​ut

Walaupun saya lebih cenderung dengan pendapat bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13 tidak akan berlaku dalam waktu terdekat, namun ia bukan bermakna segala persediaan intensif jentera Pakatan Rakyat selama ini boleh dikendurkan.

Ia harus dilihat sebagai suatu peluang terakhir untuk memperkemas persiapan berdepan "pertarungan paling sengit yang sukar dijangkakan". Rata-rata pemerhati berpendapat PRU13 adalah kesempatan terbaik buat rakyat Malaysia menukar kerajaan persekutuan -- potensi yang tidak pernah dinikmati generasi sebelum ini.

Selaku orang paling berkuasa untuk menamatkan teka-teki yang berlanjutan sebegitu lama, Perdana Menteri Najib Razak pastinya begitu teliti dan cerewet memilih tarikh keramat itu. Berbanding presiden Umno dan pengerusi BN sebelum ini, beliau berada dalam posisi paling sukar. Survival Umno-BN berada di tangannya.

Malaysian Insider mendedahkan, sumber BN berkata pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk mengadakan pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam (SBPA). Tarikh yang difikirkan sesuai adalah seawal separuh kedua tahun ini.

(Ketua Umno Cheras, Dato' Syed Ali Alhabshee berkata kontroversi NFC perlu diselesaikan sebelum PRU13: "Jangan salahkan rakyat jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC.")

Sesungguhnya suara dan kehendak rakyat selepas tsunami 8 Mac 2008 tidak mudah ditelah lagi. Selepas empat tahun menang besar pada 21 Mac 2004, Abdullah Ahmad Badawi ternyata gagal membaca mesej dan isyarat akar umbi. Belum sempat mengubati duka ekoran tamparan hebat keputusan PRU12, beliau dipaksa turun oleh rakan-rakan rapatnya dalam Umno.

Meskipun seorang perdana menteri dibantu pelbagai kemudahan strategik (tidak terkecuali agensi perisik) dan sokongan kewangan yang melimpah, juga dengan bantuan penasihat sekeliling pinggang, ia belum menjamin
kelangsungan hayat gabungan parti yang diterajuinya.

(Ironinya, seringkali berlaku, bagi mana-mana regim yang meniti sakratul maut, seperti yang menimpa Suharto dan ramai diktator di Timur Tengah, perhitungan di waktu kritikal kerap tersasar. Keputusan yang dipilih
sebenarnya makin mempercepatkan lagi kuasa rakyat meratah kerakusan mereka).

Jika Abdullah boleh tertipu dengan petunjuk di sekitarnya, sehingga gagal memahami realiti dan menangkap maksud simbol-simbol di hadapannya, apakah hebatnya Najib untuk tidak mungkin mengulanginya lagi?

Memang situasi yang dihadapi Abdullah dan Najib itu berbeda.

Abdullah dan sekutunya (termasuk anak menantu dan perancang kempen di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri) terleka dan dibuai kemenangan gemilang 2004, serta langsung tidak menduga rakyat Malaysia bijak menggunakan kesempatan dalam kotak undi. Malah pembangkang sendiri tidak membayangkan akan memperolehi sokongan luar biasa itu. Semuanya terkedu.

Najib sekarang amat menyedari bahawa Putrajaya bakal terlepas tangan jika tiada langkah berkesan diambil. Justeru, bermacam-macam program politik dilancarkan. Jentera BN mungkin memposisikan dirinya dalam kedudukan atau senario paling buruk, iaitu hilang kuasa di peringkat persekutuan --situasi paling ngeri yang tidak pernah dialaminya.

Bukankah Najib pernah melafazkan ikrarnya di hadapan perwakilan Umno, yang ditonton rakyat Malaysia secara langsung, untuk mempertahankan Putrajaya sehingga "titisan darah terakhir"? Jika kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 langsung tidak dapat dihidu, apakah tidak mustahil strategi Najib kini juga belum dapat dijejak?

Bagi parti pemerintah yang tidak pernah kalah sejak merdeka 55 tahun lalu, ikrar seumpama itu besar sekali implikasinya. Ya, masakan Najib hanya menunggu takdir menelannya? Pastinya segala yang boleh  diperkakaskan untuk mempertahankan kuasa demi menjaga kepentingan yang begitu banyak, akan dilibatkan, biar setinggi mana sekali pun nilai kosnya.

Najib tentu tidak mahu -- walaupun sekadar untuk membayangkan -- memimpin Umno tanpa merangkul erat kuasa politik. Sebenarnya, kalaupun BN belum ditakdirkan tumbang, tetapi dengan mengulangi prestasi buruk Abdullah pada 2008, ia sudah cukup untuk memaksa Najib berundur lebih awal. Dan saya tidak dapat bayangkan situasi Rosmah Mansor ketika itu!

Timbalannya, Muhyiddin Yasin, sudah berpengalaman melakukannya dengan berkesan sekalai terhadap Abdullah dahulu dan pasti tidak melepaskan peluang untuk mendesak Najib mengaku kalah. Dr Mahathir Mohamad tentu boleh membantu Muhyiddin ....

Jatuhnya Kedah, Selangor dan Pulau Pinang (serta Perak, sebelum tiga Adun Pakatan disogok Najib) pada 2008 cukup memeritkan. Dr Mahathir berkali-kali mengingatkan ahli-ahli Umno, bagi mengelak pertembungan merebut jawatan dalam parti, apa ertinya menang dan terpilih sebagai pemimpin Umno
sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya. Umno tanpa kuasa akan hilang seri, bisa dan segalanya.

Rakan saya, Zulkifli Yahaya memberi satu analogi menarik: "Umno ibarat mitos orang tua yang membela hantu raya. Pemilik hantu raya kelihatan gagah dan bergaya adalah kerana hantu raya yang menumpang dalam dirinya atau dia yang menumpang hantu raya. Sama-sama menumpang, macam BN yang bertenggek
pada kekuatan kerajaan pusat. Kekuatan Umno ialah kerajaan. Tanpa kerajaan Umno sudah reput dan berkubur."

Kelebihan Najib berbanding Abdullah adalah daripada segi kewaspadaannya yang tinggi. Setiap rentak dan langkah, malah diam dan bicaranya pun diperhitungkan terlebih dahulu natijah politiknya. Abdullah masih
berbekalkan mood bulan madu 2004 bila berdepan PRU12. Langsung tidak terbayang majoriti dua pertiga BN di Parlimen akan dinafikan, apatah lagi lima negeri turut tumbang.

Pelbagai janji, tawaran dan komitmen pembaharuan Abdullah hanya manis di bibir. Beliau tidak menyangka majoriti rakyat hanya menunggu masa untuk menghukumnya.

Kini, Najib melihat beliau masih ada peluang untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat. Jika wang perlu ditabur lebih banyak, seperti diamalkan melalui bermacam-macam insentif 'one-off' sekarang, maka segalanya akan dihambur.

Peduli apa jika negara bankrap kerananya nanti, asalkan kuasa masih di tangan, khazanah kekayaan menjadi harta sendiri. Bukankah selama ini pemborosan dan pembaziran menjadi kelaziman untuk habuan kroni dan
suku-sakat? Justeru, apalah yang mahu difikirkan sangat untuk sesekali "bersedekah" buat rakyat bagi meraih kembali sokongan yang mula menghilang itu? Najib faham benar keberkesanan politik wang.

(Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan amalan korupsi dan kapitalis kroni oleh BN yang akan menjadikan negara ini muflis dan bukannya konsep negara berkebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat).

Cuma, mampukah Najib mengekang budaya ceh keting di kalangan pemimpin Umno selepas mengetahui nama mereka digugurkan sebagai calon PRU13 nanti, satu fenomena biasa dalam setiap kali pilihan raya? Difahamkan Najib ada taktik tertentu (mengulangi kaedah Mahathir) untuk memastikan kesetiaan itu
berkekalan. Fail-fail rahsia pemimpin Umno yang berada di atas meja Perdana Menteri akan dijadikan bahan tarik tali atau umpam menjinakkan kemarahan tidak terpilih sebagai calon.

Apa pun saya kurang yakin ia berkesan mengubati derita Umno. Parti itu akan terus bergolak apabila tiba "bab kuasa". Tiada ubat mampu menyembuhkan penyakit kronik itu. Justeru, strategis Pakatan harus pintar menambah-parahkan lagi luka tersebut. Zulkifli Yahaya menyuntik idea: "(Untuk) menjana perpecahan dalam Umno, maka projek ala Trojan Horse mestidigerakkan secara berperancangan serta bersungguh-sungguh di semua peringkat jentera pilihan raya parti. Jangan biar perpecahan dalam Umno hanya berlaku secara kebetulan. Maksudnya perlu sediakan tenaga dan bajet untuk 'melicinkan' lagi perpecahan itu."

Dalam satu majlis makan malam mengutip dana PRU13 untuk PAS Pokok Sena, ketua Mahfuz Omar, yang juga Naib Presiden PAS, membayangkan bahawa berbeda pilihan raya sebelum ini, PRU13 ditunggu-tunggu rakyat. Ramai sudah memutuskan siapa yang akan diundi.

Berbeda pandangan seorang pensyarah sains politik, pengundi kali ini lebih cermat dan menghargai hak mereka. "Rakyat mengundi bukan lagi dengan sentimen, mereka menilai banyak sudut, terutama keuntungan yang bakal mereka perolehi. Mungkin orang yang kita nampak seperti penyokong kuat BN tetapi semasa mengundi akan menyokong Pakatan, begitu juga sebaliknya," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan aktivis Pakatan Rakyat bahawa "ibu segala pilihan raya" ini terlalu getir dan bakal memakan korban besar. Ingatannya itu dituturkan oleh banyak pihak lain, namun saya tertarik dengan
penekanannya, iaitu apa yang selalu saya ulangi: "Umno-BN dan Najib tidak leka lagi. Mereka sudah bersedia dengan serangan hendap dan penembak tepat. Najib tidak akan ulangi kelalaian Pak Lah."

Namun, di atas segalanya adalah kehendak dan nurani rakyat. Apakah mereka, khususnya pengundi Melayu, mudah digula-gulakan lagi semasa kempen nanti, atau tekad mengimpikan perubahan tetap menyala biar Najib bersedia mempertaruhkan segalanya untuk survival kerjaya politik dirinya dan BN?

Saya tetap berdegil untuk mengingatkan diri sendiri bahawa Pakatan, khususnya PAS, perlu lebih bekerja kuat berkali lipat, dengan strategi dan pendekatan berkesan, bagi mengubah persepsi masyarakat Melayu-Islam. Saya masih risau dengan kecenderungan pengundi Melayu di kampung-kampung tradisi dan penempatan Felda misalnya, tetapi tetap yakin bahawa ruang dan peluang tetap terbuka luas untuk dimanfaatkan.

 ~Ahmad Lutfi~

Thursday, March 1, 2012

Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001

Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.



(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)



Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

~Harakah~

Umno perlu perjelas dagangan M’sia-Israel

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan suatu maklumat di Harakahdaily pada hari ini yang mendakwa bahawa Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, maklumat yang dikutip dari Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.

Malaysia pula dicatatkan menjadi negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

“PAS WP berpandangan, kedudukan ini menunjukkan bahawa Malaysia benar-benar serius mengadakan hubungan dengan Israel.

“Dengan fakta yang dikemukakan ini, apakah alasan lain yang boleh diberikan oleh pemimpin Umno bagi menafikan maklumat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS WP, ujarnya merasa sedih kerana pemimpin Umno tidak menjaga sensitiviti umat Islam dunia dan negara ini.

Beliau berkata, dalam keadaan umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan kemarahan terhadap rejim Zionis yang zalim dan kejam itu, Malaysia pula tanpa segan silu mengadakan hubungan langsung dengan Israel.

“Soalnya, apakah pemimpin Umno menyedari perkara ini, atau pura-pura tidak sedar?

“Tidakkah mereka berfikir, wang yang dilaburkan hasil perniagaan tersebut boleh digunakan oleh Israel untuk membeli peluru buat membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa?

“Ke mana perginya suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku penasihat agama kepada PerdanMenteri, bersama ulama-ulama di dalam Umno untuk menasihati Perdana Menteri agar tidak berhubungan dengan Israel?” soalnya.

Katanya, apa yang dikesalkan adalah, pemimpin Umno BN selama ini menuduh Pakatan Rakyat dan pemimpinnya sebagai ejen Israel.

Menurutnya lagi, mereka mempolitikkan isu Israel dan Palestin dengan membesar-besarkan isu itu di khalayak, seolah-olah mereka adalah pejuang sebenar rakyat Palestin, manakala pemimpin Pakatan Rakyat pula bersekongkol dengan rejim itu.

“Apa yang berlaku menunjukkan sebenarnya pemimpin Umno adalah hipokrit, di depan rakyat ‘marah bukan main’ dengan rejim itu, di belakang pula bersalaman dan adakan hubungan langsung,” ujarnya.

Justeru itu, katanya PAS WP merasakan Umno tidak layak melaungkan perjuangan rakyat Palestin.

“PAS WP juga merasa yakin umat Islam di negara ini pasti tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia sudah menjalin hubungan dengan Israel sejak sekian lama dan menolak pemimpin umat Islam seperti ini,” katanya lagi.

~harakah~

Gani CockTail Perguna SPRM

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

NONE"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

~MK~

Murujib Ni Lalang

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

~MK~