REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 30, 2012

Gambar BERSIH 3.0 Part 1




















BERSIH3.0kan Parasit Dalam Negara Berjaya

Demo BERSIH 3.0 semalam menampakkan kemarahan rakyat terhadap rejim UMporNO pimpinan diktator Murujib wal Rosmaniah. Mungkin keadaan negara kita tidak sehuru hara seperti demo di luar negara. Yang menyebabkan terjadinya keadaan huru-hara ialah kerana polis yang membuat provokasi.

Seharian aku pergi ke sana amat syahdu dengan kemarahan rakyat yang benar-benar ingin membersihkan negara daripada parasit-parasit yang merompak wang dan hak rakyat Malaysia. Kalau Hassan Al-Buaya kata nak BERSIHkan parasit yang ada dalam PAS kini rakyat Malaysia lagi hebat visinya hendak BERSIHkan parasit-parasit dalam negara.

Yang pertama nak BERSIHkan parasit-parasit dalam SPR yang ditunjangi oleh pengerusi dan timbalannya yang merupakan ahli UMporNO. Yang kedua rakyat nak BERSIHkan parasit-parasit nombor 1 dan 2 dalam negara iaitu Murujib wal Rosmaniah. Ketiga rakyat nak BERSIHkan parasit-parasit dalam polis yang bertindak sesuka hati membelasah rakyat. Yang keempat rakyat nak BERSIHkan semua parasit yang menjadi barua, pencacai, balaci, kuli batak, bodoh bangang para penyokong UMporNO yang masih tak nampak adanya MahaFiraun dalam negara kita yang tercinta.

Bila BERSIH2.0 dulu rakyat kata polis belasah rakyat dengan selamba bewaknya polis menafikan. Kini bila sampai wartawan The Star pun kena belasah dengan lebih 5 orang polis apa yang polis nak sembunyikan dari rakyat? Wartawan terbabit nak rakam gambar polis belasah rakyat akhirnya dia pula kena belasah. Rakyat ada saksi yang terbaik dalam sejarah iaitu seorang wartawan yang diperakui kewibawaannya.

Polis kata nak tunjuk video yang keganasan rakyat dalam BERSIH3.0 tapi rakyat sendiri dah saksikan dalam internet keganasan polis terhadap rakyat yang tak akan ditunjuk oleh KERAjaan rejim UMporNO. Inilah perangai-perangai anjing-anjing UMporNO yang hanya menjaga kepentingan MahaFiraun kerana dikatakan gajinya daripada KERAjaan BumNgok. Padahal gaji polis-polis ni rakyat yang bayar hasil dari cukai-cukai yang dikutip oleh KERAjaan BumNgok. Bodohlah statement macam tu.

Semalam banyak blog yang tersangkut tak boleh update. Samalah macam blog aku ni. Apa pun aku akan update gambar-gambar BERSIH3.0 yang begitu menggerunkan Murujib wal Rosmaniah untuk membubarkan Parlimen tahun ini. Gambar beratus-ratus ribu rakyat yang cintakan keadilan terbentuk dalam negara Malaysia.








TAHNIAH rakyat Malaysia.

Polis Langgar Orang Dilepaskan

Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.

mohamad kamil paimin 290412Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.
"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.

Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.

Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.

"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.

Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.

alhijrah azri salleh 290412Mohd Azri (kanan) kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota tentera yang tidak sedarkan diri itu.

"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu.

"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.

Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.

"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya.

~MK~

Beratus-ratus Rakyat Ditahan Polis

Seramai 512 orang termasuk 30 orang wanita dan lima kanak-kanak ditahan polis dalam operasi ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara semalam, menurut kenyataan PDRM hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua individu berkenaan dibebaskan selepas diambil keterangan.

Dalam perkembangan berkaitan, kenyataan Mohmad turut mengesahkan bahawa seorang anggotanya, Sjn Zaini Nawawi, 53, polis meninggal dunia di Kuala Lumpur semalam.

Kematian tersebut tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH, jelasnya.

"Anggota tersebut meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas ketika menjalankan tugas rondaan biasa di kawasan Bukit Bintang," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa seramai 13 orang anggota polis mengalami kecederaan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH.

"(Seramai) sebelas orang daripada dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM, manakala dua orang lagi masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Dua anggota berkenaan ialah L/Kpl Mohd Wasir Abu yang didakwa dipukul dan terjatuh daripada motosikal dan juga Konst Mohd Kamil Parimin yang mengalami kecederaan di kepala.
 
~MK~

Thursday, April 26, 2012

Pengerusi Dan Timbalan SPR Ahli UMporNO

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."

Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut.
~MK~

Wednesday, April 25, 2012

BERSIH 3.0 Penentu Transformasi Politik Najib

Perhimpunan aman BERSIH 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April di Dataran Merdeka yang menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil merupakan ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan “sistem demokrasi terbaik di dunia”

Dalam tempoh tujuh bulan ini, kerajaan Najib sedang cuba untuk memperbetulkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman 709 BERSIH 2.0 yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil yang jelas mempamerkan keangkuhan, penindasan dan kawalan ketat seperti pengharaman kerajaan terhadap BERSIH, penahanan ahli PSM dibawah Ordinan Darurat yang tiada justifikasi, penahanan sembarangan orang yang memakai baju-T BERSIH 2.0 atau yang memakai pakaian yang berwarna kuning.

Dalam ucapan Hari Malaysia pada 16 September tahun lepas, Najib telah berjanji untuk suatu “transformasi politik” dengan pembaharuan dalam undang-undang drakonian dan yang tidak demokratik seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta pembatalan empat  Proklamasi Darurat.

Pada masa itu, saya telah bertanya secara spesifik: “Adakah penggantian bagi pembatalan undang-undang yang menindas akan mengakibatkan kelahiran semula wajah drakonian dalam format baru, contohnya pemansuhan ISA tetapi enakmen undang-undang baru yang boleh diperikan sebagai ISA2?

Ini adalah apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan ‘satu langkah kehadapan, dua langkah kebelakang”, sama Ada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan  Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ini adalah sebab mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak boleh menyokong Akta Kesalahan (Langkah-langkah Khas) walaupun dipersetujui secara sebulat suara untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan untuk mengakhiri kuasa mutlak penahanan tanpa bicara.

Sekiranya perdana menteri benar-benar ikhlas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”, biar beliau mulakan dengan membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman “Duduk Bantah” ayang akan dihadiri rakyat Malaysia bagi menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“709” merupakan tarikh yang bersejarah buat negara Malaysia sebagai hari yang memperkasakan erti sebenar slogan 1Malaysia-di mana rakyat jelata dari pelbagai kaum dan agama yang berkumpul bersama untuk menuntut “Malaysia Yang Bersih” bukan untuk pilihanraya yang bersih tetapi dalam sistem politik dan semua aspek pentadbiran kebangsaan.

Biar “428” mengukir sejarah di Malaysia, bukan sahaja sebagai demonstrasi tanda keberdayaan rakyat Malaysia yang patriotik untuk “Malaysia Yang Bersih”, tetapi pengakuan bahawa perdana menteri benar-benar ikhlas dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai “sistem demokratik terbaik didunia”.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap BERSIH yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa BERSIH sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa BERSIH 3.0 bukanlah ancaman keselamatan.

Saya akan menyertai perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini. Biar semua rakyat Malaysia yang patriotik terhadap negara mereka tidak kira kaum, agama, jantina atau umur, untuk mara ke depan, samada di Dataran Merdeka atau di mana-mana di Malaysia atau di dunia untuk menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya “bersih” sebagai prasyarat untuk “Malaysia Yang bersih”.

~LimKitSiang~

Friday, April 20, 2012

Pembohongan Najib Tun Razak Berkaitan PTPTN

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita lihat senarai pembohongan Najib dan kuncu2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA.
Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

~Tulang Besi~

RM1.5 Juta Untuk Hubungan Intim Dengan Artis

NONEPKR mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

~MK~

Wednesday, April 18, 2012

Rebutan Kerusi Parlimen Bayan Baru Sengit

Kerusi Parlimen Bayan Baru yang sebelum ini disandang oleh Katak Boroi Mat Zain UMporNO dilihat diintai oleh semua bakal calon parti daripada PKR. Nama yang disebut-sebut adalah ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin. Namun ada satu lagi nama iaitu anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu Rashid Hasnor dilihat ingin dicalonkan di Parlimen itu.

Kalau diikutkan ranking sebagai Ketua Cabang PKR Bayan Baru tentulah YB Sim lebih layak dalam merebut kerusi Parlimen Bayan Baru. Bolehlah diutarakan kepada Rashid untuk dicalonkan sebagai calon Dun Pulau Pinang dahulu. Namun keputusan sengit ini diharap dapat diputuskan oleh DSAI secara berhikmah.

Ramai yang telah berjumpa dengan Timbalan Ketua Menteri 1 membincangkan hal ini kerana hanya kerusi ini yang masih lagi dikatakan terkontang kanting di Pulau Pinang. Kami sebagai pengundi di Pulau Pinang tidak mahu melihat kedua-dua sahabat kami bergaduh dan bermasam muka samada terpilih atau tidak. Kita satu parti perlulah mementingkan parti daripada kepentingan diri.

Jangan sampai pula kalau tak tercalon ada pihak yang nak jadi katak atau biawak seperti barua Mat Zain boroi pengkhianat pengundi Bayan Baru. Apapun kita pengundi mahukan yang terbaik bagi memastikan kerusi Parlimen Bayan Baru kekal milik Pakatan Rakyat samada YB Sim ke Rashid ke atau sesiapa sahaja ASALKAN BUKAN UMPORNO yang menang.

Tuesday, April 17, 2012

Bersih 3.0 diteruskan walau parlimen dibubar

Himpunan Bersih 3.0 mesti diteruskan walaupun kerajaan cuba membatalkannya dengan membubarkan Parlimen, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong ke arah membubarkan Parlimen sebelum atau pada tarikh perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April dengan tujuan untuk membatalkan parhimpunan itu apabila sepenuh tumpuan dialihkan untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Bagaimanapun saya berharap apa pun terjadi, perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti diadakan kerana hanya itulah sahaja salah satu cara terbaik untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih," katanya.

Ketika para mahasiswa yang tabah dan berani mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 diadakan, Mahfuz yakin pembatalan perhimpunan itu sewajibnya tidak berbangkit sama sekali.

"Pembubaran Parlimen bukan bermakna perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti dibatalkan," tegas beliau.

Menurut Mahfuz, dalam keadaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bergantung hampir sepenuhnya kepada sokongan orang-orang Melayu sahaja, secara umum ramai yang percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih cenderung mengadakan pilihan raya sebelum atau selepas sebahagian umat Islam di negara ini mengerjakan haji di Mekah.

Mengambilkira perkara tersebut, katanya, tidak mungkin pilihan raya akan diadakan dari 10 hari terakhir bulan Ogos hinggalah kepada penghujung Oktober.

"Sebab itulah ramai yang menjangka pilihan raya diadakan antara bulan Mei hingga bulan Julai ini," katanya.

Mengambilkira perkara itulah, Mahfuz tidak menolak kemungkinan Najib bertindak nekad membubarkan Parlimen sebelum 28 April ini supaya tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya dan perhimpunan Bersih terpaksa dibatalkan.

"Kalau terjadi begitu, perhimpunan Bersih tetap tidak boleh dibatalkan sebab masih ada banyak pilihan.

"Pertama, kita mesti meneruskan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Kedua, menjadikan hari penamaan calon sebagai medan perhimpunan Bersih 3.0 malah setiap hari dalam tempoh berkempen boleh dijadikan perhimpunan Bersih," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat keadaan menjadi lebih mudah jika setiap rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih memakai baju Bersih ketika menghadiri kempen-kempen pilihan raya.

"Sambil mengibarkan bendera mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang disokong, pakai baju Bersih untuk membuktikan solidariti dengan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bersih diadakan di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, semalam.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

Dr Mahathir sebelum ini berkali-kali menyatakan adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga.

~harakahdaily~

Janji Jingga Untuk Guru Dan Pelajar Menakutkan UMporNO

Ramai pelajar yang berkampung di Dataran Merdeka menuntut agar KERAjaan memansuhkan PTPTN dan menggantikan dengan biasiswa penuh pengajian mereka. Walaupun pihak DBKL telah merobohkan khemah mereka namun pelbagai sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang perihatin akan nasib masa depan anak-anak Malaysia telah membuka sejarah negara.

Untuk menutup malu KERAjaan UMporNO berkata yang Pakatan Rakyat merapu dalam bidang pendidikan. UMporNO menakut-nakutkan rakyat bahawa negara akan muflis kalau PTPTN dihapuskan kerana KERAjaan tak mampu nak tanggung pendidikan percuma rakyat.

Aku nak bagitau korang semua lah yang akan menyebabkan negara boleh muflis ialah selagi ada pemimpin yang bernama MURUJIB dan ROSMAH Bik Mama yang suka menghabiskan wang rakyat dengan pergi bershopping di luar negara, membuat pelbagai lawatan yang masyukkkk pun tidak, guna wang rakyat untuk tanggung majlis pertunangan anak, membeli pelbagai peralatan dan pengangkutan perang yang membazir terlalu banyak wang negara dan penyelewengan dana negara yang digunakan untuk menutup kelemahan pentadbiran itulah yang akan memufliskan negara.

Kalau MahaFiraun ke Murujib ke barua UMporNO ke kata mereka tak tau mana nak cekau duit tanggung yuran pelajar baik letak jawatan sebelum rakyat yang mewakili kakitangan awam, guru dan pelajar mencantas terus leher-leher YB-YB UMporNO yang makan duit rakyat dalam PRU13 nanti. Masa ini barulah UMporNO tahu bagaimana janji Pakatan Rakyat untuk beri wang tambahan RM500 kepada semua guru dan pendidikan percuma kepada semua pelajar.

Nak dikira wang Petronas sahaja pun dah cukup nak tampung semua yuran pendidikan rakyat tapi ke mana wang itu dirampas? Kalau tak nak mansuh pun PTPTN tu pun janganlah dikenakan riba. Bagi saja pinjam ikut tawaran tanpa dikenakan faedah bayar balik. Barulah sistem Islam. Kata negara Islam tapi riba masih dikenakan kepada rakyat untuk menekan rakyat yang susah. Sedangkan pemimpin UMporNO semuanya percuma. Tapi rakyat yang bekerja siang malam dikenakan pelbagai cukai yang tinggi.

Guru bukan bodoh taknak RM500. Pelajar bukan bodoh taknak mansuhkan PTPTN. Rakyat bukan bodoh taknak harga minyak turun. Yang bodoh segala menteri, barua, balaci dan pencacai UMporNO yang asyik kena tipu dengan Murujib dan bini dia makan harta negara. Rakyat minta KERAjaan BumNgok pulangkan duit MAS, Perwaja, NFC apa sahaja yang telah diselewengkan kepada rakyat semula.

Kalau tak tunggulah rakyat akan tukarkan Murujib akan jadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen selepas PRU13 nanti. Itupun mujur kalau dia menang di Pekan.

Tuesday, April 10, 2012

Dah Takut Bini Jadi Menteri Wanita Pula

Tak habis-habis Murujib memalukan dirinya sendiri semasa menjadi PM 1Malaysia secara rampasan. Belum pun menjadi PM 1Malaysia secara PRU banyak perkara yang dibuatnya bukan sahaja tidak menyenangkan rakyat malah dikalangan keparat dan musibat UMporNO sendiri.

Kes Altantuya pun dah senyap. Kes Scopene pun dah mula disenyapkan. Kes cincin berjuta-juta lagilah perlu disenyapkan. Kes menginap di hotel luar negara sampai beribu-ribu ringgit semalam pun nak disenyapkan dari pengetahuan rakyat.

Tapi rakyat bukan buta dan pekak macam barua-barua dalam UMporNO tu. Rakyat Malaysia semua tahu dari hujung kampung sampai bawah jambatan yang Murujib PM 1Malaysia ni takut bini dan lebih mengutamakan bini dari rakyat.

Amat bodoh dan banganglah kalau rakyat kata Murujib tu baik sebab bagi pelbagai bantuan. Aku nak tanya korang yang haprak ni sikit. Yang dia bagi tu duit dia kah? Duit bini dia kah? Duit tabungan dia dari kecik sampai besar kah?

Dia bagi duit kerajaan yang dikutip dari rakyat melalui pelbagai cukai. Mana-mana kerajaan pun dalam dunia ni semuanya bergantung kepada duit rakyat untuk memajukan ekonomi negara. Mereka tu hanya menggunakan wang rakyat untuk pembangunan. Jangan kata itu duit UMporNO!!! Jangan kata itu duit KERAjaan BN bini najib yang punya!!! Itu duit bukan Ahmad Albab yang punya!!! Itu duit rakyat yang punya!!!

Bolehlah dia nak bagi RM100 ke RM500 ke bonus ke apa-apa ke sebab dia tahu yang dia bagi tu duit rakyat. Cuba dia potong semua elaun dan katakan aku sanggup potong semua elaun aku dan bini aku dan duit ni diserahkan kepada rakyat. Ada berani????

Mampuih la dia nak buat macam tu... Nak tambah lagi adalah mangkuk tu dengan bini dia. Sekarang ni Kak pepIJAT dah kena tendang dari UMporNO. Ye lah dah lama dalam UMporNO dan kabinet baru sekarang rakyat dapat tahu yang beratus-ratus juta diselewengkan oleh laki dia dan keluarganya. Itu pun duit siapa??? Duit rakyat la bongok....

Bila dah kena tendang, kekosongan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tak ada siapa nak isi. Macam dalam FELDA lah juga. Dibuang segala cerdik pandai tapi diganti dengan Isa Samad yang rakyat tahu main duit dalam UMporNO dulu. Lagilah bermasalah dalam FELDA nanti.

Inilah masanya Murujib nak intai peluang-peluang keemasan bukan untuk dirinya tapi untuk bini dia lah kot. Mungkin hadiah ulangtahun perkahwinan lah ye. Dilantik dirinya sendiri jadi Menteri Wanita. Macamlah tak ada orang lain dalam UMporNO nak ganti. Dia sorang pegang tiga portfolio. Korang ingat free ke dapat gaji dan elaun la tu.

Itupun korang tak nampak lagi ke? Dia pau duit rakyat cukup-cukup.

Kalau tak sempat nak pergi mana-mana majlis dia suruhlah Rosmah tu pergi rasmikan. Fuyoooo. Rosmah dah kira setaraf dengan Menteri lah katakan. Sebelum ni nak jadi First Lady yang biasanya Permaisuri Agong sahaja yang layak memegang title tu dalam negara kita.

Takperlah nak pegang pun. Jadilah Menteri Wanita pun tak apa. Rakyat pun dah tahu yang hang kan takut bini. Tapi jangan sampai rakyat kata PM merangkap Menteri Pondan sudahlah. Malulah sikit kat budak-budak.

Monday, April 9, 2012

Mashitah Gila Samakan Murujib Dengan Rasulullah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim melalui salah satu ruangan di dalam akhbar Sinar Harian beberapa hari yang lepas telah membandingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Rasulullah SAW.

Sambil memuji pendekatan moderat yang diamalkan oleh Najib, beliau berpandangan bahawa apa yang sedang dilakukan dan dilaksanakan oleh Najib selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat.

Rencana bertajuk “Najib contohi kemoderatan Rasulullah” yang ditulis oleh Dr Mashitah di dalam salah satu ruangan di dalam akhbar tersebut membuatkan kita tertanya-tanya apakah pujian ini bertujuan untuk mengambil hati Najib menjelang pilihanraya umum yang akan datang?

Bagi seorang Islam yang ikhlas dan berfikiran waras, sudah tentu akan merasakan ada ‘sesuatu yang tidak kena’ kerana pujian tersebut dilihat keterlaluan kerana sanggup membandingkan pendekatan Najib dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sedangkan realitinya, ia adalah jauh berbeza.

Ini adalah kerana secara jelasnya, apa yang dilakukan oleh Najib di dalam soal pemerintahan dan penerapan sistem pada hari ini adalah sesuatu yang berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Jika dahulu Rasulullah SAW sebagai seorang ketua negara di Madinah telah menerapkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat dan negara tetapi ternyata keadaan ini tidak berlaku dalam era pemerintahan Najib. Faktanya, Najib mengasaskan pemerintahannya berdasarkan kepada asas sekular, sedangkan Rasulullah SAW menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam pemerintahannya.

Contohnya, di dalam sistem pemerintahan, ternyata Najib menjadikan Sistem Demokrasi yang memberikan hak kepada manusia untuk membuat undang-undang. Ini jelas berbeza di dalam Islam. Dalam sistem ekonomi pula, pemerintahan Najib menghalalkan riba, judi dan sebagainya.

Apakah dengan semua ini boleh dikatakan bahawa Najib mencontohi Rasulullah SAW? Bagaimana pula dengan sistem penghakiman? Ternyata Najib menggunapakai undang-undang selain daripada Islam. Di manakah hukum berkaitan hudud, jinayat, takzir, dan mukhalafat?

Begitu juga dalam sistem pergaulan, terbukti Najib menerapkan sistem pergaulan yang memberikan kebebasan kepada manusia untuk berbuat apa sahaja sebagaimana yang diamalkan di Barat. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan berlaku di mana-mana.

Apakah semuanya ini boleh dikatakan mencontohi Rasulullah SAW? Persoalan yang utama yang perlu ditujukan kepada Mashitah adalah adakah dia sedar makna istilah moderat itu sendiri? Apakah Mashitah mengetahui kekeliruan beliau dalam mengaitkan istilah moderat kepada Rasulullah SAW. Amat buruk apa yang dilakukan oleh Mashitah tersebut.

~perisikrakyat~

UMporNO Sudah Tua Bangka Yang Perlu Ditukar

Najib mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya.

Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar?

Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat.

Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver). Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu.

Maka penumpang menuntut supaya pemandu ditukar supaya bas tidak terhumban kedalam gaung yang dalam. Pemandunya bernama Najib telah memandu bas itu dengan begitu bahaya kerana penumpang nampak yang pemandu bernama Najib itu sudah nampak hendak terlena.

Najib telah terlena kerana keletihan memandu atau pun tidak bijak memandu. Mungkin pemandu (Najib) ini merasa mengantuk kerana makan terlalu kenyang. mengantuk kerana makan terlalu kenyang. Apa pun sebabnya dia mengantuk, pemandu gantian itu perlu sangat untuk mengambilalih pemandu yang lalai itu.

Kali ini bas yang tidak berapa baik keadaannya itu wajar dipandu oleh pemandu gantian untuk keselamatan penumpang yang ramai itu. Pemandu sekarang sudah terlalu lemah dan jika tidak diganti ia mungkin merbahayakan penumpang-penumpang dalam bas panduan Najib ini kedalam gaung yang dalam.

Sekarang inipun sudah nampak bas yang dipandu Najib itu sedang terhuyung-hayang kekiri dan kekanan sehinggakan selalu memakan jalan dan lorong bertentangan.Selama ini kita telah mendengar bas-bas ekspress yang telah melanggar jambatan, ‘toll-gate’ dan kenderaan yang berhenti dan sebagainya yang telah menyebabkan penumpang terbunuh bergelempangan ditepi lebuhraya-lebuhraya kerana pemandunya yang keletihan dan tidak ditukar.

Kita juga banyak mendengar pemandu-pemandu bas yang tidak jujur membuat ‘duit luar’ dengan menjual ‘spare tyre’ serta menjual banyak alat-alat gantian yang ada didalam bas itu serta lari mencuri minyak petrol dan dijual kepada orang luar.

Kita jangan dengar nasihat pemandu yang sedang memandu kita sekarang kerana bas yang dipandunya telah hampir rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi. Cari sahaja pemandu lain supaya bas-bas itu dijaga dan mendapat ‘maintenance’ yang lebih baik.

Lagi pun pemandu yang sekarang ini selalu makan sambil memandu. Jika pemandu sekarang masih memandu maka ‘premium’ insurannya akan terlalu mahal kerana ‘loading’ kepada premiumnya terlalu tinggi, ‘loading’ kepada insurannya itu menjadi tinggi disebabkan risiko yang terlalu tinggi dan merbahayakan bas-bas yang akan dipandunya itu.

~Aspan~

Apa SPR Bikin Untuk Menangkan UMporNO?

Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.

Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.
Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.
Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan. Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.
Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh. Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi. Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?

DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
Kat bawah ni cuma sebahagian saja.

Pada 15 Februari lalu, anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya, Anthony Loke memberitahu semakan audit yang dijalankan oleh Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan, ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama
3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama
6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama

PARLIMEN PERTAMBAHAN..

- kadar peningkatan jumlah pemilih suku ketiga 2011 berbanding tahun 2008, mengikut kawasan Parlimen tertentu di Selangor.ni baru di Selangor sahaja..negeri2 lain..??

SUNGAI BESAR 19.95%
HULU SELANGOR 25.14%
KUALA SELANGOR 20.39%
SELAYANG 18.86%
PANDAN 18.18%
HULU LANGAT 23.95%
SERDANG 22.63%
PUCHONG 24.94%
PJ SELATAN 5.64%
PJ UTARA 7.76%
SUBANG 35.02%
SHAH ALAM 19.87%
KOTA RAJA 29.51%
KUALA LANGAT 23.62%
SEPANG 24.64%

Dalam pilihanraya ini juga nanti, jumlah pengundi pos akan meningkat entah berapa puluh peratus. Semalam saja, Dr. Hatta Ramli mendedahkan petugas SPR yang akan mengundi secara pos berjumlah 240,000 orang. Bahagi dengan 222 kawasan Parlimen..ada 1086 pengundi pos SPR. Itu belum masuk undi pos tentera, polis, rela dan wataniah.

Apabila Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, SPR akan mengeluarkan satu Daftar Pemilih Induk untuk digunakan semasa pilihanraya. Daftar Pemilih ini akan dikeluarkan beberapa hari sebelum Penamaan Calon dan hanya beberapa hari sebelum hari mengundi.

Siapakah yang akan meneliti kesahihan hampir 14 juta pengundi-pengundi ini? Berapa orangkah petugas yang diperlukan untuk meneliti Daftar Pemilih ini? Siapakah orang-orang itu ..

Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.

Macam mana boleh jadi macam ni?
Tapi tengok pulak yang dibawah ni.
~malaysiatimes~

Friday, April 6, 2012

28 April 2012 Hari BERSIH 3.0

Rupanya memang tak makan saman SPR ni dengan BERSIH 2.0 tempoh hari. Orang kata kalau dah jadi barua UMporNO tu sampai ke tong taik pun boleh dijilat. Susah sangat kah apa yang rakyat mahukan? Yang dibuat kali ni dalam PRU13 akan digunakan dakwat kekal.

Kali ini BERSIH 3.0 akan buat tuntutan 8 perkara iaitu:


  • Bersihkan senarai undi




  • Mereformasikan undi pos




  • Gunakan dakwat kekal




  • Akses media bebas dan adil




  • Masa kempen minima 21 hari




  • Kukuhkan institusi awam




  • Hentikan rasuah




  • Hentikan politik kotor