REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, May 21, 2012

7 Sebab UMporNO Perlu Ditumbangkan Dalam PRU13

Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. 


Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.

Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.

Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor  memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan  simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman  batu.

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN  yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010  indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?

Zahid Hamidi sendiri  pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja  ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.

Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik  balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib.  Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN  gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat.

Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
--
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

~Ustaz Idris Ahmad~

Murujib Cakap HARAM JADAH Pada Peneroka FELDA

Saya begitu terpanggil untuk memberikan komen tentang ‘conduct’ PM Najib sebagai pemimpin utama negara sehari dua ini yang ramai menganggap sebagai tidak semenggah itu. Najib nampaknya sudah hilang kesabaran untuk menerima cabaran demokrasi yang belum pernah beliau alami selama ini.

Sejak mula berpolitik dan memegang jawatan besar-besar dalam parti dan kerajaan Najib belum lagi berhadapan dengan krisis sebesar ini. Apabila krisis seperti yang berlaku hari ini menghadapi beliau, Najib mula melatah dan menari tanpa megikut rentak yang sangat susah untuk beliau ikuti. Langkah beliau sumbang dan beliau seolah-olah menari di atas tanah yang tidak rata.

“Najib has never gone through the mills,” kata seorang sahabat saya yang selalu menghubungi saya setiap hari. Najib tidak lagi dapat meletakkan diri beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara. Tingkah dan laku beliau menampakkan yang beliau belum lagi dapat mengendalikan krisis kepimpinan yang beliau sedang hadapi dengan baik dan matang.

Semasa mengumumkan ‘durian runtuh’ di Jengka dua tiga hari yang lepas, beliau bercakap dengan penuh emosi dan bercakap dengan sombong dan bongkak sambil mengatakan yang pihak yang menentang IPO Felda Global Ventures itu sebagai 'Haram Jadah'. Tidak disangka-sangka yang Najib sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina itu kepada pihak yang tidak sekata dengan beliau. Kata-katanya itu hanya melambangkan nilai peribadi beliau yang sebenar yang mudah difahami oleh rakyat yang rata-rata sudah cerdik dan pandai membuat penilaian kepada seseorang itu.

'Haram Jadah' ini bermakna anak haram yang disumpah. Najib telah menghina pihak yang tidak seiring dengan beliau dengan kata-kata yang tidak ada tolok banding hinanya apatah lagi ia datang dari seorang Perdana Menteri. Malahan rakyat amat terkejut dengan kata-kata kesat itu datangnya dari keluarga Tun Abdul Razak, keluarga yang disangka baik oleh rakyat jelata. Saya tidak dapat memahami apakah perasaan beliau semasa berucap itu dan berani beliau memutuskan yang penentang beliau itu semua anak haram yang dilaknat.

Bebarapa orang yang saya temui tidak berhenti-henti beristighfar apabila mendengar Najib menggunakan perkataan 'haram jadah' itu dalam ucapan beliau. Kenapa Najib bersifat angkuh dan sombong yang keterlaluan? Kalaulah beliau tidak sanggup menerima demokrasi, beliau ada dua pilihan; satu bersara sahaja dari politik dan yang keduanya kalau beliau mempunyai kudrat yang mencukupi bunuh sahaja demokrasi negara ini. Lagipun demokrasi pun bukannya ada sangat di negara ini.

Najib sebenarnya begitu panik dengan penolakan rakyat yang kian hari kian jelas terhadap BN dan kerajaan pimpinannya. Di mana-mana UMNO dan BN sudah diletakkan oleh rakyat di tempat yang sepatutnya. UMNO ibarat 'telor di hujung tanduk'. Najib mesti belajar untuk menerima keputusan rakyat. Itu sebabnya kita ada parti yang memerintah dan parti yang menjadi alternatif kepada pemerintah itu tadi.

Kejatuhan BN atau UMNO sepatutnya menjadi perkara biasa dalam demokrasi. Hampir setahun dahulu parti Buruh England telah tewas dan kerajaan diambil alih oleh parti Conservative dan Liberal Demokrat yang telah mewujudkan kerajaan campuran di England. Apabila keputusan pilihanraya diumumkan, Gordon Brown telah meninggalkan 10 Downing Street dalam tempoh 6 jam sahaja dan 10 Downing Street diambil alih oleh David Cammeron dalam tempoh masa yang sama. Gordon Brown tahu yang partinya akan jatuh tetapi dalam kempen beliau, Gordon Brown tidak pernah memanggil pemimpin dan parti yang menentang beliau sebagai ‘the cursed bastards’ atau haram jadah.

Kalau pihak yang membangkang hendak berdendam bukan tidak ada alasan untuk memanggil beliau dengan nama dan ‘superlatives’ yang buruk dan hina. Hanya pembangkang tidak mahu menggunakan istilah dan perkataan buruk itu kerana ia tidak beretika dan akan hanya melambangkan kebodohan dan kebobrokan peribadi mereka.

Budaya menggunakan bahasa kesat ini nampaknya bukan sahaja menjadi pakaian kepada penyokong yang membuta tuli UMNO dan BN, tetapi ianya juga sudah menjadi pakaian harian kepada pemimpin-pemimpin mereka (UMNO). Kita ingatkan kata-kata kotor ini hanya menjadi pakaian kepada manusia yang berdarjat rendah dan yang ‘poorly bred’, rupa-rupanya penyakit itu sudah merebak kepada pemimpin-pemimpin utama kerajaan hari ini.

Tidak pernah kita sangka yang ia akan keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang mengaku sebagai pembawa transformasi dalam segala-galanya termasuk dalam bidang politik. Kata-kata Najib itu membawa maksud bahawa 50% rakyat yang tidak menyokong BN pada tahun 2008 dahulu semuanya adalah anak-anak haram yang disumpah dan dilaknat. Itulah anggapan Najib kepada rakyat yang tidak bersama beliau.

Bagi mereka yang berpihak kepada pembangkang saya hanya meminta mereka bersabar dengan kata-kata penghinaan PM itu. Kita hanya perlu beristighfar banyak-banyak dan memohon petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa. Kita jangan sekali-kali mengikut contoh buruk yang ditunjukkan oleh PM Najib itu kerana ia akan merendahkan peribadi dan nilai kemanusiaan kita.

Kita hanya lihat kelakuan serta rentak tari seorang PM yang dalam keadaan panik itu. Seboleh-bolehnya kita doakan beliau akan kembali menjadi seorang yang sabar dan menerima dengan hati yang terbuka jika rakyat mengambil keputusan untuk memberikan mandat kepada ‘haram jadah-haram jadah’ yang Najib maksudkan itu semasa pilihanraya nanti.

Walaupun kita dihina dan dimaki hamun sedemikian rupa kewajipan kita ialah untuk bersabar dan memohon yang terbaik dari Tuhan Maha Esa. Kita tahu inilah kata-kata yang telah membayangkan kegelapan politik negara. Tetapi kita hanya perlu ingat kepada satu perbilangan Inggeris, ‘the darkest part of the night is just before dawn’.

Maksud perbilangan ini ialah saat yang paling gelap itu ialah waktu sinaran cahaya akan menjelma. Itu sebabnya kita mengalami keadaan gelap yang amat sangat beberapa ketika sebelum subuh.
 
~Aspan~

Pakatan Mampu Rampas 105 Kerusi Parlimen

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang. Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu.

Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi. Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.

Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan kepimpinan dalam kerajaan.

~MK~

Padang Kota Lama Cipta Sejarah

Sejarah tercatat  pada19 Mei 2012 apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.

~harakahdaily~

Sesiapa Sahaja Boleh Sertai BERSIH3.0

Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.

"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.

NONE"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.

"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?

"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian.

~MK~

Datuk Fauzi Masuk PAS

Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

~harakahdaily~

Wednesday, May 16, 2012

Bolehlah buat senaman punggung depan rumah PM

Apa tindakan pihak berkuasa dengan kehadiran orang awam di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 3.0 Datuk Ambiga dengan membuat pelbagai aksi lucah dan memaki hamun? Takkanlah kerana marahkan rakyat semasa perhimpunan BERSIH 3.0 hari itu pihak polis atau pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kalau pihak berkuasa lebih-lebih lagi Timbalan Ketua Polis Negara pun dah cakap selagi tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak merosakkan harta benda awam peniaga atau orang awam dibenarkan berkumpul di depan rumah Ambiga tidak menjadi satu kesalahan aku rasa OK jugak.

Lepas ni bolehlah ramai-ramai peniaga datang jual makanan di depan rumah Ambiga dan Ambiga bolehlah beli makanan pelbagai jenis. Ada makanan Melayu, makanan Cina, makanan India, Western Food pun ada kot. Dan semakin terkenallah Ambiga sebab orang ramai yang tak tahu di mana rumah Ambiga dah tahu. Yang best sekali keselamatan Ambiga terjamin dari pencuri kerana terlalu ramai peniaga dan orang awam datang membeli meriah lah sikit.

Kalau macam tu korang terperasan tak kalau tindakan membenarkan orang ramai buat demo depan rumah Ambiga tu dibolehkan pastinya kita boleh buat demo depan rumah orang lain juga. Maksud yang aku faham kalau kita tak sukakan seseorang bolehlah kita angkat geng berdemo depan rumah orang tu selagi tak mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan harta benda awam.

Macam mana maksud tak ganggu ketenteraman awam kalau dah sebelah-sebelah tu ada rumah jiran-jiran? Melainkan kalau orang yang kita tak geram tu rumahnya dalam hutan? Nak berdemo pun lantaklah. Itupun kalau tak ganggu ketenteraman haiwan pula. Aku rasa harimau dan monyet pun tahu marah kalau buat senaman punggung dalam hutan.

Kalau rakyat selepas ni buat BERSIH 4.0 dengan senaman punggung depan FRU, depan balai, depan rumah menteri, depan mana-mana tempat yang sesuai adakah dibolehkan? Itulah kalau nak keluarkan statement pun tengoklah sikit. Jangan main pakai redah jer bila bercakap tu.

Kita ni berpengaruh dan rakyat akan mentafsir dengan pelbagai tafsiran. Takut sila-silap haribulan rakyat berdemo senaman punggung depan Putrajaya pula. Apa macam???

Ada Muslihat Lain Pesar Tentera Tunjuk Punggung

Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

NONE"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.

Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

'Pesara polis tak akan buat begitu'


Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.

NONEMalah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.

Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.

"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.
 
~MK~

Tuesday, May 15, 2012

Dijemput Pemimpin UMporNO Ke Ceramah Pakatan

Tindakan DS Nizar yang hadir ke ceramah UMporNO yang bertajuk "Nizar Pembohong Bersiri" mengejutkan pihak UMporNO sendiri. Aku rasa tindakan bernani ini menjadikan UMporNO semakin takut dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bayangkan kalau selepas ini kalau ada saja ceramah-ceramah UMporNO atau lagi best ceramah Murujib kehadiran DS Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang lain akan menjadi lebih rancak dan meriah.

Bila pemimpin Pakatan Rakyat ajak berdebat terbuka susah sangat nak terima. DS Anwar dah lama ajak Murujib berdebat tapi sampai sekarang Murujib takut nak jumpa Anwar. Dalam perhimpunan UMporNO bolehlah nak melalak tunjuk hero tapi rupanya langsung tak ada teloq kalau nak berdepan.

Kita sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran Murujib, menteri-menteri, penyokong setia UMporNO. barua-barua, pencacai-pencacai, balaci-balaci dan kuli-kuli dalam UMporNO ke ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Biar buat penilaian dan buka mata hati yang buta mana yang betul dan mana yang salah.

Kata DS Nizar kehadirannya ke ceramah itu yang pada mulanya untuk singgah sahaja sebab ada kaitan dengan dirinya membuka peluang untuk dia bermuhasabah kalau-kalau ada yang benar dalam ceramah tersebut.

Polis perlu beri kerjasama dan jangan berat sebelah kalau-kalau ada pemimpin Pakatan yang walaupun tak dijemput ke ceramah-ceramah UMporNO hadir untuk mendengar ceramah umum kerana kami dari parti pembangkang pun mengalu-alukan kedatangan semua penyokong bangang UMporNO untuk hadir mendengar pembongkaran dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMporNO yang dipuja-puja mereka.

Kalau Murujib dan Rosmah sanggup dan berani hadir lagi bagus boleh ceramah tu kita tukar kepada forum pula. Ada sesi soal jawab dengan rakyat. Jadi mudahlah rakyat nak tanya perkara-perkara yang rakyat nak tahu tentang Murujib dan Rosmah.

Alahhhh janganlah takut Murujib dan Bik Mama. Rakyat tak tanya hal-hal korang dalam bilik tidur. Rakyat nak tahu cara-cara bagaimana berjayanya Rosmah mengumpul duit syiling dalam tabung dari kecil sampai boleh beli cincin berjuta-juta ringgit. Bagi lah rakyat tahu sebab rakyat pun nak kaya juga menjelang 2020.

Monday, May 14, 2012

Johari Berjasa Kepada Rakyat Malaysia

Naib presiden PKR, N Surendran menyeru pihak berkuasa supaya segera menghentikan siasatan ke atas Johari Mohamad – bekas kerani bank yang didakwa membocorkan maklumat perbankan National Feedlot Corporation (NFC).

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya memberi anugerah kepada orang yang membuat pendedahan mengenai penyelewengan wang awam dan bukannya memburu individu berkenaan.

"Sama ada dia pembocor maklumat atau tidak, pokoknya pihak berkuasa memburu orang yang mendedahkan penyelewengan dana awam berjumlah suku juta ringgit dan ini salah.

NONE“Hentikan siasatan ke atas Johari segera kerana jika beliau merupakan pembocor maklumat, beliau sepatutnya diberikan anugerah," katanya dalam sidang media bersama Johari di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan dipercayai melibatkan salah satu daripada siri pendedahan oleh pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli, khususnya berhubung pembelian hartanah bernilai RM10 juta di KL Eco City oleh NFC.

Dakwaan tersebut telahpun dinafikan oleh pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang berkata, beliau dan ahli keluarganya tidak pernah menerima pinjaman bank untuk membeli unit hartanah tersebut seperti didakwa Rafizi, awal Mac lalu.

Mohamad Salleh seterusnya membuat laporan kepada polis dan juga kepada bank negara untuk menyiasat Rafizi serta bank berkenaan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atas dakwaan  mendedahkan butiran bank dan penarafan kredit NFC dan juga empat lagi syarikat berkaitan.

Rafizi yang juga hadir dalam sidang media hari ini berkata beliau kesan kesal dengan tindakan Mohamad Salleh yang didakwanya memburu Johari yang didakwanya dapat membantu untuk mendedahkan segala penyelewengan NFC.

"(Mohamad Salleh) secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.

"Akibat tekanan ini, tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Encik Johari. Beliau yang sudah tidak tahan dengan tekanan dengan tindakan (selama) sebulan, akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun," kata Rafizi.
 
~MK~

NFC Memburu Rakyat Yang Membongkar Penyelewengan UMporNO

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli kesal dengan tindakan NFC dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.


“Terbaru beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibat tekanan itu, ujarnya tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Johari Mohamad.

Beliau berkata, Johari yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.

Tambahnya, tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Mohamad Salleh dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula.

Hari ini, jelasnya Johari akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Menurutnya, tindakan yang bersifat dendam kesumat itu sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno.

Sebelum ini, kata Rafizi apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Mohamad Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.

“Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.

“Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau,” ujarnya lagi.

Menurut Rafizi, Mohamad Salleh tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno.

“Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya,” katanya.

Beliau berkata, PKR akan membantu sepenuhnya Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Shahrizat.

“Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan DatukSeri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku,” tegasnya.

Penjelasan Johari



Sementara itu Johari yang merupakan seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang memberitahu pada 24 April lalu, beliau menerima sepucuk surat dari majikan menyatakan beliau didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh.

Aduan itu juga menuduhnya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.

Beliau telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank.

“Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,” jelasnya.

Hari ini pula, beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang.

“Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat,” ujarnya.

~harakahdaily~

Bukti UMporNO Haram Jadah

Seorang bekas kerani Public Bank mendakwa ditekan oleh bekas majikannya itu yang menjalankan siasatan ke atasnya berhubung dakwaan bahawa beliau membocorkan butiran akaun pengarah National Feedlot Corporation kepada PKR.

Johari Mohamad, mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai Public Bank dan Bank Negara selama lebih seminggu sebelum diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan tersebut.

NONEJohari (tengah) berkata beliau kemudiannya meletak jawatan pada 2 Mei lalu atas alasan tidak tahan dengan tindakan berkenaan.

"Saya telah melalui proses siasatan dalaman di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

"Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail," katanya.

Dalam notis perbicaraan dalaman itu, Johari didakwa mendedahkan maklumat dan dokumen antaranya berkaitan NFC, Mohamad Salleh serta National Meat and Livestock Coorporatian, kepada pihak ketiga.

Notis siasatan dalaman daripada majikannya itu, yang diterima pada 24 April lalu, mendakwa beliau "melanggar tatacara dan displin tempat kerja" berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Sebelum itu, beliau diberikan surat tunjuk sebab pada 12 April selepas disiasat selama seminggu.
NONEKetika ditanya, Johari bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada beliau benar-benar mendedahkan maklumat perbankan itu kepada PKR.

"Saya tak tahu (I have no idea)," katanya dalam sidang media bersama naib presiden PKR N Surendran dan pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli hari ini.

Johari turut ditanya sama beliau boleh mengakses maklumat dan dokumen bank seperti yang dinyatakan dalam notis perbicaraan dalaman tersebut.
"Saya (hanya) sebagai kerani bank, saya tak boleh akses lebih daripada itu," katanya yang berkhidmat 17 tahun di bank tersebut.

Jawapannya itu disambut Surendran yang berkata siasatan ke atas Johari masih berlangsung dan pihaknya tidak mahu menimbulkan prejudis ke atas perkara itu.

Difahamkan, Johari bersama peguam akan hadir ke Bank Negara petang ini untuk memberi keterangan lanjut.
~MK~

UMporNO Jangan Mimpi Tawan Selangor

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

~MK~

Aziz dan Wan Omar perlu letak jawatan

Sekumpulan kecil ahli PKR mengadakan demonstrasi di luar ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pagi ini menuntut peletakan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi suruhanjaya itu  atas dakwaan mereka adalah ahli Umno.

NONEKumpulan 13 ahli akar umbi yang diketuai Anggota Majlis Bandaraya
Subang Jaya, Michael Tamil membawa kain rentang serta melaungkan slogan selama kira-kira lima minit di pintu pagar Pusat Pentadbiran Kerajaan (Kompleks C), di mana beberapa agensi kerajaan yang lain turut ditempatkan.

Kain rentang itu bertulis 'Rakyat mencintai demokrasi hendak pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan', manakala mereka melaungkan 'resign (letak jawatan), bersihkan SPR'.

Mengulas mengenai kehadiran yang tidak ramai, ADUN Port Dickson, M Ravi memberitahu sidang akhbar bahawa perhimpunan tersebut hanyalah satu permulaan kepada 'apa yang akan datang'.

Beliau berkata, mereka bukan sekadar satu kumpulan kecil tetapi adalah sebagai satu amaran, "jika mereka tetap degil, kami akan bawa puluhan ribu orang berkumpul di sini," katanya sambil menambah pihaknya akan menyediakan satu memorandum dan berkumpul di situ beramai-ramai.

NONEDitanya mengapa mereka mengadakan perhimpunan tersebut
walaupun Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan) telah menafikan dakwaan itu, bekas timbalan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, R Suresh Kumar memetik kenyataan akhbar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin sebagai bukti.

Suresh mendakwa, sehingga hari ini, pengerusi SPR dan timbalannya itu hanya memberi alasan, tetapi tidak menafikan mereka adalah ahli Umno.

Saifuddin dalam kenyataannya bertegas bahawa Abdul Aziz masih ahli Umno walaupun dia tidak membayar yuran tahunan. Ini adalah kerana beliau tidak dipecat tetapi hanya dihalang menghadiri mesyuarat agung tahunan.

~MK~

Friday, May 11, 2012

KERAjaan UMporNO Hina Rakyat Jika Lantik Tun Hanif Omar

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar perlu menarik diri sebagai pengerusi panel bebas menyiasat insiden keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0. Berucap di program ‘Pidato Merdeka Rakyat’ di Kompleks 3K di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hanif tidak akan berlaku adil sebagai pengerusi panel.

“Kerajaan jangan hina rakyat. Panel ini tidak akan bebas (kerana) Hanif sebelum ini tuduh peserta Bersih sebagai komunis,” katanya depan kira-kira 5,000 hadirin.

Menempelak kenyataan itu, beliau berkata, tuduhan komunis adalah lapuk dan hanya diguna pakai pada zaman awal kemerdekaan serta tidak akan dipercayai rakyat.

“Ini cerita dekad 50-an, 60-an. Mungkin (Hanif) masih teringat ketika jadi Ketua Polis Negara dulu, sibuk melawan komunis,” katanya sinis.

Ketua Pembangkang itu berkata, Hanif juga perlu menarik diri supaya panel yang ditubuh tidak menjadi bahan ketawa pada masa depan.Pada 30 April lalu, Bernama melaporkan, Hanif menuduh golongan pro-komunis  turut menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Ironinya, kerajaan Umno BN kemudian melantik Hanif sebagai pengerusi panel bebas menyiasat keganasan polis pada perhimpunan berkenaan.Panel itu dianggotai, antaranya, Bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Editor Pengurusan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Anwar berkata, kerajaan Umno takut berikutan terkesan dengan perhimpunan bersejarah itu walaupun peserta Bersih 3.0 dilempar tuduhan pengganas dan komunis.

“Buktinya, Parlimen tarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya.

“Jadi, hari mengundi nanti, kita boleh buka pondok panas (tempat semakan pengundi) dan tempatkan wakil kita di pondok  SPR,” katanya diiringi tepukan hadirin.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ahli Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud; Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman.

Pada akhir acara, pengerusi majlis, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan, program itu turut mencatat kutipan tertinggi dana pilihan raya di Kelana Jaya iaitu RM11,000.

~suarakeadilan~

Majlis Fatwa Dipolitikkan Oleh UMporNO

KEADILAN berpendapat perkara berkaitan hukum hakam agama hendaklah dibahaskan di kalangan mereka yang berkeahlian dalam bidang berkaitan untuk mengelakkan salah faham kepada masyarakat umum.

Oleh sebab itu, ulama yang jujur kepada hukum agama dan yang memelihara kemurnian hukum Islam serta menjaga martabat dan maruah umat akan memberikan pendapat tanpa takut ancaman pada diri atau mengambil kira kepentingan mana-mana kelompok.

Bagi menentukan sesuatu hukum atau fatwa, terdapat beberapa kaedah dan caranya. Mungkin pendapat atau pandangan itu berbeza, mengikut keadaan semasa dan persekitaran. Hukum boleh berubah dengan peredaran zaman.

Biasanya sesuatu fatwa yang diberikan mesti mendapat pandangan dari pelbagai pihak,  pakar dalam sesuatu perkara serta membuat rujukan dari pelbagai sumber yang sahih lagi tidak dipertikaikan. Contohnya, untuk mengeluarkan fatwa dalam bidang perubatan, pakar perubatan dalam bidang berkaitan mesti tampil memberikan keterangan dan pandangan dalam mesyuarat J/kuasa Fatwa tersebut, walaupun dia adalah bukan muslim.

Dalam konteks masyarakat Islam sekarang ini, fatwa sangat diperlukan dan penting bagi mengetahui satu-satu hukum syarak dengan tepat dan benar. Hukum fatwa mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah fardhu kifayah. Hal ini kerana fatwa termasuk sebahagian daripada keperluan agama yang sepatutnya dan semestinya wujud demi maslahah dan manfaat umum.

Dengan adanya fatwa, masyarakat dapat menyelesaikan banyak masalah dan kemusykilan hidup yang berkaitan dengan agama.

Apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Fatwa ini menimbulkan pelbagai reaksi serta komentar dari pelbagai lapisan masyarakat:

i) Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil pandangan dari pelbagai pihak yang terlibat dalam himpunan aman Duduk & Bantah pada 28 April lalu. Antara yang perlu memberikan keterangan dalam mesyuarat J/Kuasa Fatwa ini adalah:-

a) Menteri dalam negeri yang menyatakan himpunan ini tidak mengancam keselamatan negara.
b) Polis Diraja Malaysia.
c) Peguam yang terlibat atau Majlis Peguam.
d) Penganjur.
e) Media yang membuat laporan.
f) Parti-parti politik yang terlibat mengarahkan ahli berhimpun.
g) Badan-badan bukan kerajaan.
h) Individu-individu tertentu.
i) Suhakam (dalam konteks kebebasan hak asasi manusia).

ii) Mengapakah fatwa ini dikeluarkan dalam keadaan yang tergopoh gapah dan menyatakan pandangan dari sebelah pihak sahaja, seolah-olah untuk menyokong pandangan pihak tertentu dan mencela pihak yang satu lagi.

iii) Membandingkan fatwa yang diberikan oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawy mengenai himpunan di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang mewajibkan semua rakyat turun. Serta berlaku pelbagai kegananan, kerosakan harta benda , kerugian perniagaan dan kematian. Namun menjatuhkan kezaliman pemerintah yang diktator, rasuah, rakus dengan kuasa, bersifat menindas, ketidakadilan lebih diutamakan daripada mengharamkan demonstrasi itu sendiri.

Sesuatu fatwa yang dikeluarkan boleh dibatal dengan fatwa yang terbaharu setelah mendapat pandangan atau maklumat yang terkini, bukannya mahkamah yang membatalkan pandangan fatwa tersebut, seperti yang dibentangkan dalam enakmen bagi menghalang mahkamah daripada merubah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri yang telah diwartakan dalam DUN Kedah baru-baru ini. Hanya Majlis Fatwa yang boleh merubah fatwa yang telah dikeluarkan.

Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi ‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.

Memandangkan pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa.  Daripada huraian yang dibuat oleh imam-imam mujtahid seperti Syafiei, Malik, Ahmad dan lain-lain, Prof Dr Yusof Qaradawi merumuskan seperti berikut:

Tidak harus memberi fatwa bagi mereka yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh; tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan. Begitu juga tidak harus memberi fatwa mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka, dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof al-Qaradawi, al-Fatwa).

Inilah di antara beberapa persoalan yang masih berlegar dalam isu pengharaman himpunan aman Bersih 3.0 lalu. Oleh itu, fatwa yang diberikan biarlah bebas dari pengaruh mana-mana pihak , supaya mempunyai nilai dan integriti serta kekuatan yang tersendiri, maka saya mencadangfkan supaya Majlis fatwa kebangsaan bersidang semula dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat dalam himpunan aman Bersih 3.0 memberikan pandangan mereka secara lebih jujur dan telus.

Ahmad Kasim
Ahli Parlimen Kuala Kedah merangkap Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama KEADILAN

Azmin Akan Saman Utusan

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

NONE"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks.

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya saman Utusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

NONEBeliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

NONE"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.

Sebelum itu, dalam Majlis hi-tea bersama media dan penulis blog, Azmin berkata Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan "politik longkang dan kotor" sewaktu mentadbir negeri itu.

Maalah, Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan hala tuju dan janji gabungan itu dalam Buku Jingga dapat dilaksanakan sekiranya menguasai Putrajaya.

Memetik kata-kata seorang pengamal media India MD Akhbar yang menegaskan kuasa dan pengaruh media terletak kepada kredibiliti maklumat yang disampaikan, Azmin mendakwa jualan dan edaran Utusan Malaysia merudum ekoran "kredibiliti kewartawanan".

"Kalau fitnah dan pembohongan (berleluasa), tidak ada lagi kredibiliti dan pengaruh... Media yang disokong oleh rakyat, nak kuat kena ada kredibiliti dan adil (dalam laporan)," katanya sambil menegaskan tidak gusar dengan serangan media arus perdana terhadapnya.

~MK~

Sah Pengerusi SPR Ahli UMporNO

PKR menyangkal penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa keahlian Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah luput kerana tidak membayar yuran tahunan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan
pengalamannya yang pernah menjadi setiausaha agung Pemuda Umno, orang yang mendaftar menjadi ahli Umno perlu membuat dua bayaran - yuran keahlian yang perlu dibayar sekali sahaja dan yuran tahunan untuk membolehkannya menghadiri mesyuarat agung Umno.

Oleh itu, hujahnya, walaupun Abdul Aziz tidak membayar yuran tahunan, ia tidak membatalkan keahliannya dalam Umno, cuma beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan.

Saifuddin menjelaskan bahawa seseorang ahli hanya tidak lagi dianggap menjadi ahli Umno jika dia dipecat atau dia meminta digugur daripada keahlian parti.

Dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam Nazri berkata keahlian Abdul Aziz telah luput kerana beliau gagal membayar yuran tahunan sejak beberapa tahun.

~MK~

Monday, May 7, 2012

Jom BERSIH4.0 kan Diri Dengan Solat Taubat Di Dataran Merdeka

Majlis Fatwa Kebangsaan menjatuhkan hukum HARAM JADAH kepada mana-mana peserta yang menyertai BERSIH3.0. Rakyat nak sertai demo aman pun haram juga. Nak protes pun haram juga. Habis takkan nak cakap kat warung kopi saja kot. KERAjaan boleh dengar ke kalau setakat bercakap-cakap kat warung kopi?

Sedap jer Majlis Fatwa nak jatuhkan HARAM JADAH pada demo aman. Habis yang polis belasah rakyat tu tak haram ke? Rakyat pergi demo aman dengan tangan kosong. Tapi polis lengkap dengan senjata. Mana lebih haram? Yang bawa senjata atau bertangan kosong? Yang tu pun tak boleh fikir ke?

Kalau dah diputuskan HARAM JADAH jomlah kita buat BERSIH4.0 buat solat taubat beramai-ramai di Dataran Merdeka pula. Takkan nak buat solat taubat pun FRU nak mai sembur air pula? Jadi pengajur BERSIH30 perlu atur BERSIH4.0 pula lah kot dipimpin oleh tok-tok guru buat solat taubat supaya rakyat yang berdosa sertai BERSIH3.0 diampunkan dosa olah ALLAH.

Wednesday, May 2, 2012

Benarkah Pemandu Kereta Polis SOGO Tidak Sedarkan Diri?


Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
 Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:
KLIK IMEJ
2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya:
KLIK IMEJ 
3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau: 
KLIK IMEJ
Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia. 

Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.

Bagi Tulang Besi Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.

Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan.

 Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook.  Segala pembohongan terdedah dengan mudah.

KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA

Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia. Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.

Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan dikenakan tindakan yang sama. Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki.

Dengar katanya lagi polis-polis kini dibahagikan juga kepada 2 pasukan. Satunya yang pakai baju kuning dengan gelang kuning ditangan kiri supaya membuat kacau dengan mencetuskan provokasi. Polis-polis inilah yang boleh digelar anjing KERAjaan BumNgok.

~TULANG BESI ~

Kenapa UMporNO Takut Dengan BERSIH3.0?

BERSIH3.0 telah berjalan lancar pada 28 April lepas di Dataran Merdeka. Cuma disebabkan oleh barua-barua dan anjing-anjing KERAjaan BumNgok perjalanan BERSIH3.0 agak terganggu sedikit. Dunia dapat saksikan bagaimana keganasan polis pada kali ini lebih teruk berbanding BERSIH2.0 yang lepas.

Bukan setakat rakyat sahaja yang menjadi mangsa keganasan polis tetapi peguam dan wartawan pun turut kena belasah. Dulu pada BERSIH2.0 bila rakyat kata polis belasah rakyat yang tak bersalah ramai yang mengatakan itu semua propaganda pembangkang tapi kini bila ada saksi mangsa yang lebih berpengaruh barulah rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya yang jahat dan cilaka.

Penganjur BERSIH3.0 cuma mahukan rakyat DUDUK dan BANTAH di Dataran Merdeka sahaja. Kenapa tidak dibenarkan? Bukannya rakyat hendak membakar kereta. Bukannya rakyat hendak merosakkan harta benda. Bukan rakyat hendak buat kacau. Rakyat cuma hendak DUDUK dann BANTAH kepada perjalanan SPR yang telah diketahui proUMporNO apabila Pengerusi dan Timbalannya memang cilaka ahli UMporNO.

Korang bayangkanlah. Kalau Tok Guru tu ahli PAS tentulah sedikit sebanyak Tok Guru ada kepentingan dalam parti PAS. Murujib wal Rosmangkuk tu pula ahli UMporNO tentulah apa yang dia buat ada kepentingan dalam parti UMporNO. Kalau dah dua ekor beruk orang atasan SPR ahli UMporNO tentulah sedikit sebanyak akan memenangkan partinya. Bodohlah kalau dia kata dia boleh bertindak secara profesional.

Sekarang dua ekor beruk tu kena letak jawatan dengan segera. Rakyat nak kali ini SPR memang benar-benar telus dan BERSIH3.0 daripada sebarang parti. Kalau beruk dua ekor tu nak mengundi UMporNO lantak diaorang lah tapi kalau sampai dah jadi ahli UMporNO nampak sangatlah tak layak memegang jawatan tertinggi dalam SPR.

Patutlah selama ini SPR taknak ikut saranan BERSIH1.0 dan BERSIH2.0 supaya gunakan dakwat kekal. PRU13 ni dengarnya akan digunakan dakwat kekal sebab rakyat dah mula memberontak dengan penipuan UMporNO. Disebabkan bila dah guna dakwat kekal susahlah nak HANTU nak mengundi dua tiga kali. Tapi KERAjaan BumNgok cari jalan pula hingga dikatakan ada warganegara asing diberi mykad sementara supaya boleh mengundi KERAjaan BumNgok nanti. Persempadanan semula dengan memindahkan pengundi propembangkang ke tempat lain supaya UMporNO boleh menang.

Sekarang ni segala menteri pun dah tak tidur lena. Murujib wal Rosmangkuk tu lagilah tak tidur lena sebab bila pejam mata saja mimpi ngeri pun bermula. Jadi untuk menghabiskan sisa-sisa jawatan PM yang bakal jadi ketua pembangkang selepas PRU13 nanti baik tak tidur untuk fikir bagaimana untuk menang PRU13 sebab selepas ini Murujib wal Rosmangkuk lebih tak tidur terus sebab segala skandal, penyelewengan dan salah guna hak rakyat dan kuasa akan dibongkar kepada rakyat selepas Pakatan menawan Putrajaya. Kes Altantuya yang digelapkan terus daripada pengetahuan rakyat siapa pembunuhnya masih menjadi tanda tanya. Kes pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan berbilion-bilion duit rakyat semasa Murujib menjadi Menteri Pertahanan dan banyak lagi kes yang belum melibatkan DS Anwar Ibrahim. Rakyat pun dah mula muak dengan PM yang takut bini. Membiarkan bini pergi shopping berjuta-juta dengan duit rakyat.

Aku pelik sangat bila Rais Yatim mula bising tentang gambar ori yang diedit supaya menampakkan ramainya rakyat yang hadir BERSIH3.0 di Dataran. Mampus pilah kalau nak edit ka apa ka. Yang Datuk T buat video porno membabitkan Anwar Ibrahim tiada pula polis nak siasat. Buat ala kadar sahaja sebab sama-sama bersekongkol untuk memburukkan nama Anwar Ibrahim. Bukannya blogger edit letak kepala hang tukar dengan kepala dugong yang hang nak marah sangat tu. Hangg cuma check blog-blog proPakatan tapi ada tak Kementerian Komunikasi check blog-blog proUMporNO? Mungkin lebih teruk barua-barua UMporNO tu edit gambar-gambar pemimpin Pakatan. Apa tindakan ke atas mereka pula???

Yang pastinya Murujib wal Rosmangkuk dan KERAjaan BumNgok terlalu takut kali ini dengan rakyat yang datang dari seluruh negara. Yang pasti semasa aku pergi BERSIH3.0 memang terlalu ramai rakyat yang datang menuntut hak mereka. Pencacai UMporNO kata bodohnya orang Melayu ikut cakap Ambiga Hindu sokong BERSIH3.0. Sebenarnya aku nak bagitau kepada segala pencacai dan balaci UMporNO tu yang BERSIH3.0 ini adalah MILIK RAKYAT.  Bukan milik Anwar Ibrahim, bukan milik Ambiga ataupun milik mana-mana pemimpin. Mereka cuma pengerusi bersama. Kini KERAjaan BumNgok akan berdepan pula dengan kes saman oleh Majlis Peguam yang akan mewakili rakyat Malaysia yang menyokong BERSIH3.0 terhadap keganasan polis.

Dikatakan ada kenderaan polis yang telah dirosakkan. Bayangkan rakyat yang penuh sesak sedang membuat perarakan dengan selamba bewak anggota polis tu merempuh rakyat. Dah tahu orang ramai disitu kenapa pula nak lalu jalan tu. Polis tutup semua laluan untuk ke Dataran Merdeka. Tentulah penuh sesak. Orang ramai pada masa itu menyangka kenderaan polis telah merempuh dan melanggar seorang wanita sebab itulah mereka naik marah dan mengangkat kereta polis untuk melihat apa yang ada dibawak kereta itu. Yang gatal pungkoq lalu dijalan yang dipenuhi rakyat yang sedang marah kenapa?

Tapi aku rasa rakyat Malaysia bukannya ganas seperti rakyat di luar negara. Kalau setakat dua tiga lapisan polis tu dengan senang sahaja rakyat boleh belasah polis. Tapi rakyat masih menghormati polis sebagai pelindung rakyat. Rakyat pun tahu ada anggota polis yang menyokong Pakatan Rakyat namun kerana tugas mereka menurut perintah. Polis-polis ini hanya memerhati rakyat dan mengawal supaya keadaan aman damai. Polis-polis yang menjadi anjing KERAjaan UMporNO inilah yang suka buat kacau. Yang tangkap rakyat, belasah rakyat, tembak rakyat dan macam-macam lagi.

Kenapa Murujib wal Rosmangkuk masih belum dapat ilham untuk bubar Parlimen? Sebab dia takut kerana mood rakyat tetap marahkan KERAjaan UMporNO walaupun telah diberi duit bantuan untuk merasuah rakyat. Rakyat sekarang dah pandai la bongok. Wang tu datangnya dari rakyat juga. Bukannya dari duit gaji hang atau duit tabungan Rosmangkuk sejak kecil tu sampai boleh beli cincin berjuta-juta ringgit. Bodoh punya statement.

Rakyat mahukan SPR BERSIH3.0 daripada UMporNO dan Malaysia BERSIH3.0 daripada lintah-lintah dan parasit yang merompak harta negara untuk kepentingan peribadi dan anak bini. Ramai dikalangan bekas-bekas menteri UMporNO pun dah mula menyokong Pakatan Rakyat kerana mereka tidak mahu lagi bersekongkol dengan MahaFiraun yang cilaka. Jangan sampai sebelum PRU13 rakyat akan melancarkan sekali lagi BERSIH4.0 dengan kehadiran sejuta rakyat untuk menuntut keadilan.