REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, June 26, 2012

Pemimpin UMporNO Cakap Macam Pelaq

Nak tergelak bila pemimpin pembangkang ajak pemimpin UMporNO berdebat tapi takut nak mampus. Mula-mula sekali Anwar mengajak Murujib wal Rosmangkuk berdebat tentang isu kenaikan harga minyak dahulunya. Anwar ajak Murujib dia hantar Shabery Chik. Terhegeh-hegeh la mangkuk tu dok menyerang peribadi Anwar. Fokus berdebat tentang isu minyak tapi pak menteri ni pula yang dah jadi taik minyak.

Sekarang Anwar ajak pula Murujib wal Rosmangkuk sekali lagi berdebat tentang isu-isu semasa menjelang PRU13 ini. Murujib kata macam-macam pada Anwar jadi eloklah dalam debat rakyat boleh lihat dan menilai sendiri manakah pemimpin yang berkaliber atau berkali-kali berrrpp. Debat terbuka ka debat tertutup ka sampai sekarang Murujib hanya diam membisu. Rasa-rasa tuan penasihat UMporNO iaitu APCO tak bagi berdebat kot. Takut kalah nanti malu wooo.

Alasan yang langsung tak munasabah diberikan ialah debat bukan cara rakyat Malaysia. Habis kalau bukan adab rakyat Malaysia suka sangatlah UMporNO menabur fitnah ke hulu ke hilir tentang pemimpin pembangkang. Aku rasa kalau pemimpin pembangkang dalam ceramah bagitau rakyat tentang pelbagai penyelewengan pemimpin UMporNO memang betullah tu.

Tentulah mereka dah buat penyelidikan rapi sebelum nak beritahu rakyat. Itulah gunanya parti pembangkang yang mengawasi kerja KERAjaan UMporNO. Lihat sahaja hasil kerja PKR, PAS dan DAP yang mendedahkan pelbagai penyelewengan terutama NFC syarikat yang membela lembu dalam kondo. Apa sudah jadi? Laki bini kena dakwa sampai Shahrizat pun dah masuk bawah tempurung. Sebelum ni rakyat tak kenal pun siapa laki dia. Bila dah kena macam ni mana mau taruk muka?

Baru-baru ni Husam ajak Awang Adek berdebat tentang isu penyelewengan berlaku dalam KGT. Awang yang mencanang satu Kelantan akan jadi MB Kelantan pada penggal lepas melalak dan menyalak bagai sekor anjing gila kena sawan tanpa usul periksa. Bila diajak berdebat sebijik ikut perangai bos dia iaitu PM 1Malaysia lah siapa lagi.

Aku rasa Anwar dan Husam cakap bahasa Melayu paling mudah dalam membina ayat tanya. Mau atau tak mahu berdebat itu sahaja. Tak payah bagi alasan sakit perut ka, nenek nak kahwin ka, lembu berak dalam rumah ka itu semua idea bangang. Kot ya pun bagi la idea yang bernas sikit iaitu kami PEMIMPIN UMPORNO TAKUT BERDEBAT DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG TAKUT RAKYAT TAHU PENYELEWENGAN YANG KAMI LAKUKAN.

Jangan cakap macam pelaq kalau dah takut. Pirah mabukkk.

Friday, June 22, 2012

LGE Menang Saman Utusan Meloya

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.

Ini merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan.

~MK~

Wednesday, June 20, 2012

Anwar Pula Saman Nalla Korupan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 November untuk perbicaraan kes saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memaklumkan bahawa pihaknya telah memfail afidavit jawapan terhadap pernyataan pembelaan Nallakaruppan.
  
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
  
Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.
  
Beliau menuntut gantirugi am berjumlah RM100 juta, selain gantirugi teruk, gantirugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
  
~Bernama~

Ternyata Sudah Nalla Memfitnah Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa  Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
  
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.
  
Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar gantirugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut.
  
Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Dalam pembelaannya, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada di bawah perlindungan bersyarat.

~Bernama~

Friday, June 15, 2012

PM Paling Banyak Cilok Duit Rakyat Untuk Lawatan

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta.

Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75.
~MK~
Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.

Thursday, June 14, 2012

Saksikan Debat Antara Parti PORNO Dan Parti Rakyat

Jom kita pakat pi ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada Selasa depan 19 Jun 2012 jam 7.30 malam untuk menyaksikan perdebatan hangat antara pemimpin-pemimpin politik iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan (UMporNO), Gan Ping Sieu (MCA) dari parti porno dan Mujahid Yusof Rawa (PAS) dan R Sivarasa (PKR) yang mewakili parti rakyat.

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan bagaimana kecut teloq nanti barua-barua Murujib wal Rsomangkuk ni nak berdebat dan mungkin inilah yang akan menjadi landasan kepada Murujib wal Rosmangkuk samada nak terus digelak oleh rakyat kerana takut nak berdebat dengan Anwar Ibrahim. Orang kata Murujib wal Rosmangkuk ni sembang je lebih tapi teloq pun tak ada.

Sepatutnya perdebatan ini antara Muujib dengan Anwar. Barulah rakyat boleh datang penuh stadium Bukit Jalil tu. Rakyat nak tengok pemimpin mana yang dok kelentong rakyat dan pemimpin mana yang diterima rakyat. Murujib wal Rosmangkuk ni hanya cakap yang Anwar hanya pandai berpidato. Itulah bakat seorang pemimpin negara.

Kalau hang tak boleh cakap itu maksudnya hang tak layak pun jadi PM. Macam Pak Lah asyik tidoq je last-last kena tendang dengan Murujib yang nak rampas kuasa PM. Betullah yang hang ni Murujib wal Rosmangkuk kerja hang nak merampas kuasa dan wang rakyat saja dalam hidup hang.

Wednesday, June 13, 2012

Lebih 50 Tahun Masih Cerita Tentang Bantuan Lagi?

Rakyat kenal UMporNO. Dari UMporNO LAMA hingga diharam jadahkan oleh mahkamah dan menjadi UMporNO BARUa lebih 50 tahun parti porno ini menipu rakyat. Sedih sangat aku tengok rakyat yang buta, pekak, bisu, tuli, bodoh, bangang, tolol, bahlul dan masih setia bersama UMporNO. Kepada yang dah mula sedar sejak PRU12 pada tahun 2008 dulu diucapkan tahniah dan syabas.

Korang bayangkanlah kalaulah para pemimpin UMporNO tidak menipu rakyat takkanlah dah lebih 50 tahun masih dok cerita pasal pembinaan jalan raya, pembinaan rumah kos rendah, bantuan air bersih, pacak tiang elektrik seluruh kampung dan macam-macam lagi segala macam projek di bawah KERAjaan BumNgok.

Kalau UMporNO tak menipu rakyat takkanlah dah lebih 50 tahun masih terdapat nenek tua disemua negeri Pakatan Rakyat? Takkan masih ada rakyat yang tak makan sampai berhari-hari. Yang makan siput babi pun ada keluar dalam Bersamamu. Nak tunjuk kepada rakyat yang apa pemimpin Pakatan Rakyat buat selepas menang PRU12 sampai ada warga tua hidup merempat.

Aku rasa budak tadika pun boleh bezakan berapa tempoh Pakatan Rakyat mentadbir negeri berbanding UMporNO yang dah lebih 50 tahun mentadbir negara. Sudah tentu mentadbir negara lebih banyak peruntukkan dan boleh disalurkan kepada kerajaan negeri. Nak harap KERAjaan UMporNO salurkan peruntukan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat jilat pungkoq dululah.

Yang aku hairan mana perginya peruntukkan setiap tahun kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri dibawah pemerintahan MahaFiraun sebelum Pakatan Rakyat ambil alih pentadbiran? Takkanlah dah lebih 50 tahun asyik cerita benda yang sama. Cerita pasal rakyat nak jalan raya, rakyat nak air bersih, rakyat nak lampu jalan, rakyat nak sekolah. Ini cerita macam barua.

Nampak sangat lah yang para pemimpin UMporNO dulu dah kebas duit peruntukkan kerajaan persekutuan. Korang bayangkanlah kalau setiap tahun peruntukkan dari kerajaan persekutuan bagi pada kerajaan negeri dan digunakan duit itu untuk membina rumah kos rendah sekitar RM30k atau bina jalan raya atau bina saluran air atau bina balai raya atau bina apa sahaja sudah tentu sekarang ini rakyat seorang pun tak ada yang merempat.

Rakyat susah kini sebab duit peruntukan tu diberi kepada kroni. Kayakan keluarga dulu. Tengoklah bekas MB Selangor rumah macam istana. Tengok bekas MB Terengganu, bekas MB Kedah, bekas MB Perlis, bekas-bekas MB yang kalah tersungkur semua harta melimpah ruah.

Kenapa jadi macam ni? UMporNO hanya bagi bantuan untuk tutup mulut rakyat. Nak dekat PRU barulah muncul macam-macam bantuan. Bagi duit RM100 pun rakyat dah buta. Dia ingat duit rasuah RM100 tu boleh tahan sampai sepenggal atau 5 tahun lagi nak PRU pulak ke?

Sekarang ni dah nak dekat PRU13 UMporNO dibawah Murujib wal Rosmangkuk mula nampak kekalahan PRU12 dulu sebab UMporNO tak banyak melobi rakyat dengan duit rasuah. Mungkin penasihat peribadi Murujib wal Rosmangkuk iaitu APCO Israel laknatullah cadangkan pemberian pelbagai bantuan kepada rakyat untuk menutup segala penyelewengan UMporNO kot.

Ini kerana para pemimpin UMporNO tahu selagi rakyat susah selagi itulah rakyat perlukan UMporNO. Bila rakyat nak duit sebab harga barang naik diberi bantuan RM500, bantuan RM100, tak naikkan harga RON95 sebab takut kalah PRU13 nanti. Murujib wal Rosmangkuk percaya kepada Feng Tuihhh bagi jelah RM100-RM200 nanti senyaplah rakyat tu. Murujib dengan Rosmangkuk tu kebas berjuta-juta ringgit duit rakyat buat senyap je.

Jadi kalau dah lebih 50 tahun tapi masih dok sembang pasal rakyat miskin, rakyat masih perlukan bantuan, rakyat masih perlukan UMporNO nampak sangatlah UMporNO parti yang haprak dan segala pak menterinya dengan segala barua-barua, pencacai-pencacai, balaci-balacinya pun cakap macam barua.

Ingat rakyat kini bodoh sangat kah macam penyokong-penyokong UMporNO tu. Pirah mabukkkk.

Sikap Double Standard PPJ



Bendera BN dan Umno sudah banyak terpampang terutamanya di Presint 8, Presint 9 dan Presint 16 di pusat pentadbiran negara, Putrajaya ini.

Adakah ini tanda pilihanraya semakin hampir? Namun tiada pula bendera PAS yang kelihatan.

Orang ramai yang biasa lalu lalang di sini tak ambil kisah pun namun hari ini terdapat satu kain rentang yang tertera logo Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang menarik perhatian mereka.

Kain rentang itu berbunyi  “BENDERA PARTI INI LAMBANG KESOMBONGAN! WALAUPUN UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN, MEREKA TERUS MEMASANGNYA”.

Di belakangnya terdapat banyak bendera BN dan Umno. Demikian menurut saksi yang telah memuat naik gambar kain rentang itu.

Rosli Ahmad, seorang pegawai kerajaan yang melalui Presint 9 untuk ke tempat kerja pagi tadi telah melihat kain rentang Perbadanan Putrajaya ini yang menyatakan bantahan kepada parti politik ini.

Ini kerana, mereka meletakkan bendera politik di kawasan ini sesuka hati walaupun tanpa kebenaran tapi yang peliknya mengapa pihak PPJ tidak menurunkan sahaja bendera itu sebaliknya meletakkan kain rentang ini.

"Saya faham sangat pada kebiasaannya PPJ akan bertindak tegas untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keharmonian di Putrajaya ini," katanya.

Manakala seorang lagi yang dihubungi tidak mahu memberitahu namanya memaklumkan inilah sikap “double standard” PPJ.

Sekiranya bendera PAS dipasang tidak sampai beberapa jam akan datang pihak berkuasa menanggalnya manakala bendera Umno dan BN dah pun sebulan bahkan ada yang berbulan bulan tidak ada apa-apa tindakan.

Malah ada yang dah buruk dan lusuh dan mencacatkan keindahan Putrajaya masih kekal termasuklah kain rentang, khemah-khemah cap BN dan Ahli Parlimen Putrajaya yang buruk dibiar terpasang kekal di kawasan perumahan kuarters penjawat Awam.

Ramai penduduk tidak menyukainya, tapi apa boleh buat, pihak bertanggungjawab lembek.

Inilah taktik kempen umno di Putrajaya barangkali dan direstui pihak berwajib PPJ dan Unit Hartanah JPM.

Setelah pihak kami menghubungi PPJ untuk pengesahan dan jawapan petugas yang menjawab panggilan memberitahu 'biasalah' dan memaklumkan Presiden PPJ Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Datuk Abd Ghani Ahmad (yang bertanggungjawab dalam perkara ini) sedang mesyuarat.

Menurut Yang Dipertua PAS PAS Putrajaya pula, Ustaz Nazir Zakaria, PAS menurut peraturan Perbadanan Putrajaya (PPJ) selaku pihak berkuasa tempatan disini yang telah menyatakan bendera parti politik hanya boleh dipasang setelah pembubaran parlimen.

"Kita ada banyak bendera tetapi kita menghormati undang-undang. Kita hanya bawa bendera sewaktu program sahaja dan tidak memasang sesuka hati.

"Namun sekiranya PPJ masih menjadi 'Perbadanan Bandar Cowwboy' terpaksalah kita mengambil tindakan yang bersesuaian," katanya.
~harakahdaily~

Rafizi Sehebat Chegu Bard

Barisan pemimpin Pakatan Rakyat memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan. Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi.

Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum.

NONENama Rafizi juga tidak putus-putus meniti di mulut pemimpin lain yang berucap, termasuk ADUN Teratai Janice Lee serta anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua dalam ucapannya di program dihadiri lebih 2,000 orang itu berkata, DAP tidak akan bertanding di kerusi Pandan kerana yakin dengan Rafizi yang disifatkannya sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab.

Ketika ditemui selepas itu, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang.

Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya.

Cabaran sengit bertemu Tee Kiat
Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Kemaman pula di saat terakhir.

"Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir... Tapi orang Pandan tahu saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya.

NONERafizi mengakui bahawa beliau akan berdepan cabaran sengit di kerusi tersebut, yang kini disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Namun beliau yakin PKR akan mempunyai peluang yang baik di kawasan kerusi campuran dengan 25 peratus golongan miskin bandar dan 50 peratus golongan pengundi muda itu.

"Saya rasa keputusan 2008 bukan disebabkan Ong Tee Keat tetapi kerana pengundi memilih berdasarkan kaum.

"Pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi referendum kepada BN.

NONE"Ong Tee Keat mempunyai sokongan kuat tapi kita akan pecahkan undi masyarakat Cina," katanya lagi yang terpaksa menghentikan perbualan dengan wartawan beberapa ketika untuk melayan permintaan individu yang ingin bergambar dengannya.

Beliau yakin, strategi kempen dengan menonjolkan jenama Pakatan itu akan membuahkan hasil untuk memecahkan blok pengundi berkenaan.

Selain Sabak Bernam, Pandan merupakan kawasan parlimen yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya lalu di Selangor.
 
~MK~

Bakal Menantu Penipu Bapa Mentua Penyangak

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan,  menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.

Daniya Nazarbayev – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut.

Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber.

Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu. Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001.

Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas. Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010. Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan.

Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut. Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan.

Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street.

Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan. Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas.

Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan. Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau.

Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang.
Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia.

Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau.

Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama.

Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan.

~MK~

Tuesday, June 5, 2012

Sebab Bukan Duit Kepala Bapak Depa Punya

Heboh kini dikatakan plat WWW mendapat bidaan tertinggi dengan DYMM Sultan Johor membida plat WWW1 dikatakan bernilai RM520k. Tahniah kepada DYMM Sultan Johor kerana berjaya membida plat WWW1 dan sesuai dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Johor. Rakyat tidak menafikan t indakan baginda kerana selaku Sultan baginda berhak membuat apa sahaja dan menggunakan harta kekayaan baginda dengan sebaik-baiknya. Seperti raja-raja pada zaman dahulu berhak mendapat apa yang mereka inginkan selagi selagi tidak menyalahi undang-undang.

Namun apa yang mengecewakan yang aku nak cerita di sini ialah ada sekor menteri yang membida plat WWW15 dengan nilaian RM24 200. Siapa menteri itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mangkuk hayun menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadinya. Korang bayangkanlah kalau korang nak beli kereta persendirian lantak koranglah nak bida berapa ribu pun.

Tapi mangkuk sekor ni guna wang rakyat yang disalurkan untuk kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan untuk plat kenderaan rasmi. Boleh terima ka kenyataan mangkuk hayun ni. Ada akai ka??? Kalau nak kelentong rakyat sekalipun janganlah nak bagi alasan macam tu. Kalau untuk kenderaan rasmi kenapa sampai nak bida plat kereta. Lantak pilah nombor apa pun bukannya kereta hang pun. Tak taulah kalau mangkuk hayun ni bida plat kereta tu atas nama kenderaan rasmi tapi letak kat kereta persendiran dia pulak.

Di sini aku nak permudahkan para pembaca blog yang dihormati. Mudah sahaja kalau kita nak tahu duit tu halal atau tidak. Macam mana??? OK korang dari kecil menabung. Aku rasa boleh agaklah banyak mana duit korang menabung semasa kecil. Takkanlah sebanyak Rosmah menabung pulak sampai sehari beribu-ribu ringgit nak letak dalam mana??? Dalam tempayan ka???

Sambung semula cerita menabung tadi. Dah korang besar umur korang sampai 40 tahun kalau korang menang sehari RM1 setahun dah jadi RM365. Kalau 40 tahun dah jadi RM14 600. Itu kalau korang menabung paling sikit RM1 kalau RM2, RM3 sejak korang lahir adalah dalam RM50k. Bayangkan susah payah korang menabung sejak berumur sehari kenal dunia sampai umur korang 40 tahun duit yang ada dalam simpanan baru RM10k ke RM50k.

Tetiba sahaja plat WWW keluar rasa-rasa korang sanggup ke nak bida plat WWW15 pada nilai RM25k??? Ataupun korang yang kerja makan gaji tapi nak kahwin atau pergi melancong ke Dubai ke sanggup ke nak beli cincin yang berharga RM50k tu??? Korang fikirlah semula sebab kita rakyat Malaysia memang dah selalu kena tipu dengan pemimpin-pemimpin barua UMporNO ni.

Kalau akulah terus terang tak sanggup aku habiskan duit semata-mata nak bida plat WWW15 atau nak beli cincin kat bini aku pun sampai RM50k. Bukan aku tak cintakan bini aku nak hadiahkan plat WWW15 atau cincin tapi sebab susahnya aku simpan duit tu untuk kegunaan masa depan keluarga. Nanti anak-anak nak sekolah. Murujib bagi RM100 ingat cukup ka beli baju, seluar, beg, kasut semuanya. Takkan nak suruh beli kat NO Mamak Mydin yang ada share 1Malaysia dengan Murujib tu.

Aku rasa korang pun taknak perabih duit RM50k dengan benda-benda mengarut ni. Tapi korang lihat senang saja barua-barua menteri UMporNO dan BumNgok bida plat WWW15, buat makan-makan sampai membazir yang paling haram jadah Murujib dengan Rosmah yang suka ria pergi shopping berjuta-juta, bermalam di hotel beratus-ratus ribu menggunakan wang rakyat.

Sebab apa mangkuk-mangkuk hayun ni boleh shopping atau bersuka ria menghabiskan berjuta-juta ringgit??? Jawapannya mudah sebab DUIT TU BUKAN KEPALA BAPAK DEPA PUNYA. Duit tu duit rakyat. Bukan duit yang mereka kumpul dari kecil sampai besar. Macam penjenayah, penyangak atau penyamun. Selepas merompak depa boleh joli sakan dengan wang haram tu. Mereka tak peduli kalau duit tu habis pun sebab bukan wang dari titik peluh mereka yang halal.

Jadi dah 50 tahun lebih UMporNO merompak duit rakyat berbilion ringgit tapi mereka cuma bagi rakyat RM500 dah jadi kelabu taik mata terus nak undi UMporNO. Memang dasar keparat musibat tak sedar diri pencacai-pencacai UMporNO ni. Sebab tulah aku kata negara boleh jadi bangkrap kalau Murujib dan Rosmah masih berkuasa dalam negara.

Cuma rakyat sahaja yang boleh memilih samada terus nak jadi HAMBA UMPORNO atau SAY NO kepada Murujib dan Rosmah. Kuasa rakyat lah yang menakutkan mereka berdua.

Monday, June 4, 2012

Negara Bangkrap Jika Murujib wal Rosmah Terus Berkuasa

Kenapa berkali-kali UMporNO menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang didalangi oleh Anwar akan mengadakan demo jalanan untuk membantah keputusan PRU13 jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13 ini?

Tak lain tak bukan sebab yang pertama bekas pak menteri yang bercakap iaitu MahaFiraun dan Rais Yatim memang haprak dan bangang dengan PRU yang lepas-lepas. Aku rasa dua ekor menteri dan bekas menteri ni dah lama menang PRU dalam negara Malaysia. Tak tahulah kalau-kalau depa ni bertanding PRU kat Pakistan ka Afghanistan ka Go Head Gostan ka atau negeri SETAN ka.

Sebelum ini hanya PAS yang pernah menang di Kelantan dan Terengganu. Tapi .. bila PAS tumbang di Terengganu tak ada pun demo jalanan membantah keputusan PRU. Penggal lepas Pakatan Rakyat menang di Perak. Tapi bila ada barua-barua katak puru yang dibeli oleh UMporNO maka negeri Perak dirampas oleh regim UMporNO. Pakatan tak ada pun nak buat rusuhan kerana kita terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka.

Sekarang UMporNO cuba bermain api dengan mengatakan Anwar akan buat demo rusuhan jika kalah dalam PRU13 nanti. Kata-kata ini membuktikan bahawa UMporNO dah mula rasa takut dengan undi rakyat yang tak makan rasuah.

Rakyat kini dah faham la bodoh. Jangan Murujib ingat dia bagi RM500 kepada orang miskin, RM100 kepada budak-budak sekolah, buat klinik 1Malaysia, kedai NO mamak mydin 1Malaysia, bagi pelbagai skim kepada rakyat tapi rakyat bukan bangang dan bongok macam pencacai-pencacai UMporNO tu.

Rakyat pun tahu bukan duit Murujib kalau dia nak bagi kepada rakyat. Semua tu duit rakyat hasil kutipan cukai dari rakyat. Kepala bapak balaci-balaci UMporNO kata kalau itu duit UMporNO. Habis yang aku bayar cukai ni duit UMporNO jugak ka? Yang Rosmah beli cincin berjuta-juta ringgit, shopping kat luar negara, bermalam di hotel semalam sampai beratus ribu ringgit tu kepala bapak depa punya duit ka?

Murujib dan Rosmah adalah perompak, penyamun dan perampas duit rakyat dan negara. Anwar sebut pada rakyat akan diturunkan harga minyak keesokkannya jika Pakatan menang PRU13, peminjam-peminjam PTPTN tak perlu bayar lagi hutang-hutang mereka, guru-guru dapat imbuhan kenaikan gaji sebanyak RM500 sebulan, pelbagai lagi skim dalam buku Jingga yang begitu menggerunkan UMporNO dikatakan negara boleh bangkrap.

Negara memang boleh bangkrap jika negara masih menyimpan pemimpin-pemimpin UMporNO yang tamakkan wang rakyat, perompak wang rakyat yang didalangi oleh Murujib dan Rosmah. Zaman MahaFiraun dulu rakyat dibebanio dengan pelbagai hutang dengan segala projek mega yang sampai sekarang rakyat terpaksa membayar hutangnya. Tapi biasalah sebab MahaFiraun memang sukakan projek mega macam Firaun dulu yang buat Piramid.

Tapi Murujib wal Rosmah ni penyangak besar negara sampai mengambil wang rakyat tapi nak tutup mulut rakyat dia bagi kat budak-budak RM100 untuk setahun nak beli baju sekolah, beg sekolah dan lain-lain lagi. Kat orang-orang tua dia bagi RM500 untuk undi dia bagi tempoh 5 tahun akan datang. Sedangkan dia pergi luar negara kerap-kerap bawa Rosmah gila shopping beratus-ratus ribu sampai berjuta-juta tu apa kejadahnya?

Tak tahulah memamg benak betul barua-barua yang penjadi penyokong tegar UMporNO tak nampak semua penyelewengan ini. Orang kata kalau hati tu dah hitam dan busuk macam taik memang dah tak boleh buat apa-apa lagi. Biarlah depa duduk dalam tong taik semoga para pembaca yang membaca blog ini mula sedar yang UMporNO sekarang didalangi oleh Murujib wal Rosmah telah lama menipu kita. Memang haram jadah betul... Kata Murujib pernah maki para peneroka.

Kenapa KERAjaan Jual Saham 60% Dalam FGVH

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan yang "begitu terdesak" sehingga menjual kepentingan dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) secara besar-besaran melalui tawaran awal permulaan (IPO).

Katanya, penjualan 60 peratus saham yang dimiliki Felda itu akan membolehkan kerajaan mengumpul RM5.5 bilion daripada RM9.96 bilion yang dijangka akan berjaya diraih menerusi IPO saham FGVH.

"Sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik Felda tidak dinyatakan dalam prospektus.

"Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperutukkan untuk memberi bayaran 'durian runtuh' RM15,000 kepada setiap keluarga Felda yang akan memakan perbelanjaan RM1.69 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya memegang saham tersebut selama mungkin jika benar FGVH akan menjadi syarikat global yang bakal meraih keuntungan seperti dinyatakan perdana menteri.

"Apa sebabnya kerajaan tergesa-gesa menjual begitu banyak sahamnya," soalnya lagi yang menambah, suasana pelaburan pada masa ini juga "amat negatif."

"Langkah yang begitu terdesak, di samping penambahan keuntungan FGVH dengan pendapatan RM500 juta yang sepatutnya hasil kepada Koperasi Permodalan Felda (KPF) setiap tahun, membina keraguan bahawa ada udang di sebalik batu," katanya lagi.

~MK~