REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 30, 2012

Tema Negeri Pakatan Akan Lebih Patriotik

Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah.
"Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo.

"Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz.

Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti.

"Tema itu mestilah patriotik yang mengajak orang ramai. Bukan macam 'Janji Ditepati' yang orang akan terbayang BN.

"Itu slogan BN tapi pakai untuk hari merdeka," katanya.

~MK~

Logo Buruk Lagu Hampeh

Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.

Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".

Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

NONESemakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang cincai dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur -- "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" -- diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.

Apa kaitan malam, siang, Bulan dan Matahari dengan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti Bulan dan Matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?

NONEMaka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.

Pendengar kemudiannya akan dibuai dengan lirik perihal "janji dikota" (kononnya) dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"?

Pendengar yang bijak pasti akan dapat memahami bahawa lirik ini secara tersirat bertujuan memerangkap minda khalayak seolah-olah Umno-BN (kerajaan sekarang) telah berjaya menepati janji dan kini telah sampai masanya rakyat (pendengar) supaya mengundi Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang sebagai membalas budi atas janji-janji tersebut.

Lantaran itu, timbul persoalan apakah kewajaran bagi sesebuah lagu yang seharusnya bertemakan penghayatan kemerdekaan diolah sebagai medium propaganda picis dan ditransformasikan menjadi lagu kempen untuk meraih undi dalam pilihan raya?

NONEPada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah wahyu penguasa yang diturunkan sebagai ingatan kepada rakyat.
Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.

Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong janji 1Malaysia yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.

Akhir sekali adalah pada rangkap 'rap' -- lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.

Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1Malaysia.

Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Ini langsung tiada kena mengena dengan semangat patriotisme.
NONEDan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan.

Jelas, menerusi lagu ini, Umno-BN cuba untuk memanipulasi sentimen patriotisme bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan menerapkan propaganda lekeh dalam usaha terdesak mereka untuk meraih undi menjelang PRU yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme di dalam lagu ini melainkan puja-pujian dan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan Umno-BN.

Semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini.

Justeru, rakyat khususnya anak muda tidak wajar untuk terus membiarkan diri mereka dihenyak dan diperbodohkan oleh propaganda sempit ini.

Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara.

~Najwan Halimi~

BumNGOK Getir Di Sabah

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat. Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab. Beliau berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

Sementara itu Bernama melaporkan pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit. Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.
Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front.
Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

~MK~

Thursday, July 26, 2012

Rakyat Dapat RM500 Tapi Murujib wal Rosmangkuk RM Juta-juta

Pengumuman Murujib tentang pemberian 'sagu hati raya' sebanyak separuh gaji atau minimum RM50 kepada semua kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat. Aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih lah banyak-banyak kepada Murujib di atas pemberian itu.

Tapi korang semua kena tahu yang pemberian sagu hati raya ni tidak bermakna kita perlu bersyukur kepada Murujib atau UMporNO. Kalau korang nak bersyukur atau nak buat sujud syukur sekalipun niatlah kerana Allah. Kenapa aku nampak macam barua je cakap macam tu?

Ye lah selama ini UMporNO terutama Murujib seringkali mengingatkan rakyat supaya bersyukur di atas pemberian KERAjaan BumNGOK untuk membantu rakyat. Sebenarnya yang tu lagilah cakap macam pelaq... Dah nama KERAjaan tu kenalah tolong rakyat. Ini bila tolong rakyat dok heboh satu negara. Sebijik macam ayam yang teluq sebijik riuh sekampung.

Kalau tolong sebab nakkan undi dari rakyat baik blahhh jer. Ikut hak rakyat lah nak undi siapa pun dalam PRU13 nanti. Nak minta bonus pun kemut nak mampus nak bagi pada rakyat. Tahun ni Murujib kata tahun perabis duit KERAjaan. Tahun depan kalau UMporNO dan parti BumNGOK menang lagi siaplah rakyat pula kena sembelih sorang-sorang.

Murujib peduli apa bagi duit labur sana sini untuk kempen undi UMporNO sebab duit yang dia bagi tu bukan dia kepala hotak dia punya. Yang tu duit kerajaan beerti duit rakyat yang membayar cukai dan saman. Orang kata bagi sebab nak tutup yang salah biar orang nampak yang betul. Bila dah bagi sagu hati raya ni rakyat dan media massa akan fokus kepada kebaikan Murujib jer.

Ada media massa nak fokus kepada penyelewengan duit oleh Murujib dan ROSMAngkuk tu. Beli cincin berjuta-juta ringgit, shopping kat Dubai dah beratus-ratus ribu ringgit, menginap di hotel mewah yang semalam saja dah berpuluh-puluh ribu ringgit. Yang ni semua dah tak dihebohkan untuk tutup mulut rakyat. Inilah pentingnya blogger untuk sentiasa mengingatkan rakyat supaya kita tidak mudah lupa macam MahaFiraun cakap DIA MUDAH LUPA bukan Melayu Mudah Lupa. Sebab Melayu tak akan lupa segala skandal Murujib dan parti BumNGOK kepada negara.

Korang dapat separuh gaji atau RM500 dah nak lupa segala penyelewengan Murujib, ROSMAngkuk dan UMporNO ke???? Depa tu dapat berjuta-juta tiap-tiap malam dok senyum jer kat rakyat yang bodoh kalau masih lena dengan mimpi. Soal bagi bonus ke saguhati ke itu adalah atas nama kerajaan. Kalau Pakatan bentuk kerajaan nanti selepas PRU13 Pakatan pun akan bagi bonus malah mungkin lebih tinggi lagi.

Yelah lihat buku Jingga Anwar kata akan bagi RM500 naik gaji kepada semua guru setiap bulan jika menang. Harga minyak akan turun. Air percuma dalam penggunaan minimum. Ini bukan kah lebih baik dari janji UMporNO yang ntah apa-apa tu. Apa punya turrrr la...

Jadi apa yang Murujib bagi kita ambil tapi ucaplah terima kasih sebag tidur penghargaan. Kesian mamat tu tak tidur malam dok pikir nak bagi ke tak. Jadi duit tu kena beringat sikit jangan perabih gila-gila. Ingat sama hujung tahun ni belum tentu dapat lagi bonus. Tapi kalau PRU13 dibuat lepas raya kita tolak Murujib dan UMPORNO, bila Pakatan menang kita minta kat Anwar sebulan gaji. Gerenti Anwar bagi punya sebab nak raikan kemenangan Pakatan Menuju Putrajaya. Ingat semua bila sampai hari mengundi semua kakitangan awam dan semua rakyat kita PAKAT-PAKAT TOLAK UMPORNO DAN BM dan PAKAT-PAKAT UNDI PAKATAN RAKYAT.

UMporNO Kena Sembelih Jika Kalah Di Sabah

NONEBN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.

~MK~

Wednesday, July 25, 2012

Hidup BERSIH Tolak SPR Kotor

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan rasminya telah mengisytiharkan bahawa BERSIH 3.0 adalah sebuah pertubuhan yang sah dan menyalahi undang-undang. Sebagaimana yang kita sedia maklum sekarang banyak keputusan mahkamah yang menyebelahi parti pembangkang. Mungkin transformasi Murujib yang tersilap langkah atau tersalah tafsir oleh beberapa kementerian menyebabkan perkara ini berlaku.

Murujib nak buat transformasi kononnya nak tunjuk pada rakyat bahawa dia benar-benar nak adakan demokrasi. Kononnya demokrasi terpimpinlah tu. Terpimpin kepala hotak kau... Sebab tu bila diadakan BERSIH 3.0 seluruh agensi KERAjaan BumNgok terus menerus mengutuk BERSIH 3.0 dan meminta semua peserta BERSIH 3.0 ditahan.

Korang nak nampak tak betapa haram jadahnya pak-pak menteri UMporNO ni. BERSIH 3.0 adalah ancaman yang paling ditakuti oleh KERAjaan Murujib. Sampai sekarang Murujib masih tidak dapat tidur lena memikirkan bila nak buat PRU13. Pejam saja mata terus mimpi ngeri akan disoal siasat kalau kalah dalam PRU13 nanti.

Dalam kes Anwar Ibrahim hari tu pun Murujib dengan bini dia tak nak jadi saksi liwat. Takut kena jerkah dengan Karpal Singh kot. Kalau tak buat salah nak takut apa jadi saksi kan? Ini semua adalah perancangan rapi Murujib dengan penasihatnya. Siapa penasihat atau master mind Murujib ni? APCO ke? Kan APCO tu Yahudi laknatullah bukannya senang tengok orang Islam membangun dan bersatu.

Kini kami rakyat yang berjuang dalam BERSIH 3.0 meminta Murujib dan segala barua-barua pak menteri memohon maaf secara terbuka. Lantak koranglah nak terbuka macam mana. Nak mohon dalam tv ka, dalam radio ka, dalam surat khabar ka, dalam majalah ka, dalam DVD ka janji mohon maaf.

Terima  kasih dan tahniah aku ucapkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Rohana Yusof yang aku rasa berani membuat keputusan yang begitu sukar dalam kariernya sebagai hakim. Kalau beliau telah mengisytiharkan BERSIH 3.0 adalah sah macam mana pula dengan kekejaman polis dalam bERSIH 3.0?

Boleh tak kalau peserta-peserta BERSIH 3.0 saman pula tindakan polis yang kasar dan melampau sehingga menimbulkan provokasi. Aku rasa kalau peserta BERSIH 3.0 dibenarkan masuk Dataran Merdeka untuk DUDUK dan BANTAH tak jadi pelbagai peristiwa macam ni. Yang boleh terjadi kacau bilau sebab polis sendiri yang merancang provokasi untuk menunjukkan bahawa BERSIH 3.0 ni kotor.

Tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui niat baik peserta BERSIH 3.0. Jadi mungkin keputusan sah BERSIH 3.0 pun adalah dari pertolongan Allah juga. Alhamdulillah.

HIDUP BERSIH
TOLAK SPR YANG KOTOR

BERSIH 3.0 Diisytihar Mahkamah Pertubuhan Yang Sah

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.  Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram. Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya. Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.

Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
   
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
   
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
   
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
   
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
   
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
   
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
   
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.   
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
   
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
   
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara. Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.

~MK~

Haram Jadah Nak HARAMkan Juga BERSIH 3.0

Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.

~Bernama~

Masa Depan Mangsa Kekejaman Polis Kabur

NONESeorang peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mungkin tidak dapat menceburi kerjaya sebagai jurutera mekanikal apabila diagnosis klinikal menunjukkan beliau buta setelah terkena satu kanister gas pemedih mata.

Asrul Wadi Ahmad, 27, terkena kanister gas pemedih mata di mata kirinya ketika menghadiri perhimpunan pada 28 April.

Beliau memberitahu panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa beliau tamat pengajian daripada Universiti Tun Hussein Onn pada Februari.

Sejurus selepas itu, Asrul berkata beliau ditemuduga untuk jawatan pembantu jurutera di sebuah firma di Pulau Pinang dan mendapat surat pelantikan selepas insiden berkenaan pada 28 April. Katanya, firma pada awalnya memberi lanjutan seminggu kepada tarikh melaporkan diri untuk bekerja dan kemudiannya tempoh itu dilanjutkan lagi selama sebulan.

Asrul berkata, beliau kemudiannya terpaksa memberitahu firma itu bahawa keadaan matanya hanya dapat dipastikan dalam tempoh enam bulan.

"Mereka (majikan) kata penglihatan sangat penting dalam skop kerja dan mereka perlu mempertimbangkan semula tawaran itu," kata Asrul.

~MK~

Monday, July 23, 2012

Siapa Yang Berikan Nasi Dan Lauk Untuk Kita Makan?

Masuk hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa. Mungkin tahun ini agak baik sedikit kerana cuaca agak mendung dan tidak panas sangat. Kalau dahulunya kita berpuasa dalam keadaan cuaca yang sangat panas sesuai dengan Ramadhan iaitu cuaca yang panas. Belum terlambat lagi aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog ini.

Apa yang aku nak kongsi dengan pembaca semua ialah tentang maksud berpuasa yang sebenar yang telah dilupakan. Kenapa Allah menurunkan fardhu Ramadhan? Kenapa pula dalam bulan Ramadhan Nabi dan para sahabat pernah berperang? Dan apa kaitannya dengan kita pada akhir zaman ini?

Aku bukan nak sembang pasal keistimewaan Ramadhan sebab para pembaca sekalian pun lebih arif dari aku. Aku bukannya ustaz. Aku cuma seorang blogger yang tidak bergaji.

Pada hari pertama berbuka puasa aku jalan-jalan ke bazar Ramadhan. Saja nak tengok-tengok suasana kemeriahan Ramadhan. Inilah yang dikatakan kemeriahan Ramadhan dimana ramai orang boleh buat duit untuk hari raya nanti. Dan ramai juga orang yang boleh buat pahala untuk memberi derma. Serta lebih ramai lagi yang boleh membazirkan wang dan makanan.

Dalam perjalanan pulang aku tengok hotel-hotel dengan kain rentang offer bufet Ramadhan dari RM 50 hingga ada yang mencecah RM100. Terdetik di hati aku begitu senang orang membelanjakan wang untuk makan tak sampai setengah jam yang aku kira jumlahnya tak sampai pun RM20 kalau makan di warung tepi jalan.

Untuk dapatkan pengalaman dan melihat telatah orang ramai yang berbuka di hotel aku pernah sekali berbuka puasa di hotel pada tahun lepas. Semua makan dengan gelak ketawa. Tiada siapa mengendahkan bagaimana fakir miskin yang berada di hadapan pintu hotel hanya melihat dalam kelaparan. Bukan sahaja aku nak sebut di hotel tapi dirumah pun sama juga.

Adakah para pembaca terfikir nasi dan lauk yang kita makan datang dari mana? Adakah dari sumber yang halal atau haram? Sekarang JAKIM meminta supaya hanya makan dimana ada logo HALAL JAKIM sahaja. Itupun menjadi satu kepayahan kepada umat Islam untuk ikut.

Kita makan dengan sesedap rasa tanpa kita fikir nasi yang kita makan datangnya dari keringat petani yang miskin. Lauk yang kita makan datangnya dari usaha nelayan yang miskin. Sedangkan kita mengenyangkan perut kita tanpa berfikir pun tentang diri orang-orang yang memberi kita nasi dan lauk.

Kenapa petani dan nelayan masih miskin sedangkan negara kita dah menghampiri negara maju? Sebab sisitem zakat kita masih lemah dalam membangunkan ummah. KERAjaan hanya melihat keuntungan dari zakat tetapi tidak pernah menyelesaikan kemiskinan ummah. Dibiarkan rakyat miskin kerana itulah umpan untuk mereka pancing dalam setiap PRU.

Jadi mulai sekarang patut ada niat dalam hati supaya gunalah wang ke jalan yang diredhai bukan membazir. Ingatlah kepada anak-anak yatim piatu kerana belum tentu lagi anak-anak kita tidak mendapat gelaran yatim piatu. Sekarang ini maut boleh datang bila-bila masa sahaja. Yang muda pun boleh mati. Jadi beringatlah.

Semoga Ramadhan kita pada tahun ini adalah yang terbaik dan kita berusaha untuk mendapatkan keredhaanNya. InsyaAllah. Salam Ramadhan untuk semua umat Islam.

Gaji Blogger RM3000 Sebulan?

Seorang penulis blog untuk satu parti politik mendakwa majikannya itu masih belum membayar gaji sebanyak RM24,370 yang tertunggak sejak 2008 atas pelbagai sebab.

Sinar Harian melaporkan hari ini bahawa Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, mengadu kepada akhbar itu di Ayer Keroh, Melaka berhubung masalah tersebut.

Ahmad Faisal berkata beliau dilantik sebagai pegawai khas dan ketua unit IT di pejabat parti politik tersebut, dan beliau ditugaskan untuk menulis blog untuk parti yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.

Keatanya, beliau menerima surat lantikan pada 13 Mei 2008 yang menyatakan gaji bulanannya sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, parti tersebut membayar kurang RM1,000 kepadanya setiap bulan, yang berjumlah RM38,000 untuk tempoh 38 bulan.

Gajinya kemudiannya ditahan sejak Mei 2011, selepas pengurusan pejabat tersebut bertukar kakitangan sejak awal tahun lalu, dakwanya seperti dipetik akhbar berkenaan.

Dua bulan kemudian, beliau diberikan surat pemberhentian kerja pada Julai, yang diterimanya dengan syarat jumlah tertunggak itu dilunaskan, dakwanya.

Menurut Ahmad Faisal, parti politik tersebut membayar sebanyak RM11,330 pada 20 Disember tahun lalu, selepas ditolak sebanyak RM2,300 yang dipinjamnya.

Namun, sejumlah RM24,370 lagi masih belum dibayar kepadanya, dakwanya.

Dakwanya, majikannya itu memberi alasan bahawa jumlah berkenaan ditolak daripada kos peralatan yang diberikan kepadanya ketika beliau berkhidmat sebagai kakitangan.

Dakwanya, peralatan itu melibatkan tiga komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa barangan lain. Tambahnya, beliau bersedia untuk memulangkan peralatan tersebut jika gajinya dibayar sepenuhnya.

~MK~

PR Pun Boleh Tuduh UMporNO Diresapi Komunis

Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu sedia disiasat berhubung dakwaan parti itu diresapi gerakan komunis seperti yang ditimbulkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Kita terbuka. Kita tiada kekebalan dari segi kedudukan parti, apatah lagi badan-badan NGO untuk tidak disiasat sekiranya ada unsur atau berita yang mengatakan sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Tidak ada kekebalan kepada mana-mana pihak pun.

"Siasat tak siasat itu yang penting tapi mestilah perlu ada fakta," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media di Bangsar hari ini.

Katanya, isu komunis di dalam sesebuah parti tidak harus dipandang remeh dan diketepikan.

"Siapa komunis, siapa tak ini biarlah pihak yang berautoriti tentukan. Saya ingat, pihak berkuasa perlu meneliti secara mendalam sama ada ia ada dalam sesebuah parti itu berlaku atau tidak.

"Tapi jangan anggap ia perkara kecil atau yang harus diketepikan. Sekiranya mengenai keselamatan, ada keperluan mereka untuk menyiasat lebih lanjut," kata Shafie.

Laman Harakahdaily semalam dalam laporannya memetik kenyataan Mahfuz yang mendakwa Umno telah diresapi komunis.

"Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," katanya seperti dipetik.

Mahfuz mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.

~MK~

Adakah DAP Diresapi Komunis Atau Pemuda UMporNO?

Setiausaha agung DAP Lim Gua Eng menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan elemen komunis – tidak seperti Umno yang menjalankan usaha seperti itu.

Katanya, tindakan sebaliknya perlu dijalankan ke atas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana menubuhkan sekretariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China.

khairy jamaluddin bn youth volunteers 240612"Bukankah sepatutnya Khairy Jamaluddin ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan komunisme dengan menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)?

"Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin telah berkata bahawa sekretariat tetap itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda Umno adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin," katanya.

Beliau mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.
Lim berkata Mohd Sofian dan pegawai tinggi Cawangan Khas yang lain perlu meletak jawatan kerana gagal bertindak ke atas Khairy kerana membuat hubungan dengan CYL dan bukannya "mencari bayang-bayang komunis" dalam DAP.

Malah, Cawangan Khas PDRM juga tidak menentang tindakan Malaysia membuat hubungan diplomatik dengan China dan rejim Marxis seperti Cuba.

Katanya lagi, tiada pemimpin DAP yang ditahan bawah ISA sebelum ini yang dikaitkan denga komunis.
Menteri perlu berani

"Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN," katanya.

Tambahnya, Cawangan Khas sepatutnya telah mengubungi pemimpin tertinggi DAP untuk membuktikan bukti bahawa komunis telah menyusup ke dalam parti itu.

"Dengan memilih untuk membuat pengumuman awam tanpa terlebih dahulu memaklumkan pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas berkelakuan tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," katanya.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu menunjukkan keberanian dengan mengarahkan Cawangan Khas menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.

"Jika Hishamuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno," katanya.

~MK~

Wednesday, July 18, 2012

Murujib Ingat Hari Kemerdekaan Untuk UMporNO Sahaja?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa perdana menteri mengkaji semula tema Hari Kebangsaan 2012 yang didakwa menggunakan slogan politik BN, "Janji Ditepati".

NONEMenurutnya, Datuk Seri Najib Razak masih mempunyai masa untuk berbuat demikian dan membuktikan yang beliau adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.

"Jadilah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia, baik untuk BN dan juga Pakatan.

"Masih belum terlambat untuk perdana menteri mengarahkan kajian semula terhadap tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia," katanya.
~MK~

Pemimpin Tolol Rosakkan Bahasa Melayu

Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menyalahkan pemimpin negara yang gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai program, termasuk dalam acara rasmi, sehingga merencatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Secara sinis, gabungan terbesar 21 persatuan penulis itu berpendapat, terdapat pemimpin mahu kelihatan Melayu hanya dengan berpakaian tradisi, tetapi gemar berbahasa Inggeris walaupun tidak betul.

"Dia (pemimpin) memikirkan bahasa asing itu hebat. Dia tahu (bahasa kebangsaan) tetapi dia tolol sedikit," kata Ketua Satu Gapena Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar sambil menggelar golongan itu "tolol bahasa".

"Misalnya, kerajaan sudah berulang kali (tetapkan) mesyuarat kerajaan dalam bahasa Melayu tetapi kami dapat maklum balas ada yang buat dalam bahasa Inggeris."

Sambil mempersoalkan patriotisme pemimpin itu, Dr Abdul Latif berkata, 'kejanggalan' itu juga dilihat dalam laporan berita di kaca televisyen berbahasa Melayu apabila pemimpin negara bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

"Wartawan tanya dalam bahasa Melayu, dia jawab bahasa Inggeris juga. Itu pun nahunya (bahasa Inggeris) salah," katanya sambil ketawa kecil.

Malah, kata Dr Abdul Latif, mereka juga sedang mengusahakan rancangan khas di RTM untuk menyindir golongan tersebut yang menggunapakai judul sama "tolol bahasa" yang kini dalam proses penyediaan skrip.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Abdul Latif juga berkata, fenomena itu turut mendorong Gapena menubuhkan Majlis Pemantauan dan Tindakan Bahasa Kebangsaan untuk memantau penggunaan bahasa Melayu di sektor awam.

Perkataan 'presint' di Putrajaya?


Majlis itu, yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan pada Oktober lalu, walaupun tiada penguatkuasaan bertujuan mengingatkan pelbagai pihak.

"Kita pun tak boleh mengenakan penguatkuasaan (bersifat) kekasaran, (kita hanya) mengingatkan supaya mereka berasa malu.

"Pemimpin yang tolol bahasa ini berubahlah, bertaubatlah. Ini negara kita ada bahasa kita, bukan bahasa asing. Gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan," katanya.

Ditanya sama ada tindakan itu bertindih dengan peranan audit bahasa yang dijalankan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Abdul Latif menberitahu, sebagai NGO mereka akan lebih mudah bersuara dan menegur.

"Kalau Dewan Bahasa, hal-hal berkaitan kerajaan, mereka tak boleh ke depan. Sebab itu mereka ada audit bahasa. Bagi kami, kami bebas (untuk menegur).

"Kalau Dewan Bahasa nak tegur PM depan-depan tak boleh, kami boleh (tegur) tetapi secara terhormat," katanya.

Ditanya tindakan kerajaan menyerap banyak istilah bahasa Inggeris secara terus ke dalam bahasa Melayu seperti perkataan "presint" di Putrajaya, Dr Latif berkata ia kini semakin berubah sedikit demi sedikit.

"Banyak lagi kerajaan buat perubahan tetapi bukan secara melulu. Misalnya Istana Kehakiman dahulu dalam bahasa Inggeris. Presint pun ada rasionalnya tetapi (perubahan) ini berperingkat-peringkat akan dilaksanakan.

"Yang penting kita hendakkan pemimpin yang cinta dan hayati bahasa kebangsaan," katanya lagi.
~Dr Abdul Latif~

Monday, July 16, 2012

Cik Din Cari Peluang Nak Jadi PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bila Najib dipaksa berundur kelak apabila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddinlah yang akan nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Najib pula, yang nampak hayat kuasanya sudah hampir benar ke penghujung, beria-ia mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun selepas memenangi pilihan raya tahun 2008, kata Mahfuz.

"Najib sudah tahu, amat sukar BN akan dapat majoriti dua pertiga dan sebab itulah beliau mahu meggunakan sepenuhnya tempoh kuasanya sebagai Perdana Menteri selagi boleh untuk mengambil manfaat dari kedudukannya itu.

"Mungkin Najib rasa dia patut ambil kesempatan sepenuhnya sebelum dipaksa berhenti selepas tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Halau Pak Lah



Mahfuz juga menjangkakan Muhyiddin akan melakukan apa yang telah beliau lakukan terhadap Abdullah dahulu sehingga memaksa Perdana Menteri kelima itu berhenti sebelum tahun 2010 seperti yang dimintanya.

"Orang melihat Muhyiddin sebagai watak utama yang memaksa Pak Lah berundur sebelum 2010 seperti yang dia minta sungguh-sungguh kepada rakan-rakannya dalam Umno dan BN.

"Kalau Muhyiddin boleh halau Pak Lah dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidak ada yang boleh menghalang beliau melakukan perkara yang sama kepada Najib dan Najib tentu tahu perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat, kebimbangan akan dihalau dari jawatannya itulah yang menyebabkan Najib kelihatan takut sungguh untuk menghadapi pilihan raya.

"Najib nampak benar begitu takut untuk membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya," katanya.

Muhyiddin dilaporkan berharap Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini juga walaupun ada banyak perayaan mulai bulan depan hingga awal 2013.

"Kalau boleh, biarlah pilihan raya umum diadakan tahun ini juga. Tak kisahlah bulan berapa sekalipun," ujar beliau.

Najib pula menyatakan kerajaannya berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun selepas memenangi pilihan raya 2008 lalu.

"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.

"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya lagi.

~harakahdaily~

Lagi Artis Sertai PAS


Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.

Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.

Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.

Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.

Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.

Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.

Himpunan Aman Oren Penyelamat Melayu

Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada  Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.

Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.

“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.




(Perhimpunan Oren di Kuala Lumpur Sabtu lepas)

Tuntutan Perhimpunan Oren mengenai isu penyenaraian  FGVH dalam bursa saham harus menjadi titik perubahan politik Melayu di negara ini. Ia bukan sahaja isu yang berkait dengan hak peneroka Felda malah harus dilihat sebagai isu penentu nasib dan masa depan orang Melayu.

Teras yakin  dengan kedudukan ekonomi dunia dan rantau dalam keadaan meleset untuk jangka waktu yang agak panjang, penyenaraian aset Felda dalam  pasaran saham akan mendedahkan peneroka kepada manipulasi aset mereka dalam Koperasi Felda oleh pembeli dan penjual saham.

Ini dilihat sebagai isu pokok yang dibantah oleh peneroka . Namun harus difahami kemungkinan terlepasnya harta paling berharga kepada orang Melayu iaitu tanah adalah bencana terbesar kepada nasib orang Melayu.

Aset tanah bukan  hanya harus dilihat sebagai komoditi semata-mata namun ia adalah tapak pembinaan bangsa yang sangat asasi. Kehilangan tanah bermakna hilangnya segala kekuatan sosio-ekonomi dan politik Melayu.

Tergadainya tanah Melayu bermakna hilangnya wilayah dan tercabutnya kemerdekaan malah kedaulatan bangsa.

Sebab itu Teras berpendirian tuntutan rakyat agar Felda diselamatkan bukan hanya soal hak peneroka. Ia adalah agenda menjaminkan kesinambungan bangsa Melayu dalam aspek sosial , ekonomi , budaya , politik serta survival bangsa.

Menolak dan membantah langkah kerajaan dalam isu ini semestinya perlu dilihat sebagai satu gerakan perubahan politik Melayu. Ketika kemerdekaan Tanah air diperjuangkan, wilayah bangsa Melayu diidentitikan dengan tanah. Oleh kerana itu kehilangan tanah Felda milik orang Melayu seharusnya dibangkitkan semula sebagai tuntutan politik bangsa .


Jika kerajaan maseh beria-ia untuk  meneruskan langkah penyenaraian FGVH atas alasan potensi ekonomi, Teras tetap menyatakan langkah itu mengundang kepada kesilapan yang besar.

Tidak ada sesiapapun dikalangan ahli ekonomi yang dapat menjaminkan nilai saham FGVH akan kekal kukuh. Hanya dengan perhitungan nilai saham semasa dan membuat unjuran bahawa pendapat peneroka akan jauh lebih baik, hanya satu andaian.

Bukan satu perkara yang mustahil satu penyenaraian berakhir dengan kerugian besar kepada syarikat bila keseluruhan bursa saham menghadapi krisis keyakinan akibat ekonomi global.

Ketika ini terjadi manipulasi dan spekulasi saham akan menjadi sasaran. Aset Felda dalam bentuk tanah akan jatuh ketangan orang asing.

Teras menyokong penuh memorandum Perhimpunan Oren untuk dipertimbangkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong. Sikap keras kerajaan untuk tidak mahu mempertimbangkan tuntutan rakyat harus diteliti dengan serius oleh YDP Agong.

Bagi bangsa Melayu, hanya ada satu pilihan. Isu ini seharusnya dijadi titik tolak politik orang Melayu untuk menolak kerajaan dalam PRU 13 akan datang.

~MK~

Memo Kepada DYMM

Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.


(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.


Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)


Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.






(Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka)

~harakahdaily~

Himpunan Hijau Di Stadium Kuala Selangor

Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

(Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS)

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda  berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.

(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)


(Ikrar para pimpinan PAS)

(Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS)

(Wakil Presiden Mesir turut memberikan ucapan)

~harakahdaily~

Utusan Meloya Putar Alam

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

NONE"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

NONEKetua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.
 
~MK~

Friday, July 13, 2012

Noh Cuma Tuan Tanah Kedaun

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.
NONEDalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan udang itu yang seluas 100 ekar.

Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.

Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.

Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.

Pengarah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa beliau bekerjasama dengan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam perusahaan menternak udang.

Chu ketika dihubungi malam tadi berkata, Noh hanyalah pemilik kepada sebahagian daripada tanah 100 ekar yang menjadi tapak projek ternakan udang di Tanjung Karang itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Chu berkata syarikatnya merupakan penyewa tanah berkenaan.

Katanya, beliau terkejut apabila syarikatnya diheret ke dalam kancah politik di antara ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan Noh yang merupakan MP Tanjung Karang dan juga menteri pertanian dan industri asas tani.

"Saya tidak faham mengapa (Ng) kata perkata seperti itu dalam DUN. Saya terkejut. Kenapa dia buat begitu? Ini (kerja) gila," katanya.

~MK~

MCA TALAM Dua Muka

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengancam untuk mendedahkan kaitan parti BN dengan syarikat Talam Corporation sekiranya timbalan menteri daripada parti itu, Chua Tee Yong terus menyerang Pakatan Rakyat Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai fail transaksi melibatkan Talam dan pemimpin MCA.

"Sekiranya dia teruskan, minggu depat saya akan panggil satu lagi sidang media untuk tunjukkan siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada Talam," katanya.

Katanya, beliau sanggup menggali setiap fail mengenai semua usaha sama demi menujukkan setiap pemimpin MCA yang mendapat keuntungan daripada Talam.

Beliau sanggup berbuat demikian kerana tugas itu tidak sepatutnya dibuat oleh menteri besar Selangor, kata Rafizi.

Katanya lagi, Chua terlupa bahawa Talam menghasilkan berjuta ringgit semasa pentadbiran BN.

~MK~

Tuesday, July 10, 2012

Utusan Meloya Dan TV3 Disaman RM100 Juta

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
  
Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.
  
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
  
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
  
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
  
Beliau berkata keesokannya pada 31  Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
  
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
  
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.
  
Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

- Bernama

Utusan Meloya Cuba Menakutkan Rakyat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak laporan bahawa DAP akan bertanding lebih banyak kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sambil menegaskan bahawa PAS merupakan parti paling kuat dalam Pakatan Rakyat.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata PAS akan bertanding lebih banyak kerusi parlimen berbanding DAP dalam piliha raya tersebut.

"PAS parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

"Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang menjadi tulang belakang Pakatan ialah PAS, parti Melayu Islam," katanya.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, tanda kekuatan parti itu adalah mempunyai bnyak jentera dan sedia unutk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi parti komponen Pakatan yang lain.

Ahli parlimen Marang itu mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik blog sebagai mendakwa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13, bagi membolehkan pemimpin mereka menjadi perdana menteri jika Pakatan menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun DAP menolak laporan tersebut dengan mendakwa perkara itu dibuat untuk menimbulkan perasaan takut yang disasarkan kepada pengundi Melayu.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata pengagihan kerusi pembangkang secara rasmi dalam Pakatan masih belum dibuat sehingga tarikh pilihan raya umum diketahui.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata DAP tidak akan mengepalai Pakatan sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di 66 kerusi parlimen tetapi hanya memenangi 23 kerusi. Manakala DAP dan PKR masing-masing bertanding 47 serta 97 kerusi dan masing-masing memenangi 28 dan 31 kerusi.

Bagaimanapun, PAS memenangi paling banyak kerusi DUN dengan 81 kerusi sebelum dipintas oleh DAP yang ketika ini menguasai 83 kerusi selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

~MK~

Berapa Komisyen Murujib Dapat?

PKR telah mendedahkan satu dokumen yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.

~MK~
Kira-kira 300 orang menghadiri perarakan sambil membawa lilin menuju ke Stadium Merdeka bagi memperingati perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9 Julai tahun lalu.

NONEPeserta mula berarak kira-kira pukul 8.10 malam dari Dataran Merdeka walaupun hujan agak lebat pada ketika itu.

Peserta juga dilihat membawa payung bewarna kuning - warna rasmi BERSIH dan memakai baju hujan berwarna sama sebagai tanda sokongan kepada gabungan itu.

Kira-kira lebih 10 orang anggota polis juga kelihatan di sekitar Dataran Merdeka bagi mengawasi peserta.

Dari Dataran Merdeka, peserta melalui Jalan Tun Perak, Jalan Silang, Jalan Sultan, Jalan Hang Jebat dan Jalan Changkat Stadium sebelum tiba ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 8.50 malam.

NONEBeberapa orang anggota polis juga dilihat mengikuti perarakan itu ke stadium.

Setibanya di Stadium Merdeka, kesemua peserta berkumpul di pintu masuk stadium sambil melaungkan ''BERSIH''. Selepas itu, peserta diminta untuk bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan itu tahun lalu.

Selepas bertafakur, acara dimulakan dengan memberi laluan kepada anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat untuk memberikan ucapan.

NONESelepas Wong memberikan ucapan yang penuh bersemangat, tiba giliran wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu pengarah eksekutifnya, E. Nalini untuk memberikan ucapan.

Nalini yang turut berucap bagi pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendesak agar kesemua tahanan di Kem Kamunting dibebaskan.

"Kika akan terus mendesak agar semua tahanan dibebaskan. Pada 15 Julai ini, kita akan mengadakan demonstrasi di depan Kem Kamunting. Kita akan terus desak," katanya.

NONEKemudian, sebelum perhimpunan itu bersurai, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah pula berucap sambil menyanyikan lagu 'selamat hari lahir BERSIH 2.0'.

Selepas selesai menyanyikan lagu itu, peserta beramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku.

Peserta mula bersurai kira-kira pukul 9.25 malam selepas Negaraku dinyanyikan dan wisel ditiupkan.

Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan tahun lalu bagi menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya adil dan bersih.

Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) itu turut menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan lapan tuntutan mereka terhadap sistem pilihan raya negara.
 
~MK~

Khalid Dah Setuju Hassan Al-Buaya Macam Mana?

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad mencabar bekas pemimpin parti itu yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali untuk menerima tawaran debat mereka berdua anjuran akhbar Sinar Harian.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa KarangKraf - penerbit Sinar - sudah membuat undangan itu sejak Februari lalu tetapi ditolak atas alasan majlis syura NGO itu Jalur Tiga (JATI) yang dipimpinnya menolak.

NONEBercakap dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau sanggup menangguhkan programnya yang lain untuk berdebat dengan Dr Hasan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyelar Dr Hasan kerana didakwa menganjur dan mempromosikan debat dengannya tanpa persetujuan dibuat terlebih dahulu.

Dr Abdul Rani berkata, Dr Hasan juga tidak profesional apabila "orangnya" menghantar undangan debat pada Rabu walaupun dimaklumkan lebih awal beliau tidak ada kelapangan pada hari itu.

Justeru, Dr Rani mendakwa, debat itu sebenarnya cuba menggunakan nama pemimpin PAS untuk menarik orang ramai hadir ke ceramah Dr Hasan yang didakwa semakin tidak mendapat sambutan.

Dr Rani juga berkata, Khalid merupakan calon paling sesuai berdebat dengan Dr Hasan ekoran kenyataannya sebelum ini bahawa anggota Shah Alam itu "parasit" terbesar dalam PAS.

~MK~

Utusan Meloya Mula Fitnah DAP

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus membolehkannya melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
 
NONE"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.
"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan).
"Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu.

Akhbar Umno itu menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'propembangkang' - suarapakatanrakyat.com.

Ia mendakwa  mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008.

Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan itu.

~MK~
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyerang Pakatan Rakyat kerana menggalakkan budaya mungkir janji, tidak berterima kasih dan tidak melangsaikan hutang.

Sebenarnya, BN adalah parti yang memungkiri janji mereka untuk bertindak adil kepada kaum-kaum minoriti melalui penindasan dan penganiayaan terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di rumahnya dengan gerai burger lembu, tarian punggung oleh veteran tentera dan seruan untuk menggantung beliau kerana derhaka.

Ambiga sasaran mudah kerana beliau seorang Hindu, India dan wanita. Ini selaras dengan pendirian mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu perkauman antara Melayu dan bukan Melayu akan menjadi penentu pilihan raya umum yang akan datang.

Najib mahu rakyat berterima kasih kepada BN, padahal sepatutnya parti politik seperti BN yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana mengundi mereka.

Tambahan, Najib tidak layak untuk bercakap tentang pelangsaian hutang apabila hutang berbilion-bilion ringgit yang diambil oleh kroni-kroni Umno daripada bank-bank tempatan dalam skandal-skandal kewangan masih lagi tidak dibayar. Kenapakah kroni Umno boleh mendapat layanan istimewa berbanding dengan rakyat?

Najib kononnya yakin untuk mencapai kemenangan 14-0 dan memenangi kesemua negeri, namun beliau tidak berani untuk memanggil pilihan raya. Jelas beliau tahu bahawa Pakatan sudah berjaya memaklumkan rakyat bahawa kerajaan BN akan membawa gejala 5D, iaitu defisit, debt (hutang), deceits (penipuan), dictatorship (pemerintahan diktator) dan brain drain (penghijrahan modal insan).

Malah lidah Umno New Straits Times telah menyerang saya minggu lepas kerana saya telah membongkar gejala 5D.

Namun begitu, saya mengakui bahawa sekadar memaklumkan rakyat tentang 5D ini tidak mencukupi. Apakah jalan penyelesaiannya? Cabaran besar Pakatan adalah untuk meyakinkan rakyat boleh membanteras gejala 5D.

Dasar visa kerja Australia
Pakatan percaya bahawa dengan membasmi rasuah dan korupsi kita berupaya untuk menangani gejala 5D.

Buat masa ini, tahap rasuah makin teruk. Kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sudah pun jatuh kepada nombor 60 berbanding nombor 37 pada tahun 2003.

Daripada memberi pinjaman kepada penternak lembu, keluarga menteri yang tidak pernah menternak lembu pula diberi pinjaman RM250 juta yang kemudian disalah guna untuk pembelian kondo. Kita juga boleh melihat kekayaan melampau pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sarawak.

Hutang kerajaan Persekutuan Malaysia mencecah RM600 Bilion Atau RM21,500 setiap orang untuk 28 Juta Rakyat Malaysia.

Penipuan dan kuasa diktator BN jelas akan membiarkan rasuah berleluasa dan menyebabkan penghijrahan modal insan yang lebih besar. Sejak merdeka pada tahun 1957, lebih dua juta rakyat Malaysia meninggalkan negara.

Perubahan dasar visa kerja Australia baru-baru ini yang akan membenarkan graduan Australia untuk terus menetap di Australia selama 2 hingga 4 tahun hanya akan mempercepatkan proses "brain drain" ini.

Bajet tambahan 2012 berjumlah RM13.8 bilion baru-baru ini akan meningkatkan unjuran defisit RM45.9 bilion dalam bajet 2012 kepada jumlah besar RM59.7 bilion, iaitu defisit yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Sikap tidak bertanggungjawab dalam urusan kewangan oleh kerajaan BN dibuktikan apabila dana tambahan ini merangkumi peruntukan RM1.5 juta kepada ahli-ahli Parlimen BN sementara Ahli-ahli Parlimen Pakatan tidak mendapat satu sen pun.

Lebihan bajet negeri Pakatan
Setakat 31 Mac lalu, hutang kerajaan berada di tahap RM470 bilion. Jika kita masukkan defisit yang dijangka dalam bajet 2012, maka hutang kerajaan akan meningkat melebihi RM500 bilion di akhir tahun 2012.

Ini tidak pula mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontingen yang bernilai hampir RM110 bilion yang tidak termasuk dalam kunci kira-kira. Jika liabiliti kontingen ini ditambah kepada hutang rasmi kerajaan, maka hutang kita akan bertambah kepada RM600 bilion ataupun RM21,500 setiap seorang rakyat Malaysia!

Kali terakhir negara kita menikmati lebihan bajet adalah pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak 1997, kita telah mengalami defisit bajet selama 15 tahun berturut-turut.

Oleh itu, kita mahukan Anwar menjadi perdana menteri baru untuk memulihkan defisit bajet kepada lebihan bajet. Hutang kerajaan kita telah meningkat 5 kali ganda daripada RM89 bilion pada tahun 1997 kepada RM470 bilion setakat Mac 2012, berbanding dengan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya tiga kali ganda.

Berbeza dengan prestasi kewangan BN yang kurang baik, kerajaan-kerajaan negeri Pakatan telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun dan juga mengurangkan hutang kita.

Pulau Pinang telah mengurangkan hutang sebanyak 95 peratus ataupun RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir tahun 2011. Ini telah dicapai bukan dengan penipuan tetapi melalui pentadbiran bersih berdasarkan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Jelas bahawa sistem tender terbuka, pendedahan kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan harta secara terbuka dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, serta Enakmen Kebebasan Maklumat berjaya membanteras rasuah.

Negeri-negeri Pakatan seperti Pulau Pinang telah pun membuktikan bahawa kerajaan bersih dan baik boleh menamatkan gejala 5D.

~LG~_

5D Budaya UMporNO

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyerang Pakatan Rakyat kerana menggalakkan budaya mungkir janji, tidak berterima kasih dan tidak melangsaikan hutang.

Sebenarnya, BN adalah parti yang memungkiri janji mereka untuk bertindak adil kepada kaum-kaum minoriti melalui penindasan dan penganiayaan terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di rumahnya dengan gerai burger lembu, tarian punggung oleh veteran tentera dan seruan untuk menggantung beliau kerana derhaka.

Ambiga sasaran mudah kerana beliau seorang Hindu, India dan wanita. Ini selaras dengan pendirian mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu perkauman antara Melayu dan bukan Melayu akan menjadi penentu pilihan raya umum yang akan datang.

Najib mahu rakyat berterima kasih kepada BN, padahal sepatutnya parti politik seperti BN yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana mengundi mereka.

Tambahan, Najib tidak layak untuk bercakap tentang pelangsaian hutang apabila hutang berbilion-bilion ringgit yang diambil oleh kroni-kroni Umno daripada bank-bank tempatan dalam skandal-skandal kewangan masih lagi tidak dibayar. Kenapakah kroni Umno boleh mendapat layanan istimewa berbanding dengan rakyat?

Najib kononnya yakin untuk mencapai kemenangan 14-0 dan memenangi kesemua negeri, namun beliau tidak berani untuk memanggil pilihan raya. Jelas beliau tahu bahawa Pakatan sudah berjaya memaklumkan rakyat bahawa kerajaan BN akan membawa gejala 5D, iaitu defisit, debt (hutang), deceits (penipuan), dictatorship (pemerintahan diktator) dan brain drain (penghijrahan modal insan).

Malah lidah Umno New Straits Times telah menyerang saya minggu lepas kerana saya telah membongkar gejala 5D.

Namun begitu, saya mengakui bahawa sekadar memaklumkan rakyat tentang 5D ini tidak mencukupi. Apakah jalan penyelesaiannya? Cabaran besar Pakatan adalah untuk meyakinkan rakyat boleh membanteras gejala 5D.

Dasar visa kerja Australia
Pakatan percaya bahawa dengan membasmi rasuah dan korupsi kita berupaya untuk menangani gejala 5D.

Buat masa ini, tahap rasuah makin teruk. Kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sudah pun jatuh kepada nombor 60 berbanding nombor 37 pada tahun 2003.

Daripada memberi pinjaman kepada penternak lembu, keluarga menteri yang tidak pernah menternak lembu pula diberi pinjaman RM250 juta yang kemudian disalah guna untuk pembelian kondo. Kita juga boleh melihat kekayaan melampau pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sarawak.

Hutang kerajaan Persekutuan Malaysia mencecah RM600 Bilion Atau RM21,500 setiap orang untuk 28 Juta Rakyat Malaysia.

Penipuan dan kuasa diktator BN jelas akan membiarkan rasuah berleluasa dan menyebabkan penghijrahan modal insan yang lebih besar. Sejak merdeka pada tahun 1957, lebih dua juta rakyat Malaysia meninggalkan negara.

Perubahan dasar visa kerja Australia baru-baru ini yang akan membenarkan graduan Australia untuk terus menetap di Australia selama 2 hingga 4 tahun hanya akan mempercepatkan proses "brain drain" ini.

Bajet tambahan 2012 berjumlah RM13.8 bilion baru-baru ini akan meningkatkan unjuran defisit RM45.9 bilion dalam bajet 2012 kepada jumlah besar RM59.7 bilion, iaitu defisit yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Sikap tidak bertanggungjawab dalam urusan kewangan oleh kerajaan BN dibuktikan apabila dana tambahan ini merangkumi peruntukan RM1.5 juta kepada ahli-ahli Parlimen BN sementara Ahli-ahli Parlimen Pakatan tidak mendapat satu sen pun.

Lebihan bajet negeri Pakatan
Setakat 31 Mac lalu, hutang kerajaan berada di tahap RM470 bilion. Jika kita masukkan defisit yang dijangka dalam bajet 2012, maka hutang kerajaan akan meningkat melebihi RM500 bilion di akhir tahun 2012.

Ini tidak pula mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontingen yang bernilai hampir RM110 bilion yang tidak termasuk dalam kunci kira-kira. Jika liabiliti kontingen ini ditambah kepada hutang rasmi kerajaan, maka hutang kita akan bertambah kepada RM600 bilion ataupun RM21,500 setiap seorang rakyat Malaysia!

Kali terakhir negara kita menikmati lebihan bajet adalah pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak 1997, kita telah mengalami defisit bajet selama 15 tahun berturut-turut.

Oleh itu, kita mahukan Anwar menjadi perdana menteri baru untuk memulihkan defisit bajet kepada lebihan bajet. Hutang kerajaan kita telah meningkat 5 kali ganda daripada RM89 bilion pada tahun 1997 kepada RM470 bilion setakat Mac 2012, berbanding dengan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya tiga kali ganda.

Berbeza dengan prestasi kewangan BN yang kurang baik, kerajaan-kerajaan negeri Pakatan telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun dan juga mengurangkan hutang kita.

Pulau Pinang telah mengurangkan hutang sebanyak 95 peratus ataupun RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir tahun 2011. Ini telah dicapai bukan dengan penipuan tetapi melalui pentadbiran bersih berdasarkan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Jelas bahawa sistem tender terbuka, pendedahan kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan harta secara terbuka dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, serta Enakmen Kebebasan Maklumat berjaya membanteras rasuah.

Negeri-negeri Pakatan seperti Pulau Pinang telah pun membuktikan bahawa kerajaan bersih dan baik boleh menamatkan gejala 5D.

~LGE~

Tuesday, July 3, 2012

Matahari Pasti Akan Terbit Dari Barat

Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel bahawa ahli sains astronomi kata kelajuan putaran Marikh sangat perlahan sekarang ke arah laluannya ke timur. Saintis-saintis dari agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mengatakan pergerakan Marikh itu akan terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi.

Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Lantas aku teringat sesuatu yang telah beratus-ratus kali ustaz-uztaz dan alim ulama berpesan kepada kita hatta Nabi pun pernah mengingatkan umatnya bahawa kiamat dah semakin dekat. Itu Nabi bersabda 1400 tahun yang lepas bahawa kiamat dah semakin hampir. Tapi kita umatnya sekarang masih mengejar keduniaan yang semakin musnah.

Bukan aku nak perlekehkan kemajuan dan pembangunan yang perlu. Seperti kata orang berilmu carilah kekayaan seperti mana kamu akan hidup selamanya tetapi buatlah kebajikan seperti kamu akan mati keesokkan harinya.

Sepatutnya kita sebagai umat Islam lebih yakin dan berpatah balik kepada ajaran Islam yang syumul. Bukan lagi nak melihat kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Apa yang perlu dikejar sangat kemewahan, pangkat, nama, jawatan, kekayaan sehinggakan kita sanggup hidup dan makan hasil rasuah wang haram jadah.

Kita cuma nak ambil pandangan ulama tentang menghimpun kekayaan seperti tidak akan mati selamanya tapi kita lupa nak berpegang kepada berbuat kebajikan seperti akan mati esoknya. Walaupun kiamat adalah rahsia Allah namun Allah bukanlah MahaZalim macam MahaFiraun tu. Allah tetap memberi klu-klu pada kita supaya kita tidak leka dalam mengejar kemewahan hidup.

Apa yang kita nak lagi dalam hidup ini kecuali kembali kepada Islam. KERAjaan UMporNO dan BumNgok tidak pernah menanamkan dalam pemikiran rakyat bahawa kita perlu kembali kepada Islam. Yang mereka beritahu rakyat supaya siapa yang berusaha dialah yang kaya. Sebab itulah dilihat rata-rata pemimpin kini terutama UMporNO tidak pernah lupa untuk mengaut keuntungan dalam setiap program.

Tambahan pula Murujib kini giat melobi rakyat makan rasuah dengan pemberian bermacam-macam bantuan menjelang PRU13. Kepada pemimpin-pemimpin begini kembalilah kepada Islam yang sebenar. Seperti cadangan ADUN UMporNO dari Johor kalau UMporNO berani buat HUDUD sebenar bukan HUDUD PAS di Johor dan laksanakan kepada semua rakyat Johor.

Aku sokong sangat dan aku rasa semua umat Islam akan bersetuju walaupun dari parti yang berlainan. Seperti kata Tok Guru parti PAS akan dibubarkan jika UMporNO melaksanakan hukum Islam di Malaysia. PAS tidak perlu wujud lagi kerana wujudnya PAS ialah untuk menegakkan hukum Islam di bumi Malaysia ini.

Tapi siapa yang melalak dan menyalak kini? Tentulah Chua Sex yang mewakili parti ke2 BumNgok yang terbesar di Malaysia. Sampai mampus dia takut. Mahu tidak hero porno nak kena hukum Hudud apa cerita katanya. Dia kata ADUN UMporNO tu hilang akal. Sebenarnya dia yang tak ada akal. Pirah mabukkkkk Chua Sex oiii. YB tu Islam sudah tentu dia mahukan hukum Islam. Bagus YB sekurang-kurangnya hang dapat juga hidayah dari Allah berani memberi cadangan supaya Hudud dilaksanakan di Johor.

Kita boleh fikir dari sekarang sampai bila kita nak jadi hamba UMporNO? Adakah sampai kiamat? Tidakkah kita tahu bahawa akhir zaman ni semuanya membawa iman masing-masing. Susah nak kenala siapa yang betul siapa yang salah. Yang nampak macam Islam pun belum pasti betul. Macam UMporNO yang mengaku Islam tapi FASIK.

Sekurang-kurangnya kita ikutlah parti Islam dalam Pakatan Rakyat yang sepakat untuk menghancurkan KERAjaan MahaZalim Murujib yang pro-Israel laknatullah. Seperti orang berilmu kata kalau tak mampu dengan perbuatan untuk menghalang kezaliman lakukanlah dengan tangan dengan memangkah Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Bagi yang tidak mampu dengan tangan kerana belum layak mengundi gunalah kebencian dalam hati untuk menolak Barisan Nasional dan UMporNO di bumi Malaysia ini.

Hidup Islam
Hidup Pakatan Rakyat