REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, September 28, 2012

Soalan Percubaan SPM Standard Tadika Kemas

Cuba korang baca soalan percubaan SPM yang ini!!!


Aduh tak tau pulak aku yang soalan percubaan SPM senang macam kacang goreng. Yelah aku dah hampir 20 tahun lebih meninggalkan SPM. Tapi masa aku kat bangku sekolah menengah dulu rasa-rasanya soalan percubaan SPM lebih mencabar dari soalan SPM yang sebenar.

Dan aku rasa tak adalah pulak cikgu-cikgu di sekolah aku atau mana-mana sekolah lain pun di Malaysia ni yang buat soalan bodoh, bangang dan macam soalan untuk budak-budak tadika macam ni!!! Janganlah pulak aku dan masyarakat kata dah sewel ka cikgu ni buat soalan percubaan SPM senang gila macam ni???

Langsung tak mencabar minda remaja betul!!! Mangkuk hayun punya soalan!!!

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan BERSIH 3.0 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Menurut Puad, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.

Dari kenyataan pak menteri tersebut maksudnya soalan percubaan tu bolehlah dibuat. Kalau tetiba keluar dalam SPM pun budak-budak ni tentu boleh jawab sebab dah ada soalan bocor. Yang akan kena reject kalau soalan tu macam ni... Ini baru mencabar minda budak-budak tingkatkan 5.

Apa yang polis buat dengan peserta-peserta demo BERSIH 3.0?
__________________

Korang nak jawab apa kalau ada dalam soalan percubaan SPM yang macam ni? Oklah aku bagi jawapan untuk korang isi dalam petak kosong.

A. Belasah     B. Sepak     C. Terajang     D. Hisap rokok

Sampai dalam SPM pun dah masuk politik. Mentang-mentanglah nak PRU13. Namapak sangatlah betapa kemaruknya Murujib nak jadi PM. Tapi yang panas pungkoq TPM kitalah nak menjawab sebab dia pak Menteri Pelajaran. Dahlah dengar khabarnya soalan ni datangnya dari negeri Johor pulak tu.

Aduh mimpi ngeri la Cik Dik kita ni. Nasib.... nasib....

~MK~

Akrabnya MahaFiraun Dengan Soros

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu jutawan George Soros - mangsa Perang Dunia Kedua (WWII) , bagaimana beliau sendiri telah menyaksikan seorang askar British dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun.

Dalam sepucuk surat peribadinya, di mana beliau menulis kepada Soros enam tahun lalu untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha anti-perang global oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menceritakan peristiwa yang tidak dapat dilupakanya itu yang berlaku di Alor Setar semasa Jepun menyerang Malaya.

NONE"Kematian askar muda British itu yang dibunuh dengan bayonet oleh
Jepun di kampung saya, telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya," tulis Dr Mahathir dalam surat 11 Januari 2006. Malaysiakini mempunyai salinan surat tersebut.

"Ia mungkin kelihatan seperti satu kejadian kecil tetapi saya menangisi kematian lelaki muda ini - 8,000 kilometer dari rumah dan keluarganya - dengan bayonet ditusuk ke tubuhnya. Dan dia menjerit dua atau tiga kali. Dan kemudian semuanya senyap.

"Saya seorang remaja ketika itu dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu berlaku pada diri saya. Bagaimana kita boleh membunuh orang dengan begitu kejam dan tidak langsung merasa bersalah."

Menurut penulis Barry Wain dalam bukunya, Maverick Malaysia, ini adalah salah satu peristiwa traumatik yang mempengaruhi zaman remaja Dr Mahathir dan "telah mengubah haluan hidupnya".

Soros sendiri tidak asing terhadap kekejaman perang.

NONEDilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Budapest, Hungary, dia
terselamat sewaktu Perang Budapest, di mana tentera Jerman dan Soviet bertempur dari rumah ke rumah pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1947, ketika masih remaja, Soros berhijrah ke England.

Dr Mahathir telah menulis kepada Soros untuk menggesa spekulator matawang itu menyokong Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

~MK~

Tangan Siapa Yang Bersalam Dengan Soros Tu?

"Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

NONEEmpat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman
kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.

~MK~

Politik Dalam Percubaan SPM?

Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri.

''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan.

"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenainya, jurucakap itu berkata, perkara itu pertama kali didengari mamandangkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

"Kertas itu subjek apa? Bagaimana soalannya? Kami tidak tahu mengenai soalan itu," katanya lagi.

Baru-baru ini tersebar di laman Facebook mengenai soalan percubaan subjek moral SPM yang mempunyai soalan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Soalan yang dipercayai subjek pendidikan moral itu juga mengandungi dua gambar semasa berlakunya perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi sekolah di Johor Bahru itu.

Sementara itu, sebuah lagi gambar hampir serupa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Segamat dikesan dimuatkan di Internet.
 
~MK~

Sedarlah Wahai Ulama UMporNO

Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan PAS, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk PAS juga.

PAS pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang berbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.

Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalisme) walau dikritik hebat, ia diiktiraf dalam fikah Islam.

Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.

Literalis dalam Umno harukan proses keadilan

Saya mengkritik golongan literalis dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.

Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno. Biasanya perkara ini dibuat oleh PAS.

Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalis tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.

Pengharaman ini jika diterima bererti sistem Parlimen yang membolehkan ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga haram.

Golongan literalis ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.

Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan perdana menteri dan presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan penggantinya Tun Abdullah Badawi, melakukan kritikan terbuka.

Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah.

Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata “haram untuk kau, halal untuk aku”.

Ilmu matan hadis


Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu mukhtalaf al-hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah.

Umpamanya apabila mereka membaca hadis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya.”
(Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).

Mereka mengambil hadis ini tanpa mempedulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun.”
(Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup.

Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.

Sejarah perdebatan dalam Islam

Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.

Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW:

“Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar.” (Riwayat Daud).

Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan.

Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
(Surah al-Nahl: 125)

Dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat). Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-mira’ yang boleh diertikan sebagai al-jidal (debat).

Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar.

Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.

Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.

Bajet negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.

Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.

Fatwa literal

Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai:

“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunah bukan dengan sunahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan.

“Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan PAS dan PKR.

Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Antaranya hadis (bermaksud): “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukuman-Nya”.
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai, dengan sanad yang sahih).

Dalam sejarah pemikiran fikah, tokoh aliran literalis yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.

Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab:

“Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar… Adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan Allah untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

“Dalilnya firman Allah: Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.

“Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi Allah azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.

“Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap Muslim bahawa mengambil harta Muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram.

“Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari).

“Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan Muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran….”
(Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133. Kaherah: Maktabah al-Khaniji)

Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?

Maha suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu!

Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan Muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW:

"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun PAS.

Namun apabila membabitkan urusan agama, saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.

~MAZA~

Thursday, September 20, 2012

Dosa Yang DIhalalkan UMporNO

Punyalah lama orang bercakap pasal keruntuhan akhlak. Rupanya2 punca keruntuhan akhlak ni datang dari UMNO

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).
Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.
Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

h. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

i. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

~Tulang Besi~

Tuesday, September 18, 2012

ShahPepijat Lebih Baik Jaga Lembu Di Kondo Dari Jaga Agenda Wanita Malaysia

Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail mengingatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya tidak mencampuri dasar Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Ini kerana kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor itu, Umno BN hanya mampu merancang tetapi gagal melaksanakan agenda wanita termasuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, lapor KeadilanDaily.

“Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita untuk menjadi Ahli Parlimen.

“Menteri Wanitapun diletakkan di bawah Datuk Seri Najib Razak. Tidak adakah wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?” sindirnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shahrizat kononnya pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu sebagai ketinggalan zaman.

Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi.

Mengulas lanjut, Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga mencabar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di bawah pemerintahan Umno BN.

“Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan,” ujarnya.

Beliau berkata, dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli PArlimen.

Menurutnya lagi, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan BN,” katanya.


Pakatan sasar 40 peratus Menteri Wanita

Menurut Rodziah, Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita.

Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97 daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31), Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia (90).

Beliau berkata, wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia.

“Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa diskriminasi. Sebab itu kalau kita berjaya memerintah, Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan 40 peratus wanita sebagai menteri penuh,” katanya.

~harakahdaily~

Peserta BERSIH 1.0 Dibebaskan Mahmakah

NONEDua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.

Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten.

"Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.

Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah.

Yang lain adalah  K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.

kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin.

~MK~

Tuesday, September 11, 2012

PDRM Berat Sebelah

Keganasan samseng Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dibiarkan oleh agensi penguatkuasa bukti jelas undang-undang negara ini tidak lagi dihormati. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka.
 
“Kita boleh tengok gangster Umno pecahkan kereta, ‘kencing’ gambar (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), baling batu kepada bas, terang-terang ada bukti video dan gambar, tetapi ada satu tindakan diambil kepada mereka? … Tiada” katanya.
 
Dakwanya, undang-undang di bawah Kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersifat berat sebelah kerana membela tindakan yang secara jelas melanggar undang-undang. Akan tetapi, mereka yang didakwa menghina pemimpin Umno-BN ditahan dan dihukum seperti pemuda yang memijak gambar Najib dalam satu himpunan pada 30 Ogos.
 
“Bila pijak gambar Najib, ini merupakan dosa besar. Tetapi bila baling kasut di masjid, tiada salah, ini merupakan ‘law of the jungle’,” ujar Anwar.
 
Terbaru, jelajah bas Merdeka Rakyat yang dinaiki Anwar dan pimpinan PKR ke Jasin, Melaka dibaling batu dan disimbah cat merah oleh sekumpulan samseng yang didakwa didalangi Pemuda Umno kawasan tersebut.
 
Sebelum itu, seorang seorang lelaki yang dipercayai dari pertubuhan extremis Melayu Perkasa, cuba menghampiri Anwar semasa beliau berada di dalam satu majlis di sebuah masjid di Alor Star, Kedah.
 
Malah, gambar muka samseng daripada kedua-dua insiden tersebut
telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook namun tiada tindakan diambil walaupun laporan polis telah dibuat.
 
Kejadian di Melaka merupakan kedua selepas minggu lalu bas tersebut dibaling batu di bahagian cermin hadapan serta disimbah cat merah di Kota Bharu, Kelantan.
Selain itu, Anwar turut menempelak media tradisional seperti surat khabar dan televisyen yang berat sebelah dan secara berterusan menyebarkan fitnah untuk memburukkan pimpinan PR.
 
“Mereka mensensasikan pegawai peribadi saya membawa pistol tetapi saya dibaling batu dan keganasan gangster-gangster Umno ini tidak disiarkan,” tegasnya.
 
Ketika mengulas perkara itu, Anwar berkata, pegawai peribadinya mempunyai lesen senjata api dan bertindak mengikut prosedur yang dibenarkan (SOP) bagi mengawal keadaan tegang ketika kejadian di Jasin.
 
“Saya pergi kemana-mana ada samseng Umno, bila diancam dengan tindakan ganas mereka, pegawai saya keluarkan pistol tetapi mengikut SOP,” katanya.

MahaFiruan Dan UMporNO Fitnah Anwar

Masihkah kita ingat serangan awal Dr Mahathir kepada Anwar ibrahim sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan?

Antara serangan awal Dr Mahathir terhadap Anwar sejurus selepas September 2, 1997 adalah Anwar Ibrahim dituduh sebagai agen IMF".

Anwar telah dianggap sebagai pengkhianat negara kerana mahu mengambil bantuan IMF sekaligus menyebabkan MAlaysia akan hilang kemerdekaan dan kebebasan diri. Tulang Besi telah membuat sedikit kajian berkenaan IMF ini.

Melalui WIKIPEDIA, Tulang Besi belajar:

"The members of the IMF are 188 members of the UN and the Republic of Kosovo[a].

TERJEMAHAN:Negara2 anggota IMf adalah kesemua 188 negara yang menganggotai PErtubuhan Bangsa2 Bersatu serta Republik Kosovo"

Dengan kata lain, Malaysia adalah salah satu negara anggota IMF kerana kesemua negara anggota Pertubuhan BAngsa2 Bersatu adalah anggota IMF.

Maka, jelaslah kita bahawa kita telah tertipu dengan propaganda UMNO dan Dr Mahathir Muhammad.

Sekiranya IMF ini jahat dan menzalimi Malaysia, seharusnya Mahathir dan UMNO membawa keluar Malaysia dari menganggotai IMF.

Namun, apa yang berlaku, setelah lebih 14 tahun memfitnah Anwar Ibrahim sebagai agen IMF, UMNO terus mengekalkan Malaysia sebagai ahli IMF.

Malahan, Dr Mahathir yang terdedah telah membuat pinjaman kepada Bank Dunia seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dibawah:
~tulang besi~

Friday, September 7, 2012

Tindakan Polis Biar Adil Untuk Semua Rakyat

Baru-baru ini riuh 1Malaysia apabila ada insiden yang memang pelik pernah berlaku dalam sejarah negara dimana secara terang-terangan beberapa orang warga negara Malaysia memijak dan menunjukkan punggung pada pemimpin negara.

Walaupun tahap kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang zalim namun aku dan rasanya seluruh rakyat Malaysia yang lainnya tak kira apa fahaman politik pun mengutuk tindakan sedemikian. Aku rasa ini dah lebih-lebih bagi kita yang penuh dengan adat dan adab Melayu.

Kalau nak pijak atau tunjuk punggung pada gambar pemimpin negara HARAM JADAH yang menentang Islam mampuih pi lah. Aku sokong jer. Tapi walaupun aku tak suka dan benci kepada cara pentadbiran Murujib wal Rosmangkuk tapi tak sanggup lah aku buat macam tu. Macam mana sekalipun dah termaktub dalam sejarah Malaysia bahawa Murujib wal Rosmangkuk adalah PM ke-6. Jadi semua rakyat mesti akur.

Soal suka ke benci ke disebabkan Murujib ni haprak ke lantak lah. Itu dah kira masuk bab lain. Bab PRU13 nanti korang boleh sembelih parti UMporNO dan BumNgok cukup-cukup. Kita rampas Putrajaya daripada 'tangan MahaFiraun' dan regim UMporNO. Inilah jalan dan cara terbaik.

Tapi di sini aku bukan nak bela sesiapa yang buat pedajal kepada pemimpin negara. Dah berani buat kenalah berani tanggung cuma realiti yang telah dilupai oleh rakyat Malaysia ialah siapa yang pernah ajar rakyat Malaysia dengan perbuatan-perbuatan kotor macam ni???? Korang agak-agak siapa??? Pernah dengar atau tahu siapa dia Adnan Yaakob???

Korang agak-agak apa yang dia pernah buat beberapa tahun yang lalu??? Korang tak ingat aku ingatkanlah korang dengan gambar dibawah. MB yang suka mencarut buat aksi lucah gaya tangan bebas dan tunjuk punggung semasa memakai kain pelikat kalau tak salah aku kepada orang ramai. Apa punya MB UMporNO lah mangkuk ni. Patutlah UMNO Baru dah jadi UMPorNO. Dia nilah yang ajar rakyat Malaysia dulu dengan aksi lucahnya.

Kemudian aksi-aksi lucah dan tunjuk punggung jalananan mula berlegar disekeliling ahli-ahli merangkap barua-barua serta balaci-balaci UMporNO dengan tanpa segan sili tunjuk punggung pada orang orang. Tak percaya??? AKu sertakan gambar sekali. Depan FRU pun berani juga depa ni tunjuk punggung. Tapi mana dia reaksi polis FRU tu??? Ada ke polis nak tahan dan dakwa barua-barua UMporNO ni sebagai aksi lucah??? Mana boleh dakwa sahabat. Dah yang memerintah ni parti UMporNO jadi memang seronok sangat lah dengan porno-porno ni. Kalau tidak masakan kes Datuk T edar video seks kepada orang ramai di masjid-masjid polis diam jer. Habis macam tu je ke kes tu??? Rakyat pun nak tahu kesudahan ceritanya, best ke tak best!!!!

Kes-kes tunjuk punggung ni tak pernah habis dikalangan barua-barua UMporNO ni. Tak kira waktu sampai ada sahaja anak-anak muda lelaki tanpa segan silu tunjuk punggung kepada orang ramai depan wanita. Nasib baik lelaki kalau yang tunjuk punggung tu perempuan bahasa yang best sikit puteri UMporNO lah, aku rasa mau kena sula punggung tu. Oh ye beb, dalam Islam mana boleh main jalan belakang. Itu dah kira liwat tu. Nak tuduh Anwar Ibrahim liwat SayFOOL dah tak menjadi sebab mahkamah dah lepaskan Anwar hidup-hidup. Tu yang UMporNO marah sangat tapi kalau cakap lebih-lebih dikira hina mahkamah lah pulak.

Kita bukan apa, rasa macam dah tahu kesudahan kes remaja-remaja yang berani tunjuk punggung pada Murujib wal Rosmangkuk tu diakhiri dengan penerimaan kemaafan daripada Murujib. Tapi aku ucap tahniahlah kepada Murujib wal Rosmangkuk kerana sudi memaafkan remaja-remaja terbabit. Tapi nak tunjuk pada rakyat lah tu yang Murujib wal Rosmangkuk tak berdendam dengan rakyat. Jadi boleh lah sokong dia dalam PRU13 nanti. Apa yang Murujib nak buat ni dah lama pemimpin pembangkang buat. Tengok gambar-gambar haram jadah ni. Veteran ATM yang jadi mangsa tunjuk punggung pada Pengerusi bersama BERSIH 3.0. Ini orang yang patriotik yang faham sangat dengan undang-undang negara. Datuk Ambiga sabar sahaja dan memaafkan siap sempat buat air lagi untuk mangkuk-mangkuk ni. Tak ada pun sekor nak minta maaf pada Ambiga. Polis ada buat siasatan dan tangkap ke mangkuk-mangkuk ni selepas Ambiga buat report polis???

Bukan ini sahaja, Kita nak semua yang bersalah dihakimi dengan adil dan saksama baru ada transformasi. Jangan anggap Murujib sebagai PM Malaysia je yang besar sangat. Tahulah bini dia tu besar tapi Allah Maha Besar. Adil dengan hukum Allah. Kalau polis kata tunjuk punggung pada pemimpin negara itu salah dan pijak gambar tu salah dan hina tangkap juga remaja-remaja yang macam dajal kencing dan pijak gambar pemimpin pembangkang yang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan. Barulah adil namanya. Jangan nampak sangat yang polis berat sebelah dengan KERAjaan UMporNO.

Kena fikirlah nanti UMporNO dah jadi NO oleh rakyat mana polis nak taruk muka? Itu budak-budak kencing sambil tersenyih macam beruk dan ungka tapi yang aku tunjuk ni bapak budak kencing buat aksi lucah depan pemimpin pembangkang macam mana pula? Pembangkang malas nak buat kecoh-kecoh hal remeh temeh ni walaupun laporan polis telah dibuat. Jangan sampai rakyat katakan yang polis ni buat siasatan terpilih sahaja. Ini akan menjejaskan imej polis dimata rakyat. Nanti rakyat akan kata polis ni kerja tangkap pencuri dan jaga kepentingan UMporNO. Makan gaji buat duit rakyat.

Apa-apa pun selepas ini rakyat akan sedar bahawa UMporNO dah banyak sangat menipu rakyat dengan mamanipulasi dan menutup cerita yang lama. UMporNO tahu macam kata MahaFiraun Dr Mahathir yang melayu mudah lupa. Patutlah dia lagi lupa perjanjian dia dengan Allah seamsa alam dalam kandungan ibu yang akan menurut perintah Allah. Tapi bila keluar sahaja dia orang pertama menentang Hukum Hudud iaitu Hukum Allah sampai sanggup kata dalam al-Quran tak sebut pun hukum hudud. Nauzubillah.

Jadi marilah sama-sama kita pastikan PRU13 nanti UMporNO dan kesemua pemimpin UMporNO kecundang dan tersungkur 'jilat tahi' sebab rakyat akan bersihkan 'tong tahi' dari luar bukan dari dalam dengan cara memangkah kesemua calon Pakatan Rakyat. Jangan tengok pada calon tetapi ingat satu ASAL BUKAN UMNO kita undi.

ASAL BUKAN UMNO - ABU
Hidup Pakatan Rakyat
Hidup Anwar Ibrahim


Monday, September 3, 2012

Keangkuhan Murujib Ditipu Hidup-Hidup

Keangkuhan Murujib yang berucap sempena Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh sebenarnya terkena batang hidungnya sendiri. Keceluparan Murujib dengan menyindir kerajaan Selangor yang tidak memanggil Sultan sempena Hari Kemerdekaan peringkat negeri seperti menghina Sultan. Sedangkan Anwar Ibrahim dijemput khas dalam majlis tersebut.

Murujib berkata Anwar Ibrahim hanyalah Penasihat Ekonomi negeri sahaja berbanding Sultan yang memayungi negeri Selangor. Kalau korang dengar atau baca statement ni macam barua pun ada macam pelaq pun ada.

Pertama yang aku nak bagitau SUK negeri Selangor iaitu Datuk Khusrin yang boleh dikatakan orang kuat UMporNO yang dilantik sebagai pengerusi pada majlis tersebut. Segala kepercayaan kerajaan negeri tentulah terletak di bawah beliau. Kalau Datuk Khusrin yang orang kuat UMporNO terlupa nak jemput Sultan agak-agak korang siapa yang salah??? Nak taknak hasil kerja orang kuat UMporNO lah juga.

Murujib terlupa kot yang rakyat tak pernah lupa sewaktu Murujib 'naik takhta' sebagai PM hasil 'rampasan kuasa' daripada Pak Lah, bini dia Rosmangkuk telah mengaku sebagai First Lady yang sepatutnya gelaran ini hanyalah untuk Permaisuri Agong sahaja. Lihatlah betapa angkuhnya dua ekor ini sebagai pemimpin diktator.

Murujib merayu, menangis, nasib baiklah tak sampai nak jilat ludah atau hingus rakyat meminta supaya rakyat tetap menyokong parti BumNgok dan UMporNO. Murujib kata kerajaan Selangor menipu rakyat dengan tidak menunaikan janji seperti memberi bantuan air percuma. Yang rakyat Selangor dapat bil air berkurangan tu apa kebendanya. Maksud percuma tu bukanlah sampai PERCUMA langsung tak kena bayar air. Adalah sukatan yang tertentu tapi rata-ratanya hanya membayar beberapa ringgit sahaja untuk dua bulan. Tidak seperti negeri-negeri lain apatah lagi yang duduk di kondo-kondo lagilah mahal tahap cipan bil air.

Ohhhh mungkin maksud Murujib KERAjaan UMporNO bagi air PERCUMA macam kat Sarawak tu kot. Guna saja air sungai untuk basuh baju, basuh motor, berenang dengan buaya macam tu ka PERCUMA??? Iklan dalam TV yang KERAjaan UMporNO baru nak bekalkan elektrik dai paip air. Dah 55 tahun bro kita merdeka takkan lah nak buat paip air bersih dan tiang elektrik tak boleh kat Sarawak tu. Jalan raya pun baru nak buat yang bertar. Kata negeri Pakatan Rakyat miskin sangat tapi Penang dah nak ada jambatan kedua tapi di Sarawak masih guna jambatan gantung saja. Korang pikirlah sendiri...

Kalau Murujib berani sangat mengatakan yang rakyat telah kembali kepada BumNgok dan UMporNO bubarlah Parlimen. Biar kita lihat siapa yang menang dan siapa yang tunggang langgang. Kalau Murujib berani sangat taklah sampai setiap kali berucap asyik nak berkempen supaya sekat Anwar Ibrahim dan pembangkang dari menuju ke Putrajaya. Slogan Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya merupakan mimpi ngeri bagi Murujib dan UMporNO.

Aku rasa slogan ini jika menjadi kenyataan dengan bantuan Allah bukan sahaja menjadi igauan kepada pemimpin-pemimpin UMporNO tapi yang menjadi barua-barua, balaci-balaci dan kuli batak UMporNO terutama LEBIH UMPORNO dari UMporNO seperti TV3, RTM, KEMAS, dan macam-macam lagi agensi KERAjaan UMporNO sekarang.

Mana mau taruk muka kalau Pakatan Rakyat menang??? Tapi korang jangan khuatir lah. Kami Pakatan Rakyat tidak berdendam. Seperti adat bermain bola. Nak maki hamun terajang kena kad merah dalam padang jer. Tapi bila dah ada keputusan menang kalah biasa jelah. Yang menang kena sorak yang kalah kena booo.... Setakat tu jelah. Yang penting rakyat perlu faham tidak ada kerajaan sehebat mana pun di dunia yang tak akan tersungkur menyembah bumi.

Yang pastinya Murujib memang tak ada teloq nak bubar Parlimen. Tapi demi nak cover takut dan malu dia dengan angkuh terus berimaginasi bahawa BumNgok akan terus mentadbir negara dengan mahazalim ala MahaFiraun. Murujib tak tahu yang semua agensi risikan kalau adalah mengatakan yang Murujib akan kalah teruk dalam PRU13 nanti tapi agensi risikan termasyur UMporNO yang tetap mengatakan yang parti UMporNO akan menang besar dalam PRU13 nanti ialah KEMAS dan RTM.

Hidup-hidup Murujib kena tipu...

Utusex Akhbar UMporNO Haram Jadah

Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan.

Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos sama ada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam kemerdekaan.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.

Justeru, kerajaan negeri yakin sepenuhnya dengan pengalaman YB Datuk Setiausaha dan seluruh Jawatankuasa Program yang terdiri dari pegawai kerajaan dalam mengendalikan acara sambutan yang melibatkan protokol dan tetamu jemputan.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor.

Seorang pun ADUN BN tak hadir
Sekiranya acara ini melibatkan DYMM Sultan mana mungkin setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kerajaan terlepas pandang akan perkara ini.

Tambahan pula, sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani untuk memaklumkan kepada setiausaha kerajaan negeri.

Saya berpendapat, kekeliruan timbul apabila Datuk Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada setiausaha kerajaan negeri.

Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan negeri pada masa yang sama telah menghantar jemputan kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang dari BN tetapi tiada seorang pun mereka ini menghadirinya.

Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit. Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada.


FAEKAH HUSIN
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor