REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI

Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.

Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay

Tuesday, January 22, 2013

BN Akan Kalah Hanya SPR Boleh Menangkan

Selepas sahaja Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dikenali sebagai #KL112 nampaknya PM kita Murujib semakin tak senang duduk. Nak tidur apatah lagi tak boleh lena. Kalau pengantin baharu senang lah kalau tak boleh lena adalah 'kerja' yang boleh diselesaikan. Ini PM tak boleh lena sebab dah tahu daripada agensi risikan KERAjaan BumNgok yang parti UMporNO dan BumNgok akan kalah teruk dalam PRU13.

Dalam media massa pro-UMporNO yang menjadi barua-barua menyiarkan berita yang rakyat cuma menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU12 dulu sebab terpedaya dengan janji-janji pembangkang terutama DS Anwar Ibrahim. Sebab tu dulu aku ada kata selagi orang yang bernama Anwar Ibrahim masih hidup selagi itulah UMporNO tak senang duduk. Baru-baru ini Utusex UMporNO dah diputuskan bersalah kerana memfitnah Anwar dengan memanipulasi keterangan Anwar  tentang homoseks dan lesbian dan diminta membayar saman.

Rakyat dah mula jemu, muak, nak muntah dah dengan Utusex dan RTM dan TV3 yang lebih UMporNO dari parti UMporNO sendiri. Sebab tu rakyat dah mula beralih dengan mendapat info-info dari blog-blog pro-PR. Rakyat dah tahu yang blogger-blogger pro-PR ni hasil tulisannya tidak mendapat apa-apa habuan. Kalau blogger-blogger UMporNO tu lainlah ada yang mendapat elaun beribu-ribu ringgit kot semata-mata untuk memfitnah pembangkang.

Rakyat dah mula sedar yang Murujib tak ada teloq nak bubar Parlimen kalau dah kata di semua tempat yang Murujib pergi hadirinnya seramai berpuluh-puluh ribu atau mencecah ratusan ribu orang. Bila Pakatan Rakyat buat perhimpunan punyalah bodoh dan bangang media dan blog-blog pro-UMporNO kata pembangkang bagi duit setiap orang untuk menghadiri perhimpunan di ibu negara. Setahu aku di setiap perhimpunan rakyat yang menderma untuk Pakatan Rakyat mempunyai dana pilihanraya yang secukupnya.

Korang ingat nak PRU13 ni jual air liur saja ke???

UMporNO bagi duit kat pos-pos panas mereka macam air melimpah ruah. Tak tahulah aku mana depa dapat duit. Jangan guna duit kerajaan sudahlah sebab tu duit rakyat. Penyokong balaci depa kalau tak dapat duit jangan harap nak panjat pokok ikat bendera. Lain dengan Pakatan Rakyat yang cuma upah air dan makanan dan bolehlah panjat pokok ikat bendera itupun kalau ada air dan makanan. Kalau tak kira halal jelah....

Daripada maklumat yang diterima yang mengatakan UMporNO akan kalah teruk dalam PRU13 ini hanya yang boleh menolong regim ni hanyalah SPR. Aku bukan kata semua petugas SPR ni barua-barua UMporNO sebab dalam SPR pun ada petugas-petugas yang merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Kita menyahut seruan supaya orang-orang Anwar Ibrahim ada di mana-mana sahaja dalam segala agensi kerajaan dan suruhanjaya. Ini penting sebab kita dari Pakatan Rakyat boleh tahu apa yang sedang berlaku jika ada penyelewengan.

Yang rakyat marah sangat dengan SPR ni ialah orang-orang atas yang pro-UMporNO. Haritu heboh yang salah seorang orang atasan SPR ialah ahli UMporNO. Tapi cepat-cepat mamat tu kata dia dah tak jadi ahli sebab tak bayar yuran. Macam cerita Ali Baba Bujang Lapok lah pulak bila Kassim Baba kena tangkap P.Ramli tanya sudahkah sign kontrak jadi penyamun tapi Kassim Baba cakap nama sudah kena potong sebab tak bayar yurannnnnn....

Sebijik punya otak orang mangkuk hayun cakap macam tu...

Bila Pakatan Rakyat dah mula heboh tentang projek IC yang berlaku di Selangor seperti yang teruk sangat berlaku di Sabah sebab bukan sikit. Aku rasa dah mencecah 130 000 lebih pengundi baharu yang tak dapat dikesan tapi mengundi di Selangor. Selangor ni antara negeri terkaya di Semenanjung sebab tu UMporNO nak ambil Selangor. Senanglah nak bagi projek-projek pada kroni-kroni depa tu. Bila kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid sekat segala macam projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, mulalah tembelang UMporNO pecah.

Depa kata kerajaan Selangor tak pedulikan rakyat. Sedangkan kroni mereka yang tak dapat projek. Kerajaan Selangor pentingkan nasib beribu-ribu rakyat daripada nasib seorang kroni UMporNO. Dalam berita biasalah budak tadika pun tahu depa interview pro-UMporNO. Semua baca skrip yang dah ditulis. Memanglah mangkuk hayun tu kutuk kerajaan Selangor.

Alah senang cerita macam nilah. Rakyat dari Perlis sampai Sabah dah tahu yang UMporNO dah nak melingkup PRU13 ni. Lantak depalah nak sangat Selangor sampai Murujib kata walau apa cara sekalipun Putrajaya kena dipertahankan. Memang betullah ada projek IC di Selangor ataupun di semua negeri di Malaysia ni. Hanya itu sahaja jalan terbaik yang SPR boleh buat untuk menangkan UMporNO.

Kepada petugas-petugas SPR dan ahli-ahli Pakatan Rakyat perlulah peka dengan orang-orang penyamun tarbus macam ni. Kalau tengok mat-mat bangla ka, mat-mat Myanmar ka, mat-mat Indon ka berada di sekitar tempat mengundi cepat-cepatlah kita periksa dan kalau ragu-ragu bolehlah berhubung dengan anggota polis di tempat mengundi. Bukan kita sebagai rakyat Malaysia tak kenal kot mat bangla, mat myanmar, mat indon nak jadi pengundi hantu ni. Jangan sampai dah tahap gila babi SPR boleh benarkan mat-mat negro jadi pengundi pula sebab ada IC warganegara....

Biar cerdik lah sikit nak buat jahat sekalipun...

Saturday, January 12, 2013

Rakyat Mula Banjiri Kuala Lumpur

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, daripada tujuh lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

9.55am: Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.
Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

Friday, January 11, 2013

Ingat Segala Bantuan 1 Malaysia tu Duit BN ka?

Beberapa sekolah di Malaysia pada tahun ini diminta memanggil pemimpin UMporNO atau BumNgok untuk memberi wang bantuan RM100 kepada bapak-bapak dan mak-mak budak sekolah tersebut. Nak bagi bantuan RM100 kepada murid-murid tetapi yang diminta hadir ialah bapak-bapak dan mak-mak sebab nak berkempen yang KERAjaan BumNgok perihatin.

Memang bangang betullah akal pemipin UMporNO dan BumNgok ni sebab depa ingat bantuan RM100 tu duit dari kocek depa kot. Yang tu duit rakyat lah bodoh. Kalau duit dari kocek Murujib atau hasil tabungan Rosmah dari kecik yang sampai sekarang dah menjangkau jutaan ringgit bolehlah nak bagi secara persendirian ke nak kempen ke.

Dulu semasa pembentangan bajet 2013 ramai orang sokong Murujib dan heboh dalam akhbar pengampu PM yang rakyat dah mula sokong UMporNO dan BumNgok. Tapi lihatlah sampai sekarang Murujib masih takut nak bubar Parlimen nak adakan PRU13 sebab dia tahu itu semua omongan kosong akhbar UMporNO sahaja nak mengampu.

Murujib masih takut walau macam-macam bantuan yang diberikan kepada rakyat tetapi rakyat sekarang dah ada pendidikan dan ada otak. Semua bantuan tu datangnya dari kerajaan yang tak semestinya KERAjaan BumNgok sahaja boleh bagi. Kerajaan Pakatan Rakyat pun boleh bagi kalau dah menang nanti. Rakyat dah tahu yang duit tu adalah duit rakyat untuk rakyat.

Jadi tak payah lah pemimpin BumNgok nak jadi haram jadah kempen yang duit tu duit BN. Rakyat akan ambil duit tu sebagai sumbangan dan bantuan kerajaan tapi bab mengundi jangan harap nak undi BN. Boleh berambus selepas PRU13 nanti. Esok kita sama-sama pergi Stadium Merdeka sebagai bukti kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim BN.

Thursday, January 10, 2013

8 Arah Ke Stadium Merdeka

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya menyertai lapan perarakan ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan Sabtu ini bermula.

Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, lapan lokasi untuk permulaan perarakan serta pemimpin masing-masing adalah seperti berikut:

Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)

Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar

KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)

Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)

Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)

Dataran Merdeka
Wong Tack (Himpunan Hijau)
Ronnie Liu (DAP)

Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)

Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Wednesday, January 9, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12.01.13

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mungkin akan diadakan pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengar khabarnya mendapat lampu hijau daripada PDRM yang akan menjadi fasilitator kepada perhimpunan tersebut selepas penggubalan Akta Perhimpunan Aman2012 (Akta 736) oleh Murujib baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta rakyat yang hadir pada hari tersebut datang dengan bersenang lenang tanpa ada unsur-unsur provokasi yang boleh mengundang kepada kemarahan rakyat seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0.

Jika perhimpunan aman seperti ini boleh berlangsung dalam keadaan baik, mungkin negara akan mencatat sejarah tersendiri bahawa sebelum-sebelum ini memang rakyat datang dengan tangan kosong namun disebabkan adanya provokasi daripada pihak lain terutama anggota polis sendiri yang menyamar dengan memakai pakaian seperti para peserta demo menyebabkan kemarahan rakyat yang memuncak.

Namun rakyat perlu ingat dan tahu bahawa akta yang digubal adalah seperti berikut:

Seseorang itu melakukan kesalahan jika, bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan, menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

Jadi apa salahnya kalau kita sediakan payung sebelum hujan dek kena sembur dengan waterconan. Yang pasti LAWAN TETAP LAWAN.

Friday, January 4, 2013

UMporNO Takut Rakyat MengKAFIRkan Mereka?

Isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkitkan menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih daripada 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja.

Kedua belah pihak - kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan' kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian.

Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

"Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.

"Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

"Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Fatwa-fatwa Pantai Timur

Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.

Amanat Haji Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang PAS sendiri.

Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan.

Saya sendiri pernah berjumpa orang PAS yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular' dan seumpamanya.

Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.

YB Dr Mujahid Yusuf, seorang ahli Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas presiden dan mursyidul am PAS dalam bukunya Menuju PAS Baru menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut:

"Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam... penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa' sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi' telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini." (ms 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).

Mungkin Abdul Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.
Konteks

Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada tahun 70-an dan 80-an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini.

Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-regim Arab yang sangat zalim dan khianat.

Mereka juga biadap terhadap Allah dan rasul-Nya. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.

Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga mursyidul am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku Du‘aah La Qudah (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.

Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam erti kata lain menjadikan seseorang kafir.

Abdul Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut:

"Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad SAW itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum Allah (aturan-aturan taghut), dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW, maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir.

"Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.

"Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini...."

Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang PAS ketika itu telah menggunakannya ketika secara ‘borong' untuk mengkafirkan setiap penyokong Umno.

Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama PAS yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.

Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, Umno pada era 70-an dan 80-an bukanlah seperti Umno hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam Umno belum berlaku ketika itu.

Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang PAS dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas.

Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum Umno dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan PAS mengkafirkan keseluruhan Umno, namun itulah realiti ketika itu. Sikap Umno ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu.

Pada masa tersebut kematangan PAS dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Abdul Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini.

Hari ini jika kita membaca Mujahid menulis dalam bukunya Rejuvenasi PAS, beliau membincangkan tajuk ‘Islam Dalam Kerangka Perlembagaan', kita mendapati tokoh PAS ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam PAS.
Ulama Umno juga mesti dikritik
PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Hadi termasuk diri Abdul Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan Amanah lama Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf perlembagaan.

Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kaca mata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.

Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan Umno maka Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil.

Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.

Di samping PAS, jangan lupa dalam Umno juga ada yang ‘kaki pengkafir dan penyesat' orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk Umno, ada yang menghukum akidah menteri besar Kelantan sesat bahkan kufur.

Di Arab Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat.

Golongan ulama muda Umno amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam Internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik.

Media-media Umno juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang PAS lakukan dalam era 80-an. Umno hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. Umno hari ini seakan menuju PAS era Amanat Hadi.

Kembali pada politik membina negara

Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar.

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir' atau ‘musuh Allah' sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam Majmu‘at al-Fatawa:

"Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir.

"Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa."

Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.

~ZABA~

Sampai Bila KWSP Nak Jadi Barua UMporNO?

NONEHarga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campurtangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar (kanan), bekas menteri kewangan, berkata penilaian bank
menunjukkan bahawa harga saham tersebut adalah kenaikan buatan, tetapi tidak menamakan bank-bank yang terlibat.

"Jika kita melihat analisis bebas seperti daripada bank-bank, harga sebenar adalah RM3.50 seunit," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Anwar berkata, harganya pada RM4.62 adalah kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.
Anwar mengeluh ketika minyak sawit dan harga getah jatuh, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan kehidupan mereka yang bergantung hidup pada komoditi tersebut.

Sebaliknya, katanya, FGV telah disenaraikan di bursa saham dan peneroka telah dijual 800 unit saham, tetapi tidak boleh menjual selama enam bulan.

Anwar mendakwa, mereka yang mendapat manfaat daripada penyenaraian FGV ialah para kroni, termasuk pengerusi FGV dan lembaga pengarah yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan dan Kemudian harga turun.

Beliau menegaskan bahawa sejak tahun lepas, harga minyak sawit mentah telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram.

Anwar berjanji apabila Pakatan Rakyat berkuasa, ia akan menubuhkan Tabung Kebajikan Komoditi Negara yang akan bertindak sebagai skim jaringan keselamatan sosial.

~MK~

55 Tahun Rakyat Selangor Kena Kencing Dengan UMporNO

Tahun 2012 adalah satu tahun yang produktif untuk Kerajaan Negeri Selangor dan saya serta barisan pimpinan kerajaan mulakan tahun baru 2013 dengan azam untuk menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

Namun amat menyedihkan Timbalan Perdana Menteri telah memulakan tahun baru ini dengan terus membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun diperdaya Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional.

Artikel ini berhasrat menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan yang diberi oleh Pakatan Rakyat khususnya kerajaan negeri Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami untuk mengamalkan tadbirurus beramanah.

Kami yakin bukan sahaja di Selangor bawah Barisan Nasional dahulu tetapi di mana-mana negeri bawah naungan Barisan Nasional sekarang, bukti sebegini tidak mungkin dibentangkan.

Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta peruntukan untuk program kebajikan, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat jauh mendahului negeri-negeri bawah Barisan Nasional mahupun kerajaan persekutuan sendiri.

Kedudukan Kewangan

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor pada tahun 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta.

Dalam masa singkat empat tahun, kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion.

Adakah ini hasil pengurangan perbelanjaan pembangunan?

Semestinya tidak. Sebaliknya, perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun, bukan diturunkan.

Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang sebelumnya amat berleluasa.

Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah. Justeru itu, hasil negeri berjaya dikongsi secara sama rata kepada semua rakyat Selangor, tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik.

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)  

Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan dasar asas kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menegaskan bahawa segala hasil negeri harus disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan dan tanpa “untung” yang bukan-bukan kepada pihak berkepentingan.

Rekod yang disimpan berkenaan perbelanjaan program MES merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat memulakan program MES sebaik sahaja mengambil alih pada tahun 2008.

Pada tahun itu, jumlah peruntukan adalah RM73 juta. Jumlah ini meningkat secara berterusan setiap tahun: RM161 juta (2009), RM173 juta (2010), dan RM192 juta (2011).

Untuk 2012 sehingga September, peruntukan adalah RM 165 juta dan jumlah keseluruhan yang dibelanja demi kebajikan rakyat melalui program MES dalam empat tahun ini adalah RM 766 juta.

Sebanyak empat program telah berjalan secara berterusan sejak 2008 - 20 meter padu air percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-Anak.

Setiap tahun, program-program MES baru diperkenalkan. Program-program ini tidak mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional, yang menabur gula-gula berupa duit dan barangan secara buta dengan tujuan membeli undi.

Sebaliknya, asas MES adalah pemerkasaan dan pemberdayaan lestari, di mana rakyat diberi modal, latihan dan pertolongan supaya mampu dan sedia berhadapan dengan segala cabaran ekonomi secara berdikari.

Jumlah rakyat yang menerima bantuan MES juga telah meningkat secara konsisten sejak 2008 - 1.10 juta orang (2008), 1.19 juta orang (2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta orang (2012, sehingga September).

Bukti terperinci komitmen kerajaan negeri Pakatan Rakyat terhadap kebajikan rakyat boleh dilihat dalam lamanweb rasmi.

Fokus kepada rakyat, bukan mainan politik

Maka, dengan bukti yang dikemukan di atas, jelas ternampak bahawa komen-komen Timbalan Perdana Menteri adalah komen pemimpin Umno yang kian terdesak sehingga tanpa segan silu sanggup membuat pembohongan secara terbuka kepada rakyat.

Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau telah lakukan sebagai Menteri Besar Johor ketika pemberian kontrak secara monopoli kepada Syed Bukhari? Bagaimana pula ketika rakyat Johor dipaksa membayar tarif air di antara tertinggi di Malaysia?

Sekarang di peringkat persekutuan, bilakah beliau akan berhenti berdolak dalih tentang isu pengembalian kawalan industri air kepada kerajaan negeri sepertimana yang diniatkan dalam Akta WSIA 2006 – satu proses yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri.

Timbalan Perdana Menteri sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat tohmahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2013. Meskipun demikian, memandangkan PRU13 begitu hampir, maka ianya penuh dengan gula-gula pilihan raya. Lebih teruk lagi hutang Negara pula melebihi RM 500 billion.

Sebaliknya Selangor berjaya membentangkan belanjawan berimbang lima tahun berturut-turut dan lebih menekankan pelaburan jangka masa panjang demi kebaikan rakyat.

Ini mencerminkan prinsip kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang enggan menggadai masa depan generasi akan datang hanya untuk menang pilihanraya melalui kaedah-kaedah yang tidak halal.

Saya seru berhenti membuat fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dan bertanding dengan berhemah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi Umno Selangor telah gagal menggoyahkan semangat rakyat Selangor, jadi tiada sebab Tan Sri Muhyidin harus mencuba.