REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 15, 2013

Jangan Bagi IC Undi BN Sudahlah

Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Kota Kinabalu.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini.

Sementara itu, tentera dan pihak berkuasa polis Filipina telah memantau dan bertukar maklumat dengan rakan sejawat dari Malaysia berhubung laporan kehadiran individu yang mencurigakan berhampiran Lahad Datu.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Filipina di Malaysia Johann Veronica M. Andal berkata Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah mengarahkan Atase Polis Kol Charlo Collado pergi ke Lahad Datu secepat mungkin dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan, serta mengesahkan identiti individu terlibat.

"Kerajaan Filipina memandang serius pergerakan kumpulan bersenjata yang tidak mendapat kebenaran, menimbulkan gangguan terhadap masyarakat tempatan dan akan bekerjasama dengan negara jiran untuk menangani masalah itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama semalam.

~Bernama~

Siapa Janji Bagi Tanah Pada Mereka Ni Di Sabah?

NONEPasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.

Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.

"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.

"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters.

Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.

Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.

Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.

"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah."

Bilangan pendatang haram Islam dari selatan Filipina yang miskin telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan ia menimbulkan ketegangan sosial dengan penduduk asal beragama Kristian di Sabah.

Kerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian damai dengan
pemberontak Islam lewat tahun lepas untuk menamatkan konflik selama 40 tahun di selatan negara itu, tetapi sesetengah puak telah menyuarakan bangkangan.

Sejak perjanjian damai yang ditaja oleh Malaysia itu, pengikut puak serpihan kumpulan Misuari telah memutuskan untuk mencetuskan beberapa masalah dan mewujudkan ketengangan di Sabah, kata seorang pegawai kanan Malaysia yang merujuk kepada puak dalam kumpulan pemberontak MNLF.

Pada tahun 2000, sebuah kumpulan militan dari selatan Filipina telah menculik 21 pelancong dari Sabah yang menyelam di kawasan peranginan Sipadan.

Pada tahun 1985, sebelas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata yang dipercayai dari selatan Filipina, memasuki Lahad Datu di Sabah, menembak secara rawak sebelum merompak cawangan Standard Chartered Bank tempatan.

~Reuters~

Berani MahaFiraun Lawan Anwar di Permatang Pauh?

Bayangkan kalau Cik Det @ MahaFiraun nak lawan Anwar dalam PRU13 di Permatang Pauh. Tapi kira OK lah cadangan KGMMB tu yang mahukan MahaFiraun lawan Anwar di Permatang Pauh. Bukan apa kalau lawan di Kubang Pasu dah ada calon dari UMporNO. KERAjaan BumNgok pun tak nak ambil MahaFiraun yang dah nyanyuk jadi calon. Tambah-tambah lagi kalau berlaku pertandingan antara Anwar dan MahaFiraun dan ditakdirkan MahaFiraun kalah mana mau taruk muka.

Kalau lawan di Permatang Pauh dan ditakdirkan Anwar menang besar pun taklah MahaFiraun nak malu sangat sebab Permatang Pauh tu kubu kuat Anwar. Sebab sekarang ni si tua nyanyuk MahaFiraun tu kuat sangat kutuk dan menyalahkan Anwar di atas kesalahan yang dia sendiri lakukan. Jadi biarlah rakyat yang menjadi hakim menilai samada Anwar masih relevan dan diterima semua rakyat walaupun MahaFiraun telah mengaibkan Anwar dengan segala salah laku seksual pada akhir tahun 90-an.

Rakyat pun nak tengok juga kekuatan Anwar yang jika Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU13 nanti sudah tentu Anwar akan menjadi PM yang ke-7 dan di sinilah terletaknya pemimpin mana yang rakyat masih pilih. Anwar telah diaibkan dengan segala macam kesalahan di mahkamah hinggalah mahkamah sendiri membebaskan Anwar daripada semua tuduhan tersebut. Itulah yang dipanggil pertolongan daripada Allah dan juga doa-doa rakyat kepada pemimpin yang mereka sayang.

Setakat nak tolak calon UMporNO Permatang Pauh tu apalah sangat dengan menggantikan MahaFiraun sebagai calon. Takut pengundi tegar UMporNO pun tak mahu lagi pada MahaFiraun yang zalim lagi menzalimi. Apa punya orang busuk punya orang mati kuyup lah....

100 Hari Masalah Hindraf Selesai

Pakatan Rakyat akan melaksanakan rancangan lima tahun Hindraf untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

NONE"Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya.

"Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah (bawah) yang ingin tahu jika Pakatan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf.

Hindraf sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbincangan telah berlangsung sejak November 2012.

NONEMereka turut mengancam akan menarik kembali sokongan Hindraf terhadap Pakatan jika Pakatan terus berlengah dan tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut.

Anwar bagaimanapun menegaskan, Hindraf tidak perlu mendesak Pakatan Rakyat untuk menandatangani pelan tindakan itu.

Beliau sebaliknya menggesa mereka meneliti agenda-agenda masyarakat India yang selama ini didukung Pakatan Rakyat kerana dokumen polisi Buku Jingga sendiri secara tidak langsung telah mengangkat semangat pelan tindakan itu.

"Kami telah membaca pelan tindakan anda. Bolehkah anda juga turut membaca pelan tindakan kami (Buku Jingga)?

"Untuk bersikap adil, anda juga perlu mengiktiraf semua (isu orang India) yang telah Pakatan dukung," tegas Anwar.

Menurutnya, pemimpin Pakatan selama ini tekal memperjuangkan isu-isu seperti kewarganegaraan, kematian dalam tahanan serta bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil.

NONE"Lihat sahaja kes Kugan (yang mati dalam tahanan pada tahun 2009), ia tak akan jadi isu nasional jika kita tidak menyuarakannya. Saya sendiri minta pemimpin DAP dan PAS bersama saya melawat rumah Kugan," katanya.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri editor Thiru Kural, Massal Okai, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

Turut hadir adalah Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Teluk Intan M Manoharan dan ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi.

~MK~

Wednesday, February 6, 2013

Sikap Double Standard Dalam KL112

Akta Himpunan yang digubal baru-baru ini oleh Murujib lebih zionis dari yang dulu. Kenapa aku cakap macam tu sebab kalau Akta Perhimpunan dulu apa-apa yang nak di dakwa hanyalah orang dewasa sahaja. Contohnya BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 ramai orang dewasa yang didakwa kerana dipersalahkan atas tindakan yang melampau tetapi provokasinya daripada polis atau orang suruhan UMporNO.

Akta Himpunan sekarang sebab dah digubal dengan mengizinkan orang dewasa pergi demo tetapi tidak boleh bawa anak-anak kecil bersama. Cuba korang lihat bagaimana indah dan lancarnya HKR KL112 pada bulan lepas yang seorang pakar Matematik dari sebuah universiti tempatan menganggarkan kehadiran peserta himpunan seramai 700 ribu orang.

Mungkin UMporNO kecut perut dan helikopter berlegar-legar di ruang atas Stadium Merdeka yang sendat memuatkan hanya 40 ribu orang lebih tetapi ramai peserta himpunan yang duduk di luar stadium kerana tidak dapat masuk ke dalam stadium berjumlah ratusan ribu orang.

Tanyalah pegawai-pegawai polis di balai polis Tun H.S.S Lee bagaimana meriahnya temasya himpunan pada hari tersebut. Tanpa sebarang provokasi semuanya berjalan dalam keadaan aman. Itu yang kita nak dari KERAjaan UMporNO dan BumNgok yang bakal ditumbangkan selepas PRU13 nanti.

Oleh kerana tiada provokasi dan tiada kacau bilau KDN pula nak ambil tindakan kepada mana-mana individu yang membawa anak-anak kecil semasa HKR berlangsung.


Ada otak ke??? Mana mau campak anak-anak kalau tak di bawa??? Ingat kami rakyat ada orang gaji ke nak jaga anak-anak kami??? Ingat taska nak ambil jaga ke anak-anak kami pada hari cuti???

Lagipun anak-anak pergi himpunan kali ini bukannya kena sembur dengan gas pemedih mata sehingga memberi kesan IMPAK MAKSIMA. Bukannya ada adegan kejar-mengejar KL MENJERIT. Anak-anak inilah seperti yang berlaku di bumi Palestin adalah pejuang dan pelapis kepada perjuangan Pakatan Rakyat untuk membebaskan negara dari jajahan UMporNO dan BumNgok dari menapak semula di Malaysia setelah peralihan kuasa berlaku nanti.

Sikap double standard polis yang ingin menyaman ibu bapa yang membawa anak-anak ke perhimpunan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa PDRM berpihak kepada UMporNO walaupun mereka kata mereka adalah profesional dan tidak menyebelahi mana-mana parti.

Cuba korang tengok pula himpunan Jelajah Janji Ditepati atau himpunan bantuan RASUAH BR1M, TR1M, KR1M atau macam-macam lagi lah termasuk krim crackers dan rim basikal ada ibu bapa yang pergi membawa anak-anak tetapi mana tindakan polis????????

Ohhhh sebab pergi perhimpunan yang ada pak-pak Menteri atau pemimpin-pemimpin UMporNO dan BumNgok semuanya OK. Maksudnya himpunan mesra rakyat lah kononnya... Pirah mabukkkkkk. Nak bagi bantuan awal persekolahan pun semua sekolah kena panggil pemimpin UMporNO atau BumNgok yang bagi. Sambil bagi duit rasuah 1Malaysia tu sambil-sambil mereka dah mula berkempen walaupun belum pun bubar lagi parlimen.

Tak ada ke polis nak dakwa dakwi ibu bapa yang membawa anak-anak pergi ke konsert anjuran UMporNO atau BumNgok lebih-lebih lagi yang bakal berlangsung di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina nanti? Siap panggil PSY Gangnam Style menari lagi tu.

Bawa anak-anak ke konsert yang melalaikan tak kena tindakan tapi bawa anak-anak untuk perjuangan diambil tindakan. Ada patut??? Kepala hotak dia patuttttttt....