REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, May 28, 2013

AES Disambung Hadiah BN Untuk Rakyat

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

“Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan,” ujar Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Pada 22 September 2012, Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.

Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat guaman.

Peguam KASE dan JUHAM telah membantu pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di seluruh negara.

Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES.

Majoriti pengundi Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan bangganya atas slogan “BN Menang Rakyat Senang” Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian kepada kemalangan maut.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna.

Walau pun begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan.

Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.

Dalam masa yang sama KASE masih dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan berkaitan AES kepada masyarakat.

KASE berusaha memberikan bantuan kepada pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri dengan memilih AES.

~harakahdaily~

Sunday, May 26, 2013

Suara Rakyat 505 Berjalan Lancar

NONESelepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

11.45pm: Selepas tujuh jam, perhimpunan Suara Rakyat 505 berakhir dengan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.
Sebelum itu, pengacara Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, membayangkan terdapat perhimpunan yang jauh lebih besar sedang dirancang.

Sewaktu menutup majlis beliau menyeru orang ramai mendaftar diri sebagai relawan Suara Rakyat 505 di laman Facebook gerakan itu dan mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

"Rakyat akan bergerak ke pejabat SPR sehingga SPR dibubarkan," katanya.
NONE
11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata beberapa perancangan Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan.
Apapun, Anwar berkata, Pakatan tidak akan berputus asa dan BN-lah yang sepatutnya menerima kekalahan.

Menurutnya, White House mengucap tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syara pilihan raya mestilah bebas dan adil.

"Sebab itu SPR mesti letak jawatan sekarang! Sekarang! Sekarang!" katanya.

Beliau berkata Isnin adalah hari terakhir bagi orang ramai membuat laporan polis mengenai penipuan pilihan raya dan menggesa mereka berbuat demikian, terutamanya mengenai "dakwat kekal" yang boleh ditanggal.
"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya.

Beliau berkata, masih ada beberapa lagi perhimpunan Blackout 505 yang akan diadakan.

"Adakah kita teruskan atau berhenti di sini?" beliau bertanya orang ramai menjawab, "Teruskan!".

Beliau kemudian berjanji bahawa sebaramg gerakan rakyat akan dilakukan secara aman.

NONE11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.

Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.

Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.

Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.

NONE10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.
"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal.

"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.

"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.

"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.

"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.
NONE10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.

"Kita memerlukan rakyat membawa video ini ke kwasan pedalaman supaya saudara-saudara kita di kampung-kampung tahu mereka pun sudah ditipu," kata Haris.

10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.

"Jangan fikir dengan tangkapan ini kita akan takutkan rakyat. Rakyat tidak takut. Yang takut, yang panik bukan kami, bukan tokoh Pakatan Rakyat, bukan aktivis masyarakat.

"Yang paling takut adalah orang yang pegang kuasa tanpa legitimacy, orang yang pegang kuasa tapi tidak didokong oleh rakyat. itulah sebab mereka takut," tegas Tian.

NONE10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.

Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.

NONE9.45pm - MP Pandan Rafizi Ramli berkata tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya.

Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.

"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.

"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya.

Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0.

NONE9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.

9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.

9.20pm - MP Kuantan, Fuziah Salleh sedang bercakap sekarang dan katanya, gaji Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff tidak akan menjadi "halal" jika SPR terus mengabaikan pendapat orang ramai.

9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan (kanan) yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.

Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.

"Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya, Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya," disambut tepukan hadirin.


NONE
 
9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.

Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".

"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.

9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

NONE7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur.

7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.

"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.

Badrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:

1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.

Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.

NONE6.45pm - Aktivis pelajar KS Bawani, yang menjadi terkenal kerana ungkapan "Listen, listen, listen" yang turut berucap, menggesa hadirin supaya mengajak rakan-rakan dan saudara-mara mereka supaya menyertai perhimpunan untuk menegakkan hak rakyat.

6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.

6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan artis Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.

Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE
"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.

6.20pm:
Timbalan ketua menteri Pulau PInang Rashid Hasnor ketika berucap mendakwa Pakatan telahpun memenangi pilihan raya umum ke-13 apabila meraih 51 peratus undi popular.

"Walaupun kita tewas, tapi sebenarnya kita menang," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai agar terus menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Satu undi untuk Pakatan adalah satu undi bagi Anwar menjadi PM,katanya.

6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.

NONE5.45pm: Seorang wakil dari NGO menuntut bayaran Royalti minyak kepada Kelantan dalam ucapannya menggesa agar SPR diletakkan di bawah tanggungjawab parlimen dan bukannya di bawah jabatan perdana menteri.

"Kami, anak muda Malaysia, mahu pilihan raya umum diadakan semula," katanya.

NONE5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan.

"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm:
Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm:
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.

“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.

NONEMalah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah.

Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.

Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.

NONEDitanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.

Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.
"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.
Individu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.
azlan4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.

Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.
suara rakyat rally 2505134.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang.

Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.

Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.

Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar.

3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.

Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.

Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan.

Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.

Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon.

Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah.

~MK~

Thursday, May 23, 2013

SuaraRakyat505 Tetap Diteruskan Sabtu Ini

Chegubard membuat kenyataan selaku penggerak utama Perhimpunan SuaraRakyat505 untuk membantah keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan rejim haram UMporNO dan BumNgok. Chegubard kata kalau dia ditangkap sekalipun perhimpunan ini akan tetap diteruskan kerana yang hadir bukannya penyangak atau penyamun tetapi adalah rakyat daripada pelbagai lapisan dan pangkat.

Rakyat yang telah terbuka minda dari terus diperbodohkan oleh pemimpin UMporNO dan KERAjaan BumNgok akan hadir sebagai tanda protes sistem PRU13 yang ternyata penuh kepalsuan. Kalau dilihat dari mood rakyat yang hadir semasa ceramah-ceramah Pakatan seluruh negara menunjukkan undi popular yang menyebelahi Pakatan sebanyak 51% amat mudah untuk Pakatan memperoleh majoriti mudah.

Takkanlah mood rakyat cepat sangat bertukar semata-mata dapat pelbagai janji dicapati. Aku nak ceritalah dan rasanya korang pun tahu sangat pasal ceramah Pakatan dan UMporNO ni. Kalau ceramah UMporNO baik yang datang tu PM Murujib atau TPM Cik Din sekalipun yang hadir tu penduduk tempatan boleh dikira. Yang ramai tu datang dari mana ntah dengan bas-bas sewa untuk meramaikan majlis. Sebelum datang kena hulur RM30-RM50 baru join kalau tak pergi mampus.

Berbeza dengan ceramah Pakatan yang hadir tu rakyat biasa dari golongan tukang kebun, tok-tok imam sampailah kepada pekerjaan profesional yang duduk di atas rumput berlapikkan kasut atau surat khabar. Dah lah datang tanpa dibayar kena pula derma duit secara ikhlas untuk membiayai kempen pilihanraya. Kalau UMporNO dan KERAjaan BumNgok bolehlah pau dulu kot duit KERAjaan haram jadah UMporNO sebab Menteri Kewangan Murujib wal Rosmangkuk yang pegang.

Pelik sungguh aku rasa dah jadi PM atau TPM yang rasa-rasa aku tugas tu cukup berat dah. Ini tambah pula jawatan Menteri Kewangan atau Menteri Pelajaran. Huihhhhh korang rasa-rasa berapa gaji depa dua ni sebulan???? Dua jawatan sudah tentu dua gaji dua elaun brader...

Itu belum kira masyukkkkkk lagi.

Sebab tu kalau korang masih ingat Murujib pernah kata walau apapun terjadi Putrajaya akan tetap dipertahankan. Sebab apa??? Sebab takut jatuh ke tangan Pakatan dan segala penyelewengan dan skandal akan dibongkar kepada rakyat jelata. Biar semua rakyat tahu betapa hapraknya pemimpin-pemimpin UMporNO dan kroni-kroni pak menteri buat kerja. Memanglah depa bagi kat rakyat contohnya BR1M sorang RM500 atau RM250 tapi dekat bini dia dengan kroni dia depa sapu sorang berjuta-juta ringgit.

Duit Petronas duit KWSP duit LHDN sikit punya banyak rakyat bayar tapi ke mana duit tu pergi??? Inilah yang rakyat nak tahu... Bodohlah rakyat yang masih lagi bangang mengatakan UMporNO adalah parti yang menolong Melayu dan rakyat Malaysia. Memang depa tolong rakyat tapi ciput sangat pemberiannya sedangkan depa dapat berjuta-juta henggit korang tarak boleh baca ka??

Inilah sebabnya penipuan terus dilakukan oleh SPR untuk membantu KERAjaan BumNgok terus memerintah dengan kuku besi dan mahazalim mahaFiraun di Malaysia ini. Tak boleh mengundi dua kali sebab telah dicalit dengan dakwat yang kekal 5 minit tapi bila basuh hilang terus. Di bawa masuk Banglasia untuk mengundi pula. Dulu tak dengar sangat Banglasia ni ramai tapi bila ada yang kena tangkap kita boleh persoalkan kewibawaan SPR.

Memang Banglasia tu ada IC dan namanya dah disenaraikan dalam buku mengundi sebab tu lah rakyat nak kepastian takut adanya konspirasi untuk memenangkan juga UMporNO sebab rata-rata rakyat semua dah tolak Murujib wal Rosmangkuk. Bukan orang-orang Pakatan sahaja tak suka Rosmangkuk tu orang-orang dalam KERAjaan BumNgok pun tak suka juga. Yelah asyik bini dia jer yang pergi luar negara pergi shopping mengalahkan Menteri Luar. Ada hati pula nak mengaku First Lady dulu. Ha Ha Ha...

Dia ingat laki dia tu Presiden ke tak ada DYMM??? Kita ni ada Agong yang masih jadi Ketua Tertinggi Kerajaan Malaysia tau Bik Mama...

Takper kita failkan petisyen 27 kerusi semoga keputusan menyebelahi Pakatan kali ini. Kita sabar dan muhasabah serahkan kepada Allah. Mari semua kita ke perhimpunan Sabtu ini beramai-ramai.

Pemimpin Dan Aktivis Pembangkang Ditahan Sempena SuaraRakyat505

Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

NONEMenurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.

"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.

NONEBeliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.

Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.

Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.

Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

~MK~

Tuesday, May 21, 2013

UMporNO Sinonim Dengan HARAM JADAH

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang enggan mengulas lantikan lima anggota kabinet yang bukan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Marilah kita melihat ke hadapan...," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai yang dipertua dewan itu bagi penggal yang kedua.

Beliau diminta mengulas berhubung lantikan lima anggota kabinet yang bukan anggota Parlimen dan belum mengangkat sumpah sebagai senator.

Mereka yang dilantik: Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kwan (kedua-duanya menteri di Jabatan Perdana Menteri), serta tiga timbalan menteri, iaitu pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan) dan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (kementerian Wilayah Persekutuan).

~MK~

 "Saya akan membetulkan keadaan mengikut prosedur dan peraturan. Dan banyak lagi senator yang akan mengangkat sumpah di hadapan saya.

"Saya akan meneliti perkara tersebut," kata Abu Zahar lagi.

Kebabsahan lantikan kelima-lima mereka itu sebelum ini ditimbulkan oleh tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia dibuat secara haram kerana hanya wakil Dewan Rakyat dan senator boleh dilantik menyertai kabinet.

Majlis Kesyukuran Pakatan Di Pulau Pinang

penang save democracy rally 180513 anwar lim guan engWalaupun polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.

Penceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.

"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri
Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.

penang save democracy rally 180513 pakatan leaders"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.

penang save democracy rally 180513 01Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau
apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.

"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.

"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya.

~MK~

25 Mei Perhimpunan Bantah Keputusan PRU13

Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan menganjurkan "pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri" secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara,

Perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sekali gus, tegasnya, perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang akan hadir susulan mood rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.

"Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).

"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana kebangkitan rakyat.

Beliau juga berharap semua pihak termasuk pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan "perang saraf" yang dilakukan "pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat".
Badrul berkata perhimpunan itu menuntut tiga perkata antara lain mendesak supaya pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan serta merta kerana didakwanya gagal menguruskan pilihan raya dengan telus.

Sebaliknya, kata Badrul pihaknya mencadangkan supaya pemilihan anggota SPR yang baru berdasarkan persetujuan rakyat melalui pendengaran awam dan diletakkan suruhanjaya itu bawah kuasa Parlimen.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya diadakan pilihan raya semula di kawasan yang didakwanya terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada telah memaklumkan kepada pihak polis berhubung perhimpunan itu, Badrul Hisham yang mesra dipanggil 'Chegubard' berkata "itu semua dalam kawalan" dan beliau berharap rakyat akan hadir tanpa sebarang kerisauan.

Antara NGO dan parti politik yang menyokong himpunan tersebut adalah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

~MK~

Friday, May 17, 2013

Dapat Jawatan Menteri Dah Nak Halau Rakyat

Lantangnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru memegang jawatan Menteri Dalam Negeri terus mengeluarkan kenyatan cilaka yang meminta mana-mana rakyat Malaysia yang tak puas hati dengan kemenangan BumNgok supaya pergi ke negara lain. Dalam bahasa kesat dan kasarnya KORANG BOLEH BERAMBUS DARI SINI... Macam Malaysia ni bapak dia punya...

Tak kisahlah rakyat sokong ke tak sokong ke tapi kalau hang dah rasa UMporNO dan KERAjaan Haram Jadah BumNgok menang dengan majority mudah duduk diam-diam sudahlah. Ini macam budak-budak tadika main halau-halau orang pulak.

Lu apahal nak halau-halau rakyat Malaysia. Diikutkan undi popular rakyat Malaysia yang menyokong Anwar ialah 51% berbanding dengan Murujib UMporNO BumNgok iaitu 49% sahaja. Lu nak halau 51% rakyat Malaysia ni ke??? Nak halau ke mana??? Nak suruh pergi Bangla ke??? Supaya senang sikit yang pengundi-pengundi Banglasia jadi warganegara Malaysia pulak. Lama-lama jadi macam pencerobohan Lahad Datu bila dah buat projek IC pendatang dah mula buat kacau.

Murujib marah sebab UMporNO BumNgok menang kerana pertolongan dari Sabah dan Sarawak. Bukan dari Semenanjung kerana rata-rata rakyat Semenanjung dah buka mata tolak UMporNO BumNgok bulat-bulat. Walaupun menang tetapi majoriti amat sikit. Nak tutup malu Murujib kata Tsunami Cina.

Tak peliklah rakyat Malaysia kalau Menterinya pun mulut celupar tahap longkang mengeluarkan kenyataan bau sampah sebab PM Malaysia Murujib sendiri yang mula-mula keluar kenyataan dalam Utusex iaitu APA LAGI CINA MAHU? Alah orang tua-tua dulu kata bapa borek anak rintik. Tapi yang ni dah jadi GURU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI. Perbuatan lagi teruk...

Kalau mahu rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat diam sepatutnya Murujib dan Zahid perlu diam dan tidak rasis. UMporNO yang rasis dalam isu perkauman. Sepatutnya kalau dah menang tu buatlah kerja sebab dah bentuk kabinet. Lantaklah apa rakyat nak buat nak demo aman ke bukannya kacau KERAjaan BumNgok buat kerja pun.

Lu cakap macam cilakak la Zahid. Lu mesti minta ampun sama rakyat Malaysia la datuk seri...

Thursday, May 16, 2013

Perutusan Hari Guru Dari Dewan Pemuda PAS

Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik yang berada di seluruh negara. Segala persiapan untuk meraikan jasa mu para guru sebenarnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dicurahkan untuk mendidik anak bangsa. Malah sambutan ini juga merupakan satu peringatan kepada kita semua bahawa tanggungjawab mendidik itu tidak harus ditimpakan kepada warga guru semata-mata malah bebanannya merupakan suatu perkongsian sepanjang hayat kita.

Di sebalik kalungan bunga dan kata-kata pujian untuk warga pendidik hari ini, terdapat banyak cabaran struktural yang menghambat usaha untuk mengangkat martabat profesion perguruan. Usaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut memerlukan komitmen berterusan pihak kementerian yang nampaknya lebih gemar berslogan dengan janji-janji transformasi dikala warga guru mendambakan inisiatif sebenar.

Kontroversi perlaksanaan sistem PBS sebagai contohnya masih tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berwajib. Legasi permasalahan seperti isu penempatan guru yang memisahkan pasangan berkeluarga adalah sebenarnya satu bentuk kezaliman yang telah berlarutan sejak sekian lama. Sebagai pemerintah yang mengangkat dirinya sebagai kerajaan yang mendahulukan Rakyat, rentetan isu yang belum diselesaikan menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan cakna dengan kebajikan warga guru.

Sambutan Hari Guru kali ini juga berlangsung di dalam suasana politik yang rencam dengan persoalan perkauman. Mengambilkira keadaan ini, saya ingin mengajak warga guru untuk menyelami intipati sambutan Hari Guru ini dengan mengimbau sejarah gemilang warga pendidik terdahulu yang berjuang menuntut dan mengisi kemerdekaan serta gigih menyulam semangat perpaduan di antara kaum.

Lakukan pula satu muhasabah jujur mengenai peranan guru waktu ini dengan mengaplikasi piawaian Murabbi bagi melihat penambahbaikan yang perlu dilakukan demi manfaat generasi muda negara. Sudah tiba masanya bagi warga guru kembali mendepani cabaran nasional dan menjadi kompas moral masyarakat di dalam membina Malaysia yang lebih baik.

Untuk itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia beriltizam untuk terus mendokong usaha warga guru menjadi agen perubahan di dalam masyarakat dan akan melakukan segala yang terdaya untuk berjuang mengangkat taraf kebajikan dan profesion perguruan.

Selamat Hari Guru. Sesungguhnya kemurnian jasa dan pengorbanan para guru sekalian hanya Allah sahaja yang mampu membayarnya.

Dari anak muridmu,
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Kabinet 2013 Untuk Pertahanan Murujib Sebagai PM

 “Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Anwar.”

Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.

Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini  bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.

“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.

“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.

Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.

“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.

Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu.

"Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua negeri tersebut sebagai fixed deposit BN,” jawab sumber Umno itu.

Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet.

“Ego tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang ada pada mereka?

"Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan Islam,” terang sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya, “Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?”

“Ya. Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet.

"Dalam PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda berinternet tolak BN secara total.

"Lukislah sempadan macam mana pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan persempadanan semula,” tegas beliau sebelum telefon terputus.
~harakahdaily~

Tuesday, May 14, 2013

Kartun Pun Tak Iktiraf KERAjaan Haram Jadah UMporNO

NONESekumpulan kartunis diketuai Zunar mengancam tidak mengiktiraf Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri jika pilihan raya umum tidak diadakan semula dengan pemantauan badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau yang menubuhkan gerakan kartunis bagi memberi tekanan kepada kerajaan melalui kerja kreatif berkata, BN tidak layak dari segi perundangan untuk memerintah ekoran dakwaan penipuan pilihan raya.

Dikenali sebagai Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya (CAEF), mereka berpendapat, penipuan jelas kelihatan melalui angka undi popular yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 50.3 peratus berbanding BN yang hanya 46.8 peratus.

"Kami sedia bekerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara.

"CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama," kata Zunar.

Antara kartunis terlibat, Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Nor Azlin Ngah (Jonos) dan Johnny Ong.

CAEF akan dirasmikan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu ini di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

~MK~

Tan Sri Khalid MB Selangor Penggal Kedua

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.

Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

~Bernama~

27 Kerusi Parlimen Akan Disemak Semula Keputusannya

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli telah diberi kepercayaan oleh Pakatan Rakyat untuk mengetuai penyiasatan dakwaan penipuan PRU13 dan penipuan di 27 kerusi parlimen dan akan mengemukakan petisyen berhubung kes berkenaan tidak lama lagi.

Keputusan PRU13 yang lalu, KERAjaan Haram UMporNO telah memenangi dengan unsur-unsur penipuan sebanyak 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi. Bayangkan bagaimana pula kerusi Parlimen hanya menang dengan majority kecil sahaja kalau DUN tu lain ceritalah.

Daripada jumlah 27 kerusi itu, 19 merupakan kerusi yang ditandingi PKR manakala selebihnya oleh DAP dan PAS.

19 kerusi berkenaan, yang gagal dimenangi PKR dengan majoriti kecil, adalah – Baram, Pasir Gudang, Machang, Ketereh, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Muar, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan, Tebrau dan Saratok.

Kerusi yang gagal dimenangi DAP itu adalah adalah Bentong dan Labis manakala bagi PAS – Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa, Pulai, Kuala Kangsar dan Pendang.

Jika keputusan mahkamah terhadap 27 kerusi itu menyebelahi Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat boleh menubuhkan kerajaan rakyat yang baru dengan majoriti mudah. Namun sudah pasti jika Rafizi membawa kes ini ke mahkamah Murujib akan terus cuba mempertahankan KERAjaan Haram UMporNO dengan campur tangan.

Cakap berdegar-degar tak takut dan boleh terima jika mahkamah memutuskan Pakatan Rakyat menang. Kita tengoklah nanti. Apa yang kita nak ialah keputusan PRU13 ini adil bagi semua. Pakatan Rakyat tidak dapat apa-apa kalau kalah sekalipun tapi Murujib kena ingat jika menang itu satu bonus untuk rakyat.

TOLAK NAJIB
BUANG BN

Monday, May 13, 2013

MB Terengganu Marahkan Nyamuk Satu Kelambu Di Bakar

PAS menyesali kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa beliau tidak akan melantik Pegawai Pembangunan DUN (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan BN kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman berkata PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat 'tidak mengenang budi' BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain kecundang pada pilihan raya itu.

"Sepatutnya peruntukan kepada ADUN pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat.

Ariffin berkata demikian ketika mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang baru di Istana Maziah semalam.

Adun Alor Limbat itu turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana di kawasan yang dimenangi BN.

Ariffin berkata, ini menunjukkan diskriminasi dan kezaliman.

Di negara demokrasi, amalan sedemikian tidak wajar berlaku, kata beliau.

~Bernama~

Rakyat banjiri perhimpunan Black 505 di P Pinang

Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

penang black rally post-ge13 record crowd 4Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.
Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.

penang black rally post-ge13 record crowd 3Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.

Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap  perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".

Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus.
Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?
Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depan Utusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

penang black rally post-ge13 record crowd 7"Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya
sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno.

"Pilihan raya ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana "mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia".
"Mereka telah menipu sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

penang black rally post-ge13 record crowd 5Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam ke Batu Kawan dalam masa sehari.

Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin.

Beliau berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan sesiapa."

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah.

"Berbeza dengan apa yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25 peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular, apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal.

"Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin.

Ada yang beredar jam 3 pagi
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR.

"SPR kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam. Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama.

Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil.

Mat Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa berbuat demikian.

"Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu," katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'.

Kira-kira 10 pemimpin lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak meninggalkan perkarangan stadium itu.

~MK~

Sunday, May 12, 2013

Black505 Penuhi Stadium Di Pulau Pinang

Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.
Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.

~MK~

Friday, May 10, 2013

Black505 Bermula Esok

Selepas kejayaan 'menggelapkan' Stadium Kelana Jaya, Selangor dengan lautan manusia berbaju hitam yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, pembangkang kini merancang meluaskan kempen itu ke lebih banyak negeri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok, mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok), Ipoh (12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).

"PKR yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, perhimpunan yang dikenali "Black505" itu sebagai tanda penolakan terhadap dakwaan "penipuan pilihan raya" oleh Datuk Seri Najib Razak dengan pimpinan atasan SPR.

Beliau juga berkata, PKR menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya dan pasukan panel penyiasat yang diketuai beliau sendiri.

"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihan raya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Skop tugasan dan mekanismenya akan diumumkan esok.

~MK~

Terengganu Goyah Takut YB Lompat Parti

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno Terengganu memperkukuh kesatuan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Nasihat itu antara yang ditekan Najib, yang juga Presiden Umno, dalam pertemuan hampir dua jam dengan kesemua 17 wakil rakyat Umno Terengganu di ibu pejabat parti berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

"Perdana Menteri minta kita bersatu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat merebut kembali kerusi yang kita kalah," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas pertemuan itu.

BN Terengganu mengekalkan penguasaan di negeri itu dengan majoriti mudah apabila memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada isu pelantikan menteri besar turut disentuh pada pertemuan itu, Ahmad berkata perkara itu tidak dibincang.

Bagaimanapun, Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua berkata majlis angkat sumpah jawatan itu akan diadakan bersama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Difahamkan, pada pertemuan itu, semua wakil rakyat turut menyatakan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan di depan Najib.

~Bernama~

Pakatan Mula Melebarkan Sayap Ke Sarawak

BN menyalahkan pengundi Cina sebab banyak kawasan BN di bandar tumbang dalam Pilihanraya Umum ke13 tahun ini.

Walaupun BN memainkan isu Hudud tetapi pengundi Cina mempunyai matlamat hendak menukar kerajaan sekarang sebab itulah mereka bertekad untuk mengundi semua calon PR (Pakatan Rakyat) tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai contoh, majoriti pengundi Cina memberi sokongan padu kepada calon PAS di Sibuti tetapi kawasan Bumiputera masih lagi tetap setia dengan BN kecuali kawasan Dayak yang memang ada masalah tanah.

Antara faktor lain kekalahan calon PAS adalah pengundi kawasan pedalaman telah disogok dengan duit oleh pihak tertentu. Ada juga diantara mereka yang takut keluar mengundi calon PR sebab mereka takut dipulaukan oleh penduduk kampung yang kuat menyokong BN.

Selain dari isu-isu tersebut, ada sesetengah rumah panjang dan kampung melarang PR berkempen dalam kawasan mereka. Walaupun laporan polis dibuat tetapi mereka macam tidak ambil peduli akan tindakan yang akan diambil keatas mereka. Media massa seperti TV, Radio dan surat khabar semuanya berkempen untuk BN siang dan malam tanpa henti sehingga hari pengundian.

Risalah-risalah yang memburukkan dan memfitnah PAS disaat akhir juga bertebaran ke seluruh pelusuk kampung sehingga ada sesetengah penduduk terpengaruh dengan fitnah tersebut.
PR langsung tidak diberi peluang untuk memperjelaskan atau menerangkan hal sebenar kepada pengundi melalui TV, Radio dan surat khabar kecuali suratkhabar Cina yang lebih terbuka tetapi tidak dibaca atau difahami oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Surat khabar Cina lebih terbuka dari surat khabar Melayu yang langsung berkempen untuk BN sehingga orang Melayu dan Bumiputera tidak tahu menilai sesuatu berita sebab laporan yang berat sebelah. Kebanyakan pengundi Melayu lebih percaya kepada laporan berita dalam TV dan Radio  dari mendengar sendiri penjelasan dari pihak PR.

Oleh kerana orang Melayu dan Bumiputera yang kurang maklumat dan selalu disogok dengan berita yang berat sebelah setiap hari maka mereka tidak dapat menilai sesuatu berita dengan baik.

Apabila PR hendak mengadakan ceramah di kawasan penduduk Melayu ada pihak-pihak tertentu yang menyekat supaya orang Melayu jangan mendengar penjelasan dari pihak PR dan mereka lebih suka orang Melayu hidup di alam fantasi tanpa ilmu pengetahuan.

Kemenangan PR banyak mendapat sokongan dari masyarakat Cina yang banyak membaca perkembangan semasa tanpa sebarang sekatan. Orang Melayu dan Bumiputera banyak disogok dengan berita yang mengampu BN sehingga mereka tidak dapat menilai kebenaran berita yang mereka terima terkecuali orang Melayu yang terpelajar dan mereka yang menerima berita dari sumber lain seperti internet dan sebagainya.

Orang Cina yang banyak membaca isu-isu dan perkembangan semasa menyebabkan mereka berpengetahuan dan bijak memilih pemimpin untuk masa depan negara. Selagi orang Melayu dan Bumiputera bergantung hayat dengan subsidi kerajaan BN, selagi itulah BN akan terus memperhambakan bangsa Melayu dan Bumiputera.

Pertandingan yang tidak adil dan berat sebelah dalam Pilihanraya Umum di Malaysia boleh menghalang atau memandulkan demokrasi dalam negara ini.

Pihak pembangkang langsung tidak diberi ruang yang sama rata dengan BN di mana segala jentera kerajaan digunakan sesuka hati oleh pihak BN tanpa sebarang sekatan. Walaupun PR dapat membentuk kerajaan tetapi mereka berjuang bersama rakyat bukan dengan jentera kerajaan.

Inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan BN terus berkuasa sebab BN menggunakan duit untuk membeli undi di saat akhir hari pengundian.

Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli, penyokong dan pengundi PR dalam PRU13 ini yang banyak berkorban masa, tenaga dan membantu PAS sehingga ada diantara mereka yang menjadi mangsa kezaliman pihak tertentu kerana menyokong kita.

Kita akan pastikan agar segala janji-janji BN untuk rakyat ditepati dan jangan dikhianati. Pemimpin BN wajib menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Walaupun kita belum menang kali ini tetapi kita berkempen secara bermaruah tidak merasuah dan tidak mengugut pengundi untuk menyokong kita. Sepandai-pandai BN menipu rakyat, suatu hari nanti pasti akan jatuh juga ditangan rakyat.

~harakahdaily~

Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan

Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.

Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.

~harakahdaily~

Pengundi Cina Tolak BN Bukan Tolak Melayu

Sumber Umno muncul kembali memberitahu Harakahdaily bahawa rakyat dan ahli Umno terlupa mengenai kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terbesar pada Pilihan raya Umum ke-13.

 “Najib adalah Pengerusi BN Selangor. Negeri yang mencapai pencapaian terburuk untuk Umno dan BN ialah Selangor. Ramai terlupa hakikat ini setelah Najib main isu ‘Tsunami Cina’. Ini perkara sebenar yang ingin ditutup daripada ahli-ahli Umno dan rakyat,” kata sumber Umno itu.

Di PRU13, Pakatan Rakyat berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi Dun di Selangor, meningkat 10 kerusi berbanding 2008.

Najib sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kali mewar-warkan bahawa beliau akan berjaya memimpin BN menawan Selangor.

“Dulu saya dah bagitahu syarat untuk Najib kekal sebagai Presiden Umno. Satu BN dapat kembali 2/3 majoriti di parlimen. Kedua, BN gagal dapat 2/3 kerusi tapi Najib selaku pengerusi BN Selangor berjaya merampas kembali Selangor. Sekarang kedua-dua syarat ini gagal dicapai. Najib gagal syarat yang ditentukan Tun Mahathir,” kata sumber Umno itu.

Beliau turut memberitahu ‘Tsunami Cina’ – ungkapan yang dikeluarkan dari mulut Najib adalah strategi pertama untuk mempertahankan kerusi Presiden Umno.

“Najib mudah ditumbangkan. Yang susah ialah Rosmah. Tun paling pening mengenai hal ini. Dah lama Tun cuba turunkan Rosmah, tapi tak berjaya. Nantikan pemilihan parti Umno, ia akan jauh lebih menarik daripada PRU13,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily juga sempat bertanya apakah keputusan PRU13 kali ini, Umno telah membuat sesuatu untuk mengekalkan kemenangan.

“Semua orang yang nak tewas mesti akan lakukan sesuatu drastik. Di Malaysia, permainannya ialah mendapat kerusi terbanyak. Nak menang dalam PRU, kamu semua kena jaga proses pilihanraya sehinggalah keputusan diumumkan. Fikirlah di mana proses pilihanraya yang kamu semua tak jaga dengan baik selepas keluarnya Borang 14. Nasihat saya, latihlah polling agent mulai sekarang. Jangan last minute baru nak latih. Polling agent cekap boleh menjamin keputusan awal sama dengan keputusan akhir,” kata beliau sebelum telefon terputus.

~harakahdaily~

Datuk Salleh Man Kekal YDP Maipp

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man tidak kecewa kerana tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk penggal ini.

Katanya, semua hak perlantikan ditentukan oleh Ketua Menteri dan terserah kepada beliau untuk menentukan siapa yang layak menganggotai barisan exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru.

"Saya tidak kecewa sebaliknya rasa syukur dan akan menjalankan kerja seperti biasa. Kerja sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp) akan ditingkatkan sejajar perkembangan terkini," jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Melalui program Maipp tambahnya, pelbagai rancangan telah dan sedang diatur untuk memartabatkankan Islam.

Tambahnya, kepada exco yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dengan baik demi menjaga rakyat selain memberi perhatian kepada agenda kerajaan negeri.

~harakahdaily~

Kedua-dua kaki Ustaz Azizan selamat dibedah

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam tadi.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

“Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.

~harakahdaily~

Tan Sri Khalid Calon MB Selangor Paling Layak

PAS mahu anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP (masing-masing 15 kerusi), PAS membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan PAS Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat PAS dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada PAS Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya.

~Bernama~

TKM 1 Pulau Pinang Muka Baru


ADUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.

Rashid menggantikan bekas TKM I,  Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Rashid adalah seorang ahli lama PKR sejak zaman reformasi dan penglibatannya sebelum ini dalam Jemaah Islaah Malaysia akan membantu kerajaan yang diterajui DAP menangkis tentangan dari NGO yang pro-Umno, yang cenderung mengkritik kepimpinan kerana kurang perwakilan Melayu atau Islam.

NONEBeliau telah membuktikan kemampuan untuk mengekalkan
kerusinya di Perai itu dengan majoriti yang lebih tinggi  daripada 2008 (dari 5,176 kepada 7,959). Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.

Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.

PKR telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.

PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.

PKR sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo Kiang).

Abdul Malik dikekalkan dalam jawatan tersebut.

ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.

Portfolio ini sangat penting kerana isu-isu perumahan telah menarik perhatian dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dijangka menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya untuk menyediakan rumah kos sederhana dan mampu milik untuk rakyat.

Senarai ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di Dewan Sri Penang hari ini ialah:

1. Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan - Ketua Menteri, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) - sedia ada.

2. Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan - Timbalan Ketua Menteri 1, Rashid Hasnor (Pantai Jerejak) - baru.

3. Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi - Timbalan Ketua Menteri 11, P Ramasamy (Perai) - sedia ada.

4. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik - Chow Kon Yeow (Padang Kota) - sedia ada.

5. Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan - Lim Hock Seng (Bagan Lalang).

6. Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Abdul Malik Kassim (Batu Maung) - sedia ada.

7. Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) - baru.

8. Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Danny Law Heng Kiang (Batu Lanchang).

9. Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar - Phee Boon Poh (Sungai Puyu).

10. Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan - Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).

11. Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chong Eng (Padang Lalang) - baru.

~MK~

Thursday, May 9, 2013

Suara Rakyat Suara Keramat

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 10Perhimpunan Pakatan Rakyat malam tadi, yang pertama selepas pilihan raya umum berakhir Ahad lalu mencatatkan kehadiran lebih 120,000 orang ramai.
NONE
Dinamakan himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat', ia menghimpunkan orang ramai untuk mendengar amanat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya lalu yang didakwa sarat dengan penipuan dan perkara-perkara post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9yang meragukan.

Hujan renyai-renyai yang bermula sejak jam 7 petang dan berterusan hampir sepanjang malam tidak langsung merencatkan semangat orang ramai yang membanjiri Stadium Kelana Jaya seawal jam 6.30 petang.

Menginjak ke malam, semua post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 8laluan ke stadium sesak dengan kebanjiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berpakaian hitam sempena tema 'Black 505' - simbolik kepada tarikh keluar mengundi pada 5 Mei NONElalu.

Bermula daripada persimpangan keluar Lebuh Raya Persekutuan menuju ke Kelana Jaya, jalan raya sesak dengan kenderaan mereka yang terperangkap di atas jalan NONEmenuju ke arah stadium.

Situasi itu memaksa sebahagian peserta himpunan untuk meletak kenderaan mereka di tepi jalan Lebuh Raya Persekutuan dan berjalan kaki sejauh hampir lima kilometer untuk sampai ke stadium.

Di sebelah lagi NONEsatu, sebahagian peserta terpaksa meletak kenderaan mereka di stesen LRT Kelana Jaya NONEdan berjalan kaki sejauh dua kilometer ke arah stadium untuk hadir ke himpunan.

Di dalam stadium, semua tempat duduk serta padang dan ruang di tengah-tengah stadium dipenuhi orang ramai.

Padang yang lecak dan basah akibat hujan tidak menghalang peserta himpunan untuk melabuhkan punggung mereka bagi menanti kehadiran Anwar.

Satu setengah jam selepas majlis bermula, orang ramai masih berbondong-bondong bergerak memasuki stadium.

Dari luar sehinggalah ke dalam stadium, orang ramai bersorak dan melaungkan "Reformasi!", post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles"Ubah!" dan "Bersih! Bersih" dan meniup vuvuzela sepanjang himpunan berlangsung.

Ia sedikit sebanyak post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 2menenggelamkan ucapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang 'memanaskan' pentas pidato sementara menunggu ketibaan Anwar.

Sekitar 10 malam, Anwar tiba ke dalam stadium dan disambut dengan sorakan gemuruh dan laungan "Kami anak Malaysia!" oleh peserta himpunan.

Dalam ucapannya,  Anwar menegaskan setiap rakyat Malaysia mahu menuntut hak-hak mereka untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan mereka telah menolak BN dalam pilihan raya lalu.

Menyahut ucapan Anwar, orang ramai yang kini telah meningkat kepada 80,000 orang menjulangkan tangan ke udara sebagai tanda sokongan.

Menjelang lewat malam, Lebuh Raya Damansara Puchong yang merupakan lalu utama ke stadium menyaksikan sebahagian anak muda bersorak-sorak ke arah kenderaan yang lalulalang sambil memegang bendera PKR, PAS dan DAP di atas pembahagi lebuh raya.

Sorakan mereka disambut dengan lambaian dan bunyi hon dari pemandu-pemandu kenderaan.

Gelagat mereka dan kehadiran kenderaan dengan penumpang yang mengibar-ngibarkan bendera parti-parti Pakatan Rakyat di atas lebuh raya menjadikan suasana malam semalam seolah-olah keraian bagi merayakan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya yang lalu.

~MK~