REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 27, 2013

Kerana Keris Kontot Hisham UMporNO Binasa

MP Kluang Liew Chin Tong percaya masyarakat Cina berubah menjadi penyokong DAP sejak 2005 apabila naib presiden Umno pada waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda Umno.

Ketua biro pendidikan politik DAP itu berkata, beliau melihat bahawa masyarakat Cina kelas pertengahan menerima baik kepimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum peristiwa menimbulkan kontroversi.

Katanya, orang Cina pada masa itu tidak berasa terpinggir di bawah pentadbiran Mahathir dan turut menerima gagasan Wawasan 2020, sebelum peristiwa tersebut.

"Pada tahun 80-an dan 90-an, masyarakat Cina berpuas hati kerana kerajaan menyediakan saluran buat mereka. Konsepnya - jika mereka mampu bayar, mereka boleh dapat saluran TV, mereka dapat akses kepada pendidikan.

"Jika mampu, mereka boleh masuk ke universiti swasta dan mereka juga dapat menonton saluran Cina di Astro," katanya.

Umno kemudiannya berubah ke garis yang lebih kanan dan cakap-cakap perkauman juga tercetus pada waktu itu, kata Liew.

"Ia langkah yang kurang cerdik. Tiada gabungan parti politik dalam negara ini yang mampu memerintah tanpa memenangi hati semua kaum," katanya.

Perasaan tidak senang kaum bukan Melayu terhadap kerajaan katanya terus bersemi dari hari ke hari sejak peristiwa itu dan memuncak apabila mereka menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya tahun 2008, katanya lagi.

NONE"Terdapat usaha (dari perdana menteri) untuk membaiki perkara ini dengan konsep 1Malaysianya, namun ia akhirnya dilihat tidak lebih daripada usaha penjenamaan untuk barangan murah," tambahnya lagi.

"Sekarang ini, PAS pula dilihat lebih sederhana berbanding Umno," tambahnya.

Selain itu, Liew juga percaya gelombang perubahan citra politik belia Cina tidak hanya berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.

Menurutnya, ia mula berlaku sejak pilihan raya tahun 2008 lagi dan pilihan raya lalu menyaksikan mereka dari kumpulan umur lain turut beralih arah menyokong Pakatan.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock dan isu loji nadir bumi Lynas memberi kesan kepada kecenderungan politik orang Cina, di samping peranan besar yang dimainkan laman media sosial seperti Facebook.

"Sebelum ini, hanya orang lelaki yang berminat dalam perbincangan politik.

"Kini dengan Facebook, golongan wanita juga mengambil bahagian dalam perbincangan politik mengikut keselesaan mereka," katanya.

~MK~

Al-Fatehah Buat Allahyarham Namun Perjuangan Tetap Diteruskan

azlanSeorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.


Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.

"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai kawasan yang mencabar untuk dirampas pembangkang, sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata ini kerana DUN tersebut telah dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang besar iaitu 2,434 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lepas.

"(DUN Kuala Besut) benar-benar kawasan yang kritikal dan mencabar bagi satu pilihan raya kecil kerana majoriti yang diperoleh BN agak besar. Bagaimanapun, kawasan itu juga besar bagi PAS, jadi kita akan sokong calon PAS.

"PAS akan bermesyuarat segera untuk menentukan siapa yang akan bertanding (di DUN itu)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.

-Bernama

Dakwat Palsu Pembekal Pun Macam Kayu

Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.
“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada satu syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana – malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut.

MP Pandan tersebut berkata demikian susulan celahan oleh Anthony Loke (DAP-Seremban) yang membangkitkan mengenai satu jawapan menteri bahawa suruhanjaya itu tidak boleh menamakan pembekal dakwat berkenaan atas sebab keselamatan.

~MK~

Guna Dakwat Celup Pen Marker Lagi Murah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

NONE"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".

NONETulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.

Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.

"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.
"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya.

~MK~

Transformasi Ke Arah Menjadi Menteri Ada Ijazah Palsu

DAP mendakwa dua menteri kabinet memiliki sijil ijazah yang palsu. MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari "kilang ijazah" di Preston dan Wyoming, Amerika Syarikat.

"Adakah ini transformasi apabila ada dua menteri yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap  pembangunan modal insan dalam negara kita?

"Ia sangat mengecewakan kerana pada hari pertama Parlimen bersidang, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik dua menteri yang memiliki ijazah palsu daripada institusi yang menjadi pengilang ijazah," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Ong mendakwa, seorang dari menteri tersebut memiliki ijazah bacelor dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Preston University.

Katanya, beliau tidak menemui apa-apa laman web yang dimiliki Chartered Institute of Business Administration Ireland.

Preston Universiti pula sememangnya dikenali sebagai universiti yang palsu, dakwanya.
Seorang lagi menteri berkenaan, dakwanya memiliki ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Golden State University di Wyoming.

Menteri tersebut juga memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Terbuka Komanwel yang berpusat di kepulauan Virgin, dalam jajahan Britain, dakwanya.

"Kedua-dua institusi ini disenaraikan sebagai universiti yang tidak tidak bertauliah dan ijazah yang tidah sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine," katanya.

Sehubungan itu, Ong berkata, kedua-dua menteri tersebut perlu meletakkan jawatan bagi melindungi integriti dan kredibiliti kabinet yang diketuai oleh Najib.

~MK~

Polis Tak Boleh Jadi Samseng Macam Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata berdasarkan statistik dari tahun 2000 hingga Mei tahun ini, seramai 231 kes kematian dalam tahanan telah direkodkan.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata seramai 196 kematian dalam tahanan adalah disebabkan penyakit antaranya HIV, asma dan sakit jantung.

Manakala, seramai 29 kematian disebabkan gantung diri dan dua kematian akibat pergaduhan sesama sendiri dan tergelincir di dalam lokap serta dua lagi kematian akibat dicederakan oleh pihak polis, tambahnya.

"Kematian yang disyaki oleh perbuatan pegawai hanya dua, yang lain adalah disebabkan kematian akibat penyakit yang ada pada mereka... 196 orang yang mati adalah disebabkan penyakit. Adakah ini disebabkan oleh keganasan polis? Tidak begitu," katanya.

Menurutnya, berdasarkan statistik kematian itu juga, seramai 97 orang terdiri daripada bangsa Melayu, 49 (Cina), 51 (India), 25 warga asing dan sembilan lagi daripada lain-lain bangsa.

Beliau yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata demikian di Dewan Rakyat mempunyai rekod samseng seperti di bawah:

Pada 4 Julai 2007,  ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, 
memfailkan saman mendakwa bahawa beliau telah dipukul 
dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.

Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan 
peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, 
dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, 
Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.


APA SEBENARNYA BERLAKU?

Ini adalah percintaan antara Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap Amir Bazli Abdullah.

Percintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi.


Berikut adalah laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima.

Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa.



1. Saya telah menyertai konvoi “Big Biker” pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya;


2. Pada masa tersebut, saya tidak mengenali anak defendan bernama Nurul Hidayah tersebut ataupun anak kecilnya;

3. Saya hanya mula mengenali Nurulhidayah pada sekitar bulan September 2005 dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pun bercerai dengan suaminya di sebuah cafe bermana “saloma” di Kuala Lumpur.

4. Selepas itu saya dengan NurulHidayah telah menjalinkan satu perhubungan di mana Nurulhidayah telah pun memaklumkan bahawa beliau telah pun jatuh cinta dengan saya;

5. Nurulhidayah telah pun dengan sendiri bercadang ke Kota Bharu dengan saya secara rela pada bulan Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut;

6. Justeru itu, Nurulhidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa sebuah rumah pangsa di Kajang seperti yang dinayatakn di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut dan saya telah pun berbuat demikian pada bulan November 2005 di mana Nurulhidayah dengan sendirinya telah menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebut sebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai aksibit “AB-1”

7. Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di Kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya;
Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama Dato’ Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam “Karpal Singh and Company” kerana kes laporan polis terhadap jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum diselesaikan oleh polis.

Tuntutan dalam writ saman Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulanAmir Bazli Ahmad dan pembabitan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.2006
1. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telahmengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang.

2. Apabila dibawa ke kelab rekreasi tersebut, plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah melihat Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan agen dan pekerja Defendan (Dato Ahmad Zahid Hamidi).

3. Plaintif plid (maklum) bahawa apabila beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah menumbuk plaintiff dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah.

4. Plaintif juga plid (maklum) bahawa akibat daripada tumbukan daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) tersebut, mata kiri plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.

5. Setelah menerima tumbukan pertama daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) yang berada di sana telah mula memukul plaintif bersama-sama dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi)

6. Plaintif memplid (maklum) bahawa Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan/atau agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mendatangkan kecederaan teruk kepada bahagian muka plaintif (Amir Bazli Abdullah) dengan sebuah objek keras.

7. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) berulang kali apabila berkata kepada plaintif (Amir Basli Abdullah“kau akan ditanam”

8. Agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bernama Hisham di bawah arahan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau” 
9. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan atau agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengurung plaintif (Amir Bazli Abdullah) secara tidak sah di kediaman defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangorsehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.
Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa Amir Bazli Abdullah akibat di pukul.

Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh Amir Bazli Abdullah atas perbuatan Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam writ saman Amir Bazli Abdullah, berikut adalah kecederaan yang di alami oleh beliau:
1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE danNASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUM 

2. Plaintif telah mengalami MULTIPLE FACIAL BONE FRACTURES WITH LEFT SUPERIOR OBLIQUE AND SUPERIOR RECTUS MUSCLE INVOLVEMENT

3. Plaintif telah mengalami TRAUMATIC SUBCONJUNCTIONAL HEMORRHAGE di sebelah kiri mukanya dan DEPRESSED FRONTAL BONE FRACTURE

4. Plaintif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelas cacat.


Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidupterhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah:




Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.
 
~erapasca~

Salah Cerita Lain Mati Cerita Lain

Keluarga mendiang A Kugan seorang tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009 – hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM801,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini ketua polis negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk ketua polis negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defenden.

~MK~