REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, October 29, 2013

Membazir Gila PM dan TPM Ni

Rumah aku bila sampai bil elektrik dalam RM100 mau terkejut beruk. Mulalah nak marah anak-anak asyik membazir elektrik. Bukak lampu sana sini, bukak tv tapi tak tengok. Mandi berjam-jam. Ingat semua FREE ka???

Pening kepala aku dengan bini aku nak merancang perbelanjaan rumah. Yelah gaji bukannya mahal. Tak kiralah kerja swasta ke kakitangan awam ke kerja sendiri ke semua tu memerlukan DUIT untuk dibayar kepada pihak berkenaan. Kalau tak bayar bil api mau kena potong bergelap siang malam.

Bila pembentangan bajet setiap tahun Murujib suruh rakyat berjimat. Pirahhh mabukkkk. Kalau aku mencarut mau kena hantam balik dengan macai-macai UMporNO. Tapi barua-barua tu pun tak sedar yang depa pun kena bayar juga bil-bil api dengan air.

Walau tegar manapun mangkuk-mangkuk ni menyokong UMporNO dan BumNgok bila sampai bab bil mesti kena bayar. Orang kata pandai guna pandailah bayar kan... Betul tak dan itu aku sokong 100%.

Yang aku tak sokong 100% ialah bila PM 1Malaysia menggunakan kesempatan dengan keluarganya menggunakan duit rakyat sehingga melampaui batas. Dahlah pergi ke luar Negara duduk hotel yang gila babi punya class. Tapi kira OKlah nanti malu pula Rosmangkuk tu yang pernah mengaku First Lady Malaysia dengan bini-bini ketua Negara luar kalau duduk hotel bajet kan.

Shopping lagi guna duit rakyat. Bawa anak-anak pula guna duit rakyat lagi. Tapi rakyat tak pernah merungut langsung sebab tak nampak yang rakyat hulur duit bagi pada Murujib tapi melalui potongan cukai. Kalau pakat hulur duit sorang RM50 kat tangan Murujib mau kena penyepak aku rasa.

Bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke yang jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012 manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut memang aku terkejut. Aku rasa bukan aku sorang saja kot. Biawak yang dengar pun boleh mati pucuk dibuatnya.

Kediaman rasmi Muhyiddin pula sebanyak RM865,458.56 telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran bil elektrik pada tahun yang sama manakala sebanyak RM99,264.03 dibelanjakan untuk pembayaran bil air sepanjang tahun 2012 memang menyakitkan hati rakyat yang sedang tenat ni ditambah dengan cukai GST lagi.

Bayangkanlah kalau sehari caj elektrik sampai beribu-ribu ringgit Murujib dan Cik Den tengok berapa tv??? Ekon pasang sampai dapur, bilik mandi ke??? Guna air mandi apa sampai beribu-ribu ringgit sehari??? Angkat hadas kecil hadas besar apa banyak sangat guna air??? Mentang-mentanglah bukan hangpa yang bayar tapi janganlah sampai membazir tahap setan laknatullah tu.

Kalau rakyat dah mengamuk suruh bayar sendiri sanggup ke nak bayar??? Itu pun rakyat yang menyokong UMporNO dan BumNgok tetap bangang selamanya selagi masih termakan dengan janji dicapati UMporNO tu.

~MK~

Saturday, October 26, 2013

Rakyat Terus Diperbodohkan oleh UMporNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 semalam yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

~MK~

Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.

Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai hari ini.

"Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat," katanya ditemui di lobi Parlimen.

Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600.

~harakahdaily~

GST rompak duit rakyat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Memorandum tersebut diserahkan di hadapan laluan masuk ke Parlimen, dalam masa yang sama lebih seratus orang hadir berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang dijangkakan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perbentangan Bajet 2014.

Mahfuz dalam ucapan ringkas beliau menjelaskan pelaksanaan GST adalah satu yang tidak wajar dalam keadaan sekarang apabila rakyat dilihat berada dalam kesempitan ekonomi yang teruk.

Katanya lagi, jika kerajaan masih lagi berkeras untuk melaksanakan GST ia dilihat sebagai merompak duit rakyat tanpa kerelaan mereka.

"Saya melihat dalam keadaan rakyat yang terhimpin dengan keadaan ekonomi yang amat teruk selain kenaikan harga barang pelaksanaan GST ini adalah tidak wajar sama sekali.

"Dalam pada itu pelaksanaan GST ini juga umpama kita merompak duit rakyat tanpa kerelaan mereka, duit rakyat diambil tanpa mereka sedar," ucapnya.

Mahfuz yang menegaskan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus berbahas bagi menentang pelaksanaan GST jika kerajaan menyatakan hasrat mereka untuk melaksanakannya.

Beliau yang turut berterima kasih kepada Pemuda PAS yang menganjurkan himpunan aman sebagai isyarat membantah pelaksanaannya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang turut berucap bahawa GST ini tidak perlu dilaksanakan jika kerajaan berbelanja dengan lebih berhemah.

Jelasnya, kerana terlalu banyak ketirisan dan penyelewangan berlaku dalam perbelanjaan sekarang sehinggakan kerajaan terpaksa mengambil duit rakyat untuk menampung ketirisan tersebut.

"Bagi saya cukup jelas jika kerajaan dapat berbelanja dengan lebih berhemah, dapat mengawal ketirisan maka GST ini tidak perlu dilaksanakan.

"Tetapi sekarang ketirisan terus berlaku, wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dan sebagai usaha untuk menampung ketirisan tersebut maka kerajaan mahu melaksanakannya bagi mengembalikan wang yang telah dibazirkan," ucap beliau.

Beliau yang turut menggesa agar kerajaan membatalkan hasrat pelaksanaan GST kerana tidak mahu rakyat yang berpendapatan rendah terus dibebani dengan pelbagai cukai.

Himpunan aman tersebut berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang kekacauan.

~harakahdaily~

Bajet 2014 tambah beban rakyat

Pengumuman Bajet 2014 amat menyedihkan rakyat kerana bukan sahaja terbeban dengan kenaikan harga barangan tetapi ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, kerajaan BN tidak wajar melaksanakan GST dalam keadaan rakyat masih belum bersedia untuk menanggung bebanan tersebut.

Beliau menyelar pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadikan negara-negara maju telah melaksanakan GST.

"Negara-negara maju yang telah melaksanakan GST pendapatan rakyat mereka tinggi contohnya Singapura. Berbanding kedudukan ekonomi rakyat kita yang rendah dan masih berada di paras kemiskinan," katanya.  

Menurut beliau, apabila kerajaan BN melaksanakan GST kesan cukup besar kepada penduduk kampung dan orang miskin sebab apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat.

Di samping itu katanya, apabila kerajaan mansuhkan subsidi gula 34 sen maka ia akan memberi kesan kepada industri makanan khususnya penjual makanan di gerai-gerai kecil iaitu tempat orang miskin mencari pendapatan.

Tambah beliau, BR1M sebanyak RM600 tidak berbaloi dengan bebanan kehidupan rakyat kerana terpaksa menanggung setiap hari dan setiap tahun sedangkan pemberian BR1M hanya setahun sekali.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, bajet kali ini sangat hiba kerana menambahkan bebanan kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menegaskan Pakatan Rakyat tidak menyokong pelaksanaan GST sehingga pendapatan rakyat mencapai tahap yang tinggi.

Menurut beliau, jika kerajaan BN mahu melaksanakan GST sebanyak 6 peratus  ia mesti meningkatkan kadar pendapatan rakyat dahulu dengan pengagihan hasil yang banyak.

"Kita tidak sokong perlaksanaan GST sehingga pendapatan rakyat tinggi," katanya ketika ditemui di luar Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan Bajet 2014 yang dibentangkan  masih menunjukkan cara strategi Bajet kerajaan BN pada tahap yang lama.

"Salah satu perkara yang akan saya cadangkan nanti, kerajaan perlu mengkaji bagaimana kos pentadbiran dan birokrasi dapat dikurangkan," katanya.

Ini kerana tambah beliau, setiap tahun terdapat kenaikan perbelanjaan yang tidak menunjukkan satu hasil yang meningkat.

Justeru tegasnya, kerajaan perlu mengkaji semula bagaimana bukan sahaja hasil mesti ditingkatkan tetapi kos cuba disekat daripada kenaikan yang tinggi.

~harakahdaily~

Bajet 2014 untuk orang kaya, miskin papa kedana

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen semalam adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST.

Katanya, dengan adanya cukai itu, beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

“Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam satu kenyatan, sebagaimana di bawah.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen semalam adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.

Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia-sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara-negara tersebut.

Bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST. Dengan adanya cukai ini, beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat.

Majoriti rakyat tidak akan dapat memanfaatkan GST dengan penjimatan ataupun pelaburan seperti golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Ini akan mewujudkan jurang yang lebih nyata dan menyebabkan ketidakadilan sosial yang lebih berpanjangan.

Jika belanjawan tahun lalu adalah belanjawan rakyat disebabkan pilihanraya bulan Mei lalu, maka yang ini merupakan belanjawan orang kaya kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional merasakan ia sudah tidak lagi terhutang budi kepada rakyat.

Mereka lewatkan GST kerana mereka tahu rakyat akan membantah dan kini selepas pilihan raya mereka melaksanakannya. Maka Belanjawan 2014 ini hanya akan melebarkan kesenjangan ekonomi rakyat. Jurang kaya - miskin, gini - coefficient rakyat akan terus meluas.

Selain itu, saya meramalkan tekanan inflasi yang bakal menimbun serta kos sara hidup yang kian meningkat.

Dorongan untuk memacu sektor pelancongan, dengan membina lebih banyak hotel bertaraf lima bintang dan bersaing dengan dunia untuk memiliki bandar terhebat tidak memberi kelebihan dan kemakmuran kepada rakyat.

Di mana usaha Kerajaan untuk merendahkan kos pengangkutan atau memperbaiki pengangkutan awam ? Tidak ada disebut tentang perumahan mampu milik. Malah program kesihatan rakyat terus diabaikan.

Meskipun peruntukan yang diumumkan amat substansial, namun yang masih menjadi permasalahan adalah pengagihan dan penggunaan dana tersebut. Perbelanjaan negara tahun lalu tentang latihan Bahasa Inggeris sahaja sudah cukup menjadi contoh bagaimana pembaziran berlaku.

Dana keusahawanan melalui pinjaman mudah bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan hanya akan menjurus kepada nilai hutang yang semakin memuncak. Apa yang diperlukan oleh graduan-graduan ini adalah kemahiran 'soft skill' dan lebih banyak latihan kemahiran dan teknikal untuk meningkatkan kebolehan mereka diambil bekerja, bukan hutang yang lebih banyak.

Cadangan untuk memberi dana kepada pelajar lepasan SPM untuk latihan kemahiran adalah baik dari segi prinsip, akan tetapi yang lebih signifikan adalah soal pelaksanaan serta pengkhususan di lapangan.

Kita semua setuju bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan, tetapi memeras lebih banyak wang daripada rakyat bukanlah caranya. Masalah asas adalah soal ketirisan, pembaziran dan rasuah.

Dengan menangani masalah ini secara tidak komprehensif, kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak akan berkesudahan. Masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan hanya mengutip cukai sebanyaknya.

~harakahdaily~

Mana janji BR1M RM1,000 dulu?

Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,” kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
NONESaya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.

Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.

GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.

Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP
Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.

Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.
Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.

Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.

Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS
GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?

Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:
Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.

Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali.

~MK~

Friday, October 25, 2013

Tubuhkan Jawatankuasa Pengawasan Parlimen semak belanja pertahanan

Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Kira-kira Pertahanan atau Jawatankuasa Pengawasan Parlimen yang bersifat dua pihak bagi menyemak perbelanjaan pertahanan.

Belanjawan Alternatif PR 2014 menyifatkan kerajaan memperuntukkan RM23 billion untuk pertahanan dan keselamatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, dalam Bajet 2013.
Dengan penubuhan jawatan kuasa itu, PR menganggarkan penjimatan hampir RM3.5 bilion untuk sektor pertahanan dan keselamatan.

Pembentangan belanjawan berkenaan juga memperlihatkan tidak ada pengawasan khas ke atas pembelian dan perolehan pertahanan. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara juga hanya menyelia semua jenis perbelanjaan lain kerajaan yang tidak diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Pakatan Rakyat menegaskan bahawa proses perolehan termasuk jawatankuasa pembuat keputusan perlu terdiri daripada ahli parti pemerintah dan pembangkang melalui perundingan dengan kumpulan pakar awam.

Rundingan itu perlu untuk mengelak potensi amalan rasuah dan pembelian peralatan ‘tidak perlu’ yang tidak strategik terutama jika mengambil kira Persefahaman Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Belanjawan berkenaan turut memberi contoh berkenaan prospek serangan tentera konvensional di Malaysia sudah berkurangan di bawah FPDA yang tidak menjadi jaminan bagi pembelian peralatan baru tertentu untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang yang boleh menjimatkan ringgit wang rakyat.

Penjimatan itu dilihat boleh digunakan untuk pembangunan dalaman dan penyelidikan pertahanan supaya tidak bergantung kepada peralatan tentera asing.

Satu lagi potensi penjimatan adalah dengan menggunakan pakar pertahanan awam yang boleh memberi pandangan berguna dalam teknologi pertahanan dan peralatan terkini, memaksimumkan strategi taktikal dan penggunaan sumber modal.

-NFN-

Bajet Barang Naik vs Bajet Penjimatan Ringgit


Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan Belanjawan Alternatif mereka dengan keyakinan akan dapat mengurangkan 10 peratus perbelanjaan pengurusan tanpa penyertaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikatakan bakal membebankan rakyat.

Berteraskan tema "Mempertahankan Kepentingan Rakyat Dalam Mengharungi Gelombang", Belanjawan Alternatif PR itu turut mensasarkan penjimatan RM30 bilion setahun melalui langkah penjimatan dan pengurusan berhemah.

"Bajet PR akan beri penjimatan ringgit dan bukan kenaikan harga," kata Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang media di Parlimen, hari ini.

"Mungkin kerajaan akan naikkan kadar GST sehingga tujuh peratus dalam masa beberapa tahun sahaja jika dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, PR tetap dengan pendirian tidak akan memperkenalkan GST dalam tempoh terdekat memandangkan hanya sebilangan kecil daripada rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan individu.

"Pelaksanaan GST masih belum sesuai kerana hanya kira-kira 1.8 juta membayar cukai. Jika ia tetap dilaksanakan, seramai 29 juta rakyat Malaysia akan membayar GST," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media sama.

"GST ini cukai 'regressive’,” katanya.
 
~omakkau~

Pakatan fokus pertahan hak rakyat dalam bajet 2014

PC PakatanRingkasan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 yang diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam memberi fokus kepada tiga teras utama.

Tiga teras itu adalah pengukuhan kedudukan fiskal dan pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi seimbang, inklusif dan mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Menurut Anwar, belanjawan alternatif itu menumpukan kepada usaha reformasi fiskal untuk memastikan defisit berada pada kadar 3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan belanjawan pada 2018.
Berikut ringkasan belanjawan tersebut:

Ramalan ekonomi

- Ekonomi global 2014 diramalkan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), Bank Dunia (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%). Namun realiti ekonomi global agak tidak menentu
i. Ketidaktentuan permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat
ii. Kemelesetan ekonomi di Eropah disebabkan langkah-langkah penjimatan
iii. Prestasi ekonomi China kurang memberangsangkan dan kelembapan ekonomi India

Anggaran pertumbuhan

- Pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.

Anggaran Defisit

- Defisit negara untuk 2014 pada RM 34 bilion bersamaan kadar 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pendapatan/perbelanjaan negara
i. Anggaran pendapatan negara RM 228 bilion
ii. Anggaran perbelanjaan negara RM 262 bilion
iii. Anggaran KDNK RM 1,055 bilion

Belanjawan Alternatif Pakatan manifestasi kepedulian kepada rakyat

fariz musaJingga 13 Malaysia menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng serta Datuk Kamaruddin Jaafar yang ternyata merupakan ‘Belanjawan Kepedulian Rakyat’ serta mampu mengangkat ekonomi negara, mengurangkan defisit dan bersifat realistik.

Beberapa cadangan dalam belanjawan tersebut membuktikan konsisten Pakatan Rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat serta mengutamakan kebajikan sebagai teras utama ke arah penambaikan tatakelola pengurusan kewangan negara bagi merakyatkan ekonomi ke arah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Ketirisan, pembaziran, penyelewengan, rasuah dan kegagalan transformsi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Menteri Kewangan dapat dilihat setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan. Defisit dan hutang negara yang semakin meningkat memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan rakyat terpaksa menanggung hasil daripada kebobrokan yang diamalkan oleh Kerajaan Umno BN.

Jingga 13 Malaysia menyambut baik langkah mengkaji semula serta menangguhkan Program Khidmat Negara yang tidak menampakkan kejayaan yang membanggakan melalui program tersebut malah tidak ada satu kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan keberhasilan dari program yang setiap tahun menelan belanja RM800 juta.

Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun bagaikan ‘mencurah air di daun keladi’. Kerajaan Umno BN sehingga kini gagal menangani,membendung dan memperbaiki agar wang rakyat benar-benar digunakan secara berhemat.

Langkah tegas dalam Belanjawan Alternatif PR bagi memastikan tindakan tegas terhadap salahlaku, pembaziran dan penyelewengan oleh kementerian yang terlibat membuktikan betapa serius Pakatan Rakyat dalam memastikan tatakelola kewangan negara diuruskan  dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.

Langkah meningkat dan menghargai wanita secara khusus oleh Pakatan Rakyat mampu mengangkat martabat wanita. Langkah memberikan elaun RM1,200 setahun kepada wanita bekerja serta penyediaan peruntukan RM3 billion untuk Skim Caruman Wanita Nasional adalah membuktikan wanita dihargai.

Jingga 13 menyokong langkah meningkatkan mutu PERKESO supaya lebih bersifat prihatin terhadap pekerja-pekerja Malaysia agar dapat dilindungi 24jam khusus kepada pekerja berpendapatan rendah melalui skim insuran 24jam yang melibatkan di luar waktu bekerja . Satu langkah keperihatinan yang sangat bermakna kepada seluruh warga pekerja Malaysia.

Belanjawan Alternatif PR adalah satu manisfestasi ‘Kepedulian Rakyat’ yang sangat efektif dan kondusif untuk rakyat Malaysia.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar

viewerBelanjawan 2014 Pakatan Rakyat mensasarkan hasil kerajaan dipertingkatkan kepada RM226.7 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM218.3 bilion tahun ini, dan nisbah defisit kepada KDNK dikurangkan kepada 3.2% pada tahun 2014 daripada 4.6% tahun.

Pakatan Rakyat percaya sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan pentadbiran telus, bertanggungjawab dan berintegriti, nescaya dapat diwujudkan persekitaran ekonomi yang berdaya saing dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan rakyat secara amnya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat di Parlimen pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mewakili Parti Keadilan Rakyat menegaskan bahawa, Pakatan Rakyat mempunyai satu resipi bukan rahsia yang mudah akan tetapi BN tiada langsung iaitu komitmen politik.

“Satu komitmen politik untuk mencapai ketirisan, pembaziran dan rasuah sifar. Ini adalah antara sebab utama mengapa kita boleh mempunyai sasaran konsolidasi fiskal yang lebih mampan daripada BN, dan ini telah pun terbukti di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan”.

Dalam Belanjawan 2014 yang bertemakan “Mempertahankan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang”, Pakatan Rakyat mensasarkan pengurangan sebanyak 10 % bagi semua semua bekalan dan perkhidmatan daripada perbelanjaan operasi di mana kerajaan persekutuan boleh merealisasikan penjimatan tahunan sebanyak RM10 hingga 15 bilion, berbanding dengan pembaziran di bawah pengurusan BN dianggarkan RM30 hingga RM40 bilion setahun.

Pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menggariskan empat teras utama yakni: 1) Memperkukuhkan Kedudukan Fiskal dan Memperkasa Kewangan Awam; 2) Mempertingkatkan Kesejahteraan dan Kualiti Kehidupan Rakyat – Agenda Sebuah Negara Berkebajikan; 3) Memastikan Pembangunan Ekonomi yang Lebih Seimbang, Inklusif dan Mampan; dan 4) Merungkai Potensi Sebenar dan Mempertingkatkan Daya Saing Jangka Panjang Negara.

bajetPakatan Rakyat berpendirian bahawa GST merupakan cukai regresif di mana sebagai peratusan pendapatan, golongan berpendatapan rendah terpaksa membayar cukai lebih tinggi daripada golongan  berpendapatan tinggi; maka golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan akan menanggung beban cukai yang lebih tinggi berbanding yang kaya.

“Sebaliknya, Belanjawan Pakatan Rakyat memberi penekanan kepada Penjimatan Ringgit (PR) dan bukan kenaikkan harga. Program-program yang merugikan rakyat seperti Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang menelan belanja tahunan RM800 juta dan juga Program Susu 1Malaysia yang menelan belanja sebanyak RM170 juta harus dihapuskan. Maka Pakatan Rakyat menolak sepenuhnya pengenalan GST,” ujar Anthony Loke yang mewakili DAP.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga bercadang untuk menambah bilangan pembayar cukai dengan mempertingkatkan pendapatan rakyat dan tenaga kerja terutamanya di kalangan orang muda sebagai salah satu mekanisme penjanaan hasil yang lebih tuntas.

Untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat, Pakatan Rakyat mengusulkan pengurangan kos sara hidup dengan mengawal harga bahan makanan, rumah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan produk farmasi, dan utiliti.

“Kami mencadangkan langkah-langkah yang praktikal dalam menangani kos hidup yang tinggi dan menekan rakyat secara keseluruhan; dalam masa yang sama tidak memberi bebanan tinggi kepada kerajaan dan tidak memberi impak negatif kepada industri atau sektor itu sendiri,” kata wakil PAS Khalid Samad.

Dalam komitmen memastikan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan inklusif, Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat memberi penekanan untuk merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar seperti pengenalan Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak; Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak seperti semakan semula Dasar Kabotaj, meningkatkan akses kepada utiliti dan pendidikan di kawasan pedalaman, dan menyegerakan pembinaan dan penaiktarafan jalan raya terutamanya Lebuhraya Pan-Borneo.

Pakatan Rakyat juga komited untuk menggalakan lebih penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dan kepimpinan seperti penubuhan Dana Sumbangan Wanita Malaysia; golongan OKU bakal menerima kenaikkan elaun sara hidup kepada RM500 sebulan bagi OKU yang bekerja dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,200 dan peruntukan khas bulanan bagi Orang dengan Ketidakupayaan Teruk dengan maksimum RM1,000 manakala nasib orang asal akan lebih terbela dengan pelaksanaan cadangan dalam Laporan SUHAKAM mengenai hak-hak tanah orang asal.

Jawatankuasa Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat

Tuesday, October 22, 2013

Selangor Berhemah UMporNO Kedekut

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib.

Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

Meskipun Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal.

Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor.

Begitu juga apabila sikap Kerajaan Persekutuan yang sering berdolak dalik di dalam memuktamadkan proses penstrukturan industri air telah membuatkan TSKI mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan Persekutuan berterusan mahu memihak kepada pemegang konsesi dan mengkhianati hak dan kepentingan rakyat Selangor.

Bina hospital baru
 
Tekad kerajaan negeri adalah untuk mengambilalih urusan perkhidmatan air selari dengan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.

Pentadbiran TSKI juga telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan keperluan pembinaan sebuah hospital baru di Klang sekiranya Kerajaan Persekutuan terus tidak ambil peduli dengan nasib rakyat yang terpaksa tidur di kaki lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang pada masa ini terlalu sesak dan kekurangan katil.

Kerajaan Selangor sanggup menyediakan dana ini walaupun pembinaan hospital adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan TSKI dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu. Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja.

Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang "pandai berbelanja", berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara.

Barang pasti segala perit getir mengumpul dana negeri adalah semata-mata mahu melaksanakan pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat, itupun setelah perancangan terperinci dilakukan.

Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh sekali mahu bermegah-megah di atas kertas. Nakal dan kebudak-budakkan sahaja bunyinya.

Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diuar-uarkan kepada umum.

Akibatnya, TSKI sering dilabelkan sebagai seorang menteri besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri.
Berhati-hati berbelanja

Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama TSKI begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baru sahaja bermula dan tempuh bagi PRU-14 sekaligus menakluki Putrajaya masih agak lama.

TSKI maklum dengan pelbagai label dan jolokan yang diberikan ke atasnya. Malah bersikap terbuka dan amat menghargai teguran membina dari mana-mana pemimpin samada dari Pakatan mahupun UMNO-BN.

Pada masa yang sama TSKI juga merai pandangan rakyat dengan mengadakan Dialog Bajet setiap tahun untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri sebelum membentangkan unjuran belanjawan.
Pada dialog kali ini telah dipersetujui dengan sebulat suara bahawa wang negeri wajib dibelanjakan mengikut keperluan dan kepentingan bukan sekadar kemampuan.

TSKI yakin rakyat Selangor memahami dan bersetuju dengan cara dan pendekatan kerajaan negeri mengurus dana rakyat secara berhemah dan berlandaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak di kesampingkan apabila sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak diperkenalkan pada 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu kerana pendekatan yang sama diguna pakai pada penggal sebelumnya.

Rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Audit 2012. Rakyat berasa kecewa, marah dan ramai juga yang menyumpah para pemimpin apabila wang mereka dibelanjakan secara curang dan boros.

Justeru, Selangor perlu kekal dengan dasar berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat kerana mandat dan harapan rakyat diberikan kepada pemimpin adalah untuk mengurus dan mentadbir harta, hak dan kepentingan mereka.

Mandat dan tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya pada bahu barisan pimpinan kerajaan negeri di bawah teraju TSKI.

FAEKAH HUSIN adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

UMporNO Nak Bagi Ke Tak?

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengumumkan akan memberi peruntukan RM40k setahun kepada Adun-adun UMporNO dan BumNgok yang menang di negeri tersebut pada tahun depan telah dipersetujui sebulat suara semasa persidangan DUN lepas.

Kini kenyataan MB Selangor TS Khalid Ibrahim pula akan memberi elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya berjumlah RM8,620 sebulan dilihat sebagai positif dalam system demokrasi Negara kita.

Namun biasalah setiap yang positif mesti ada yang negatif. Namun apa yang penting jika sebagai ketua kerajaan negeri yang mungkin telah meminta pandangan rakan-rakan atau mungkin menggunakan kebijaksanaan sendiri telah memikirkan pro dan kontranya.

Kalau di warung-warung kopi akan heboh mengapa nak membazirkan wang rakyat memberi elaun kepada Ketua pembangkang DUN Selangor ADUN Sungai Burong Datuk Shamsuddin Lias yang sentiasa memberi komentar negatif apa yang kerajaan negeri buat???

Mungkin segelintir lagi puak-puak pro-TS Khalid akan mengatakan Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu DS Anwar Ibrahim pun mendapat keistimewaan yang sama kenapa kita tidak boleh buat perkara yang sama sebagai contoh kepada KERAjaan BumNgok...

Nak harapkan KERAjaan BumNgok sampai mampus lah pembangkang nak dapat duit. Royalti minyak di Kelantan dan Terengganu kalau boleh sampai kiamat lah UMporNO tak bagi. Namun inilah kemuliaan sifat TS Khalid untuk menunjukkan contoh kepada rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat lebih mesra dan tidak membezakan hak rakyat terhadap ADUN pilihan mereka.

Sepatutnya contoh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor ini diseragamkan kepada kesemua negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dan menjadi role model kepada KERAjaan Haram Jadah UMporNO tu yang memang cilaka banat kedekut tahi hidung masin nak bagi peruntukkan kepada MP-MP atau ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

Kalau ada dikalangan rakyat Selangor yang masih tak puas hati dengan tindakan TS Khalid ni senang saja aku nak syorkan. PRU14 nanti kita pastikan Selangor, Penang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak tak ada kerusi pun yang dimenangi parti UMporNO dan BumNgok. Jadi tak payah nak pening

Cukai RPGT, henti PKLN antara cadangan bajet alternatif

Usaha menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan, adalah antara beberapa cadangan dalam Belanjawan Alternatif 2014 pakatan pembangkang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata melalui belanjawan berkenaan pakatan pembangkang juga akan memperkenal sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007, iaitu cukai berperingkat pada kadar 30 peratus bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.

"Ini bertujuan mengekang kegiatan spekulasi hartanah yang berlebihan," katanya pada sidang media mengenai Belanjawan Alternatif 2014 pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata PLKN akan dihentikan sementara waktu sehingga kajian dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, pada sidang media yang sama berkata melalui belanjawan alternatif 2014, pakatan pembangkang akan memberi peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.

"Sebanyak 1,854 sekolah janaan rakyat atau pun yang ditakrifkan sebagai sekolah bahasa ibunda harus diberikan bantuan tambahan ikut kepala, ini akan melibatkan peruntukan RM22 juta setahun, untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pembangunan sekolah bahasa ibunda, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina," katanya.

~Bernama~

Monday, October 21, 2013

Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide

Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap diberi penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan kutbah solat Jumaat.

Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh para pegawai masjid berkenaan untuk pemimpin luar negara.

Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris.

Omak Kau sehingga kini belum lagi nampak maupun diberitahu dengan bukti bahawa Najib Razak ada menyampaikan khutbah Jumaat di mana-mana masjid dalam negara maupun di luar negara.

Begitu juga dengan pemimpin yang dijulang oleh juak-juak UMNO sebagai pemimpin Islam yang paling tersohor dan terhebat sekali seantaro dunia yang digeruni lawan dan ditakjub kawan, Tun Dr Mahathir Mohamad .. Omak Kau tidak pernah nampak lagi dengan bukti melakukan apa yang dilakukan oleh DSAI.

Di situ kita boleh nilai siapa pemimpin negara kita yang hebat.

~omakkau~

Cadangan Bajet Pakatan Rakyat 2014

Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen hari ini, tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan Pakatan akan memberi fokus untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi negara.

"Untuk belanjawan secara khusus, kami akan sampaikan di Dewan Rakyat jam 11 pagi.

"Kerangkanya seperti yang diputuskan, temanya untuk pertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang.

"Kita menjangka kita akan hadapi krisis dengan hutang meningkat, pelaburan yang berkurangan, harga barang yang meningkat dan beban kepada rakyat juga akan bertambah," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, dekat sini, petang tadi.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menyertai bengkel belanjawan Pakatan Rakyat dan mendengar pembentangan daripada pakar dan penganalisis ekonomi.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembentangan belanjawan BN setiap tahun tidak dirujuk kepada rakyat yang membayar cukai.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan seringkali mengemukakan belanjawan tambahan akibat ketirisan yang berlaku mengakibatkan rakyat menanggung bebannya.

"Sudah tentu dalam pembentangan belanjawan kerajaan boleh mengemukakan beberapa jumlah yang dia mahu dan apa sahaja.

"Perlu disedari bahawa kebocoran sering berlaku berpunca daripada ketirisan, perbelanjaan  keselamatan akibat kacau bilau seperti di Lahad Datu kerana salah dasar kerajaan, ketirisan kerana penyelewengan, kerana hutang.

"Seringklai keputusan dibuat oleh eksekutif, bukan legislatif. Sepatutnya dirujuk kepada rakyat yang membayar cukai bukan membebankan rakyat yang membayar cukai," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Tambah beliau, peruntukan untuk belanjawan tambahan seringkali di luar dugaan akibat kerajaan boros berbelanja.

"Kami Wakil Rakyat Pakatan menerima pembentangan belanjawan yang sudah siap oleh kerajaan dengan masalah yang akan kita temui di samping masalah yg sedia ada.

"Akan berlaku lagi bajet tambahan di tengah jalan dengan peruntukan di luar dugaan menunjukkan kelemahan yang  berulang," tegasnya.

Dialog isu ekonomi, perbalahan kaum dan jenayah.

Sementara itu, Anwar mengingatkan Najib dan pimpinan BN yang lain agar kembali menumpukan perhatian kepada pentadbiran selepas selesai Perhimpunan Agung Umno.

"Selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno maka kita usulkan supaya Perdana Menteri dan pimpinan BN tumpu kepada tadbir negara,  urus ekonomi dan menangani isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat yang telah terabai sekian lama sejak pilihan raya Mei lalu," katanya.

Justeru Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengulangi hasrat PR untuk mengadakan dialog dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat termasuk isu perbalahan kaum dan agama yang semakin serius.

"Maka kami mengulangi hasrat mengadakan perbincangan dan dialog dengan pimpinan kerajaan BN bersama pimpinan PR dalam isu ekonomi, isu hangatnya perbalahan kaum dan agama, meningkatnya kadar jenayah, isu pengurusan kerajaan, rasuah dan laporan audit negara," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Senator Syed Husin Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.

~MK~

Monday, October 7, 2013

Belanjawan Perit Untuk Rakyat Mewah Untuk Najib

Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 oleh PM Murujib 1Malaysia akan menampakkan kesungguhan samada KERAjaan UMporNO BumNgok benar-benar menepati janji atau janji dicapati.

PRU13 dah berlalu dan keputusan telah diterima oleh semua rakyat Malaysia bahawa KERAjaan UMporNO BumNgok menang dengan penipuan biarlah berlalu namun rakyat mahukan sesuatu yang telah dijanjikan oleh PM Murujib.

Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan jika menang PRU13 harga minyak akan turun tetapi rakyat tetap mahukan harga minyak naik. Jadi KERAjaan UMporNO BumNgok pun menaikkan harga RON95 kepada 20 sen dan RON97 kepada 15 sen lagi. Tahniah...

Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan akan menurunkan harga kereta dengan mengurangkan cukai tetapi rakyat tetap termakan dengan janji KERAjaan UMporNO BumNgok dengan mengatakan akan bangkrap negara. Jadi rakyat Malaysia yang nak beli kereta nasional busuk-busuk harganya RM80k sama harga dengan kereta import. Bodoh kan...

Rakyat diperbodohkan oleh Murujib dengan meminta mengubah kepada gaya hidup berjimat cermat sedangkan pendedahan demi pendedahan kepada rakyat di mana Murujib telah menggunakan wang rakyat dengan boros walaupun dengan alasan atas urusan negara.

Dengarnya belanjawan ini akan memberi impak kepada ekonomi rakyat. Harga barang yang telah naik tak pernah lagi akan turun. Harga minyak yang dah naik jangan mimpi akan turun. KERAjaan membuat pelarasan sebab nak tutup mulut rakyat tetapi dua tiga bulan kemudian KERAjaan ambil semula dengan menaikkan segala macam harga barang.

Laporan Audit Negara baru-baru ini menunjukkan banyak Kementerian Kerajaan yang boros dan tidak berbelanja dengan berhemah. Rakyat perlu membuka mata janganlah jadi katak di bawah tempurung. Kalau korang kakitangan kerajaan yang dapat duit tiap-tiap bulan walaupun buat kerja atau makan gaji buta ingatlah pada rakyat yang bekerja sendiri atau makan gaji secara swasta yang berpendapatan kecil.

Korang masih mampu dapat apa yang korang mahu walaupun terasa juga peritnya tapi kalau rakyat yang miskin mana nak cekau duit??? Ada ke pak-pak menteri sanggup potong gaji atau elaun dan terus didermakan terus ke dalam tabung rakyat miskin???

Jangan haraplah nak buat selagi kepala pak-pak menteri iaitu PM Murujib masih tak mahu nak ubah gaya hidup mewah perabih wang rakyat demi kesenangan hidup. Jangan pulak Allah melaknat pemimpin-pemimpin yang hidupnya menyusahkan rakyat.


Thursday, October 3, 2013

Perbahasan pindaan PCA di peringkat akhir

Dewan Rakyat sedang memasuki peringkat akhir perbahasan untuk meluluskan pindaan kontroversi terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA).

Lewat petang semalam, undian dijalankan dengan 115 anggota Parlimen menyokong dan 66 lagi membantah, membolehkan rang undang-undang itu dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Peringkat jawatankuasa proses itu yang dijadualkan malam ini akan menyaksikan Dewan Rakyat meneliti setiap bab dalam cadangan pindaan kepada akta itu.

Enam anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang menghantar cadangan perubahan kepada rang tersebut akan berpeluang membahaskan hujah mereka.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu akan diperhalusi pada peringkat jawatankuasa.

Kesimpulan Akta PCA yang dibincang:

1. orang awam yang dituduh tidak boleh meminta nasihat peguam bela.

2. tuduhan kepada orang tidak boleh diumumkan, ia dianggap rasiah negara.

3. Orang yang dakwa tidak boleh membuat rayuan

4. Mahkamah boleh membuat pertimbangan mengikut kes yang berlainan. Tetapi PCA, sekiranya panel kata orang itu salah. Orang itu akan dilokap 2 tahun.

5. Panel hanya akan dengar tuduhan dari KDN. Orang dituduh tidak berhak membela diri.

6. Orang yang "membantu" penjenayah akan ditahan bawah PCA. Jika kes membantu secara paksa, misalnya membantu mangsa kemalangan. orang itu boleh ditahan dengan PCA.

7. Penuduh(KDN) yang membuat siasatan, memanggil saksi. Bukan lembaga/panel yang memanggil saksi. Panel hanya baca laporan daripada KDN

8. Hasil lembaga PCA tidak boleh disemak di mahkamah, kecuali 'prosedur' lembaga boleh dipersoalkan, bukan asas tangkapan ditangkap itu.

9. Orang yang "bergaul" dengan penjenayah, boleh ditahan bawah PCA baru ini.

~MK~