REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 23, 2014

Pengundi Kajang Bijak Memilih


Kemenangan DS Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan telah membuktikan bahawa rakyat tetap teguh bersama kepimpinan Pakatan Rakyat. Dikatakan majoriti berkurangan sebanyak 1000 bukan bermakna pengundi-pengundi telah menolak Pakatan Rakyat. Namun hakikat yang perlu diterima UMporNO pengundi Melayu telah menolak UMporNO di mana di Sekamat dan Taman Delima yang dahulunya PKR kalah namun dalam PRK ini telah Berjaya memenangi tempat tersebut. Pada firasat aku kalaulah UMporNO tidak mensabitkan kesalahan DS Anwar Ibrahim tak tahulah mungkin parti BumNgok boleh hilang deposit.

Mungkin disebabkan Kak Wan bertanding, para pengundi yang pro Pakatan Rakyat sudah menjangkakan kemenangan di pihak mereka sebab itu ramai yang tidak keluar mengundi. Apa yang mesti mesej jelas kepada pemimpin dan barua-barua UMporNO yang bongkak dan takbur serta sombong dengan kemewahan hasil daripada duit rakyat yang rakyat mahukan keadilan di Kajang.

Menyumbatkan DS Anwar Ibrahim sekali lagi selama 5 tahun dalam penjara membuatkan rakyat lebih nampak akan konspirasi untuk menyekat kemaraan DS Anwar dalam PRU 15 akan datang. Itu baru heboh DS Anwar akan jadi MB Selangor yang entah betul atau tidak belum tahu lagi, parti UMporNO terutama Murujib dan mengelabah biawak.

Tahniah kepada para pengundi di Kajang kerana tetap setia menyokong Pakatan Rakyat. Bertuahlah korang semua kerana ada wakil rakyat yang menjadi idola rakyat Malaysia. Bukan seperti Rosmangkuk yang menjadi igauan ngeri rakyat Malaysia yang suka perabih duit rakyat pergi shopping sana sini anak beranak menggunakan wang rakyat.

Rosmangkuk tidak melalui detik kesusahan seperti Kak Wan yang terus menerus ditindas, dihina, dikutuk dan Kak Wan sentiasa taat dan setia dengan DS Anwar Ibrahim walaupun terus dimalukan. Aku cukup berbangga dengan isteri DS Anwar Ibrahim. Semoga kesusahan dan perjuangan Kak Wan menjadi semangat untuk kita semua pendokong dan pencinta keadilan di bumi Malaysia akan tercapai pada PRU 15 nanti. InsyaAllah.

HIDUP ANWAR
HIDUP REFORMASI
HIDUP PAKATAN RAKYAT

Dari Kajang Ke Seluruh Malaysia

LAPORAN LANGSUNG

Peti undi mula dibawa masuk ke pusat penjumlahan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

LAPORAN LANGSUNG

8.20pm Tak rasmi dari sumber PKR, jumlah dari 74 saluran:

PKR: 13,570
BN: 9,681

8.15pm Bilik gerakan undi PKR - Suasana meriah dengan kumpulan ahli berhimpun menunggu kemaskini keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Kajang di sini.

Beberapa pemimpin utama parti, termasuk calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertolak ke stadium Majlis Perbandaran Kajang.

Sementara itu pengarah strategi PKR Rafizi Ramli ketika ditemui berkata beliau gembira dengan keputusan tidak rasmi ini kerana berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang tewas sebelum ini iaitu Taman Delima dan Sg Sekamat.

"Kalau ikut peratusan kita menang lebih besar walaupun majoriti kita berkurang. Ini kerana peratusan keluar mengundi yang rendah," kata beliau.

8pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 16,086
BN - 10407
Majoriti: 5,679

Dalam pada itu, difahamkan, calon PKR akan bergerak menuju ke pusat pengiraan undi dari Surau Ibnu Sina di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Kesesakan lalulintas turut berlaku apabila polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Reko, kira-kira 2km dari pintu utama UKM.

Polis turut menutup jalan utama dari satu bulatan menuju ke pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi - menyebabkan berlaku kesesakan sepanjang 1km.

Polis menggesa orang ramai yang ingin bersama calon ke pusat penjumlahan itu untuk meletak kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki.

7.35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13

~MK~

Di manakah MH370?

Telah melintasi lebih dari satu minggu pesawat MH370 telah hilang lenyap. Seramai 239 penumpang dan anak kapal telah hilang lenyap semenjak 8 Mac lalu. Apa yang terjadi? Saya secara jujur – sama seperti warga dunia - tidak tahu apa terjadi. Malah akan bertanya apa sebenarnya berlaku. Tetapi bukan ini yang ingin saya paparkan dalam tulisan kali ini.

Apa yang terjadi kepada MH370 telah menjadi spekulasi di seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang berminat mengikuti berita ini mungkin ada memiliki teori dan labon tentang apa yang telah terjadi. Pelbagai teori dan sudut telah dikupas. Pelbagai dongeng telah terhambur. Para peminat teori konspirasi telah mula menulis berjela-jela. Malah saya sendiri telah menerima pelbagai alamat blog yang menulis teori konspirasi. Meminta saya memberi komen.

Saperti biasa tukang labon teori konspirasi ini akan mengaitkan Yahudi, Freemason, Amerika, CIA dan, dan, dan. Tidak cukup dengan ini diselitkan juga ayat-ayat suci untuk memperkukuhkan teori labon ini.

Saya menolak semua teori konspirasi ini. Untuk saya pada tahap ini satu kemalangan telah berlaku. Hati dan harapan kita adalah kepada kaum keluarga sanak saudara penumpang dan anak kapal yang telah ditimpa kemalangan ini.

Tetapi kenapa teori konspirasi ini muncul? Inilah yang ingin saya paparkan kepada pembaca kali ini. Kita wajib mengetahui bagaimana teori konspirasi ini berjalan, bergerak dan tersebar.

Saya masih ingat lagi ketika saya di Beirut dalam tahun 1975. Ini sesudah terbunuhnya Al-Malik Faisal raja Saudi di tangan anak buahnya. Saya ditanya oleh anak-anak muda Palestin dan Arab yang sedang bergerila menentang fasis Falangist di kota Beirut – siapa membunuh Raja Faizal?

Bila saya tidak memiliki jawapan muncul pula soalan cepu emas. Di mana Malik Faisal sekarang? Saya tersenyum tanpa jawapan. Lalu saya diberitahu bahawa Malik Faisal sedang berkonspirasi dengan kuasa ghaib untuk ‘mengambuskan’ perjuangan Palestin. Bunyi ayat ini lawak. Mana mungkin yang telah mati berkonspirasi. Tetapi inilah hakikatnya yang telah berlaku.

Kita juga pernah membaca tentang Lady Diana, tentang John Lennon , tentang Malcolm X, tentang Martin Luther King, tentang JFK dan, dan, dan. Pelbagai kisah dan teori konspirasi yang kita baca dan dengar tentang kematian mereka. Kenapa ini berlaku? Apa hubungan dengan MH370?

Mari kita ingati kembali bagaimana kita warga Malaysia anak semua bangsa telah diberitahu tentang kemalangan ini berlaku. Berita kemalangan ini hanya dibuka kepada umum hampir 5 jam sesudah putusnya hubungan anak kapal dengan radar di bumi. Kenapa ini berlaku? Tiga jam atau 5 jam lewat ini kini menjadi asas teori konspirasi.

Asas teori konspirasi ialah keyakinan. Asas induk ialah kepercayaan orang ramai terhadap kenyataan rasmi. Harus diakui bahawa 52 peratus rakyat Malaysia telah mengundi Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka TIDAK yakin dengan United Malays National Organisation dan konco-konconya.

Seramai 52 peratus warga ini tidak akan percaya kepada apa sahaja yang dituturkan oleh Najib, atau sepupunya Hishammuddin atau sesiapa sahaja yang dilihat mewakili kepentingan United Malays Natioanal Organisation. Mustahil gerombolan yang telah menipu dalam PRU13 akan diyakini cakap-cakap dan kenyataan mereka tentang MH370. Najib dan sepupunya tidak memiliki kredibiliti. Walau pun Najib dan sepupunya memulakan sidang akhbar dengan bismilllah, ia tidak memungkinkan 52 peratus warga Malaysia kembali percaya kepada mereka.

Jelas teori konspirasi bergerak di atas ketidakyakinan warga terhadap lembaga daulah. Hilangnya keyakinan ini bukan satu yang baru di Malaysia ini. Seramai 52 peratus warga yang mengundi Pakatan telah tidak yakin dengan kerajaan. Ini bukan data yang saya muncul-munculkan. Data 52 peratus ini adalah keputusan PRU13.

Apabila Najib membuka mulut maka soalan pertama akan timbul dari anak semua bangsa ialah siapa bunuh Altantuya? Siapa mengupah Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya? Selagi persoalan ini tidak terjawab apa sahaja yang dicakapkan oleh Najib dan sepupunya pasti tidak akan diyakini orang ramai. Kalau dalam kes itu mereka dikatakan menipu mustahil dalam kes MH370 ini mereka tidak menipu.

Bukti hujah ini menjadi sahih apabila diketahui bahawa dua warga Iran telah menggunakan pasprot palsu. Dengan serta merta laman sosial Facebook telah heboh memberi ingatan bahawa nama Altantuya juga telah hilang dari senarai keluar masuk imigresen. Dua lagi pasport palsu digunakan untuk masuk ke Malaysia bukan satu yang pelik.

Justeru apa yang ingin saya paparkan di sini ialah keyakinan yang telah hilang terhadap Najib dan konco-konconya. Inilah yang menjadikan teori konspirasi ini meluas dan melebar. Teori ini menjadi kukuh dan dilihat berasas apabila para pegawai Najib mula membuka mulut.

Pada awalnya entah atas nasihat siapa askar telah memberi taklimat tentang kapal terbang awam yang hilang. Ini pelik bin takjub. Kenapa sang askar? Tidak adakah pegawai awam yang berupaya memberi taklimat? MH370 bukan kes perang. Ini kes kapal terbang awam hilang. Ini bukan kapal terbang tentera. Kemunculan askar ini telah menimbulkan banyak syak wasangka.

Teori konspirasi bertambah rancak apabila sidang akbar dibuka untuk akhbar dunia. Selama lebih dari 50 tahun United Malays National Organisation telah menipu dan berbohong melalui media yang mereka miliki. Dengan menggunakan pelbagai bentuk undang-udang – ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan, dan, dan, gerombolan Ketuaan Melayu ini telah menggunakan media untuk menipu.

Apabila wujudnya media baru - United Malays National Organisation telah melarang wartawan dari Malaysiakini atau Suara Keadilan dari dapat bersama membuat laporan. Gerombolan Ketuanan Melayu ini selama lebih dari 50 tahun telah membuli dan mengancam wartawan

Dengan kes MH370 Najib dan sepupunya tersentak dan menggigil apabila mula berhadapan dengan wartawan antarabangsa. Wartawan antarabangsa ini tidak ambil pot siapa Najib, siapa sepupunya dan siapa ketua polis negara. Tugas mereka mencari dan melapor berita. Maka untuk pertama kalinya para Raja Lawak ini dilihat bebal dan berpeluh takut berhadapan dengan media. Padan muka.

Saya yang pada ketika menulis ini berada di London telah berpeluang melihat media bebas bergerak. Saya bernasib baik dapat melihat bagaimana sepupu Najib cuba bersilat lidah – berkuntau - dalam usaha untuk menipu wartawan dunia. Saya dapat berpeluang melihat sidang akhbar Raja Lawak ini secara terus menerus tanpa sekatan dan dipotong.

Malam Ahad yang lalu saya berpeluang melihat media CCTV Tiongkok memperlihatkan sidang akhbar warga mereka di Kuala Lumpur. Saya berpeluang melihat bagaimana warga China telah mengancam Najib dan gerombolan United Malays Natioanl Organsiation kerana mereka merasa mereka telah ditipu. Tidak ada datuk seri atau datin seri untuk warga China ini, mereka merasa telah ditipu.

Di luar negara juga - saya berpeluang melihat induk berita terpampang luas – LIES – pembohongan - muncul dari akhbar cetak Hong Kong. Jika inilah muka hadapan akhbar kita pasti lesen cetak dirampas dan Ketua Pengarang ditahan tanpa bicara. Saya sekali rakyat Malaysia tidak berpeluang melihat apa yang dapat saya lihat, saya baca dari Kota London.

Kemalangan MH370 ini sebenarnya telah membuka mata orang ramai. Untuk 52 peratus pengundi Pakatan mata hati mereka tidak perlu diusik. Mereka telah lama sedar. Kes pesawat hilang ini hanya akan memperkuatkan lagi keyakinan mereka bahawa kerajaan Najib dan sepupunya wajib dilawan.

MH370 ini telah berjaya membuka mata 47 peratus warga Malaysia yang tidak mengundi Pakatan. Kes MH370 ini mula menampakkan kepada mereka betapa bebalnya Najib Rosmah dan sepupunya Hishammuddin. Bunyi suara media dunia yang marah kerana mereka merasa ditipu ini sedikit sebanyak telah sampai ke pendengaran Mak Cik dan Pak Cik Felda.

Najib dan sepupunya menjadi Raja Lawak bertaraf dunia bukan kerana kemunculan bomoh tetapi kerana kegagalan mereka menjawab soalan-soalan dari media antarabangsa. Bukan kita hendak ketawakan keupayaan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul – untuk saya ini kurang penting.

Apa yang penting ialah melihat bahasa badan Najib, Hishammuddin, Ketua Polis Negara. Saya amat-amat jarang menonton TV tapi pada petang Sabtu 15 haribulan yang lalu saya berpeluang melihat Najib dan sepupunya beraksi. Jelas dari nahu bandan mereka, jelas dari cara mereka bersilat lidah – ada sesuatu yang ingin mereka sorokkan.

Secara positif kes pesawat MH370 hilang ini telah membogelkan keupayaan fikrah Najib dan sepupunya. Kes ini juga telah membogelkan kebebalan United Malays National Organisation kepada dunia. Hari ini anak semua bangsa terus berdoa dan berharap pesawat MH370 akan selamat.

Bersama doa dan harapan ini – anak semua bangsa – rakyat Malaysia telah sepakat mengakui bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini wajib diganti. Satu kerajaan baru wajib lahir dari kemalangan MH370 ini. Kita TIDAK ada pilihan- sebelum Kilang Lynas retak, sebelum loji nuklear pecah kerajaan Najib Rosmah dan sepupunya wajib kita gulingkan.

~HR~

Thursday, March 20, 2014

PRK demi PRK Bakal Menyusul

Satu demi satu bala yang turun semasa Murujib mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah. Bukan aku nak pertikai kuasa Allah tetapi dari segi rasional dan logik begitulah jika Murujib yang bijak politik ingin terus mengekalkan kuasa. Yelah baru sepenggal lebih jadi PM 1Malaysia mananya sempatnak kaut duit rakyat, nak perah duit rakyat nak melingkup duit rakyat.

Rakyat yang bengong dan bodoh macam lembu-lembu dan barua-barua UMporNO sebenarnya bukan tidak nampak yang Murujib terutama bini Murujib Rosmangkuk yang suka perabih duit rakyat ke sana-sini melebihi Menteri Luar pulak. Macam dialah yang berkawatan menteri penuh. Tapi dalam erti kata tersirat macam tu lah -NKRA- Najib Kerja Rosmah Arah. Hahaha

Bab kapal terbang MH370 hilang paling terbaru dan hangat diperkatakan sekarang. Aku bukanlah langsung tak bersimpati kepada keluarga mangsa tetapi rakyat dah jadi makin menyampah dengan sidang media yang dibuat oleh Pemangku Menteri Pengangkutan yang seperti menyorokkan sesuatu daripada rakyat. Minta rakyat supaya tidak membuat spekulasi tetapi mulut rakyat mana boleh tutup.

Nama pun rakyat dan rakyat Malaysia dah sememangnya bijak bukan bodoh lagi untuk diperbodohkan oleh UMporNO. Rakyat pun geram jugak sampai kehilangan MH370 begitu misteri dalam abad ini yang dah lebih seminggu lebih tapi masih belum ada apa-apa tanda dijumpai. Jangan sampai selepas sahaja PRK Kajang barulah MH370 mendarat dengan selamat di Beijing. Hehehe

Kalau dah sampai cerita kartun macam tu barulah rakyat naik muak dengan UMporNO. Ada agenda untuk tutup mulut rakyat dari berdemo seperti tahun 1998 dulu kerana Anwar dijatuhkan penjara 5 tahun baru-baru ni oleh Mahkamah Rayuan. Apa ni Murujib??? Sekejap tak salah... Sekejap salah... Esok tak salah balik... Bukan nak menghina mahkamah tapi rakyat akan nampak ini permainan politik untuk mengelakkan Anwar lebih mara dengan pengaruhnya di Selangor menuju Putrajaya.

Selepas Anwar didapati bersalah, kini Karpal pula dijatuhi hukuman salah kerana menghasut dan didenda RM4000 yang semestinya PRK di Tasik Gelugor akan diadakan pada tahun ini. Selepas itu PRK di Permatang Pauh pula juga akan diadakan pada tahun ini. Yang bagusnya kepada para pengundi dan penduduk di dua tempat tersebutlah yang mendapat habuan wang henggit dan segala macam khazanah Qarun melmpah ruah.

Tian Chua pula menunggu masa nak kena turun naik mahkamah kerana tuduhan menghasut untuk menjatuhkan Murujib dalam tempoh 5 bulan sebab Murujib penjarakan Anwar 5 tahun. Ini dah tentu menjadi durian runtuh bagi pengundi dan penduduk di Parlimen Batu untuk mendapat bantuan durian runtuh. Huih pakcik kayooooo.

Berbalik di Pulau Pinang lagi di Dun Seberang Jaya, Dr Afif juga dikatakan sedang disiasat kerana tuduhan menghasut kerana menuduh penjenayah bunuh polis perkara biasa tapi kalau polis bunuh orang itu luar biasa. Dari segi ayat Exco Pulau Pinang ni agak biasa sebab memanglah orang jahat biasa jer kalau belasah atau bunuh orang baik tapi kalau orang baik yang dikatakan masyarakat belasah atau pukul orang tentulah salah. Sebab itulah Dr Afif kata kenyataannya diputar belit.

Tengoklah kes Anwar dulu kes mata lebam. Siapa yang belasah??? Ketua Polis Negara Anwar tumbuk sendiri sebab nak tunjukkan yang polis memang jahat. Tapi bila siasatan diraja dibuat didapati bekas KPN yang belasah Anwar dengan tangan bergari. Gila betul... Rakyat tidak mudah lupa... Yang mudah lupa Dr MahaFiraun jer yang cakap Melayu Mudah Lupa. Habis dia tu... Opss ramai orang kata MahaFiraun tu keturunan keling tapi aku tak tau lah betul ke tidak. No komen. Hehehe

Jadi PRK demi PRK akan terjadi yang hampir kesemuanya melibatkan orang-orang yang lantang bercakap di DUN dan Parlimen. Untuk tutup mulut orang-orang ini senang sahaja dalam politik. Cari apa-apa kes yang sesuai kemudian olah skrip sikit bagi menarik dah jadilah drama bersiri. Boleh buat VCD lucah, skandal seks, hasut-menghasut hinggakan nilai-nilai murni dah macam tiada dalam diri manusia pada hari ini.

Memang betullah kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Kalau orang atas macam PM 1Malaysia dan bini Rosmangkuk pun dikaitkan dengan skandal pembunuhan Altantuya macam mana nilai moral yang negatif ini tidak turun ke rakyat. Tumpahnya kuah tentu ke nasik. Bukan ke longkang... Huhuhu

OKlah apa-apa pun Murujib nanti kita boleh gelar BAPA HURUHARA kerana sepanjang pentadbiran jadi PM macam-macam bala bencana menimpa rakyat. Aduhhhh kenapalah parti yang menang 47% berbanding Pakatan Rakyat yang dapat 51% boleh jadi PM ni. Tepuk dada ptuihhhh UMporNO memang hampeh.

Friday, March 14, 2014

Antara Azizah Dan Rosmah

Dalam dunia politik Malaysia, hanya terdapat dua pemimpin yang wataknya serta isterinya sering menjadi perbualan ramai iaitu Perdana Menteri, Najib Razak dengan isterinya, Rosmah Mansor dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Rosmah hanyalah seorang isteri dan suri rumah tetapi sering membayangi penampilan suaminya manakala Wan Azizah adalah Presiden PKR tetapi sentiasa mengalah dengan penampilan suaminya yang merupakan Ketua Umum PKR serta Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebelum Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998, Wan Azizah hanyalah seorang suri rumah yang barangkali tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam dunia politik sehingga sejauh ini. Beliau ketika itu hanyalah seorang peneman kepada suaminya di majlis-majlis rasmi dan lebih banyak tersenyum dari berkata-kata.

Wataknya sebagai isteri seorang pemimpin yang sentiasa menyokong perjalanan karier suaminya tidak banyak beza dengan penampilan yang ditonjolkan oleh Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepada Mahathir Mohamad. Beliau hanya menonjolkan dirinya setelah suaminya dipenjarakan.

Hanya setelah Anwar dipenjarakan dan terlihat keperluan untuk beliau menggalas perjuangan reformasi yang diasaskan oleh suaminya, Wan Azizah kemudian terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam politik melalui PKR yang ditubuhkannya bersama pengikut-pengikut Anwar yang meninggalkan UMNO.

Beliau menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan dan berpeluang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kali ini, setelah melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2011 untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di kawasan itu dan lebih banyak menyerahkan kerja-kerja politik untuk digalas oleh Anwar, Wan Azizah kembali semula bertanding di Dun Kajang berikutan Anwar yang berhasrat bertanding di situ dihalang oleh keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara selama lima tahun.

Dengan bertanding di Kajang, sekali lagi Wan Azizah menunjukkan ketaatannya sebagai seorang isteri dan pejuang reformasi yang masih belum selesai.

Jika tidak kerana Anwar dihalang daripada bertanding, Wan Azizah bukan saja akan mengundurkan diri sebagai Presiden PKR pada pemilihan Mei ini, bahkan lebih selesa mengharungi sisa-sisa usianya sebagai suri rumah sahaja. Walaupun masih kekal untuk memberi laluan kepada Anwar pula menerajui PKR, Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sedang ditunggu dengan tugas baru sebagai Adun Kajang pula.

Berbeza pula dengan Rosmah Mansor, beliau berkahwin dengan Najib ketika anak Tun Razak itu sudah menjadi menteri. Ketika Najib menjadi menteri pula, kelibat Rosmah jarang kelihatan walaupun ada juga sesekali beliau muncul menemani suaminya di beberapa majlis rasmi. Hanya ketika Najib mengadakan jamuan bertemu penyokong-penyokongnya di kediaman mereka, barulah selalu wajah Rosmah yang mesra dan suka bergaul kerap kelihatan.

Tetapi setelah Najib menjadi Perdana Menteri, penonjolan Rosmah agak luar biasa. Di akhbar dan tv, wajah dan beritanya kerap muncul. Beliau juga mengasaskan Permata yang membolehkannya mendapat peruntukan khas beratus juta daripada kerajaan dan kerap mempromosikan program pendidikan untuk kanak-kanak itu di dalam dan luar negara.

Rosmah juga lebih selesa dengan gelaran First Lady berbanding gelaran biasa isteri Perdana Menteri dan mengadakan Persidangan Wanita-Wanita Pertama Sedunia untuk membiasakan masyarakat dunia dengan gelaran barunya itu. Beliau juga kerap hadir ke pelbagai persidangan peringkat antarabangsa dengan membawa gelaran First Lady serta menggunakan kemudahan jet kerajaan.

Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi satu-satunya isteri Perdana Menteri yang pernah turun berkempen secara langsung membantu UMNO dan BN dalam pilihanraya. Jika ketika Najib sekadar menteri biasa, kekerapan Rosmah menemani suaminya tidak sekerap mana, tetapi setelah bergelar Perdana Menteri pula beliau jarang membiarkan Najib muncul keseorangan.

Rosmah akhirnya berjaya membentuk persepsi sebagai wanita yang berkuasa. Bukan saja pemimpin UMNO kerap memuji dan menjemputnya untuk merasmikan pelbagai acara, Najib sendiri memuji Rosmah dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tentang peranan yang pernah dimainkannya untuk kepentingan negara. Mereka yang mencium tangannya juga ramai, walaupun sesetengahnya lebih berusia daripadanya.

Lalu melekatlah tanggapan bahawa beliau benar-benar berkuasa dalam negara ini, meskipun hakikatnya Rosmah hanyalah seorang suri rumah sahaja.

Apabila Wan Azizah bertanding semula di Kajang, beliau lalu dikatakan menghidupkan semula amalan nepotisme. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin malah melabelnya sebagai boneka kepada Anwar yang tidak seharusnya diberikan rasa simpati oleh pengundi Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Jika benar pun ini merupakan sebahagian daripada nepotisme tetapi haruslah disedari bahawa kemunculan Wan Azizah dalam dunia politik tidak sesekali melalui permaidani merah seperti mana ahli keluarga pemimpin UMNO yang lain. Laluannya penuh dengan darah, air mata dah kerikil-kerikil tajam. Hanya kerana hasrat Anwar bertanding di Kajang "dikejangkan" melalui keputusan Mahkamah Rayuan, maka muncullah Wan Azizah sebagai pengganti.

Jika Anwar tidak dipecat oleh Mahathir, beliau mungkin akan kekal dengan peranannya sebagai suri rumah, peneman dan pendukung di belakang tabir kerjaya suaminya. Begitu juga jika KajangMove ini tidak dihalang melalui keputusan mahkamah, Wan Azizah tentunya lebih selesa berada di rumah.

Hanya atas nama perjuangan, meneruskan reformasi dan keinginan untuk memberikan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat dan negara, maka tercatatlah nama Wan Azizah sebagai salah seorang pejuang politik yang tidak pernah pun terfikir untuk diceburinya suatu ketika dahulu.

Jika KJ mengatakan Wan Azizah hanyalah boneka kepada Anwar tetapi yang membanggakan kita ialah beliau tidak pernah "membonekakan" kedudukan dan jawatan suaminya seperti mana wanita yang seorang lagi itu.

~http://shahbudindotcom.blogspot.com~

Adakah MH370 Dirampas?

Adakah pesawat MH370 milik penerbangan Malaysia dirampas dan ‘dibawa lari’ ke lokasi yang tidak diketahui?

Kemungkinan itu sedang disiasat agensi perisikan Amerika Syarikat, lapor  Wall Street Journal, edisi 13 Mac lalu.

Wartawan akhbar tersebut, Andy Pasztor dan Jon Ostrower mendedahkan hasil penyiasatan agensi perisikan Amerika Syarikat ke atas kehilangan misteri MH370.

Antara hasil siasatan adalah MH370 telah terbang selama 5 jam, iaitu satu jam sebelum ia hilang dari radar Trafik Kawalan Udara Vietnam pada jam 1.30 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 dan 4 jam lagi selepas itu.

Para penyiasat juga mengkaji kemungkinan kapal terbang itu telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan juruterbang atau orang lain dari kalangan penumpang telah mengubah haluan kapal terbang dan mematikan alat transponder kapal terbang itu bagi mengelakkan dikesan radar. 

Penyiasatan masih di peringkat awal dan para penyiasat belum lagi menemui bukti-bukti jelas untuk menyokong teori  bahawa kapal terbang itu dirampas pengganas atau disabotaj.

Pegawai-pegawai dari jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dilapor belum menemui sesuatu yang spesifik untuk menyimpulkan bahawa kapal terbang itu dirampas oleh pengganas.

Namun, mereka belum lagi menolak secara konklusif bahawa kehilangan MH370 sama sekali tidak ada kena mengena dengan keganasan, lapor akhbar tersebut.

Dua persoalan yang amat membingungkan para penyiasat adalah ke mana kapal terbang itu meneruskan penerbangan dan mengapa alat transpondernya dimatikan? 

Ini menyebabkan timbulnya teori di kalangan penyiasat bahawa kapal terbang itu telah “diambilalih dan dikuasai” oleh pihak lain untuk tujuan tertentu.

Teori ini dimaklumkan kepada pegawai jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat  dan pelbagai agensi berkaitan.

Sehingga 12 Mac, tiada sebarang maklumat diperolehi bagi menunjukkan kapal terbang itu telah tiba di suatu lokasi lain - mungkin beratus-ratus batu dari lokasi di mana gerakan mencari dan menyelamat sedang berjalan.

Juga tidak diketahui sama ada kapal itu telah terhempas.

Sementara itu Washington Post melaporkan, bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce.

Jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.

Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.

~HD~

Saturday, March 8, 2014

Semangat Anwar Tetap Dalam Jiwa Rakyat

Keputusan Mahkamah telah memustuskan bahawa DSAI akan merengkok dalam penjara selama lima tahun lagi dan mungkin sampai mampus dan itulah yang diharapkan oleh UMporNO. Aku agak sebak apabila keputusan ini dijatuhi ketika Anwar ingin menghapuskan kezaliman UMporNO.

Dulu aku ingat lagi sewaktu Anwar dibebaskan dan menjadi calon di Permatang Pauh, keluarlah kenyataan yang Anwar meliwat SayFOOL sampai barua ni sanggup bersumpah dengan al-Quran.
Kemudian keluar pula tiga ekor beruk yang juga bersumpah dengan al-Quran di salah sebuah masjid di Sentul yang mengatakan Anwar dengan video seksnya.

Sekarang, hari ini, bila Anwar akan bertanding lagi di DUN Selangor KERAjaan UMporNO yang dipimpin oleh Murujib sedaya upaya untuk menghapuskan karier Anwar dalam politik kerana takutnya seorang lelaki yang bernama Anwar Ibrahim. Sebab itulah bertahun-tahun dulu aku pernah kata selagi lelaki yang bernama Anwar Ibrahim masih hidup semua pemimpin UMporNO akan tidur tak lena dibayangi mimpi ngeri.

Anwar boleh dipenjarakan. Mungkin bagi kita rakyat biasa kalau dengar penjara begitu gerun. Tetapi inilah kekuatan yang Allah beri pada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak gentar dipenjarakan kerana semangat mereka tetap dalam hati dan jiwa rakyat Malaysia sekalian.

Walau Anwar dihumban dalam penjara, rakyat akan bangkit di jalan raya supaya Murujib, Rosmah dan semua pemimin UMporNO membuka mata pilihanraya di Kajang akan bermula satu reformasi dan gelombang kedua untuk membebaskan ketidakadilan di bumi Malaysia yang tercinta. Kita buktikan di Kajang yang BumNgok akan hilang deposit terus sebagai signal dari rakyat.

UMporNO di era regim Murujib telah membuat satu kesilapan terbesar dengan memenjarakan Anwar kerana rakyat akan terus bangkit dari kezaliman ini. Rakyat bukan bodoh nak ikut cakap bini Najib. Reformasi seluruh negara pasti akan bangkit semula dan kami rakyat tidak takut lagi dengan ugutan dan tohmahan Murujib yang mengatakan reformasi untuk gulingkan KERAjaan UMporNO. Kalau rakyat nak buat dah lama kami boleh buat tapi kami berjuang melalui system demokrasi.

HIDUP ANWAR
HIDUP REFORMASI
HIDUP KAJANG

Reformasi Bermula Di Kajang

Beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas tuduhan liwat dan dijatuhkan lima tahun penjara, para penyokongnya berhimpun di Kajang menggesa kejatuhan BN.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

Beliau bertanya kepada hadiran sama ada mahu berjuang melalui
pilihan raya atau turun ke jalanan, dan mereka bersorak tanda bersetuju.

"Walaupun kita menang dengan 52 peratus undi, tapi mereka masih berkuasa," katanya.

Azmin berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membuat keputusan esok sama ada untuk turun ke jalanan.

"Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?" tanya Azmin dengan disambut oleh hadirin.

Anwar, yang mula berucap sejurus selepas jam 11 malam, mengulangi desakan untuk gelombang kedua reformasi ketika jumlah hadirin meningkat kepada lebih 1,000 orang.

"Ini adalah permulaan gelombang baru reformasi. Gelombang kedua ini tidak akan berakhir sehingga kita menawan Putrajaya," katanya.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas Anwar dan membenarkan beliau diikatjamin RM10,000.

Pakatan pembangkang telah mengumumkan bahawa konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam esok akan bertukar menjadi satu perhimpunan ekoran sabitan ke atas Anwar.

Malah, tambah Anwar, belum pun apa-apa berlaku, ketua polis negara telah pun memberi amaran.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan perhimpunan esok akan berjalan dengan aman.

Anwar metuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menggunakan mahkamah untuk mensabitkannya dalam usaha untuk menggagalkan Serampang Kajang.

Sabitan Anwar telah menghilang kelayakannya untuk bertanding tetapi pemimpin pembangkang itu menggesa pengundi Kajang menyatakan pendirian mereka dengan membuat BN hilang deposit dalam pilihan raya kecil pada 23 Mac.

Hari ini, kata Anwar, beliau telah disabitkan dan pada 11 Mac, pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dihukum atas dakwaan menghasut.

"Kita mesti mempertahankan kepimpinan kita," katanya.

Antara yang hadir pada malam ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim (kiri dalam gambar), MP DAP Seremban, Anthony Loke dan MP PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Turut hadir ialah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad MuhdTaib.

'12 calon disenarai pendek'

Serentak dengan itu, lebih 2,000 orang berhimpun di Stadium Kajang untuk menunjukkan perpaduan.

Sebahagian daripada mereka berkumpul di situ selepas timbul kekeliruan berhubung lokasi sebenar perhimpunan Anwar malam ini.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Anwar mengesahkan kepimpinan Pakatan akan membuat keputusan sama ada untuk melancarkan protes berterusan seperti Black 505 rali.

"Kita akan membuat keputusan esok," katanya.

Bagi calon penggantinya, Anwar berkata PKR telah menyenarai pendek 12 nama yang berpotensi.

Katanya keputusan untuk memilih calon pengganti itu akan dibuat esok atau selewat-lewatnya pada hari Isnin.

Abdul Hadi berkata PAS dan rakyat bertegas bahawa keadilan mesti ditegakkan dengan telus dan bermaruah serta dilihat ditegakkan dengan teliti, cermat dan adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.

"Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa.

"Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata PAS berkongsi kekecewaan itu dengan anggota keluarga Anwar terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.

"PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan," katanya.

~MK~

Anwar Dipenjarakan 5 Tahun

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung kepada integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun.

Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun.
                                  
Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil.

Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam.

Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain.

Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan.

Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II.

LAPORAN LANGSUNG

7pm: Anak-anak dan isteri memeluk Anwar. Seorang anaknya turut membawa cucu beliau ke mahkamah.

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay, okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Para penyokong berkenaan menyambut berita tersebut dengan gembira dan bersalaman dengan individu yang menyampaikan berita berkenaan.

Kumpulan itu sekali lagi melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar".

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.20pm: Pendakwaraya Shafee berkata laporan perubatan boleh dijadikan “pengurusan selanjutnya” untuk kes tersebut.

Katanya, hukuman adalah ke atas ke atas kesalahan terbabit.

Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.

Karpal menegaskan bahawa pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan laporan perubatan.

“Kesemua perkara ini perlu dimasukkan ke dalam rekod. Tiada gunanya menggesa-gesa perbicaraan ini,” katanya.

Balia: "Kami akan memberikan hak anda"

Karpal: Yang Arif, apabila anda mengambil kira hukuman, laporan perubatan itu akan menunjukkan responden dan hukuman yang dikenakan, Apa yang digesa-gesakan?

Balia: Kami tidak tergesa-gesa.

Karpal: Saya tidak dapat mendapatkan arahan dari anak guam saya.

Balia: Anda tidak boleh menjalankan mitigasi?

6.17pm: Persidangan mahkamah bersambung semula. Mitigasi bermula. Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa.”

6.01pm: Para pemimpin kanan PKR yang hadir ke mahkamah hari ini termasuk timbalan presiden Azmin Ali, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Batu Tian Chua dan MP Padang Serai N Surendan.

Anwar menghadapi kemungkinan dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

5.47pm: Beberapa orang MP terkandas di luar mahkamah dan tidak dibenarkan masuk antaranya MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan MP Lumut Imran Abdul Hamid.

5.39pm: Persidangan mahkamah dijangka bersambung semula pada jam 6.10 petang untuk memutuskan hukuman untuk Anwar.

5.35pm: Polis mengawal ketat pintu belakang bangunan mahkamah dan hanya membenarkan individu tertentu termasuk wakil rakyat untuk melaluinya.

Seramai 10 orang lagi yang cuba memasuki bangunan itu dihalang oleh polis yang menutup pintu berkenaan.

Polis juga menghalang MP Bukit Katil, Syamsul Iskandar Mohd Akim dan dua peguam Anwar, tetapi membenarkannya selepas para penyokong lain berundur dari kawasan pintu masuk tersebut.

5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.

Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.

5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang. Kalangan penyokong itu melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar!" beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba.

Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu.

5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”

Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh.

5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.

4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.

4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah.

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

4.26pm: Kira-kira 10 anggota polis beruniform dan pegawai unit khas berada di tingkat 2 banugnan mahkamah untuk mengawal kumpulan penyokong Anwar yang berada di luar, di luar kamar Mahkamah Rayuan.

4pm: Suasana dalam ruang mahkamah agak tegang memandangkan keputusan panel hakim masih tidak dapat dijangka.

Pintu masuk mahkamah sibuk dengan individu yang keluar masuk, tetapi individu yang telah mendapat tempat tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

Penyokong Anwar semakin bertambah kepada kira-kira 30 orang yang berkumpul di luar kompleks mahkamah untuk menunggu keputusan dalam suasana tenang.

3.36pm: Hakim Balia berkata mereka akan meneliti penghujahan dan memberi isyarat bahawa barisan hakim akan membuat keputusan dalam kes tersebut.

3:31pm: Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tiba di Istana Kehakiman dan bersalaman dengan para penyokong yang berkumpul.

Beberapa minit kemudian, anak sulung Anwar, Nurul Izzah tiba di kompleks berkenaan.

3.30pm: Shafee menamatkan penghujahannya.

3.25pm: Shafee meminta mahkamah menghalusi pengakuan doktor Pusrawi dengan teliti kerana ruangan terhad dalam laporan.

"Pesakit berkata beliau diserang dengan satu (objek) plastik dimasukkan ke dalam dubur (Saiful).”

Katanya, doktor itu juga menulis bahawa pesakit diliwat dan menasihati Saiful untuk pergi ke HKL.

3.22pm: Shafee menjawab beliau tidak hilang ingatan apabila meminta DP Vijendran memberi keterangan dari kandang tertuduh.

“Vijendran adalah peguam jenayah yang lebih baik berbanding saya, dan dia dinasihatkan oleh mendiang Christopher Fernando (Aris Rizal) untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh,” katanya.

3pm: Shafee membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”

2.50pm: Shafee berkata pihak pendakwaan telah menjawab dengan jelas mengenai isu degradasi dan pencemaran.

Beliau merujuk kepada satu lagi kes dan berkata: “Kita bercakap tentang isu degradasi. Anda memerlukan jumlah yang sedikit. Seah (ahli kimia) berkata degradasi bermula sebaik cecair itu keluar dari badan.”

2.47pm: Persidangan mahkamah bermula.

2.40pm: Anwar tiba di mahkamah dan berjenaka dengan pemberita yang beliau solat Jumaat di Kajang dan duduk dekat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala khutbahnya pula, kata Anwar, adalah mengenai pengharaman buku Ultraman.

12:31pm: Kira-kira 20 orang penyokong mengerumuni Anwar sebalik ketua pembangkang itu keluar melalui pintu belakang bangunan kompleks mahkamah.

Kumpulan berkenaan melaung slogan "Reformasi" sebanyak tiga kali, dengan diperhatikan beberapa orang anggota polis.

12.22pm: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45pm dengan penghujahan oleh Shafee. Shafee berjanji pengujahannya akan mengambil masa setengah jam.

12:05pm: Noorin berkata istilah “asli” dibangkitkan oleh McDonald kerana terdapat bacaan yang hampir tinggi ke atas sampel.

Beliau mempertahankan bahawa Seah tidak menyatakan bahawa tidak terdapat degradasi.

“Saintis masih belum menemui ujian degradasi kerana ia akan sentiasa berlaku, dan ia hanya soal interpretasi.”

"Ujian terakhir McDonald dilakukan pada 2004, dan sejak itu beliau hanya menafsir keputusan,” katanya yang merujuk kepada kerja-kerja lapangan McDonald.

11.50am: DPP Noorin Badaruddin mengemukakan hujah berhubung 18 allele.

"Profil DNA berdasarkan loci ke-16 DNA. 18 allele ini ditemui pada satu atau dua lokus, oleh dua ahli kimia berbeza.

"Ini adalah sebab Nor Aidora (ahli kimia) tidak melaporkan 18 allele. Allele itu hanya ditemui pada satu loci dan tidak perlu dilaporkan,” katanya.

11.47am: Karpal menjawab soalan Shafee berhubung soal alibi saksi.

"Seharusnya kenyataan dari kandang tertuduh adalah bahan bukti dan ia perlu diambil kira,” katanya yang menambah soalan itu adalah usaha untuk memesongkan hakim, yang perlu diambil perhatian.

Karpal menamatkan penghujahannya.

11.42am: Peguam Anwar Karpal Singh berkata Shafee mengalami “serangan amnesia” kerana peguam Umno itu berkata seorang individu yang memberi keterangan dari kandang adalah seorang yang rendah keupayaan mental.

"Bagaimanapun, Shafee mengemukakan DP Vijendran dan beliau memberi keterangan dari kandang.”

Hakim Zawawi menyoal sekiranya ini merujuk kepada bekas timbalan speaker tersebut, dan Karpal mengiakannya, yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.

Katanya, kenyataan dari kandang itu merupakan bahan bukti.

11.40am: Ram berkata pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira sudah didapati “berbohong” sebelum ini, yang ditentukan demikian oleh Shafee.

"Kami mendapati bukti Jude tidak memuaskan hati sama sekali dan dia sentiasa tidak bercakap benar dan atau hilang ingatan dan inilah yang ditulis oleh Shafee,” katanya.

Katanya, Jude adalah tumpuan utama dalam semua bahan bukti yang dekemukakan.

"Dia yang memegang sampel dan sampel sulit. Terdapat allele pihak ketiga di dalamnya.

"Inilah yang kita katakan merosakkan (bukti). Kita perlu menyokong penemuan hakim Mahkamah Tinggi, jika bahan uji itu telah dirosakkan,” katanya.

Ram menamatkan penghujahannya.

11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma.

"Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya.

"Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y',” katanya.

Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar),” katanya.

11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi.

11.25am: Ram mengemukakan hujah bahawa Seah tidak memisahkan antara bahagian sperma dan sel lain.

"Beliau berkata mustahil untuk memisahkan sel sperma dan bukan sperma. Namun saksi pakar kami (pakar DNA Australia Dr Brian McDonald) berkata ia boleh dipisahkan.”

"Apabila beliau berkata sel sperma itu dari male Y (Anwar), beliau hanya menganggap ia daripada sel sperma. Bagaimanapun, pemisahan tidak dijalankan,” katanya.

11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. “Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi.”

11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula.

11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin.

10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan.

Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut.

10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan.

Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

"Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya.

Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis.

10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan.

10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini.

10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu.

Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin.

"Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh."

10.20am:  Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu.

Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan.

"Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung.

"Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran."

10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa.

"Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu.

9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting.

Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut.

Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'.

"Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. "

Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain.

"Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu."

9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran.

Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA.

18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum."

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ.

Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya.

9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi.

Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi.

Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu.

Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu.

9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit.

"Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi."

Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang.

"Karpal akan datang kemudian," katanya.

Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional.

Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya.

9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka.

Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua.

8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah.

Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi.

8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah.

8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah.

~MK~

Anwar Tdak Dapat Bertanding Di Kajang

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata sabitan terhadapnya adalah untuk memastikan beliau tidak boleh bertanding di Kajang. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini kerana sabitannya dalam kes liwat II, membatalkan kelayakannya untuk menjadi calon.

Katanya, yang cukup menariknya ialah pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat rujukan khas kepada Kajang dalam mitigasi.

"Peguam saya telah diminta mengosongkan tarikh 7-10 April, dan tarikh-tarikh ini telah dibawa ke hadapan kerana ini (Kajang)," katanya.

"Karpal mempunyai perbicaraan kes bunuh pada hari Khamis dan dia telah diminta mengosongkan tarikh itu untuk perbicaraan ini," katanya.

Ditanya apa yang akan berlaku kepada Kajang tanpanya, ahli politik yang berusia 66 tahun itu berkata, kawasan pilihan raya itu akan menjadi lebih kuat.

Sambil ketawa Anwar berkata beliau yakin partinya akan menjadi lebih kukuh lagi kerana "bos mereka dalam kepayahan".

"Saya secara peribadi akan ke sana dan berkempen bagi memastikan kemenangan," katanya.

 Naib Presiden PKR, N Surendran berkata memandangkan Anwar telah disabitkan, maka soal "kehilangan kelayakan tidak dapat dielakkan".

Ketika Anwar menanti mitigasi bagi hukuman terhadapnya, yang akan diumumkan Mahkamah Rayuan lewat hari ini, Surendran berkata bahagian penting sekarang ialah kemungkinan "penangguhan pelaksanaan hukuman".

Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang individu yang disabitkan, tidak berkelayakan untuk menjadi calon jika sabitan itu termasuk hukuman penjara lebih setahun, atau denda lebih RM2,000.

Ini juga dinyatakan dalam buku panduan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon pilihan raya.

~MK~

Mahkamah Sudah Membuat Keputusan

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya mampu mengalirkan air mata apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan melakukan liwat pada tahun 2008.

Turut kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ialah anak perempuannya, termasuk MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang hadir ke mahkamah.

Keputusan mensabitkan Anwar, yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Tinggi Kuala Lumpur, dicapai sebulat suara oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Suasana hiba itu berlaku sewaktu mahkamah sedang menimbang untuk sama ada mendengar permohonan mitigasi (pengurangan hukuman) daripada peguam Anwar, Karpal Singh.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," kata Anwar.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh bagaimana pun bertegas mahu mitigasi diputuskan hari ini.

Wan Azizah bangun dari tempat duduknya di galeri awam dan cuba untuk menenangkan Anwar.

Serentak dengan itu, Nurul Izzah yang turut berada di galeri awam meninggikan suara dan mahu tahu kenapa mitigasi tersebut perlu disegerakan hari ini.

"Kenapa perlu tergesa-gesa?" tanya Nurul Izzah.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar. Mahkamah juga menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.

Mahkamah turut menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar paling lewat pada hari Isnin.

~MK~

Thursday, March 6, 2014

Sampai Mampus UMporNO Akan Menjahanamkan Anwar

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar SeriIbrahim daripada kes Liwat II akan didengar  di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga hari ini.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

LAPORAN LANGSUNG
4.10pm: Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.

"Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, 'Male Y' dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.

"Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.

3.40pm: Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan “orang ulu”  kerana mendapat pendidikan tinggi.

“Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.

“Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.

3.55pm: Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.

Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.

Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.

“Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”

Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.

3.35pm: Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.

Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.

Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.

3.25pm: Karpal mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.

Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.

“Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.

“Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”

3.00pm: Karpal berkata Jude, yang menjadi saksi utama, memberi keterangan bahawa degradasi mungkin berlaku ke atas sampel.

"Dr Siew meminta Jude untuk meletakkan sampel di dalam tempat sejuk beku tetapi beliau tidak melakukannya dan ini menunjukkan sampel tersebut terjejas apabila beliau meletakkannya di dalam kebinet.

"Kabinet tersebut bukan tempat sejuk beku, dan apabila ditanya oleh Sankara Nair jika ini melanggar prosedur polis, Jude tidak menjawab soalan tersebut.

“Beliau mengetahui bahawa beliau patut meletakkannya di dalam tempat sejuk beku untuk mengelakkan degradasi. Ini menunjukkan Jude tidak mengikut arahan Dr Siew dan menunjukkan beliau melanggar arahan tetap ketua polis negara.

Ram Karpal berkata sampel tersebut diberikan pada awal 29 Jun dan beliau membukanya pada pagi tersebut. Ram menambah, Jude hanya memberi sampel berkenaan pada malam 30 Jun.

Karpal berkatal Shafee memfitnah Anwar dan patut memohon maaf.

2.50pm: Karpal berkata setiap perkara dalam kes jenayah mesti terbukti melampaui keraguan munasabah.

Tambahnya, Shafee bercakap mengenai bukti Jude – saksi sama yang dikecam dalam pendengaran Suhakam.

2.40pm: Persidangan mahkamah bersambung semula.

Karpal mengemukakan bahawa mahkamah mesti menuruti bahan bukti yang dikemukakan. Beliau mengemukakan bantahan keras ke atas kenyataan Shafee terhadap Anwar.

12:40pm: Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. “Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?,” soalnya.

Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: “Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?”

"Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebakan Anwar dibebaskan).

"Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain”.

Hakim Aziah menjawab, “Kami tonton CSI”, yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.

Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti amat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.

Persidangan mahkamah ditangguhkan dan akan bermula semula pada jam 2.30 petang.

12.25pm: Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu didakwa berlaku.

Katanya, Awanr menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ini adalah tindakan licik.

Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.

12.15: Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.

Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.

12.05pm: Mahkamah meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.

Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.

Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.

Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.

11.55am: Shafee membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.

“Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan.”

11.45am: Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat menafsirkan bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.

Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik, katanya.

"Bagaimanapun, apabila ditanya oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas.”

Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.

Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.

Dalam kes ini, doktor HKL meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.

11.30am Prosiding bersambung.

Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mana sampel telah diletakkan tidak mengganggu bukti.

Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam tetapi itu bukan standard emas.

11am Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.

“Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup,” katanya.

Mahkamah berhenti rehat 15 minit.

10:50am Shafee berkata ahli kimia mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.

Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.

“Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot.”

Di luar mahkamah, berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis melarang kira-kira 40 orang penyokong berkumpul di ruang legar depan pintu masuk Istana Kehakiman.

Seorang pegawai polis beruniform menghalang penyokong berkumpul ketika Uncle Sow menyampaikan puisi.

Arahan itu menimbulkan sedikit ketegangan apabila mereka dilarang memasuki ruang legar itu untuk tujuan keselamatan.

"Kami punya ketua (Anwar) ada dalam (mahkamah), macam mana kami semua tak dibenarkan berada di sini.

"Kami datang nak sokong ketua kami! Mereka (polis) kata untuk tujuan keselamatan, kita datang tak berbahaya. (Kami) cuma menyokong, polis boleh periksa kita (kalau mahu)," kata seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini.

Akhirnya polis memberikan kebenaran mereka berada di ruang legar itu tetapi tidak boleh menghalang laluan pintu masuk ke pintu istana kehakiman.

10.46am Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude.

Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.

10.40am Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.

10:30am Di luar mahkamah, seorang lelaki Cina berumur 65 tahun yang enggan mendedahkan namanya menarik perhatian dengan menyampaikan puisi dan lagu mengutuk pentadbiran kerajaan BN, termasuk bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Antaranya rangkap yang disampaikan:

Mahathir hantu punya guru
Kata Cina, pakai hitam punya baju
Mahathir penipu nombor satu
Tanya apa lagi Cina mahu?

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang dan sekarang menetap di Kuala Lumpur sudah berada di Istana Kehakiman sejak pukul 8 pagi.

Menurut seorang penyokong Anwar, lelaki yang dikenali sebagai “Uncle Sow” itu sentiasa setia berada di mahkamah setiap kali perbicaraan Anwar.

10.25am Shafee berkata, pegawai penyiasat meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.

Tambahnya, hakim terkhilaf memutuskan beg plastik yang terkoyak menunjukkan ia diusik.

“Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup.”

10.13am Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan “asli” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

Shafee berkata, hakim perbicaraan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

Katanya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.

Shafee berkata, hakim salah anggap terhadap fakta.

“Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan  peri annal.”

Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.

10.10am Menurut Shafee, kadang kala kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY).

Katanya, daripada kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh.

10.08am Shafee berkata, tiada penjelasan bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

“Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar.”

10.05am Shafee berkata, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur dan menurut mereka terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya (kanan) turut berada dalam mahkamah. Mereka berdua berdiri di bahagian  belakang.

9.55am Berhubung keraguan munasabah, Shafee berkata, tidak perlu mencipta 100 peratus keraguan munasabah.

Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.

9.45am Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap integriti sampel itu.

“Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,

“Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee.

9.45am Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

Katanya lagi, hakum juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

“Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”

9.40am Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.

Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat  Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.

9.35am Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu. Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee berkata, penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

Kesemua tempat duduk dalam mahkamah penuh dan ramai lagi yang menunggu di luar kerana tiada tempat duduk.

9.30am Sesi mahkamah bermula dengan hakim Balia Yusof Wahi mengetuai tiga panel Mahkamah Rayuan.

9.28am Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

Keadaan di luar Istana Kehakiman tenang dan hanya beberapa orang penyokong Anwar dan sekumpulan kecil polis beruniform kelihatan di luar mengawal keadaan.

9.20am Pasukan pendakwaan sudah bersedia di dalam mahkamah dan menunggu peguam pembelaan Karpal Singh. Khabar angin tersebar bahawa Anwar akan failkan permohonan menukar hakim.

Di luar, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, beberapa aktivis dan penyokong AMK disekat memasuki Istana Kehakiman.

Beberapa minit kemudian hanya Rafizi dibenarkan masuk.

9.19am Mahkamah penuh sesak, termasuk kehadiran pemerhati antarabangsa.

Antara kelihatan di galeri awam wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen  Mark Trowell.

9:10am Ketibaan Anwar di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah serta dua anak perempuannya.

Beliau terus menuju ke kamar Mahkamah Rayuan di tingkat 2.

9.05am Kawalan keselamatan ketat di mahkamah ekoran insiden semalam yang menyaksikan orang ramai cuba merempuh pasukan keselamatan.

Orang ramai hanya dibenarkan memasuki mahkamah melalui pintu depan sahaja yang dilengkapi dengan mesin X-ray.

Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

~MK~