REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, May 10, 2015

Beli Tanah Pun Nak Sorok-Sorok Ke?

Riuh sekarang makcik-makcik, pakcik, pakcik, datuk nenek, mak pak, abang adik kakak, yang tua dan yang muda seperti beri ugutan kepada Tabung Haji untuk mengeluarkan duit simpanan mereka dari Tabung Haji selepas mendapat tahu yang pihak pengurusan Tabung Haji telah bercadang membeli tanah dari 1MDB yang sedang tenat sakit.

PM dan segala pak menteri jangan mimpi lagi sebab rakyat dah bangun dari tidur. Apa sahaja tentang 1MDB rakyat sudah pandang tidak ada ketelusan lagi daripada pihak KERAjaan terutama Murujib yang ada kaitan dengan 1MDB. 

GST pun belum habis kemarahan rakyat kini timpa pula satu lagi bala. Aku bukan nak tuduh atau nak hasut sesiapa cuma kita perlu fikir secara rasional tentang pembelian tanah ini. Ada lebih baik kita dengar pandangan kedua-dua pihak Tabung Haji dan 1MDB. Sekarang ni semua pihak mula membuat penilaian masing-masing hingga Che Det pun memberi pandangan bahawa Tabung Haji sedang bailout hutang 1MDB.
                 
Jika benarlah Tabung Haji membeli tanah itu sebagai pelaburan hartanah di Bukit Bintang. Memang tanah tersebut amat berharga di Kuala Lumpur ini. Rasanya belambak lagi tanah-tanah yang dibeli oleh tabung haji tapi belum habis dibangunkan. Ini secara sorok-sorok nak beli tanah 1MDB. Tentulah rakyat pertikai.

Kenapa urusan beli tanah ni nak disorok-sorok daripada pendeposit? Punyalah sorok hinggakan pengerusi Tabung Haji sendiri Datuk Seri Azeez Rahim yang ada kaitan dengan UMporNO tidak tahu akan pembelian tanah ini? Musykil dan pelik sangat... Tiga orang besar Tabung Haji Datuk Johan, Datuk Abdul Samad dan Tan Sri Ismee ada kaitan langsung dengan 1MDB

Aduh dahlah 1MDB la ni krisis hutang gila babi. Ini nak heret Tabung Haji pulak dalam kancah hutang akibat kebodohan pengurusan pegawai-pegawai yang mentadbir termasuklah Murujib - Awak Kat Mana? Awak Awak Kat Mana???

Barulah kena macam cerita P.Ramli Tiga Abdul. Jangan sampai perompak dan mencuri duit penyamun sudahlah. Bila bagi duit kat perompak duit rakyat habislah nanti dikerjakan cukup-cukup duit rakyat. Negara dah berhutang beratus billion. Duit tabung haji duit kita semua bukan duit mak bapak depa nak buat sesuka hati. Ada pulak yang kata dah sain haritu membenarkan duit kita digunakan untuk apa sahaja yang boleh memberi keuntungan.


Memang betul tapi biarlah berlandaskan syariah sikit. Jangan sampai nak cover hutang orang. Sedap-sedap mangkuk tu perabih duit rakyat dalam 1MDB dan sekarang ni tengah nazak berhutang ada pula orang lain yang nak tolong cover hutang tu. Takkan macam tu jer kot macai-macai UMporNO. Korang yang boros berhutang pandai-pandailah cari duit jangan memandai-mandai nak guna duit rakyat.

Nak buat sesuatu tu ingatlah Allah tu nampak walau nak sorok macam mana sekalipun daripada pengetahuan rakyat. Sekarang bila rakyat dah tahu beli tanah pun nak sorok-sorok mulalah nak jual semula. Takut juga dengan rakyat ye. 

Murujib ceramah di Sabah katanya sampai 40 ribu yang hadir menunjukkan sokongan padu rakyat kepadanya dan Murujib tak akan meletak jawatan. Cuba hang mai ceramah kat Semenanjung ada sampai macam tu punya ramai. Jadilah PM untuk seluruh negara bukan Sabah sahaja beb. Jangan berselindung setelah melesapkan duit 1MDB. Bagilah jawapan kerana rakyat nak tahu mana perginya duit tu.

Tabung Haji diberi amanah oleh pencarum untuk melabur ke tempat-tempat yang betul kerana pencarum nak pergi Mekah rumah Allah. Janganlah ikut jejak Kak Jat kita habis 250 juta yang diberi kepercayaan untuk beli lembu tapi pi beli kondo. Best-best lembu duduk dalam kondo kah...kah...kah




Pemuda UMporNO Pertikai Tabung Haji

Isu Tabung Haji Beli Tanah 1MDB : Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.
Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.
PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF

1)    Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2)    Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3)    1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?

Soalan kepada TH

1)            Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?

2)            Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai? Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? 

Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?
3)        Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? 

Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih rendah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?
PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima

Friday, May 8, 2015

Analisis Rawak PRK Permatang Pauh

PRK P44 Permatang Pauh telah berlalu dengan kegembiraan terpancar pada riak wajah pejuang-pejuang Pakatan Rakyat terutama penyokong-penyokong tegar PKR. Apa tidaknya PKR telah menempah sejarah lagi rekod tanpa kalah selama 33 tahun sejak Anwar bertanding di situ dan diganti dengan isterinya Kak Wan.

PKR telah diumum memenangi PRK dengan jumlah undi 30316 undi manakala BN mendapat 21475. Bagi dua calon lagi mampos pilah kat depa tu sebab buat menyemak jer jadi calon. Majoriti yang dimenangi PKR ialah 8841 turun hampir tiga ribu berbanding pada tahun 2013 dengan mendapat majoriti 11721.

Walaupun BNGST mendabik dada mengatakan PKR telah kalah dalam majoriti tetapi umum mengetahui bahawa BNGST yang kalah teruk kali ini kerana pada tahun 2013 BNGST mendapat undi sebanyak 25369 turun hampir empat ribu undi. Ini menunjukkan pengundi-pengundi di Permatang Pauh telah menolak BNGST dengan isu-isu semasa kini.

Mengapa pula PKR merosot majoriti undinya???

Pertama, mungkin kerana jumlah yang keluar mengundi dalam PRK ini hanya lebih kurang 74 peratus. Mungkin pengundi-pengundi dari luar tidak pulang mengundi disebabkan jatuhnya pada hari bekerja. Ditambah pula kemungkinan ada majikan yang tidak beri cuti atau pelbagai karenah untuk pulang mengundi dengan syarat-syarat yang sukar diterima budi bicara. Seperti yang berlaku di Teluk Intan calon DAP Dyana kalah dengan Datuk Mah kerana peratusan keluar mengundi di bawah 70 peratus. Tetapi masih terbukti bahawa Permatang Pauh masih ramai lagi anak-anak muda yang menetap di situ sebagai penyelamat.

Kedua, propaganda BNGST yang mengatakan PAS memboikot berkemungkinan menyebabkan akar umbi PAS terus memboikot dengan tidak keluar mengundi atau mengundi parti BEBAS dan PRM. Nak kata PAS mengundi BNGST kerana menyokong hudud adalah tidak benar kerana undi BNGST pun telah merosot sebanyak hampir 4 ribu. Mungkinlah ada 100 atau 200 penyokong PAS yang mengundi BNGST. Lantak pilah kat depa tu.

Ketiga, kemungkinan juga ada pengundi-pengundi cina yang masih tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat sejak PAS dan DAP telah mencetuskan kegawatan dalaman dalam Pakatan Rakyat tetapi mereka tidak mahu mengundi BNGST. Jadi mereka terus memboikot dengan tidak keluar mengundi PKR.  Ini yang kita takutkan jika perkara ini berlarutan lagi sukar untuk PKR mengekalkan majoriti yang agak selesa.

Apa sahaja analisis awal kesemuanya perlu di ambil kira pelbagai faktor bukan bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat tetapi untuk menguatkan kembali mana-mana yang lemah dan menampung mana-mana yang kurang.

TAHNIAH kepada semua jentera Pakatan Rakyat terutama daripada PKR, DAP dan PAS yang sanggup turun berkempen dan bertugas sehingga kita meraikan detik-detik kemenangan dengan pesta perarakan DS Wan Azizah ke seluruh Permatang Pauh.

Wednesday, May 6, 2015

Analisis Rawak PRK Rompin

Apakah PAS sudah melakukan yang terbaik untuk meraih undi di Rompin? Umum semua orang tahu PAS sememang bersedia dan berada di dalam kedudukan yang terbaik semasa PRK Rompin tapi kenapa PAS masih lagi gagal untuk meraih undi yang boleh memberangsangkan? Dimanakah silapnya?

Semua tahu BNGST berhadapan dengan pelbagai masalah nasional yang serius seperti masalah:

1. GST
2. 1MDB
3. Hutang negara
4. Kritikan Tun Mahathir terhadap pentabiran Najib
5. Isu Felda dan FGV
6. Kelemahan Najib dalam pentadbiran
7. Keborosan Rosmah
8. Ketidakbijaksanaan menteri kabinet Najib
9. Isu rasuah
10. Isu Altantuya
11. Kegagalan melaksanakan janji PRU13
12. Masalah kos sara hidup meningkat
13. Dan lain-lain lagi

Rompin mewakili majoriti mutlak orang Melayu. Di sinilah peluang PAS untuk membuktikan penerimaan mereka oleh masyarakat Melayu. Namun tiada perubahan yang drastik dapat dilihat menerusi PRK Rompin bagi menggambarkan Pas di Rompin.

Undi PAS boleh dikatakan statik. Undi yang diterima mungkin juga dari isu-isu besar di atas. Mungkin juga masyarakat Melayu Rompin masih lagi kurang yakin dengan kepimpinan PAS yang ada dalam hal urusan pentadbiran.

Jika dilihat dari PRU12 dan PRU13 undi PAS tidak ada peningkatan yang ketara. Hanya meraih undir di bawah 15000 sahaja sedangkan umum tahu Rompin mempunyai jumlah pengundi berdaftar melebihi 54000.

Di manakah silapnya???

Adakah PAS cukup yakin dengan gaya pimpinan PAS yang jurus kepada pro-ulama sahaja mereka sudah mampu meraih undi?

PAS harus sedar yang rakyat masih belum bersedia dan urusan tarbiyyah perlu dilakukan berterusan dengan pelbagai kaedah dan cara.

Keghairahan ulama muda dalam perebutan kuasa melalui pimpinan yang ada kini membuat rakyat jelak dan terus kaku dari terus menyokong PAS. PAS harus dilihat lebih terbuka universal dan mewakili semua jika ingin berjaya.

BNGST masih lagi mengekalkan kerusi Rompin walaupun dengan majoriti yang amat berkurangan. Kekurangan yang nyata mungkin satu protes yang cuba ditunjukkanoleh masyarakat Melayu Rompin. Kekurangan peratusan keluar mengundi cukup ketara pada PRK kali ini walaupun jentera BNGST dikatakan telah berjaya menghubungi lebih 85% dari keseluruhan pengundi Rompin.

Isu-isu besar yang dinyatakan di atas menyumbang kemerosotan yang jelas undi yang diperolehi oleh BNGST. BNGST harus sedar majoriti masyarakat masih berkeyakinan dengan pentadbiran BNGST walaupun terdapat banyak kelemahan yang amat ketara.

BNGST sebenarnya berada di tahap cukup lemah dan kritikal pada waktu ini namun masyarakat Melayu masih berharap pimpinan yang ada kini sedar dan berubah. TAPI ADAKAH NAJIB AKAN BERUBAH???

BNGST harus bersyukur kerana masyarakat Rompin hanya memboikot dengan tidak keluar mengundi dan tidak memberi undi kepada PAS. Mereka masih lagi berharap BNGST akan menjaga kebajikan mereka. TAPI NAJIB NAK JAGA RAKYAT ATAU BINI DIA???

BNGST perlu sedar hakikat ini sebelum terlambat. Hahaha...

~pemerhatipolitikrompin~

Permatang Pauh Menunggu Pengundi Pakatan Rakyat

Kekalahan PAS di Rompin tidak akan melemahkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus berkempen di saat-saat akhir menjelang PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, ESOK!!! Kita sebagai penyokong Pakatan Rakyat akan terus berusaha memastikan kesemua penyokong Pakatan Rakyat BALIK MENGUNDI agar Permatang Pauh kekal milik PKR.

Janganlah kita samada PKR, DAP dan PAS bertelagah kerana dalam PRK di Rompin semua parti dalam Pakatan Rakyat telah bersatu mengurangkan majoriti BNGST sehingga separuh berbanding PRU13 yang lepas. Memang kita kalah dan terima kenyataan kekalahan kita itu disebabkan pengundi-pengundi tegar yang tetap menyokong BNGST namun kita dapat berbangga memberi signal kepada Najib bahawa pengundi-pengundi di Rompin telah menolak kepimpinan BNGST dengan pengurangan majoriti.

Sekarang ini masa kita ialah bukan sahaja berkempen di Permatang Pauh sahaja kerana pada hari ini masih ramai lagi anak-anak muda yang berada di luar Permatang Pauh sedang mengumpul wang tambang untuk pulang mengundi. Dalam rencah politik ini bermacam-macam karenah diberikan oleh majikan-majikan yang besar kemungkinan pro-BNGST tidak membenarkan pengundi-pengundi Permatang Pauh pulang mengundi atau memberikan pelbagai syarat yang menyusahkan pengundi luar.

Sebab itu pengaruh media massa amat penting bagi memujuk rayu agar para penyokong Pakatan Rakyat pulang dan jangan mengulangi sejarah di Teluk Intan apabila DAP kalah kerana peratus keluar mengundi di bawah 70 peratus. Jika PRK Permatang Pauh mencatat kejatuhan pengundi keluar mengundi dan tidak pulang ke kampung kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan kalah.

Harapan saya kepada rakan-rakan dalam PAS janganlah memboikot PRK Permatang Pauh ini kerana di PRK Rompin penyokong-penyokong PKR dan DAP telah memberi undi kepada PAS hingga kemerosotan majoriti BNGST. Amatlah wajar PAS juga membalas budi dengan memenangi DS Wan Azizah. Biar seketika pergolakan dalaman yang berlaku kerana yang penting sekarang kita nak BNGST tahu yang Pakatan Rakyat tetap utuh walau ada aral mendatang.

JOM BALIK MENGUNDI


BN Menang Dalam Kekalahan

Berakhirlah sudah PRK Rompin dengan keputusan menyebelahi BNGST. Walaupun Pakatan Rakyat telah berkempen penerangan tentang bahayanya GST kepada anak bangsa pada masa depan namun 8 ribu lebih pengundi yang masih menyokong sistem yang zalim kepada rakyat.

Boleh dikatakan anak-anak muda termakan janji-janji BNGST yang mungkin mengatakan mereka hidup di zaman BNGST menyuap dengan segala pembangunan di kota jadi mereka perlu membalas budi KERAjaan BNGST dengan memangkah BNGST juga.

Tidak seperti saluran 4,5 dan 6 yang mewakili suara golongan lama yang setia dan boleh berfikir dengan waras bagaimana terdesaknya KERAjaan BNGST mengenakan cukai zalim kerana mereka yang bersusah payah membanting tulang empat kerat namun senang-senang Murujib nak rembat duit rakyat.

Anak-anak mungkin belum faham dan sedar akan akibat dan masalah yang akan timbul pada masa datang dengan peningkatan jumlah hutang negara meningkat 400 billion lebih yang dikatakan setiap anak yang lahir di dunia telah pun berhutang dengan KERAjaan BNGST sebanyak RM30000 untuk melangsaikan hutang negara jika fikir logik matematik.

Apapun tahniah kepada parti PAS dan Pakatan Rakyat kerana telah mengurangkan majoriti BNGST pada 2013 yang lepas agak selesa sebanyak 15114 namun pada kali ini menyaksikan lebih separuh undi majoriti kepada 8895 undi. Ini menunjukkan walaupun BNGST memenangi PRK Rompin ini namun situasi berbeza harus dilihat dalam pelbagai aspek.

Ye lah...

Nak ubah mentaliti 15 ribu pengundi bukan senang dalam masa kempen 2 minggu sahaja. Signal yang diberikan oleh pengundi di mana separuh majoriti telah beralih angin kepada Pakatan Rakyat menunjukkan KERAjaan mula gerun dan tercabar juga dengan karenah rakyat yang pada bila-bila masa dalam PRU15 akan datang menghumban UMporNO dan BNGST terus ke lembah hina kekalahan.

Esok kita akan menyaksikan pula pertandingan BNGST menentang penyandang PKR di Permatang Pauh dan kita harap majoriti PKR di situ akan lebih tinggi sebagai signal pengundi menolak GST dan politik zalim regim UMporNO.

Tuesday, May 5, 2015

Betulkah UMNO Sokong Hudud?

Lagi dekat dengan PRK P44 Permatang Pauh lagi banyaklah koleksi-koleksi ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak UMporNO yang berkempen untuk memujuk pengundi menyokong BaNGSaT. Tampil pula Ustaz Kazim Elias yang menyeru supaya memangkah BN konongnya untuk menguatkan sokongan Hudud oleh PAS.

Sejak bila BN sokong hudud. Oh ye... Terlupa pulak aku yang BN ni ramai parti dalamnya. OK lah aku nak tanya bila pula UMporNO sokong Hudud??? Jika Kelantan hendak membawa RUU Hudud untuk dibentangkan di Parlimen yang pertama lihatlah keikhlasan parti UMporNO dulu.

Pertama...

Sibuk mengatakan bahawa RUU Hudud tidak dapat dibentangkan kerana ada banyak lagi akta yang perlu dibentangkan. Jadi kemungkinan RUU Hudud akan dibentangkan kemudian dan untuk melaksanakan perlu sokongan majoriti MP UMNO dan PAS sekiranya PKR dan DAP tetap dengan pendirian tidak menyokong.

Jika UMporNO benar-benar ikhlas RUU Hudud ini akan boleh jugak dibentangkan lantaklah sehebat mana akta lain yang perlu disegerakan kerana RUU Hudud ini hukum Allah kot. Bukan hukum manusia buat dan tentu lebih diutamakan.

Kedua...

Sampai sekarang Perdana Menteri Murujib masih membisu soal menyokong atau tidak hukum dudud ini dilaksanakan hinggakan parti-parti dalam komponen BN telah menyuarakan yang PM tidak menyokong RUU Hudud ini. Adakah Murujib nak jaga hati parti MCA dan MIC dalam BN dan menjaga hati PAS untuk mewujudkan KERAjaan Perpaduan???

Minta Murujib buat live yang mengatakan UMNO menyokong RUU Hudud dibentangkan dan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan secepat yang mungkin kalau ada teloq lah. Kompom MCA dan MIC keluar parti BN beramai-ramai. Takut Murujib ni duri dalam daging dan talam dua muka kepada parti PAS.

Ketiga...

TGHH mengatakan lantaklah soal keikhlasan UMporNO samada ikhlas sokong atau tidak tapi ambil kira yang disebut secara lisan. Agenda UMporNO menyokong Hudud dan tidak meletakkan calon PRK di Kelantan baru-baru ini supaya PAS pun buat perkara yang sama tidak melawan di Rompin dan membantu UMporNO di Permatang Pauh tetapi lain pula jadinya.

PAS tetap bertanding di Rompin dan turut membantu di Permatang Pauh walau sekoq dua yang ketegaq nak boikot mampuih pi lah kat dia tu. Ini mengecewakan UMporNO yang mengharapkan sokongan padu PAS. Akhirnya PAS telah termakan janji-janji UMporNO dalam isu Hudud.

Keempat...

Kalau UMporNO dah berani sokong sangat Hudud tu buatlah secara menyeluruh satu negara bukan setakat di Kelantan yang ditadbir oleh PAS gabungan Pakatan Rakyat. Buat juga di Perlis sampai Johor jika tak nak diganggu gugat oleh kerajaan Sabah dan Sarawak sebab itu deposit tetap untuk BN menawan Putrajaya sampai bila-bila. 

Ini pun PAS tak nampak ke keikhlasan hati UMporNO. Tak perlulah cakap berdegar-degar sokong Hudud di Kelantan tetapi tak sokong Hudud dilaksanakan di seluruh negara. Inilah cakap orang munafik. Lagi bahaya orang munafik daripada orang kafir kerana sokongan yang mempunyai agenda tersembunyi.

Kelima...

DAP mungkin boleh menerima Hudud jika diberi penerangan berterusan dan duduk rundingan meja bulat bersama pempinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku rasa yang buatkan DAP bengang ialah sikap Presiden PAS TGHH yang tidak menyokong DSWA sebagai MB Selangor dulu dan sering berubah pendapat telah menjadi luka dan bernanah dalam hati DAP dan PKR.

Macam orang kata bila dah tak suka tu buat apa pun semuanya nampak tak elok. Semasa kempen di Permatang Pauh, yang banyak turun berkempen ialah abang Mat Sabu yang kini masih lagi berjawatan Timbalan Presiden PAS dan tak tahulah nasib beliau selepas ini. Harap-harap abang Mat boleh lagi mengepalai PAS lagi. Amin.

Keenam...

Untuk masa terdekat Hudud bukanlah satu keutamaan kerana untuk memenangi PRK Permatang Pauh ini perlu usaha digembleng dengan begitu baik dari parti PKR, PAS dan DAP. Rakyat mahu lihat ketiga-tiga parti terbesar ini bersatu hati dan lupakan sengketa seketika bagi menggerunkan UMporNO yang hanya mahu bertepuk tangan melihat perpecahan Pakatan Rakyat.

UMporNO sendiripun sekarang telah dipertikaikan oleh ahli-ahli setelah pelbagai skandal dan kemewahan yang melampau membabitkan Presiden BNGST sendiri. Di tambah pula bekas PM Tun Mahathir juga menempelak Najib yang diam diwaktu rakyat menuntuk jawapan.

Oleh itu...

PKR, PAS dan DAP jangan masuk perangkap dan propaganda UMporNO dan BNGST ini agar perpaduan Pakatan Rakyat tetap utuh dan terus bergerak di landasan yang betul. Kita mahu menang demi anak bangsa dan bukan janji kosong BN yang akan belum tentu akan menyokong Hudud jika menang nanti. 

Setelah apa yang UMporNO buat pada TGNA, DSAI, Mat Sabu, Mustafa Ali, Azmin Ali, LGE dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain dalam isu seks takkanlah kita masih nak ikut barua-barua dan menjadi macai-macai dalam BNGST sebangsat-bangsat haram jadah ni.

UNDILAH PKR kerana keikhlasan kita untuk menentang kezaliman BNGST.

Monday, May 4, 2015

UMNO baru vs UMNO lama

Sejarah UMNO yang dikaburkan

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah!

Utusan Malaysia 12 Feb 1988, berita berkenaan penubuhan UMNO Baru.
Utusan Melayu 16 April 1988, Ku Li memberi kenyataan mempertahankan UMNO lama dan akhirnya membawa penubuhan parti Semangat 46.

UMNO…DULU 

Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Feberuari 1988.

Antara Asas dan Tujuan:-UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah pertubuhan parti politik bertujuan untuk menentang Malayan Union, mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan UMNO yang berteraskan Melayu tidak menyimpang dari kehendak Islam.
Ketegasan UMNO untuk agama Islam terbukti dengan tertakluk dalam perlembagaan yang menyebutnya di dalam fasal 3.3 : ‘Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan agama.’

Hakikat Sebenar (10 tahun terakhir):-
1. Menghapus tulisan Jawi
2. Perompak harta negara
3. Pengkhianat bangsa Melayu

UMNO BARU

Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988)
NST 9 April 1988, Tunku cuba menghalang cubaan mengambil alih aset UMNO oleh Dr. Mahathir.
Berita Harian 7 September 1988,Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn membuat rayuan terakhir mempertahankan harta atau aset UMNO daripada diambil oleh Dr. Mahathir.

Asas dan tujuan penubuhan semula:

-UMNO (BARU) adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara serta ingin menyelamatkan aset UMNO semasa yang bernilai lebih dari satu billion.

Hakikat yang hakiki (10 tahun terakhir):-
1. Melahirkan ramai pengamal RASUAH yang hebat
2. Perompak harta UMNO dan negara
3. Perompak wang Tabung Haji dan KWSP
4. Pengkhianat bangsa Melayu (menghentam raja-raja Melayu)
5. Memenjara bangsa Melayu melalui tuduhan palsu dan hukuman tanpa bicara (ISA)
6. Menghina Nabi Muhammad s.a.w
7. Menyekat dakwah ISLAM yang sebenar
8. Memperlekeh Al-Quran dan penentang hukum ALLAHyang hebat
9. Meroboh surau dan masjid ALLAH
10. Menyokong program hiburan maksiat
11. Membiarkan gejala MURTAD terus menular dalam kalangan bangsa Melayu
12. Memperkenalkan Mazhab baru iaitu HADHARI (difahamkan ia singkatan daripada (Ada HAD pada HARI tertentu)

MENGAPA PENGGUNAAN NAMA ‘UMNO BARU’ TIDAK DI GUNAKAN?
Utusan Melayu 2 September 1988, Mahkamah Tinggi mengarahkan pengunaan nama UMNO baru dikekalkan.
Tapi…
Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Begitulah sehingga hari ini. Anak-anak muda yang buta sejarah begitu mudah mempercayai UMNO yang ada pada hari inilah yang begitu berjasa kepada negara. Walhal pemimpin UMNO yang asal sebenarnya puas dicemuh oleh Dr Mahathir dan sekutunya pada masa itu. Rujuklah sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.

Jadi,apalah sangat jika UMNO baru yang ada pada hari ini karam atau terkubur..

Jika UMNO yang asal,yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan telah diharamkan oleh mahkamah. Biarlah hayat UMNO baru yang ada pada hari ini dikuburkan oleh rakyat. Kerana rakyat semakin mual dengan UMNO yang sudah hilang “melayu”, apatah lagi “islam” yang entah kemana hala tujunya.

~pulakdah~

Awas Propaganda UMporNO

Berbekalkan tiga hari lagi sebelum PRK P44 berlangsung pada hari Khamis sibuklah barua-barua UMporNO berkempen dan mengedarkan propaganda bagi menjatuhkan imej Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kak Wan.

Sinonim dengan UMporNO yang bila disebut sahaja maka semuanya berkaitan seks! seks! dan seks! sahaja. Blogger cap ayam UMporNO yang dibayar terlalu terdesak sangat ke untuk menjatuhkan pihak lawan???

Pakatan Rakyat sibuk dengan penerangan kepada orang ramai tentang cilakanya sistem GST pada anak cucu dan penyelewengan 1MDB yang diterajui Murujib tetapi UMporNO mengetengahkan isu-isu yang menjatuhkan imej pemimpin-pemimpin pakatan rakyat.

AWAS para pejuang Pakatan Rakyat,

Kempen kita perlu beritahu rakyat dan pengundi-pengundi khususnya bahawa KERAjaan UMporNO bukanlah KERAjaan hakiki di Malaysia ini yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. 6 propaganda inilah yang selalu dikenalpasti oleh macai-macai blogger UMporNO untuk menakutkan orang-orang Melayu:

1. Jika Pakatan menang kuasa Raja akan terhapus.
    
UMporNO kata Pakatan akan menggubal Parlimen untuk membuang kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi di setiap negeri dan DYMM sebagai pemerintah tertinggi negara Malaysia. Kalau korang tengok sekarang siapa yang berlagak jadi seperti 'maharaja' dan 'first lady'???

Murujib dah buat negara Malaysia ni macam dia punya hinggakan rakyat dilupakan siapa yang empunya negara ini. Cuma dah dalam perlembagaan tertulis Raja Berpelembagaan dan rakyat semua tahu yang lebih berfungsi menjalankan urusan negara ialah Perdana Menteri bukannya raja. Jadi sewenang-wenangnya Murujib wal Rosmah ke hulu ke hilir naik jet perabih wang rakyat. 

2. Jika Pakatan menang kuasa pemerintahan orang Melayu akan terkubur.

UMporNO menakutkan orang-orang Melayu supaya rasis kononnya Pakatan akan melantik pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri. Ini kerana mengikut trend sekarang DAP memenangi banyak kerusi di Parlimen berbanding PAS dan PKR. Sedangkan DSAI merengkok dalam penjara. Bodoh ke bangang ke apa??? Bangsa Melayu punyalah ramai majoriti di negara ini kot. Memanglah dalam perlembagaan tidak tertulis siapa yang layak menjadi Perdana Menteri tetapi 
    PAS telah mengatakan semestinya yang layak ialah orang itu beragama Islam. 
    PKR pula tetap mengetengahkan pemimpin-pemimpin kanan yang berbangsa 
    Melayu dalam parti itu untuk menjadi Perdana Menteri dan DAP pula tak 
    pernah terlintas nak menjadi Perdana Menteri cukuplah sekadar menjadi Ketua 
    Menteri di negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor. Sebab itulah 
    UMporNO nak merebut semula Pulau Pinang sebab duit rasuah dah terlepas.

3. UMporNO sebagai pembela Melayu jika UMporNO kalah orang-orang Melayu 
    akan menjadi hamba di Malaysia.


Dey tambi, parti UMporNO berjuang atas nama Melayu bukan Islam. Jangan  katalah Melayu tu Islam. Jika Islam UMporNO yang dedah sana sini, rasuah sana sini, sosial sana sini, seks sana sini, pau duit rakyat sana sini dan macam-macam maksiat sana sini janganlah berlagak sangat nak perjuangkan Islam. Kalau UMporNO kalah sekalipun, parti UMporNO lah yang mampos. Dulu memang nama UMNO tapi telah diharamkan oleh mahkamah dan ditubuhkan dengan nama UMNO BARU tetapi mana perkataan BARUnya itu??? Ada kah UMNO yang lama telah diharamkan menjadikan Melayu hamba??? Nama sekarang UMNO BARU adakah menjaga sangat bangsa Melayu??? 

*  Nanti aku ceritakan dalam post akan datang apa yang berlaku dengan UMNO 
   BARU.

4. Jika Pakatan menang hak keistimewaan orang Melayu akan hilang.

Ini lagi satu bangang ke apa ke bodoh sangat mangkuk-mangkuk UMporNO ni. Di bawah blog aku ni aku ada tulis dan tak padam-padam apa yang UMporNO  telah buat pada orang-orang Melayu. Korang boleh skroll dan baca di bawah  
sekali supaya kita semua ingat durjananya UMporNO pada orang-orang Melayu. Inilah yang dikatakan baling batu sembunyi tangan. Masih nak berselindung kekejaman yang mereka telah hancurkan kepada bangsa Melayu sendiri.

5. Jika Pakatan menang Islam akan terhakis.

Nauzubillahiminzalik. Tak perlulah nak main-mainkan hal-hal agama sebegini. Dalam agama ada politik dan tidak boleh dipisahkan. Hanya puak-puak dan macai-macai UMporNO kata jangan campur adukkan agama dengan politik. Samalah macam kita tengok filem perang tetapi tiada peperangan hanya  sembang dan sembang dan sembang. Boring gila beb. Jadi agama Islam adalah yang teratas dalam perlembagaan negara. Tak ada masa Pakatan nak tukar  perlembagaan supaya agama Islam berada dikedudukan sama level dengan agama-agama yang lain. Prinsip kita supaya agama-agama lain dihormati bukan untuk agama-agama lain berdakwah kepada orang-orang Islam. Inilah ulama-ulama UMporNO tak nak buat. Sibuk hal dunia sampai lupa yang agama lain dah berkembang. 

*  Ini pun nanti aku cerita dalam post seterusnya.

6. Jangan perjudi nasib kerana BNGST telah terbukti membela rakyat.

Kami tidak perjudi nasib wahai mangkuk. Kami hendak mengubah nasib kami. Lebih 57 tahun kot kami diperbodohkan dan dipergunakan untuk kepentingan kekayaan pemimpin-pemimpin UMporNO. Pemimpin-pemimpin UMporNO ni hasil didikan penjajah British. Takkanlah British nak bagi merdeka senang-senang jika para pemimpin UMporNO tidak mahu mengikut matlamat penjajah. Sedangkan ramai pejuang Melayu yang mati dibunuh kerana menentang British. Kerana apa??? Keranamu Malaysia??? Bukan beb. Kerana mereka tidak mahu langsung ada kesan penjajahan British dalam dada orang Melayu. Tetapi UMporNO terima sahaja sebab boleh menguntungkan mereka. Ye GST menguntungkan KERAjaan Murujib wal Rosmah untuk bershopping mewah.

7. Jika Pakatan menang Bahasa Melayu akan terhapus.


Boleh blah la bongok. Zaman MahaFiraun lagi Bahasa Melayu dah  terhapus dengan pelaksanaan PPSMI. Akhirnya bila ada demo rakyat maka PPSMI dimansuhkan ternyata sistem ini hanya membuang masa dan merugikan anak-anak Melayu dan mengkayakan kroni-kroni UMporNO. Pemimpin-pemimpin UMporNO pun bangga gila menggunakan Bahasa Inggeris bila bercakap kononnya bahasa kedua negara. Apabila bahasa kedua sepatutnya tetamu yang datang perlu bercakap dalam bahasa Melayu bukan kita dan tetamu itu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kita bertutur dalam bahasa Inggeris jika ke luar negara kerana bahasa Inggeris sekarang dah jadi bahasa antarabangsa. Itu maksudnya. Ini semua salah siapa??? Pakatan ke??? Peristiwa KERANDA 152 itu angkara siapa???

BANGUN dan SEDARLAH wahai anak-anak muda dari ditipu UMNO dan BNGST ini.