REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 6, 2015

Nothing2Hide Episod Kedua

Laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan itu mendakwa bahawa ia dilakukan dengan 1MDB membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.

Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.

"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan Najib, menurut jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.

WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.

Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum Mei 2013 lapor Malaysiakini.

Sebenarnya cerita-cerita macam ni dah biasa kita rakyat bawahan dengar. Memang ada lambakan duit dari syarikat-syarikat yang pernah ditolong UMNO dan BNgst untuk membalas jasa dan budi dengan memberi duit untuk perbelanjaan PRU. Jika tidak mana UMNO dan BNgst nak cekau duit bagi rasuah pada pengundi-pengundi. Tempat-tempat yang agak panas tentu banyak berguni-guni duit dilambakkan pada setiap malam dan akar umbi rakyat dah tahu pun.

Memang mudah Najib nak nafikan hal ini tetapi lagi mudah jika dikemukakan yang akaun di dalam AMBANK Islamic itu bukan atas namanya jika benarlah hampir 2 bilion ringgit telah dimasukkan. Tapi jika benar ada pemberian dana sehingga 2 bilion ringgit ke dalam akaun yang status namanya tidak dikenali itu matlamatnya untuk apa???

Punyalah banyak wang yang dimasukkan bukan sedikit dan jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Rakyat mungkin tertanya-tanya jika benarlah Najib menerima wang sebanyak itu tidak mustahillah Rosmewah bernafsu besar dengan berbelanja sesuka hati tahap setan. Beli beg tangan yang beratus ribu ringgit, cincin mencecah puluhan juta ringgit, belum dipastikan berapa pula harga pakaian, kasut, apa-apa sahaja aksesori yang dipakainya walaupun rakyat terkejut salun rambutnya sahaja mencecah RM1200 sekali. Dalam sebulan berapa kali nak basuh rambut???

Sebab itulah adik Najib sendiri dah musykil dengan abangnya sendiri apabila rakyat mempersoalkan kemewahan yang melampau berbanding gaji yang diterimanya. Apabila PMO mengatakan semua kemewahan itu datangnya dari warisan ayahnya bekas Perdana Menteri mulalah adiknya Nazir Razak pengerusi CIMB kumpulan perbankan kedua terbesar di Malaysia melenting kerana kesederhanaan ayahnya dibawa dalam masalah Najib dan Rosmewah.

Jika benar Najib nak saman WSJ memang bagus untuk membersihkan namanya tetapi siasatan perlulah dilakukan segera. Janganlah kerana nak saman WSJ siasatan diberhentikan semata-mata Najib dah mula ada teloq dan berani kerana benar. Kekadang tu Najib ni cakap je macam guruh tapi hati kecik nak mampus. Najib perlu diminta bercuti dan direhatkan untuk siasatan di ambil ke atasnya. Biarkah TPM mengurus hal negara sementara kes ini selesai.

Di belakang asyik menuduh orang itu orang ini Tun Che Det nak menjatuhkan maruah nak gulingkan kerajaan tak kemana pun. Rakyat nak tahu cerita sebenar di sebalik 1MDB ini. Pernah dikatakan Jho Low telah membawa lari USD700 juta yang hampir sama dengan yang dikhabarkan Najib terima dalam akaun peribadinya. Atau adakah duit ini sepeti chips more sekejap ada sekejap tiada???

Yang pastinya RM42 billion wang rakyat telah hilang dari 1MDB yang sekejap melabur di PetroSaudi, sekejap ada di Pulau Cayman, sekejap dah bawa balik ke Malaysia tapi di simpan di bank Singapura, sekejap bukan dalam bentuk tunai tapi dalam bentuk aset??? Hang gila ka Najib!!!

Mana satu yang betul ni. Bila buat dialog Nothing2Hide hang lari sebab takut jumpa Che Det. Bila TMJ tegur sikit keluarlah macai-macai dan barua-barua mempertahankan Najib. Najib walaupun pening kepala tidur tak lena menanti kemusnahan UMNO dan BNgst hasil dari ketidakcekapan mentadbir negara memang betullah firasat Allahyarham Ustaz Fadzil Noor mengatakan Che Det dipanjangkan usianya untuk melihat UMNO hancur di depan mata. Dan lebih takut segala pemimpin UMNO dan BNgst akan diheret oleh rakyat ke mahkamah untuk menerima hukuman sebelum hukuman yang lebih dasyat di akhirat kelak. 

Nauzubillahiminzalik.

Friday, July 3, 2015

DAP Kecewa, PKR Dilema, PAS Bongok, BN Gembira.

Muktamar PAS telah berlalu dan apa yang menariknya riuh-rendah suara dari akar umbi PAS, PKR, DAP tidak terkecuali UMporNO dan BNgst yang menarik minat media massa. Apa tidaknya dalam muktamar lepas PAS telah meluluskan tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP. Langkah awal yang mungkin mengejutkan semua pihak ialah Otai Reformis abang Mat Sabu dalam ucapan penggulungannya memaklumkan akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Ucapan beliau itu bukan sekadar cakap-cakap sahaja dan telah dibuktikan sebagai ahli PAS yang bermaruah. Seorang demi seorang meletak jawatan dan tidak kurang pula yang dipecat lalu membangkitkan kemarahan ahli-ahli PAS yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih kurang 1000 orang.

Pergolakan politik dalam Pakatan Rakyat ini tidak selesai di Pulau Pinang sahaja malah turut merebak ke Selangor di mana campur tangan Sultan untuk memastikan PRK DUN Selangor tidak berlaku. Jika PAS terpatuk lagi dengan UMporNO untuk mewujudkan UG tidak hairan PRK DUN Selangor akan berlaku.

Tindakan ini disebabkan mainan mulut akibat tidak puas hati yang dimulakan oleh PAS dengan meletakkan calon menentang PKR dan BN dalam PRU lepas. Pengkhianatan PAS ini menyebabkan kesemua calon PKR telah kalah. Namun PKR tidak menyalak kepada PAS tetapi bagi DAP mungkin merasakan itu satu pengkhianatan kepada rakan sepolitik.

Langkah Kajang yang diperkenalkan oleh PKR yang dikatakan untuk membawa naik DSAI menjadi MB Selangor mendapat tentangan daripada PAS. PKR dikatakan telah mengetahui bahawa Tan Sri Khalid ingin bersama PAS dan BN membentuk UG dan inilah yang dipatahkan oleh PKR. Disebabkan pencalonan itulah DSAI merengkok dalam penjara kerana Najib tentu takut dengan DSAI.

PAS tidak menyokong DSWA menjadi MB Selangor dengan alasan kak Wan seorang perempuan. Dalam mesyuarat yang jarang dihadiri oleh TGHH telah sepakat oleh wakil PAS untuk menerima DSWA menjadi calon dan MB Selangor yang baharu. Namun setelah menangnya kak Wan, TGHH telah membuat beberapa kali u-turn dengan hari ini menyokong DSWA tetapi nama yang diberi kepada Sultan tidak diletakkan langsung nama DSWA.

Walaupun PKR tidak menunjukkan kebengangannya namun DAP terus menerus kecewa dengan presiden PAS kerana tidak sepakat dalam hal ini. Mungkin TGHH merasakan jika DSAI merengkok di dalam penjara, lantak dialah dan adalah peluang TGHH diangkat menjadi PM jika menang PRU14 nanti. Lagipun akar umbi PAS tentu mahukan presiden mereka menjadi PM. Namun dalam Pakatan Rakyat telah sebulat suara akan melantik DSAI menjadi PM.

Inilah yang rakyat nampak bahawa PAS hanyalah parti politik bukanlah sebuah NGO atau gerakan untuk membawa Islam yang syumul sesuai dengan slogan PAS iaitu PAS For All. Jawatan dalam exco dan kabinet diidam-idamkan setelah sekian lama PAS tidak merasa menang sebegini banyak kerusi dalam DUN dan Parlimen. Tapi PAS terlupa bahawa kemenangan PAS hasil dari undi pengundi Islam dan bukan Islam. Ramai pengundi Islam juga menyokong UMporNO BNgst. Jadi besar kemungkinan masyarakat Tiong Hua banyak memberi undi kepada PAS.

Dalam muktamar dengan rasa bangga diri ketua ulamanya mengatakan DAP kerap kali menampar PAS namun jangan lupa yang ulama juga ada siku dan lutut untuk menyepak DAP. Jadi DAP jangan kurang ajar. PAS boleh hidup sendiri dan boleh menang. Gilalah cakap macam tu. Bukan aku nak kutuk ulama tapi aku nak cakap perkara yang betul. Pakatan Rakyat bersatu barulah boleh menang beberapa negeri di Semenanjung dengan majoriti 51% menyokong Pakatan Rakyat berbanding47% menyokong UMporNO BNgst.

Tapi bila PAS dah rasa diri dah besar sangat, mula bongkak dan takbur. PAS tidak tahu yang agenda UMporNO BNgst yang dibawa oleh mastermind UMporNO BNgst untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat telah berjaya. Kenapa semaa hayat Allahyarham TGNA dan DSAI masih ada dalam persada politik tidak berlaku perkara begini dan dapat ditangani dengan bijak oleh kedua-dua pemimpin tersebut??? PAS seperti menunggu bom jangka untuk meletup. Dengan kembalinya TGNA menemui Maha Pencipta dan merengkoknya DSAI maka PAS merasakan tiada apa yang boleh menggugat keputusan mereka.

Keputusan munafik UMporNO untuk menyokong hudud telah membuatkan PAS jadi bengong dan meroyan sekejap dengan mengatakan siapa yang menyokong PKR dan DAP jadi kafir kerana tidak menyokong hudud. Isu kafir mengkafir ini hidup kembali setelah bertahun-tahun menghilang dan ketara semasa PRK Permatang Pauh dengan pengundi-pengundi PAS tidak memangkah kak Wan. Namun kubu kuat PKR yang merupakan nadi Pakatan Rakyat tidak mudah goyah dengan kemerosotan majoriti kerana peratus keluar mengundi agak sedikit.

Akhirnya PAS diperbodohkan UMporNO dalam Parlimen dengan meletakkan RUU Hudud di belakang sekali dan tidak sempat untuk dibahaskan. UMporNO menunjukkan betapa pentingnya Akta Haiwan lebih penting daripada Akta Hudud Tuhan. Bukan sekali PAS dipatuk tetapi berkali-kali namun tak serik-serik. Selagi nama UMporNO BNgst selagi itulah tidak akan menyokong hudud dilaksanakan. Kalau ADUN-ADUN UMporNO secara terbuka mengatakan tidak menyokong nampak sangatlah yang UMporNO ni anti-Islam. Jadi buat-buatlah sokong. TGHH yang buta perut tak nampak sifat munafik ini dan mengatakan biar berkawan dengan munafik dari berkawan dengan kafir. Orang kafir memang terang-terangan tolak hudud tetapi UMporNO munafik ini akan menikam PAS dari belakang. Nabi pun berpesan agar berhati-hati dengan golongan munafik ini.

Ternyata RUU Hudud tidak dibentangkan dan akar umbi Pakatan Rakyat telah kacau bilau berpecah belah. Satu lagi projek KERAjaan Barisan Nasional telah berjaya.