REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, December 29, 2012

UMporNO Bagi Bantuan Macam Tak Ikhlas

Rata-rata pemandu teksi mula mengeluh dengan Janji Ditepati Murujib mengenai baucar RM520 untuk tukar tayar teksi. Mana tidaknya begitu ramai pemandu teksi di KL ni saja dah berapa ribu jadi pendapatan tak adalah lumayan sangat. Jadi bila dengar dapat baucar tayar tu rasa berbaloi jugalah. Macam bantuan sekolah anaklah RM100 setahun.

Bukan nak kata tak membantu tapi kira bersyukur kepada tuhan bukan kepada KERAjaan BumNgok apatah lagi Murujib wal Rosmangkuk tu kerana dibukakan hati untuk bantu rakyat. Tapi korang jangan seronok sangat sebab Murujib bagi korang RM100, RM500, RM250, RM520 tapi Murujib bagi bini dia berjuta-juta ringgit korang jangan lupa.

Tak kisah lah apa yang nak dibuat bila dapat duit sebab rakyat Malaysia bukannya kaya sangat pun. Ada sajalah yang nak dibuat bila dapat duit. Bagi pemandu teksi bila dah tukar tayar tu ingatkan percuma sepenuhnya. Tapi masih kena bayar untuk upah tukar tayar dalam RM50. Pulakkkkk dahhh.

Macam bantuan sekolah anaklah RM100 tu apalah sangat yang boleh dibeli. Kalau nak beli barangan yang tak berkualiti macam kat kedai rakyat 1Malaysia tu bolehlah. Beli kasut sepasang pun paling murah RM30. Beg sekolah adalah dalam RM30 juga. Baju lagi seluar lagi..... Yelah memanglah membantu meringankan beban tapi niat tu sebab PRU13 je. Tengoklah lepas PRU13 apa jadi kalau UMporNO masih menang.

Anwar kata jika PR menang esok harga minyak turun. Tol-tol tertentu dihapuskan. Bantuan RM500 kepada guru. Dan banyak lagi dalam buku jingga... Korang bacalah manifesto PRU13 Pakatan Rakyat tu. Lebih baik dari Murujib punya sistem. Bagi duit amik duit  balik dengan saman AES. Aku pun kena saman juga. Yang baruanya mangkuk hayun tu letak kat speed 90km/j manalah aku perasan bila bawa 104km/j kenalah RM300. Cilaka punya saman. Kalau betul-betul nak mengajar pemandu letaklah kat 110km/j tu. Lari lebih daripada tu berbaloilah kena saman.

Lagi satu rebat telefon pintar RM200 untuk smartfone yang berharga RM500. Telefon apa tu? Telefon cap ayam adalah. Nak bagi tapi bersyarat macam-macam. Lebih cakap saja AKU MURUJIB PM MALAYSIA BAGI SEGALA JENIS BANTUAN NI SUPAYA PENGUNDI SEMUA PANGKAH BN DALAM PRU13 NANTI....

Kan senang kalau macam tu. Bagi pun macam tak ikhlas jer...

Friday, December 14, 2012

PDRM Mintalah Duit Dengan Hishamuddin Bayar Saman BERSIH

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara salah.
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.

Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.

Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemimpin dan ahli parlimen PAS itu diwakili oleh empat peguam iaitu Zulhazmi Shariff, Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan.

Mereka memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

NONEMereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mereka sebelum ini mendakwa penahanan mereka di KL Sentral ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak sah kerana dilakukan di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. Sepanjang penahanan pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan dan juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.

~MK~

UtuSex UMporNO Kena Bayar Pada Karpal

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.

Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.

Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.

~MK~

Murujib Diambang Kejatuhan

NONEAhli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.

Menurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.
Deepak yakin video itu tidak akan disiarkan secara penuh kerana beliau menamakan individu yang didakwa sebagai ahli keluarga perdana menteri dan menerima sejumlah wang dainya berkaitan urusniaga tanah dengan seorang individu didakwa pemimpin Wanita Umno.
"Dalam video itu saya jelaskan siapa terima wang itu, berapa banyak dan bagaimana ia dibayar.

"Mereka terkejut. Mereka kata kalau saya teruskan, masalah akan berlaku dan mereka minta saya jangan teruskan.

Menurut Deepak, beliau bersetuju untuk tidak terus membuka mulutnya kepada media sehingga perhimpunan agung Umno selesai demi menghormati permintaan individu berkenaan yang merupakan kawan lama yang dikenali daripada perniagaan.

Menurut Deepak, sebagai lelaki budiman beliau tidak akan mendedahkan nama ahli majlis tertinggi Umno itu dan akan hanya menunggu individu berkenaan hadapan dengan video itu.

Mengimbau kembali peristiwa itu, Deepak berkata beliau pada mulanya dijadualkan bertemu dengan individu itu di sebuah hotel.

Katanya, "rakan lamanya" itu bagaimanapun kurang mesra – menyebabkan Nada 'rakan lamanya' yang kurang mesra dan seolah-olah memberi kata dua itu menyebabkan beliau memaklumkan beberapa petugas media berkenaan pertemuan itu.

Bagaimana pun, tempat pertemuan akhirnya ditukar kepada sebuah rumah di Subang Jaya, katanya.

Menurutnya lagi, beliau mengecam dua lagi individu lain yang dikenalinya sebagai penulis blog pro-Umno dalam pertemuan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak sedar bahawa perbualan itu dirakam penulis blog berkenaan, kata Deepak.

Dalam pertemuan itu, kata Deepak, beliau diminta menamakan individu yang mendalangi siri wawancaranya, yang dijalankan beberapa hari sebelum perhimpunan agung Umno.

NONE"Saya ditanya kenapa saya ambil langkah ini? Ada sesiapa di belakang saya? Adakah kumpulan Muhyiddin (Yassin) di belakang saya? Atau pembangkang?" katanya.

Menurut Deepak, beliau memaklumkan bahawa tindakannya itu tiada kena mengena dengan sesiapa.

Namun, beliau mengakui kepada individu berkenaan bahawa beliau membuat pertemuan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon bantuan berkenaan kemudahan pembiayaan dari sebuah bank Timur Tengah yang dihentikan separuh jalan.

Dalam pertemuan itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa beliau melantik MP PKR S Sivarasa sebagai peguamnya dalam kes tanahnya dengan pemimpin Wanita Umno kerana beliau tiada peguam pada masa itu, kata Deepak.

Beliau turut menafikan pernah bertemu anak Anwar, Nurul Izzah Anwar namun beliau ada menghantar beberapa dokumen kepada Izzah berkaitan bantuan yang dipohon dari Anwar.

Menurutnya, beliau hanya pernah berbual di telefon dan nampak Nurul Izzah di Parlimen.

"Saya pernah nampak beliau di Parlimen, dua kali rasanya.

"Saya di kantin Parlimen masa itu tapi saya dengan orang lain.

"Perempuan cantik mestilah kita nampak. Tapi saya tak pernah perkenal diri atau jumpa beliau secara berdepan," katanya.

~MK~

Siapa Dalang Yang Bakal Malang?

NONEAhli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.

NONE"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

NONEDeepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.

~MK~

Mulut Murujib Dah Bisu?

um pro-m talk 05022010 03 lee khai loonKetua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil menjelaskan dakwaan yang ditimbulkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan tidak melarikan diri daripada isu berkenaan.
"Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan," katanya dalam satu kenyataan.

Lee juga berkata perdana menteri sudahpun dihurung pelbagai kontroversi walaupun baru sepenggal menjadi perdana menteri.

"AMK menyifatkan PM Najib Razak (sebagai) perdana menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain.

"Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi," katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia patut mendapat cerita sebenar dan sekiranya perdana menteri mendapati dakwaan Deepak tidak benar dan membawa ahli perniagaan itu ke mahkamah untuk membersihkan namanya.

Katanya, AMK antara lainnya menuntut penjelaskan mengenai dakwaan Deepak berhubung kaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak juga mendakwa adik Najib, Datuk Nazim Razak membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menandatangani pengakuan berkanun kedua bagi menukar kenyataan mengaitkan Najib dengan kontroversi berhubung pembunuhan Altantuya.

Dalam satu kenyataan berasingan, MP Puchong Gobind Singh Deo pula menuntut Najib dan peguam negara supaya tidak berdiam diri dalam kes Altantuya dan menjalankan siasatan lanjut.

~MK~

Wednesday, December 12, 2012

UMporNO Kan Warna Merah

indian stateless people rally in putrajaya surendranSekumpulan kira-kira 300 orang berhimpun di Putrajaya pagi ini dan berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.

Kumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.

Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan.



~MK~

Tuesday, December 11, 2012

Biografi Rosmah Nak Jawab Fitnah?

Pelancaran buku biografi Bik Mama atau lebih dikenali sebagai Rosmangkuk bini Murujib The First Lady telah dilancarkan oleh dan akan dijual kepada umum pada bulan Januari tahun depan. Bik Mama berkata buku tu tebal gila setebal 164 muka surat yang menceritakan sejarah hidup dan bakal menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Setahu akulah kalau buku biografi ni ditulis ringkas sahaja tentang riwayat hidup seseorang tokoh. Kira Bik Mama ni pun tokoh jugaklah kan. Yelah bini PM kita kira tokohlah tu. Tokoh cincin 24 juta, tokoh pergi shopping kat Dubai, tokoh Permata kira semua yang berkaitan dengan Bik Mama ni berkaitan dengan duit! duit! duit! Kira tokoh duit lah kot.

Baguslah rakyat pun nak tahu jugak sejarah hidup Bik Mama. Mesti laris gila buku tu nanti tapi janganlah pulak tulis dalam bahasa Inggeris. Kesian orang-orang kampung yang tak tau nak baca. Komfom orang-orang kampunglah yang paling ramai nak beli sebab nak tahu macam mana Bik Mama menabung sejak dari kecil sampai boleh beli cincin 24 juta ringgit. Aku pun nak tau jugak sebab anak aku menabung sekarang ni pun campur dengan duit raya campur lagi dengan duit orang bagi masih tak cukup-cukup nak jejak angka ribu.

Lepas tu buku Bik Mama ni siapa penulisnya??? Bik Mama sendiri atau pengampu? Kalau pengampu malas lah nak baca sebab dah lari version ori lah pulak. Nanti asyik nak mengampu jer sampai lupa objektif nak jawab fitnah. Memang pelik nak jawab fitnah dalam buku biografi. Tapi takper kita tunggu dan lihat. Kalau korang beli buku tu semata-mata nak tahu bagaimana Bik Mama jawab fitnah perhatikan betul-betul ayat dia tau.

Kalau setakat tulis parti pembangkang memfitnah saya menggunakan duit rakyat pergi ke Dubai menginap semalam sampai beratus ribu ringgit di hotel yang tak tau dah berapa bintang itu semua fitnah! Fitnah! Saya pergi ke sana dengan duit tabungan saya sendiri. Dengan duit elaun bini PM sendiri. Mana ada nama rakyat pada duit saya tu. Jadi duit sayalah.

Yang kes Altantuya tu saya tak kenal pun. Saya tak terbabit dengan babak pengeboman berani mati macam pengebom Bali tu. Laki saya pun tak kenal. Kalau jumpa dalam mana-mana blog gambar Murujib dengan Altantuya tu depa tu jeles tak dapat ngorat Altantuya jadi depa buat la superimpose. Alah budak-budak tadika pun tak percaya yang korang nak percaya buat apa.

Sumpah saya tak terlibat dengan semua tu. Itu fitnah semata-mata.

Kalau Bik Mama cakap macam tu korang yang beli hempuk jer dalam longkang. Bukan setakat budak tadika budak 2 tahun pun tau nak cakap macam tu.

Monday, December 10, 2012

Janji Dan Terus Berjanji Hingga 50 Tahun Lagi

KALAU BN MENANG SEMUA JANJI AKAN DITEPATI...

Inilah yang sering dikatakan dalam semua roadshow Janji Ditepati Murujib seluruh negara menjelangnya PRU13. Kalau budak tadika yang dengar janji-janji ni pun mau termuntah hijau dah. Paling teruk kena sawan babi toroq.

Berjanji punyalah berjanji sampai rakyat tak sedar dah lebih 50 tahun UMporNO memerintah masih ada lagi janji-janji yang perlu dibuat. Murujib dan sekalian pak menteri menyelar negeri-negeri di bawah Pakatan dengan bertanyakan kemajuan apakah yang di bawa?

Memang samdol bin dogol betul lah yang bertanya soalan tahap bangang macam ni... Pakatan baru sepenggal mentadbir negeri tentulah kemajuan dari segi pembangunan mega tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya... UMporNO nak bandingkan pembangunan jambatan Pulau Pinang di bawah Gerakan mentadbir Pulau Pinang, nak bandingkan pembinaan KLCC dan KL Tower semasa UMporNO mentadbir negara. Kan tolol cakap macam tu.

Duit kerajaan persekutuan memanglah banyak sebab tulah Pakatan nak tawan Putrajaya supaya duit negara tidak diselewengkan oleh para kroni UMporNO. Projek berjuta-juta dan berbilion ringgit. Jadi yang masuk dalam poket kroni pun berjuta-juta ringgit juga. Kalau yang masuk dalam poke kroni tu kita labur buat perumahan rakyat miskin jual murah-murah lagi bagus.

Murujib terus berjanji di Pulau Pinang yang memang dah maju soal perumahan rakyat mampu milik. Kalau di tanah besar tu aku rasa bernas lagilah nak buat rumah mampu milik tapi kalau dah sebelah pulau tu nak letak harga berapa yang mampu milik???

Sekarang ni pun KERAjaan BumNgok lancar rumah pertama yang lebih kurang harga RM220k untuk golongan yang baru bekerja dan berkahwin memiliki rumah pertama pun susah sangat. Memang ada yang membeli tapi itu kalu dicantumkan pendapatan suami isteri yang bekerja kerajaan boleh lah.

Kawan aku yang bekerja swasta berkahwin dengan isteri yang juga bekerja swasta dengan gaji tak seberapa hanya layak dudukdi flat dua bilik je kat Kuala Lumpur. Mana mampu nak beli rumah berharga RM220k. Aku sendiri pun tak mampu nak beli kalau harga RM200 ke atas sebab dah ada anak, komitmen kereta, pinjaman bank, mak pak di kampung lagi macam-maca nak guna duit.

Berjanji memang senang beb...

Bila Pakatan lancar Buku Jingga macam-macam janji dibuat. Korang tak pernah baca ka??? Rugilah kalau korang tak ambil tahu tentang segala janji yang lebih best dari UMporNO tu. Anwar kata jika PAKATAN MENANG esok harga minyak turun. Mana-mana tol yang kita boleh mansuhkan tol kita akan mansuhkan. Maksudnya bukan semua tol termasuk PLUS. Mungkin kita boleh kurangkan harga tol.

Sekarang ni kita bayar bil-bil api, bil-bil air, bil-bil telefon punyalah mahal nak mampus. Selangor dah mula lawan SYABAS sebab CEO yang diatas ni mangkuk hayun nak untung gaji tiap-tiap bulan saja. CEO TNB dapat gaji berjuta ringgit. Duduk dalam ofis yang berekon goyang kaki dapat gaji berjuta sedangkan rakyat tengok tv dan pasang kipas angin selepas balik rumah penat bekerja kena bayar bil tinggi. Tu pun nak suruh rakyat berjimat.

Dalam tv dan media massa digembar-gemburkan tentang TERIMA KASIH yang tersiratnya ditujuka kepada rakyat supaya bersyukur kepada KERAjaan Murujib. Sepatutnya bersyukur kepada Allah sebab dah bagi peluang kepada UMporNO selama 50 tahun rakyat dapat rasa nikmat dunia ini.

Bukan aku tak kata yang KERAjaan BumNgok tak bawa perubahan, pembangunan dan kemakmuran tapi aku tambah sikit lagi sambil menyelam minum air. Sambil bawa pembangunan negara diciloknya untuk duit poket sendiri. Itu yang tak betul.

Habis kalau dah 50 tahun mentadbir negara takkan lah masih ada kampung-kampung yag masih tiada elektrik, air paip, telefon. Apa yang pak menteri buat dulu??? Masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat warganegara???  Kaum India hampir 300k orang masih tidak dapat warganegara. Yang PATI masuk seludup ikut Sabah senang-senang dapat IC warganegara. Barua-barua ni lah yang nak pangkah BN nanti kot dalam PRU13. Sebab tu BN jaga sangat depa-depa ni sebab BN tahu di Sabah rakyat dah mula tolak BN.

Dan hari ini dan sampai PRU13 nanti Murujib akan terus turun padang macam orang bodoh kononnya PM berjiwa rakyatlah kononnya. Dulu masa rampas dari Pak Lah ada ka turun padang??? Yang dia tau pergi luar negara dengan Bik Mama perabih duit rakyat shopping kat Dubai. Bila nak dekat PRU13 mulalah takut dan gelabah turun jumpa rakyat tabur janji.

Dalam perhimpunan UMporNO pun dari mula sampai habis asyik dok balun Pakatan. Katanya UMporNO hanya untuk Melayu. Takperlah ambik lah kata-kata keramat tu. Aku nak kata pula pada korang semua yang Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat Malaysia tak kira Melayu ka, Cina ka, India ka, kaum Bumiputera ka dan apa jua agama sekalipun hanya Pakatan Rakyat milik rakyat Malaysia.

Biarlah Murujib dan BN terus berjanji dan berjanji untuk 50 tahun lagi. Rakyat dah mula nampak Murujib akan jatuh tersungkur di pintu Putrajaya. Inilah janji rakyat terhadap penyelewengan UMporNO yang tak pernah menunaikan janji 100% sejak lebih 50 tahun mentadbir negara Malaysia.