Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.
“Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan,” ujar Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Pada 22 September 2012, Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.
Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat guaman.
Peguam KASE dan JUHAM telah membantu pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.
Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di seluruh negara.
Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES.
Majoriti pengundi Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan bangganya atas slogan “BN Menang Rakyat Senang” Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.
KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian kepada kemalangan maut.
KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna.
Walau pun begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan.
Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.
Dalam masa yang sama KASE masih dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan berkaitan AES kepada masyarakat.
KASE berusaha memberikan bantuan kepada pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri dengan memilih AES.
~harakahdaily~
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.

Tuesday, May 28, 2013
Sunday, May 26, 2013
Suara Rakyat 505 Berjalan Lancar
Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.
Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.
Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.
11.45pm: Selepas tujuh jam, perhimpunan Suara Rakyat 505 berakhir dengan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.
Sebelum itu, pengacara Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, membayangkan terdapat perhimpunan yang jauh lebih besar sedang dirancang.
Sewaktu menutup majlis beliau menyeru orang ramai mendaftar diri sebagai relawan Suara Rakyat 505 di laman Facebook gerakan itu dan mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.
"Rakyat akan bergerak ke pejabat SPR sehingga SPR dibubarkan," katanya.

11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata beberapa perancangan Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan.
Apapun, Anwar berkata, Pakatan tidak akan berputus asa dan BN-lah yang sepatutnya menerima kekalahan.
Menurutnya, White House mengucap tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syara pilihan raya mestilah bebas dan adil.
"Sebab itu SPR mesti letak jawatan sekarang! Sekarang! Sekarang!" katanya.
Beliau berkata Isnin adalah hari terakhir bagi orang ramai membuat laporan polis mengenai penipuan pilihan raya dan menggesa mereka berbuat demikian, terutamanya mengenai "dakwat kekal" yang boleh ditanggal.
"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya.
Beliau berkata, masih ada beberapa lagi perhimpunan Blackout 505 yang akan diadakan.
"Adakah kita teruskan atau berhenti di sini?" beliau bertanya orang ramai menjawab, "Teruskan!".
Beliau kemudian berjanji bahawa sebaramg gerakan rakyat akan dilakukan secara aman.
11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.
Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.
Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.
10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya."Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal.
"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.
"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.
"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.
"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.
10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.
"Kita memerlukan rakyat membawa video ini ke kwasan pedalaman supaya saudara-saudara kita di kampung-kampung tahu mereka pun sudah ditipu," kata Haris.
10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.
"Jangan fikir dengan tangkapan ini kita akan takutkan rakyat. Rakyat tidak takut. Yang takut, yang panik bukan kami, bukan tokoh Pakatan Rakyat, bukan aktivis masyarakat.
"Yang paling takut adalah orang yang pegang kuasa tanpa legitimacy, orang yang pegang kuasa tapi tidak didokong oleh rakyat. itulah sebab mereka takut," tegas Tian.
10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap.Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.
Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.
9.45pm - MP Pandan Rafizi Ramli berkata tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya.Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.
"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.
"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya.
Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0.
9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang. 9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.
9.20pm - MP Kuantan, Fuziah Salleh sedang bercakap sekarang dan katanya, gaji Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff tidak akan menjadi "halal" jika SPR terus mengabaikan pendapat orang ramai.
9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan (kanan) yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.
Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.
"Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya, Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya," disambut tepukan hadirin.

9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.
Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".
"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.
9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.
8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.
7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. 7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.
"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.
Badrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:
1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.
Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.
6.45pm - Aktivis pelajar KS Bawani, yang menjadi terkenal kerana ungkapan "Listen, listen, listen" yang turut berucap, menggesa hadirin supaya mengajak rakan-rakan dan saudara-mara mereka supaya menyertai perhimpunan untuk menegakkan hak rakyat. 6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.
6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan artis Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.
Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.
6.20pm: Timbalan ketua menteri Pulau PInang Rashid Hasnor ketika berucap mendakwa Pakatan telahpun memenangi pilihan raya umum ke-13 apabila meraih 51 peratus undi popular.
"Walaupun kita tewas, tapi sebenarnya kita menang," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai agar terus menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Satu undi untuk Pakatan adalah satu undi bagi Anwar menjadi PM,katanya.
6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.
Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.
5.45pm: Seorang wakil dari NGO menuntut bayaran Royalti minyak kepada Kelantan dalam ucapannya menggesa agar SPR diletakkan di bawah tanggungjawab parlimen dan bukannya di bawah jabatan perdana menteri."Kami, anak muda Malaysia, mahu pilihan raya umum diadakan semula," katanya.
5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan."Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.
5.30pm: Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.
5.27pm: Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.
“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.
5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
- menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
- menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
- menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah.
Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.
Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.
"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.
4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.
Individu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.
4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.
4.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang.Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.
Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.
Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar.
3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.
Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.
Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan.
Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.
Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon.
Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah.
~MK~
Thursday, May 23, 2013
SuaraRakyat505 Tetap Diteruskan Sabtu Ini
Chegubard membuat kenyataan selaku penggerak utama Perhimpunan SuaraRakyat505 untuk membantah keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan rejim haram UMporNO dan BumNgok. Chegubard kata kalau dia ditangkap sekalipun perhimpunan ini akan tetap diteruskan kerana yang hadir bukannya penyangak atau penyamun tetapi adalah rakyat daripada pelbagai lapisan dan pangkat.
Rakyat yang telah terbuka minda dari terus diperbodohkan oleh pemimpin UMporNO dan KERAjaan BumNgok akan hadir sebagai tanda protes sistem PRU13 yang ternyata penuh kepalsuan. Kalau dilihat dari mood rakyat yang hadir semasa ceramah-ceramah Pakatan seluruh negara menunjukkan undi popular yang menyebelahi Pakatan sebanyak 51% amat mudah untuk Pakatan memperoleh majoriti mudah.
Takkanlah mood rakyat cepat sangat bertukar semata-mata dapat pelbagai janji dicapati. Aku nak ceritalah dan rasanya korang pun tahu sangat pasal ceramah Pakatan dan UMporNO ni. Kalau ceramah UMporNO baik yang datang tu PM Murujib atau TPM Cik Din sekalipun yang hadir tu penduduk tempatan boleh dikira. Yang ramai tu datang dari mana ntah dengan bas-bas sewa untuk meramaikan majlis. Sebelum datang kena hulur RM30-RM50 baru join kalau tak pergi mampus.
Berbeza dengan ceramah Pakatan yang hadir tu rakyat biasa dari golongan tukang kebun, tok-tok imam sampailah kepada pekerjaan profesional yang duduk di atas rumput berlapikkan kasut atau surat khabar. Dah lah datang tanpa dibayar kena pula derma duit secara ikhlas untuk membiayai kempen pilihanraya. Kalau UMporNO dan KERAjaan BumNgok bolehlah pau dulu kot duit KERAjaan haram jadah UMporNO sebab Menteri Kewangan Murujib wal Rosmangkuk yang pegang.
Pelik sungguh aku rasa dah jadi PM atau TPM yang rasa-rasa aku tugas tu cukup berat dah. Ini tambah pula jawatan Menteri Kewangan atau Menteri Pelajaran. Huihhhhh korang rasa-rasa berapa gaji depa dua ni sebulan???? Dua jawatan sudah tentu dua gaji dua elaun brader...
Itu belum kira masyukkkkkk lagi.
Sebab tu kalau korang masih ingat Murujib pernah kata walau apapun terjadi Putrajaya akan tetap dipertahankan. Sebab apa??? Sebab takut jatuh ke tangan Pakatan dan segala penyelewengan dan skandal akan dibongkar kepada rakyat jelata. Biar semua rakyat tahu betapa hapraknya pemimpin-pemimpin UMporNO dan kroni-kroni pak menteri buat kerja. Memanglah depa bagi kat rakyat contohnya BR1M sorang RM500 atau RM250 tapi dekat bini dia dengan kroni dia depa sapu sorang berjuta-juta ringgit.
Duit Petronas duit KWSP duit LHDN sikit punya banyak rakyat bayar tapi ke mana duit tu pergi??? Inilah yang rakyat nak tahu... Bodohlah rakyat yang masih lagi bangang mengatakan UMporNO adalah parti yang menolong Melayu dan rakyat Malaysia. Memang depa tolong rakyat tapi ciput sangat pemberiannya sedangkan depa dapat berjuta-juta henggit korang tarak boleh baca ka??
Inilah sebabnya penipuan terus dilakukan oleh SPR untuk membantu KERAjaan BumNgok terus memerintah dengan kuku besi dan mahazalim mahaFiraun di Malaysia ini. Tak boleh mengundi dua kali sebab telah dicalit dengan dakwat yang kekal 5 minit tapi bila basuh hilang terus. Di bawa masuk Banglasia untuk mengundi pula. Dulu tak dengar sangat Banglasia ni ramai tapi bila ada yang kena tangkap kita boleh persoalkan kewibawaan SPR.
Memang Banglasia tu ada IC dan namanya dah disenaraikan dalam buku mengundi sebab tu lah rakyat nak kepastian takut adanya konspirasi untuk memenangkan juga UMporNO sebab rata-rata rakyat semua dah tolak Murujib wal Rosmangkuk. Bukan orang-orang Pakatan sahaja tak suka Rosmangkuk tu orang-orang dalam KERAjaan BumNgok pun tak suka juga. Yelah asyik bini dia jer yang pergi luar negara pergi shopping mengalahkan Menteri Luar. Ada hati pula nak mengaku First Lady dulu. Ha Ha Ha...
Dia ingat laki dia tu Presiden ke tak ada DYMM??? Kita ni ada Agong yang masih jadi Ketua Tertinggi Kerajaan Malaysia tau Bik Mama...
Takper kita failkan petisyen 27 kerusi semoga keputusan menyebelahi Pakatan kali ini. Kita sabar dan muhasabah serahkan kepada Allah. Mari semua kita ke perhimpunan Sabtu ini beramai-ramai.

Pemimpin Dan Aktivis Pembangkang Ditahan Sempena SuaraRakyat505
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.
"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.
Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.
Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.
Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.
~MK~
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.
"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.
Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar. Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.
Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.
~MK~
Tuesday, May 21, 2013
UMporNO Sinonim Dengan HARAM JADAH
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang enggan mengulas lantikan lima anggota kabinet yang bukan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Marilah kita melihat ke hadapan...," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai yang dipertua dewan itu bagi penggal yang kedua.
Beliau diminta mengulas berhubung lantikan lima anggota kabinet yang bukan anggota Parlimen dan belum mengangkat sumpah sebagai senator.
Mereka yang dilantik: Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kwan (kedua-duanya menteri di Jabatan Perdana Menteri), serta tiga timbalan menteri, iaitu pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan) dan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (kementerian Wilayah Persekutuan).
~MK~
"Saya akan membetulkan keadaan mengikut prosedur dan peraturan. Dan banyak lagi senator yang akan mengangkat sumpah di hadapan saya.
"Saya akan meneliti perkara tersebut," kata Abu Zahar lagi.
Kebabsahan lantikan kelima-lima mereka itu sebelum ini ditimbulkan oleh tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia dibuat secara haram kerana hanya wakil Dewan Rakyat dan senator boleh dilantik menyertai kabinet.

Majlis Kesyukuran Pakatan Di Pulau Pinang
Walaupun polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di Pulau Pinang malam tadi.Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.
Penceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.
"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri
Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.
"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.
Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.
"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.
"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya.
~MK~
25 Mei Perhimpunan Bantah Keputusan PRU13
Perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Sekali gus, tegasnya, perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang akan hadir susulan mood rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.
"Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).
"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana kebangkitan rakyat.
Beliau juga berharap semua pihak termasuk pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan "perang saraf" yang dilakukan "pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat".
Badrul berkata perhimpunan itu menuntut tiga perkata antara lain mendesak supaya pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan serta merta kerana didakwanya gagal menguruskan pilihan raya dengan telus.
Sebaliknya, kata Badrul pihaknya mencadangkan supaya pemilihan anggota SPR yang baru berdasarkan persetujuan rakyat melalui pendengaran awam dan diletakkan suruhanjaya itu bawah kuasa Parlimen.
Selain itu, beliau turut mendesak supaya diadakan pilihan raya semula di kawasan yang didakwanya terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.
Ditanya sama ada telah memaklumkan kepada pihak polis berhubung perhimpunan itu, Badrul Hisham yang mesra dipanggil 'Chegubard' berkata "itu semua dalam kawalan" dan beliau berharap rakyat akan hadir tanpa sebarang kerisauan.
Antara NGO dan parti politik yang menyokong himpunan tersebut adalah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
~MK~
Subscribe to:
Posts (Atom)