REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, January 22, 2011

KM Melaka marah pengerusi SPR

ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Chinchin, Jasin, Melaka selepas solat Jumaat semalam. Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Hidhir adalah rakan karib Abdullah sejak sekian lama dan dipilih bertanding sebagai ADUN ketika Adullah adalah perdana menteri.

“Jenazahnya dibawa ke masjid di Chinchin untuk disembahyangkan dan kemudiannya dikebumikan pada jam 2.50 petang,” kata speaker dewan undangan negeri, Datuk Wira Othman Muhammad.

"Selepas dikebumikan, pejabat speaker akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kematian Hidhir," katanya.

Hidhir, 54 yang juga adalah anggota exco kerajaan negeri Melaka meninggal dunia di Hospital Putra pada jam 8.10 malam semalam selepas serangan sakit jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari ini. Ia adalah pilihan raya kecil ke-15 di negara ini selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 tetapi yang pertama di Melaka.

Namun pilihan raya kecil Merlimau ini tidak akan mengubah sebarang kedudukan dewan undangan negeri Melaka kerana BN menguasai 23 kerusi (Umno, 18, MCA, empat dan MIC, satu) manakala Pakatan Rakyat mempunyai lima kerusi yang semuanya dimiliki DAP.

Sementara itu, Othman berkata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah berjumpa dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam malam semalam dan dimarahi kerana kesilapan mengumumkan kematian Hidhir semasa beliau masih bernyawa.

"SPR buat silap, tiada kenyataan rasmi daripada saya ataupun ketua menteri.

"Abdul Aziz menjelaskan kepada kami kesilapan itu dibuat oleh seorang daripada pegawainya di Melaka dan beliau telah memohon maaf,” katanya.

Abdul Aziz pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Mohd Ali sebagai setiausaha kerajaan negeri.

Kesilapan itu menyaksikan Utusan Malaysia menyiarkan berita kematian Mohd Hidhir dan mengumumkan SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi membincangkan persiapan pilihan raya kecil.

Mengikut konvensyen, adalah menjadi tanggungjawab speaker bagi memaklumkan kepada SPR berhubung kekosongan kerusi di dewan negeri.

~MK~

No comments: