REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 10, 2011

1Malaysia makin terserlah BN tipu rakyat

Slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Najib Razak kini semakin terserlah sekadar kosmetik yang merupakan gimik Umno BN untuk menipu rakyat.

“Begitulah perumpamaan yang selayaknya diberi kepada idea pemimpin tertinggi BN berdasarkan pendekatan kerajaan kepada seluruh rakyat,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Beliau memberi respons demikian terhadap perkembangan terkini negara yang kononnya dikatakan amat harmoni dari aspek hubungan antara kaum dengan pengenalan slogan hikmat BN tersebut.

"Mana-mana negara pun akan diperhati oleh orang luar, itulah antara peranan duta negara luar berada di sesebuah negara itu, Malaysia tidak terkecuali, tapi BN tidak ambil peduli isu ini, mereka hanya sibuk cari salah parti lawan dan kumpul duit poket melalui rakyat, berbanding usaha menaikkan imej negara," katanya.

Beliau yang juga AdunTiti Serong mengulas artikel mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang mengkritik prestasi hubungan antara kaum di Malaysia sejak Najib menerajui negara selepas Tuan Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Di dalam ulasan, bekas duta itu telah mengemukakan 5 isu yang berat yang berlaku di hadapan mata Perdana Menteri sendiri yang sepatutnya diambil berat dengan mengambil langkah memurnikan semula isu tersebut, tetapi sebaliknya berlaku.

Menurut Khalil lagi, slogan 1Malaysia terbukti lagi kosmetik dengan pendedahan demi pendedahan oleh MP Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Katanya, isu pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta adalah gambaran bagaimana 1Malaysia hanya gimik sahaja.

"Adakah jejambat tersebut diperlukan oleh rakyat pada masa ini?” soalnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Katanya, wang rakyat sudah tidak ada harga lagi di mata pemimpin BN, sewenang-wenangnya dibazirkan sedangkan dalam masa sama pelajar miskin tiada wang saku untuk belanja mengalas perut di sekolah.

Jelasnya lagi, setelah diselidik tentang beban hutang rakyat, menurut laporan yang diperolehi Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali didapati hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia dan adalah suatu yang perlu kepada perhatian serius.

“BN telah gagal untuk ke sekian kalinya dalam menjaga kebajikan rakyat dan kini rakyat semakin hilang kuasa membeli kesan hutang yang membebankan,” ujarnya.

Pakatan Rakyat, ujarnya mengemukakan jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat tetapi pelan pengurangan beban itulah yang selalu diperkecil serta dipersenda oleh pimpinan BN.

“Persoalannya sampai bilakah BN mahu terus menipu rakyat dengan cukai yang melampau setiap kali membeli kereta berkuasa kecil dengan harga RM40,000 dan RM16,000 cukai khusus buat kerajaan?

“Adakah ini 1Malaysia yang dimaksudkan?

“Rakyat perlu bertindak menghentikan perbuatan BN yang jijik ini,” ujarnya.

~harakah~

No comments: