REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 17, 2011

Air mani siapa?

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

Semalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah. Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral." Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan. Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG

3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm: Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

~MK~

No comments: