REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 11, 2011

Bekas MP Jeli bebas tuduhan palsukan dokumen

Bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, 50, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lalu.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Apandi, 51.

Mohamed Apandi didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Bekas ahli parlimen PAS itu didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu pada kadar RM230 semalam antara 5 Jan 2002 dan 30 Jun 2003 yang semuanya berjumlah RM31,050.

Pihak pendakwaan mengemukakan seramai 37 saksi sepanjang prosiding itu.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

~Bernama~

No comments: