REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 9, 2011

Buku My Balik Pulau Hina Melayu?

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - semuanya dari Pulau Pinang.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang. Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau.

Beliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis. Mohamed juga menafikan bahawa Gabungan itu sebuah wadah politik, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti siapakah yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Bagaimanapun, kami mahu kerajaan sekarang mengharam dan menarik balik buku kecil itu," katanya.

Gabungan juga mahu tindakan diambil terhadap penerbitnya, Arts Ed, kerana mereka menggunakan logo negeri.

Jika kerajaan negeri gagal mengambil tindakan, katanya, Gabungan akan mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri.

~MK~

No comments: