REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 9, 2011

Dakwaan rasuah CJ

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas) akan memutuskan pada 1 Mac ini sama ada menerima bantahan Peguam Negara berhubung permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman ke atas Tun Zaki Azmi berhubung dakwaan pengakuannya yang beliau pernah merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah ketika menjadi peguam pada 1987.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Pada 12 Januari lalu, Karpal memfailkan semakan kehakiman ke atas Ketua Hakim Negara itu berhubung dakwaan yang beliau pernah merasuah kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memohon mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Zaki menjelaskan perkara itu dan mengheretnya ke Tribunal Kod Etika Hakim.

Katanya, dalam permohonan mengikut Seksyen 5 Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009, pihak berkuasa yang sewajarnya mendengar aduan beliau terhadap Zaki seharusnya seorang ketua hakim atau hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara.

Karpal juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang diri Zaki sendiri bagi menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.

Tindakan itu dilihat sebagai percubaan Karpal bagi menekan Zaki yang pernah membuat kenyataan bahawa beliau merasuah kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam. Zaki didakwa membuat kenyataan itu pada ucapannya di sebuah konvensyen di Kuching.

~MK~

No comments: