REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, February 12, 2011

Jihad cegah maksiat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengisytiharkan kempen perang jihad bagi menghalang remaja atau belia Islam tempatan daripada terjebak dalam sebarang bentuk aktiviti perayaan hari kekasih atau Hari Valentine yang bakal disambut minggu depan.


Perayaan itu dianggap ‘racun’ memusnahkan akidah umat Islam berikutan ramai gadis Islam yang pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaan.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata, kononnya sambutan itu untuk menyemarakkan hubungan kasih sayang sesama manusia, sebaliknya haram hukumannya seperti yang pernah diputuskan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Katanya, Islam sama sekali menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Hari Valentine kerana unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah umat Islam selain jelas mengandungi unsur maksiat.

“Berdasarkan bukti dikumpulkan pihak Jakim, ramai gadis Islam yang terlanjur dan berjaya diselamatkan mengaku terjebak melakukan hubungan seks bebas hingga melahirkan anak luar nikah pada malam sambutan Hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun.

“Justeru, Jakim cuba memerangi budaya songsang itu melalui pelbagai pendekatan termasuk menganjurkan program Bicarawara dan pelancaran kempen awas jerat Hari Valentine yang bakal diadakan di aras 5, Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Putrajaya pada jam 8 malam. esok (Jumaat),” katanya.

Menurutnya, program disertai pelakon Fahrin Ahmad selaku moderator itu turut mengupas isu Hari Valentine membabitkan ahli panel Juara imam Muda Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan dan Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS), Rosmawati Zainal dan Penolong Pengarah (Syariah) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Syariah Jakim, Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Amir JAmal
Sunway Kuala Lumpur

No comments: