REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 14, 2011

Kaum India Jangan Nak Buat Pasal

Wakil dari lebih 140 NGO India yang menghadiri sesi khas tertutup di Kuala Lumpur semalam, memutuskan sebulat suara bahawa penggunan novel kontroversi 'Interlok' untuk sastera Melayu, mesti ditarik balik.

Pengerusi sesi tersebut, Haji Thasleem Mohamed Ibrahim berkata, ia kerana novel itu gagal memenuhi lima daripada enam kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan sastera. Oleh itu, sesi tersebut sebulat suara memutuskan bahawa novel Interlok mesti ditarik balik, katanya dalam satu sidang akhbar di akhir sesi tersebut.

Tambahan kepada wakil 140 NGO India tersebut, yang menurut Thasleem, pengerusi Pasukan Bertindakan Interlok Nasional (Niat), "mewakili kira-kira tiga suku juta kaum India."

Pemimpin parti politik juga telah turut dijemput, dengan Timbalan Menteri, Datuk M Saravanan hadir seketika, manakala Senator S Ramakrishnan dan M Kula Segaran menghadirinya sampai akhir.

Thasleem berkata, novel tersebut tidak sesuai untuk pelajar berumur 17 tahun dan beliau bimbang dengan kesan jangka panjangnya ke atas masyarakat Malaysia. Menurutnya, ia bukan isu yang hanya membabitkan masyarakat India sahaja. "Ia adalah isu nasional."

~MK~

No comments: