REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, February 12, 2011

Kenaikan harga minyak untuk tampung bina jejantas rm70 juta?

Kos pembinaan jejantas RM10 juta yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter, ditanggung sepenuhnya anak syarikat Petronas iaitu KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak terbabit langsung dalam perkara itu, dan beliau serta Datuk Bandar Kuala Lumpur juga tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan kontraktor.

"Pelantikan kontraktor pembinaan juga adalah melalui proses tender yang ketat dan 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan pembinaan jejantas berhawa dingin yang dilengkapi empat eskalator automatik serta lif untuk kegunaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) itu dibuat atas dasar tanggungjawab sosial korporat KLCC untuk keselesaan rakyat.

"Ia juga dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup) yang dihubungkan terus kepada Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain pemasangan jubin khusus untuk OKU," katanya.

Justeru, Raja Nong Chik berkata dakwaan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa projek itu satu pembaziran serta menelan kos terlalu tinggi, adalah tidak berasas sama sekali.

"Dalam keghairahan berbuat demikian, janganlah sampai hendak menidakkan projek yang sememangnya mengutamakan keselesaan rakyat," katanya.

Isnin lalu, beliau mengumumkan kos sebanyak RM10 juta digunakan bagi menyiapkan jejantas itu, yang merupakan fasa pertama projek pembinaan jejantas sepanjang 12 kilometer, bagi menghubungkan jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam.

Sehari selepas itu, Nurul Izzah mempersoalkan sama ada kos secara purata RM70,422 semeter yang digunakan dalam projek itu menggunakan wang rakyat, dan sama ada tendernya dibuat secara terbuka.

~MK~

No comments: