REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 17, 2011

Penyelewengan Pemberian Tanah

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah menerima laporan daripada penduduk setempat yang mendakwa wujud penyelewengan dalam proses pemberian tanah di Bukit Naning yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah Daerah Muar.

Tanah yang terletak di belakang Klinik Desa, Parit Mohd Zin telah ditawarkan kepada penduduk Bukit Naning untuk tujuan perumahan. Tanah tersebut telah dibahagikan kepada 28 lot, nombor lot bermula dari PTD8799 sehingga PTD8826. Setiap tanah yang ditawarkan masing-masing kurang daripada satu ekar.

Tawaran tersebut telah dimulakan sejak bulan Mac, 2008 dan pemohon akan ditemuduga pada 24 Jun. Seramai 560 orang penduduk telah memohon tawaran tersebut dan wang sebanyak RM30 telah diserahkan oleh mereka sebagai wang pendaftaran.

Pada 7 Februari 2011, pemohon yang berjaya telah menerima surat rasmi daripada Pejabat Tanah Daerah Muar bahawa cabutan lot tanah akan diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam pada jam 9.30 pagi, semalam.

Namun, sebahagian daripada pemohon yang gagal telah mendapati bahawa kebanyakan daripada pemohon yang berjaya dalam pemohonan adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengaruh politik atau merupakan pemimpin politik tempatan.

Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemohon. Semalam, Er Teck Hwa yang ditemani oleh pemohon yang gagal iaitu Shamsuddin Buang dan Azman Ibrahim untuk membuat laporan polis di Pondok Polis Bukit Naning.

Selepas membuat laporan polis, Er telah hadir di majlis cabutan yang diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam untuk memerhatikan proses cabutan tersebut. Namun seorang bekas bendahari Umno cawangan telah menghalang Er daripada memasuki kompleks tersebut kerana menurutnya Er tidak diundang.

Namun, Er berkeras untuk masuk ke dalam kompleks supaya dapat meneliti proses cabutan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab seorang wakil rakyat. Pada hari yang sama, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Muar kerana dihalang untuk menjalankan tugas rasmi sebagai seorang ahli Parlimen.

Daripada identiti pemohon yang lulus dalam pemohonan, 9 daripada mereka adalah paling disyaki. Mereka termasuklah ketua dan bekas ketua kampung, pemimpin dan keluarga Umno cawangan.

Walaupun keupayaan kewangan tidak dinyatakan sebagai satu syarat dalam petimbangan tawaran tanah ini, namun sebagai kerajaan yang melaung-laungkan slogan menjaga hak rakyat, keutamaan harus diberikan kepada mereka yang kurang upaya untuk memiliki rumah.

Selain daripada itu, pemohon-pemohon berjaya yang datang daripada keluarga yang sama dan latar belakang politik juga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pemohon lain.

Pihak berkenaan harus memberikan ulasan penolakan permohonan kepada pemohon yang gagal kerana mereka telah membayar wang pendaftaran sebanyak RM30 dan telah menjalani proses temuduga, atau sekurang-kurangnya pihak berkenaan memberikan surat kepada kesemua pemohon mengenai status permohonan mereka walaupun gagal.

“Proses cabutan harus diadakan di hadapan kesemua pemohon bagi menunjukkan sikap ketelusan pihak penganjur,” katanya.

~harakah~

No comments: