REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, February 12, 2011

REFORMASI Politik Bebaskan Mesir Dari Diktator

Ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari sehingga menumbangkan Presiden Hosni Mubarak mula mencurah. Di Malaysia, antara yang terawal berbuat demikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi blognya berkata rakyat Mesir berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

“Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka.

“Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi,” tulis Anwar.

Katanya, beliau berharap pengorbanan rakyat Mesir itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

“Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus.

“Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat,” akhiri ucapan tahniahnya itu.

PAS juga tidak terkecuali memuji keberanian rakyat Mesir untuk memaksa Hosni Mubarak berundur.

"Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir," kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.
Sementara itu, lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu. Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

TV Selangor pula menyiarkan pandangan yang hampir senada daripada ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

"Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square," kata Shamsul Iskandar.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim

Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat. Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

"Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat," katanya.

Setakat ini, pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum membuat sebarang ulasan mengenai perkembangan terbaru di Mesir itu, meskipun beberapa pemimpin dunia telah menyambut baik.

Lewat malam semalam, naib presiden Mesir, Omar Suleiman dalam siaran televisyen negara itu mengumumkan Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya dengan meletakkan jawatan.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar.

Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

~MK~

No comments: