REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 16, 2011

Rosmah Tak Nak Jadi Calon Di Kerdau?

Dua wanita adalah antara enam nama yang dicadangkan oleh Umno Kuala Krau untuk dipilih pucuk pimpinan parti bagi mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Ketua Umno Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata senarai itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pahang dalam tempoh yang terdekat.

"Kita akan menemui Menteri Besar untuk membincangkan calon yang layak bertanding nanti dan kita akan akur dengan calon yang bakal dipilih itu," katanya kepada pemberita, di Temerlohh ari ini.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Bahagian itu, berkata antara lain mesyuarat tersebut membincangkan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili BN meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Zaharuddin, 64, menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

DUN Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 3.6 peratus atau 455 pengundi Cina, 3.4 peratus atau 300 pemilih India dan 2.98 peratus atau 260 orang
daripada lain-lain kaum.

~Bernama~

No comments: