REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 17, 2011

Seluar dalam Saiful ditanda bukti

Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendakwa, laporan kimia yang diberi kepada pasukan pembelaan berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah. Kesilapan tersebut berkenaan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterimanya daripada polis sebelum ini ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Juga terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Menurut Seah pembetulan tersebut dilakukan di hadapannya dan mahu borang diubah ditandakan sebagai bukti.

Peguambela Anwar, Ram Karpal bagaimanapun membantah permohonan itu dengan alasan borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di awal perbicaraan.

Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah dan menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk dalam urutan bukti. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Selepas tempoh rehat, Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan dokumen yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit. Dalam pada itu, perbicaraan hari ini juga turut mengenal pasti pakaian yang dipakai Saiful sewaktu hari kejadian temasuk seluar dalamnya.

Dua sampul mengandungi seluar dalam Saiful masing-masing berwarna biru gelap berjenama Levi's dan kelabu dikenal pasti. Bahan-bahan bukti lain termasuk bulu kemaluan juga dikemukakan.

Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan. Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut. Selain itu, sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini. Kemudiannya baju hijau lengan panjang jenama G2000, kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren dan cadar bewarna kelabu turut dikemukakan sebagai bahan bukti.

Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia. Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir adalah isterinya, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

~harakah~

No comments: