REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 14, 2011

Senarai Calon BN DUN Kerdau esok

Umno Bahagian Kuala Krau akan menyenaraikan antara lima hingga tujuh nama untuk dipilih pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Kerdau. Ketuanya Datuk Ismail Mohamed Said berkata senarai nama itu akan diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut petang esok.

"Lima atau tujuh nama yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai calon akan dicadangkan Umno Bahagian untuk diputuskan pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama, di Temerloh hari ini.

Ismail berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan hari pengundian, namun persediaan awal menghadapi pilihan raya itu perlu diadakan, katanya.

Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili BN menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

~Bernama~

No comments: