REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 11, 2011

UM tunduk desakan pro-M

Pentadbiran Universiti Malaya (UM) akhirnya 'mengalah' dengan tuntutan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) kampus berkenaan selepas bersemuka hampir dua jam dengan dengan naib canselor universiti itu Prof Ghauth Jasmon pada Khamis malam.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan berkata, UM bersetuju memenuhi dua daripada empat tuntutan mereka berhubung pilihan raya kampusnya pada 21 Februari ini.

"Daripada empat tuntutan, dua telah diterima. Dan dua lagi masih tidak dijelaskan (statusnya pada kami). Kami masih belum menerima respons daripada pihak pentadbiran," katanya.

Menurut Ahmad Syazwan lagi, UM akhirnya membatalkan bengkel tiga hari persediaan calon dan serta menggugurkan K Puniamurthy sebagai pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) selepas perkhidmatan panjangnya selama tiga tahun.

Tempatnya kini diambil alih Pengarah Teknologi Maklumat UM Dr David Asirvatham.

Menurutnya, keputusan hasil pertemuan enam wakil pro-M dengan Ghauth Jasmon dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr Rohana Yusof itu dimaklumkan kepadanya pagi ini.

Menurutnya, Rohana sendiri yang memaklumkannya melalui SMS.

Pembatalan 4E belum jelas

Dalam sidang media di UM pagi tadi, Ahmad Syazwan berkata bengkel yang asalnya dikhususkan kepada mahasiswa itu kini ditukarkan kepada "kursus penerangan perlembagaan" dan terbuka kepada semua pihak, termasuk kakitangan universiti.

Katanya, kehadiran ke majlis tersebut pada jam 9 pagi esok di Dewan Tunku Caselor (DTC) adalah "wajib" kerana ia akan dihadiri oleh Ghauth dan Pengerusi Lembaga Universiti Tan Sri Arsyad Ayob.

Sementara dalam kenyataan akhbarnya yang diedarkan, pro-M universiti itu turut mempertikaikan syarat wajib menjadi calon yang dikenakan, dengan menyertai bengkel persediaan tersebut.

Bantahan lain terhadap penganjuran bengkel itu antaranya:

•Terdapat beberapa perkara "yang masih mengelirukan", antaranya kelewatan tarikh dan tempat kursus dimaklumkan.

•Mereka mempertikaikan proses pemilihan apabila calon yang memohon bertanding akan dihubungi semula untuk diberitahu sama ada layak menyertai bengkel itu ataupun tidak.

•Berlaku berat sebelah apabila terdapat calon lawan mereka daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa diterima borang permohonan mengikuti bengkel selepas tamat tempoh.

Sementara itu, tuntutan mereka yang masih tiada keputusan jelas adalah pembatalan pelaksanaan sistem eletronik (4E) dalam proses penamaan, pengundian, bantahan dan rayuan dalam pilihan raya kampus dan permintaan dilanjutkan tempoh berkempen.

~MK~

No comments: