Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim melalui salah satu ruangan di dalam akhbar Sinar Harian beberapa hari yang lepas telah membandingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Rasulullah SAW.
Rencana bertajuk “Najib contohi kemoderatan Rasulullah” yang ditulis oleh Dr Mashitah di dalam salah satu ruangan di dalam akhbar tersebut membuatkan kita tertanya-tanya apakah pujian ini bertujuan untuk mengambil hati Najib menjelang pilihanraya umum yang akan datang?
Bagi seorang Islam yang ikhlas dan berfikiran waras, sudah tentu akan merasakan ada ‘sesuatu yang tidak kena’ kerana pujian tersebut dilihat keterlaluan kerana sanggup membandingkan pendekatan Najib dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sedangkan realitinya, ia adalah jauh berbeza.
Ini adalah kerana secara jelasnya, apa yang dilakukan oleh Najib di dalam soal pemerintahan dan penerapan sistem pada hari ini adalah sesuatu yang berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Jika dahulu Rasulullah SAW sebagai seorang ketua negara di Madinah telah menerapkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat dan negara tetapi ternyata keadaan ini tidak berlaku dalam era pemerintahan Najib. Faktanya, Najib mengasaskan pemerintahannya berdasarkan kepada asas sekular, sedangkan Rasulullah SAW menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam pemerintahannya.
Contohnya, di dalam sistem pemerintahan, ternyata Najib menjadikan Sistem Demokrasi yang memberikan hak kepada manusia untuk membuat undang-undang. Ini jelas berbeza di dalam Islam. Dalam sistem ekonomi pula, pemerintahan Najib menghalalkan riba, judi dan sebagainya.
Apakah dengan semua ini boleh dikatakan bahawa Najib mencontohi Rasulullah SAW? Bagaimana pula dengan sistem penghakiman? Ternyata Najib menggunapakai undang-undang selain daripada Islam. Di manakah hukum berkaitan hudud, jinayat, takzir, dan mukhalafat?
Begitu juga dalam sistem pergaulan, terbukti Najib menerapkan sistem pergaulan yang memberikan kebebasan kepada manusia untuk berbuat apa sahaja sebagaimana yang diamalkan di Barat. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan berlaku di mana-mana.
Apakah semuanya ini boleh dikatakan mencontohi Rasulullah SAW? Persoalan yang utama yang perlu ditujukan kepada Mashitah adalah adakah dia sedar makna istilah moderat itu sendiri? Apakah Mashitah mengetahui kekeliruan beliau dalam mengaitkan istilah moderat kepada Rasulullah SAW. Amat buruk apa yang dilakukan oleh Mashitah tersebut.
~perisikrakyat~
No comments:
Post a Comment