KEADILAN berpendapat perkara berkaitan hukum hakam agama hendaklah dibahaskan di kalangan mereka yang berkeahlian dalam bidang berkaitan untuk mengelakkan salah faham kepada masyarakat umum.
Oleh sebab itu, ulama yang jujur kepada hukum agama dan yang memelihara kemurnian hukum Islam serta menjaga martabat dan maruah umat akan memberikan pendapat tanpa takut ancaman pada diri atau mengambil kira kepentingan mana-mana kelompok.
Bagi menentukan sesuatu hukum atau fatwa, terdapat beberapa kaedah dan caranya. Mungkin pendapat atau pandangan itu berbeza, mengikut keadaan semasa dan persekitaran. Hukum boleh berubah dengan peredaran zaman.
Biasanya sesuatu fatwa yang diberikan mesti mendapat pandangan dari pelbagai pihak, pakar dalam sesuatu perkara serta membuat rujukan dari pelbagai sumber yang sahih lagi tidak dipertikaikan. Contohnya, untuk mengeluarkan fatwa dalam bidang perubatan, pakar perubatan dalam bidang berkaitan mesti tampil memberikan keterangan dan pandangan dalam mesyuarat J/kuasa Fatwa tersebut, walaupun dia adalah bukan muslim.
Dalam konteks masyarakat Islam sekarang ini, fatwa sangat diperlukan dan penting bagi mengetahui satu-satu hukum syarak dengan tepat dan benar. Hukum fatwa mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah fardhu kifayah. Hal ini kerana fatwa termasuk sebahagian daripada keperluan agama yang sepatutnya dan semestinya wujud demi maslahah dan manfaat umum.
Dengan adanya fatwa, masyarakat dapat menyelesaikan banyak masalah dan kemusykilan hidup yang berkaitan dengan agama.
Apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Fatwa ini menimbulkan pelbagai reaksi serta komentar dari pelbagai lapisan masyarakat:
i) Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil pandangan dari pelbagai pihak yang terlibat dalam himpunan aman Duduk & Bantah pada 28 April lalu. Antara yang perlu memberikan keterangan dalam mesyuarat J/Kuasa Fatwa ini adalah:-
a) Menteri dalam negeri yang menyatakan himpunan ini tidak mengancam keselamatan negara.
b) Polis Diraja Malaysia.
c) Peguam yang terlibat atau Majlis Peguam.
d) Penganjur.
e) Media yang membuat laporan.
f) Parti-parti politik yang terlibat mengarahkan ahli berhimpun.
g) Badan-badan bukan kerajaan.
h) Individu-individu tertentu.
i) Suhakam (dalam konteks kebebasan hak asasi manusia).
ii) Mengapakah fatwa ini dikeluarkan dalam keadaan yang tergopoh gapah dan menyatakan pandangan dari sebelah pihak sahaja, seolah-olah untuk menyokong pandangan pihak tertentu dan mencela pihak yang satu lagi.
iii) Membandingkan fatwa yang diberikan oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawy mengenai himpunan di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang mewajibkan semua rakyat turun. Serta berlaku pelbagai kegananan, kerosakan harta benda , kerugian perniagaan dan kematian. Namun menjatuhkan kezaliman pemerintah yang diktator, rasuah, rakus dengan kuasa, bersifat menindas, ketidakadilan lebih diutamakan daripada mengharamkan demonstrasi itu sendiri.
Sesuatu fatwa yang dikeluarkan boleh dibatal dengan fatwa yang terbaharu setelah mendapat pandangan atau maklumat yang terkini, bukannya mahkamah yang membatalkan pandangan fatwa tersebut, seperti yang dibentangkan dalam enakmen bagi menghalang mahkamah daripada merubah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri yang telah diwartakan dalam DUN Kedah baru-baru ini. Hanya Majlis Fatwa yang boleh merubah fatwa yang telah dikeluarkan.
Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi ‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.
Memandangkan pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa. Daripada huraian yang dibuat oleh imam-imam mujtahid seperti Syafiei, Malik, Ahmad dan lain-lain, Prof Dr Yusof Qaradawi merumuskan seperti berikut:
Tidak harus memberi fatwa bagi mereka yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh; tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan. Begitu juga tidak harus memberi fatwa mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka, dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof al-Qaradawi, al-Fatwa).
Inilah di antara beberapa persoalan yang masih berlegar dalam isu pengharaman himpunan aman Bersih 3.0 lalu. Oleh itu, fatwa yang diberikan biarlah bebas dari pengaruh mana-mana pihak , supaya mempunyai nilai dan integriti serta kekuatan yang tersendiri, maka saya mencadangfkan supaya Majlis fatwa kebangsaan bersidang semula dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat dalam himpunan aman Bersih 3.0 memberikan pandangan mereka secara lebih jujur dan telus.
Ahmad Kasim
Ahli Parlimen Kuala Kedah merangkap Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama KEADILAN
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment