Heboh kini dikatakan plat WWW mendapat bidaan tertinggi dengan DYMM Sultan Johor membida plat WWW1 dikatakan bernilai RM520k. Tahniah kepada DYMM Sultan Johor kerana berjaya membida plat WWW1 dan sesuai dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Johor. Rakyat tidak menafikan t indakan baginda kerana selaku Sultan baginda berhak membuat apa sahaja dan menggunakan harta kekayaan baginda dengan sebaik-baiknya. Seperti raja-raja pada zaman dahulu berhak mendapat apa yang mereka inginkan selagi selagi tidak menyalahi undang-undang.
Namun apa yang mengecewakan yang aku nak cerita di sini ialah ada sekor menteri yang membida plat WWW15 dengan nilaian RM24 200. Siapa menteri itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mangkuk hayun menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadinya. Korang bayangkanlah kalau korang nak beli kereta persendirian lantak koranglah nak bida berapa ribu pun.
Tapi mangkuk sekor ni guna wang rakyat yang disalurkan untuk kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan untuk plat kenderaan rasmi. Boleh terima ka kenyataan mangkuk hayun ni. Ada akai ka??? Kalau nak kelentong rakyat sekalipun janganlah nak bagi alasan macam tu. Kalau untuk kenderaan rasmi kenapa sampai nak bida plat kereta. Lantak pilah nombor apa pun bukannya kereta hang pun. Tak taulah kalau mangkuk hayun ni bida plat kereta tu atas nama kenderaan rasmi tapi letak kat kereta persendiran dia pulak.
Di sini aku nak permudahkan para pembaca blog yang dihormati. Mudah sahaja kalau kita nak tahu duit tu halal atau tidak. Macam mana??? OK korang dari kecil menabung. Aku rasa boleh agaklah banyak mana duit korang menabung semasa kecil. Takkanlah sebanyak Rosmah menabung pulak sampai sehari beribu-ribu ringgit nak letak dalam mana??? Dalam tempayan ka???
Sambung semula cerita menabung tadi. Dah korang besar umur korang sampai 40 tahun kalau korang menang sehari RM1 setahun dah jadi RM365. Kalau 40 tahun dah jadi RM14 600. Itu kalau korang menabung paling sikit RM1 kalau RM2, RM3 sejak korang lahir adalah dalam RM50k. Bayangkan susah payah korang menabung sejak berumur sehari kenal dunia sampai umur korang 40 tahun duit yang ada dalam simpanan baru RM10k ke RM50k.
Tetiba sahaja plat WWW keluar rasa-rasa korang sanggup ke nak bida plat WWW15 pada nilai RM25k??? Ataupun korang yang kerja makan gaji tapi nak kahwin atau pergi melancong ke Dubai ke sanggup ke nak beli cincin yang berharga RM50k tu??? Korang fikirlah semula sebab kita rakyat Malaysia memang dah selalu kena tipu dengan pemimpin-pemimpin barua UMporNO ni.
Kalau akulah terus terang tak sanggup aku habiskan duit semata-mata nak bida plat WWW15 atau nak beli cincin kat bini aku pun sampai RM50k. Bukan aku tak cintakan bini aku nak hadiahkan plat WWW15 atau cincin tapi sebab susahnya aku simpan duit tu untuk kegunaan masa depan keluarga. Nanti anak-anak nak sekolah. Murujib bagi RM100 ingat cukup ka beli baju, seluar, beg, kasut semuanya. Takkan nak suruh beli kat NO Mamak Mydin yang ada share 1Malaysia dengan Murujib tu.
Aku rasa korang pun taknak perabih duit RM50k dengan benda-benda mengarut ni. Tapi korang lihat senang saja barua-barua menteri UMporNO dan BumNgok bida plat WWW15, buat makan-makan sampai membazir yang paling haram jadah Murujib dengan Rosmah yang suka ria pergi shopping berjuta-juta, bermalam di hotel beratus-ratus ribu menggunakan wang rakyat.
Sebab apa mangkuk-mangkuk hayun ni boleh shopping atau bersuka ria menghabiskan berjuta-juta ringgit??? Jawapannya mudah sebab DUIT TU BUKAN KEPALA BAPAK DEPA PUNYA. Duit tu duit rakyat. Bukan duit yang mereka kumpul dari kecil sampai besar. Macam penjenayah, penyangak atau penyamun. Selepas merompak depa boleh joli sakan dengan wang haram tu. Mereka tak peduli kalau duit tu habis pun sebab bukan wang dari titik peluh mereka yang halal.
Jadi dah 50 tahun lebih UMporNO merompak duit rakyat berbilion ringgit tapi mereka cuma bagi rakyat RM500 dah jadi kelabu taik mata terus nak undi UMporNO. Memang dasar keparat musibat tak sedar diri pencacai-pencacai UMporNO ni. Sebab tulah aku kata negara boleh jadi bangkrap kalau Murujib dan Rosmah masih berkuasa dalam negara.
Cuma rakyat sahaja yang boleh memilih samada terus nak jadi HAMBA UMPORNO atau SAY NO kepada Murujib dan Rosmah. Kuasa rakyat lah yang menakutkan mereka berdua.
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment