REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, March 9, 2013

Lagu Tanya Sama Najib Menakutkan UMporNO

Tindakan media Umno BN mengaitkan lirik lagu nyanyian Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden di Lahad Datu, sekadar menjadi bahan ketawa dalam ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam program Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) di Bukit Katil, Melaka, semalam, ketua umum KEADILAN itu mengulas tindakan memanipulasi lirik lagu ‘Tanya Sama Najib’ yang selalu dinyanyikan beliau dalam program Pakatan.

Anwar secara berjenaka merujuk laporan Buletin Utama, TV3 menyiarkan rakaman nyanyian berkenaan untuk mengaitkannya sebagai dalang pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu.

“Umno BN punyalah teruk sampai lagu yang saya nyanyi pun mereka salah faham.

“Lirik lagu saya ialah ‘tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’.
“Sebab lirik lagu ini, Umno BN riuh rendah kata ini bukti saya dalang kumpulan pengganas Sulu. Lemah sungguh pemikiran Umno BN sekarang,” katanya disambut ketawa hadirin.

Menurut Anwar, lagu berkenaan tidak bermaksud memberi Sabah kepada kumpulan penceroboh seperti digambar media Umno BN.

“Kita maksudkan rakyat Sabah nak tolak Umno BN dalam PRU, bukannya nak bagi Sabah kat kumpulan penceroboh.

“Sebab fitnah Umno BN ini, saya akan saman media mereka,” ujar Ahli Permatang Pauh sambil disambut sorakan orang ramai.

Hari ni, Anwar memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.
Tempoh 24 jam diberi kepada media berkenaan untuk menarik dakwaan dan memohon maaf, namun kedua-duanya gagal berbuat demikian.
~keadilandaily~

No comments: