Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.
Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.
BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai kawasan yang mencabar untuk dirampas pembangkang, sekiranya pilihan raya kecil diadakan.
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata ini kerana DUN tersebut telah dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang besar iaitu 2,434 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lepas.
"(DUN Kuala Besut) benar-benar kawasan yang kritikal dan mencabar bagi satu pilihan raya kecil kerana majoriti yang diperoleh BN agak besar. Bagaimanapun, kawasan itu juga besar bagi PAS, jadi kita akan sokong calon PAS.
"PAS akan bermesyuarat segera untuk menentukan siapa yang akan bertanding (di DUN itu)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.
-Bernama
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment