Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak dibenar memasang sebarang replika sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata larangan julung kali itu dibuat SPR bagi memastikan kempen PRK Kuala Besut berjalan dalam keadaan aman, harmoni serta lancar terutama semasa Ramadan tanpa sebarang sindir menyindir kepada mana-mana pihak.
"Kita (SPR) tahu bila replika itu dipasang, sama ada untuk tujuan menyindir pihak lain atau sebaliknya.
"Masalah timbul bila pihak yang terasa itu mengadu kepada SPR misalnya melalui memo... kalau kita tak ambil tindakan pihak satu lagi akan sindir serta bertindak balas. Kalau macam ini sampai bila tak akan selesai," katanya kepada Bernama di Kuala Besut hari ini.
Wan Ahmad berkata pemasangan sebarang bentuk replika sebagai bahan kempen yang bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi serta menyindir pihak lawan adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Dalam akta itu disebut dengan jelas kempen ada pelbagai jenis misalnya sebar risalah, pasang poster dan menyediakan tetunggil iaitu replika.
"Kita (SPR) perhatikan telah menjadi satu 'trend' di Terengganu ini untuk membuat replika yang bertujuan menyindir pihak lawan," katanya.
Wan Ahmad menegaskan SPR tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pihak yang melanggar larangan pemasangan replika pada PRK Kuala Besut dan berharap penyokong serta parti-parti politik yang bertanding dapat berkerjasama.
Terdahulu ketika menjadi tetamu dalam satu program terbitan Radio Televisyen Malaysia, Wan Ahmad berkata SPR menyedikan dua khemah khas di pekarangan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja pada penamaan calon esok khusus buat para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
Beliau berkata setiap khemah hanya mampu memuatkan seramai 100 orang dan jika lebih daripada itu tiada sesiapa akan dibenarkan masuk.
"Kita hormati setiap pemimpin yang datang untuk iringi calon sebab itu kita sediakan khemah supaya mereka boleh berteduh dan tak perlu berdiri pada jarak 50 meter dari tempat penamaan," katanya.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
BN mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera sebagai calon, manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor sebagai calonnya.
~Bernama~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment