REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 14, 2011

Doktor tidak catat mani Saiful ditemui di pakaian

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh dijangka menyoal balas ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Borang pro-forma itu mengandungi soalan lazim yang digunakan semasa pemeriksaan penderaan seksual. Dalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga merupakan bekas pembantu ketua pembangkang itu.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan. Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan.

Beliau bagaimanapun didapati sering merujuk nota berkenaan ketika mahkamah berhenti rehat. Susulan itu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Siew supaya menyerahkan nota tersebut kepada pihak pembelaan.

Turut hadir dalam perbicaraan hari ini ialah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

LAPORAN LANGSUNG

3.03pm: Sankara menamatkan soal balasnya. Timbalan pendakwa raya Nordin Hassan memulakan pemeriksaan semula.

3.01pm: Sankara menyifatkan Siew sebagai seorang pembohong.

Siew seterusnya menafikan bahawa seorang pegawai penyiasat bernama Jude Pereira telah memberitahunya bahawa sampel mani yang diambil daripada anus Saiful itu adalah kepunyaan Anwar.

Terdahulu, Siew memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan oleh Pereira bahawa DNA lelaki yang ditanda "Y" oleh ahli kimia itu adalah kepunyaan Anwar.

2.31pm: Menjawab satu lagi soalan Sankara, Siew berkata beliau cekap dalam menjalankan tugasnya.

Siew juga berkata, laporan kimia diserahkan kepadanya oleh pihak polis dan perkara itu ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan. Katanya lagi, dalam kes Saiful, sampel berkenaan dihantar dua hari selepas pemeriksaan iaitu pada 30 Jun, 2008. Keputusannya diperolehi pada 11 Julai.

2.21pm: Siew yang kembali ke kandang saksi berkata, beliau telah menandatangani satu botol mengandungi sampel bahan uji kapas.

Bagaimanapun, beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu. Ditanya peguam sama ada tindakan itu merupakan amalan yang baik, Siew berkata "Saya tidak fikir ianya perlu."

Katanya lagi, beliau telah menurunkan tulisan pada beg plastik itu namun tidak menandatanganinya. Tambahya, beliau telah mematerikan sebanyak 10 sampel bahan uji berkenaan.

2.13pm: Perbicaraan disambung semula di hadapan hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah

~MK~

No comments: