REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 14, 2011

Jangan Pemimpin UMNgOk Tertangkap Sudahlah

PAS meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, kenyataan Mustapa yang mengulas dakwaan sebuah blog berhubung isu itu kelmarin menggambarkan seolah-olah ia hendak dipolitikkan.

"Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau (Mustapa) tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa," kata Idris.

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu.

Menurut Mustapa lagi, jika benar dakwaan itu, Mustapa secara tidak langsung memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan "kerana tidak bertindak".

"Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat.

"Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan," katanya lagi.

Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan "tahniah" kerana "baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama."

~MK~

No comments: