REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 16, 2011

Khusrin Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini.

Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lalu. Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini.

Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.

Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri.

~Bernama~

No comments: