REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 16, 2011

Elektrik terputus ganggu perbicaraan kes liwat Anwar

Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terganggu berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi dan perbicaraan disambung semula pada jam 2 petang. Bekalan elektrik terputus kira-kira jam 11 pagi sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwa, Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah.

Terdahulu, Pakar Penjagaan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan semasa memberikan keterangan berkata beliau tidak mengisi beberapa maklumat perubatan penting dalam borang "pro-forma" (laporan protokol perubatan) semasa beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh bahawa antara maklumat yang tidak diisi ialah mengenai sejarah seksual pengadu, pemeriksaan fizikal, keadaan yang membawa kepada insiden itu dan sama ada mangsa telah membasuh mulutnya selepas dakwaan "seks oral".

Semasa laporan pro-forma itu dirujuk kepadanya oleh Karpal, Dr Khairul bersetuju bahawa tiada paksaan digunakan semasa perbuatan itu.

Bagaimanapun, katanya pesakit (Mohd Saiful) telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah cuba melawan.

Anwar, 63, anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 6 Jun, 2008.

Kepada soalan Karpal seterusnya, Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panudan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi.

Kepada soalan lain Karpal, Dr Khairul mengakui sebelum menyediakan laporannya itu pada 13 Julai, 2008, beliau sudah membaca laporan kimia yang diterima jabatannya dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, katanya pada masa itu beliau tidak tahu tempat sebenar empat spesimen itu diambil.

"Hanya selepas dimaklumkan mengenai kehadiran air mani pada palitan B5, B7, B7 dan B9 dan lokasi sebenarnya semasa pemeriksaan utama, ketika itu saya mengesahkan ada berlaku kemasukan," jelas Dr Khairul.

Pakar HKL itu menafikan berlaku percanggahan dalam keterangan beliau di mahkamah berbanding dengan apa yang dicatatkannya dalam laporan yang disediakannya bersama-sama dengan dua lagi pakar HKL iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Doktor berkenaan dalam laporan mereka menyatakan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai kemasukan pada dubur dan tidak terdapat kesan luka yang ketara pada badan pesakit.

~bernama~

No comments: