Tahun 2012 adalah satu tahun yang produktif untuk Kerajaan Negeri Selangor dan
saya serta barisan pimpinan kerajaan mulakan tahun baru 2013 dengan azam untuk
menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.
Namun amat
menyedihkan Timbalan Perdana Menteri telah memulakan tahun baru ini dengan terus
membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun
diperdaya Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang
telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional.
Artikel ini berhasrat
menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan yang diberi oleh Pakatan Rakyat
khususnya kerajaan negeri Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami
untuk mengamalkan tadbirurus beramanah.
Kami yakin bukan sahaja di
Selangor bawah Barisan Nasional dahulu tetapi di mana-mana negeri bawah naungan
Barisan Nasional sekarang, bukti sebegini tidak mungkin
dibentangkan.
Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta
peruntukan untuk program kebajikan, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan
Rakyat jauh mendahului negeri-negeri bawah Barisan Nasional mahupun kerajaan
persekutuan sendiri.
Kedudukan
Kewangan
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor
pada tahun 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta.
Dalam
masa singkat empat tahun, kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan
jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion.
Adakah ini hasil
pengurangan perbelanjaan pembangunan?
Semestinya tidak. Sebaliknya,
perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun,
bukan diturunkan.
Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan
perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang
sebelumnya amat berleluasa.
Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen
duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah. Justeru itu,
hasil negeri berjaya dikongsi secara sama rata kepada semua rakyat Selangor,
tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik.
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan dasar
asas kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menegaskan bahawa segala hasil negeri
harus disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan dan tanpa
“untung” yang bukan-bukan kepada pihak berkepentingan.
Rekod yang
disimpan berkenaan perbelanjaan program MES merupakan bukti keprihatinan
kerajaan negeri yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kerajaan negeri
Pakatan Rakyat memulakan program MES sebaik sahaja mengambil alih pada tahun
2008.
Pada tahun itu, jumlah peruntukan adalah RM73 juta. Jumlah ini
meningkat secara berterusan setiap tahun: RM161 juta (2009), RM173 juta (2010),
dan RM192 juta (2011).
Untuk 2012 sehingga September, peruntukan adalah
RM 165 juta dan jumlah keseluruhan yang dibelanja demi kebajikan rakyat melalui
program MES dalam empat tahun ini adalah RM 766 juta.
Sebanyak empat
program telah berjalan secara berterusan sejak 2008 - 20 meter padu air percuma,
Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan
Anak-Anak.
Setiap tahun, program-program MES baru diperkenalkan.
Program-program ini tidak mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh Kerajaan
Persekutuan Barisan Nasional, yang menabur gula-gula berupa duit dan barangan
secara buta dengan tujuan membeli undi.
Sebaliknya, asas MES adalah
pemerkasaan dan pemberdayaan lestari, di mana rakyat diberi modal, latihan dan
pertolongan supaya mampu dan sedia berhadapan dengan segala cabaran ekonomi
secara berdikari.
Jumlah rakyat yang menerima bantuan MES juga telah
meningkat secara konsisten sejak 2008 - 1.10 juta orang (2008), 1.19 juta orang
(2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta orang
(2012, sehingga September).
Bukti terperinci komitmen kerajaan negeri
Pakatan Rakyat terhadap kebajikan rakyat boleh dilihat dalam lamanweb rasmi.
Fokus kepada rakyat, bukan mainan politik
Maka, dengan bukti yang dikemukan di atas, jelas ternampak
bahawa komen-komen Timbalan Perdana Menteri adalah komen pemimpin Umno yang kian
terdesak sehingga tanpa segan silu sanggup membuat pembohongan secara terbuka
kepada rakyat.
Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau telah
lakukan sebagai Menteri Besar Johor ketika pemberian kontrak secara monopoli
kepada Syed Bukhari? Bagaimana pula ketika rakyat Johor dipaksa membayar tarif
air di antara tertinggi di Malaysia?
Sekarang di peringkat persekutuan,
bilakah beliau akan berhenti berdolak dalih tentang isu pengembalian kawalan
industri air kepada kerajaan negeri sepertimana yang diniatkan dalam Akta WSIA
2006 – satu proses yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional
sendiri.
Timbalan Perdana Menteri sepatutnya berfikir dua kali sebelum
membuat tohmahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Barisan
Nasional membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2013. Meskipun demikian,
memandangkan PRU13 begitu hampir, maka ianya penuh dengan gula-gula pilihan
raya. Lebih teruk lagi hutang Negara pula melebihi RM 500
billion.
Sebaliknya Selangor berjaya membentangkan belanjawan berimbang
lima tahun berturut-turut dan lebih menekankan pelaburan jangka masa panjang
demi kebaikan rakyat.
Ini mencerminkan prinsip kerajaan negeri Pakatan
Rakyat yang enggan menggadai masa depan generasi akan datang hanya untuk menang
pilihanraya melalui kaedah-kaedah yang tidak halal.
Saya seru berhenti
membuat fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dan bertanding
dengan berhemah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi
Umno Selangor telah gagal menggoyahkan semangat rakyat Selangor, jadi tiada
sebab Tan Sri Muhyidin harus mencuba.
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment