Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah
jika tidak kerana campurtangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), dakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Anwar (kanan), bekas menteri kewangan, berkata penilaian
bank
menunjukkan bahawa harga saham tersebut adalah kenaikan buatan, tetapi
tidak menamakan bank-bank yang terlibat.
"Jika kita melihat analisis
bebas seperti daripada bank-bank, harga sebenar adalah RM3.50 seunit," katanya
dalam satu sidang akhbar hari ini.
Anwar berkata, harganya pada RM4.62
adalah kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.
Anwar mengeluh ketika minyak sawit dan harga getah jatuh, kerajaan tidak
berbuat apa-apa untuk meringankan kehidupan mereka yang bergantung hidup pada
komoditi tersebut.
Sebaliknya, katanya, FGV telah disenaraikan di bursa
saham dan peneroka telah dijual 800 unit saham, tetapi tidak boleh menjual
selama enam bulan.
Anwar mendakwa, mereka yang mendapat manfaat daripada
penyenaraian FGV ialah para kroni, termasuk pengerusi FGV dan lembaga pengarah
yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan dan Kemudian
harga turun.
Beliau menegaskan bahawa sejak tahun lepas, harga minyak
sawit mentah telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477
setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12
peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram.
Anwar
berjanji apabila Pakatan Rakyat berkuasa, ia akan menubuhkan Tabung Kebajikan
Komoditi Negara yang akan bertindak sebagai skim jaringan keselamatan sosial.
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment